7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.8K 1.2K 139

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

DESCRIPTION
PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 17

531 31 0
By fumai_

Tadi dia yang berdrama menangis air mata berdarah, sekarang terkinja-kinja pula melompat sambil memeluk patung arnab.

" Ee, comelnya! Thank you, Hifzan! " Ucap Hafiy ikhlas. Patung arnab yang agak besar itu dia peluk dan gomol sampai puas. " Teringat I dekat arwah Tina Freya... hm. " Warna patung arnab yang dipegangnya sama dengan warna bulu arnab peliharaannya masa kecil yang telah mati akibat diberi makan coklat oleh Helena. Dia mula menabur air mata palsu.

Hifzan tidak beriak. Dia perhati aje perangai Hafiy yang macam budak tadika baru dapat aiskrim.

Hifzan capai satu damak kecil yang disediakan di gerai permainan di hadapannya. Dia sedang bermain damak. Kali ini ialah balingan kedua. Dia main pun sebab nak bagi Helena patung kucing saiz gergasi yang disediakan sebagai hadiah di situ, tapi tuan gerai bagi patung arnab pula. Jadinya dia cuba sekali lagi.

Hifzan memincing sedikit matanya memerhati bulatan merah ditengah papan dat. Dengan sekali balingan, laju jarum kecil itu menusuk tengah papan buat kali kedua.

Hifzan senyum bangga.

Terdiam tuan gerai itu. Nak tak nak, dia capai patung kucing yang besar dan diberi pada Hifzan.

Huluran patung itu disambut oleh Helena. Laju betul dia ambil.

" Yeay! Ish, comel! Nanti awak boleh kawan dengan Lyra Adelin Sofia! " Helena bercakap dengan patung kucing yang berwarna hitam itu. Patung kucing yang pernah diberikan oleh abangnya dulu masih disimpan, dan kini dia dapat lagi satu. Saiznya sama besar, bolehlah jadi partner.

" Bukan dulu nama teddy cat tu Lyra aje ke? Macam mana boleh jadi panjang sangat ni? " Habib garu kepala. Nama pun tak serupa nama binatang. Ini mesti pengaruh Hafiy yang suka bagi nama pada benda bukan hidup macam pokok bunga yang mummy tanam. Macam-macam nama dia letak, lepastu Puan Dairisya pun ikut pakat sekali letak nama.

" Now dah ada nama penuh okey? Lyra Adelin Sofia! Yang ini pula warna hitam, mesti jantan. Lena nak bagi nama dia... hm... Alessandro... ish tak sedap! Abang Hafiy...! " Helena berlari ke arah Hafiy yang sedang duduk di bangku sambil makan gula-gula kapas warna merah jambu. Dengan patung arnab lagi.

" Helena nak minta abang Hafiy perah otak fikirkan nama yang sedap untuk patung kucing Lena! "

Hafiy gosok dagunya yang licin. Dia memang pakar bab beri nama ni.

" Satu perkataan lima ringgit. " Hafiy angkat kening beberapa kali sambil memberi tawaran. Dia memang begitu, setiap kali dia harus memerah otak untuk orang lain, dia perlu dibayar. Bayaran pula tertakluk pada apa yang perlu dia fikir. Kalau susah harga pun mahal. Macam jual buah fikiran.

" Aduh, harga adik beradik tak ada? " Helena cuba berunding. Mahal ni, hari ini dia bawa sepuluh ringgit aje. Kalau guna separuh untuk nama patung itu, macam mana dia nak belanja sakan makanan di taman tema ini?

Dia bawa duit sikit pun sebab nak minta abang-abangnya belanja, hehe. Bijak tak?

" Hm, bolehlah dua ringgit. " Hafiy mengurangkan harga sebanyak 60%. Dia mula memegang kedua sisi kepalanya memikirkan nama yang sesuai untuk patung kucing Helena.

" Entah apa-apa lah yang kau orang buat. " Hafhiz geleng kepala perlahan. Tangan diseluk masuk ke dalam poket baju hoodienya.

" Ha! Sekejap, Lena nak nama Arab ke nama Melayu? " Hafiy bertanya.

" Em, nama Korea boleh? "

" Tak payahlah, nama arab aje. "

Helena kembang hidung. Apa ni? Tadi tanya, lepastu Hafiy sendiri yang buat keputusan.

" Hm, Fahd Bariz. Apa macam? Okey? " Hafiy tunjuk ibu jarinya. Kalau Helena tak nak nama tu, dia boleh tukar.

" Okay, nice! Nah, dua ringgit. Thank you! " Helena hulur dua keping not seringgit. Dia mula memandang patung kucingnya semula. Besar, comel dan lembut. Kalau boleh dia nak gigit aje.

" Fahd Bariz dengan Lyra Adelin Sofia! " Helena angkat patung itu tinggi di hadapan wajah Hafhiz, Hadif dan Hefzy.

" Bukan main nama patung dia, agaknya macam mana nama anak buah aku nanti. " Hadif berbisik ke telinga Hefzy. Kalau benda pun dia letak nama hebat-hebat, nanti anak buahnya pasti gah-gah namanya. Jangan yang pelik-pelik sudah.

" Harapnya tak letak nama makhluk asing. " Hefzy membalas. Suara diperlahankan sehabis baik.

" I hope so. "

" Ei, mengumpat Lena eh?! " Lena mengerutkan muka. Dalam diam, mengumpat pasal dia, ingat tak dengar ke?

" Mana ada, hehe. " Hefzy berdalih.

" Abang Habib...! " Panggil Helena meleret. Nak mengadu, biar abang berduanya itu kena ceramah sebab mengumpat.

Habib yang baru duduk di sebelah Hafiy sambil memakan aiskrim yang berwarna hijau segera mengalih pandangan apabila Helena memanggilnya.

" Apa, Habibah sayang? " Soal Habib lembut.

" Tadi- "

Hadif dan Hefzy menekup mulut Helena.

" Tadi kita orang na- nak ajak dia! Ha, nak ajak Lena naik... em, tu ha, yang kuda pusing-pusing tu! " Hadif sengih kekok. Kalau Habib tahu dia mengumpat tadi, memang taman tema ini bertukar jadi pusat ceramah percuma.

" Oh, lepastu? " Soal Habib lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Sangat positif.

" Lepastu, Lena nak ajak kau. "

" Lepastu? "

" Tiga. " Jawab Hefzy.

" Eh ye ke? " Hafiy pula menyibuk. Tadi sibuk main dengan patung arnab dia.

Helena pula menarik-narik tangan Hadif dan Hefzy dari mulutnya. Mahu lemas dia dibunuh abang sendiri.

Hadif melepaskan tangannya apabila Habib pergi ke arah Hifzan.

" Abang H- "

" Nak aiskrim? " Hefzy memotong. Topik harus ditukar segera.

" Nak! " Dengan sekelip mata, Helena telah dimanipulasi oleh abangnya.

Hadif angkat ibu jari, terbaik.

Helena tenung luar tingkap dengan tangan menongkat dagu. Tadi lepas naik kuda pusing dengan abang-abangnya termasuk Hifzan, dia ajak pula naik roda Ferris.

Mula-mula dia teruja, sekarang tidak lagi. Roda Ferris itu hanya boleh dinaiki dua orang saja untuk satu kabin penumpang.

Tuan Huzhaid bersama Puan Dairisya, manakala Hifzan bersama dengan Hadif.

Bilangan abang dia tidak genap, jadi dia terpaksa duduk dengan stranger memandangkan abangnya semua dah naik dulu. Tahu-tahu aje dia naik seorang masa beratur tadi.

Dan orang di hadapannya nampak sangat mencurigakan.

Pakai topi hitam, pelitup muka hitam, siap pakai spek mata hitam lagi. Baju pun hitam!

Helena rasa nak lompat keluar aje dari kabin ni. Kalau boleh dia nak cari siapa yang buat kabin ini hanya untuk dua orang sahaja duduk. Dia ini sudahlah single.

Lama dia tenung matahari yang sudah masuk fasa terbenam. Cantik. Perlahan-lahan bibirnya tersungging senyuman nipis. Tak sedar langsung orang yang bersamanya di dalam kabin itu sedang merenungnya.

" La mia fecilita. "

Mendengar perkataan itu, kepala Helena automatik berpusing. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan tatapan curiga.

" Who- "

Baru ingin menegur, lelaki itu sudah keluar dari kabin. Helena yang baru tersedar kabin itu sudah sampai di bawah terus keluar dari situ.

" Wait! "

Dia harus memastikan siapa lelaki itu. Ayat yang dikatakan lelaki itu sama dengan gelaran yang diberikan mystery guy kepadanya.

Di dalam kerumunan orang, dia cuba mengejar langkah lelaki yang bersamanya tadi sebelum sosok itu hilang begitu saja.

Dia keluh perlahan.

Ting!

Masuk satu notifikasi di dalam telefon Helena. Terus dia buka telefon dan membaca mesej yang dihantar seseorang.

- We'll meet again in another day, fecilita.

Dahi Helena berkerut seribu. Benarlah lelaki tadi ialah mystery guy. Tapi kenapa lelaki itu muncul di hadapannya? Siapa lelaki itu?

" Lena! "

Helena toleh ke belakang melihat abangnya yang melambai ke arahnya. Dia menghampiri sekumpulan lelaki itu.

" Buat apa jauh-jauh sana? " Soal Hefzy. Roda Ferris di sini, adiknya di sana. Macam mana boleh pergi jauh ni? Terbang ke?

" Hah? Tak, ada orang... jual popcorn... " Helena memberi alasan. Kepala yang tidak gatal digaru. Tak akan nak cakap dia pergi kejar stranger pula kan?

" Okey, you nak popcorn ke Lena? Jom, I belikan! " Hafiy menawarkan diri untuk membelanja Helena. Rasa sebersalah tadi tinggalkan Helena seorang di kabin roda Ferris. Dah masuk dalam kabin dengan Hafhiz baru dia teringat, 'mana Helena?'.

Helena agak mengelamun. Kepala masih memikirkan lelaki tadi. Leka dia melayan fikiran, Hafiy terus tarik tangannya ke gerai popcorn.

•••

- sorry late update ಥ‿ಥ

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
47.1K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...
21.8K 1.2K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
57.8K 2.6K 26
Tengku Aisha Andriana dan Tengku Aisra Aidriana.Dua adik beradik yang amat dingin. Tengku Aisha Andriana digelar sebagai Ice princess.Aisha mempunyai...