Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

23K 1.6K 206

Maysarin ร— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 27

369 34 2
By ryahaena_

Sedang berjalan menuju ke parkir, May dikejutkan oleh suara teriakkan dari arah sebelah kanannya. Suara perempuan yang merayu sakit. Berdekatan dinding luar hotel, ada seorang lelaki dewasa sedang memarahi anak kecil. Mungkin mereka adalah ayah dan anak. Si ibu yang cuba menenangkan suaminya dari membentak anak kecil itu seakan tidak terdaya hendak memujuk suaminya lagi. Si anak menjerit menangis juga sudah tidak terpujuk. Di lengan wanita itu seperti ada kesan kemerahan akibat digenggam kasar.

May tidak tahu lah apa karma dalam hidupnya sehingga kejadian seperti ini sering kali berlaku dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini. Ini masuk kali ketiga, setiap kali itu juga nyaring suara yang membentak itu sungguh menyakitkan kepalanya. Mata rasa berpinar seketika.

"Kenapa marah sangat ni?" May cuba masuk campur.

Terbantut niatnya yang hendak menuju ke arah ruangan parkir. Hari ini dia datang dengan kereta yang ayah suruh gunakan hari itu, jadi dia tak perlu risaukan Esra yang sebelum ini selalu menunggunya di parkir. Pasti Esra pun dah balik memandangkan sekarang sudah jam 6 petang.

Lelaki dewasa yang berbadan agak besar itu melepaskan dengusan. Dia marah bila May datang mendekati keluarganya.

"Tak ada apa dik... Anak saya ni buat hal sikit. Itu yang ayahnya marah sampai dia menangis." sahut perempuan itu sambil memeluk tubuh anak lelakinya. Ayat yang May dengar seakan menghalau dia pergi, May tidak usah menyibuk hal keluarganya.

"Macam mana boleh tak ada? Suara menangis anak puan boleh dengar dari jauh. Nak marah anak pun biarlah berpada."

"Apa sibuk sangat ni? Pergi aje lah!" lelaki itu membentak May.

May tersentak dan rasa takut mendengar nadanya namun dia pandai kawal ekspresi wajah. May pandang ketiganya bersilih ganti.

"Awak dah takutkan anak awak. Ingat awak besar dari dia, awak boleh sakitkan dia?" ayat May masih berlembut. Hendak saja dia guna aku kau, tapi rasa tak baik pula. Sudah lah tidak kenal antara satu sama lain.

"Dia degil. Aku marah dia sebab dia anak aku. Kau jangan sibuk!" berangnya.

"Sebab awak ayah awak ingat boleh herdik dia macam tu? Dia kecil lagi, dia menangis sebab dia sedih dapat ayah suka marah macam awak."

"Eh, perempuan..." lelaki itu angkat jari telunjuknya ke hadapan muka May. Geram mungkin. Seketika kemudian dia turunkan kembali tangannya.

"Inilah lelaki, rasa dia berkuasa nak marah sesiapa." nada May lebih kepada berkata untuk dirinya sendiri. Cukup perlahan.

Tak tahu pula telinga lelaki itu sungguh peka sehingga matanya menikam tajam ke arah May.

"Aku marah dia. Aku pukul dia. Kau siapa nak halang?"

"Awak pukul anak awak?" soal May pada wajah bengis lelaki itu.

May pandang wajah si ibu pula, wanita itu seperti mengiyakan.

Senyuman serta-merta terukir di bibir May. "Sebab awak tu suami dayus. Bapa tak guna. Jadi lelaki pun memalukan kaum. Boleh pula ya rasa bangga mengaku sikap buruk sendiri." cukup sinis dia memerli.

"Sebab wujud perempuan macam kau dan kau ni lah lelaki macam aku ni selalu naik baran." dia tunding ke arah May dan isterinya sendiri.

May tiba-tiba teringat. Dulu ketika papanya memarahi dia, bukan setakat dia saja yang kena malah dengan mama sekali papa marah walaupun papa tidak pernah angkat tangan pukul mama, namun setiap ayat dalam kemarahan papa cukup pedih. Papa salahkan mama kerana dia perempuan, begitu juga May.

Macam mana ya rupa sebenar seorang perempuan pada mata kasar lelaki yang bersikap begini? Kenapa benci sangat pada perempuan padahal Tuhan telah menciptakan jantina hanya ada dua, keduanya saling melengkapi. Tak semua lelaki seperti itu, tapi May ingin sekali mahu tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki seperti lelaki dihadapannya kini.

"Hina sangat ke perempuan? Kalau tak ada perempuan, anak awak tu tak lahir. Kalau awak tak suka isteri awak, kenapa awak kahwin dengan dia? Kenapa awak tak hidup sendiri sampai mati?"

"Kau nak persoalkan apa? Pasal kaum kau sendiri yang menyusahkan hidup lelaki?" dia herot senyuman sinis kepada May.

"Menyusahkan? Kalau rasa isteri awak menyusahkan kenapa awak tak lepaskan dia? Awak siksa hidup dia dengan perangai dayus awak. Isteri dan anak awak tu lebih layak jalani hidup yang lebih baik tanpa awak."

"Mereka tak kata apa sepanjang hidup dengan aku jadi kau jangan memandai nak kata aku ni siksa hidup dia." ego lelaki itu.

"Sebab mereka takut. Awak jangan yakin sangat bila mereka tak berani bersuara awak rasa awak hebat mampu diamkan mereka. Sebab nanti bila mereka dah jadi berani, awak hadap lah kekalahan awak. Awak patut tahu penyesalan tak datang awal."

"Tunggu!" lelaki itu panggil May semula sebelum sempat dia buka langkah tinggalkan keluarga itu.

"Sebelum kau pergi, mulut celupar kau patut dapat ni!"

Pang!

Pijar rasa pipi kanan May dapat tamparan dari tangan kasar lelaki itu. Kali terakhir dia ditampar adalah oleh mama dulu, itu pun tidak lah sesakit ini. Tamparan dari tangan lelaki dengan tangan perempuan tak sama. Kepala yang dari tadi berdenyut semakin bertambah berdenyut.

Bibir May mendesis sakit. Dia pegang pipi.

"Abang janganlah. Orang nampak ni." si isteri cuba menghalang. Tak henti dia memohon maaf daripada May lalu menarik lengan suaminya menjauhi May.

"Aku tak habis lagi. Kau duduk jauh! Jangan sampai kau pun aku tampar!" lelaki itu memarahi isterinya.

"Oh, dah merasa tangan aku baru kau pandai diam ya? Itu baru sikit. Kau hina aku sangat tadi, kan? Sekarang aku akan tampar kau sampai aku rasa puas!" dia ketawa jahat.

Baru saja dia angkat tangan untuk bertindak lagi sekali, ada tangan yang yang menghalang. Ketika dia pusing kepala ke belakang, dia lihat senyuman dari lelaki yang menghalangnya itu cukup menggerunkan. Dia kenal orangnya.

"Bos Ben." tutur bibirnya perlahan.

"Kau berkasar dengan pekerja aku. Kau nak expect apa?" tegas nada Bos Ben. Dia tahu lelaki itu takutkan dia kerana lelaki itu merupakan salah seorang daripada orang bawahannya.

"Pekerja? Aku ingatkan dia pelanggan hotel bos." terkulat dia mengelak dari menatap mata Bos Ben.

"Jadi keluarga kau lah yang tetamu hotel ni complaint ada budak menangis setiap malam. Kau buat apa dengan anak kau?"

"Saya marah sikit bos. Budak degil biasalah."

"Dah berapa lama kau bermalam di hotel ni?"

"Baru dua malam."

"Aku nak kau keluar dari hotel ni sekarang. Kau dah buat dua kesalahan. Pertama, kau naik tangan pada pekerja aku. Kedua, aku dah tak nak dengar orang complaint pasal tangisan anak kau."

"Baik bos." pantas dia setuju.

May dan yang lain jadi pemerhati. Mudah betul cara Bos Ben gertak lelaki itu.

"Tunggu!"

Ketika lelaki itu paling memandang ke belakang...

Pang!

Lelaki itu terima tamparan dari tangan Bos Ben yang hanya berwajah tenang. Memerah pipinya dek temparan maha kuat itu.

Lelaki itu seperti tergamam seketika. Seakan redha menerima, lelaki itu tunduk hormat terlebih dahulu sebelum membawa isteri dan anaknya pergi.

Bos Ben pandang ke arah May pula. Dia mengukir senyuman buat May.

"Mesti sakit kan..." prihatin Bos Ben dalam nada mendatar.

'Tak. May dah biasa kena macam ni oleh tangan papa dulu.' Ingin saja dia jawab begitu namun dia tahankan dan beri senyuman juga.

"Terima kasih dah tolong saya."

"Balik hati-hati." kata Bos Ben sebelum May melangkah pergi.

May rasa kekok dengan ucapan itu tapi dia tetap mengangguk juga. Tak sangka hero yang menyelamatnya hari ini adalah orang yang sama pernah mendera dirinya dahulu.

Macam... Lawak pula.

...

Tak cukup melalui pesanan whatsapp, kini Esra mendesak melalui panggilan pula. Macam mana May mahu lelapkan mata sekiranya bingit telefon masih berdering tak henti di atas meja sebelah katilnya.

Esra : Angkat telefon atau saya datang ke rumah sekarang.

Membaca ugutan itu, May lepaskan dengusan kasar. Mahu tak mahu dia kena terima juga panggilan telefon dari Esra.

"Hmmm, dah puas tengok?" dia jongket kening kepada Esra. Dia tahu disebalik kekepohan Esra saat ini, pasti ada yang jadi tukang report.

Siapa lagi kalau bukan Qadr. Dari tingkat satu sampai ke tingkat tiga dia kejar langkah May semata ingin tahu sama ada merah di pipi May real ataupun tidak. Sudahnya May jawab dia sengaja letak blusher sebelah pipi biar nampak macam clown, barulah adiknya itu tidak lagi mengganggunya. Sentap la tu!

Tapi yang buat May geram boleh pula budak tu mengadu pada Esra, katanya May kena pukul. Jadinya macam sekarang lah, kalau tidak terima panggilan video call darinya, Esra ugut nak datang rumah.

Datang pukul 11 malam? Gila! Baik tarik selimut dan tidur.

"Cerita sekarang apa dah jadi." kata Esra berbaur arahan.

"Tadi masa balik saya ada jumpa sorang lelaki ni, dia marah anak dia jadi saya tegurlah jangan marah anak. Lepas tu dia tampar saya kata mulut saya ni celupar." May sedang bercerita, tapi suaranya lebih kepada mengadu dengan Esra.

"Dia tampar awak?" dari skrin telefon, Esra kelihatan sedang ketap rahang.

May perbetulkan selimut di kepala, ini lah sebab utama kenapa dia tak nak terima panggilan dari Esra. Bila dah baring selesa, rasa macam jauh pula nak bergerak capai tudung sarung. Akhirnya dia tutup rambut guna selimut.

"Ya." betul lah penampar, kalau penyepak tak kan merahnya ada kat muka.

"Mesti awak yang provok dia."

Inilah perangai Esra yang May tidak suka. Lelaki itu selalu meragukan dia. Tak boleh ke sekali saja, percayakan cerita dia atau menangkan dia. Kalau begini lah perangai Esra, dia boleh hilang keinginan untuk jadi isteri kepada lelaki itu.

"Saya cakap benda betul. Itu dikira provok juga ke? Saya tegur bila saya nampak benda tu salah. Kalau dibiarkan maka makin ramai lah nanti lelaki perangai buruk macam lelaki tu." dia berang kepada Esra. Hilang sudah mengantuknya.

"Why can't you leave them alone, May? Keluarga orang, pandai lah mereka uruskan sendiri. Saya tak cakap awak salah. Saya cuma risau keselamatan awak. Awak sedar tak tindakan awak ni boleh bahayakan diri awak sendiri?" lembut nada Esra memujuk May.

"Saya tak suka dengar lelaki itu membentak anak dia. Saya kasihankan anak dia." ucap May senada.

Memandangkan sekarang Esra sudah maklum mengenai trauma yang sedang diharungi oleh May, jadi kali ini dia tidak judge berlebihan. Dia tidak lalui ketakutan yang dialami oleh May, apa dia boleh buat cuma beri nasihat.

"Perangai sebenar lelaki ni boleh nampak sebelum berkahwin lagi. Maka sebelum kahwin bukan saja kena selidik latar belakang keluarga, belajar juga perangai pasangan macam mana. Kalau belum kahwin dah tunjuk dirinya jenis kaki pukul, kenapa nak kahwin juga dengan kaki pukul? Dengan harapan lelaki macam itu akan berubah lepas kahwin? Nah, mustahil perangainya akan berubah."

"Saya pun tak sempat kenal lagi awak. Saya tak tahu perangai awak macam mana." tiba-tiba dia bertanya begitu padahal dia sendiri tahu Esra bukan jenis kaki pukul. Tapi fitrah manusia boleh berubah bila-bila masa, mana lah tahu lepas kahwin baru tumbuh tanduk jahat.

"Saya yang awak nampak sekarang adalah saya yang sebenar." tenang nada Esra membalas.

"May..." seru Esra bila perasan gadis itu tidak lagi menjawabnya.

"Tidur dah ke?" Esra soal diri sendiri. Mendengar dengkuran halus dari panggilan video telefon yang May hadapkan ke siling, Esra tersenyum sendiri.

"Selamat malam May." ucap Esra walaupun tahu ucapan itu tak akan bersahut.

29/12/2023

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 69.7K 59
๐’๐œ๐ž๐ง๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐‹๐จ๐ฏ๐žใ€ข๐๐ฒ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ใ€ˆ๐›๐จ๐จ๐ค 1ใ€‰ ๐‘ถ๐’‘๐’‘๐’๐’”๐’Š๐’•๐’†๐’” ๐’‚๐’“๐’† ๐’‡๐’‚๐’•๐’†๐’… ๐’•๐’ ๐’‚๐’•๐’•๐’“๐’‚๐’„๐’• โœฐ|| ๐‘บ๐’•๐’†๐’๐’๐’‚ ๐‘ด๏ฟฝ...
5.7K 289 45
{UNDER CONSTRUCTION ๐Ÿšง} Hud Haydar โ™ก Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring
122K 5.6K 78
EMIR LUTHFI | NADINE HARLEY ANDERSON Anderson series vol 1 Takdir yang telah menyatukan mereka. Sangat tidak sangka dari hanya berkawan biasa menjadi...
149K 12.9K 86
#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank N...