Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

23.1K 1.6K 206

Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 34

397 34 5
By ryahaena_

"Nampak bahagia saja kan pengantin baru tu?" bisik Bos Ben ke telinga anak lelakinya. Mereka berdua sedang berdiri di kaunter receptionist saat Esra dan May baru tiba dari luar.

Leon hanya pandang bersahaja ke arah dua gerangan yang dimaksudkan oleh papanya. Tangan Esra yang menggenggam kemas tangan May juga dia pandang dengan wajah kosong.

"Tengok perempuan tu buat papa rasa macam nak buat uji kaji sikit..."

"Papa nak buat apa dengan May? Papa jangan plan yang bukan-bukan. Nanti Esra marah pada kita." hubungan antara mereka dengan Esra tidak pernah ada masalah. Jangan disebabkan papa sentuh isteri Esra, lelaki itu akan berubah hati nanti.

"Es tu siapa kau nak bela? Dia bukan adik beradik kau, dia tu cuma kawan kau dari kecil. Lagipun dia tak pernah anggap kita ni sebagai keluarga dia atau orang terdekat dia. Leon lupa dia kerja sini hanya sebab dia nak kerja? Kalau dulu papa tak tawarkan dia kerja kat sini, Leon rasa dia masih ingat kita ni yang pernah tolong dia masa umur dia 8 tahun dulu?"

Betul. Esra tak pernah layan dia lebih dari kawan, jauh sekali dianggap sebagai keluarga. Tapi ketika dia berjumpa semula dengan Esra pada usia kawannya itu 15 tahun dulu, Esra seakan menjadi pengganti terbaik tempat mendiang kembarnya, Deon. Leon terlalu selesa dengan kehadiran Esra, dalam masa yang sama dia enggan melihat lelaki itu rapat dengan orang lain selain dia. Hatinya diragut rasa takut kehilangan lantaran dia pernah hilang dua insan yang paling disayanginya, umi dan Deon.

...

"Ini rumah Bos Ben." getus bibir Esra sambil menutup pintu keretanya.

May beritahu bahawa nenek yang menegurnya tempoh hari mengajak mereka makan tengah hari di rumah dia hari ini. Esra tidak pernah bertanya nama nenek tersebut, hanya sekadar mendengar cerita dari mulut May. Tak sangka nenek yang isterinya maksudkan adalah Hajah Maryam yang dia kenal.

"Es?" Hajah Maryam yang datang mendekati mereka mengerutkan dahinya.

"Dia ni lah suami May, nenek." jelas May dalam nada ramah. Bibir May terus melakar senyuman saat dia memeluk erat tubuh tua itu.

"Alahai, kecilnya dunia! Bila Es kahwin? Esra dah lama tak datang jenguk nenek, sampai nenek tak tahu Esra ni dah jadi suami May."

"Kami baru kahwin nenek..." sahut May di pihak suaminya.

"Jom lah masuk, nenek dah hidangkan makan tengah hari kita." Hajah Maryam mencapai tangan May mengajaknya masuk. Esra dibiarkan mengekori dari belakang.

"Abang Es!" jerit Ling teruja. Sebelum sempat dia memeluk lengan Esra seperti hari itu, May terlebih dahulu memeluk lengan suaminya. Dia tolak tubuh Ling agar menjauhi mereka.

"Kenapa Ling tak boleh, dia ni boleh pulak?" remaja itu jeling tidak puas hati kepada May.

"Sebab abang suami dia, jadi dia sorang saja boleh peluk abang."

Abang?

Esra bahasakan dirinya abang? May mendengus kuat. Geram!

Esra yang mendengar dengusan marah dari orang sebelahnya terus menguntum senyuman. Hari itu suruh panggil abang tak nak, sekarang bila orang lain panggil abang tak suka pulak.

"Kahwin?" nyaring suara Ling bertanya tidak percaya. Gamaknya mahu bergegar satu rumah.

"Sampai hati abang kahwin dengan dia ni!" bentak Ling lantang. Wajahnya kecewa.

"Biarlah aku kahwin dengan dia. Kau ada masalah apa? Masalah hati? Ke cemburu?" provok May. Dari kelakuan gedik gadis itu, dia boleh nampak Ling memang sukakan Esra. Melepaslah kau dik, akak ni yang sambar dulu. Haha.

"Huh!" Ling lari dari situ lalu naik ke tingkat atas. Mungkin masuk ke biliknya.

May dan Esra duduk di meja makan bersama Hajah Maryam, suaminya yang dikenali sebagai Haji Nazim dan juga Kanda.

"Leon tu tak ingat pada May disebabkan Ben. Dia habiskan beribu ringgit buat rawatan ke atas Leon. Atok marah sebab rawatan itu akan memudaratkan Leon. Tengoklah sekarang, dia tak kenal siapa May padahal May ni adik dia. Tapi kalau tak buat rawatan pun susah juga... Lepas kejadian kebakaran yang meragut nyawa kembar dia, Leon terus berubah seperti mayat hidup. Makan tidak, minum tidak, bercakap pun tidak, badan pula serupa orang lumpuh. Tak bergerak." cerita Haji Nazim.

May sedikit terkejut namun dia lega bila dapat tahu perkara sebenar. Ingatnya Leon sengaja tidak mahu ingat dia.

"Rawatan apa tu sampai tak boleh ingat?" soal May.

"Atok ingat lagi Doktor Zali sebut namanya adalah memory suppression. Rawatan yang akan hilangkan memori buruk seseorang. Itu lah sebabnya Leon tu seperti baby baru lahir pada usia dia 10 tahun. Dia tak kenal semua orang, boleh katakan dia lupa semua. Minda dia kosong tak ubah macam orang hilang ingatan. Tentang kematian uminya pun Leon dapat tahu dari cerita kami. Tapi peliknya Leon ingat Deon dengan baik, dari Deon hidup sampai Deon mati, Leon tahu semuanya. Memori Leon selepas buat rawatan hanya ada Deon seorang. Doktor Zali kata mungkin kerana mereka pasangan kembar. Esra juga Leon tak kenal masa awal mereka jumpa di rumah ni dulu, atok ni lah yang ceritakan bahawa Esra ni budak yang dia dan papanya pernah selamatkan masa kecil. Masa jumpa tu Leon umur 17 tahun, Esra ni pulak 15 tahun. Bersyukur sangat Leon boleh berkawan baik dengan Esra, sekurangnya dia dah tak mengungkit pasal Deon."

Hanya Haji Nazim yang bersuara manakala yang lain diam menjadi pendengar. Sambil itu, masing-masing juga menjamah perlahan rezeki di depan mata.

Mereka berdua baru saja berangkat pulang setelah hampir dua jam bertandang di rumah Hajah Maryam. Panggilan telefon dari Qadr masuk ketika Esra sedang fokus memandu. Isterinya yang sudah terlentok lena disebelah dia kerling sekilas.

Tak sampai 10 minit tayar kereta bergerak, May sudah bertukar alam.

"Abang ipar! Ambik Qadr boleh? Motor rosak lah, kena masuk bengkel. Qadr sekarang ada kat bengkel." sejak berubah status menjadi suami kepada May, tak henti Qadr memanggilnya abang ipar.

"Kau bagi location, kejap lagi abang sampai. Kebetulan on the way balik ni."

Tatkala tiba di lokasi, Esra nampak dua adik beradik itu saling berbalas kenyitan mata. Kenapa pula ni?

"Pandai kan kau cari alasan, motor rosak konon... Kau tengok muka blur abang ipar kau tu... aku ni boleh harap simpan rahsia tau." May bisik bangga ke telinga adiknya seraya memeluk mesra bahu si Qadr.

Remaja itu menayangkan thumbs-up sebelum keduanya berjalan ke arah kereta, meninggalkan Esra yang beriak binggung di belakang.

...

Tubuh May dan Qadr sama-sama terdampar ke depan apabila Esra brek kereta secara mengejut. Hampir terkeluar jantung masing-masing kerana ingatkan mereka terlibat dalam kemalangan.

May dan Esra keluar dari dalam kereta untuk mencari punca yang menyebabkan Esra berhentikan kereta secara tiba-tiba.

"Comelnya! Rasa nak adopt... "

"No!" May membantah keras.

Terkebil mata Esra menatap wajah tidak senang isterinya yang sedang memandang tajam ke arah makhluk comel dalam pelukan Esra yang duduk mencangkung. "May takut kucing?"

"Errrr bukan. May cuma tak suka. May geli! Tahi dia pun bau!"

"Tahi sayang pun bau... " jawab Esra seperti menggumam.

"Apa dia?" May tekankan nada. Mata tajamnya bertukar target.

"Es cakap semua tahi pun bau, mana ada tahi tak bau dalam dunia ni."

"May dengar tadi Esra... " katanya keras. Kalau dah tahu kenapa suruh ulang?

"Hehe...." Esra garu kepala.

"Ada je lah tahi tak bau." Sambung May semula.

"Tahi apa?"

"Tahi mata! Es pernah bau?"

Esra kelipkan mata beberapa kali. Ada saja jawapan keluar dari mulut itu semata nak membidas cakap suami.

"Apa tahi-tahi ni. Orang tengah makan lah!" Sampuk Qadr. Entah bila pula dia keluar dari perut kereta. Tahu-tahu sudah duduk mencangkung di sebelah Esra sambil menjinjit plastik goreng pisang lalu menyuap pisang yang masih panas ke dalam mulut.

"Huhing hi homel hah!" puji Qadr.

Fuhhh, nampak mengoda sungguh! Bukan orangnya tapi pisang itu... Hmmm kecur air liur May menatap adiknya yang berselera menjamah tanpa menjemput.

"Kau ingat kau comel cakap macam tu?" May peluk tubuh. Jengkel dengan si adik.

"Binatang ni comel lah sayang... Tengok muka dia, May tak rasa kesian ke dia duduk sendiri je kat sini. Entah makan entah tidak. Hmmm... " kedengaran lirih nada Esra ketika dia turunkan semula kucing itu ke jalan. Mula dah nak buat cerita sedih. Tak putus asa langsung.

"Big no! Nanti dia berak merata." May tetap dengan pendiriannya.

"Ada pulak macam tu. Kita train lah dia ajar cara berak kat pasir."

"Eeee, ada je kan nak menjawab!" bentak May.

"Ehemm...." Serentak mereka berpaling ke belakang. Ada seorang wanita berusia lewat 30-an mendekati mereka dengan senyuman.

"Ya Allah Esra! Kamu disini rupanya! Penat mummy cari kamu." Hampir menitis air matanya, seperti terharu dan lega.

Mummy? Esra terpinga-pinga.

Dia ada mummy? Tak semena-mena tangan naik ke rambut lalu meraupnya perlahan. Kenapa dia tak pernah tahu dia ada mummy? Sebelum ini, dia cuma punya arwah ibu.

May dan Qadr turut terkedu memandang wanita itu dengan Esra secara bergilir sehinggalah...

"Comot nya anak mummy ni... Esra dari mana ni sayang? Separuh mati mummy cari kamu..." Kucing berbulu putih yang tercalit lumpur itu diangkat lalu dipeluk erat. Bagai kenal tuan, lantas si kucing mengeselkan kepala ke pipi tuannya.

Kedua-duanya seperti lega dapat berjumpa semula.

Daripada raup rambut kini Esra garu kepala pula. Nama kucing rupanya. Hampir saja dia kena heart attack bila tiba-tiba ada yang mengaku mummy.

Qadr tutup mulut menahan gelak. Dia berpaling badan dan menyuakan belakang. May pun hampir ketawa, nasib baik dia pandai kawal riak bersahajanya.

"Adik ke yang jumpa kucing akak? Terima kasih ya? Ni ada sikit sumbangan dari akak." Sekeping not RM100 dihulurkan kepada Esra.

"Eh, tak perlulah kak. Rezeki akak kebetulan nampak Esra tu lepak dengan kami di sini." Cukup syahdu dia menyebut nama itu. Ya, memang rezeki akak tu jumpa semula kucingnya. Lambat seminit tadi, dah jadi rezeki Esra ni bawa balik 'Esra' tu pulang ke rumah. Peduli apa dia kalau May membantah sekalipun.

"Haaaa... Tu kan Tuhan dah tunjuk cash. Jangan melawan cakap isteri." Serius nada May walaupun wajahnya sedang berusaha keras menahan diri daripada gelak. Esra cuma menatap sendu pemergian Esra kucing bersama tuannya.

"Yalah..."

"Kalau lah akak tu tahu kau memang berniat nak culik kucing dia tadi..." Qadr menggeleng kepala. "Kau buta ke bang? Tak nampak rantai kucing tu bukan main meriah siap ada tiga loceng besar gedabak macam jingle bells. Itu tandanya dia bertuan."

"Sibuk juga dia nak membebel, masuk kereta sana!" Panjang langkah Qadr masuk kereta tatkala mendengar suara petir kakaknya.

"Sakan eh kau gelak." Bila Esra mengerling ke arah cermin pandang belakang, dia tangkap ekspresi Qadr yang masih tersengih lucu. Tali pinggang di pasang lalu berura-ura menghidupkan enjin kereta.

May pusing kepala menjeling adiknya yang duduk dibelakang lalu matanya tertancap ke satu arah.

"Kau tengok apa?"

"Adik nak sikit..."

"Amboi... Berubah terus ya suara kau bila nak something. Tadi bukan main lagi! Sikit kau tu mahu RM2 kau lahap, aku dah lah beli RM3 je tadi." Kedekut tahi hidung masin punya adik!

"Es..." Dia minta tolong si suami.
Mata dikerdipkan memohon simpati.

"Balasan kau gelakkan aku tadi, kau bagi kakak kau semua dalam plastik tu. Aku yang bayar tadi. Kau bagi bini aku makan." Tadi dia ada offer untuk beli banyak tapi isterinya itu menggeleng tak nak. Katanya bosan asyik makan goreng pisang. Bila beli sedikit, bergaduh pula berebut dengan adik.

Bersorak gembira si kakak bila dia menang. Mudah betul suaminya kalah dengan muka simpati dia.

3/1/2024

a/n : Rasa semak plk draft banyak, lepaskan lah few bab hahah

Continue Reading

You'll Also Like

122K 5.6K 78
EMIR LUTHFI | NADINE HARLEY ANDERSON Anderson series vol 1 Takdir yang telah menyatukan mereka. Sangat tidak sangka dari hanya berkawan biasa menjadi...
39.4K 2.1K 56
Aku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya ak...
53.5K 1.4K 26
Camilo Γ— male reader Y/N just moved to the village and immediately befriends the madrigals, but little does he know hes in love with one too