LEE'S: HIS SAVIOUR | C | āœ”ļø

By RosieHaydar

364K 12.4K 274

1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi serib... More

šŸŒ¼ BAB 1
šŸŒ¼ BAB 2
šŸŒ¼ BAB 3
šŸŒ¼ BAB 4
šŸŒ¼ BAB 5
šŸŒ¼ BAB 6
šŸŒ¼ BAB 7
šŸŒ¼ BAB 8
šŸŒ¼ BAB 9
šŸŒ¼ BAB 10
šŸŒ¼ BAB 11
šŸŒ¼ BAB 12
šŸŒ¼ BAB 13
šŸŒ¼ BAB 14
šŸŒ¼ BAB 15
šŸŒ¼ BAB 16
šŸŒ¼ BAB 17
šŸŒ¼ BAB 18
šŸŒ¼ BAB 19
šŸŒ¼ BAB 20
šŸŒ¼ BAB 21
šŸŒ¼ BAB 22
šŸŒ¼ BAB 23
šŸŒ¼ BAB 24
šŸŒ¼ BAB 25
šŸ’ BAB 27
šŸ’ BAB 28
šŸ’ BAB 29
šŸ’ BAB 30
šŸ¤ BAB 31
šŸ¤ BAB 32
šŸ¤ BAB 33
šŸ¤ BAB 34 (M)
šŸ¤ BAB 35
šŸ¤ BAB 36
šŸ¤ BAB 37
šŸ¤ BAB 38
šŸ¤ BAB 39
šŸ¤ BAB 40
šŸ¤ BAB 41
šŸ¤ BAB 42
šŸ¤ BAB 43
šŸ¤ BAB 44
šŸ¤ BAB 45 (M)
šŸ¤ BAB 46
šŸ¤ BAB 47
šŸ¤ BAB 48
šŸ¤ BAB 49
šŸ¤ BAB 50
šŸ¤ BAB 51
šŸ¤ BAB 52
šŸ¤ BAB 53
šŸ¤ BAB 54
šŸ¤ BAB 55
šŸ¤ BAB 56
šŸ¤ BAB 57
šŸ¤ BAB 58
šŸ¤ BAB 59
šŸ¤ BAB 60
šŸ¤ BAB 61
šŸ¤ BAB 62
šŸ¤ BAB 63
šŸ¤ BAB 64
šŸ¤ THE END šŸ¤
āœØ SPECIAL CHAPTER I
āœØ SPECIAL CHAPTER II
āœØ SPECIAL CHAPTER III
āœØ SPECIAL CHAPTER IV
āœØ SPECIAL CHAPTER V
āœØ SPECIAL CHAPTER VI - END

šŸ’ BAB 26

5.6K 191 6
By RosieHaydar

Kelihatan sibuk keluarga, jiran dan saudara-mara dari belah Aryssa bertandang dan berkumpul di bawah khemah dan ruang tamu bersembang sesama mereka sementara menanti majlis akad nikah Aryssa dan Ku Adlee sebentar lagi.

"Assalamualaikum!" Eleanor memberi salam di pintu masuk rumah Aryssa.

"Waalaikumussalam. Lea, masuklah. Kakak aku ada dekat dalam tu. Tengah bersiap," jawab Arif Aihan menyambut Eleanor di muka pintu.

"Warna rambut kau dah lain," auto keluar komen dari mulut Aihan.

"Err, saya dah tukar ke warna rambut asal saya. Boring warna hitam merah tu," tersengih Eleanor menjawab.

"Ni warna asal rambut kau? Cantik..." merah wajah Eleanor apabila dipuji depan-depan begitu.

"Thanks Han. Saya masuk dulu. Nanti bebel Ryss saya sampai lambat."

"Oh, masuk lah," jemput Aihan. Terpegun dia melihat wajah bersih Eleanor yang hanya berbedak nipis, dengan mata hazelnya, rambut beralun cantik berwarna brunette separas pinggangnya. Kepala ditutupi selendang nipis berwarna hitam menutup separuh rambutnya.

"Girlfriend kamu ke Han?" tanya Nek Mi jiran sebelah rumahnya.

"Eh, tak lah Nek Mi. Kawan Aara tu," jawab Aihan.

'Aiseh Nek Mi ni. Nasib tanya lepas minah tu masuk bilik Aara,' getus hati Aihan.

"Ooo, ingat ke girlfriend kamu. Lawo muka dia. Macam omputeh pun ada sekali nengok. Tu bukan ke yang selalu naik superbike tu?"

"Ha iya lah, yang selalu naik superbike tu. Tapi hari ni dia datang dengan kereta. Mana maunya naik superbike dengan berbaju kebaya," jawab Aihan dengan suara kepit sambil menampar lembut bahu Nek Mi ala ala nyah bergosip.

Terkekek-kekek mak cik-mak cik di ruang tamu ketawa melihat telatah Aihan melayan Nek Mi.


"Ryss!!! Cantik gila kau!" jerit kecil Eleanor.

"Cantik kan? Akak geram betul dengan dagu belah kau ni. Macam dagu Siti Nurhaliza. Lawa!" terketap-ketap gigi mak andam di hadapan Aryssa sambil memegang dagu Aryssa geram.

"Alah, melampau la samakan dengan Siti Nurhaliza," jeling Aryssa.

"Dagu je sama, yang lain tu cantik sesuai dekat muka kau. Sebab tu akak tak make up heavy sangat. Dah cantik semula jadi kau ni. Mata pun tak payah pakai lens. Cantik dah coklat bersinar macam tu," ujar Mak Andam sambil membetulkan sedikit veil di kepala Aryssa.

"Ni mata import dari ayah saya," jelas Aryssa bangga.

"Untungnya Ku Adlee Raiz dapat isteri cantik macam Aara sayang. Dah lah cantik, baik, sopan santun, pandai masak, pandai buat kek." Kedengaran suara Arian di balik pintu yang sudah terbuka itu sambil memandang anaknya yang sudah cantik bersiap.

"Ayah..." mencebik bibir Aryssa dan mendepakan tangan untuk memeluk ayahnya di muka pintu itu.

"Lepas ni kena tambah skill lain pulak tau," kata Arian. Tersenyum melihat wajah cantik satu-satunya anak dara dia dan Sofiyah.

"Skill apa pulak tu ayah?"

"Skill layan suami, skill manja dengan suami, skill bagi umi ayah cucu...' meleret senyum Arian sengaja mengusik.

Tajam jelingan Aryssa pada ayahnya. Seram betul sebut-sebut cucu ni.

Eleanor dan Mak Andam sudah bermain mata mengajak masing-masing untuk keluar dari bilik bagi memberi peluang pada Arian dan Aryssa berbual. Sempat Mak Andam melirik pada wajah Arian lalu menyiku lengan Eleanor.

"Eh betul lah, mata ayah Aryssa pun warna coklat! Keturunan apa diorang ni?" berkerut dahi Mak Andam memandang Eleanor.

"Lah, warna mata kau pun lain," ternganga Mak Andam melihat mata hazel Eleanor. Tergelak Eleanor melihat Mak Andam sudah tercengang di sebelah memandangnya.

'Apa lah yang dihebohkan dengan warna mata orang entah mak cik ni,' getus hati Eleanor. Geli hatinya.


"Ayah, Aara keliru. Betul ke tindakan Aara ni? Aara rasa Aara terburu-buru terima Adlee. Betul ke Ad sayang Aara?"

"Kenapa fikir macam tu? Adlee tak pernah cakap ke dekat Aara perasaan dia?" soal Arian. Aryssa berfikir-fikir. Dia sendiri tak pasti. Sering Ku Adlee memanggilnya sayang. Tapi betul ke lelaki itu memaksudkan?

"Ayah kenal Ku Adlee tu. Dia jarang nak ungkap apa dia rasa. He shows through his act. Not words. I'm very confident, you will fall for him. Even harder, sayang," sambung Arian.

Diam Aryssa mendengar kata-kata ayahnya. Anak mata coklat milik Arian ditenung sedalamnya. Mencari kebenaran kata-kata itu. Cuba yakinkan diri untuk terima apa yang akan berlaku selepas ini.

"Aara rasa macam mana? Ada rasa sayang dekat dia?" soal Arian. Aryssa mengangguk.

"Aara ada rasa cinta dekat dia?" Arian bertanya lagi. Aryssa hanya diam. Dia sendiri tidak tahu apa beza cinta dan sayang.

"Selalunya bila dah sayang, cinta tu akan datang dengan mudah. Depends apa hubungan kita dengan orang tu. Kalau Aara ada rasa sayang, rasa rindu walau dia ada di depan mata, rasa takut akan kehilangan dia, itu semua tanda cinta," padat tapi ringkas penjelasan Arian.

"I love you ayah."

"Aik, cakap dekat ayah pulak? Nanti cakap dekat suami macam tu tau."

"Iya lah, dah Aara rasa semua tu dekat ayah. Maknanya Aara love you lah ayah," tergelak Arian dengan balasan Aryssa. Dicubit pipi Aryssa geram.

"Ya Allah dekat sini dua beranak ni. Jom cepat pihak lelaki dah sampai tu. Aara get ready sayang," pesan Sofiyah lembut.


Kelihatan segak Ku Adlee dengan berbaju melayu berwarna off white sedang duduk bersila di hadapan Arian yang juga segak berbaju melayu.

"Aku terima nikahnya Aara Aryssa Binti Arian dengan mas kahwin RM30,000 ringgit tunai" lancar dan tenang Ku Adlee Raiz melafazkan akad. Sah. Sah.

Terkebil-kebil Aryssa tidak percaya sepantas itu dia telah menjadi isteri pada Ku Adlee Raiz. Khusyuk Aryssa menadah tangan menyambut doa yang dibaca.

"Ryss, doa habis dah. Sarung cincin." Tersentak Aryssa dari lamunan.

Perlahan Ku Adlee duduk di sebelah Aryssa dan tersenyum manis. Bergetar tulang rusuk oi tengok bini lawa nak mampus.

"Hah, apa lagi! Cium!" serentak Aihan dan Arian jerit sambil memegang kamera mahu merakam moment mereka di pelamin. Pantas Sofiyah mencubit suami dan anak lelakinya itu. Bikin malu dua beranak ni lah!

Merah padam wajah Aryssa. Tajam telinga mendengar usikan dari adik dan ayahnya.

"Assalamualaikum Aara sayang."

"Waalaikumussalam Ad."

Buat pertama kali Ku Adlee meraih jari halus Aryssa dan menyarungkan cincin.

Setelah itu, Aryssa pula menyarungkan cincin di jemari kasar milik Ku Adlee sambil tersenyum manis lalu menunduk dan mencium tangan suaminya itu.

Terasa kepalanya diusap lembut oleh Ku Adlee. Entah kenapa debaran di dada seperti mahu meletup. Mungkin kerana mereka tidak pernah serapat ini sebelum nikah.

Selesai sahaja proses batal air sembahyang, para tetamu sudah mula sibuk mahu bergambar. Ada juga yang dijemput untuk makan di bawah khemah.

Terasa tangan Ku Adlee melingkar di pinggang Aryssa lantas berbisik.

"I want to answer your question last time."

"What question?" bisik Aryssa kembali.

"Who you are to me..." Aryssa menoleh ke arah Ku Adlee di sebelah. Terjongket keningnya ingin tahu.

"You're my wife. My one and only girl that stole my heart." Terasa panas wajah Aryssa mendengar pengakuan dari Ku Adlee. Lama mata Aryssa merenung ke dalam mata hitam suaminya itu.

"Aara, jangan pandang aku macam tu. Iman aku nipis sesejak dah nikah ni."

"So–sorry,' lalu Aryssa mengalih pandangan ke hadapan.

"Amboi, nanti-nanti lah nak sweet sweet pun. Ramai nak bergambar ni. Macam nak terkeluar biji mata tu tenung bini," tegur Kamilah.

"Bini lawa, kita tenung la mama," selamba jawapan Ku Adlee. Tangannya sibuk mengelus lembut pinggang isteri di sebelah yang keras terkejut dengan tindakannya.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 289K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
770K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
120K 5.5K 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarg...