RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5

By TICERSHAM

218K 1.5K 35

SIRI 5, lanjutan daripada SIRI 4, masih mengekalkan jalan cerita pengalaman hidup seorang guru yang bernama S... More

BAB 1 : END OF THE BEGINNING
BAB 2 : CINTA HADIR TANPA DIDUGA
BAB 3 : INGIN MENGANDUNG
BAB 4 : JUST JOKING
BAB 5 : REZEKI DI KAMPUNG
BAB 6 : MASIH DI KAMPUNG
BAB 7 : TADIKA
BAB 8 : HANYA UNTUK MEMBANTU
BAB 9 : MENJENTIK NAFSU
BAB 10 : UJI DIUJI
BAB 11 : MENGANDUNG JUGA AKHIRNYA
BAB 12 : BERITA GEMBIRA
BAB 13 : KERANA DEMAM
BAB 14 : COUNTER ATTACK
BAB 15 : PLEASE, COME IN!!
BAB 16 : ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM
BAB 17 : SEJARAH TERSINGKAP
BAB 18 : KAKAK ANGKAT
BAB 19 : RUMAH BAHARU PUSAT URUT
BAB 20 : CARAMEL MOCHIATO
BAB 21 : ADAKAH INI DIKATAKAN CINTA
BAB 22 : RINGAN RASA BADAN
BAB 23 : BATU ASAS PECAH TANAH
BAB 24 : SEWAKTU HUJAN MEMBASAHI BUMI
BAB 25 : PERSEDIAAN AWAL
BAB 26 : PERSON-IN-CHARGE
BAB 27 : MELAYANI 'SUAMI'
BAB 28 : KEHAUSAN
BAB 29 : GENTLEMAN
BAB 30 : ZAM DEBAB SHAM KEDING
BAB 31 : GELAP RASA DUNIA INI
BAB 32 : PENGORBANAN SEORANG SUAMI
BAB 33 : KEPULANGAN YANG DINANTI
BAB 35 : PERLUKAN AKU MEMBANTU
BAB 36 : AKAN ADAKAH SINAR BUATKU
BAB 37 : SEMUANYA BERKEMUNGKINAN

BAB 34 : PERTEMUAN AWAL MEMBIBITKAN PERSAHABATAN

3.3K 29 0
By TICERSHAM



Aku memberikan panduan kepada isteriku untuk menyiapkan Adam, kerana ini kali pertama Adam disiapkan oleh ibunya sendiri. Setelah bersarapan, aku tinggalkan mereka dua beranak kerana Adam akan dihantar pukul 8 pagi. Aku memberikan whatsapp kepada Cikgu Farah memberitahu yang hari ni dan hari seterusnya Adam akan dihantar oleh isteriku.


"Patut la senyap, wife balik rupanya" balas Cikgu Farah


"Balik kejap je Farah, tak sampai sebulan" balasku semula


"Best la cikgu, Farah juga yang kesian"


"Nanti lepas wife saya balik, kita jumpa ye sayang" balasku yang mengetahui apa yang bermain difikirannya.


Sebelum ini pun aku memang telah maklum yang isteriku akan pulang, cuma belum ada tarikh. Jadi, Cikgu Farah memang sedia maklum, dan dia kena tahu akan statusku, dan berikan ruang padaku untuk bersama isteriku dan keluargaku. Hidup berskandal ini perlukan suatu perasaan lain dari yang lain, dan dia sebagai perempuan kena tahu dia berskandal dengan suami orang, dia tidak boleh mengharapkan tumpuan yang lebih. Mujur Cikgu Farah boleh menerima keadaan itu sewaktu aku slow-talk dengannya dahulu.


"Sue, petang nanti free tak?"


"Kenapa bang" jawab Cikgu Suriani ketika dia menemuiku di makmal.


"Abang dengan akak nak ke rumah"


"Boleh, boleh, datang la, Sue pun rindu akak, dah lama tak tengok dia"


"OK Sue, petang nanti lepas Asar ya sayang" kataku mengucup bibirnya.


Aku tahu yang Cikgu Suriani telah tahu akan kepulangan isteriku, dan mereka berdua kerap berhubungan melalui whatsapp. Aku risau hubungan aku dengan Cikgu Suriani diketahui isteriku, namun, Cikgu Suriani mati-mati menyatakan yang hubungan kami adalah rahsia besarnya, tiada siapa pun tahu. Aku percaya akan Cikgu Suriani, sedangkan dalam hal pregnant pun dia boleh cover, inikan pula hubungan kami.


Kepulangan isteriku telah menjadi hebahan umum, boleh dikatakan semua rakan sejawatku tahu akan hal itu, dan jenuh aku menempis perlian berbaur lucah dari mereka, yang mana perkara itu telah menjadi kebiasaan di kalangan guru lelaki. Aku jenis selamba, mengiyakan apa yang diperkatakan hingga mereka tiada idea nak balas balik. Ada juga cikgu perempuan yang turut daring macam cikgu lelaki, mudah sahaja aku patahkan, sampai mereka balik yang kemerahan malu mendengar jawapan balasku.


"Patut la senyum sampai telinga, seronok semacam ja, bini dah balik rupanya" sindir Kak Nab, rakan sejawatku yang selesa ku panggil, atau sebenarnya Siti Zainab, dah berusia, dah bermenantu tapi jenis selamba je.


"Awatnya?" aku buat-buat tak tau


"Syok la, tak payah pelok bantal dah" sampuk Malik ketika kami semua berborak di bilik guru.


"Tau takpa, bini ada, pelok bini la" jawabku selamba mengiyakan.


"Ni mesti balik awal ni kan?" balas Kak Nab lagi


"Ishh, balik awal apa, dah nak balik ni, boss pun dah bagi kebenaran, bini kat rumah tak tahan dah katanya" balasku semula, terdiam Kak Nab, diikuti gelak ketawa Malik dan beberapa orang lagi yang hanya mendengar.


Begitulah aku, kalau sembang bab gitu, memang takkan kalah. Memang aku sering dijadikan bahan kalau hal macam ni, memandangkan isteriku jauh, tapi bukan senang nak kenakan aku. Memang diorang yang akan malu balik kalau nak kenakan aku. Boleh dikatakan rakan-rakan sekolah tahu akan perangai gia-gila aku ni, mereka kata aku happy je, macam tiada masalah, dan apa yang mereka respect aku sebab aku boleh hadapi hidup bersendirian membesarkan anak. Kalau lah mereka tahu sisi gelapku.......


"Tahniah Cikgu Hisham, terima kasih banyak-banyak sebab tolong pantau projek tu, skang ni semua dah selesai" kata Pengetua sewaktu aku dipanggil ke pejabatnya.


"Hal kecik je Tuan, bukan susah sangat" jawabku merendah diri.


Aku lega sebab projek tu dah pun selesai, kontrak pun telah ditandatangani, semuanya telah diluluskan dan menara itu akan beroperasi sepenuhnya dalam seminggu dua lagi. Sewaktu perjumpaan terakhir, kami ditaklimatkan oleh Encik Farouk tentang perjalanan operasi menara itu dan hal yang berkaitan. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah kontraktor, Encik Hasrul, pegawai JPN dan PPD serta Puan Fasihah.


Melihatkan Puan Fasihah, aku tahu dia sedang menderita zahir dan batin. Dia tidak seperti yang mula-mula aku kenali, ini dia jadi pendiam, dan kurang bercakap. Sejak suaminya Rahizam, yang juga merupakan kawan baikku mengalami kemalangan, hidup mereka suami isteri berubah dari segi fizikal dan mental, dan paling ketara ialah emosi. Aku pun tak berani nak melawak tak tentu pasal dengan Puan Fasihah, walaupun sesekali aku cuba membuat kelakar namun disahut dalam keadaan yang hambar.


Setelah aku diminta oleh Rahizam untuk 'membantu' isterinya, sehingga kini aku masih berkira-kira. Tidak pernah terlintas langsung untukku bersama Puan Fasihah, kerana sifatnya begitu menjaga pergaulan, penampilan dan bicara. Pernah aku cuba memberikan joke double meaning, namun tidak dilayan, tidak seperti Ustazah Masyitah mahupun Puan Rosnah. Maka sebab itulah Puan Fasihah tidak masuk dalam fikiranku untuk aku jadikan sasaran imaginasiku.


Namun, semua berubah setelah Rahizam menyuarakan hasratnya, aku mula menyimpan perasaan pada Puan Fasihah, cuba untuk berbaik dengannya dalam keadaan yang lebih santai. Ini adalah untuk mempersiapkan emosinya, sekiranya cadangan suaminya itu dipersetujui, aku juga yang mendapat kebaikannya.



"Zam macam mana Fas?" soalku ketika menghantar dia ke kereta selepas pertemuan itu.


"Macam tu la Cikgu, tapi dia cuba untuk buat sendiri, dia tak mau susahkan Fas sangat" jawab Puan Fasihah


Setiap kali kami berbual, lisan mahupun whatsapp, tidak putus-putus aku memberikan semangat padanya, sesekali aku call untuk berbual dengannya agar dia tidak rasa terlalu tertekan. Aku rasa seronok apabila sesekali ada jugak dia ketawa apabila aku buat joke. Hubungan aku dengan mereka menjadi lebih baik sejak kemalangan itu. Kini, setelah isteriku pulang, aku suarakan pada meraka yang kami ingin menziarahi mereka sekiranya ada kelapangan nanti.


Hasrat suaminya itu perlu aku bincangkan bersama isteriku, aku tidak mahu membelakangkannya kerana isteriku tahu akan kisah yang menimpa pasangan itu. Dan permintaan suaminya itu bukan calang-calang permintaan, jadi isteriku berhak tahu, dan aku perlukan pandangan isteriku juga dalam hal ini. Boleh je aku belakangkan isteriku, tetapi dalam kes ini, aku rasa tak wajar kerana pasangan itu dalam keadaan dukalara, dan permintaan itu bukan atas dasar swing atau keseronokan semata-mata, tetapi lebih kepada memenuhi keperluan yang terhalang yang dialami oleh Puan Fasihah.


Petang itu, aku bersama anak dan isteriku ke pasar malam untuk mencuci mata dan membeli sedikit makanan, dah juga melayan permintaan isteriku yang telah lama tidak ke pasar malam. Suasana masih terkawal lagi, kebanyakan peniaga baru sahaja menjalankan operasi, dan ada juga yang sedang mengemas meja untuk mula berniaga. Para peniaga makanan biasanya akan beroperasi awal, dan kami datang pada waktu ini adalah untuk menjadi pelanggan yang awal dan juga malas nak bersesak-sesak sekiranya menjelang malam. Banyak juga makanan yang dibeli oleh isteriku yang kemaruk nak makan itu ini, setelah sekian lama tidak menjamahnya. Aku ikutkan sahaja walaupun aku tahu pada akhirnya makan itu akan berakhir di dalam peti sejuk, dan ke tong sampah.


"Eh, cikgu..." terdengar suara yang sangat kukenali menegurku. Aku toleh, kulihat Puan Fasihah.X


"Eh, Fas, baru balik keje ke?" soalku kerana melihat dia masih berpakaian rasmi, berbaju kurung dan bertudung lagi.


"Ye, ni isteri cikgu ke?" tanyanya merujuk kepada isteriku lalu dia menghulurkan tangan bersalaman, disambut oleh isteriku dengan terpinga namun masih melemparkan senyuman.


"Ayang, ni la wife kawan abang tu, Zam, yang abang ceritakan tu"


"Ooooooo...." Panjang 'O' isteriku kerana dia sedia maklum akan kisah Fasihah dan suaminya yang ditimpa kemalangan itu. "Baru hari ni dapat jumpa, suami saya ada cerita, Fasihah kan? Nama akak Nor"


"Ye kak, Fasihah, panggil Fas je. Cikgu banyak tolong kami kak, tak terbalas rasanya budi dia" kata Puan Fasihah pada isteriku


"Dah tanggungjawab kita hidup bermasyarakat"


"Nanti ada masa, jemput la ke rumah, boleh sembang-sembang lagi" sambung Puan Fasihah.


"InsyaAllah Fas" jawab isteriku, mereka bersalaman kerana masing-masing nak cepat.


...BERSAMBUNG

.

.

Continue Reading

You'll Also Like

200K 3.5K 17
Y/n's little sister is obsessed with the band Tokio hotel. Y/n little sister begs their parents to let her go. But... they make Y/n take her. Y/n is...
501K 36.7K 38
Avantika Aadish Rajawat Aadi, with his fiery nature, adds intensity and excitement to their relationship, igniting a spark in Avni. Avni, like the ca...
15.5K 922 39
• ═══ೋ❀❀ೋೋ❀❀ೋ═══ • ❝You're our light in the dark.❞ ★★★★★ don't forget to vote, comment & follow All rights reserved. Copyright © 2021 sixofbrekker
25.8K 487 21
Here are Anime One-Shots for you people of Wattpad!! (REQUESTS CURRENTLY ON HOLD) There are also Female Characters x Male Reader!! (I say that becaus...