bad.

By -milkyuuu

1.4K 298 1.1K

꒰ on-going ꒱ ❧ lee juyeon. she believes everyone is bad, and they might be bad when they start to show their... More

0 0
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
1 3
- juhwa
1 5
1 6
1 7
- juhwa
1 8
1 9
2 0
2 1
- juhwa
2 2
2 3
2 4
2 5
- juhwa
2 6

1 4

31 9 39
By -milkyuuu

•••

« yura »

Ke mana sahaja Hyunjae pergi, aku ikut punggungnya sambil heret troli. Bukan apa, aku segan. Aku taknak terserempak dengan mana-mana keluargaku buat masa sekarang. Sudahnya aku membuntut Hyunjae berulang alik dari terminal building hinggalah di passenger service. Berkali-kali aku cuba call Changmin, langsung tak berangkat. Bila aku message Chanhee, katanya Changmin sudah keluar dari rumah dinihari lagi.

Ke- Changmin sesat ni?

"Cik Yura?"

"Ye?" aku pandang Hyunjae persis anak anjing hilang mak. Dia ni nak halau aku naik cruise sorang diri ke?

"Cruise dah nak belayar. Cik Yura memang taknak naik dulu ke? Saya ada hal nak kena settle dekat security checkpoint." ibu jari lelaki itu ditala pada security checkpoint yang berada tidak jauh dari belakangnya.

Aku berdecit perlahan, "Taknaklah. Saya nak ikut awak. Awak yang ajak saya jadi awaklah escort saya."

Hyunjae lurut hujung keningnya dengan jari tengah. Amboi, ada hidden meaning. Ini tengah carutkan perangai mengada aku ke? Kau dah ajak, kau hadaplah!

"Drive ke datang sini?" soal Hyunjae setelah aku diamkan diri.

Geleng, aku naik teksi. Kereta aku buat hal pagi tadi. Dan Changmin lambat sangat pick up aku.

"Baju- oh lupa. Awak cuma bawak diri." lelaki itu usap batang lehernya.

Lekas poket seluar digagarnya lalu satu access card dihulur. Ada nombor bilik tertera di situ. Bersilih ganti aku pandang kad tersebut dan Hyunjae. Teragak-agak aku nak ambil. Sudahnya Hyunjae capai tangan aku lalu letakkan kad tersebut di atas tapak tanganku. Hangat haba dari tangannya berpidah ke stratum corneum aku buatkan tubuhku mengeras.

"Stay dekat bilik saya dulu. Later saya tunjuk bilik Cik Yura. Jangan banyak complain. Pergi naik. Bouquet tu biar saya bawa nanti. Jangan risau, saya tak curi troli Cik Yura."

Cis! Menyampah aku!

Now I wonder apa hubungan Hyunjae dan Juyeon. Sekadar kawan? Boss dan assistance? Atau betul Juyeon sebenarnya cinta hati Lee Hyunjae? Ahhh ghisau! Tapi aku tak pernah nampak kedua mereka saling berinteraksi. Iyalah, aku cuma berjumpa atau ternampak hanya salah satu mereka pada satu masa.

Sudahlah Yura, kau mengelamun sorang diri dari tadi membazir masa je! Hyunjae pun dah hilang dengan troli bunga kau tu. Aku pandang kiri dan kanan, kelibat kelaki itu gaib persis jin toncet. Aku tundukkan kepala memandang kat akses tadi.

W-05-09

Hm, apa maksudnya?

Lambat-lambat aku melangkah seorang diri ke arah terminal building. Cap kembali menutup kepala supaya identitiku tidak dikenali sempat dirapikan. Setelah melepasi security checkpoint, aku lihat Hyunjae sibuk berbincang sesuatu dengan pegawai di situ. Pandangan kami sempat berlaga sebelum aku berlari anak ke boarding point.

Jejak sahaja kaki, sungguh aku terpegun. Hiasan vintage di lobi mendominasi. Jika nak dibandingkan dengan cruise lain yang aku pernah naik dulu, aku suka rekaan cruise ini! Santai dan nampak classic kepada pengujung.

Tiada chandelier mewah yang tergantung atau apa jenis pancutan air yang menyakitkan mata. Hiasan yang ada seperti barang klasik berkaitan dengan sejarah cruise serta ada pameran kecil mengenai serpihan cruise yang bersejarah.

Sempat jugak aku ambil gambar untuk hantar pada Changmin suapaya dia tahu aku hidup lagi.

Eh kejap, apa tujuan aku ke sini ya?

Ha! Menyorok di stateroom Hyunjae!

Bersama kad akses, aku merapati kaunter pertanyaan. Setelah mendapat jawapan. Aku menapak ke arah lift berhampiran. Butang tingkat lima iaitu deck terpaling atas aku tekan. Tak sangka Hyunjae dapat bilik mewah iaitu di top decks. Pasti pemandangan laut dan langit membiru menjadi tatapan. Agaknya lower deck pasti stateroom aku nanti. Macamlah aku tak kenal papa orang yang bagaimana.

Saat pintu lift hampir tertutup, tersentak aku tatkala ada satu tangan besar menahan pintu lift dari tertutup. Pantas aku membetulkan cap di kepala lalu menunduk. Kuat haruman kopi menebar saat dua susuk lain masuk ke perut lift. Cukup untuk adrenaline rush.

"Oppa, nanti oppa tengok Yuna fitting baju untuk esok tau!" manja suara yang aku dapat kenali siapa menggetarkan gegendang telinga. Sigh, apa lah nasib aku asyik terserempak dengan orang yang aku tak nak jumpa.

Oppa? Yuna? Aku mual!

"Okay sunshine, rest la dulu. Mesti penat kan set up semua untuk esok?" lembut suara Juyeon menyoal. Buatkan hati aku tumpang bergetar.

Ohh, Seo Yura. Wake up!

"Eung! Penat, tapi petang ni ada high tea. Malam pulak party entah apa-apa. Yuna malas tahu tak, penat! Papa tu mengada betul la. Dia nak party, party jelah sorang." balas Yuna.

Kali ini aku setuju dengan Yuna.

"Biasalah sunshine, papa perfectionist. Semua kena perfect."

Ini satu lagi. Sunshine? Bluwerkk!

Aku panggung kepala sedikit, cuba melihat kekasih merapati tak sejoli ini sedang buat apa. Dan sangkaan aku tepat, sedang melekat macam kena gam kasut. Kembar siam pun insecure agaknya tengok mangkuk berdua ni melekat macam terpaling bertunang. Egh, kot ya pun nak manja, tunggu la sampai bilik dulu!

"Yura tak datang ke sunshine?" saat baris namaku disebut Juyeon pantas aku menunduk semula. Aku betulkan cap kesekian kali.

Aish, kenapa lambat semacam lift ni naik ke atas!

"Ish, rimaslah dengar oppa sebut nama tu. Sakit telinga Yuna. Biar ajelah perempuan tu, dia berhambus dari keluarga kita dah cukup baik dah. Jadi suka hati dialah nak datang ke tak! Jangan-jangan oppa ada hati dekat dia jugak kan!" sembur Yuna bertalu-talu. Menandakan betapa bencinya terhadap aku.

"Yuna, I'm just asking. Oppa takut kalau dia datang, dia buat hal memalukan papa lagi sunshine. Nanti kita jugak yang kena. Oppa pun penat layan perangai tak matang dia." jawapan Juyeon membuatkan Yuna tergelak manja. Bikin telingaku berasap.

Kau yang tak matang, pui!

Tak cukup berasap, aku rasa aku baran semula. Ikutkan hati aku mahu lompat di tengah perut lift bagi aloi empat segi ini supaya jatuh ke bawah. Biar mati katak semua, tak sempat merasa nak kahwin.

Nafas dihela dalam bagi memujuk diri, sabar Yura! Nanti kita buat plan rosakkan majlis dua ekor badak kejap lagi!

Hm, potong cable electrik pun not bad. Biar masing-masing bertunang dalam gelap.

Ding! Akhirnya bunyi yang aku tertunggu berdenting jua. Setelah kedua mereka melangkah keluar barulah aku dapat bernafas secara normal semula. Sebaik sahaja pintu tertutup, tubuh aku sandarkan pada dinding lif. Isi pipi aku gigit bagi mengumpul kesabaran.

Aku sumpah kapal cruise ni karam!

--❦︎--

Oh my Chanhee, mewahnya suite Hyunjae!

Persis budak kecil, aku berlari ke arah balkoni. Pintu gelangsar ditolak ke tepi sebelum menderu-deru angin pantai menerobos masuk ke bilik. Penghadang balkoni yang diperbuat daripada besi aku paut sambil meliarkan mata pada laut biru yang terbentang. Ada juga beberapa ekor pelican terbang ikut kroni. Sungguh aku rindu dengan panorama laut!

Ada faedah juga aku ikut cakap Chanhee, dapat healing secara percuma walaupun kebanyakan punca masalah aku di sini.

"Aish, panas la pulak!" cap yang berada di kepala aku baling ke arah katil, serentak itu rambut perang gelap yang aku simpan hingga ke paras pinggang jatuh mengurai. Melayang-layang ditiup bayu.

Jarang aku membiarkan rambutku mengurai, selalunya aku akan ikat sanggul sahaja kerana tak selesa. Nak potong pun malas. Tetapi bagi menjayakan lakonan manusia anonymous, aku sorokkan rambut di sebalik topi, senang! Getah rambut dipergelangan tangan aku guna untuk menyanggul rambut. Barulah selesa sedikit.

Agaknya Changmin ada di mana ya sekarang? Dia tak pernah tak angkat call aku melainkan waktu aku sorokkan Chucky. Tapi dah lama aku tak buat kerja begitu. Sekali lagi aku mendail nombor lelaki itu, tetapi jawapannya suara hakak operator.

Sigh, jangan sampai aku jual Chucky kau Min!

Aku sentuh perut yang terasa lapar. Dua jam aku ikut Hyunjae ke sana ke mari sampaikan habis bekal sarapan yang aku lahap pagi tadi.

"Lunch nanti makan apa ek-" aku senyum senget. Tak sabar tunggu Hyunjae datang.

Secara tidak sengaja aku terpandang susuk yang berdiri di balkoni bawah. Aku lihat dia sama seperti aku, menikmati pemandangan laut sambil sunbathing persis penyu. Tiba-tiba dia angkat kepala ke atas dan pandangan kami bersambung. Automatik darahku berderau.

Juyeon. Reaksinya nampak terkejut juga. Tak, riaknya persis penyu tercekik air laut.

Sejurus itu, aku lompat masuk ke kamar lalu tutup pintu sliding, rapat.

•••

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 323 15
THIRD BOOK TREASURE 🐼 Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara...
1K 197 40
Suka dalam diam. Takpe kan? | Jaemin Na Malay Fanfiction Start : 06/02/2022 End : 21/02/2022
5.4K 321 13
Exo-l do read Saya cuma tlg publishkn shj. So follow org asal yg buat cerita ni👇 Credit to:Shim_Ra_Hyun [#421 in fantasy] [#464 in fantasy]
1.1K 161 15
Sedang mencari cover book untuk cerita anda? Marii !! Cshop sedang dibuka seperti hati saya yang dibuka untuk menerima kamu. eh. Start: 10/1/2022 C...