RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5

By TICERSHAM

218K 1.5K 35

SIRI 5, lanjutan daripada SIRI 4, masih mengekalkan jalan cerita pengalaman hidup seorang guru yang bernama S... More

BAB 1 : END OF THE BEGINNING
BAB 2 : CINTA HADIR TANPA DIDUGA
BAB 3 : INGIN MENGANDUNG
BAB 4 : JUST JOKING
BAB 5 : REZEKI DI KAMPUNG
BAB 6 : MASIH DI KAMPUNG
BAB 7 : TADIKA
BAB 8 : HANYA UNTUK MEMBANTU
BAB 9 : MENJENTIK NAFSU
BAB 10 : UJI DIUJI
BAB 11 : MENGANDUNG JUGA AKHIRNYA
BAB 12 : BERITA GEMBIRA
BAB 13 : KERANA DEMAM
BAB 14 : COUNTER ATTACK
BAB 15 : PLEASE, COME IN!!
BAB 16 : ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM
BAB 17 : SEJARAH TERSINGKAP
BAB 18 : KAKAK ANGKAT
BAB 19 : RUMAH BAHARU PUSAT URUT
BAB 20 : CARAMEL MOCHIATO
BAB 21 : ADAKAH INI DIKATAKAN CINTA
BAB 22 : RINGAN RASA BADAN
BAB 23 : BATU ASAS PECAH TANAH
BAB 24 : SEWAKTU HUJAN MEMBASAHI BUMI
BAB 25 : PERSEDIAAN AWAL
BAB 26 : PERSON-IN-CHARGE
BAB 27 : MELAYANI 'SUAMI'
BAB 28 : KEHAUSAN
BAB 29 : GENTLEMAN
BAB 30 : ZAM DEBAB SHAM KEDING
BAB 31 : GELAP RASA DUNIA INI
BAB 32 : PENGORBANAN SEORANG SUAMI
BAB 33 : KEPULANGAN YANG DINANTI
BAB 34 : PERTEMUAN AWAL MEMBIBITKAN PERSAHABATAN
BAB 36 : AKAN ADAKAH SINAR BUATKU
BAB 37 : SEMUANYA BERKEMUNGKINAN

BAB 35 : PERLUKAN AKU MEMBANTU

4.2K 26 0
By TICERSHAM



Sue memeluk erat tubuhku, nampak sungguh perasaan rindunya padaku. Kali terakhir kami bertemu ialah ketika aku pulang tahun lepas, aku bertemunya di hotel apabila aku pulang ke rumah, aku dapati dia sedang memadu asmara dengan suamiku, lalu aku membawa diri memberi peluang pada mereka, aku rehat di hotel. Petang itu dia datang menemuiku. Dan hari ni, kami bertemu sekali lagi dalam keadaan dia mengandungkan anak keduanya. Sue menjadi sahabat baikku setelah aku memintanya melayani suamiku diranjang, dan kerahsiaan antara kami sangat kuat. Hanya dia yang tahu kisah hidupku di sana, suamiku sendiri pun tak aku ceritakan sepenuhnya.



"Tahniah Sue, pregnant anak kedua" kataku mengusap perutnya yang masih tidak menonjol, baru lagi.


"Thanks kak, akak bila nak ada lagi?"


"Tunggu la akak balik terus nanti"


"Kesian si Adam tu nak adik" juihnya merujuk kepada Adam yang ada dipangkuan suamiku yang duduk di hadapanku bersama Adnan.


"Takpe, Adam nak manja lebih sikit dulu sebelum dapat adik" sampuk suamiku sengih


Pandai sungguh mereka berdua berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku, tetapi baguslah kerana itu yang aku mahukan. Aku tidak mahu perancanganku dengan Sue gagal, walaupun aku tahu suamiku sering melakukan hubungan seks dengan Sue, namun aku mesti berlakon tidak tahu, begitu juga Sue yang berlakon yang dia tidak tahu yang aku tahu.


"Akak malam ni makan sini ya" pelawa Sue kepadaku.


"Yang tu kena tanya abang akak dulu"


"Abang OK je" pintas suamiku


"OK set, kalau gitu kak, jom kita keluar, beli barang sikit, boleh borak sikit" cadang Sue yang bingkas bangun tanpa menunggukan jawapanku. Suamiku angguk apabila aku toleh padanya.


Aku dan Sue keluar dengan keretanya, meninggalkan Adam bersama suamiku, dengan Adnan juga terpaksa menjaga anak sulung mereka. Aku pun sebenarnya ingin bersendirian dengan Sue, kekok nak sembang lebih-lebih kalau depan suami, dan risau tersalah cakap, nanti habis semua terbongkar.


"Sue pregnant anak Nan ke, anak suami akak?" soalku ketika dalam perjalanan ke Tesco


"Kalau anak suami akak camne? Hehehee...." Sengih dia menjawab sambil memandu


"Ishh, takkan la anak suami akak"


"Kalau?"


"Kalau ya, nak buat macam mana, dah nasib, Sue kena jaga jugak la baik-baik macam anak sendiri, jangan sampai Nan syak dah la" apa lagi yang aku boleh jawab, yang itu sahaja yang boleh aku katakan. Sebab aku tahu mereka selalu melakukan hubungan seks, dan Sue sendiri aku yang suamiku memancutkan air maninya ke dalam.


"Hehehe, akak ni, Sue melawak je la" balasnya


"So, anak Nan la ye?"


"Sebenarnya kak, Sue sendiri tak tau benih sapa"


"Kalau benih suami akak macam mana?" aku ingin tahu reaksinya.


"Walau benih sapa sekali pun, anak yang Sue kandung ni tetap anak Sue, Sue akan jaga sebaiknya kak"


"Baguslah macam tu Sue" jawabku. "Akak tahu Sue tak pasti sebab Sue bergilir antara suami dan suami akak, jadi memang susah nak jangka hasil daripada siapa" sambungku.


"Ye kak, yang penting anak ni sihat dan sempurna kak" jawabnya. "Andainya betul ni dari benih suami akak, akak rasa macam mana? Akak marah ke?"


"Haishh, takkan nak marah. Sue pun tau, akak pun tau, hubungan Sue dengan suami akak tu atas kerelaan, bukan paksaan. Sue dapat keizinan akak, jadi takdak masalah kalau betul apa yang Sue cakap tu. Akak OK Sue" balasku semula


"Sue takut kak, kalau betul anak ni dari suami akak, dan Nan dapat tau, mati la Sue kak"


"Takdak sapa tau kalau kita tak bagitau" jawabku. "Sue buat biasa ja, lagi pun Sue sendiri tak sure benih sapa kan?"


"Ye kak"


"Dah, jangan dok pikiaq pasai tu lagi"


Aku boleh terima sekiranya suamiku membuntingkan Sue, dan perkara itu atas kerelaan. Cuma apa yang aku harapkan Sue boleh terima anak itu, dan jaga dia dengan baik, dan yang paling penting rahsia besar ini tidak bocor, Adnan tidak harus tau hal ini. Itu perjanjian aku dengan Sue, dan kami akan menjaga rahsia besar ni bersama-sama, dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, kerana aku pun terbabit sama apabila aku meminta Sue menjadi 'isteri' kepada suamiku sepanjang ketiadaanku.


Malam itu kami makan bersama, aku membantu Sue masak juadah yang agak istimewa untuk kami menikmati makan malam. Kami sediakan ikan kerapu masak cili, pak coi tiram, ayam goreng untuk anak-anak, juga sup kaki ayam bagi meningkatkan kolagen dalam tubuh. Begitu berselera suami-suami kami menikmati juadah makan makan, bertambah-tambah mereka mencedok nasi hingga membuncit perut keduanya, tersadai di sofa, mengah. Kami senyum je melihat keadaan mereka berdua yang dah tak terkata apa-apa kerana kekenyangan yang amat sangat.


"Malam ni sure takde game kak?" bisik Sue padaku ketika kami mengemas meja


"Nampak macam tu la, semua dah mengah tu, kompom tidoq lena"


"Lain malam la nampaknya kak....hehehee" sindir Sue


"Takpe, cuti akak ada lagi"


"Sepanjang cuti ni, suami akak hak akak ye, lepas akak balik sana, Sue nak pinjam suami akak tau..hehehee"


"Ya la Sue, akak tau..... suami akak, suami Sue jugak..hehehee" kataku menepuk bahunya senyum penuh makna.


Malam itu, betul seperti yang dijangka, suamiku tidur lena kekenyangan, memang tidak ada game. Aku memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Sue siang tadi, dan aku redha apa yang akan berlaku sekiranya betul.


Keesokan paginya, aku menghantar Adam ke tadika seperti biasa, Cikgu Farah yang menyambutku tempoh hari senyum melihat kedatangan kami, diambilnya Adam setelah bersalaman denganku. Puan Rosnah telahpun dimaklumkan awal, yang dalam tempoh aku bercuti ni, aku akan uruskan hantar dan ambil Adam di tadika. Cikgu Farah yang membimbing anakku memberikan sedikit briefing tentang perkembangan Adam. Aku mengucapkan terima kasih padanya atas usaha yang dilakukan bagi membentuk Adam menjadi murid yang baik. Selepas menghantar Adam, aku ke rumah Kak Sal kerana aku tiada mempunyai apa-apa perancangan hari ni, suamiku kerja, Sue juga kerja. Jiranku Kak Som juga kerja, aku tidak mempunyai teman, maka aku amil keputusan ke rumah Kak Sal. Kami berborak agak lama bercerita tentang Adam, juga tentang suamiku yang dipuji melambung oleh Kak Sal kerana boleh melakukan rutin harian walaupun tanpa aku di sisi. Setelah agak lama berada di rumah Kak Sal, aku pulang melakukan kerja-kerja rumah sebelum kembali semula ke tadika untuk mengambil Adam.


"Ayang..." sapa suamiku semasa kami berbaring untuk tidur malam itu.


"Ermm......" sahutku membelai jarinya


"Ayang taukan kawan abang, si Rahizam tu"


"A'aa...kenapa dengan dia?"


"Baru-baru ni dia minta tulung kat abang"


"Minta tolong apa?


"Macam ni..." suamiku menceritakan dari mula hingga habis. Terkedu aku mendengar cerita suamiku, tiba-tiba aku terasa sebak. Aku tahu benar seksanya jiwa raga batin apabila lama tidak menerima kepuasan dari seorang lelaki.


"Dah tu, abang macam mana?" soalku


"Abang tak tau nak jawab, tak bagi jawapan lagi, sebab abang nak ayang tau dulu"


"Ayang pun tak tau nak cakap, tapi ayang faham penderitaan wife dia tu" ujarku. "Kalau abang rasa boleh tolong, abang tolong la, ayang tak kisah, ayang izinkan" kataku.



Ini bukan kali pertama suamiku meminta izin untuk melakukan hubungan seks dengan orang lain. Sejak kes kantoi dengan Firdaus, kami lebih open dalam hal seks, dan disebabkan itu, suami telah merasai ramai perempuan selepas Zulaikha, aku juga begitu hinggalah kepada pasangan Faizal dan Syafikah yang kami ziarahi siang tadi. Aku juga tau yang suamiku menyetubuhi cikgu sekolahnya, Cikgu Suriani, tapi suamiku tak tau yang aku tau. Aku akan pastikan ia kekal begitu kerana itulah janjiku dengan Sue, kerana aku sendiri yang meminta dia memenuhi keperluan batin suamiku. Kini Sue pregnant, aku masih belum melawatnya.


"Esok kita gi umah kawan abang tu ya sayang" cadang suamiku. Aku angguk setuju,


Sepanjang aku berada di rumah, aku uruskan minum makan dan pakaian suamiku dan anakku. Aku menjadi surirumah sepenuh masa walaupun untuk jangka masa sebulan sahaja. Setiap kali lunch, suamiku akan makan di rumah, begitu juga dinner. Aku juga sediakan sarapan sebelum dia ke sekolah. Aku mesti gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin kerana bukan selalu aku dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti ini. Nanti, apabila cutiku habis, semuanya kembali seperti rutin sebelum ni.


Petang itu, selepas Asar, kami ke rumah Rahizam, sewaktu kami tiba, isteri Rahizam baru sahaja sampai dari tempat kerjanya. Mereka mempelawakan kami masuk dan berpelukan aku dengan isterinya apabila mengenangkan peristiwa kemalangan yang menimpa suaminya itu. Sambil menikmati minuman petang, kami berbual kosong. Tidak lama kemudian, suamiku minta untuk duduk di luar bersama Rahizam, tinggal aku, Adam dan isterinya di dalam.



"Fas ada berubat cara kampung tak, berurut ke?" soalku apabila berbicara tentang suaminya


"Dah kak, banyak kali dah,mungkin betui kata doktor" jawabnya sedih


"Jangan putus asa, kena usaha lagi dan lagi" kataku memberi semangat. Dari dalam, suamiku dan suami Fasihah berbual di bawah pokok di luar rumah.


"Entah apa yang dibualkan antara dua orang lelaki tu entahlah" kataku menjuih ke luar


"Entah la kak, suami akak banyak tolong, kalau dia takdak, payah jugak mula-mula dulu sementara nak biasa"


"Nasib baik projek kat sekolah tu siap dah kan?"


"A'aa, siap dah, lega sikit la, saya la ni pun banyak dok opis je, nasib baik boss faham"


"Errmmm....."


"Betui kata orang kak, kawan gelak senang cari, tapi kawan sedih, susah nak jumpa. Mungkin Tuhan letak dah betui, depa kawan dari sekolah sampai la, baik sampai hari ni"


"Itulah hikmahnya Fas"


"Ya kak..."


Setelah agak lama di rumah Rahizam, kami mengundur diri. Aku memberikan sedikit sumbangan pada Fasihah, dia memelukku, menangis sedih berbaur gembira mempunyai kawan yang baik seperi kami. Dalam perjalanan pulang, aku bertanyakan apakah yang suamiku bincang dengan Rahizam di luar. Suamiku memberitahu yang dia setuju dengan permintaan Rahizam tu, dan selebihnya Rahizam sendiri yang kena pujuk isterinya itu.

.

.

...bersambung

.

.

.

Continue Reading

You'll Also Like

44.6K 2.8K 30
*completed* Highest ranking: #4 in bottomharry #7 in zarrystylik #2 in zouis "He left me zee, He abandoned me" harry sobbed holding onto zayn tightl...
6K 158 18
Friendship is magical but what's more frantic than that. If you find the smiles and touch of the only person you called as a friend, too soothing and...
1.9M 60.1K 76
Alexander, James and Skye were triplets. They were stolen from their family at the age of 4. The family searched for them day and night never giving...
204K 1.1K 31
SIRI 1, rasanya tak payah sinopsis, semua dah tau kan. Cerita ini aku start tulis tahun 2005, dan 1st publish tahun 2010 di blog. Latar masa kisah in...