Destiny's will

Av waa_naaa

1.2K 116 2

Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama se... Mer

bab 1
bab 2
bab3
bab4
bab5
bab7
bab8
bab9
bab10
bab11
bab12
bab 13
bab14
bab15
bab16
bab17
bab18
bab19

bab6

55 6 0
Av waa_naaa

Pagi Sabtu itu Jelita berasa segar sahaja . Mana taknya semalam seharian dia tidur di rumah . "Ah , selamat pagi dunia ."

Langsir biliknya diselak , mata yang tadi terbuka luas kembali mengecil apabila cahaya matahari menyapa koklea mata . Perlahan - lahan mata nya di buka semula .

"Adam pasti belum bangun ni . " Bibirnya terukir sebuah senyuman .

" Wah , mummy Julia dan daddy Ardi dah balik la . Rindunya dekat diorang ." ujar Jelita apabila ternampak kereta Dato' Ardi di garaj kereta.

Jelita berlari ke bilik air dan bersiap . Tidak sabar mahu jumpa mummy Julia .

" Eh Jelita nak pergi mana tu . Kamu tu dah sihat ke ? ." Puan Suha menegur anaknya yang sedang berlari turun tangga , semalam bukan main anak gadisnya itu merengek demam harini kemain boleh berlari .

" Jelita dah sihat bonda , tadi Jelita nampak kereta daddy Ardi dekat garaj . Mereka mesti sudah balik . Jelita rindu mummy Julia . " Jawab Jelita tergesa - gesa .

" Kot ya pun rindu mummy Julia , mari sini breakfast dulu . "

" Jelita nak breakfast rumah Adam la bonda , harini mesti mummy Julia masak . "

" Ish kamu ni Jelita . Kamu pergi rumah Adam tu jangan susahkan mummy dan daddy ya . Mereka tu baru balik mesti penat tak hilang lagi ."

"Baiklah bonda . Jelita pergi dulu ."

" Haih tengok la anak dara awak tu abang , tak nak berenggang dengan Julia ."

"Biarlah dia Suha , elok juga kita berdua saja di rumah ni ."

" Ish awak ni abang ke situ pulak , tak padan dengan tua ." Bahu suaminya ditepuk .

" Mummyyyyyyyy . " Jelita mendapatkan Datin Julia dan memeluknya dari belakang .

" Ya Allah Jelita , terkejut mummy tau ."

" Eh kau ni , salam pon takda terus masuk rumah je kan . " Adam menyindir Jelita

" Biarlah aku , aku rindukan mummy Julia , kau tahu apa ?" Tubuh Datin Julia kembali didakapnya .

" Kamu dah sihat ke Jelita , Adam kata kamu demam semalam . Harini dia mintak mummy ajarkan buat bubur ayam untuk kamu ."

" Jelita dah sihat dah mummy , maybe sebab mummy balik kot , Jelita terus sihat  . Aaaaa i miss you so much mummy ."

" Kalau macam tu kita tukar menu jadi bihun sup la . Itukan your favourite ."  Hidung mancung Jelita dicuit .

"Betul ke kau dah sihat sini dahi kau ." Adam meletakkan tapak tangannya di atas dahi Jelita apabila sudah memastikan badan demam gadis itu sudah reda , dia menjentik dahinya si Jelita

" Aduh Adam sakit lah ." Dahinya diusap berharap sakitnya hilang

" Kau ni memang suka cari pasal kan ." Rambut Adam ditarik sekuat hati .

" Jelita , Adam ."  Dato' Ardi menegur .

" Daddy tolong abang daddy , Jelita tarik rambut abang ni , sakit ." Adam cuba meminta pertolongan dari daddynya .

" Mesti kamu tu yang kacau Jelita dulu ." Masak benar dengan perangai anak tunggalnya itu . Sehari kalau tidak kacau si Jelita tidak aman hidupnya .

Puas hati akan kata - kata Dato' Ardi , Jelita melepaskan rambut Adam . " Padan muka kau , daddy sayang aku bukan kau ."

" Eleh kau , itu daddy aku la ." 

" Sudahla tu , Jelita dan Adam pergi lah duduk di depan . Mummy nak buat breakfast dulu " .



Selesai sahaja breakfast , mereka berempat duduk di ruang tamu .

" Adam jom pergi tengok wayang harini . Ada cerita hantu baru keluar . " Jelita mengajak Adam .

" Harini tak boleh la Jelita . Aku dah plan dengan Syahida nak ajar kan dia addmath."

" Ala Adam , kan setiap hari Sabtu kita akan keluar ."  muncungnya ditarik

" Sorry Jelita , i thought kau demam lagi harini . Syahida minta aku ajarkan , Selasa depan kitorang ada test . Next week kita pergi okay ?" Adam cuba memujuk Jelita . Tidak sampai melihat mulut muncungnya itu .

" Takpa lah Adam . Kau orang study di mana ? Rumah kau ke ? ."

" Haah , lepas zohor nanti Syahida datang sini ."

" Okaylah aku balik dulu la Adam ." Jelita meminta diri

Patung beruang pemberian Adam di tumbuk - tumbuk . " Ish kau ni Adam , semalam aku dah la terperuk je dekat rumah . Takkan la hari ini aku nak terperuk lagi dekat rumah ."

Tingggg

Seperti ada mentol yang menyala di atas kepala nya , Jelita tersenyum sinis . " Ha aku tau nak buat apa ."

Selepas zohor , Jelita bergegas ke rumah Adam sambil membawa kerja sekolah nya . Pintu rumah Adam ditolak . Sudah biasa dari kecil , jika mahu ke rumah Adam , dia tidak akan memberi salam . Main masuk sahaja rumah Adam seperti rumah itu dia yang punya .

" Eh Jelita , kau buat apa dekat sini ?" hairan Adam bila nampak Jelita masuk ke rumahnya dengan buku - buku penuh dipeluk didadanya .

" Aku nak study dengan korang lah . Kan aku tak datang sekolah haritu , homework aku banyak tau ."

" Eh , kau tu bukannya ambik subjek Addmath pon , kitorang nak study addmath hari ini ."

" Alah tak mengapa lah Adam , kau orang buat lah addmath tu , aku study math , aku takkan kacau kau orang punya ."

" Ya lah ikut suka hati kau la Jelita ." budak itu degil , kalau dia bantah sekali pon Jelita tidak akan pulang .

" Adam yang ini macam mana ? Aku tak faham la daripada tadi aku buat tak dapat jawapan ."

" Soalan yang mana Jelita ? Pelik aku kau ni . Biasanya soalan math tak pernah kau tak boleh buat . Kau demam lagi ke ?" dahi Jelita di raba , suhunya biasa sahaja .

" Entahla , aku tak dapat la jawapan dia , kau tolong ajar aku kejap ."

Syahida di sebelah Adam hanya menjeling pasangan itu . Jelita ni dah kenapa daripada tadi asyik kacau Adam . Sepatutnya hari ini dia berdua sahaja dengan Adam . Bukannya dia tidak tahu Jelita itu merupakan anak murid kesayangan  Cikgu Jamilah . Jelita sentiasa skor dalam peperiksaan math nya sehingga kan dia dijadikan mentor di kelasnya .

" Ish Jelita ni kacau daun betul lah . Ingat senang ke aku nak datang rumah minta Adam ajarkan addmath . Kebiasaanya di tolak oleh Adam ." monolog Syahida . Geram apabila Adam hanya memberi fokus kepada Jelita padahal tujuan asalnya mahu study bersamanya , bukan Jelita .

" Ah dapat pun jawapan nya . Thanks Adam , kau memang terbaik ." Jelita sengih sahaja . Bukan nya dia tidak dapat menjawab soalan math itu . Baginya soalan itu mudah sahaja . Dia cuma geramkan si Syahida yang seperti sengaja menarik perhatian Adam .  Pantang sahaja dia berborak dengan Adam , Syahida akan bertanyakan soalan .

" Aku mengantuk la Adam . Nanti kau dah siap kau kejut la aku ." Jelita meletakkan kepalanya di atas meja .

" Apa kata kalau awak mengantuk , awak balik sahaja ke rumah . Mesti sakit leher nanti kalau awak tidur di sini ." Syahida menyampuk

Jelita terus menegakkan kepala nya . Matanya dipicingkan ke arah Syahida . " Eh budak ni sengaja la tu nak berdua dengan Adam . Kau ingat aku nak bagi chance ke dekat kau ."  kata - kata tu hanya dibicara dalam hati sahaja .

" Tidak mengapa lah Syahida , saya dah biasa dekat rumah Adam ni . Kalau nak tidur dalam bilik Adam pun boleh ."

Automatik terbeliak mata si Adam . Buang tabiat ke si Jelita ni . Sejak mereka meningkat dewasa , Jelita tidak pernah tidur di biliknya . Kalau ibu bapa Jelita tiada di rumah pun , Jelita pasti akan tidur di bilik tetamu .

Syahida hanya merenung Jelita dengan riak wajah yang agak marah . Jelita seperti sengaja mahu membuatnya cemburu . Tidak kurang juga Jelita .

Adam yang melihat dua gadis saling merenung itu mula berasa hairan .

" Jelita kau tidur la dekat sofa tu dulu , nanti aku kejut kau ."

" Okay Adam ." Senyuman paling lebar diberikan kepada Adam , apabila terpandang Syahida terus dijelingnya .

Jelita dan Syahida memang tidak rapat . Mereka berlainan kelas . Lebih - lebih lagi mereka kenal  pada zaman sekolah menengah itu pun kerana Syahida sekelas dengan Adam . Tidak seperti Aniq dan Hana . Mereka berempat bersahabat sejak sekolah rendah lagi .

" Okaylah Adam , saya balik dahulu , kakak saya dah sampai . Kita jumpa hari Isnin nanti ya ."
Syahida meminta diri . Kakaknya sudah sampai untuk menjemputnya pulang .

" Okay ."

Jelita yang dengar itu hanya pura - pura menyambung tidur .

Adam mendekati Jelita . " Haih kau ni Jelita , tidur pun cantik ." kepala Jelita diusap sayang . Adam bangun lalu bergerak menuju ke biliknya . Biarkan lah si Jelita tu . Nanti dia bangun pandai - pandai la dia balik .

Apabila derapan tapak kaki Adam tidak lagi kedengaran , Jelita mencelikkan matanya . Dia memegang pipi nya yang berasa panas . Darah mesti sudah menyerbu ke pipinya . Jelita tersenyum menampakkan susunan giginya yang cantik itu .

Fortsett Γ₯ les

You'll Also Like

3.7K 256 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "π‘Ύπ’‚π’‰π’‚π’Š π’‚π’…π’Šπ’“π’‚π’•π’π’‚, π’”π’Šπ’π’‚π’“ π’“π’π’Žπ’‚π’π’Žπ’– π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’–π’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’”π’Šπ’‚π’‘π’‚ 𝒔𝒂𝒋𝒂 π’šπ’‚π’π’ˆ...
13.4K 738 103
Tak semua kisah hidup gembira. Tapi aku juga tak nafikan bahagia itu tak wujud. Ada, cuma tersimpan rapat tanpa pengetahuan sesiapa. Namun bagi aku...
276 22 5
Terbitan K-Lit - Karangkraf @ PBAKL 2024 Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut - sebua...
7.3K 168 6
Info maklumat berdasarkan Akhzaman Blogspot