bad.

De -milkyuuu

1.4K 300 1.1K

꒰ on-going ꒱ ❧ lee juyeon. she believes everyone is bad, and they might be bad when they start to show their... Mai multe

0 0
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
- juhwa
1 4
1 5
1 6
1 7
- juhwa
1 8
1 9
2 0
2 1
- juhwa
2 2
2 3
2 4
2 5
- juhwa
2 6

1 3

30 8 12
De -milkyuuu

•••

« yura »

"So betul la Juyeon kau nak kahwin." soalan Changmin berjaya mengundang cerlungan terpaling tajam. Padahal dialah dalang yang sorokkan kad jemputan dari aku.

"Bukan Juyeon akulah! Juyeon Yuna! Seo Yuna!" aku tempelak Changmin.

Dia hanya ketawa kecil. Kini aku peluk erat kusyen dan menyambung sesi mengumpat Juyeon yang nak kahwin dengan adik tirinya sendiri. Pasti kerja gila papa sebab si anak kesayangan asyik merengek takut sang pujaan dikebas orang. Bukannya aku tak kenal perangai anak beranak itu. Eomma Juyeon pula turutkan semua.

"Papa tu gila betul, sesama anak tiri pun nak jugak dia kahwinkan. Hergh! Child grooming, meremang aku! Nasiblah aku dah cau dari rumah tu, kalau tak mesti aku dah check in rumah sakit jiwa." rungutku seraya mencapai kad jemputan yang terdampar di meja kopi.

"Kau cau pun aku rasa kena check in jugak rumah sakit jiwa, kau nampak macam patient delusional asyik sebut je nama Juyeon tu." sindiran Changmin membuatkan telingaku berdesing.

"Tak payah nak delusional sangat! Cakap dengan cermin. Kena kat kau baru tahu." rungutku perlahan. Berkali-kali tulisan yang tertera pada kad dibaca, terutamanya pada nama Seo Yuna. Entah kenapa aku jadi hangin dengan dia padahal aku takde sebab munasabah pun.

Kebahagiaan orang, tapi kenapalah aku rasa nak datang dan rosakkan majlis ya? Biar sampai karam kapal cruise nanti. Boleh jadi Titanic 2.0.

"Pergi jelah Yura, orang dah hantar invitation rugi kalau tolak." Chanhee sedari tadi pujuk aku. Aku campak semula kad tersebut ke atas meja kopi.

"Tak minat, aku lari rumah. Takkan nak tebalkan muka pergi hadap semua orang kat situ. Korang pun tahu bapak aku kerja apa. Ah- malas mak sebut. Malang lidah aku nanti. Nanti aku datang, aku jadi bahan mengumpat orang, habis kena hentam dengan orang tua tu lagi." aku tolak pipi dalam menggunakan lidah.

Jam menunjukkan 4.30 petang, masih berbaki setengah jam sebelum closing. Sudahlah daripada gosip benda merapu dengan dua lelaki lembut ni ada baiknya aku kemaskan sepah-sepah bouquet bunga yang digubah oleh Chanhee. Sebut sahaja bouquet bunga, aku rasa nak gunting saja semua hasil tangan Chanhee.

Mujurlah Hyunjae yang datang tempah, kalau Juyeon sendiri yang tunjuk muka di sini memang aku call polis.

"Tak, yang kau nak overthinking sangat ni kenapa? Aku suruh kau pergi, pergi jelah! Atas cruise kot! Bawak Changmin ni sekali. Aku nak jugak rehat sehari dari hadap kau dua ekor ni. Asyik bergaduh je, pening kepala aku!" arah Chanhee tanpa segan silu siap silangkan kaki penuh gayanya.

"Taknaklah, segan. Aku dah lari rumah kemudian nak datang majlis tunang abang tiri aku sendiri? What the hell? Nanti orang ingat aku jiwa kacau." aku kembali menyandar, dah takde mood nak mengemas untuk closing.

"Haah memang jiwa kacau, tapi takde hal sebab dia bertunang dengan adik kandung kau." tokok Changmin penuh selamba. Sengaja nak api-apikan perbualan aku dan Chanhee.

"Kau ni kenapa eh Changmin! Tak habis-habis nak provok aku kan!" bengang aku mara ke arah Changmin bersama kusyen yang aku guna buat peluk tadi.

Ganas aku libas batang tubuh lelaki itu dengan kusyen. Changmin mengelak sehinggalah dia gunakan tenaga lelakinya untuk kunci tangan aku. Aku menjerit marah, sebelum gigi aku melekap pula pada lengan sasanya. Kini giliran Changmin pula terpekik sakit.

"Eish! Peninglah aku dengan korang!" Chanhee terlebih dahulu step out dari pergaduhan kami. Ke mana? Entah, aku lagi fokus gigit Changmin sekarang.

Selari dengan tangan yang memukul dadanya yang ada gambar teddy bear, mulutku turut menyurakan apa yang aku tak puas hati. Tetapi apa aku bidas pada Changmin mudah saja dia twist ayat aku dan mengatakan aku jealous. Oh tolonglah! Aku ada banyak benda nak kena fikir daripada melayan Ji Chucky tak sedar diri!

"Changmin."

Aku terduduk di sisi Changmin, menghela nafas dalam bagi membayar hutang oksigen.

"Asal?" Changmin sahut lalu merenung Chanhee yang berada di kaunter. Aku lihat Chanhee sedang memegang ganggang telefon.

"Kau ada client nama Hyunjae tempah bunga kan?" soalnya lalu meletakkan ganggang di tempatnya semula.

"Bukan, tu client Yura." mudah Changmin membalas lalu menangkat punggung dari sofa.

Kini mata Chanhee tertumpu pada aku, "Dia suruh kau deliver bunga tu ke sana."

"Sana tu mana? Ambil jelah sendiri, banyak songeh betul." rungutku sambil menepis lengan baju yang tampak berkedut. Sebelah lagi lengan yang aku singsing dibetulkan semula.

"Atas cruise nanti. Dia tahu kau kakak Yuna." dengar sahaja jawapan Chanhee, rahangku jatuh.

Perlahan-lahan aku toleh pada lelaki lembut itu. Dia cuma angguk dan berjalan ke arah pantri tanpa rasa bersalah.

"Damn! For the god sake!" aku jerit lagi, stress punya pasal.

Patutlah butik ini jarang mendapat kunjungan pelanggan. Mungkin takut sebab selalu dengar suara orang menjerit persis kena dera. Dan sekarang, I wondered—adakah Hyunjae dan Juyeon sebenarnya dah berpakat supaya aku ada di atas cruise itu semasa majlis bermula.

Arghhh rimas extra lemas!

--❦︎--

"Haish, betul ke apa yang aku buat ni?"

Kini aku bermundar-mandir di sekitar gangways yang menghubungkan darat dan jeti. Nombor Changmin dan Hyunjae aku dail secara bergilir memandangkan kedua mereka lupa agaknya mereka ada teknologi yang bernama telefon.

Aku hembus keluhan berat. Troli yang menempatkan bouquet bunga aku jeling geram. Angin laut yang berpuput lembut langsung tak dapat redakan amarah aku. Bengang juga sebab Hyunjae tegas menyuruhku kemari semata-mata nak hantar bunga walaupun aku enggan. Chanhee apatah lagi, katanya jangan ganggu cutinya.

Maka aku paksa Changmin untuk ikut, tetapi lelaki itu pula tak nampak bayang. Tadi kata on the way, mesti on the way atas katil lagi.

Ohhh, sabarlah hati! Jangan makan orang harini!

"Cik Yura kan?" aku dapat rasa bahuku dicuit. Pusing saja ke belakang wajah kacak Hyunjae sudah bersedia untuk menyambutku.

"Ni bunga awak, saya balik dulu." troli bersaiz hanya muat untuk bouquet bunga aku dorong pada Hyunjae.

Lelaki itu sentuh pemegang troli, aku sangka dia mahu ambil troli sekali. Cepat-cepat aku mencelah. Ghisau Chanhee bebelkan aku sebab hilangkan troli lagi.

"Err- awak ambil bunga je, troli tu biar la. Jangan usik." tegurku, cuba untuk stay polite walaupun nak je aku sembur lelaki ini.

Cap pada kepala sempat dibetulkan apabila ada manusia yang lalu lalang berdekatan dengan kami.

"Awak nak troli ni?" dia menyoal persis orang bodoh. Aku dah menyirap. Tak faham bahasa ke aku cakap troli tu bukan free gift?

"Iyalah, awak order bunga je. Bila masa pulak dapat free gift troli?" nadaku kedengaran menyindir, sebabnya aku betul-betul nak balik sekarang. Sebelum ada kenalan papa atau sesiapa sahaja mengenal siapa aku. Baik aku cau!

Namun, makin melebar pula senyuman mangkuk hayun ni. Bikin aku stress rasa nak lunch makan orang.

"Kalau awak nak troli ni balik, awak kena ikut saya sampai atas. Escort me my lady." dia tersenyum nakal. Sengaja nak menguji kesabaran aku yang baran nampaknya.

Oh tolonglah! Taktik tu dah basi!

"Takpe! I'm fine! Gwenchana! Kalau awak nak troli tu takpe. Nanti saya hantarkan resit sekali okay. Jangan lupa bayar. Rak lu paper roger-"

Rusuh aku memusingkan badan dan mula melangkah. Dek terlalu gopoh, aku nyaris berlanggar dengan seorang wanita yang terlihat sebaya dengan eomma. Sunglasses wanita anggun itu diangkat ke atas, menganalisa aku yang sedang terkulat-kulat meminta maaf.

"Awak ni Seo Yura anak assemblyman Seo kan?" wanita itu meneka.

Kepala digeleng laju, pada masa yang sama cap yang menutup kepala ditarik seseorang membuatkan rambut yang aku sembunyikan di sebalik cap jatuh terurai. Mataku membulat, terkejut.

"Yeps, dia anak assemblyman Seo." kini Hyunjae berdiri di sebelahku. Melalui ekor mata, dia terlihat sedang tersenyum bangga.

Dengan itu, aku isytiharkan aku rasa nak terjun ke laut.

•••

Continuă lectura

O să-ți placă și

77.1K 396 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
2K 256 15
Usaha Kim Y/n untuk membuat seorang Asahi yang sangat pendiam dan misterius menjadi orang yang normal, ceria dan percaya diri akhirnya berjaya setela...
1.3K 267 10
❛ Umur bukanlah penghalang bagi seseorang itu jatuh cinta ❜ ❥
1K 197 40
Suka dalam diam. Takpe kan? | Jaemin Na Malay Fanfiction Start : 06/02/2022 End : 21/02/2022