MY MRS TURKISH

By syxhxris

11.8K 1.9K 248

[ Book 6 ] Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali merek... More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41

Bab 15

195 49 6
By syxhxris

Bunyi deruman motor dan enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah serentak menarik perhatian Aysar yang sedang membaca novel. Dia segera bangun setelah meletak buku novelnya atas meja untuk menuju ke pintu rumah. Mahu melihat siapa.

Tak sempat dia ke pintu, pintu terlebih dahulu dibuka dengan kasar. Berkerut wajahnya melihat wajah Aydin yang mencuka.

"Awalnya balik?" Soal Aysar kehairanan. Jam baru menunjukkan angka 11 pagi.

"Kena halau balik." Jawab Aydin pendek.

Tak lama kemudian, Blade pun masuk dengan senyuman nipis apabila Aysar memandangnya inginkan penjelasan.

"Jom duduk." Blade menepuk bahu Aysar mengajak si anak untuk duduk bersama Aydin.

Aysar akur. Dia duduk di sebelah adik kembarnya itu.

"Mumma mana?" Soal Aydin apabila suara Qaisha tidak kedengaran. Sunyi je.

"Mumma pergi rumah Aunty Mar. Aunty Mar minta mumma ajar masak kek coklat. Tak lama lagi kan birthday Uncle Qayyum."

Aydin angguk kecil. Begitu ceritanya.

"Nasib baik mumma takde." Aydin menghela nafas lega. Dalam kepalanya asyik berfikir mahu memberi jawapan apa tatkala Qaisha menanyakan tentang kepulangan awalnya dari sekolah.

Takkan nak cakap sekolah terbakar pula kan? Nampak sangat menipu.

Patutlah Blade tenang je mengajaknya balik ke rumah. Rupa-rupanya Qaisha takde di rumah. Ceitttt...

"Luka dekat badan macam mana? Dah okey sikit?" Soal Blade ingin tahu.

"Alhamdulillah, luka dah kering. Minggu depan Aysar dah boleh mula sekolah semula." Jawab Aysar dengan senyuman. Walaupun lukanya sudah kering tetapi dia masih membalut badannya agar bajunya tidak terlekat dengan kulit luka yang tertanggal.

Mendengar hal itu, Aydin terus duduk menghadap Aysar. Wajahnya kembali mencuka.

"Bro, apa kata kau tukar sekolah je? Gila toxic siaaa sekolah kau. Lepas tu mamat Adam tu eeeeeiiiii bengang gila aku. Ikutkan hati aku ni memang cincai mamat tu aku tibai." Fuhhh tiba-tiba rasa panas. Tali leher sekolah sudah dia cabut dari sekolah lagi. Panas! Rimas!

"Why? He touch you?" Pandangan matanya berubah tajam. Matanya menilik Aydin atas hingga bawah. Hatinya tidak senang apabila keluarganya disentuh orang walaupun hanya menjentik.

"Heh, dia nak sentuh aku? Silap orang bro. Aku fikir aku dalam sekolah je masa tu. Kalau jumpa luar sekolah memang mati dia aku kerjakan." Getus Aydin dengan penuh geram. Dia masih tak puas hati dengan Adam.

Aysar hanya senyum nipis saja.

Blade pula tidak mengeluarkan sebarang bicara. Dia lebih gemar mendengar anak-anaknya berceloteh macam-macam.

"Hah! Paling aku geram dia sendiri cakap yang dia pukul kau dengan niat membunuh. What the hell bro? Benda ni bukan benda remeh kau nak biarkan. Do something twin. He almost kill you!"

Aysar terus mendakap tubuh adik kembarnya dengan erat. Diusap lembut belakang Aydin agar kemarahan adik kembarnya itu surut.

"Kau lupa aku orang kanan ketua mafia? Setiap hari nyawa aku terancam dan alhamdulillah sampai sekarang aku hidup. Nyawa aku liat nak mati twin. Don't worry okay?" Pujuk Aysar dengan lembut.

Aydin cebik.

"Haihhh kau ni mulut tu ada je jawapan kan? Nasib baik belakang badan kau ni luka kalau tak memang aku tepuk-tepuk je. Geram ni geram." Kata Aydin sebelum dia melentokkan kepalanya atas bahu Aysar. Geram-geram pun, manja tetap manja hehehehe...

Aysar ketawa kecil.

Tersenyum Blade melihat telatah anak-anak kembarnya. Hanya Aysar mampu buat Aydin kembali sejuk seperti sedia kala.

Blade tersenyum melihat anak-anak kembarnya itu. Hanya Aysar saja yang mampu menyejukkan Aydin seperti sedia kala dengan pantas. Kembar kan.

"Kau lapar tak? Harini papa yang masak." Soal Aysar tanpa meleraikan pelukannya.

"What? Seriously?" Aydin mengangkat wajahnya dengan wajah teruja. Wajah Aysar dan Blade dipandang silih berganti.

Blade mengangkat kening.

Apa?

Aysar angguk.

"Yes! Dah lama tak rasa masakan papa. Jom makan dengan aku weh." Tidak peduli dengan keadaan Aysar, Aydin terus bangkit dan menarik Aysar mengikutinya ke dapur.

Blade ketawa melihat wajah pasrah Aysar. Mujur Aysar sudah boleh bergerak bebas.

"Papa jom makan sekali!!!"

"Coming." Blade bangun apabila dipanggil oleh Aydin.

Aysar duduk sambil memerhati Aydin yang sedang membancuh air teh untuk mereka minum.

"Mumma dah makan ke?"

"Mumma bawa bekal pergi rumah Aunty Mar."

"Ohhh kalau macam tu bolehlah aku makan banyak-banyakkan? Bau pun tahu sedap."

Nohutlu pilav, biber dolma, menemen dan manti.

Empat hidangan tersebut cukup membuatkan Aydin kecur liur.

"Simpan sikit untuk Aiyla. Manti tu favourite dia." Kata Aysar agar Aydin tidak menghabiskan manti yang amat mengiurkan bagi sesiapa yang melihatnya.

"Ish kau ni aku takde lah kejam sangat sampai tak ingat budak masam tu. Semasam-masam dia aku sayang tau. Dia je yang tak reti sayang abang nombor dua dia yang hensem ni." Balas Aydin dengan wajah sedih.

"Hahaha Aiyla sayang cuma dia tak tunjuk je." Tawa Blade.

Aydin menjuihkan mulutnya.

"Iyelah tu. Papa asyik menangkan dia je. Sedih tau. Rasa macam anak angkat je."

Makin Blade ketawa geli hati melihat Aydin merajuk dengannya.

"Nak buat macam mana, she's my princess."

"Princess lah sangat."

Blade dan Aysar ketawa bersama. Tak tahan melihat wajah Aydin yang jelas-jelas tengah merajuk. Hahahaha nasib baik muka tu memang hensem. Taklah hodoh sangat bila tengah merajuk.

"Kejap lagi papa nak ambil Aiyla." Ujar Blade usai menghirup air tehnya sehingga habis. Alhamdulillah, kenyang.

"Aysar nak ikut."

"Kau nak ikut buat apa?" Soal Aydin pelik.

"Nak tengok Naqi tu siapa?" Teka Blade sambil menongkat dagu.

Aysar angguk kecil.

Aydin ketawa.

"I see, for sure you like him too twin. Walaupun mamat tu tak sehensem aku tapi aku boleh nampak dia sayang budak masam tu macam mana." Dalam memuji Naqi sempat dia puji diri sendiri.

"Kau nak cakap aku tak hensem juga ke?" Soal Aysar dengan kening terangkat. Daripada tadi tak habis-habis puji diri sendiri macam dia terpaling hensem dalam dunia ni.

"Kau hensem cuma aku hensem sikit daripada kau." Jawab Aydin dengan sengihan.

Blade menggeleng kepala dengan tawa kecil.

Tak nak kalah tu.

Seperti yang dirancang, mereka bertiga mahu menjemput Aiyla di sekolah. Sengaja Blade mahu gerak sedikit awal. Mereka naik kereta Blade.

Aysar duduk depan sebelah Blade. Aydin pula lebih gemar duduk di belakang sebab tak perlu pakai seatbelt. Dia rimas pakai benda tu. Rasa macam pergerakan dia tak bebas.

"Papa, buka radio pa. Aydin nak pasang bluetooth." Pinta Aydin yang sudah siap sedia pasang bluetooth di handphonenya.

"Jangan pa. Lagu Aydin pelik-pelik." Larang Aysar apabila Blade mahu membuka radio. Terhenti tangan Blade jadinya.

"Lagu pelik?"

Aysar angguk.

"Alaaa buka je lah, aku nak joget ni." Aydin menggoyang kerusi Aysar dengan nada yang tidak puas hati. Ish Aysar ni tak support kembar sendiri humph!

Blade tercengang sebelum ketawa geli hati.

"No. Aku tak izinkan. Sakit jiwa aku dengar." Kutuk Aysar.

"Eh hello, lagu-lagu aku semuanya boleh buat hilang stres tau. Cepatlah buka radio. Buka dekat handphone tak best. Sound kurang. Buka laaaaa...."

"Shut up Aydin."

"I don't wantttt.... Bukaaaaa... Wuaaarrgggghhhh...."

Aysar menahan diri daripada menghambur ketawa. Aydin ni memang buat perangai betul. Drama king. Serupa orang kena rasuk.

Blade geleng kepala. Tak payah buka radio, riuh sudah suasana dalam keretanya.

"Okey, dah sampai."

Aydin terus diam. Dia membetulkan posisi duduknya sambil meliarkan pandangan matanya melihat persekitaran sekolah Aiyla. Sama je macam sekolah dia dan Aysar. Takde apa yang istimewa pun.

Tidak perlu menunggu waktu yang lama, loceng sekolah berbunyi dengan nyaring menandakan sesi persekolahan sudah habis pada hari ini.

Beberapa minit kemudian, kelibat para pelajar keluar daripada pagar sekolah mula kelihatan.

Blade, Aysar dan Aydin terus fokus pada pagar sekolah untuk mencari susuk tubuh Aiyla. Pandangan mereka langsung tidak beralih.

Hampir 15 minit kelibat Aiyla yang berjalan keluar kelihatan. Tiada siapa yang berjalan bersama Aiyla. Anak gadisnya itu jalan menonong saja tanpa mempedulikan orang lain.

Blade yang mahu keluar dari kereta untuk memanggil anak gadisnya itu terbantut tatkala melihat Aiyla dihalang oleh seorang pelajar lelaki. Wajahnya berkerut.

Aysar pula sudah duduk tegak. Kurang suka apabila ada lelaki yang mahu mendekati Aiyla. Wajahnya turut berkerut sama.

Blade dan Aysar sudah siap sedia mahu keluar jika lelaki itu menyentuh Aiyla.

"Hah mamat tu lah Naqi." Aydin menepuk tangannya apabila berjaya mengingati raut wajah Naqi.

"Budak yang tengah halang Aiyla tu?" Soal Aysar inginkan kepastian.

"Ya weh! Elokkan budak tu? Aku jamin kau su-.... Ehhh?" Tak sempat Aydin menghabiskan ayatnya, Aysar sudah pun keluar daripada kereta dan melangkah laju mendekati Aiyla dan Naqi.

Terkerbil-kerbil Aydin dibuatnya.

"Papa... Aysar bukan nak bertumbuk kan?" Soal Aydin.

Blade tertawa.

"We will see..." Jawab Blade bersahaja. Dia duduk bersandar. Matanya lurus mengikuti langkah Aysar yang makin lama makin menghampiri Aiyla yang masih tidak perasan akan kehadiran mereka bertiga.

"Kan aku dah cakap abang aku tak suka aku keluar dengan lelaki berdua. Haritu sebab kes lain." Aiyla terus menerus menolak tidak mahu makan berdua dengan Naqi.

Naqi sudah bercekak pinggang. Geram pula bila Aiyla reject dia macam tu je. Jangan sampai dia culik budak kecik ni karang.

"Tapi kau dah janji dengan aku ganti dengan hari lain memandangkan haritu abang kau masuk hospital. Lupa hurm? Kalau pasal abang kau, kau jangan risau nanti aku jumpa abang kau minta izin nak bawa kau pergi makan. Okey?" Naqi cuba nasib lagi. Kalau Aiyla degil juga dia sendiri datang rumah gadis itu. Peduli apa dia.

Aiyla menggaru keningnya. Tak tahu nak balas apa. Dia tahu apa yang Naqi cakap lelaki itu akan buat. Dia faham sangat perangai Naqi seperti apa. Pantang dicabar.

"Then come our house."

Terkejut Aiyla apabila tiba-tiba saja bahunya disentuh. Terus dia menoleh ke sisinya apabila suara tersebut berada di sebelahnya.

Wajah Aiyla berubah pucat lesi.

Gulp

"A-abang Aysar..." Lidahnya terus kelu untuk bersuara. Wajah Aysar yang tenang itu dipandang. Walaupun kelihatan tenang dia tidak tahu apa yang berada dalam fikiran Aysar.

Naqi pandang Aysar dengan berkerut sebelum menyungging senyuman senget. Dia ingatkan lelaki itu Aydin rupanya bukan. Nasib baik dia sudah sedia maklum Aiyla mempunyai abang kembar yang seiras.

"Sure can." Balas Naqi lalu matanya beralih pada wajah Aiyla yang jelas terkejut dengan balasan selambanya. Dia mengukir senyuman senget pada gadis itu.

"Okay then, please come our house after zohor." Ujar Aysar sebelum menarik Aiyla mengikuti langkahnya.

Aiyla terkerbil-kerbil melihat Aysar yang seperti tidak kisah tentang Naqi. Otaknya masih tidak dapat berfungsi dengan baik untuk berfikir dengan baik.

"Abang Aysar datang naik apa?" Soal Aiyla apabila perasan Aysar tidak memakai helmet. Biasa kalau Aysar menjemputnya pasti memakai helmet tapi harini tidak.

Aysar tidak menjawab sebaliknya menyengetkan kepalanya ke arah kereta Blade.

"Oh my God!" Mata Aiyla membulat besar. Terus langkahnya terhenti. Dia berdiri kaku.

Sedar akan hal itu, Aysar tertawa kecil. Kepala Aiyla disentuh tanpa digerakkan tidak mahu merosakkan awning tudung Aiyla. Perempuan kan tak suka tudung mereka disentuh.

"Let's go. Papa dengan Aydin tunggu tu."

Aiyla pandang Aysar dengan wajah cuak.

"I'm dead brother."

Tawa Aysar itu membuatkan Aiyla rasa nak berlari sekarang ni. Tambahan pula Aydin turut ada sama. Confirm dia kena usik kejap lagi. Uwarghhhh tak nak!!!

"It's okay papa tak marah pun." Tutur Aysar dengan senyuman kecil.

Senyuman Aysar itu langsung tidak meredakan rasa cuaknya walaupun senyuman kecil Aysar itu mampu membuatkan hati para gadis cair melihatnya. Manis seperti madu.

Perlahan saja Aiyla mengekori Aysar daripada belakang. Bibirnya terkumat-kamit berdoa berharap Blade tidak memarahinya.

"Hi sis." Sapa Aydin tatkala Aiyla membuka pintu kereta. Dia berpeluk tubuh dengan senyuman nakal. Dah bersedia nak menyakat adik perempuannya itu.

Aiyla membuat muka.

"Shut up you." Dia menjeling Aydin dengan tajam.

"Amboi, garangnya. Macam mana lah Naqi tu boleh suka singa jadian ni? Buta agaknya tapi takpe aku yakin dia mampu jinakkan singa jadian ni." Usik Aydin dengan senyuman lebar.

Wajah Aiyla sudah merah kerana malu. Wajahnya ditekup. Apasal lah Aydin ni ikut sekali? Tak boleh ke duduk rumah diam-diam?

"Eh eh malu ke tuuu elelelele... Tampar karang."

"Eeeiiii diam lah kau. Bising je macam mulut murai. Ke kau makan bontot ayam banyak sangat? Tak reti diam mulut tu." Marah Aiyla dengan geram.

"Eh baik sikit eh aku tak makan bontot ayam okey selama 17 tahun aku hidup dekat muka bumi ni. Tapi tak tahu lah kalau masa mumma mengandungkan kitorang, mumma mengidam makan bontot ayam. Hah, papa masa mumma mengandung dulu mumma ada mengidam nak makan bontot ayam tak?"

Blade tercengang. Dia yang fokus memandu tercalit sama dengan pergaduhan mulut mereka berdua. Aysar pula lebih selesa berdiam diri dan mendengar.

"Nope. Mumma takde mengidam yang aneh-aneh." Jawab Blade.

"Dengar tu. Entah-entah masa mumma mengandungkan kau mumma mengidam makan aneh-aneh like daging singa ke? Sebab tu kerja nak menyinga je."

Aysar mengemam bibirnya daripada ketawa. Geli hati dengan kata-kata Aydin itu.

"Ewah ewahhh sedap je kau mengata aku ya. Nak menipu pun agak-agak la sampai tahap mengidam daging singa. Ish malas aku nak layan kau."

"Aku tak suruh pun kau layan aku."

"Eiiii diam lah!"

"Tuhan ciptakan mulut untuk berkata-kata bukannya suruh diam membisu. Tak mensyukuri nikmat yang diberikan kalau bisu seumur hidup."

"Ya Allah, berikan aku kesabaran yang maha tinggi."

"Aamiin..." Aydin ketawa berdekah-dekah apabila Aiyla bengang dengannya.

Blade geleng kepala.

Macam-macam ragam.

Sampai je rumah, Aiyla orang pertama yang keluar dan berlari ke arah pintu tapi dia lupa yang ada kunci rumah hanya lah Blade dan Aysar. Hmmm, baru nak larikan diri.

"Hahahaha nak lari tapi tak boleh ya." Gelak Aydin dengan terbahak-bahak.

Wajah Aiyla kembali mencuka. Sakit hati dengan Aydin. Eeeiii rasa nak tanam Aydin dalam tanah pokok bunga Qaisha je.

Aysar geleng kepala. Adik kembarnya ni memang suka betul buat Aiyla bengang.

"Aydin, dah lah tu. Kesian Aiyla penat belajar mesti tengah lapar ni." Aysar mendekati Aiyla lalu mengukir senyuman kecil sebelum memasukkan kunci ke lubang pintu rumah dan memulas tombol pintu tersebut.

"Werkkk..." Sempat Aiyla menjelir lidah sebelum masuk ke dalam rumah bersama Aysar. Beg sekolah diletak atas sofa sebelum dia menuju ke dapur.

Lapar!

Aysar turut menuju ke dapur.

"Wahhh ada manti! Papa yang masak ke Abang Aysar?" Soal Aiyla dengan teruja. Lengan baju sekolahnya disinsing ke atas sedikit. Tudung sekolahnya masih tidak dia tanggalkan.

"Papa."

Makin lah Aiyla senyum lebar. Jarang-jarang Blade masak untuk mereka. Maklum lah jarang ada dekat rumah, huhuhu...

"Abang Aysar nak?" Soal Aiyla pada Aysar yang asyik melihatnya menyenduk lauk ke pinggan.

"Nak sikit je."

"Oiii kau tak kenyang lagi ke?" Aydin menepuk bahu Aysar sebelum duduk di sebelah abang kembarnya itu. Blade duduk di hadapan Aydin memandangkan Aiyla duduk di hadapan Aysar.

"Aysar kan makan sikit je tadi sebab tu tak kenyang. Nak makan sekali lagi dengan Aiyla, right?"

Aysar hanya mengukir senyuman nipis saja sebagai balasan soalan Blade. Betullah tu.

Terharu Aiyla mendengarnya.

"I see, kalau macam tu aku pun nak makan juga. Aiyla tolong sendukkan nasi untuk aku aeee thank you sistorrrr..." Pinta Aydin dengan selamba.

"Hmmm yelahhh papa nak?"

"Sure."

Aiyla senyum senang. Nampak sangat dirinya disayangi sampai mereka sanggup makan lagi untuk menemaninya. Terharu sis.















Continue Reading

You'll Also Like

56.2K 970 30
Violet Morningstar is the older sister of Charlie Morningstar and is the eldest daughter of Lucifer and Lilith Morningstar. While her sister opens up...
34.1K 1.3K 31
"Come on, come on, don't leave me like this I thought I had you figured out Something's gone terribly wrong You're all I wanted Come on, come on, don...
11K 185 42
ok okay-hear me out so...drum roll every body so your just a regular twenty two year old woman who's definitely beautiful and extremely attractive fo...
91.9K 3.2K 62
His lessons on hiding the truth were from the Japanese Government itself who asked a bunch of middle schoolers not to even tell their parents that th...