MY MRS TURKISH

By syxhxris

11.3K 1.8K 233

[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali merek... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 19

216 44 2
By syxhxris

"Aysar, pengetua nak jumpa kau dekat pejabat."

Aysar yang baru saja mahu duduk tidak jadi apabila Helmi mendatanginya. Keningnya ternaik.

Dah kenapa dia kena panggil? Terus dia teringat Aydin yang menyamar sebagai dia. Dia menghela nafas berat. Mesti Aydin ada buat apa-apa ni. Mesti ada kaitan tentang hari Jumaat di mana Aydin pulang ke sekolah lebih awal bersama Blade.

"Asal Aysar kena panggil?" Soal Yusri pada Helmi. Bukannya dia nak menyibuk tapi dia pelik. Aysar asyik kena panggil je sedangkan lelaki itu bukannya ada buat salah apa-apa pun.

"Mana aku tahu tapi aku nampak Adam dengan daddy dia ada dalam bilik pengetua. Haihhh, tabahlah Aysar. Aku pun tak faham apa yang dia tak puas hati dengan kau." Keluh Helmi dengan simpati.

Dengar saja nama Adam, Ishak membuat muka menyampah.

"Mentang-mentang bapak dia penyumbang terbesar dekat sekolah ni suka hati je nak buat orang macam-macam. Gila betul." Kata Ishak dengan nada yang tidak puas hati.

"Takpe Aysar, kalau kau kena tindakan apa-apa aku back up kau. Nanti aku jumpa pengetua sendiri."

"Aku pun akan back up kau juga. Kau rilek je."

Aysar mengukir senyuman nipis mendengar kata-kata Yusri dan Ishak itu. Dia hargai pertolongan yang mahu diberikan oleh mereka berdua kepadanya.

"Thank you but i can handle it by myself. Aku tak nak orang lain masuk campur dalam hal aku." Tolak Aysar sambil mengukir senyuman kecil pada mereka sebelum dia melangkah keluar daripada kelasnya.

Baru beberapa langkah, namanya dipanggil kali kedua. Tetapi bukan Helmi yang memanggilnya.

Keluhan berat dilepaskan.

"Aysar, kau okey?"

Aysar menatap wajah Misyah yang jelas kerisauan. Pelik. Kenapa gadis itu sering risau tentang dirinya? Tak jemukah gadis itu dengan sikapnya acuh tak acuh padanya?

"Aku okey." Jawabnya pendek. 

Misyah melepaskan nafas lega. Melihat Aysar mahu melangkah pergi, cepat-cepat dia menghalang Aysar dengan mendepakan tangannya.

Aysar berdecit.

"Kau nak apa Misyah? Aku nak cepat ni."

Misyah sengih.

Bekal berwarna biru laut disuakan pada Aysar. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis. Senyuman yang dilemparkan hanya untuk Aysar sahaja.

"Ambillah, aku masak lebih.  Maaf kalau tak sedap." Tuturnya apabila Aysar hanya merenung saja bekal tersebut.

"Kenapa tak bagi kawan kau?" Soal Aysar pelik.

"Sebab aku nak bagi kau. Nah cepatlah ambil. Kau kata kau nak cepatkan?"

Aysar mengeluh kecil. Di ambil juga bekal tersebut dengan terpaksa. Dia bukan apa, dia perasan banyak mata yang memerhatikan dia dan Misyah. Perkara itu membuatkan dia jadi sangat tidak selesa. Tidak mahu memanjangkan keadaan, dia ambil juga bekal tersebut.

"Thanks, nanti aku pulangkan bekal ni."

"Hehehe nak ambil terus pun takpe. Okeylah aku gerak dulu, bye-bye sayang." Pamit Misyah sebelum berlari anak menuju ke kelasnya.

Aysar hanya beriak biasa. Sudah biasa dengan perangai gila Misyah. Bekal tersebut dia masukkan ke dalam beg yang dia bawa bersama dengannya. Mana tahu dia kena balik terus lepas jumpa pengetua. Takde lah dia bersusah payah nak ke kelas semula untuk ambil begnya.

Dia kembali menyambung langkahnya menuju ke bilik pengetua yang terletak di blok bersebelahan dengan blok kelasnya.

Sampai saja di depan pintu bilik pengetua, Aysar terus mengetuk seraya memberi salam.

"Masuk!!!" Suara Tuan Hj. Rafael kedengaran dari dalam.

Aysar pun masuk setelah diberi izin. Sangkanya hanya ada Tuan Hj. Rafael sahaja rupa-rupanya turut ada Adam dan Tengku Jailani.

"Saya dimaklumkan tuan pengetua nak jumpa saya. Boleh saya tahu kenapa?" Soal Aysar dengan hormat. Sikit pun dia tidak peduli dengan kehadiran Adam dan Tengku Jailani.

"Buat-buat tanya pula." Celah Adam dengan nada yang menyakitkan hati. Tetapi Aysar langsung tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Adam itu.

"Adam, jangan cakap apa-apa yang boleh menimbulkan sebarang pergaduhan." Tegur Tuan Hj. Rafael apabila Adam berura-ura mahu menimbulkan pergaduhan mulut.

"Betullah apa yang anak i cakap tu tuan pengetua. Mana bapak dia? I tak boleh lama-lama dekat sini, i ada appoinment." Balas Tengku Jailani dengan wajah yang tidak senang hati apabila Tuan Hj. Rafael menegur Adam di depannya.

Tuan Hj. Rafael mengeluh kecil sebelum menatap wajah Aysar semula. Tenang saja wajah Aysar seolah-olah tiada apa-apa masalah.

"Saya call ayah kamu tapi tidak di angkat. Boleh saya dapatkan nombor selain nombor ayah kamu?" Pinta Tuan Hj. Rafael.

Aysar angguk kecil.

"Boleh saya call papa saya terlebih dahulu untuk pastikan memang papa saya tak angkat call?"

"Boleh."

"Thanks." Ucap Aysar dengan senyuman nipis. Gagang telephone pejabat diambil daripada tangan Tuan Hj. Rafael. Nombor Blade di dail.

Tut tut tut tuttt

Betul apa yang dikatakan oleh tuan pengetuanya itu. Papanya tidak menjawab panggilannya. Mungkin papa ada meeting dengan Uncle Steve.

Oh ya, Uncle Steve!

Pantas dia mendail nombor Steve mengharapkan Steve menjawab panggilannya.

Tut tut tu-...

"Assalamualaikum, uncle. It's me, Aysar." Ucap Aysar sebaik saja panggilan mereka bersambung.

"Waalaikumussalam. Why Aysar? Did you need something from me?" Jawab Steve dengan lembut.

"Urmmm i call papa but he didn't answer it. Did he with you?"

"Yes, he with me now and sorry Aysar, his didn't bring phone in meeting. Do you want talk with him now?"

"Yup. Can i?"

"Sure... Wait ya..."

Suara Steve sedang bercakap dengan Blade kedengaran.

"Hey son, what's up?"

"Papa, can you come my school now? I don't know what happen at here but Mr. Principal want to see you. Urgent."

"Oh shit, okay i will go there as soon as possible."

"Thank you papa."

"Alright, see you."

Aysar meletakkan semula gagang telephone di tempatnya. Dia memandang wajah Tuan Hj. Rafael yang sedang menunggu jawapannya.

"He will come as soon as possible."

"Okay got it. Kalau macam tu kamu duduk dulu sementara menunggu ayah kamu sampai." Tuan Hj. Rafael menunjuk ke arah kerusi yang kosong tidak jauh daripada Adam.

"Boleh saya tunggu dekat luar?"

"Kenapa?"

Aysar tidak menjawab sebaliknya menunggu jawapan daripada Tuan Hj. Rafael.

Tuan Hj. Rafael berdehem kecil.

"Ermmm okey."

"Thank you Mr. Principal." Aysar terus keluar daripada bilik pengetua tanpa menoleh ke arah Adam dan Tengku Jailani seolah-olah mereka berdua tiada di situ.

Dia dengar Tengku Jailani merengus geram tapi dia abaikan saja. Bangku yang disediakan di luar bilik pengetua dia duduk.

Matanya dipejam sambil melepas keluhan panjang. Apa lah masalah yang Aydin buat sepanjang dia berada di sini sampai dia dipanggil pengetua?

Beberapa orang cikgu yang lalu di depannya memandangnya dengan pandangan hairan tetapi langsung tidak menegurnya. Semuanya seakan-akan takut melihatnya.

Apa dia ni menakutkan ke?

Sedar tak sedar sudah 30 minit dia menunggu Blade. Dia masih tenang menunggu. Tiada apa yang perlu dia resahkan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Jadi buat apa dia nak rasa resah atau pun rasa takut kan?

"Aysar?"

Aysar mencelikkan matanya. Melihat Blade berdiri di depannya, terus dia bangun. Rupa-rupanya bukan Blade datang seorang tetapi Steve, Elan, Chann dan James turut ada sama.

"Uncle..." Dia terus bersalaman dengan mereka berempat.

"Long time no see, Blade junior. How are you?" Sapa James dengan ramah.

"I'm good Uncle James. Thank you for ask." Jawab Aysar dengan senyuman.

Baru saja James ingin bertanya lebih lanjut, Elan terus mencelah.

"Blade, better you and Aysar go inside before this shit ask Aysar a lot question. Go go."

Chann mengigit bibirnya daripada meletuskan tawa. Wajah James terus masam mencuka. Nak beramah mesra pun salah. Ish!!!

"Okay, let's go Aysar."

Aysar angguk kecil.

"Hmmm, rasa macam nak masuk sekolah balik je." Kata Chann sambil melihat suasana persekitaran sekolah ini. Walaupun kelihatan lama tetapi tetap nampak cantik dengan hiasan pokok bunga dan lukisan yang pelbagai. Budak sekolah kut yang buat.

"Kau sekolah ke dulu?" Soal James dengan wajah berkerut.

"Eh come on lah of course sekolah. Aku bekas pelajar master bro."

"Yeke? Kalau kau pelajar master asal kau bodoh eh? Tak nampak pandai langsung."

"Eh bab-..."

"Ehem!" Elan berdehem apabila mereka berdua mula mahu bergaduh mulut.

Chann membuat muka manakala James ketawa perlahan. Sakit hati lah tu, muahahaha...

Steve geleng kepala. Bila entah perangai mereka nak berubah.

"Sampai pun ingatkan dah lupa jalan sekolah ni." Perli Tengku Jailani sebaik saja Blade dan Aysar masuk. Adam mengukir senyuman sinis.

Akan tetapi kata-kata tersebut tidak diendahkan Blade dan Aysar. Mereka bedua terus berdiri menghadap Tuan Hj. Rafael yang setia menunggu mereka dengan sabar.

Blade dan Tuan Hj. Rafael saling berjabat tangan.

"Ada apa ya tuan pengetua nak jumpa saya?" Soal Blade sekadar berbasa-basi walaupun dia tahu tujuan dia dipanggil ke sini.

"Macam ni Encik Blade, saya nak berbincang-...."

"Tak perlu berbincang. Keputusan i tetap muktamad! I nak budak ni dibuang dari sekolah ni hari ini juga! I tak kira! I dah malas nak bincang benda bodoh ni." Celah Tengku Jailani dengan lantang. Dia berdiri menghampiri Blade dan Aysar. Jelas wajahnya beriak angkuh.

"Why?" Suara Blade tetap tenang walau hakikatnya mahu saja dia koyakkan mulut itu.

Chann dan James yang sedang curi-curi dengar perbualan mereka tersentak.

"Sir, Aysar kena buang sekolah sir!"

Wajah Steve berkerut. Huh?

"Are you serious?"

"Yes, sir. Tak percaya sir dengar sendiri." Ujar James sambil mendekatkan semula telinganya ke pintu.

Ternaik kening Steve. Memang taklah dia nak buat tingkah tak semenggah itu. Jatuh reputasinya nanti.

Tapi kenapa Aysar kena buang sekolah pula?

Steve jadi musykil.

Tengku Jailani ketawa buat-buat.

"You ask why? Why? Hello, your son touch my son until he get hurt. Tangan dia patah weh. What you expect? Takkan i sebagai seorang ayah akan berdiam diri bila anak dia jadi mangsa buli? Otak you letak dekat bawah tapak kaki ke? Fikirlah. Ni dah libatkan kecederaan fizikal. Pihak sekolah pula langsung tak ambil sebarang tindakan apa-apa? Shame on you, Mr. Principal!" Sembur Tengku Jailani dengan panas membara.

Aysar menjeling Blade sekilas. Walaupun wajah Blade tenang tetapi urat leher Blade jelas kelihatan tegang. Dia tahu Blade sedang menahan diri daripada bertindak gila.

"Are you done Mr. Jailani?"

Tuan Hj. Rafael langsung tidak berkesempatan untuk bersuara apabila Blade membalas kata-kata Tengku Jailani.

Adam hanya duduk bersandar melihat Tengku Jailani membelanya. Dia menyungging senyuman sinis tatkala matanya bertemu dengan mata Aysar.

"Pardon?"

"You said my son hurt your son right? If true my son touch your son then where's the proof?"

Wajah Adam berubah. Daripada duduk terus dia berdiri.

"Uncle nak cakap saya menipu ke?" Soal Adam dengan suara yang agak meninggi.

Blade pandang Adam dengan sinis.

"Yes."

"What? You cakap anak i penipu? The hell? Tuan pengetua i tak peduli i nak budak ni dibuang! Kalau tak i akan tarik semua sumbangan yang i sumbangkan dekat sekolah ni. Now!"

Tuan Hj. Rafael tersepit. Dia tidak mahu membuang Aysar tetapi dalam masa yang sama dia akan kehilangan semua dana untuk membaik pulih sekolah ini.

Blade masih kekal bertenang.

Aysar melepas keluhan berat. Baru dia mahu membuka mulut, pintu bilik pengetua dibuka dari luar.

"Berapa banyak yang perlu saya bagi sumbangan pada sekolah ni supaya Aysar tidak dibuang?" Soal Steve dengan mendatar.

Terkejut Tengku Jailani dan Tuan Hj. Rafael melihat kedatangan Steve di sekolah ini. Gila! Siapa saja tak kenal Steve Hendry, terutama ahli perniagaan? Steve terkenal di dalam dan luar negara. Bah kan dia juga menjadi contoh untuk para usahawan berjaya seperti dirinya.

Adam turut mengenali Steve itu siapa. Hampir saja dia ternganga.

"Minta maaf, boleh saya tahu apa hubungan tuan dengan Aysar?" Soal Tuan Hj. Rafael dengan perasaan ingin tahu.

"His my family."

Makin bertambah kejutan yang mereka alami. Sungguh mereka tidak menyangka Aysar daripada kalangan keluarga yang sangat hebat.

"Sir-..." Blade terus diam apabila bahunya ditepuk oleh Elan. Dia menghela nafas berat. Nampaknya secara tak langsung dia telah melibatkan Steve dalam hal mereka.

Chann dan James berdiri di sisi Aysar seakan-akan mereka berdua bodyguard Aysar. Saja nak menyibuk sama.

Suasana menjadi tegang. Aura yang dibawa oleh Steve membuatkan tiada siapa yang berani mahu membuka mulut.

"Uncle, it's okay i will settle it with papa." Tutur Aysar dengan senyuman nipis. Raut wajah Steve yang mendatar itu ditatap tanpa rasa gerun.

Steve tidak membalas sebaliknya hanya mengusap lembut rambut Aysar.

"Jadi, berapa juta yang perlu saya sumbangkan dekat sekolah ni untuk Aysar kekal bersekolah di sini?" Soal Steve untuk kali kedua.

Mendengar perkara itu Adam meneguk liur.

Ju-juta?

Gila kaya!

Daddynya pun tak sampai setengah ribu beri sumbangan di sini.

"T-tak perlu sampai tahap macam tu tuan. Bukan sikit duit yang tuan cakapkan tu. Terlalu banyak." Tuan Hj. Rafael sedikit gugup. Cukup satu juta sudah memadai untuk membeli sekolah ini.

"So, our deal is done and you, Tengku Jailani we're done. I don't need people like you to be my partner project."

"But sir, i -..." Tengku Jailani terdiam apabila Steve menjelingnya dengan tajam.

"Excuse us." Steve merangkul bahu Aysar mengajak Aysar beredar bersama mereka. Mereka berenam keluar daripada bilik Tuan Hj. Rafael mengikuti langkah Steve.

Aysar perasan mereka berenam menjadi tumpuan guru dan pelajar yang berselisih dengan mereka. Semuanya memberi reaksi terkejut tatkala melihat wajah Steve. Hatinya dirundum rasa tidak senang apabila dirinya bakal menjadi bualan mulut orang.

Tiba-tiba kepalanya ditutupi dengan coat milik Steve. Wangian lelaki itu menusuk ke rongga hidungnya. Tenang.

"Sorry, i can't control myself." Tutur Steve sedikit rasa serba salah. Dia tahu tindakan dan kedatangannya bakal menghuru-harakan hidup Aysar tapi dia tidak boleh berdiam diri apabila mendengar pergaduhan tersebut. Mahu saja dia koyakkan mulut Tengku Jailani tadi. Mujur Elan menahan tangannya daripada mengeluarkan Desert Eaglenya.

"It's okay uncle by the way thank you about that."

"Sir, you not serious about-..."

"Yes, i'am." Potong Steve laju tanpa sempat Blade menyambung ayatnya.

"But-..."

Steve menjeling tajam apabila Blade masih mahu menolak cadangannya. Setakat satu juta apa lah sangat. Celah gigi dia je.

Aysar geleng kepala. Tahulah jutawan.

Nanti dia akan minta Zahin pujuk Steve supaya tidak memberi sumbangan dalam kuantiti yang banyak. Satu juta ibarat mahu membeli dua buah sekolah saja.

"Urmmm sorry sir, can we go lunch first before back to office?" Ujar Chann apabila perutnya mula berkeroncong. Tak sempat dia nak makan roti, mereka bertiga dipanggil oleh Steve. Sudahnya roti tersebut tertinggal atas meja kerjanya.

"Elan."

"Alright sir." Elan tahu alih-alih dia juga yang kena cari mana-mana restoran untuk mereka makan tengah hari.

"Aysar nak balik terus ke?" Tanya Blade pada Aysar.

"Aysar nak ikut papa boleh? Kalau Aysar balik sekarang nanti mumma tanya macam-macam."

Blade angguk kecil. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Aysar. Qaisha masih tidak tahu tentang hal ini. Mereka anak beranak sudah sepakat tidak mahu Qaisha tahu tentang hal ini.

Steve duduk di sebelah pemandu memandangkan Aysar ada bersama mereka. Biasanya dia akan duduk di belakang pemandu jika mereka keluar beramai-ramai. Dia terlalu sibuk membuat kerja melalui Ipad.

"Aysar follow kitorang pergi office sekali ke?" Soal James pada Aysar yang duduk di sebelah Blade.

"Iyup, kenapa?"

James mengukir senyuman lebar.

"Yes, ada member! Nanti uncle nak ajak Aysar main game tau."

"Kau jangan nak ajar Aysar main game. Aysar ni budaknya baik bukan macam kau. Dah besar gajah pun main game, macam budak-budak." Kutuk Chann dengan selamba.

"Shut up you bitch. Aku cakap dengan Aysar bukan kau. Jadi, duduk diam-diam okey."

Bulat mata Chann.

"Bitch? Hey you, bastard man. Watch your mouth before i kick ur ass."

"Hah? What? I can't hear you." Berkerut-kerut wajah James seolah-olah tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Chann.

Aysar geleng kepala mendengar mereka berdua bergaduh mulut. Dia menyandarkan tubuhnya dengan selesa sebelum melentokkan kepalanya atas bahu Blade.

"Are you okay?" Tanya Blade lembut. Kepala Aysar diusap sayang.

Aysar angguk kecil.

"Nak lelap sekejap. Pening." Tuturnya perlahan sambil melelapkan matanya. Kepalanya terasa berat daripada tadi. Tidak perlu masa yang panjang, Aysar sudah pun lena.

"Ehemm..."

Chann dan James yang sedang bertengkar mulut terus terdiam apabila Blade menoleh memandang mereka berdua.

Blade meletakkan jari telunjuk di bibirnya menyuruh mereka berdua diam sambil mengerling ke arah Aysar.

"Opsss sorry..."

Chann dan James duduk diam. Namun, mata mereka saling jengkil menjengkil kerana masih tidak berpuas hati. Nak bersuara risau mereka terus bisu je Blade kerjakan mereka.

Elan yang melihat telatah mereka melalui cermin tersengih. Tahu takut.

"Weh, Misyah! Kau ada dengar cerita apa-apa tak?" Soal Adilah sebaik saja dia duduk di sebelah Misyah yang sedang menulis karangan. Dia baru je balik daripada tandas.

"Cerita apa? Ada gosip baru ke?" Soal Misyah dengan kening terangkat tanpa menoleh ke arah Adilah. Ideanya tengah mencurah-curah ni. Kalau dia berhenti menulis mesti hilang idea-ideanya ini.

"Ha'ah! Aku terdengar Aysar kena panggil dengan pengetua."

Tangan Misyah terus berhenti daripada menulis. Wajahnya terus dipaling menghadap Adilah.

"Hah? Kena panggil lagi?"

Adilah mengangguk laju.

"Iya weh. Aku rasa lah kan mesti kes haritu tak settle lagi sebab melibatkan bapak Adam. Kau tahu lah bapak Adam tu kan penyumbang besar dekat sekolah ni. Adam tu pula mesti dia gunakan bapak dia nak kenakan Aysar."

Wajah Misyah berkerut geram.

"Apa masalah mamat tu sampai nak libatkan bapak dia? Bapak dia pun satu, percaya je apa yang anak dia cakap. Tak reti nak selidik dulu." Tangannya digenggam kuat.

Panas pula hati dia dengar.

Eh eh bodoh amat itu orang.

Adilah menyandarkan tubuhnya pada kerusi plastiknya sambil berpeluk tubuh.

"Tapi kesian weh Aysar tu. Dia yang kena buli tup tup Adam pula play victim. Haih, kut ye pun cinta tak berbalas jangan lah sampai tahap aniaya anak orang." Keluh Adilah sambil geleng kepala. Dia mengerling Misyah yang diam membisu.

Tch, semua orang tahu lah punca Aysar kena buli dengan Adam. Dengan sikap Aysar yang pelik dan aneh tu lagi lah Aysar senang kena buli dengan pelajar-pelajar lain selain Adam.

Misyah memangku wajahnya. Matanya dipejam seketika. Cuba menenangkan hatinya yang tengah menggelegak panas. Ikutkan hati mahu saja dia menyerang Adam tapi dia tahu dia tak boleh nak buat apa-apa. Silap-silap dia yang kena dengan Adam disebabkan fizikal mereka jelas jauh berbeza. Lagi pula dia perempuan. Seni mempertahankan diri pun dia tak ada.

"Hmmm kesian ayang aku." Keluhnya panjang.

"Oh ya, ada lagi gosip yang tebih hangat! Kau kenal tak usahawan Steve Hendry?"

"Kenal lah. Gila ke tak kenal usahawan hensem tu. Hah kenapa pula dengan dia? Kahwin dua?"

"Otak kau kahwin dua, dia tu setia okey dengan bini dia."

Misyah sengih.

"Dah tu?"

"Tadi dia datang!"

"Hah? Iya iya je kau ni."

"Serius aku tak tipu. Kecoh gila dekat bilik guru diorang sembang pasal ni. Tak tahu lah apa urusan dia datang sekolah kita tapi yang lagi mengejutkan dia macam rapat dengan Aysar tau. Khabarnya Aysar tu keluarga dia. Hah!"

Ternganga Misyah dibuatnya. Matanya membulat tidak percaya.

Aysar dengan Steve Hendry keluarga? Biar kebenaran? Sumpah dia tak percaya.

"Tak percaya aku."

Baginya Aysar tu seperti bukan orang yang berada. Penampilannya langsung tidak menggambarkan Aysar anak orang kaya. Entah-entah tu kenalan ayah Aysar ke? Bos ayah Aysar ke kan? Itu dia percaya lah juga tapi keluarga? Memang susah dia nak percaya.

Aysar penuh dengan misteri.

"Aku pun susah nak percaya tapi itu yang diorang tengah hangat bercerita sekarang ni. Kelibat Adam pun takde. Dengar-dengar dia dah balik ikut bapak dia. Kalau betul Aysar tu ada hubungan darah dengan usahawan hensem tu perhhhh saingan kau lepas ni makin banyak weh. Budak-budak perempuan dah mula nak dekat-dekat dengan Aysar sejak kes Aysar sinsing lengan baju sekolah dia. Tambah lagi pasal benda ni makin lah Aysar digilai."

Misyah mencebik tapi tak lama dia bereaksi tenang. Buat apa dia nak risau kan?

"Kau ingat Aysar akan mudah tergoda? Macam yang aku cakap sebelum ni, Aysar bukan jenis melayan perempuan pun. Jadi, aku tak rasa tergugat langsung." Selama ni hanya dia sorang je yang berani tegur Aysar. Siap mengayat jejaka Turki tu lagi. Sikit pun Aysar tak melayan. Asyik jeling dia je tapi jelingan Aysar itu lah yang mencairkan hatinya, muehehehehe...

Rasa tak lengkap harinya tak ganggu lelaki itu. Agak-agak Aysar suka tak nasi goreng yang dia masak tu? Dia masak dengan penuh kasih sayang dan ditambah dengan perasa cinta.

Awwwhhhh gedik betul!

"Ceh, kau jangan berharap sangat dengan Aysar tu. Risau lah aku dengan kau ni. Angau sangat. Karang patah hati aku juga yang kena pujuk kau. Aku juga yang kena tengok muka sememeh kau bila menangis siap keluar hingus." Kata Adilah seraya bergurau.

"Ish kau ni jangan lah cakap macam tu. Cuba doa semoga Aysar tu betul-betul jadi suami aku nanti. Kita kena sabar. Sabar tu kan indah."

"Hmmm yelah, apa-apa pun fokus untuk SPM dulu. Lepas SPM kau nak pergi meroyan dekat Aysar pun aku tak halang. Lagi beberapa bulan je ni." Nasihatnya.

"Baik adik manisss... Dah dah jangan kacau aku buat kerja. Kau takde kerja ke nak buat?"

"Ada tapi malas nak buat. Nanti-nanti je lah."

Misyah geleng kepala.

Ish ish ishhh...

Kawan siapa entah.
















Continue Reading

You'll Also Like

112K 23.5K 71
Arc(9)-Arc(14)+Real World+Extra အာဏာရှင်ကုန်းvsနတ်ဘုရားရှို့
14.9K 359 9
What if everything Loki Laufeyson knew one day changed? What if Aella Lupin couldn't handle staying in the Wizarding World after her fathers passing...
187K 4.3K 30
𝐎𝐫𝐩𝐡𝐚𝐧𝐞𝐝 𝐚𝐭 𝐚 𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐞𝐚𝐫𝐥𝐲 𝐚𝐠𝐞, 𝐘/𝐧 𝐡𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐡𝐢𝐝𝐞 𝐡𝐢𝐬 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚𝐫𝐦 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫𝐬. 𝐁𝐮𝐭 𝐚𝐟𝐭𝐞𝐫...
824 138 5
tajuk sebenar belum ditetapkan. ni merupakan kisah mengenai lelaki misteri dalam Takluki Dia. hanya prolog hingga bab 10 saja akan di-publish.