πŒπ„π„π“ 𝐌𝐘 π‹πŽπ•π„π‘ 𝐇𝐄...

Od luv_read1008

488 89 0

Alicia seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya. Di sekolah,dia adalah pelajar terbaik. Alicia... VΓ­ce

PROLOG
Chapter 1.
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 2
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 3.
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 4.
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 5
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 6
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 7
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 8
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 9
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 10
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 12
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 13
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 14
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 15

π‚π‘πšπ©π­πžπ« 11

24 6 0
Od luv_read1008


🅢︎🅘︎🅡︎ 🅐︎🅡︎🅕︎🅐︎🅝︎ 🅟︎🅞︎🅥︎:

Hari ini aku terpaksa bekerja sehingga lewat petang. Selepas tamat sesi pembelajaran,aku hanya terperap di dalam bilik guru. Aku hanya menghabiskan sisa waktu aku dengan menanda kertas peperiksaan pelajar tingkatan 1 dan 2 subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Aku melihat ke arah jam berbentuk bulat yang tergantung elok di atas dinding. Jarumnya tepat menunjukkan sekarang telah masuk jam 6.00 petang.

Daripada pagi sehingga sekarang,aku langsung tidak berhenti bekerja. Perut pun terasa kosong. Tekak aku hanya di basahi dengan satu botol air mineral sahaja.Dek kerana terlalu penat,aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Kertas-kertas peperiksaan yang belum siap di tanda aku bawa sekali untuk di selesaikan di rumah. Meja aku yang pada awalnya bersepah telah aku susunkan semula.

Setelah berpuas hati dengan keadaan meja aku,barulah aku beredar dari bilik guru.Suasana sekolah yang dipenuhi dengan suara pelajar-pelajar sesi petang tidak aku dengari kerana fon telinga terpasang elok di kedua-dua rongga telinga aku. Rentak lagu kpop yang sedang didengari hanya mampu diikut di dalam hati.

Semasa aku sedang berjalan sambil asyik melayan irama melodi yang dipasang, tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh kecil sedang berlari-lari anak menuju ke bilik kaunseling. Susuk itu menyedarkan aku tentang sesuatu.

Ya, sudah lama aku tidak menjenguk Alicia. Aku tidak mempunyai masa. Aku sangat-sangat mahu menjenguk dia. Namun apakan daya,takdir Allah telah tersusun rapi. Memang buat masa ini, aku perlu selesaikan urusan-urusan di sekolah. Biarlah umi dan kakak melawat Alicia. Andai kata aku ada masa nanti,barulah aku jenguk dia. Seminit pun jadilah.

"Ah,maaf!" Sewaktu aku sedang mengelamun,tiba-tiba susuk tubuh yang amat aku kenali dan aku rindui benar-benar berada di hadapan aku. Alicia kelihatan sangat kelam-kabut. Tangannya tadi dipenuhi kertas-kertas namun kertas itu terlepas dari tangannya selepas dia terlanggar aku tadi. Aku yakin,kertas-kertas yang dibawanya itu adalah kertas milik para kaunselor. Rajin betul Alicia membantu guru.

"Ermm..Sir? Are you okey? Saya dah tolong angkatkan Sir punya kertas exam ni. Tak nak ke?Ke ada sakit kat mana-mana?"

Prihatin saja dia bertanya. Aku suka cara dia berkomunikasi. Sopan dan beradab. Tapi, sekarang ini aku sangat malu. Lama pula aku melepaskan rindu pada favourite student ni.

"Ah,tak ada lah. Terkejut aje tadi. Nasib lah tak kena heart attack. Apa pun thank you very much"

Aku tipu sunat. Terpaksa,bukan sengaja. Tangan aku segera mendapatkan kertas di tangan Alicia lalu aku terus berlalu pergi. Tiba-tiba pergerakan aku terhenti. Aku lupa mahu bertanya tentang bagaimana keadaannya sekarang. Namun,sudah terlewat. Alicia sudah pun berlalu pergi apabila aku menoleh kebelakang.
Aku hanya mampu mengeluh kecil.

Kereta berjenama Toyota yang aku baru tukar satu minggu yang lalu di letakkan di tempat letak kereta. Pada mulanya,aku bercadang hanya mahu makan di rumah bersama keluarga tercinta. Malangnya,perut aku mahu mencari gaduh. Sengaja dia berkeroncong semasa di pertengahan jalan. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Tahan? Maaflah,aku sudah ikat perut daripada pagi. Jadi,aku tidak rasa aku mampu ikat perut lagi. Cukuplah tu. Perut pun ada 'limit' juga untuk diikat. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku membuka ikatan perutku dan mengisi ruang-ruang kosong di dalam perut aku.

Apabila aku keluar daripada kereta, aroma-aroma menyelerakan daripada restoran ibu Cikgu Azam telah menusuk hidung aku. Perut aku pula semakin galak berkeroncong.

Tangan aku menampar perut sendiri. Sabarlah duhai perut. Bawa-bawalah bertenang.

Tanpa membuang masa lagi,aku segera melangkah masuk ke dalam restoran. Mata aku melilau mencari kelibat kawan aku,Cikgu Azam. Pandangan aku terhenti apabila melihat Cikgu Azam sedang melambai-lambai tangan ke arah aku.

Aku dengan gembiranya mendapatkan Cikgu Azam.

"Weyh,kau tak nak belanja aku ker?" Sengaja aku ajukan soalan tidak masuk akal seperti itu kepada Cikgu Azam.

"Amboi,kau. Kereta bukan main mahal-mahal. Mercedez la,toyota la,Honda la, BMW la..Tak kan tak ada duit kot nak beli makanan?" Sindir Cikgu Azam. Aku hanya mencebik bibir. Aku gurau je,bebelnya macam nak minta penampar.

Tidak lama selepas itu,datang seorang pelayan mengambil pesanan aku. Aku segera membuat pesanan.

Sementara aku menunggu makanan siap,telefon berjenama Iphone 14 Pro Max di keluarkan dari poket seluar. Aku membuka Album. Terpapar di skrin gambar-gambar yang aku simpan untuk dijadiakan memori. Gambar aku berpoyo-poyo sewaktu masih kecil pun tersimpan elok di dalamnya. Ada juga gambar aku yang masih kecil sedang membuli Zahirah. Aku tertawa kecil apabila melihat Zahirah yang sedang menangis di dalam gambar itu. Ya,aku tahu aku abang yang baik.

Satu demi satu lembaran gambar dibelek. Tiba-tiba gambar aku bersama Alicia muncul di skrin.Apa yang aku ingat,gambar ini diambil oleh umi. Katanya,dia suka melihat possing seperti ini. Waktu ini,kami bercuti di Pantai Cermin. Umi dan Zahirah mengada-ngada mahu membawa Alicia sekali. Sebenarnya,aku juga mahu dia ikut sekali. Aku suka melihat keluarga aku gembira dengan kehadiran Alicia. Dan aku juga suka melihat Alicia terus tersenyum. Gelagat Zahirah dan umi memang sangat menyentuh hati. Siapa sahaja yang sedang bersedih,pasti akan terasa tenang apabila bersama mereka.

Entah dari mana mereka dapat idea,sengaja mereka memaksa aku mengambil gambar bersama Alicia. Aku faham perasaan Alicia jadi aku tidak mahu. Namun,umi tetap memaksa. Jika aku tidak turuti permintaanya,nanti mulalah dia mahu berlakon jadi watak utama drama pukul 7. Zahirah pun tidak kurang hebatnya. Sengaja dia mahu berpura-pura badmood apabila aku tidak mahu melakukan apa yang di suruh. Akhirnya,tercetuslah gambar penuh kenangan ini.

Aku melihat gambar Alicia yang berada di sebelah aku. Aku bukan sengaja nak tengok ya,tapi tertengok. Sebenarnya,aku cuma mahu lihat wajah aku yang kacak itu sahaja. Tapi,mata aku teralih ke arah gambar Alicia.

Comel..

Ops,terpuji pula. Tapi,memang fakta. Hendak buat macam mana lagi. Tidak salah pun kan mahu puji orang. Alicia pun ciptaan tuhan juga. Daripada aku asyik puji diri sendiri,baik aku puji Alicia. Hihihi.(Tapi aku memang handsome,itu je aku nak cakap)

🅔︎🅝︎🅓︎ 🅢︎🅘︎🅡︎ 🅐︎🅡︎🅕︎🅐︎🅝︎ 🅟︎🅞︎🅥︎

Setiap hari Alicia bergegas ke sekolah awal pagi walaupun dia bersekolah di sesi petang. Apabila sudah memegang jawatan sebagai pemimpin,maka Alicia perlulah menjalankan tugasnya. Namun,kadang kala dia tidak dapat bertugas di bilik kaunseling kerana dia ada tugasan lain. Tugasan itu bukanlah daripada guru kaunselornya atau pun cikgu-cikgu lain. Tugasan itu diberi oleh 3 orang sotong yang paling dibencinya.

"Woi,kau ni lambat sangat dah kenapa!? Aku lapar ni?" Tempik Emira. Sungguh terasa sakitnya hati Alicia melihat wajah selamba sotong di hadapannya ini. Geram,rasa nak cekik semua ada.

'Pergh,sedap mulut kau cakap lambat!? Heh,ingat makin besar makin matang. Ni makin besar makin besar kepala dia. Tapi sayang, harapkan kepala je besar,tapi tak pandai. Ops,tak sengaja' Alicia hanya dapat mengutuk Emira di dalam hati sahaja. Jika dikutuk secara depan-depan,tidak tentu fasal nanti Alicia yang nahas.

Semasa belajar di sesi pagi,Sir Arfan pasti akan membantunya. Malangnya,sekarang Alicia berada di sesi petang.

"Oi! Kau dengar tak ni? Dah pekak ke?"

'Kurang ajar punya sotong. Aku goreng kau dalam kuali tu. Baru tahu. Dah lama aku tak telan sotong ni' Kutuk Alicia di dalam hati lagi. Alicia tidak menjawab sebarang pertanyaan Emira. Sebaliknya,dia memandang tajam ke arahnya. Betul-betul rasa mahu telan.

"Berani eh kau pendang aku macam tu!" Emira pula sudah mula naik angin. Tangannya mula dihayunkan. Alicia hanya membiarkan saja.

'Lantaklah kau nak buat apa pun. Nak tampar ke,nak sepak ke,nak bunuh ke. Buatlah sotong oi..Aku dah malas nak layan.' Desis hati Alicia penuh keredhoan.

Hampir saja tapak tangan Emira melekat di pipi gebu Alicia,tangan Emira ditepis terlebih dahulu. Bukan Alicia yang menepisnya. Tetapi,Cikgu Marina yang berbuat demikian.

"Kamu semua ni,tak habis-habis buat masalah! Kenapa kamu suka buli dia!? Apa salah dia? Alicia sepatutnya bertugas hari ni. Kenapa kamu kacau dia!?" Marah Cikgu Marina.Kecewa Cikgu Marina apabila mengenangkan perangai 3 orang pelajar yang tidak semenggah ini.

Sir Arfan yang baru keluar dari perut kereta terkejut apabila mendengar suara Cikgu Marina sedang mengamuk. Dia mendekati Cikgu Marina. Terkejut Sir Arfan apabila melihat 3 orang sotong bersama Alicia.

'Buli Alicia lagi lah tu! Hmph,tak ada kerja betul lah budak-budak ni!' Rungut Sir Arfan.

"Assalamualaikum,Cikgu Marina." Sapa Sir Arfan. Wajahnya tegang. Geram dengan kelakuan 3 orang sotong itu.

"Waalaikumussalam,Sir Arfan. Boleh kamu tolong saya? Hantarkan budak-budak ni ke bilik disiplin sekarang! Rasanya sudah berkali-kali diberi amaran,tapi perangai tetap sama!" Marah Cikgu Marina. Sir Arfan mengangguk. Dia memandang Alicia dan 3 orang sotong bersilih ganti.

Alicia hanya diam dan tertunduk. 3 orang sotong pula beriak biasa. Sedikit pun tiada rasa bersalah. Memang ciri-ciri pelajar tidak tahu malu.

"Alicia,are you okey?"Tanya Sir Arfan.

"I'm okey sir. Don't worry about me." Jawab Alicia sopan.

"How are you? Sorry, sebab dah lama tak melawat kamu. Umi dengan Kak Zahirah je banyak masa. "

"I'm fine. Tak apalah sir. Saya faham Sir busy. Tapi,saya okey je. Jangan risaulah." Alicia cuba menghadiahkan segaris senyuman supaya Sir Arfan tidak terlalu risau. Cikgu Marina hanya tersenyum melihat tingkah laku Alicia yang sangat menyenangkan hati.

Sir Arfan mengangguk faham lalu membawa 3 orang sotong pergi bilik disiplin.

"You,follow me!" Tegas Sir Arfan.

Suasana di bilik disiplin sentiasa menggerunkan para pelajar. Namun,tidak bagi 3 orang sotong ini. Mereka sudah lali dengan bilik disiplin ini. Langsung tiada kesedaran.

Tetapi pada pagi ini,mereka pasti kecut perut. Rotan panjang dihayun-hayun oleh Cikgu Farah. Tidak sabar rasanya hendak memberi kesedaran pada tiga orang pelajar yang berhati batu ini. Ini kali pertama mereka bakal di rotan.

Sir Arfan menyerahkan urusan yang selebihnya pada pihak disiplin. Dia segera keluar dari situ dan menuju ke bilik guru. Hatinya sedikit senang apabila melihat Alicia tersenyum sebentar tadi.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti lΓ­bit

311K 18.2K 19
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...
2.8M 161K 50
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
291K 33.6K 84
#Book-2 of Hidden Marriage Series. πŸ”₯❀️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
1.3M 69.5K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...