His Love [C]

Von singlelove_

419K 17.9K 698

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... Mehr

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 13

6.5K 336 18
Von singlelove_

Laju langkah Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim melangkah masuk ke dalam Jabatan Agama Islam selepas mendapat panggilan yang Tasneem ditangkap berkhalwat dengan Malique di butik.

Terkejut Dato Sri Taarif ketika mendapat berita itu. Langsung dia berlari keluar dari bilik kerjanya dan menuruni tangga dengan keadaan kelam kabut.

Bila turun di bawah, dia melihat isteri dan anaknya sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Terus dia mengajak isteri dan anaknya itu. Di dalam kereta baru lah Dato Sri Taarif menceritakan segalanya.

Hampir Datin Sri Zarina ingin mendapat penyakit jantung. Mustaqim pula sudah terdiam. Langsung takda sepatah perkataan yang keluar dari mulut Mustaqim.

Masuk saja, langsung Dato Sri Taarif dapat menangkap dua susuk tubuh yang sedang duduk di kerusi. Yang perempuan tengah menunduk sambil menangis. Yang lelaki pula tengah duduk dengan riak kerisauan.

Laju langkah Dato Sri Taarif mendekati Tasneem dan Malique. Datin Sri Zarina dan Mustaqim mengekori langkah Dato Sri Taarif.

Tasneem mengangkat wajahnya saat mendengar derapan bunyi kaki. Malique pun sama. Lantas Tasneem bangun dan berjalan menghampiri papa nya.

Tanpa Tasneem sempat membuat apa-apa. Dato Sri Taarif terus menampar wajah anak perempuannya itu. Terteleng wajah Tasneem ke kanan. Datin Sri Zarina, Mustaqim dan Malique terus terkejut dengan tindakan Dato Sri Taarif barusan.

Datin Sri Zarina terus meluru ke arah Tasneem. Dipandang wajah suaminya sekejap.

"Apa abang buat ni?" Tanya Datin Sri Zarina dengan tidak percaya. Dipeluk Tasneem seraya menggosok belakang Tasneem bagai menenangkan.

Tasneem sudah tersedu-sedu menangis di pelukan Datin Sri Zarina.

"Budak ni dah memalukan abang. Dah lah tak bagitahu yang dia ke butik seorang diri. Tahu-tahu je kena tangkap khalwat." Tegas suara Dato Sri Taarif. Dipandang sekilas anaknya yang berada di pelukan isterinya itu.

"Aneem minta maaf, pa.. Aneem tahu Aneem salah. Tapi Aneem tak salah. Aneem tak tahu siapa yang buat Aneem macam ni.. Malique datang butik sebab nak bantu Aneem. Aneem sesak nafas sebab butik gelap." Jelas Tasneem takut-takut.

Dia melepaskan pelukan Datin Sri Zarina. Selepas itu, Tasneem berpusing menghadap Dato Sri Taarif. Wajahnya masih menunduk. Dia berjalan merapati papa nya.

Malique seakan mahu mendekati Tasneem tapi Mustaqim menahan. Malique memandang Mustaqim yang menggelengkan kepalanya perlahan.

Malique diam. Dia berdiri di tempatnya semula. Dipandang Tasneem dan Dato Sri Taarif. Lagi-lagi Tasneem.

"Pa.." Tasneem mengangkat wajahnya merenung Dato Sri Taarif. Sayu suaranya memanggil papa nya.

"Aneem minta ampun sebab dah malukan papa. Aneem berani bersumpah ini bukan salah Aneem." Pinta Tasneem dengan air mata mengalir laju turun ke pipi. Dia merenung wajahnya papa dengan penuh harapan agar Dato Sri Taarif percaya kepadanya.

Tajam mata Dato Sri Taarif membalas renungan anaknya. Selepas itu, matanya digerakkan memandang Malique.

"Papa nak korang kahwin." Terkejut Tasneem dan Malique saat mendengar arahan Dato Sri Taarif.

"Tapi, pa.." Dato Sri Taarif lagi pantas memotong.

"Ini bukan permintaan. Tapi arahan. Aneem nak malukan papa lagi ke?" Menggeleng Tasneem tidak mahu.

"Jadi, kahwin."

"Dato." Sampuk Malique yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dato Sri Taarif menunggu Malique menyambung kata-katanya.

"Saya dan Tasneem tak bersalah. Saya lagi sanggup bayar denda dari berkahwin dengan keadaan Tasneem yang terpaksa." Ujar Malique selari memandang Tasneem sekejap.

"Kahwin. Keputusan saya muktamad." Sejurus itu, Dato Sri Taarif berlalu pergi. Dia mendekati seorang lelaki yang dari tadi melihat perbalahan mereka sekeluarga.

Dato Sri Taarif ingin menyelesaikan urusan perkahwinan antara Malique dan Tasneem pada malam itu juga.

"Umi.." Tasneem langsung memeluk Datin Sri Zarina. Datin Sri Zarina membalas pelukan anaknya dan dikucup tepi kepala Tasneem.

Malique sudah terduduk di kerusi. Manakala Mustaqim diam sambil berdiri di belakang umi dan kakaknya.

~~~~~~~~~~

Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina duduk di sofa sambil menunggu Tasneem dan Malique. Mereka berdua selamat diijabkabul sebagai suami dan isteri sejam yang lepas.

Tasneem mengikut Malique menaiki superbike. Pada awalnya Datin Sri Zarina melarang. Takut anaknya itu kenapa-kenapa. Tetapi Dato Sri Taarif membiarkan saja. Ditarik tangan isterinya untuk pergi.

Mustaqim pula di dapur. Dia mengambilkan air sejuk buat umi dan papanya.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kedengaran bunyi deruman motor di luar rumah.

"Sampai dah." Kata Dato Sri Taarif.

"Abang jangan marah-marah. Liq dan Aneem tak salah. Abang kena ingat yang abang kena jaga kesihatan. Kalau tidak, darah tinggi abang naik lagi." Pesan Datin Sri Zarina dengan nada lembut.

Mustaqim yang baru melangkah masuk ruang tamu terus meletakkan air yang diambil tadi di atas meja.

Tak lama kemudian, Malique dan Tasneem masuk ke dalam rumah. Tasneem menundukkan wajahnya. Malique setia memegang tangan isterinya.

Isteri?

Wahhh.. dah ada isteri.

Malique melihat di ruang tamu sudah ada Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim yang menunggu mereka. Lantas Malique menarik tangan isterinya dan didekati umi dan papanya.

Datin Sri Zarina senyap memeharti Malique. Dia sudah tahu siapa Malique. Menangis Datin Sri Zarina selepas mendengar nama penuh Malique. Dipeluk Malique sepuas-puasnya.

Baru saja Malique ingin menyalam tangan Dato Sri Taarif. Dato Sri Taarif bersuara dengan tegas.

"Duduk." Arahnya tanpa memandang Malique dan Tasneem.

Tanpa bantahan, Malique dan Tasneem duduk di sofa kembar yang berhadapan dengan Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina. Dipandang sekejap wajah uminya dan mengukirkan senyuman nipis buat Datin Sri Zarina. Tangan Tasneem masih digenggam dengan erat.

"Aneem.." Seru Dato Sri Taarif.

Tasneem memanggungkan kepalanya memandang Dato Sri Taarif.

"Papa minta maaf sebab tampar Aneem." Pinta Dato Sri Taarif dengan ikhlas. Jujur dia katakan yang dia menyesal selepas menampar wajah anaknya.

Berkaca mata Tasneem jadinya bila mendengar perkataan maaf dari Dato Sri Taarif. Dia mengenggam tangan Malique dengan lebih erat. Berpaling Malique memandang isterinya itu.

"A-Aneem min-minta maaf j-juga, papa.." Lirih suara Tasneem memohon maaf dari Dato Sri Taarif.

Tangan Malique naik mengesat air mata Tasneem di pipi. Tersenyum kecil dia melihat isterinya menangis. Selepas itu, belakang badan Tasneem digosok perlahan bagai menenangkan gadis itu.

"Papa marah. Tapi papa bersyukur. Dengan cara macam ni, umi boleh tahu siapa Malique sekarang. Keluarga kita dah lengkap." Ujar Dato Sri Taarif sambil merenung wajah anak dan anak tiri yang telah naik pangkat menjadi menantu bersilih ganti.

Menoleh Tasneem merenung suaminya. Dia sendiri pun terkejut selepas mendapat tahu yang Malique ini ialah abang tirinya. Dan sekarang sudah pun menjadi suaminya. Mustaqim jangan kata lah. Dari awal dia tahu sampai sekarang langsung tak bercakap.

Bukan dia tak suka. Cumanya masih dalam keadaan terkejut.

"Umi." Panggil Tasneem dengan manja.

"Ya, anak umi." Sahut Datin Sri Zarina. Cebik bibir Tasneem.

"Umi dah ada anak lain." Kata Tasneem dengan wajah sedihnya.

Terletus tawa Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina. Ada pula macam tu. Ini mesti Tasneem ingat kalau Malique ada mesti Datin Sri Zarina dah tak sayang dia.

"Aneem tetap anak umi. Aliq pun anak umi. Cuma umi kecewa sebab Aliq tak jujur." Dipandang wajah anak sulungnya.

Malique turut sama merenung wajah Datin Sri Zarina. Tiba-tiba, matanya bergenang. Lantas dia bangun dan mendekati Datin Sri Zarina. Setelah itu, Malique duduk berlutut di hadapan Datin Sri Zarina.

Dipegang kedua tangan tua itu dan dikucup penuh sayang dan hormat. Lama dia mencium tangan Datin Sri Zarina sehingga air matanya jatuh setitis di tangan uminya.

Datin Sri Zarina mengusap kepala anaknya. Dikucup kepala Malique sekejap. Tasneem memandang saja suami dan uminya. Mustaqim pula sudah bangun dan mendekati umi dan abangnya.

Sesudah itu, dia duduk di tepi umi dan abangnya. Tasneem bangun dan duduk di hadapan Dato Sri Taarif. Dipegang tangan Dato Sri Taarif dan dikucup penuh hormat.

"Aneem minta ampun, papa." Ucap Tasneem perlahan.

"Papa sentiasa ampunkan anak papa." Diusap lembut kepala anaknya.

Malique mengangkat wajahnya. Habis comot muka dia dengan air mata. Malique mengesat wajahnya. Dipandang redup wajah tua Datin Sri Zarina. Dah lama dia mahu memeluk dan menyalam Datin Sri Zarina. Kali ini, dia dapat juga.

"Aliq rindu umi.. rindu sangat.." Adu Malique manja. Datin Sri Zarina menekup kedua pipi Malique dan diusap lembut. Selepas itu, Datin Sri Zarina mencium dahi Malique sekejap.

"Umi pun rindu anak umi. Alhamdulillah.. sekarang umi jumpa anak umi." Berlinang air mata Datin Sri Zarina.

"Family hug." Sampuk Mustaqim sambil mendepakan tangan. Dia dah bersedia nak berpeluk ni.

Tergelak kecil Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina, Tasneem dan Malique. Lantas mereka berempat bangun dan membuat family hug. Sempat Malique mengucup puncak kepala Tasneem.

Tasneem mendongak memandang suaminya. Dia mengukirkan senyuman manis buat sang suami.


Tbc..

🥰🥰🥰

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

380K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
329K 9.2K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
486K 20.1K 76
°1 ST BORN° TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat sep...