Hati Untuk dia

By K7Ra_c

1.1K 71 42

Aleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak puny... More

Prolog
Sequel - Hati Untuk Dia
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12

Bab 6

56 6 7
By K7Ra_c

WAJAH manis Aleeya yang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan abangnya, Ameer dipandang dari jauh. Kata-kata King Z semasa dia sedang menjalankan soal siat kembali bermain diingatannya.

"I don't think you know the real her, Inspector?" King Z tersenyum sinis. Sengaja ingin menduga lelaki berwajah serius di hadapannya itu.

Berubah wajah Iskandar dengan kata-kata King Z. Dia yang mahu membuat soal siasat. Tetapi, sebaliknya pula yang terjadi.

"Siapa? Dan apa maksud kau?" Soal Iskandar berkata debar.

"Your fiancee," King Z berbisik di telinga Iskandar.

"She had a dark aura around her. I'm pretty sure, she's special." King Z berkata lagi. Suka dia melihat reaksi Iskandar itu. Lagi-lagi dia mendapat tahu wanita yang pernah menjadi tebusannya itu adalah tunang pada lelaki itu.  King Z berkata lagi. Suka dia melihat reaksi Iskandar.

"Bull shit!" Iskandar menghentak meja kuat. Dia tidak mahu termakan dengan hasutan King Z yang jelas mahu bermain-main dengannya dan melengahkan siasatan.

King Z tertawa lagi. "She had a dark secret."

"Awak..."

"Awak..." Aleeya melayang-layangkan tangan di hadapan muka Iskandar yang berdiri pegun.

Wajah Aleeya betul-betul di hadapan wajahnya membuatkan dia menarik nafasnya sebelum menghembus perlahan. Segala yang dikatakan King Z membuatkan dia terfikir-fikir.

Dark secret? Apa maksud Z? Iskandar berbisik dalam hati. Jika diikutkan hati dan perasaan mahu sahaja dia terus menyoal Aleeya. Tetapi, dia tahu itu semua tiada gunanya. Kerana dia tahu dia tidak akan pernah dapat jawapan dari mulut Aleeya sendiri.

Memang benar dia tidak cukup kenal Aleeya. Tetapi, masakan dia tidak tahu perihal rahsia hitam yang dimaksudkan King Z? Lagipula Aleeya kelihatan gadis sopan biasa yang tidak bercampur ramai orang. Bukan tipikal gadis liar seperti gadis lain.

Entah mengapa terdetik rasa menyesal kerana tidak mengenali Aleeya sebenar-benarnya. Kini dia berasa King Z lebih mengenali tunangnya berbanding dirinya sendiri.

"Awak..." perlahan bahu Iskandar disentuh lembut.

"Ya... ya..." Iskandar melakar segaris senyuman.

"Awak okey tak ni? Saya tengok daripada tadi tercegat berdiri dekat luar dewan ni kenapa? Nak jadi penyambut tetamu ke?" Sempat Aleeya berseloroh.

Iskandar membuat muka. "Sangatlah!"

"Tak ada apa, saja tengah fikir lepas ni giliran kita pula dekat depan sana."

Aleeya mengerutkan dahi memandang wajah Iskandar yang jelas pelik baginya. Gaya dari kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar bagai teruja dengan majlis yang bakal diadakan. Walhal dirinya hanya pengantin ganti. Aneh! Dasar aneh!

"Tak payah buat muka pelik awak tu Aleeya." Terus dahi Aleeya dijentik.

"Hei, sakitlah!" Aleeya mencebik seraya tangannya menggosok dahinya yang kemerahan.

"Alamak! Maaf... maaf... tak sengaja terkuat." Terus dagu Aleeya ditarik menghadapnya sebelum meniup lembut. Lupa pada dirinya jika jentik anak buahnya memang berbekas dahi mereka.

"Sorry..."

Tindakan tidak langsung Iskandar membuatkan tubuh Aleeya kaku. Tidak pernah dia sedekat ini dengan lelaki yang bukan ajnabi. Malah sikap prihatin lelaki itu benar-benar membuatkan jantungnya berdegup pantas.

"Amboi... bakal pengantin ni sweet benar dia." Adilah tersenyum mengusik. Suka pula dia melihat bakal kakak ipar dan abangya seperti itu.

"Jangan risau majlis kakak dan abang berdua tak lama lagi. Hari ini jangan overshadow dengan pengantin di hadapan. Tak pasal-pasal hilang seri pengantin di depan tu." Adilah menekup mulut dari tertawa.

Cepat-cepat tubuh Iskandar ditolak dan menjarakkan dirinya dan menjeling tajam pada Iskandar. Malu dengan teguran Adilah yang menyakatnya.

"Kenapa? Kenapa?" Lily yang tidak tahu menahu terus melangkah mendekati.

"Kak Leeya dan abang Is tu, bersemut pulak dekat majlis orang. Risau overshadow." Adilah berkata mengejek.

Lily terus memandang wajah kakaknya dan wajah Iskandar dengan wajah pelik. 'Bersemut?'

Setahunya, mereka itu bukan dasar suka sama suka berkahwin. Lagi-lagi dia tahu yang abang Is tu pernah bertunang dengan orang lain sebelum ini. Mana mungkin boleh 'bersemut'? Tetapi, jika mereka sudah saling jatuh cinta apa salahnya.

"Lepas ni mereka kahwin lagi bersemutlah mata kita."
Lily turut sama Adilah mengusik. Lagi-lagi mereka sememangnya satu geng disebabkan mereka sebaya.

"Auch! Sakitkan hatiku di sini..." Adilah berkata seraya tangannya menyentuh dadanya seakan sakit.

"Beginilah kehidupan single dan tidak berteman ini." Air mata palsu diseka dengan jarinya sebelum ketawa kuat dengan Adilah.

"Sudahlah adik-adik, jangan nak mengarut." Iskandar menegur. Makin dibiarkan makin menjadi-jadi perangai gila dua sekawan itu.

"Saya pergi dululah. Ada kerja nak buat." Wajah Aleeya yang sejak tadi membahang terus laju melangkah meninggalkan dua sekawan dan Iskandar. Tidak betah dia berada di situ. Darahnya begitu laju mengalir mengepam ke jantung. Silap hari bulan ada ambulans pula perlu datang menjemputnya.

"Leeya," melihat Aleeya yang melangkah meninggalkannya terus kakinya mengejar langkah wanita itu.

"Leeya... awak marah saya lagi ke?" Soal Iskandar lembut. Risau sekiranya wanita itu merajuk. Silap-silap lari lagi bakal isterinya. Tahu takut Is. Gurau tak agak. Iskandar mengomel dalam hati.

Tetapi, pernah ke Aleeya merajuk? Sepanjang dia mengenali dalam masa yang singkat ini belum pernah Aleeya merajuk.

"Aleeya, janganlah marah. Saya minta maaf, saya betul-betul tak sengaja." Iskandar meraih belas ihsan.

"Tiada maaf bagimu." Aleeya memasang wajah beku. Tidak lagi menunjukkan emosinya. Malas mahu melayan Iskandar yang bergurau kasar.

Ternaik kening Iskandar melihat wajah Aleeya. Wajah dingin itu yang dia lihat saat pertama kali.

"Dah sudah!" Iskandar menepuk dahi. Jika merajuk boleh lagi nak pujuk. Ini kalau dah pasang wajah beku nak guna cara apa nak lembutkan hati? 'Masaklah kau Is!'

Adilah dan Lily yang jadi pemerhati terus tertawa sebelum  tergeleng. Nasiblah Encik abang oi!

TOK! TOK! TOK!

Ketukan pintu yang sudah beberapa kali yang tidak berbalas membuatkan Lily terus menguak pintu bilik tidur kakaknya.

Melihat kakaknya yang sedang ralit bermain game menembak dengan headphone di kepala membuatkan Lily menghela nafasnya. Sikap kakaknya yang sentiasa tenang membuatkan dia turut pusing.

"Kak Leeya," bahu Aleeya disentuh lembut seraya headphone di telinga kakaknya ditarik sedikit.

"Hah? Apa dia?" Soal Aleeya tanpa sedikit menoleh ke arah Lily yang yang mahu berbicara dengannya.

"Lily ada benda nak cakap dengan akak ni," tutur Lily lagi.

"Sekarang ke?" Soal Aleeya seakan bodoh.

"Yalah sekarang. Habis tu bila lagi?" Lily mengomel geram melihat kakaknya yang tenang walhal tarikh pernikahannya semakin hampir. Kakaknya yang bakal berkahwin dia yang terlebih risau. Kakaknya hanya bersahaja. Malah, siap berbahagia bermain game tembak-tembak dengan rakan-rakannya di alam maya itu.

"Kejap! Kejap... lepas ni. Akak tengah mission ni," Aleeya membalas dengan tangannya masih ligat menekan tetikus dan komputer yang berjenama Alienwarenya itu.

Lily menghela nafasnya lagi. Sikap kakaknya persis lelaki yang suka bermain game dari telefon pintar dan komputer membuatkan dia pening sendiri. Sehingga sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dengan membeli aksesori komputer untuk gaming sahaja.

Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti apa yang kakaknya buat dengan komputernya itu. Syukur tabiat bermain dengan komputer kakaknya itu sudah berkurang. Jika tidak. Tak tahu bagaimana apabila berkahwin.

"Zac, aku off dulu. Apa-apa roger." Aleeya memberitahu rakannya gamernya sebelum offline.
Kerusi gamingnya itu terus dipusing menghadap Lily yang duduk di katil sejak tadi apabila terpaksa menunggunya habis menjalankan misinya.

"Ada apa Lily cari akak? Duit tak cukup ke? Kalau nak duit nanti akak transfer.

Lily menggeleng. "Bukan. Duit Lily cukup aje."

"Habis tu kenapa?" Soal Aleeya pelik dengan adiknya itu. Bagai orang yang ada masalah besar lagaknya.

Lily mengigit bibirnya sebelum memandang tepat wajah kakaknya. Cuba membaca riak wajah dan isi hati wanita itu. Walaupun dia selalu gagal. Kakaknya itu sentiasa berjaya mengawal riak dan emosinya dari dibaca. Dia selaku pelajar psikologi tahun akhir masih gagal membaca riak kakaknya walaupun dia sering berjaya pada orang lain.

"Akak betul ke nak kahwin dengan abang Is?"

Ternaik sebelah kening Aleeya memandang wajah Lily dengan soalan yang ditanya itu.

"Kenapa Lily tanya? Akak nampak tak serius ke?"

"Bukan. Akak terlalu tenang dengan majlis yang tiba-tiba ni?"

"Tenang?" Aleeya tertawa kecil. Terhibur dengan kata-kata adiknya. Tenang pun salah ke?

"Lily tak suka abang Is ke? Bukan tadi siang Lily bukan main rancak mengusik akak dengan Adilah?"

"Lily bukan tak suka abang Is. Abang Is tu baik. Tetapi, Lily tahu akak adalah pengantin ganti. Bukan kerana abang Is sayang pada akak. Lily tak nak akak disia-siakan." Lily meluahkan rasa di hatinya sejak awal kakaknya memilih setuju.

Aleeya tersenyum seraya tangan mengusap rambut Lily lembut. "Lily, pilihan ini bukan ada sesiapa yang memaksa akak. Akak memilih dan akak juga menerima seikhlasnya. Insya-Allah tiada yang lebih buruk jika Allah berkehendak."

"Lily tak nak akak hanya dipergunakan demi keluarga mereka." Lily mengenggam erat tangan Aleeya. Walaupun sikap dan minat kakaknya berbeza.

Kakaknya adalah sahabat dan kakaknya yang sentiasa menemani hidupnya. Dia sayangkan kakaknya.

"Jangan risau, tiada siapa yang pergunakan akak. Malah, akak yang memerlukan abang Is untuk diri akak." Aleeya berkata lembut.

Lily yang dari tadi menunduk terus mengangkat wajahnya dan memandang kakaknya. "Apa maksud akak? Apa maksud memerlukan?" Soal Lily bertubi-tubi.

Aleeya tidak menjawab hanya senyuman segaris diukir.

Wajah kakaknya yang hanya tersenyum segari tanpa membalas soalannya membuatkan dia sedar kakaknya tidak akan menjawab soalannya. Kakaknya bagai ada rahsia terpendam yang tiada siapa yang mengetahuinya. Ini semua terjadi sejak apabila kakaknya balik dari US.

Kehilangan kakaknya selama dua tahun sebaik tamat pelajaran di United States sebelum kembali di Malaysia membuatkan semua orang tertanya-tanya. Tetapi, tiada siapa yang berjaya mendapatkan jawapan dari kakaknya. Kepulangan kakaknya yang hanya membisukan diri membuatkan tiada siapa berani kenapa kakaknya menghilang tiba-tiba tika itu. Dan sejak itu kakaknya memutuskan mahu mengambil khursus bakeri dan mahu membuka bakeri sendiri walhal kakaknya mempunyai Master Degree in Software Engineering.

"Lily jangan risau. Sekalipun akak berkahwin dengan abang Is, akak tetap kakak dan teman Lily selamanya. Akak sentiasa ada buat Lily." Aleeya memujuk. Dia tahu adiknya itu merisaukannya. Walaubagaimana pun keputusan itu telah muktamad. Dia buat keputusan ini adalah terbaik untuk dirinya dan keselamatan semua orang yang dia sayamg. Walaupun lelaki itu tidak mencintainya.

Mungkin lelaki itu hanya pergunakannya demi menjadikannya pengantin perempuan gantian. Dia juga tidak kurang sama. Walaupun dia mengatakan ikhlas di bibirnya, dia juga menikahi lelaki itu bertujuan. Kerana semua yang pernah berlaku dulu akan kembali. Kembali mengejarnya dan mendapatkan apa yang pernah dia ambil dulu. Dia yakin kegelapan itu semakin menghampiri.

Adakah dia berjaya menyelamatkan diri dari kegelapan itu seperti mana dulu? Sehingga kini dia tidak mampu mendapatkan jawapan itu.




31102023
End of October
Now you can say Hi to November
Alhamdulillah Syukur kerana diberikan kesempatan untuk bernafas dan tersenyum lagi.
Vote and comment ⭐️⭐️⭐️

Continue Reading

You'll Also Like

281K 6.5K 41
Kahwin pada usia muda? No way?! Kenal pun tak. SPM pun tak lepas lagi. Dahlah playboy. -Nur Hazwani Husna- "Saya tak nak kahwin dengan awak,Mr.Playbo...
1.1M 27.6K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
3.2M 185K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
53.7K 303 18
This is just gonna be a compilation of one-shots remakes of scenes (original, and fan suggested) from/related to spy school how I wanted them to happ...