Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

23.2K 1.6K 206

Maysarin ร— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 25

387 30 1
By ryahaena_

May yang melihat kelibat Mak Ina yang sedang lenggok ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu entah apa, datang memeluk tubuh tua itu dari belakang. Pelukan mesra bagi May namun rimas bagi Mak Ina. Dengan pakaiannya yang berbau sambal, boleh pula May selamba datang memeluknya. Apa kena agaknya dengan anak dara majikannya itu pagi ni?

"Mak Ina masak apa?" hidungnya dari jauh lagi sudah mencium bau sambal nasi lemak, tapi tetap juga mahu bertanya. Malah mata sendiri pun nampak Mak Ina sedang mengacau sambal dalam kuali.

"May nak sarapan dah ke? Belum masak lagi sambal ni. Baru pukul 6 pagi. Awalnya May bangun. Kerja ke hari ini?" dalam bertanya, juga kedengaran seperti Mak Ina sedang mengomel kepada May.

"Baru selesai solat subuh. Lepas tu dah tak boleh nak sambung tidur. Hari ni May cuti." kata May sambil mencapai beberapa uncang teh Lipton dan bekas gula untuk buat air. Teko yang besar juga di bawa ke atas table top. Apa? Ingat orang kaya minum jus oren saja ke di pagi hari? Dengan kesihatan ayahnya sejak akhir-akhir ini dan Qadr juga sering batuk, memang solusinya dua beranak itu kena perbanyakkan minum air teh panas. Biar segar sikit kerongkong mereka berdua itu.

Usai membuat air teh tersebut, May jadi termangu sendiri sambil mendengar Mak Ina sambung menyanyikan lagu yang May tidak tahu tajuknya apa.

"Alang-alang May duduk situ tak buat apa, tolong Mak Ina potong timun boleh?" arah Mak Ina dalam senyuman. Dia masih sedar bahawa gadis itu merupakan anak majikannya. Tapi kalau lihat dari cara May melayannya, Mak Ina akui lebih selesa dengan gadis itu berbanding abang-abangnya.

"Timun ni?" May angkat timun yang sedia ada di atas papan pemotong.

"Ya. Potong nipis sikit tau, nanti akan jadi banyak. Semua orang boleh makan. Lepas tu masukkan jugak dalam bekas atas meja tu buat bekal Qadr ke sekolah."

"Okay, Mak Ina." May akur dan lakukan seperti arahan Mak Ina.

"Lagi? May nak kena buat apa?" punyalah dia teruja nak membantu.

"Masukkan bilis dengan kacang tu dalam mangkuk asing. Kemudian May datang sini tolong Mak Ina gorengkan ayam ni buat bekal Qadr. Dia suka nasi lemak ayam goreng."

"Manja sangat budak tu..." bebel May tapi dia tetap buat juga.

Ayam yang dibaluti tepung dimasukkan kedalam minyak panas yang menggelegak. Sambil itu, May berborak santai bersama Mak Ina di sebelahnya sehinggalah Puan Amelia turut menyertai mereka di dapur.

"Lama Mak Ina tak buat nasi lemak. Rindu pula nak makan. Sedapnya ada bauan dari daun pandan..." Puan Amelia puji aroma bau nasi santan yang Mak Ina sudah cedok ke dalam mangkuk besar di atas kitchen island.

"Mak Ina pandai buat Mi Laksa Sarawak tak? May teringin nak rasa. Hari tu nampak dalam FB, orang kata sedap." May ujarkan keinginannya kepada Mak Ina.

"Kalau Laksa Penang pernah lah juga Mak Ina buat. Tapi rasanya mama May tu boleh buat Mi Laksa Sarawak." orang usulkan kepada dia, boleh pula dia usulkan kepada orang lain.

May cebik. Memang tidak lah dia nak suruh mama buatkan. Simpang malaikat 44 andai mamanya baik hati turutkan keinginannya. Tak pun petanda bahawa mama ada dua kali jumaat saja lagi.

Puan Amelia juga cebik bibir. Memang dia pernah buat sebelum ini. Tapi kalau buatkan untuk May memang tak mungkin lah!

"May. Dah dapat lesen belum?" soal Tuan Omar ketika mereka tiga anak beranak sedang menjamah sarapan pagi bersama.

Qadr pula sudah lama bergerak ke sekolah, dihantar oleh Pak Ayub. Semenjak tertangkap oleh mamanya bawa motor ke sekolah, si mama terus sita kunci motor dari Qadr. Entah di mana dia sembunyikan kunci tersebut sehingga Tuan Omar sendiri tak boleh nak tolong anak bongsunya.

"Dah! May dah boleh drive." girang nada May menjawab.

"Jadi, task pertama May lepas dapat lesen adalah bawa kereta ayah servis ke bengkel. Sementara ayah survey kereta baru untuk May, guna lah dulu kereta proton saga ayah tu. Bila dah lama tak bergerak, banyak pula ragamnya. Ayah dah cek semalam, kereta tu dah lama tak jalan tapi boleh guna lagi. Nanti May bawa ke bengkel pandai lah orang situ uruskan apa yang perlu di atur. Bateri kereta dengan minyak hitam kereta tu perlu ditukar juga."

"Baik ayah!" kalau dengan ayahnya, baik saja dia. Tapi kalau terpandang sipi-sipi saja pun muka mamanya, mula lah dia buat muka. Mamanya pun, tak nak kalah dengan anak.

Elok anak beranak perangai sama saja!

...

May tertinjau kepala terlebih dahulu sebelum dia menapak keluar untuk melihat lebih jelas nama bengkel kereta yang terpampang luas di depan matanya. Google map yang membawanya ke sini. Tapi sebelum itu dia telah menggunakan waze, namun aplikasi itu telah membawanya berjalan pusing hampir satu bandar. Nampak benar May tidak pernah guna 'benda' itu sebelum ini.

"Banyaknya kereta, entah bila boleh siap yang ayah punya ni." May bebel perlahan. Cukup pada pendengaran sendiri.

"Errrr, dik!" dia panggil seorang lelaki muda, mungkin pekerja disitu kalau lihat dari pakaiannya yang kotor dengan kesan pelbagai warna.

"Akak hantar kereta untuk servis." beritahunya.

"Akak ada booking tarikh tak?" lelaki muda itu bertanya.

May binggung sendiri. Kena booking tarikh ke? Dia garu kepala.

"Tak ada. Akak walk-in. Agak-agak lama tak tunggu?"

"Tak lama tapi kena bagi turn kereta orang yang dah sampai dulu. Akak duduk kat sana, saya pergi inform kawan saya pasal kereta akak." pekerja itu berlalu tinggalkan May yang berura-ura mencari tempat duduk yang dimaksudkan.

"Bro! Kau dah settle ke kereta merah tu? Owner dia datang ambik pukul 11 nanti." pekerja itu bertanya separuh menjerit kepada seorang remaja lelaki yang menampakkan belakangnya.

May yang memandang skrin telefon angkat kepala melihat ke arah mereka berdua yang saling bertukar dialog sehinggalah May cam suara salah seorang daripada mereka...

"Nanti kau servis kereta akak tu pulak." lelaki itu tunding jari ke arah tempat May duduk menunggu.

"Baik bang."

May yang langsung tidak alih pandangan sejak tadi bertentangan mata dengan remaja itu.

Qadr telan air liur. Bagaimana kakaknya itu boleh berada di sini?

"Kau..." gumam May ketika Qadr datang mendekatinya sambil menunduk kepala.

"Qadr minta maaf kak." belum lagi disalahkan, dia sudah minta maaf terlebih dahulu.

"Kau patutnya ada dekat sekolah. Kau buat apa kat sini?" soal May dalam nada tertahan. Hendak saja dia berang, memandangkan kini mereka berada di khalayak umum May tahankan saja.

"Qadr kerja sini."

May buat wajah tidak percaya. "Kerja? Ayah kita tu dah terlebih kaya nak bagi kau duit belanja. Kau cari duit buat apa? Umur ni patutnya kau belajar di sekolah, bukannya buat kerja macam ini." patut saja mamanya memarahi Qadr hari itu, rupanya ini punca disebalik panggilan peringatan dari sekolah yang mama ungkit dulu.

Dia boleh pilih untuk kerah keringat di bengkel berbanding duduk hapus keringat di bawah kipas dalam kelas?

Tak faham sungguh dengan adiknya itu. Qadr bukannya budak tak pandai, tapi kenapa dia pilih jalan ini?

"Sejak bila kau pandai hisap benda ni?" tak habis memarahi satu perkara, ada lagi yang menyakitkan mata May. Iaitu vape di tangan Qadr.

"Baru aje..."

May pejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam. Selepas buka kelopak mata dengan perlahan, dia pandang keadaan dalaman bengkel yang kotor dan berkabus asap.

Asap dari puntung rokok untuk lebih jelas. Baunya cukup dikenali oleh May.

"Kau merokok, Qadr?" dia soal ragu-ragu kepada adiknya.

"Tak!"

May kecilkan mata. Entah mahu percaya atau tidak.

"Betul kak... Qadr tak merokok." Qadr yakinkan lagi.

"Habis tu kenapa kau kerap batuk?" tidak dinafikan setiap pagi May dibangunkan oleh batuk kuat Qadr yang mendiami bilik sebelahnya. Sampai May pernah minta supaya ayah bawa Qadr untuk cek tahap kesihatannya di hospital. Tapi macam biasa, ayahnya itu terlalu sibuk sehingga balik rumah pun sekadar untuk makan malam dan tidur.

"Batuk kering biasalah kak... Semua orang boleh hidap." mudah saja jawapan remaja itu.

"Berbalik soal sekolah, kalau dah tak nak sekolah kau bagitahu mama. Tahun depan nak SPM lagi. Kau nak kecewakan harapan mama dengan ayah ke? Mama marah kau hari tu sebab sayang kau..." sedikit terusik hatinya ketika mengucapkan ayat terakhir tu, ingin saja dia sambung...

'Kau untung mama sentiasa prihatin tentang kau. Tak macam akak.'

"Tahu... Tapi Qadr suka kerja kat sini. Dulu masa kecil ayah selalu ajar Qadr buat kerja macam ni sampai Qadr jadi minat. Qadr nak pergi sekolah... tapi dalam masa yang sama Qadr kena kerja macam mereka yang lain. Kalau Qadr culas nanti mereka tak benarkan Qadr datang kerja dah..." perlahan nadanya menceritakan. Berbanding jujur kepada mamanya, dia lebih terbuka untuk jujur kepada kakaknya.

Keluhan dilepaskan. May binggung harus bertindak apa. "Dah la. Nanti kantoi dengan mama pandai lah kau menjawab sendiri. Akak tak nak terlibat."

"Akak jangan bagitahu mama, ya?" pinta remaja itu dengan suara serak.

May menjulingkan mata. Dia letak lengan ke atas bahu Qadr. "Apa kata kita keluar makan dulu? Qadr teman akak. Rasa nak cari manisan untuk brunch."

"Okay. Akak tunggu jap tau! Qadr bagitahu kawan Qadr kat dalam dulu." jawab Qadr lalu pergi tinggalkan May di situ.

Ting!

May keluarkan telefon dari dalam beg tangannya. Ada pesanan whatsapp dari Ghibran. Serentak itu, ada juga pesanan dari Esra yang baru masuk.

Dua-dua mengajaknya makan tengah hari.

Yang satu buat May rimas, yang satu lagi buat May senyum.

Sungguh! May rimas dengan segala mesej dan panggilan daripada Ghibran. Abang tirinya itu masih mendesaknya agar fikirkan semula tentang persetujuannya untuk mengahwini Esra. Ghibran itu siapa nak halang dia? Sejak May tegaskan pendiriannya, dia abaikan mesej-mesej lain daripada Ghibran setelah itu.

Memandangkan Ghibran jarang balik ke rumah, May rasa sedikit lega kerana tidak perlu bertembung dengan abang tirinya itu. Bukan membenci tapi dia rasa janggal sedikit. Hubungan mereka baik-baik saja sebelum ini, mustahil dia hendak bermusuhan dengan Ghibran.

Qadr mendekati kakaknya dengan senyuman.

"Okay, jom kak!" ajak Qadr.

May tutup skrin telefon dan buat tak endah ajakkan daripada dua lelaki itu. Dia berniat untuk tunggu sahaja kereta sehingga selesai servis. Tak tahu berapa lama, jadi dia ajak adiknya lepak di kafe yang terletak tidak jauh dari bengkel.

27/12/2023

Continue Reading

You'll Also Like

149K 12.9K 86
#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank N...
2M 113K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
6K 659 23
Pasangan yang comel? Kelakar? Romantik? Itu hanyalah permulaan bagi kisah mereka. Mahligai cinta yang dibina bertahun-tahun hampir dihancur oleh oran...
1.6M 139K 46
โœซ ๐๐จ๐จ๐ค ๐Ž๐ง๐ž ๐ˆ๐ง ๐‘๐š๐ญ๐ก๐จ๐ซ๐ž ๐†๐ž๐ง'๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐’๐š๐ ๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ โŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...