๐Œ๐„๐„๐“ ๐Œ๐˜ ๐‹๐Ž๐•๐„๐‘ ๐‡๐„...

By luv_read1008

488 89 0

Alicia seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya. Di sekolah,dia adalah pelajar terbaik. Alicia... More

PROLOG
Chapter 1.
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 2
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 3.
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 4.
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 5
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 6
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 7
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 8
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 9
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 10
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 11
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 12
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 13
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 15

๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 14

23 3 0
By luv_read1008

Hari cuti sekolah telah pun tamat. Semua pelajar perlu bangkit daripada katil dan bergegas ke sekolah. Pengawas bertugas bermain-main dengan masa untuk tiba di sekolah lebih awal daripada pelajar lain. Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 berpusu-pusu masuk ke sekolah, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 berlumba-lumba pulang ke rumah.

Alicia sudah lama tidak menumpang Sir
Arfan untuk pergi ke sekolah kerana dia sudah memiliki basikal. Dengan adanya basikal, segala urusan untuk dia pergi ke mana-mana menjadi lebih mudah. Dia tiba di sekolah tepat pada masanya.

Masuk sahaja Alicia di kawasan sekolah,dia mula berhati-hati. Hari ini dia mahu menghantar borang menyertai lawatan kehadiran penuh di bilik kaunseling. Dia akan pastikan, tiada siapa yang menghalang urusannya pada hari ini terutamanya kumpulan sotong yang sangat dia benci. Sotong tidak sedar diri.

Semasa dalam perjalanan,Alicia terserempak dengan Sir Arfan.

"Assalamualaikum sir.." Sapa Alicia.

"Waalaikumussalam..Alice? Awak nak ke mana?" Soal Sir Arfan.

"Erm.Saya ada urusan.. Saya nak hantar borang kehadiran penuh pada Cikgu Marina." Sopan Alicia menjawab.

"Really? But Why do I see you running away from someone?" Tanya Sir Arfan kehairanan. Dia perasan Alicia daripada tadi seperti menyorokkan sesuatu.

"Erm..You know what..saya tak nak terserempak dengan tiga orang sotong." Jawannya ringkas. Memang tidak pernah diubah gelaran sotong itu sejak tingkatan 1 lagi.

"Ouh,yes. I understand. Okey,be careful!" Ucap Sir Arfan lalu beredar dari situ. Alicia segera melarikan diri. Akhir,dia selamat sampai di bilik kaunseling.

Sir Arfan sedang mengemas mejanya untuk bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Barang-barang berharga dibawa kerana dikhuatiri hilang. Belum sempat dia melangkah keluar dari muka pintu bilik guru,dia melihat wajah Cikgu Azam yang sedang muram.

"Assalamualaikum.." Tidak terjawab salamnya. Jauh sungguh Cikgu Azam termenung.

"Assalamualaikum!" Nada dinaikkan sedikit.

"Astaghfirullah..terkejut aku!! Waalaikumussalam." Akhirnya salamnya dijawab.

"Kau..asal? Okey tak?" Tanya Sir Arfan.

"I'm okey bro. Don't worry about me,bro" Jawab Cikgu Azam sambil menghadiahkan segaris senyuman

"Sorry,tapi aku tak caye. Weyh,jom aku belanja kau minum. Jom lah..Aku bosan ni" Sir Arfan cuba untuk memujuk sang sahabat yang merangkap seniornya. Ya,Cikgu Azam jauh lebih tua daripada Sir Arfan. Cikgu Azam sudah 30-an umurnya. Sir Arfan pula baru saja 22 tahun.

"Ye la..ye la..aku teman.." Mereka pun meninggalkan bilik guru bersama-sama.

Setibanya mereka di sebuah restoran,mereka terus membuat pesanan. Sementara menunggu, seperti biasa berbual kosong menjadi penghias suasana.

"Zam..Kau kenapa sebenarnya? Aku tengok muka kau dari tadi..tonyok aje. Dah macam cicak dah aku tengok." Sir Arfan bertanya dengan prihatin dengan diselitkan sedikit unsur lucu agar kawannya tersenyum.

"Kau kan..aku tengah pening ni..boleh kau kata muka aku macam cicak. Kurang ajar kau.." Marah Cikgu Azam. Sir Arfan hanya tersengih.

"Aku nak bagi tahu kau..tapi aku takut tiba-tiba rosakkan mood kau pulak.." Tiba-tiba Cikgu Azam bersuara lagi. Pernyataan itu membuatkan Sir Arfan menjadi sangat hairan dan risau. Apa kaitannya masalah Cikgu Azam dengan Sir Arfan?

"Kenapa? Weyh,cakap lah ngan aku..Apa benda yang kau pikir sekarang ni..Zam..Cakap la zam.."

"Kau..janji ngan aku jangan tanya soalan yang aku susah nak jawab eh..janji eh.."

"Err.. InshaAllah.." Sir Arfan sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Azam menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpulkan segala kudrat yang ada bagi menceritakan hal yang sebenar kepada Sir Arfan .

"Kakak kau..dia.." Air mata Sir Arfan mengalir deras. Berita ini sungguh menyakitkan. Sepanjang tahun ini, pelbagai dugaan telah menimpa dirinya. Semalam dia diberitahu bahawa ayahnya curang. Sekarang,kakaknya pula di tahan di wad. Tapi kenapa? Apa yang berlaku?

Sir Arfan terpaksa memohon cuti selama seminggu untuk melawat kakaknya yang sedang di tahan di wad. Alicia tidak ikut serta kerana dia terlibat dengan kem Puteri Islam.

Sir Arfan berlari-lari anak menuju ke wad yang ditempatkan untuk kakaknya. Seorang doktor berkaca mata berdiri di hadapannya.

"Tuan ni,siapa ya? Ada hubungan dengan Cik Erica ke?" Soal Doktor tersebut.

"Ya,saya adiknya. Ini ibu Cik Erica dan ini juga adiknya. Kami datang nak melawat dia." Jawab Sir Arfan.

"Maaf ya, sebelum itu, saya mahu berjumpa dengan ibu tuan dahulu. Sila ikut saya ye puan." Doktor lelaki itu membawa Datin Arfiah ke kaunter. Sir Arfan memerhati dari jauh. Doktor tersebut kelihatan seperti sedang memaklumkan tentang apa yang berlaku terhadap Erica.

"Cik Erica ni anak puan ye?" Soal Doktor itu.

"Yes,she is my son. What happened?" Soal Datin Arfiah. Jelas di wajahnya nampak sungguh risau.

"For your information,anak puan perlu dijalankan pembedahan. Kerana dia menghidap kanser otak. Jika pembedahan tidak dijalankan dengan segera, sel kanser di dalam otaknya akan terus merebak. Dan ia akan memberi impak yang lebih buruk terhadap anak puan." Doktor itu cuba memahamkan situasi. Datin Arfiah menahan sebak.

'ya Allah,apa dah jadi dengan anak aku?'

Tiba-tiba soalan yang tidak diduga keluar dari mulut doktor tersebut.

"Anak puan dah berkahwin ke?" Soalnya.

"Why?" Tanya Sir Arfan tiba-tiba.

"We found out she was also pregnant. But, kandungannya gugur. So, we think she's married."

'Astaghfirullahal adzim..Ya Allah apa dah jadi dengan anak aku!?.. Siapa syaitan yang berani sentuh anak aku.. Dan macamana boleh gugur?'Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Sungguh hatinya luluh mendengar berita itu.

"Saya nak pembedahan otak dijalankan dengan segera." Datin Arfiah membuat keputusan. Dia mahu anaknya sihat. Dia sangat sayangkan semua anaknya.

Sir Arfan meraup wajahnya berkali-kali. Dia sangat tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Bagaimana kakaknya boleh terlanjur sedemikian? Sir Arfan melihat Datin Arfiah. Wajah tua itu dipandang lama. Perasaan simpati melihat keadaan ibunya membuak-buak. Dia yakin,Datin Arfiah sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Zahirah dari tadi hanya berdiam diri. Kakak yang sangat disayanginya telah menghancurkan perasaannya. Dia tidak sangka, ada lelaki yang berani menyentuh kakaknya. Lelaki seperti itu sangat tidak layak di panggil lelaki.

..

KUALA LUMPUR..

Berita mengenai anaknya,Erica sampai ke pengetahuan Dato' Harfan. Dato' Harfan mula terasa gelisah. Walaupun segala rancangannya berjaya,namun dapat di rasakan kebahagiaan yang dirasai ini hanya sementara. Segala kejahatannya akan terbongkar suatu hari nanti.

"This is your money. Now,don't meet me again. Anggap kita tak pernah kenal selama ni." Dato' Harfan menghulurkan beg yang berisi duit. Lelaki berpelitup muka itu tersenyum sinis lalu menerima duit tersebut.

"You're a terrible father. I never expected a successful entrepreneur like you to sell your own child's dignity just for profit. Your company should have collapsed by now, but never mind. I'll take this money, and I'll pretend not to know you. By the way, remember this. I hold all your secrets. So, be careful." Lelaki tersebut terus berlalu pergi. Dia pergi meninggalkan Dato' Harfan dengan hati yang gembira. Dato'Harfan sudah mula kegelisahan. Hatinya bukan diulit rasa bersalah, sebaliknya sedang memikirkan bagaimanakah cara untuk menyembunyikan perkara sebenar.

..

Sebulan telah berlalu,pembedahan ke atas Erica telah lama selesai dijalankan. Alhamdulillah,dengan izin Allah,Erica dapat diselamatkan. Sel kanser di dalam otaknya tidak akan merebak ke otaknya lagi. Namun, Erica masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Masa tidak mengizinkan Sir Arfan untuk terus berada di Kuala Lumpur. Maka, mahu tidak mahu terpaksalah mereka pulang ke kawasan kediaman mereka semula.

"I don't know what happened to you, Erica. Bangunlah cepat,aku tak sabar nak dengar penjelasan daripada kau. "

Sir Arfan bingkas bangun dari duduknya lalu segera menapak keluar dari hospital. Sementara itu,Datin Arfiah masih tidak berganjak dari situ. Masih menantikan anaknya mencelikkan mata.

"Umi.." Panggil Zahirah dengan nada yang sayu.

"Erica sayang..buka mata nak..Umi rindu nak tengok mata cantik anak umi ni..buka lah mata.." Datin Arfiah mengusap lembut rambut anaknya yang masih belum menyedarkan diri.

"Umi dah nak pergi balik ni..Tak apa lah.. Nanti umi datang lagi..Janji dengan umi..Bila umi datang,umi boleh tengok senyuman Erica iya nak.." Zahirah yang berdiri di sebelah katil hanya menahan sebak. Sir Arfan pula hanya diam tanpa sebarang reaksi. Hakikatnya,hatinya sedang menahan amarah. Namun, sakitnya tidak dapat untuk diluahkan. Mungkin, terlalu penat dengan pelbagai rintangan yang melandanya.

Kereta berjenama Mercedes benz sudah berada di lebuhraya. Beberapa minit lagi mereka akan tiba di kawasan kediaman.Di pertengahan jalan, berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Arfan..Arfan okey tak ni?" Soal Datin Arfiah kerisauan. Siapa yang tidak risau apabila melihat anaknya seperti sedang menahan kesakitan. Apatah lagi,Sir Arfan sedang memandu di lebuhraya.

"Arfan okay je ni,umi... Don't worry.."

"Abang,biar Zahirah je lah yang pandu.." Malangnya,suara Zahirah hanya kedengaran samar-samar di telinganya. Pandangannya sedikit kabur menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan lebih jelas.

"ARFAN!!!"

'BAM!'

Sebuah lori baru sahaja melanggar kereta Mercedes Benz milik Sir Arfan. Suasana di lebuhraya menjadi huru-hara. Orang ramai mula berkumpul. Ada yang mengambil gambar,ada yang panik dan ada yang memberi bantuan.

Sir Arfan dan Datin Arfiah langsung tidak menyedarkan diri. Zahirah pula meraung kesakitan akibat kakinya tersepit di tayar kereta. Pemandu lori pula sudah memboloskan diri terlebih dahulu. Ya,kes Drink and Drive. Zahirah sempat melihat sang empunya badan melarikan diri. Botol-botol arak milik pemandu lori tersebut bertaburan di atas jalan tar. Serpihan kaca yang terkena pada kaki menambahkan lagi sakit Zahirah.

..
Sudah hampir sebulan Alicia bersendirian. Masih tidak melihat kelibat Sir Arfan dan keluarganya. Rumah juga tidak berpenghuni. Hati Alicia mula dihimpit rasa tidak senang. Entah bagaimana boleh terlintas difikirannya, bahawa sesuatu yang buruk telah melanda keluarga Sir Arfan. Ditambah pula,tiada lagi pertanyaan khabar antara Alicia dengan Datin Arfiah dan Zahirah.Namun, fikirannya segera diketepikan.

Dek kerana perasaan risau yang terus mengangu mindanya,Alicia nekad untuk berjumpa dengan Cikgu Azam sebelum pulang. Cikgu Azam sahabat karib Sir Arfan. Jadi,tidak hairanlah kalau Cikgu Azam sudah sedia maklum akan keadaan Sir Arfan.

Tamat kelas Matematik pada hari Khamis, bermakna tamatlah sudah sesi persekolahan. Sementara orang lain berlumba -lumba untuk pulang,Alicia pula bergegas menuju ke bilik guru. Tiba sahaja di bilik guru, matanya melilau mencari Cikgu Azam.

'alhamdulillah..' Lega hati Alicia apabila melihat Cikgu Azam masih tekun menyelesaikan tugasannya. Sepatutnya semua guru sesi pagi sudah lama pulang. Tetapi,hati Alica terlalu yakin mengatakan bahawa Cikgu Azam masih belum pulang. Dan,tekaannya tepat sekali.

"Assalamualaikum cikgu.."Sapa Alicia dengan sopan.

"Waalaikumussalam,eh Alice? What's wrong with you? Kenapa tiba-tiba jumpa saya ni?" Soal Cikgu Azam prihatin.

"Erm, boleh saya tanya..Bila Sir..Ah maksud saya, Keluarga Sir Arfan nak pulang? Dah lama saya tak nampak diorang. Saya risau perkara buruk berlaku pada mereka. Tambahan lagi,bila Datin Arfiah dan Zahirah dah lama tak buka Whatsapp.. Account Instagram Kak Zahirah pun dah lama tak on. Dan.. Sir Arfan pun,nampak tak berapa sihat sehari sebelum mereka bertolak ke Kuala Lumpur." Suaranya sedikit mengendur. Hatinya mengharapkan jawapan yang dapat menyenangkan dirinya. Dia berharap, keadaan mereka sekeluarga baik-baik sahaja.

Cikgu Azam terkelu lidah. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang baru ditanya oleh Alicia tadi. Cikgu Azam seolah-olah sudah lupa cara untuk berbicara. Sekali lagi,dia berhadapan dengan soalan KBAT di mana dia sendiri tidak tahu bagaimana format untuk menjawab soalan KBAT itu.

"Huh..Alice..How can I say it...Ermm..Mereka.."
Alicia ternanti-nanti dengan jawapan Cikgu Azam.

'cepatla sambung..' Itulah bisik hati Alicia. Jantungnya diserang oleh degupan yang amat kencang. Melihat dari reaksi Cikgu Azam,dia yakin bahawa kebarangkalian jawapan yang akan diberikan adalah 99% negatif dan 1% positif.

Dan..ya.. Anggarannya tepat sekali.

Hujan yang awalnya hanya gerimis menjadi lebat seolah-olah memahami perasaannya. Alicia duduk di bas stop sambil menikmati angin yang bertiup kencang. Telefon bimbitnya yang diambil di bilik kaunseling tadi di keluarkan daripada begnya. Oleh kerana dia tinggal bersendirian di rumah,dia terpaku membawakan telefon ke sekolah dengan syarat,dia menghantar telefonnya di bilik kaunseling.

Telefon hasil pemberian daripada Sir Arfan dan Zahirah di buka. Bukan healing,tapi bosan. Maka, untuk menghilangkan bosan,lagu kegemarannya dipasang. Hujan yang lebat menyebabkan Alicia terpaksa menunggu sehingga hujan sedikit reda supaya dia dapat pulang ke rumah dengan selamat.
Dia bercadang untuk melawat Sir Arfan and the family di hospital esok.

"Sir Arfan and his family terlibat dalam kemalangan dua minggu lepas. Zahirah cedera parah. Tapi Alhamdulillah,dia sekarang baik-baik sahaja. Datin Arfiah pun alhamdulillah.." Cikgu Azam memberi penjelasan kepada Alicia.

"Alhamdulillah..Tapi,Sir Arfan? Sir Arfan macamana??" Cikgu Azam tidak sampai hati hendak menceritakan perkara yang melanda Sir Arfan kepada Alicia. Namun, Alicia mendesaknya. Terpaksa juga dia memberitahu.

"Sir Arfan,masih tidak sedarkan diri. Dah dua minggu dia koma. Kakaknya pun sama,baru lepas operation di KL dua hari sebelum kemalangan dan sampai sekarang masih tak sedarkan diri." Ujarnya lagi. Alicia tertunduk. Hatinya dipagut sayu. Guru yang sangat banyak pengorbanan terhadapnya sedang diuji oleh Allah SWT. Dia harap Sir Arfan dan keluarganya kuat menghadapi segala ujian dan cabaran ini.

"Betullah apa yang Sir Arfan cakap.." Ujar Alicia separuh berbisik.

"Apa dia?" Tanya Cikgu Azam.

"He said, this year I was tested by Allah,maybe next year it will be his turn to be tested. And yes,It just happened ."

Lama Alicia mengelamun. Tanpa dia sedar,hujan yang lebat sudah mulai reda. Dia segera memakai topi keledar dan mengayuh basikalnya menunu ke rumah dengan cermat. Dia sudah lewat.Azan Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi.

'Allahuakhbar, Allahuakhbar !'

'Okey,aku tak sempat sampai rumah.' Alicia mengerling jam di tangannya,sudah menunjukkan jam 19.08. Sudah masuk waktu solat Maghrib. Jika dia memilih untuk pulang ke rumah terus, InshaAllah,solat Maghrib tertinggal. Maka, terpaksalah dia berhenti di Surau berdekatan.

Dalam sujudnya,tidak henti-henti dia titipkan doa buat Sir Arfan sekeluarga. Dia berdoa agar Sir Arfan dan keluarganya diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran yang dihadapi. Dia berdoa agar Erica dan Sir Arfan dapat mencelikkan matanya dan melihat dunia buat kali kedua. Air matanya menitis tanpa dia sedar. Padanya,mereka sahajalah tempat dia bergembira. Dia tidak punya sesiapa lagi di sisi. Melihat mereka bersedih hati, membuatkan hatinya juga turut tersayat.

Walaupun begitu,tidak lupa juga dia titipkan doa buat sang permata yang telah bersusah payah melahirkannya.

"Mom,I hope you are happy there. I love you. I miss you. See you in heaven later."


Continue Reading

You'll Also Like

365K 23.2K 65
In the vibrant city of Jaipur, a secret deal was struck between two worlds. Abhimaan Deep Shekhawat, the enigmatic King of Rajasthan, controlled the...
674K 35.7K 20
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ~By ๐Š๐š๐ฃ๐ฎ๊จ„๏ธŽ...
2.5M 147K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
830K 69.3K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...