REBIRTH | C

By bungatehh

2.7K 174 45

Setelah berjaya mendapatkan semula segala harta milik keluarganya, segala nama hotel, syarikat dan kediaman M... More

REBIRTH.
THE CHARACTERS.
CHAPTER 1 : HI!
CHAPTER 2 : HOUSEKEEPER.
CHAPTER 4 : UNDERCOVER?
CHAPTER 5 : ROMANTIC DINNER.
CHAPTER 6 : MATA BERTATAPAN.
CHAPTER 7 : WE DID IT.
CHAPTER 8 : I'M SORRY!
CHAPTER 9 : TRANSFORMATION.
CHAPTER 10 : HUTANG.
CHAPTER 11 : HENRY FLYNN.
CHAPTER 12 : CHICKEN AND GIANT.
CHAPTER 13 : REITH?
CHAPTER 14 : FRENCH MEALS.
CHAPTER 15 : CEMBURU.
CHAPTER 16 : PANG!
CHAPTER 17 : PANTAI.
CHAPTER 18 : IT'S YOU!
CHAPTER 19 : NOT AGAIN!
CHAPTER 20 : BREAKFAST WITH YOU.
CHAPTER 21 : LEAVE HER ALONE!
CHAPTER 22 : I'M NOT GUILTY!
CHAPTER 23 : I'M IN LOVE WITH YOU, AURORA.
CHAPTER 24 : RYEO!
CHAPTER 25 : SHE'S MY DAUGHTER!
CHAPTER 26 : MENJINAKKAN SINGA!
CHAPTER 27 : FLY BACK TO PARIS.
CHAPTER 28 : I'M LEAVING.
CHAPTER 29 : HUTANG SELESAI.
CHAPTER 30 : THE ARGUMENT!
CHAPTER 31 : YOU BELONG HERE.
CHAPTER 32: LEIDEN.
CHAPTER 33 : PLEASE, STAY WITH ME TIL THE END.
CHAPTER 34 : I'M SORRY, EVE.
CHAPTER 35 : HE LEFT FOR THEIR BETTER LIFE.
CHAPTER 36 : I WANNA GO HOME.
THE END : REBIRTH IS SIGNING OFF.
RAYNE'S LEGACIES.

CHAPTER 3 : TEMPAT SEJARAH.

73 4 2
By bungatehh

"Eww..!." Eve Aurora mengeluh apabila melihat bilik hotel yang kelihatan agak bersepah itu. Bantal dan comforter berselerakan di atas katil dan lantai.

Dia geleng kepala.

Tugas membersihkan bilik hotel dilakukan sambil mendengarkan lagu Stars Are Blind nyanyian Paris Hilton dan sesekali dia menari mengikut rentak lagu itu.

Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya sambil tertawa geli hati dengan tingkah gadis itu.

Setelah penat mengemas, dia berbaring sebentar di atas katil tersebut untuk melepaskan lelah. Sepanjang hidupnya, dia belum pernah melakukan sebarang pekerjaan mengemas, semuanya dilakukan oleh pembantu-pembantu rumah, namun kali ini dia terpaksa melakukannya sendiri. Dia harus berterima kasih kepada lelaki bernama Ryeo Matthias itu kerana banyak mengajarnya, biarpun terasa agak janggal untuk permulaannya, namun dia sudah bertekad, dia harus membuat perubahan untuk hotel ini.

"Exhausted?." Soal suara seorang lelaki. Dia mengintai, kelihatannya Ryeo Matthias sedang berdiri menyandar tubuhnya di dinding bilik itu sambil tersenyum kearahnya.

"A bit." Jawabnya sepatah, lalu menyambung memandang ke atas siling bilik itu.

Lelaki itu berjalan menghampirinya, lalu duduk di birai katil. Dengan serta-merta Eve Aurora bangun dan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Why do you look scared of me?." Soal Ryeo Matthias dengan riak wajah sedikit pelik.

"No! I'm not scared of you!." Jawab Eve Aurora membidas kenyataan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum nakal.

"Don't worry. You're not my taste." Beritahu lelaki itu sambil memandang ke arahnya, sambil jungkit sebelah keningnya.

Eve Aurora ketawa sinis.

"And you're not my taste either!." Jawab Eve Aurora sambil pandangan mata lelaki itu. Dan tiba-tiba sahaja lelaki itu bangun dan dia terpaksa mendongak untuk memandang wajah si tinggi lampai itu.

Lelaki ini lebih tinggi daripada abangnya, Isaac Shiloh dan juga Henry Flynn.

"How tall are you?." Soalnya sambil memandang lelaki tinggi lampai itu.

"1.96m." Jawab lelaki itu sambil menundukkan kepalanya untuk melihat gadis itu.

"Wow!!." Matanya bulat apabila mendengarkan jawapan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum.

"And sorry, you still not my taste, Aur." Jawab lelaki itu mengusiknya nakal.

"AHAA!.. You're so funny, Matthias!." Gadis itu tersenyum sinis lalu menjelingnya.

Lelaki itu sangat menjengkelkan.

Kelihatannya lelaki itu menggigit bibirnya saat mendengar nama yang dipanggil gadis itu. MATTHIAS! Dia tidak menyukai apabila orang memanggilnya dengan nama panggilan itu.

"I personally hate it when people call me by that name."

"Opps! I'm sorry... but do I care?." Soal Eve Aurora sambil menjelingnya.

Eve Aurora membuat riak wajah annoying lalu mengambil cadar yang sudah digunakan lalu memasukkannya ke dalam bakul laundry diatas trolley itu, dan menolak trolley keluar dari bilik itu.

Ryeo Matthias tertawa melihat gadis itu lalu mengekori dari belakang. Gadis di hadapannya ini penuh dengan pesona bangsawan, dari raut wajah sehinggalah gaya percakapannya.

Tertib dan juga agak menjengkelkan!

"Arghhh! He's so annoying!." Hati Eve Aurora menjerit lantang.

Waktu kerjanya tamat pada jam 6 petang, jadi dia mengambil keputusan untuk meronda-ronda disekitar pelabuhan pekan itu. Ini kali pertama kedatangannya ke sini, jadi dia ingin melihat pemandangan dan merasai angin segar pada waktu malam di Volendam Town itu yang penuh dengan sejarah ibu dan ayahnya.

Dia turut membawa buku penulisan kakak iparnya, Lea H. Angel yang bertajuk RAYNE & ROSE yang ditulis berkisahkan tentang percintaan diantara ibu dan ayahnya. Dia ingin menjejaki setiap tempat sejarah percintaan ibu dan ayahnya di Volendam Town ini.

Statue! Yes, dia perlu mencari statue yang mempunyai ukiran nama Rayne dan Rose yang diukir semasa ayahnya masih hidup. Rindunya seakan-akan terubati jika dapat menjejaki tempat-tempat itu. Dengan penuh bersemangat, dia berjalan menuju ke pelabuhan.

Dari jauh, dia melihat statue yang diperkatakan, dengan senang hati, dia berlari-lari menuju ke arah statue itu. Dengan senyuman yang lebar, dia mencari-cari nama yang diukirkan dan akhirnya dia menjumpainya.

Dia tersenyum.

Lembut jarinya menguis-nguis nama itu, sehinggakan dia tidak menyedari air matanya mengalir.

"I can feel you, Dad. I miss you. We miss you." Dia tersenyum seketika sambil memandang nama itu dan kemudiannya, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu lalu melentokkan kepalanya di atas statue tersebut.

Sepanjang dia membesar, hidupnya dilalui tanpa kasih sayang seorang ayah kandung, namun Uncle Max sangat menyayanginya dan memberikan kasih sayang persis seorang ayah kepada dia dan juga abangnya tanpa berbelah bahagi.

Dan dia hanya dapat merasakan kasih sayang ayahnya itu melalui cerita yang selalu diceritakan oleh ibunya dan Uncle Max sahaja. Uncle Max selalu berkata,

"He's my best buddy, Eve. He's a good guy. And he's loyal to your mom. He loves the three of you so much! I love your dad so much."

Kerana itulah, dia selalu merasa teruja setiap kali dapat melihat sesuatu atau pergi ke tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kenangan indah ibu dan ayahnya dengan matanya sendiri.

Dia terlalu merindui sosok seorang ayah. Gambar wajah ayahnya pada cover hadapan buku itu direnung dengan senyuman gembira, dan jika ada kelapangan masa kelak, dia ingin pergi ke kedai gambar itu untuk mengambil gambar dirinya memakai pakaian tradisional penduduk Volendam Town pula. Persis Ian Rayne dan Ivy Rose.

Dia tersenyum gembira.

Beberapa keping gambar selfie bersama statue itu juga diambil sebagai kenangan.

"I made it!." Dia upload sekeping gambar selfie itu di akaun Instagram miliknya. Kemudiannya, dia kembali melentokkan kepalanya pada statue itu sambil memandang ke arah pelabuhan itu.

Angin sejuk menyapa kulitnya.

Jam di pergelangan tangan kirinya dikerling, sudah hampir jam 11 malam. Jika ayahnya, Ian Rayne masih hidup, pasti dia perlu pulang sebelum jam 11 malam, kan. Seperti peraturan yang dikenakan kepada ibunya, Ivy Rose.

Eve Aurora tertawa.

Tiba-tiba hand phone miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama abangnya dia skrin itu, serta-merta senyumannya terukir. Walaupun ayahnya sudah tiada, namun tanggungjawab itu digantikan oleh abangnya pula, Isaac Shiloh.

Abang yang mempunyai hampir kesemua genetik ayahnya.

"Hello, Brother."

"Hi. Mmm... Where are you now, Aurora?."

"Heading back to my room."

"Mmm... everything is good there?."

Eve Aurora tersenyum.

"Yes! Absolutely fine! Guess what? I just met the statue!."

"Really? You did?."

"Yes, I did, Brother...! Mmm I miss him." Sayu nada suaranya.

Kedengaran suara abangnya ketawa.

"Yeah.. And I miss you, Aurora."

"You did, Brother?!."

"Mmm, perhaps." Tawa Eve Aurora pecah di perjalanan pulang ke biliknya.

Tiba-tiba mata Ryeo Matthias terpandang ke arah seorang gadis yang sedang berjalan di hadapan bar yang sedang dikunjungi bersama teman-temannya. Kelihatannya gadis itu sedang ketawa dengan begitu gembira sambil bercakap di telefon.

"Who is that girl?! I never seen her before." Soal salah seorang daripada temannya sambil memerhatikan langkah gadis itu.

"My co-worker. She's new here." Jawab Ryeo Matthias sambil meneguk beer. Matanya masih memandang ke arah gadis yang sedang berjalan-jalan itu.

"Oh, no wonder! She's pretty, man..! You never told me about the girl, Ryeo." Temannya itu tersengih-sengih sambil memandang ke arah Ryeo Matthias.

Ryeo Matthias menjungkit sebelah keningnya.

"She isn't important to me, so why should I tell you about her?." Ryeo Matthias menjeling ke arah temannya itu.

Temannya itu menepuk tangannya.

"Then, let me try her!."

"Nah! Leave her alone, Trevor!." Ryeo Matthias gelengkan kepalanya.

Temannya yang bernama Trevor itu tertawa sambil mengerling ke arah Ryeo Matthias dengan pandangan sinis.

"Not important to you? Nahh! I don't believe it, Ryeo...!." Trevor menyindir.

Beberapa orang temannya juga tersengih mendengarkan kata-kata Trevor itu.

Ryeo Matthias tersenyum. Dia mengaku dia adalah seorang playboy di kawasan pekan ini, pantang jika ada tetamu wanita cantik yang datang menginap di hotel atau pun ada gadis-gadis cantik di Volendam Town, pasti dia akan mencuba memikat mereka dan kebanyakkan mereka pasti akan jatuh ke dalam pelukannya, namun berbeza dengan pemilik nama Aurora Wyatt ini. Berwajah polos namun tegas dan tidak mudah terpikat dengan kekacakkan dirinya.

Dan dia suka mengusik gadis ini. Dia tersenyum-senyum sambil memerhatikan langkah gadis itu.

Keesokkan paginya, Eve Aurora melakukan tugas seperti biasa. Dia melalui pintu masuk utama hotel itu, kelihatannya seperti ada beberapa orang tetamu yang baru sahaja tiba di kaunter untuk pendaftaran. Dengan berwajah manis, dia menolak trolley yang penuh dengan kelengkapan pembersihan di hadapan kaunter tersebut.

"Eve?!." Suara seorang lelaki menyapanya. Eve Aurora menoleh ke arah suara itu, kelihatannya seorang lelaki dan wanita sedang berdiri sambil memandang ke arahnya dengan pandangan yang pelik.

Eve Aurora telan air liur.

The art of eye contact.

Continue Reading

You'll Also Like

61 3 3
Yet another book made by yours truly( IM WORKING ON THE OTHERS I PROMISE) You can ask ANYTHING of ANY dragon. Go crazy!
95 12 12
In a world where technology and human emotion intertwine, three individuals-Emma, Ethan, and Zoe-embark on a remarkable journey to unravel the myster...
14 1 3
Man has been in the stars for decades. They have finally found a new home for themselves, and their spirit is unstoppable. That is until a small plan...
3 0 1
In the year 2100, the far side of the Moon, an uncharted territory shrouded in mystery, becomes the focal point of a groundbreaking expedition led by...