7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.8K 1.2K 139

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

DESCRIPTION
PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 20

541 33 0
By fumai_

" Nyam, nyam, nyam. "

" Slurp, sluuurp... "

Bunyi mengunyah dan minum itu dia buat tak endah. Buku ilmiah di tangan dia baca. Malas melayan perangai abang dan adiknya yang suka mengganggu ketenteraman masyarakat.

" Dia tak tergugatlah, macam mana ni? " Kata Hafiy. Pinggan nasi ayam ditangan dia letak ke lantai dahulu, menanti idea dan kata-kata daripada abangnya, Hadif.

" Hm, kau pergi ambil aiskrim yang ada dalam peti tu. " Arah Hadif. Secawan smoothie dia minum sehingga habis.

Hafiy mengangguk dan berlari ke dapur. Sampai di dapur, dia nampak Hafhiz sedang duduk di ruang makan bersama secawan susu coklat kegemarannya sambil melihat telefon.

Hafiy membuka peti ais dan mengambil aiskrim durian. Baru sahaja nak tutup peti ais, Hafhiz menegur.

" Misi tak tercapai ke sampai terdesak sangat nak guna aiskrim? " Mata Hafhiz masih lekat di telefon. Hanya bibir sahaja berkata terhadap Hafiy.

" Iye bang. Iman Habib kuat betul. " Hafiy membenarkan kata-kata Hafhiz.

Dia kembali semula ke ruang tamu.

Aiskrim durian di tangan Hafiy, Hadif ambil. Koyak saja plastik aiskrin, Hafiy berkata. " Bagi akulah makan aiskrim tu. "

" Kenapa pula? "

" Tadi kau dah minum smoothie, bagilah aku makan aiskrim tu! " Hafiy cuba merampas aiskrim di tangan Hadif.

" Eh, kau kan dah makan nasi ayam! "

Maka Hadif dan Hafiy mula berebut aiskrim durian yang tidak diketahui pemiliknya.

Habib yang duduk di antara mereka mula mengeluh panjang sebelum dia berlalu pergi ke biliknya.

" Ish, aku nak! "

" Aku kan abang- eh. Habib dah pergilah! " Hadif menggelabah. Tak sempat dia nak halang, Habib dah kunci pintu bilik.

" Ish, kau lah ni! " Jari telunjuk Hadif menunjuk ke arah Hafiy. Rancangan mereka untuk membuat Habib memarahi mereka tidak berjaya. Memandangkan hari ini Habib Dhani puasa sunat, jadi Hadif mengajak Hafiy membuat eksperimen menguji kesabaran Habib.

Tetapi rancangan itu gagal kerana Habib tidak memberi kerjasama.

Setakat makan makanan depan dia, dia tak terliur langsung. Daripada dia membazir masa melayan kerenah Hafiy dan Hadif, lebih baik dia membaca buku di dalam bilik. Lebih aman.

" Aku pula? "

" Iyelah! Kalau kau tak minta aiskrim tu tadi, mesti rancangan kita berjaya! Habib kan suka aiskrim durian! " Hadif memarahi Hafiy. Kuat suaranya kedengaran sehingga ke tingkat atas menyebabkan Hefzy turun ke bawah.

" Eh, senyap sikit boleh tak? Aku nak study! " Hefzy menjerkah dari arah tangga. Sakit telinga dia mendengar pertelingkahan kebudak-budakan abang-abang.

" Eleh, study ke melamun? " Hafiy memprovok. Sengaja membuat situasi makin memburuk.

Berasap telinga Hefzy. Tak tenang hidup dia hari ini.

Tak mahu membuat keadaan makin tegang, Hefzy pergi ke dapur. Dia harus mencari penyejuk untuk hatinya yang panas.

Dia nampak Hafhiz.

" Bergaduh? " Soal Hafhiz dengan nada yang datar. Bertanya hanya untuk memastikan, dan bukannya tertarik. Posisi mata masih melekat di skrin telefon. Entah apa ditengoknya.

" Entahlah. " Hefzy memunggah peti ais. Makanan yang dicarinya tidak jumpa.

" Fhiz, nampak tak aiskrim aku? " Hefzy aju soalan. Tubuh dipusing menghadap Hafhiz.

" Aiskrim durian? "

Hefzy mengangguk.

Hafhiz mengeluh berat. Dia bangun dari duduk dan berjalan ke ruang tamu. Hefzy pula membontoti dari belakang.

" Tu. " Hafhiz muncung bibir ke arah dua orang insan yang sedang duduk di ruang tamu.

" Sedap juga aiskrim ni. " Kata Hadif. Aiskrim yang dipegang Hafiy mereka kongsi bersama.

" Kan. Siapa punya ni? Sedap betul aiskrim dia. Beli kat kedai lima bintang ke? " Kata Hafiy pula. Seronok mereka menikmati aiskrim sehingga tidak sedar kehadiran Hafhiz dan Hefzy.

" Kau orang buat apa? "

Hadif dan Hafiy segera mengangkat kepala mendongak menatap Hefzy yang berdiri betul-betul di depan mereka, bersama segaris senyuman.

" Makan aiskrim lah. Kau nak? " Jawab Hafiy. Aiskrim durian di tangan dia hulur pada Hefzy.

Aiskrim yang tinggal segigit itu Hefzy pandang sepi.

" Oh. Itu... aiskrim siapa? "

Hadif dan Hafiy berpandangan sesama sendiri.

" Aiskrim siapa weh? " Soal Hadif cemas melihat wajah Hefzy yang makin memudar senyumannya.

" Kau yang suruh ambil. Mana aku tahu! " Hafiy geleng kepala banyak kali.

Hafhiz yang diam memerhati melabuhkan duduk di sofa berdekatan. Menanti adegan seterusnya.

" A-aku rasa ni.. aiskrim Hefzy... "

Hafiy mengangguk-ngangguk kepalanya.

Hefzy memang seorang yang agak tenang, tapi kalau mood dia tak baik, jangan tanya kenapa dia akan marah di setiap situasi selagi emosinya tidak stabil.

" Dalam seminggu ni, boleh tak sehari aje aku dapat bertenang? Boleh tak sehari aje aku tak marah-marah? Kau orang memang suka kan aku marah?! " Meletuslah Hefzy di ruang itu. Wajahnya menjadi bengis.

Hadif dan Hafiy berpelukan. Kedua tubuh itu menggigil. Walaupun Hadif dan Hafiy lebih tua daripada Hefzy, kalau dia sudah naik angin memang dilupanya segala asal-usul seseorang.

Hafhiz tenang memerhati sambil meminum air susu coklat yang tidak lepas dari tangan.

" Sorry bro, manalah kita orang tahu. " Hafiy cuba memujuk. Suara sedaya upaya dilembutkan agar Hefzy menjadi lebih waras. Hal kecil pun nak marah, period ke?

" Tak boleh ke tanya dulu itu siapa punya? Aku penat hari ini... tolonglah jangan bagi aku naik angin... " Hefzy raup wajahnya sendiri. Rasanya dia sudah melebih. Kalaupun hari ini tidak baik untuknya, sebaiknya dia tidak melepaskan amarah pada orang lain.

Hadif dan Hafiy mula berbisik.

" Asal moody gila Hefzy ni? Assignment kena reject ke? " Bisik Hadif Daris perlahan.

" Tak tahu. Ke... " Hafiy menggantung ayat.

" Saleema? " Hadif dan Hafiy menyebut serentak. Mereka memikirkan kemungkinan yang dikemukakan sesama sendiri.

" Apa kau orang cakap? " Hefzy pandang kedua manusia itu, tajam. Dia rasa telinga dia ada tangkap nama Saleema tadi.

" Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa. "

Hafiy geleng kepala banyak kali. Hari ini memang tugas dia angguk geleng saja.

Hefzy pincing mata.

Ding dong!

Keempat-empat kepala manusia di ruang tamu serentak beralih ke pintu utama.

" Sejak bila loceng rumah kita berbunyi ni? " Berkerut dahi Hafiy. Seingatnya, loceng rumah dah rosak dan tidak pernah dibaiki memandangkan bunyinya terlalu nyaring.

" Semalam. " Ujar Hafhiz. Dua bangun melangkah ke pintu utama.

Perlahan-lahan pintu utama di buka luas. Kedua-dua kening Hafhiz terangkat melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.

" Hai. "

" Xayn. " Hafhiz senyum nipis. Kedua lelaki itu berjabat tangan dan berpelukan seketika. Rasanya sudah lama Xayn tidak pulang. Makin segak dan kemas pula penampilannya sekarang.

" Hah? Xayn?! " Jerit Hafiy. Dia mara ke pintu utama. Seraut wajah kacak di depan Hafhiz itu dia pandang tajam.

Hefzy dan Hadif pula berjalan ke muka pintu sebelum sekumpulan lelaki itu didatangi Habib.

Mereka semua berpelukan. Kecuali Hafiy.

" Still the same? " Tanya Xayn bersama tawa kecilnya. Wajah cemberut Hafiy dia pandang.

Hafhiz mengangguk.

Hafiy pula jeling Hafhiz. Dia kemam bibir. Dia tak suka Xayn. Masih dia ingat memori ketika Helena masih kecil, tidak ingin bermain dengannya sebab mahu meluang masa bersama 'abang baharu' ; Xayn. Dia geram. Bila Xayn buat keputusan untuk keluar dari rumah Grey, dia pula gembira. Tiada lagi yang boleh ambil adik perempuannya.

Habib mengajak Xayn masuk ke rumah untuk bersembang. Lama mereka tak berbual bersama.

Hafiy di penjuru sofa hanya diam memeluk tubuh. Selalunya, dialah yang paling banyak mulut macam bontot ayam.

" Fiy, kau tak rindu aku ke? " Usik Xayn. Dia tahu Hafiy tak berapa suka dengan dia.

" Never. " Hafiy putar bola matanya.

" Ibu, Hifzan, daddy dengan yang lain mana? " Sejak dia masuk tadi, tak ada pula dia nampak kelibat orang yang dicarinya, terutama Puan Dairisya. Disebabkan terlalu rindukan ibunya, Puan Dairisya membenarkan Xayn untuk memanggil ibu.

" Mummy dengan daddy pergi dating. Hifzan dengan Helena keluar berdua. Pergi mana pun tak tahulah, dia orang tak nak bagitahu. " Jelas Hadif. Pagi tadi bila ditanya Hifzan nak kemana bersama Helena, dia hanya mendapat pandangan kosong sebagai jawapan.

" Heidi? "

" Macam biasa, dia kan abe military. " Hadif lagi yang jawab.

" Kenapa tiba-tiba balik? "

Soalan Hafiy itu mengundang perhatian semua orang.

" Hifzan suruh balik. " Jawab Xayn

" Datang nak jenguk aje ke? "

" Tak. Aku tidur sini. "

" Hah? " Meluas mata Hafiy. Oh tidak, dia tak nak Helena dirampas oleh Xayn, tidak sesekali.

" Aku cakap- "

" Tak, tak payah ulang. Aku dengar. " Hafiy terus naik ke biliknya. Dari tingkat bawah, kedengaran kuat bunyi hentakan tapak kaki dan hentaman pintu.

" Mengada. " Satu perkataan buat Hafiy diberi oleh kembarnya sendiri.

" Biarlah, dia kan memang manja. " Habib back up Hafiy. Kesian pula dia tengok Hafiy, tadi bukan main ceria.

" Kenapa abang Hafiy tu? "

" Entah, eh- balik dah? " Tersentak Hadif melihat Helena yang berdiri di belakangnya. Tak ada pula mereka dengar bunyi kereta atau orang beri salam tadi. Tahu-tahu aje dah ada di dalam rumah.

" Dah. " Jawab Helena ringkas. Matanya tertancap pada wajah seorang lelaki yang duduk di sebelah Hafhiz.

" Abang Xayn?! Bila balik? Kenapa tak bagitahu? Kalau tahu, Helena tak ikut abang Hifzan tadi. " Helena juih bibir.

Xayn dengan poker face nya membalas pertanyaan Helena. " Tadi. Hifzan suruh. " Ringkas dan cukup tepat untuk menjawab segala soalan.

Helena buat mulut bentuk 'o'.

" Suprise. "

Perkataan yang keluar dari mulut Hifzan yang baru muncul di ruang itu membuat semua terkejut.

" Ibu tak balik lagi? " Xayn daripada tadi lagi mencari Puan Dairisya. Entah apa yang nak dikatanya.

" Malam kut baru balik. " Jawab Hefzy.

Continue Reading

You'll Also Like

26.6K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...
2.3M 74.9K 83
Streeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebu...
569K 25.4K 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka diperte...
21.8K 1.2K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...