Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

23.2K 1.6K 206

Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 26

368 31 0
By ryahaena_

Hari esoknya ketika May sedang berjalan santai menuju ke arah lif, terasa lengannya ditarik secara mengejut oleh Leon. Tubuh tidak bersedia May hanya terikut tanpa sempat beri reaksi. Leon bawa dia ke satu tempat yang agak tersembunyi dari orang ramai.

"Kenapa?" soal May lalu menarik balik lengannya. Dia tahu dihadapannya kini adalah Leon, abang tiri yang pernah disayanginya suatu ketika dulu. Namun sekarang, May tiada hati hendak bercakap dengan Leon. Naluri May kuat menyangkal bahawa Leon yang sekarang sama seperti dulu.

Lihat saja dari mata tajamnya. Dia menyerap perangai Deon ke apa?

"Betul ke awak akan kahwin dengan Esra?" May tidak tahu Leon bertanya dalam emosi apa. Marah atau kecewa? Sebab kedengaran sama.

May angguk. "Lagi dua minggu majlis akad nikah kami, awak jemput lah datang." Dah dia sendiri pun Leon tak kenal, jangan kan pula abangnya itu akan kenal mama. May rasa tak ada masalah sekiranya Leon hadir.

Leon diam agak lama sebelum kembali berkata, "Kalau macam tu, tahniah sekali lagi. Jaga Esra elok-elok."

Sepatutnya Leon datang pada Esra dan cakap 'Jaga May elok-elok". Ini macam terbalik saja. Memangnya ada bahaya apa terjadi pada Esra kalau mereka jadi suami isteri?

May tetap angguk bersama wajah binggung. Laju saja dia lepaskan diri setelah itu dan bergerak menuju ke lif.

"Ada apa ni?" Bos Ben menyapa anaknya dari arah belakang.

"Saja nak kenal-kenal dengan bakal isteri Es." jawab Leon ringkas.

"Es akan kahwin dengan budak tu? Nama dia Maysarin tak silap." ingat lagi hari tu dia ada menyoal kenapa nama Maysarin tiada berbintikan ayahnya.

Leon angguk.

"Tapi budak tu nampak familiar aje, kan?"

"Maksud papa?" Leon kerut dahi.

"Muka dia macam seseorang yang kita kenal."

"Siapa yang kita kenal?" Leon menyoal dalam binggung.

Bos Ben cuma tersenyum nipis kepada anaknya lalu buang pandang ke arah May yang masih menunggu lif.

Hilang saja kelibat May ke dalam lif, dua anak beranak itu turut bersurai.

...

"May, jom lunch!"

Asal nampak dia saja mesti Esra akan ajak lunch.

"Jom lah, makan kat tempat sama?" dengan senang hati May bertanya. Perut memang tengah lapar, di ajak pula pergi makan... Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal.

Esra menggeleng kepala. "Hari ni saya buatkan dua bekal." dia jawab dalam senyuman. Beg plastik bayang yang ditayangkan oleh Esra jelas menampakkan ada dua bekas di dalamnya.

"Awak masak?" tanya May kurang percaya.

"Ya, saya masak. Tak kan lah beli pulak. Daripada beli, baik saya ajak makan kat kedai terus." omel Esra. Dia ajak May mengambil tempat duduk di sofa lobi hotel yang tidak dihuni orang.

"Semalam saya whatsapp ajak lunch kenapa tak balas? Awak lunch dengan siapa? " bebel Esra sambil membuka penutup bento. Satu bekal yang sudah dibuka dia letakkan di depan May manakala satu lagi di depannya sendiri.

May buat muka. Eleh, berlagak control orang macam dia tu suami pula. Padahal kahwin pun belum.

"Dengan Qadr."

Terliur May melihat bekal yang dibuat oleh Esra. Bau nasinya ada aroma nasi ayam memandangkan di atasnya ada beberapa keping ayam bakar. Di tepinya pula ada dua bekas comel dimana Esra letak kicap dan sos cili. Tapi apa yang menarik perhatian May ialah telur yang elok sungguh golongannya. Nampak kemas. Kalau dia sendiri yang buat mesti akan gagal, tak pun dia hancurkan terus jadi scrambled eggs.

"Omelette style ni orang jepun namakan Tamagoyaki. Comel, kan?" Esra puji sendiri.

May tidak membalas. Dia buka plastik chopstick lalu mengambil telur tersebut yang sudah dipotong.

"Sedap." baru lah May memuji.

"Saya tanya comel ke tidak. Bukannya sedap ke tidak." Esra mengomel geram.

"Rupa tak penting, rasa tu yang penting." sahut May cukup bersahaja.

"Nanti lepas kahwin awak nak ke masak untuk saya hari-hari?" uji May sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Nikmatnya... rezeki tak terduga hari ini selain dapat jimat duit bila tak perlu makan di kedai.

Esra angkat kepala. "Kalau saya yang masak hari-hari, awaknya sebagai isteri buat apa?" soalnya tenang.

"Tugas memasak bukan sepenuhnya tugas isteri." sanggah May dengan muka masam. Belum kahwin lagi dah nak tunjuk perangai, entah macam mana kalau dah kahwin nanti.

"Betul... Tapi tak salah kan kalau suami isteri saling membantu? Ini tanggapan normal orang tentang tugas suami isteri di rumah, bila tugas suami cari rezeki di luar, tugas isteri di rumah pula memasak, kemas dan jaga anak... Tolak ansur dalam rumah tangga ni termasuk buat semua benda bersama. Kan nampak macam keluarga bahagia tu? Kalau buat anak pun berdua, kenapa pula tak nak buat kerja rumah bersama?"

Mendengar ayat terakhir Esra, serta-merta May menampar kuat bahu lelaki itu. Nasib baik dia tak tercekik ayam. Boleh pula sampai ke situ Esra fikir!

Esra gelak bersahaja. Geram betul May melihatnya.

"Nanti lepas kahwin kalau awak tampar saya macam ni, saya cium awak!" ugut Esra.

"Itu nanti lepas kahwin! Sekarang saya rasa macam nak pukul awak bertubi-tubi sebab awak tak boleh nak cium saya!" May tak main dengan kata-katanya, tangan yang tampak mulus dan lembut itu sangat tangkas memukul bahu Esra. Lelaki itu mengerang sakit. Perit dibahunya tak terperi.

Perbuatan May menggamit pandangan orang lain di situ. Hanya Esra yang sedar akan perkara itu manakala May pula sedang berseronok belasah bahu dia.

"May." panggil Esra.

Gadis itu buat tak peduli.

"May!" Esra tekankan suara.

Laju saja May berhenti. "Kenapa awak tinggi suara?" soalnya seraya mencebik-cebik bibir.

Ni dah kenapa pula macam nak nangis? Esra garu kepala yang tidak gatal.

"Orang tengok." dia terangkan perkara sebenar.

"Awaklah! Pervert!" tuduh May.

"Pervert? Saya ni bakal suami awak tau." Esra beri peringatan.

May pantas berpeluk tubuh. "Bakal suami. Belum tentu akan kahwin. Entah lepas kahwin pun boleh cerai."

"Saya tak suka awak cakap pasal cerai. Kita belum kahwin lagi awak dah fikir pasal cerai. Ingat ini drama TV ke apa?" ujar Esra dalam nada tertahan. Dia trauma dengan perkataan cerai lantaran pernah terjadi kepada ibu dan ayahnya dahulu. Setelah menyaksikan penderitaan arwah ayah, dia saksikan pula penyesalan arwah ibu sehingga pada saat akhir arwah ibu bernafas, penyesalan ibu tidak pudar langsung malah kerinduan terhadap arwah ayah menjadi punca kenapa arwah ibu pilih untuk akhiri hidupnya.

"Esra." May mengawang-awangkan tangannya ke hadapan wajah Esra. Lama betul Esra diam. Dia terasa ke tadi?

"Marah ke?" soal May sambil menatap wajah ketat Esra.

"Mana ada!" sangkal lelaki itu sambil meraup rambut depannya ke belakang.

"Kenapa nampak macam awak marah aje..." kata May sebelum kemam bibir sendiri apabila Esra tunjuk sesuatu pada bibirnya. Dia makan comot ke tadi?

"Saya tak bawa tisu." beritahu Esra.

"Bukan setakat tisu. Air pun awak tak bawak. Memang nak saya tercekik ke apa?" marah May. Dah habis melantak baru ingat Esra tak sediakan minuman sekali.

Ingatkan gentleman yang buat bekal macam Esra sejenis act of service, rupanya tak 'servis' langsung!

"Tu dalam beg awak saya nampak macam botol air." dia juih bibir ke arah beg tangan May yang memang ada sebotol air mineral yang dibeli di 7Eleven pagi tadi.

May mendengus. "Ada satu aje. Itupun untuk saya sendiri." dengan selambanya dia menyuap telur terakhir ke mulut sebelum mencapai penutup bento. Dia kemaskan meja lalu memasukkan kembali bekas tersebut ke dalam beg plastik.

"Eeeee, kedekutnya! Bagi la saya sikit." Esra buat muka tak puas hati.

"Tak boleh nanti awak terkiss saya macam mana?"

"Bukannya kiss direct ke bibir awak, saya jauhkan tempat minun tu dari bibir saya. Please..." merayu sungguh-sungguh Esra sekarang kerana rasa tekaknya tidak selesa. Dia sebenarnya ada sediakan dua botol kopi latte instant, tapi dia terlupa ambil dari dalam peti sejuk. Sudahnya dia datang kerja tanpa membawa sebarang minuman.

May yang awalnya teragak hendak memberi namun pada akhirnya mengalah juga, risau pula kalau Esra betul-betul tengah tercekik.

"Terima kasih bakal isteri saya." Esra tersenyum lalu menyerahkan semula botol air yang baru separuh dia teguk.

"Awak still boleh minum, bibir saya tak sentuh pun." Esra tetap beritahu walaupun dia perasan May tajamkan mata memerhati ketika dia sedang minum tadi. Haih, risau betul dia ya.

"Terima kasih jugak dah buatkan bekal untuk saya sekali. Sebelum ni awak selalu buat bekal ke?" tertanya juga kerana sepanjang dia kenal Esra, lelaki itu hanya mengajaknya makan di luar. Tak pernah pula bawa bekal seperti hari ini.

Esra geleng, dia juga simpan semula bekasnya yang sudah kosong ke dalam plastik.

"Saya baru pertama kali cuba. Sebelum subuh lagi saya dah bangkit untuk sediakan semua ni. Nanti lepas kita dah kahwin, apa kata kita bawa bekal saja ke tempat kerja? Jimat. Lagipun bila kita dah ada anak-anak nanti, mesti nak kena guna banyak duit."

Hah, mula dah! May juling mata ke atas.

"Tak habis-habis dengan anak." omel May sambil menyandar kekenyangan.

Esra gelak. Nasib baik bahunya selamat kali ini.

Dari jauh, Leon yang menyaksikan sedari tadi dengan perlahannya ketap rahang. Matanya menikam tajam ke arah dua gerangan yang sedang seronok bersenda mesra.

"Leon, perempuan tu dah lama ke kerja sini?" seperti tadi, papanya menyapa dari belakang juga kali ini. Pelik sungguh kenapa dia kerap diekori oleh papanya hari ini.

"Dia baru kerja. Dah lebih dua bulan rasanya." Leon tahu papanya maksudkan May.

"Mana Leon simpan resume kerja dia?"

Berkerut dahi Leon mendengar pertanyaan papanya. "Nak buat apa?"

"Saja. Papa nak cek background dia."

"Papa tanya pada Emma, dia yang uruskan pengambilan pekerja baru."

Bos Ben tersenyum puas. Entah kenapa hatinya tertarik hendak tahu mengenai gadis muda itu. Dia rasa dekat dan dalam masa yang sama dia rasakan gadis itu ada sesuatu yang disimpan.

27/12/2023

Continue Reading

You'll Also Like

53.5K 1.4K 26
Camilo Γ— male reader Y/N just moved to the village and immediately befriends the madrigals, but little does he know hes in love with one too
3.7M 294K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
1.6M 139K 46
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...