DEAR KAYYISA

Autorstwa azyvrins

325K 16.5K 840

[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan... Więcej

Dear Kayyisa
∘°∘1∘°∘
∘°∘2∘°∘
∘°∘3∘°∘
∘°∘4∘°∘
∘°∘5∘°∘
∘°∘6∘°∘
∘°∘7∘°∘
∘°∘8∘°∘
∘°∘9∘°∘
∘°∘10∘°∘
∘°∘11∘°∘
∘°∘12∘°∘
∘°∘13∘°∘
∘°∘14∘°∘
∘°∘15∘°∘
∘°∘16∘°∘
∘°∘17∘°∘
∘°∘18∘°∘
∘°∘19∘°∘
∘°∘20∘°∘
∘°∘21∘°∘
∘°∘22∘°∘
∘°∘23∘°∘
∘°∘24∘°∘
∘°∘25∘°∘
∘°∘26∘°∘
∘°∘27∘°∘
∘°∘28∘°∘
∘°∘29∘°∘
∘°∘30∘°∘
∘°∘31∘°∘
∘°∘32∘°∘
∘°∘33∘°∘
∘°∘34∘°∘
∘°∘35∘°∘
∘°∘36∘°∘
∘°∘37∘°∘
∘°∘38∘°∘
∘°∘39∘°∘
∘°∘40∘°∘
∘°∘41∘°∘
∘°∘42∘°∘
∘°∘43∘°∘
∘°∘44∘°∘
∘°∘45∘°∘
∘°∘46∘°∘
∘°∘47∘°∘
∘°∘48∘°∘
∘°∘49∘°∘
∘°∘50∘°∘
∘°∘51∘°∘
∘°∘52∘°∘
∘°∘53∘°∘
∘°∘54∘°∘
∘°∘56∘°∘
∘°∘57∘°∘
∘°∘58∘°∘

∘°∘55∘°∘

1.9K 158 26
Autorstwa azyvrins

Song : Tak Segampang Itu by Anggi Marito

TIDAK dia menyangka yang harini kandungannya sudah mencecah 9 bulan dan bila-bila masa sahaja dirinya akan melahirkan. Hana duduk di katil, merehatkan dirinya. Tidak larat dirinya hendak bergerak sebaik saja selesai solat subuh berjemaah tadi.

"Hey.. what's wrong hm? Kenapa tiba-tiba diam ni? Ada something nak cerita dengan abang?" soal Ziyyad. Tangannya naik mengusap perut bulat isterinya.

"Hana tak tahulah, but I'm not feel good today. Hana rasa macam akan ada sesuatu yang bakal jadi. Dan sesuatu tu Hana tak tahu benda baik atau buruk." jelas Hana. Hatinya rasa tidak sedap sejak dari tadi.

"Insyallah, tak ada apa-apa. Doa yang baik-baik. Allah sentiasa melindungi hamba-hambanya. Kita kena banyakkan doa pada-Nya. Allah Maha Mendengar." jelas Ziyyad, memujuk hati Hana. Dirinya sendiri turut merasa perkara yang sama, namun cepat-cepat dia tepis rasa itu.

Hana pandang Ziyyad yang sibuk memilih baju di almari. Takkanlah dia kerja hari ni? Gumamnya. Dia bangkit dari pembaringan dan mendekati Ziyyad.

"Abang kerja hari ni? Bukan sepatutnya abang cuti ke? Siapa nak teman Hana kat rumah nanti?" soalnya. Redup pandangannya memandang Ziyyad. Mata bertentang mata.

"Sepatutnya memang abang cuti, tapi harini ada urgent meeting. Nak tak nak abang kena hadir meeting tu sebagai wakil syarikat." jelas Ziyyad. Hana hanya membulatkan mulutnya, tanda faham. Dia malas mahu membesarkan isu ini.

"Kalau macam tu tak apalah, Hana nak baring kejap." entah mengapa, Ziyyad dapat rasakan nada Hana bagaikan menjauh darinya. Namun langkahnya statik. Dia pegun disana.

Tanpa mengucapkan apa-apa, Ziyyad tu terus keluar dari bilik. Langsung tidak mencium dahi Hana seperti selalu. Dan Hana langsung tidak berkesempatan untuk menyalam suaminya. Dia terasa hati dengan perlakuan Ziyyad.

"Kenapa dia tak datang sini dan cium dahi aku macam selalu? Apa salah yang aku buat kalini?" mindanya memainkan beribu persoalan. Tidak tahu dimana silapnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke office, Ziyyad dirundung rasa serba salah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya boleh bertindak sedemikian. Dia rasa bersalah dengan isterinya sendiri.

"Apa yang abang dah buat pada Hana ni—" kereta diberhentikan di tepi jalan. Rambut dikusutkan. Nombor Zayyad didail laju. Dia ingin memujuk Hana.

"Zayyad, tolong cover aku. Sepatutnya ada meeting dengan Tan Sri Iqbal harini, tapi aku tak dapat datang. Ada hal penting." jelas Ziyyad. Berharap Zayyad dapat membantu dirinya.

"Aku sibuk gila. Aku nak jaga Mikayl ni, Anis tak berapa sihat." balas Zayyad. Dia pandang dahi Anis yang bertempek dengan coolfever tersebut.

"Tolong, Zayyad. Kali ni je aku merayu dengan kau. Aku nak pujuk Hana. Aku dah buat salah dengan dia pagi tadi. Tolong aku please.." pujuk Ziyyad. Zayyad mengeluh lemah.

"Okay, kalini aku tolong. Pujuk Hana tu baik-baik. Jangan sakitkan dia. Sama ada dia mengandung atau tidak, layan dia macam ratu. Jangan ulang kesilapan aku." sempat dia menasihati Ziyyad. Tak pasal-pasal dia kena minta tolong Tengku Farah jagakan Mikayl dengan Anis. Nasiblah wanita itu bersetuju.

Ziyyad ucap terima kasih lantas terus mematikan panggilan. Dia meletakkan kembali telefon ke tempat asal. Dirinya ingin membeli bunga daisy. Demi memujuk isterinya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

MINDANYA terbang dibawa angin. Perasaannya kucar-kacir. Detak jantungnya berdegup kencang. Frame yang berada di atas meja dipegang erat. Jarinya naik mengusap wajah Ziyyad.

"Walau apa pun salah Hana pada abang, Hana harap abang sentiasa maafkan Hana. Hana tetap sayangkan abang sehingga akhir nafas Hana." dia menulis kata-kata itu di belakang frame tersebut.

Frame tadi dipegang erat. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa. Dipeluk erat frame itu. Sungguh, rasa rindunya pada Ziyyad semakin membuak-buak.

"I miss you abang,"

Srettt...

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Namun Hana langsung tidak ambil peduli. Kerana dia menyangka itu adalah Ziyyad.

"Hey baby.." bisiknya tepat di cuping telinga Hana. Sangkaan Hana meleset apabila figura yang masuk tadi bukanlah suaminya. Tetapi, Ezzan.

Pantas Hana bangun dari pembaringan, dan mengundurkan diri beberapa tapak. Ezzan semakin mendekati dirinya. Kusyen dibuang ke arah Ezzan, menghalang lelaki itu dari mendekatinya. Frame tadi masih berada dalam genggamannya.

"Kau nak apa lagi hah?!" bentak Hana kuat. Semua kusyen dibaling ke arah Ezzan namun langsung tidak memberi kesan. Lelaki itu semakin mendekati Hana.

"Aku pernah cakap dulu, aku akan tetap dapat kau. Kau memang milik aku. Kau memang ditakdirkan untuk aku, Hana Kayyisa." tekannya. Dia menyeringai sinis. Langkahnya makin dekat dengan Hana.

"Aku takkan jadi milik kau! Aku dah kahwin, Ezzan. Cukup-cukuplah buat perkara bodoh macam ni." rintihnya. Ezzan terhenti. Pasu bunga digapai lantas dipecahkan ke lantai.

BRAKK!!

"Aku takkan berhenti! Selagi aku tak dapat kau, selagi tu aku akan kejar kau." bentaknya kuat. Serpihan pasu yang pecah diambil lantas dipegang erat.

"Berhenti, Ezzan! Berhenti!" jerit Hana kuat. Namun semakin galak Ezzan mendekati dirinya. Tangannya jelas memegang serpihan pasu tadi.

"Aku takkan berhenti, bodoh! Kau milik aku! Kau milik aku!" tekannya berulang kali. Pergelangan Hana digapai lantas digenggam kuat.

"Lepaslah!!" rontanya berulang kali. Tangannya yang satu masih setia memegang frame tadi.

"DIAM!!" jerit Ezzan kuat. Serpihan kaca tadi diambil lantas digarit pada pergelangan tangan Hana yang memegang frame tadi. Mujur tidak terkena pada nadinya.

"ARGH!!!" Hana menjerit kuat tatkala pergelangan tangannya ditoreh sebegitu sahaja. Darah pekat menitik di frame gambar yang dipegangnya.

Tangan Hana ditarik lantas tubuh itu ditolak kuat ke dinding. Dirinya yang mengaduh kesakitan langsung tidak dihiraukan. Ezzan mendekati Hana, lantas mendekatkan kepala di ceruk leher wanita itu. Mujur kandungannya tidak apa-apa.

"You're smells really good." pujinya. Pipi Hana diusap lembut. Hana sembunyikan tangannya yang memegang frame dibelakang.

"KAU SEMBUNYIKAN APA DARI AKU PEREMPUAN?!" bentaknya kuat. Tangan Hana ditarik kuat hingga gelang tangannya terputus. Dirinya diperlakukan seperti binatang. Frame tadi diambil, Ezzan teliti seketika.

"Kau sayangkan dia ni? Kau silap sayang. Kau sepatutnya sayangkan aku, BUKAN JANTAN TAK GUNA NI!!" herdiknya kuat. Cukup membuat bahu Hana terhinjut.

BRAK!!

Tanpa belas kasihan, frame tadi dihempas ke lantai. Berkecai kaca yang ada pada frame tersebut. Ezzan keluarkan sapu tangan dari poketnya, lantas menutup mulut Hana.

"Emphh!! Emphh!!" Hana cuba meronta melepaskan dirinya dari pelukan Ezzan, namun gagal. Kudratnya sebagai wanita tidak sekuat lelaki. Ezzan senyum kemenangan tatkala tubuh Hana melorot jatuh dalam pelukannya.

"Kau milik aku sayang. Selama-lamanya milik aku. Aku akan buat kandungan kau gugur dan paksa kau kahwin dengan aku!" tekadnya.

Tanpa menunggu lagi, tubuh Hana terus didukung menuju ke kereta yang tidak jauh dari kawasan rumah tersebut. Mujur tiada sesiapa yang perasan akan tindakannya.

Tubuh itu diletakkan di seat belakang. Ezzan sempat mengusap pipi Hana sebelum kembali ke tempat duduknya. Kereta dipandu menuju ke suatu kawasan gudang lama yang ada di tengah hutan.

Tiba sahaja di kawasan itu, sengaja dia parkir keretanya jauh dari gudang. Tubuh Hana didukung kemas menuju ke gudang tersebut. Langkah kakinya diatur memasuki kawasan gudang tersebut lantas tubuh Hana diletakkan di atas kerusi.

Tanpa belas kasihan, dia segera mengikat tubuh Hana dengan kerusi itu. Mulut Hana ditutup dengan gam. Dirinya duduk di kerusi sambil menikmati makanannya.

"Let's celebrate for this, baby." cakapnya sendiri. Pandangannya masih memandang Hana. Matanya jatuh pada perut Hana yang membulat.

"Tak lama lagi, kandungan kau akan gugur. Aku akan pastikan kandungan kau gugur. Dan cara ini akan buat Ziyyad tinggalkan kau atau mungkin.. ceraikan kau. Betulkan tekaan aku ni?" dirinya berteka-teki sendiri. Gelak psiko terletus.

"Aku tak sabar tunggu Ziyyad ceraikan kau. Masa tu kau akan jadi milik aku yang seutuhnya, sayang." ucapnya sendiri, sudah seperti orang gila. Ubun-ubun Hana diusap sekilas.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

ZIYYAD pulang ke rumah setelah selesai membeli bunga daisy untuk Hana. Tak pasal-pasal dia kena reda jammed hampir sejam. Tak tahulah kenapa jalan raya sesak sangat harini.

Langkah kaki diatur menuju ke pintu rumahnya. Terkejut Ziyyad apabila sekali pulas sahaja pintu terus terbuka. Selalunya Hana akan kunci pintu.

"Dia lupa nak kunci pintu ke harini?" gumamnya. Pintu ditolak lantas Ziyyad terus masuk ke dalam rumahnya.

"Sayang!! Abang dah balik ni. Abang ada belikan sayang bunga daisy. Sebab abang ada buat salah tadi, jadi abang nak pujuk sayang." teruja nadanya berjalan menuju ke bilik mereka.

Namun belum sempat dia tiba di bilik dirinya terkejut apabila melihat pasu bunga pecah ditengah ruang tamu. Segera langkah diatur laju mencari Hana.

"Hana.. Hana kat mana sayang? Tolong jangan main sorok-sorok dengan abang. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf. Keluar please.." rintihnya. Tubuh disandarkan di sofa. Puas dia mencari Hana namun langsung tiada.

Matanya tertancap pada kabinet yang kosong. Setahunya ada frame gambar mereka disana. Ziyyad bangkit, lantas menuju ke arah kabinet tersebut. Matanya jatuh pada frame yang pecah dengan gelang tangan isterinya.

Darah yang menitik di atas frame gambar tadi membuatkan dirinya berang. Sempat dia membaca tulisan yang ditulis oleh isterinya.

"Walau apa pun salah Hana pada abang, Hana harap abang sentiasa maafkan Hana. Hana tetap sayangkan abang sehingga akhir nafas Hana."

Detak jantungnya bagai terhenti untuk seketika. Air matanya menitik tanpa dia sedar. Isteri abang tak ada buat salah dengan abang. Abang yang bersalah pada Hana. Gumamnya.

"Siapa yang buat isteri abang macam ni? Siapa yang tergamak lukai isteri abang sedangkan tangan abang tak pernah sentuh pun kulit dia. Siapa yang buat semua ni?!" bentaknya kuat.

Tidak mahu kalah dengan perasaan, Ziyyad pantas menuju ke bilik CCTV. Dia lekas mencari CCTV di bahagian ruang tamu. Terasa kolam matanya mulai menghangat. Air mata deras membasahi pipi.

"Kau memang bodoh, Ezzan! Kau memang binatang! Tergamak kau perlakukan isteri aku macam tu! Bodoh!" bentaknya kuat. Tangan menggenggam penumbuk. Urat-urat hijau jelas kelihatan di dahinya.

BUKK!!

Meja ditumbuk kuat. Tidak peduli pada jarinya yang membengkak, dia terus memandu menuju ke rumah Karl. Dia perlukan Karl untuk trace lokasi Hana.

"Aku akan pastikan kau dapat balasan atas apa yang kau dah buat pada isteri aku, manusia tak guna! Kau memang binatang!" stereng kereta dihentak kuat. Dia cukup bengang dengan Ezzan.

Berani lagi rupanya lelaki itu memunculkan diri. Benar-benar ingin membangunkan sisi gelap yang sudah lama dia kuburkan.

Tanpa mengetuk pintu, Ziyyad terus merempuh masuk rumah Karl. Mujur Karl tengah ada kat ruang tamu sambil strim game.

"Tu-Tuan Muda dah kenapa tiba-tiba datang kat rumah aku ni? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ada kat sini." ujar Karl, langsung tidak perasan air muka Ziyyad. Wajah jejaka itu sudah membengis.

"Kau jangan banyak cakap. Aku nak kau trace location Hana. Dalam loket dia, aku ada letak GPS. Buat cepat." arahnya. Kaki disilangkan memandang Karl. Terkebil-kebil Karl melihat Ziyyad.

"Dah kenapa pula nak trace location Puan Muda? Bukan dia ada kat rumah Tuan ke?" soalnya polos. Tak lain tak bukan, memang Uwais yang dah hasut Karl jadi polos macam ni sekali.

"Kau jangan banyak tanya boleh tak?! Aku suruh kau trace lokasi isteri aku! Bukan tanya pasal benda lain. Kau faham tak isteri aku kena culik. C.U.L.I.K!" sempat dirinya mengeja perkataan tersebut. Padah lama tak kerja sebab tu bebal macam ni.

Terkejut Karl tatkala dijerkah sebegitu. Langsung tiada aura Ziyyad yang selalu bila ada dengan Hana. Kini apa yang dia nampak, adalah Ziyyad yang dulu. Ziyyad yang heartless.

Tanpa aba-aba, laju sahaja dia trace lokasi Hana. Hanya dalam beberapa saat, dia berjaya menemui lokasi Hana. Terkejut Ziyyad melihat nama kawasan itu.

Dejavu.

"Ini tempat arwah ibu kena culik dulu. Kalau dulu kerja bapa, sekarang diwarisi anak pula. Ini yang orang cakap, kecil-kecil taknak mampus, bila dah besar menyusahkan orang." gumamnya sendiri. Sungguh dia cukup bengang dengan tindakan Ezzan.

"Kau memang dah melampau, Ezzan. Kau sengaja cabar aku kan?" dirinya menggumam sendiri.

Sungguh hatinya sakit tatkala melihat isterinya tadi. Rasa bagaikan dagingnya disiat-siat melihat Hana diperlakukan seperti binatang dalam keadaan wanita itu mengandungkan anak mereka.

"Sediakan kereta. Suruh budak-budak kau standby. Jangan masuk kawasan tu selagi aku tak suruh." arahnya. Matanya tertancap pada Heinz yang tiba-tiba muncul.

"Need my help?" ujarnya.

"Aku perlukan kau, setting dekat bahagian atap. Kalau aku bagi signal, kau terus tembak. Tembak biar kena kepala dia. Biar dia mampus." keras nadanya. Heinz hanya mengangguk lantas tersenyum sinis. Sungguh sinis senyumannya.

Belum sempat Ziyyad hendak bangkit dari duduknya terasa poket seluarnya bergetar kuat. Telefon dikeluarkan dari dalam poket.

"Unknown number?" gumamnya sendiri. Butang hijau diseret ke atas lantas loud speaker ditekan. Telefon diletakkan di tengah-tengah meja.

"Ziyyad-Ziyyad, kau tengah cari isteri kau ke? Jangan risau, dia ada dengan aku. Dia 'selamat' dengan aku." sinis nadanya kedengaran. Hana yang sudah sedar cuha meronta ingin melepaskan dirinya.

"Emph! Emph!" rintih Hana kuat. Jelas Ziyyad dapat dengar rintihan isterinya.

"Kau dengar tu? Tu suara isteri kau. Sebentar lagi dia akan jadi milik aku yang seutuhnya. Nak pesan ni, aku tak sabar nak ratah dia." dia ketawa sinis di hujung talian.

Penumbuk digenggam perlahan-lahan. Rahangnya bergerak-gerak tanda dirinya sedang menahan amarah.

"Kau jangan berani nak sentuh isteri aku binatang tak guna!! jerkah Ziyyad kuat. Perasaannya kini rasa ingin melenyek-lenyek saja Ezzan.

"Kau mesti nak dengar suara dia kan? Tunggu kejap aku buka gam kat mulut dia." sinis nada Ezzan. Dia terus mengatur langkah mendekati Hana. Gam pada mulut Hana ditarik kuat pada belas kasihan.

"ARGH!!" Hana merintih kesakitan. Bibirnya terasa pedih teramat.

"Aku kata jangan sentuh isteri aku bodoh!" bentak Ziyyad kuat.

"Abang! Tolong Hana abang! Binatang ni nak bunuh anak kita! Dia nak gugurkan anak kita abang! Tolong Hana!" jeritnya kuat. Ezzan segera menampar pipi mulus itu.

PANGG!

PANGG!

Berulang kali pipi Hana ditampar tanpa belas kasihan. Hana menyeringai kesakitan. Darah kering mengalir dari celah bibirnya. Bibirnya juga pecah.

"Kau sentuh isteri aku, hari tu juga kau mati. Jangan cabar aku Ezzan! Aku boleh bunuh kau sekarang juga!" bentaknya kuat. Ezzan tersenyum sinis.

"Kau dengar tu sayang? Suami kau nak bunuh akulah. Takut sangat. Inikah suami idaman kau tu? Pembunuh. Tak sangka kau boleh hidup dengan pembunuh ni." sarkastik nadanya. Hana terdiam seketika.

"Kalau dia pembunuh sekali pun, tak ada kaitan dengan kau! Aku hidup dengan pembunuh pun tak ada kaitan dengan kau! Kau yang bodoh dan malang sangat hidup kau kan?" sinis nada Hana kedengaran.

Ziyyad pakai earpod dan mendengar suara yang terhasil dari panggilan itu. Kini dia dalam perjalanan menuju ke kawasan gudang tersebut.

"Aku lupa nak bagitahu. Aku ingat kau ni hidup beruntung lah sangat, tapi tak. Rupanya kau pun dibesarkan oleh pembunuh. Pembunuh ibu dan bapa aku!" jerkah Hana kuat. Terkedu Ezzan di hujung bicara. Rahsia yang selama ini ditanam kini sudah terbongkar.

"Baguslah kalau kau dah tau. Manusia ni, akan jadi pembunuh juga pada harini. Bunuh anak dalam kandungan kau tu!" jerkahnya kuat. Cukup membuat bahu Hana terhinjut. Amarahnya kini tidak dapat dibendung lagi.

Ezzan keluarkan Glock-19 dari poket seluarnya. Dia halakan muncung pistol itu pada perut Hana. Sengaja dia kuis-kuiskan muncung pistol tadi di perut Hana.

"Kau pun tak sabar kan nak kahwin dengan aku? Kita boleh hidup bahagia sama-sama. At least, aku bukan 'pembunuh' macam suami kau." sengaja dia menekan perkataan pembunuh itu. Nadanya cukup sinis. Dan.. sarkastik.

"Aku memang manusia bodohlah kalau aku kahwin dengan kau! Even suami aku pembunuh sekalipun, aku tak kisah! Sebab itu cuma kisah silam dia! Kau tak ada hak nak cakap suami aku macam tu! Daripada hidup dengan manusia yang tak berperikemanusiaan macam kau ni, baik aku mati!" jerkahnya kuat. Ezzan berang. Cukup berang dengan mulut Hana.

"Kau diam betina! Kalau kau nak mati sangat, kau cakap! Aku boleh bunuh kau sekarang juga! Biar kau dengan anak kau ni mampus!" amuknya. Sumpah seranah terbit dari mulut lelaki itu sejak tadi.

"Bunuhlah! Bunuh! Kau tak takut dengan Allah kan? Kau lupa yang Allah tu ada! Kau lupa yang Allah tu Maha Berkuasa!" Hana memberontak lagi. Dia tidak peduli.

Sekurang-kurangnya kalau dia mati, dia mati bermaruah. Dia tidak lemah di tangan lelaki yang seperti binatang.

"Jangan cakap pasal agama bodoh!" bentaknya kuat. Dia rasa tercabar. Kerana dia tahu hanya dirinya yang berkuasa. Hanya dia!

"Lelaki macam kau ni patut mampus! Itulah masa malaikat tanya dulu nak lahir ke tak, kau cakap nak. Bodoh betul kau ni rupanya. Alih-alih menyusahkan orang. Itulah, kecil-kecil taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang! Bodoh! Puihh!" Hana meludah tepat ke wajah Ezzan. Dia cukup benci dengan lelaki di depannya.

"Aku kata diam, apasal mulut kau ni tak pandai diam?! Bodoh betul jadi perempuan! Bodoh!" makinya. Makian tidak henti-henti keluar dari mulutnya. Langkahnya diatur mendekati Hana. Rambut Hana dicengkam kuat.

"Argh!! Sakitlah!! Lepas!" rintih Hana. Dia tidak mahu lemah didepan Ezzan.

"Kau cakap lagi pasal agama atau pasal suami kau, aku takkan teragak-agak untuk tembak perut kau tu. Kau faham tak?!" jerkahnya kuat. Dia terus meninggalkan Hana sendiri di bilik itu. Pintu dikunci rapat.

Hana tunduk, lantas mengusap perutnya. Dia tidak mahu kehilangan anaknya atau suaminya. Biarlah kalau orang nak cakap dia tamak. Dia tidak peduli. Tanpa sedar, air matanya menitik membasahi pipi.

"Maafkan mama, anak mama. Mama gagal lindungi anak mama. Mama perlukan babah. Abang tolong Hana abang.." rintihnya dalam kepiluan. Sambil dia mengusap perut, sambil dirinya menangis. Tidak peduli dengan bajunya yang sudah basah dengan tangisan.

Auratnya terdedah. Dia tidak sempat melindungi auratnya. Tidak semena-mena, suara tangisan terbit dari bibirnya. Berharap Ziyyad datang untuk selamatkan dia.

"Abang datang sayang," bisik Ziyyad sendiri.

ZIYYAD tiba di hadapan gudang usang itu. Dengan penuh berhati-hatinya, dia melangkah menuju ke arah gudang tersebut. Glock-19 disisipkan pada poket seluarnya.

Bersandar pada dinding, dia liarkan pandangan ke seluruh kawasan gudang tadi. Kelibat Ezzan langsung tidak kelihatan. Earpod pada telinga dibetulkan. Dia perhatikan kawasan gudang itu sekali lagi. Dari jauh dia dapat lihat keadaan Hana yang cukup lemah.

"Abang datang, sayang."

Dia pandang sekeliling. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kawasan gudang tersebut. Ezzan masih tidak menyedari kehadirannya.

"Jaga kawasan kau orang masing-masing. Jangan ada yang lalai." pesannya melalui earpod. Heinz hanya mengangguk. Dia setia berada di atas atap sejak tadi lagi. Namun dia tidak bertindak kerana belum ada arahan dari Ziyyad.

Langkah kaki diatur masuk ke kawasan yang menempatkan isterinya. Hana langsung tidak sedarkan diri sebaik sahaja ditampar berulang kali tadi. Ziyyad melangkah mendekati isterinya.

Dia perhati pipi isterinya yang lebam dan bibir itu pecah. Perasaan kesal terbit pada dirinya kerana gagal datang lebih awal. Ikatan pada tangan Hana dibuka. Selendang yang berada di dalam jaketnya dikeluarkan, lantas dia menutup rambut Hana.

"Ab-Abang.." panggil Hana lemah. Keadaannya kini sangat lemah dan jika dibiarkan lebih lama lagi ini boleh menjejaskan kandungannya.

Ziyyad pantas berpaling dan memegang pipi Hana. Dia tahu yang dia sudah melakukan salah yang paling besar dalam hidup. Air matanya jatuh, membasahi pipi.

"Janganlah nangis abang, Hana okey. Tengok ni, Hana masih mampu senyum pada abang." ujar Hana walaupun dia sangat tidak larat ketika ini. Terasa dadanya semakin sesak.

"Maafkan abang. Abang gagal selamatkan isteri abang. Abang terlewat datang." pintanya berulang kali. Hana mengusap ubun-ubun suaminya.

"Abang dah datang ni pun, Hana dah cukup bersyukur pada Allah. Allah dengar doa Hana." bicaranya lemah.

"Abang akan bawa isteri abang pergi hospital. Abang akan pastikan Hana dapat rawatan yang secukupnya." namun Hana lebih laju menegah perbuatannya. Ziyyad tergamam apabila Hana menolaknya.

"Kita takkan sempat abang. Tinggalkan Hana. Hana reda, abang." arahnya. Namun Ziyyad masih tercegat.

Ezzan menapak masuk ke dalam bilik tadi dan terkejut apabila melihat Ziyyad ada di sisi Hana. Segera dia menarik Hana menjauhi Ziyyad. Namun Ziyyad lebih pantas menggenggam tangan Hana.

"Lepaskan dia! Dia milik aku! Kau dekat dengan dia, aku bunuh budak dalam kandungan dia!" jerkah Ezzan. Ziyyad tersenyum sinis.

"Sebelum kau bunuh dia, kau yang akan mati dulu." tenang nadanya berbicara seakan-akan tidak takut. Ezzan angkat Glock 19 miliknya ke arah Ziyyad. Tepat picu pistol itu menghala pada kepala Ziyyad.

"Aku rasa tak. Kau yang akan mati dulu. Dan sebaik saja kau mati, aku akan kahwin dengan Hana." ujarnya bersahaja.

"Dah nak mampus pun masih ada angan-angan kau ni kan?" sarkastik nada Ziyyad. Dia memandang sinis ke arah Ezzan. Signal diberikan pada Heinz agar bersedia. Heinz sudah sedia menarik picu pistol. Hanya tinggal untuk menembak Ezzan saja.

"Sebab aku tahu bukan aku yang mati. Tapi kau!" bentaknya. Pistol dihalakan pada arah Ziyyad. Hana masih setia berada di belakang Ziyyad.

"Then, kau tunggu apalagi?! Tembaklah aku! Kita tengok siapa yang mampus!" sengaja Ziyyad mencabar Ezzan. Lelaki itu menarik picu pistol dan..

BANG!!

Ziyyad langsung tidak merasai tembakan, kerana dia yakin yang Heinz sudah menembak Ezzan. Dapat dia lihat tubuh itu terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah. Namun dia tidak sedar langsung yang Hana menjadi korban.

"Terima kasih, ab-abang. Se-sebab.. se-lalu a-ada de-dengan Ha-Hana.. Se-selamat ti-tinggal.. Zi-Ziyyad." rintihnya dalam kesakitan. Ziyyad memeluk erat tubuh Hana. Dia pelik apabila merasa ada cecair yang membasahi telapak tangannya.

"PUAN MUDA KENA TEMBAK!" jerit Heinz dari atas bumbung. Segera dia turun ke arah Ziyyad. Ziyyad cemas apabila melihat darah keluar membasahi belakang Hana.

"Sayang! Sayang! Tolong buka mata! Jangan tutup mata! Bertahan demi abang, sayang! Tolong!" rintihnya. Bibir Hana yang semakin pucat menambahkan lagi kerisauan dalam dirinya.

"Na-nanti.."

"Uhuk! Uhuk!" terasa dadanya perit. Batuknya yang keluarkan darah membasahi bajunya.

"Jangan bercakap, sayang! Tahan dulu!" rayunya. Pantas dia berlari menuju ke keretanya. Ziyyad tidak peduli lagi dengan bajunya yang sudah dibasahi dengan darah isterinya.

Keretanya dipandu laju menuju ke hospital. Istighfar tidak henti-henti membasahi bibirnya. Dia tidak mahu kehilangan Hana. Kenderaan lain langsung tidak dipeduli. Dia memandu laju dan terus memotong kenderaan-kenderaan lain yang berada di depan.

"Jangan tinggalkan abang, sayang." rayunya. Tangannya menggenggam erat pergelangan tangan Hana. Kereta dipandu laju menuju ke hospital.

"Abang mohon jangan.." rintihnya. Berulang kali dia mengucup dahi isterinya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Upcoming chapter;

"Maafkan kami, tapi kami gagal selamatkan.."

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

254K 12.8K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
112K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
2.5K 204 10
𝐬𝐩𝐢𝐧-𝐨𝐟𝐟 𝐙𝐀𝐇𝐄𝐄𝐍 𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍 [ 𝑶𝒏 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 | Slow Update ] ➳ Known as His Precious Sweetheart Under M.A series 1 𝑺𝒉𝒆 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒇...
77.1K 6.7K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...