7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.5K 1.2K 138

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 04

684 39 0
By fumai_

" Mummy nak pergi toilet sekejap. " Puan Dairisya berlalu pergi setelah menerima anggukan daripada anak lelakinya.

Hafiy menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiap sudut kafe dipandang.

" Lamanya Lena order. Beli air aje kut, apa yang dibuatnya kat kaunter tu? Mengurat Neo ke? " Hafiy menjeling jam tangannya sekilas. Sudah 15 minit Helena pergi memesan airnya tadi, sampai sekarang tak datang-datang.

" Neo? " Berkerut dahi Hafhiz.

" Who's that? " Hefzy mengalihkan pandangan daripada telefonnya.

" Don't you dare to said that Helena have a boyfriend. " Hifzan menatap tajam Hafiy yang menyebut nama Neo.

Aduh, terlepas cakap!

" No, nobody. No one. Who's Neo? I don't know him. " Berbagai perkataan dinyatakan untuk menidakkan kewujudan Neo. Hafiy membuat riak selamba, tidak mahu abang-abangnya tahu tentang Helena yang sudah tangkap sayang dengan pemilik kafe yang diduduki mereka sekarang.

" Really? " Mengecil mata Hifzan memandang Hafiy. Makin gemuruh dibuatnya si adik menerima tatapan sebegitu dari si abang.

Hafiy memandang ke arah lain. Tak mahu bertembung mata dengan jejaka-jejaka di sekelilingnya yang sudah seakan naik hantu.

" Tell me or... " Hifzan menyeluk poket pinggangnya dan menampakkan sedikit sepucuk pistol.

Hafiy mengemam bibir. Peluh mula merenik di dahi. Tatapan abang sulungnya yang tajam membuatkan jiwanya resah.

Ah, dia sudah tidak tahan lagi menyimpan rahsia itu. Mata dipejam rapat sebelum belahan bibirnya terbuka menuturkan sesuatu yang menaikkan amarah semua yang berada di ruangan itu.

" Okay, okay! Aku bagi tahu okay?! Stop looking at me with those eyes! It's Neo Izhar, owner kafe ni! Please jangan marah my precious, please, please. I'm begging you... she deserves to be loved! Lagipun dia orang baru aje in relationship, tak sampai seminggu. "

Hafiy menyatukan kedua tapak tangannya, merayu agar kesayangannya tidak dimarahi oleh abang-abangnya. Bukan dia tak tahu, kaum lelaki dalam keluarganya semua tidak suka Helena menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Kecuali Hafiy. Hafiy yang paling excited sekali bila dapat tahu tentang 'boyfriend' Helena.

Hifzan, Hafhiz dan Hefzy terbungkam sejenak.

" Tak cukup ke kasih sayang yang kita bagi? "

Hafhiz mengerling tajam Hefzy yang bertanyakan soalan itu.

Hifzan yang mendengar nama itu terus berdiri tegak dengan wajah yang sudah menegang. Urat hijau mula timbul di leher dan dahinya.

" Nooo! No, Hifzan jangan! Jangan pergi! Please jangan pergi Hifzan Dareeq! " Hafiy memeluk kaki Hifzan menghalang pergerakannya. Pandangan pelik orang-orang yang ada di kafe itu dihiraukan.

" Lepas, Hafiy Danish. Kalau tak, kau yang makan tapak tangan aku nanti. " Hifzan memberi amaran keras. Jatuh air mukanya apabila dimalukan sebegini rupa, sudahlah semua orang memandang mereka.

Adiknya yang seorang ini memang masuk air sungguh.

Hafiy melepaskan pelukan di kaki Hifzan dengan pasrah. Keluhan kecil terkeluar dari bibirnya.

Hafhiz yang perasan akan mata-mata yang memandang mereka terus berdeham dan menjeling mereka tajam. Terus terpaling wajah mereka dari memandang sekumpulan lelaki itu, meremang. Aura gelap keluarga Grey mula terasa.

Bagaikan serigala yang memerhati mangsanya untuk dibaham.

" Sorry ya, mummy lambat. Ramai pula orang dekat tandas. " Puan Dairisya yang baru sahaja kembali dari sesi pembuangan hajat duduk di sebelah Hefzy.

Berkerut keningnya melihat riak tegang Hafhiz. Dipandang pula wajah si Hafiy, sedih. Monyok sudah.

" Ini dah kenapa? Bergaduh ke? Mana Hifzan dan Helena? " Dahi wanita itu berkerut hebat. Tangannya naik memeluk tubuh.

Ketiga wajah anak terunanya dipandang bersilih ganti.

" Nantilah cerita, mummy. Kita balik dulu ye? Gunung berapi dah nak meletus. " Hefzy mengangkat tubuhnya. Dia mula mengajak mummy, Hafhiz dan Hafiy untuk keluar dari kafe. Tak mahu melihat kekecohan yang bakal berlaku.

" Sejak bila negara kita ada gunung berapi? " Soal Puan Dairisya sambil berjalan keluar dari kafe. Pelik betul karenah anak-anaknya hari ini.

" Abang you ada tujuh? Wow... banyaknya! Mesti dia orang sayang you sangat-sangat kan? " Neo membuat muka terkejutnya. Dia yang sedang membuat air kopi untuk pelanggan mendengar sahaja celoteh Helena yang berdiri di hujung kaunter.

" Tak ad- "

" Ehem, Helena Dahlia. " Suara garau mula menerjah masuk gegendang telinga dua pasangan itu.

Tersentak Helena dibuatnya. Perlahan-lahan dia memusingkan kepala dan mendongak memandang wajah kacak Hifzan.

Neo turut mengalihkan pandangan.

" A-abang Hifzan... err b-buat apa kat sini? " Helena menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gagap terus percakapannya

" Balik sekarang. We have to talk." Hifzan merenung sepasang mata coklat terang milik Helena.

" Ta-tapi Lena- "

" Now! "

Tubir mata Helena sudah menakung air mata. Takut melihat wajah abangnya yang marah. Pertama kali Hifzan menjerkahnya kuat. Selalunya Hifzan lah abang yang paling berlembut dengannya setelah Hafiy.

Dengan langkah yang berat Helena menurut. Dia mengikuti langkah besar Hifzan Dareeq yang membelakanginya.

Dia menoleh sesaat memandang muka Neo yang tampak serba salah.

Helena menghampiri kereta Vellfire yang diparkir bersebelahan dengan kereta abangnya. Dia tak nampak wajah abangnya di dalam kereta kerana tingkap keretanya bertinted.

" Where are you going, Dahlia? " Hifzan sudah menggunakan nama belakang Helena. Dia berdiri di depan kereta Bugatti Divonya sambil berpeluk tubuh.

" Nak ba-balik lah. " Helena tidak memandang wajah Hifzan sebaliknya merenung jalan yang bertar.

" Get in my car. " Hifzan sudah masuk ke dalam perut kereta. Tingkap keretanya dibuka apabila melihat Helena yang masih kaku ditempatnya.

" Nak masuk dalam kereta ke nak duduk dekat bonet? " Hifzan mengangkat sebelah keningnya. Riak tegangnya masih kekal.

Helena terus sahaja masuk ke dalam kereta mewah.

Setelah kereta Vellfire milik keluarga Grey sudah berlalu pergi, barulah Hifzan menekan pedal minyak untuk memulakan perjalanan.

Dua kereta itu dipandu beriringan sehingga dipisahkan di lampu isyarat. Kening Helena hampir bercantum, abang Hifzan nak bawanya ke mana ni?

" Don't you have something to tell me? " Hifzan memulakan perbualan. Hening sahaja keadaan mereka berdua daripada tadi.

Helena diam. Dia tak tahu nak kata apa. Sifat abang Hifzan yang dia kenal ialah lemah lembut, bukan dingin begini. Dia takut.

Hifzan mengeluh panjang. Keretanya dipandu memasuki jalan besar. Sengaja mahu melambatkan perjalanan pulang sedangkan rumah mereka dekat sahaja.

" Abang tak halang you untuk menyukai seseorang, princess. Itu lumrah manusia, semua orang pasti pernah jatuh cinta. Cuma abang tak suka princess serapat itu dengan lelaki lain. " Hifzan berkata dengan nada yang lembut. Dia tidak mahu Helena terlalu takut dengannya.

Dia memandang Helena sesaat sebelum kembali fokus kepada pemanduannya.

" You know that you have so many brothers right? Bayangkan apa jadi kalau Hadif and Heidi tahu tentang ni. "

Helena menunduk. Dia tahu Hadif dan Heidi ialah abang yang paling menjaganya selain dari Hifzan. Sangat protective. Kalau berita ini sampai ke pengetahuan mereka, tak mustahil perkara buruk akan berlaku.

" Disaster. Kalau Hadif dengan Heidi tahu, mesti you dah tak boleh keluar rumah. And trust me, daddy would give you a big punishment for a long time. Maybe more than a year, you know him. He's very strict. "

" A year?! " Membulat mata Helena. Bukan dia tak tahu punishment yang daddy dia akan bagi. Dia pernah tengok Hadif kena lenting dengan Tuan Huzhaid sebab keluar rumah waktu malam tanpa kebenaran. Dan kunci motor Hadif dirampas selama 2 bulan.

" Lagipun abang tak suka budak Neo tu. " Urat Hifzan kembali menimbul.

" Kenapa abang Hifzan tak suka abang Neo? " Pandangan Helena dialih ke wajah Hifzan. Keningnya berkerut seribu. Abang Hifzan kenal abang Neo ke?

Hifzan diam. Dia kenal Neo. Neo Izhar bin Niel Iqmal. Musuh ketat keluarga Grey. Dia pasti Neo menjalinkan hubungan dengan Helena bukan atas dasar cinta, tapi dendam. Dendam terhadap keluarganya.

" You don't need to know about it, princess. Abang nak Helena putuskan hubungan dengan Neo." Hifzan berkata dengan nada yang tegas.

" Tapi abang Neo baik. Dia- "

" You just have three options. One, you're the one who break the relationship. Two, I'm the one who settle it and three, I'll tell your father and he will take your credit and debit card. Choose. " Panjang lebar Hifzan memberi pilihan. Senyuman sinis diberikan kepada adik perempuannya yang sudah menggelabah.

" I choose option one. " Dengan yakinnya Helena berkata. Tak, dia tak boleh lepaskan kad yang bersusah payah dia cuba dapatkan dengan memujuk Tuan Huzhaid.

" Good. Now we're home. " Hifzan memasuki kawasan rumah mereka yang mewah. Keretanya diberhentikan di sebelah air pancut yang ada di tengah dataran rumahnya. Helena keluar dari perut kereta.

Baru sahaja Hifzan mahu menekan pedal untuk memarkir kereta di garaj, Helena memanggil namanya.

" Abang Hifzan. "

Hifzan mengangkat sebelah keningnya.

" Promise me, abang Hifzan tak akan bagi tahu daddy. " Helena menunjukkan jari kelingkingnya yang kecil bersama wajah penuh harapan.

" I'll promise. But I don't know if Hafiy would. " Hifzan mengenyit mata kirinya. Kereta itu dibawa berlalu pergi.

Helena menggerak-gerakkan rahangnya. Oh, abang Hafiy yang bagi tahu rupanya... tunggulah, nanti dia akan merajuk selama sebulan. Sudahlah tidak dapat pergi funfair tadi.

Dia masuk ke dalam rumah. Dapat dia lihat mummynya yang sudah tiba di rumah terlebih dahulu melangkah naik ke tingkat atas.

" Duduk, Helena. " Hafhiz memanggil. Dua wajah jejaka di hadapannya dipandang. Hefzy dan Hafiz.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
135K 5.7K 48
[First Book Mafia Family] Start: 28/5/20 End: 22/1/21 Siapa tidak kenal jejaka igauan para hawa yang kejam dan tidak berhati perut pada setiap faktor...
98.6K 8.7K 47
Semuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai aban...