Senja Terakhir [COMPLETE]

נכתב על ידי luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... עוד

Senja Terakhir
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

1. Miliknya

85 5 1
נכתב על ידי luv_ani

Ryan memantul bola keranjang lebih cepat daripada sebelumnya.

Gelanggang bola keranjang sekolah sudah rasmi menjadi rumah kedua untuk lelaki bernama Ryan Haikal. Hampir setiap petang sebelum pulang dari sekolah, lelaki itu bermain bola keranjang di sini.

Tapi itu dulu. Semenjak dia berumur 17 tahun, atau disebut.. calon SPM. Jadual nya benar-benar padat, sehingga dia hanya boleh mencuri tulang untuk meluangkan masa bersama hobinya pada waktu pagi, sebelum sesi belajar bermula.

Dia melirik jam tangannya sekali lagi. Tepat pukul 7 pagi, manakala kelas bermula pada pukul 8 pagi.

Ryan menghela nafas, lengannya diangkat untuk menghapus peluh-peluh di dahi. Sebenarnya dia masih mahu bermain, tapi tetap, sesi belajar akan bermula.

"Aku tak sepenting itu, Fir?" Soal Ryan, kepalanya dipenuhi dengan berbagai bisikan.

"Suka tak salah, kan?"

Memori memaksa Ryan untuk memutar kembali kala mendengar ayat itu keluar daripada mulut sang gadis.

Bisikan yang mengatakan, bahawa dia tak pernah menjadi orang yang penting di dalam hidup seseorang.

Dia tak sepenting itu untuk mengetahui hati sahabat kecilnya milik siapa, entah sudah berapa tahun gadis itu menyimpan perasaannya.

Tapi dia juga masih waras untuk berfikir bahawa semua itu ada hikmah. Semuanya ada hikmah mengapa Takdir baru saja memberitahunya.

Kerana Takdir tahu, hatinya bakal.. hancur.

Gelanggang sekolah tidak pernah seheboh ini. Ryan hanya datang untuk melepaskan segala amarahnya.

Segala rasa kecewanya.

Ryan men-dribble kan bolanya lebih keras kali ini, memusatkan matanya kepada ring.

Hatinya seperti remuk, dan entah boleh diubati atau tidak.

Dia juga tidak tahu bahagian yang mana mengalami sakit itu, dan mengapa dia merasa sebegitu tidak penting.

Mungkin kerana Elfira tak pernah menceritakan kepadanya bahawa dia ada menaruh perasaan kepada seseorang.

Atau mungkin.. kerana Elfira menyukai Syiraz, kawan baiknya sendiri.

"Shoot."

Bola itu melanggar pinggiran ring, berputar di udara dan jatuh dengan bunyi yang kuat.

Ryan tertawa kecil, mengenang ketidaksempurnaannya. Dia tidak pernah berjaya memasukkan bola saat fikirannya bercelaru.

Apa itu mustahil jika Ryan menaruh harapan agar Elfira sedikit peduli padanya?

• Bab 1: Miliknya •

Elfira berjalan di koridor kelas sambil kedua-dua tangannya didepakan. Kedua-dua tangan itulah dipegang oleh Ayuni dan Dahlia sebagai bentuk perlindungan.

"Aku takut," Elfira merengek, menyedari kelas mereka sudah semakin dekat.

"No, buat swag!" Ayuni menenangkannya.

"Nak swag macam mana!"

"Itulah siapa suruh post kat group kelas!" Ujar Dahlia. Satu ketukan mendarat di atas kepala Elfira.

"Cuba explain macam mana semua ini terjadi?" Soal Ayuni.

"Ish, aku mana sengaja! Tak tahulah nak salahkan siapa, masa tu aku nak hantar mesej tu lepas itu ada ibu Ryan ketuk pintu dapur aku, nak bagi makanan-"

"WHAT? MAK RYAN?" Jerit Dahlia.

"EH KAN AKU DENGAN DIA JIRAN!"

"OH PATUTLAH DIA ADA MESEJ KATA KAU JERIT BERGEGAR RUMAH DIA-"

"AAA!" Elfira menjerit frustrasi. Seketika ia melepaskan genggamannya dan menutup wajahnya yang mula membahang.

"Apa aku nak buat lepas ini? Malunyaa!!" Rayu Elfira.

"Dia tak delete ke mesej tu?" Ayuni mula bergosip.

"Dahlah ada cikgu dalam group tu. Semoga cikgu palau," Dahlia menadah tangan, "Aamiin!"

"AAMIIN!" Ucap mereka bertiga serentak.

"Jom, jalan sambil sambung cerita kau tu," Dahlia dan Ayuni mengenggam semula tangan Elfira. Mereka menyambung perjalanan mereka.

"Jadi ibu Ryan tu nak bagi makanan, aku pun hantarlah mesej tu sebelum buka pintu. Tak sangka pula tersalah hantar, seingat aku, aku pin group kita tu.. tapi aku lupa group kita pinned yang kedua..," Elfira mencebik, meratapi nasib malangnya.

Apa perasaan korang jika tersalah hantar benda kepada group official? Umum dan ditambah lagi benda yang kita hantar tu memalukan. Seperti itulah Elfira rasa.

Kalau mesej itu tak ada nama Syiraz, tak apa lagi. Ini ayat dah broken terpakej nama pula diletaknya.

Tanpa mereka sedar, mereka sudah tiba di hadapan pintu kelas 5IQ. Mereka kira mereka antara orang paling awal, rupanya sudah ada kewujudan manusia menghanatkan. Ada Amir, Shahrul dan ketua kelas, Danial.

"Wow, Elfira dah datang..," Amir tersenyum miang memandang gadis cantik itu. Elfira tahu dia dalam bahaya.

Amir ini antara murid paling nakal dalam kelas dan batch sejagat!

"Macam mana eh dia confess semalam?" Shahrul sengaja menyoal.

"Macam ni..," Amir mula membetulkan postur tubuh.

"Demi memualiakanmu dan mencintaimu dengan cara terhormat.. apa dah aku tak ingat. Yang penting ucapan terakhir tu, sesungguhnya dia itu aku, Syiraz Petra." Seisi kelas ketawa terbahak-bahak.

Zuhaira lagi lah, gelak macam langsuir.

"Hei, Elfira.." Zuhaira mengejek nama Elfira selepas puas ketawa. Elfira, Ayuni dan Dahlia hanya berjalan ke meja belajar mereka.

"Kau sakit eh?" Zuhaira senyum sinis. "Kalau sakit, jangan datang sekolah ya. Nanti berjangkit kesakitan kau tu dengan aku. Eww jijik."

Elfira menatap Zuhaira atas bawah. Dia menahan lidahnya daripada membalas. Elfira menatap Ayuni sedetik. Perasaan risau semakin menggeremuni diri.

Elfira dapat rasakan deruan nafas Ayuni semakin tak terkawal. Telepathy mereka mengatakan bahawa Ayuni sedang menahan amarah yang membelenggu diri.

Tiba-tiba pandangan Amir dan kroni nya jatuh ke arah pintu. Senyuman mereka semakin melebar.

Automatik, kelas yang pada awalnya riuh-rendah kini terdiam seketika apabila Syiraz melangkah masuk ke dalam kelas.

Tak sampai seminit, segera Amir dan Shahrul melangkah ke arah lelaki kacak itu.

"Raz, kau accept tak cinta Elfira?" Soal Amir, suaranya bergegar seisi kelas, dan sudah semestinya Elfira dengar. Curiga Amir pernah telan microphone masa bayi tak cukup matang dulu.

"Tak sangka kan Elfira suka kau.. ingat ke dia tak ada perasaan kat siapa-siapa." Sambungnya lagi. Membuat urat malu Elfira semakin menebal.

Elfira rasa nak menangis, sekarang juga!

"AMIR!" Jerit Elfira, tapi dalam hati je lah.

Elfira menyorokkan wajahnya di sebalik tapak tangan, menahan urat malu yang kian tumbuh.

Sudah lah Syiraz terkenal, mana tak terkenalnya.. beliau menyandang jawatan ketua pengawas. Elfira pula sebagai timbalan setiausaha pengawas sekolah. Mereka memang ada perbincangan rapat, membuatkan hati Elfira jatuh selama ini.

Persoalannya, selepas apa yang terjadi, boleh lagi kah mereka berhubung seperti sediakala?

Tanpa dia sangka, Syiraz membuka langkah ke arah mejanya, sementara itu dia menelan liur perit. Bala apa lagi nak datang ni?!

Tepat, padat, singkat. Syiraz kini berada di hadapan Elfira, mata mereka bertemu buat beberapa detik. Elfira dapat rasakan sesuatu di antara mereka, ada hal yang tersembunyi rapi di sebalik mata lelaki berjawatan ketua pengawas itu.

"Apa lagi yang kau tulis tentang aku?" Soal Syiraz, sambil merentangkan tangan di kedua-dua bucu meja Elfira seakan mengunci hati dan mata perempuan itu.

Elfira tak tahu harus bagaimana lagi. "R.. Raz..,"

"Mungkin dia ada tulis dalam diary dia tu!" Jerit Amir.

"Macam mana kau tahu?" Soal Ayuni. Seingatnya, hanya dia dan Dahlia je tahu tentang ini.

"Aku nampak korang selalu usya buku tu."

"Kau usya mereka ke?" Ketua kelas mereka membuka suara. Danial sudah datang. Di sebelahnya ada Shahrul.

Mereka berdua menatap sinis Amir. "Ke usya Ayuni?"

"Ha?" Ayuni pelik sembari menatap Amir. "Apanya! Tak ada masa lah aku nak usya dia!" Ujar Amir, menyelamatkan diri sendiri.

"Apa kaitan dengan aku pula?!" Ayuni menyelutuk.

"Jangan perasan!" Bentak Amir. "Bila aku perasan, siot?!"

Maka terjadilah pergaduhan kecil antara Amir dan Ayuni.

Untuk pengetahuan, Amir menjawat jawatan sebagai setiausaha pengawas sekolah. Ayuni pula timbalan ketua pengawas.

Semestinya Elfira memegang jawatan timbalan setiausaha pengawas sekolah.

Hanya kelas 5IQ sahaja yang tahu tentang sifat mereka yang tidak mencerminkan jawatan mereka. Selain daripada kelas 5IQ, mereka dikenali sebagai seorang yang tegas dan dihormati.

"Bagi jelah diary tu." Zuhaira membuka suara. Elok-elok Amir dan Ayuni menukar topik, dia pula datang!

"Tak ada!" Elfira menyelutuk.

"Ada! Meh aku ambil," Shahrul melangkah ke arah meja Elfira.

Sebelum perkara itu terjadi, Dahlia cepat-cepat mengambil diary dari bawah meja Elfira. "Biar aku buang!"

Tak sempat Dahlia melangkah keluar, dirinya dikepung oleh Syiraz.

"Lia, bagi aku." Pinta Syiraz. Aura nya membuat Dahlia terdiam.

No, tak semudah itu.

"Uni, dahlah tu! Tolong aku!" Jerit Dahlia, membuat pertengkaran mulut Ayuni dan Amir berhenti. Serentak, Dahlia melempar buku itu.

Ayuni menjeling sekilas sebelum menangkap diary tersebut. Secepat kilat, Amir menangkap juga diary milik Elfira.

"Apa kau ni? Serabut lah, lepas!"

"Bagi, aku nak baca!"

"Apa hak kau?!"

Elfira mendengus lelah. Jika mereka berdua bertengkar, memang takkan berakhir.

"Kau nak sangat, kan?" Ayuni membuka langkah taekwondo nya dan menyepak kaki Amir. Tepat pada paha.

"ERGH!" Erang Amir.

Seisi kelas menahan ngilu, mewakilkan kesakitan Amir.

"Lemah!" Jerit Ayuni dan merampas buku itu. Dia melempar ke luar kelas. Entah ke mana jatuhnya, asalkan murid kelas ini tak jumpa!

"Elfira, ambil!" Jerit Ayuni. Elfira terus keluar daripada kelas itu.

"Kau lempar mana?!"

"Aku tak tahu! Cari saja!" Jeritan Ayuni membuatkan Elfira berlari mencari jejak buku itu.

Ayuni menghela nafas lelah. Seisi kelas senyap, termasuklah Syiraz.

Kerana tepat Elfira berlari keluar, cikgu subjek kimia iaitu Cikgu Nurul masuk, mencipta keheningan antara mereka semua.

Mereka pantas berlari ke tempat duduk masing-masing.

"Macam mana dengan El?" Bisik Dahlia kepada Ayuni. Ayuni mengangkat bahu.

"Assalamualaikum cikgu!" Ujar Danial sebagai ketua kelas. Kemudian diikuti dengan murid-murid lain. Bersama bacaan doa.

Kelas kimia mereka berjalan lancar, tanpa keberadaan Elfira yang tak kunjung datang.

++++++++++++

"Mana ni?" Elfira berbisik sendirian sambil mencari keberadaan buku itu. Sudah lima belas minit dia berjalan di kawasan ini, tetap tak jumpa.

Nampaknya Ayuni lempar ikut sesuka hati.

"Harap sangat tiada orang jumpa, ya Allah malunya..," Elfira mengerang sendirian. Wajahnya mencebik menahan tangis.

"Tengok ni Syiraz, aku rela ponteng kelas semata-mata nak cari buku tu biar kau tak baca!" Jerit Elfira sendirian.

"Papa mesti marah kalau markah kimia rendah,"

"Huwaaa benci!!" Elfira mengetuk kepalanya beberapa kali sambil melangkah turun dari tangga. Agaknya buku itu terloncat sampai turun tangga.

Elfira melihat sekeliling sambil menuruni anak tangga, kakinya sedikit terleret dari anak tangga, membuatkan kondisinya tak stabil.

"Arh!" Elfira menjerit dan menutup mata rapat-rapat, pasrah apabila tubuhnya mencium tangga.

Tubuhnya mahu terjatuh tapi.. kenapa masih tidak jatuh ya? Dia rasa melayang. Tapi ini rasa tak selesa, barulah dia sedar bahawa tudungnya tertarik ke belakang.

Elfira tak mampu berkata apa-apa. Dia membungkam seketika.

"Ekhem," Satu deheman garau menyapa telinga Elfira dari belakang. Jantung Elfira berdegup kencang.

"Aa, astaghfirullah!" Elfira terperanjat.

"Lepas! Lepas!"

"Macam mana nak lepas? Nanti kau jatuh,"

Elfira fikir ada betulnya. Suara ini tidak asing, tapi asing. 50/50 begitu.

Elfira terus menstabilkan diri. Berdiri betul-betul di atas tangga. "Sekarang lepas!"

Lelaki itu melepaskan genggamannya pada tudung Elfira. "Ark!" Tubuh Elfira terkejut sedikit, tapi tak terjadi apa-apa. Elfira segera membetulkan awning nya sebelum berpaling ke belakang.

Dia agak terperanjat. Mana tak terkejut, wajah lelaki ini hensem ya ampun! Tapi kenapa tak pernah nampak ya pelajar ni kat sekolah?

Tapi wajah ini nampak.. familiar.

Lelaki sama baya itu menatap Elfira lurus. Elfira seperti terpukau dengan dirinya. Mata lelaki itu bergerak semakin ke bawah sehingga berhenti ke arah nametag bermagnet yang melekat pada tudung perempuan di hadapannya.

"Elfira,"

Elfira terkejut ketika namanya disebut, "M-macam mana.."

"Zayn. Zayn Ezrin." Zayn memperkenalkan dirinya.

"Pengawas, kan? Buku ini ada kat situ tadi, tak tahu milik siapa. Pengawas boleh buat pengumuman jika barang hilang, kan?" Ujar Zayn sambil memajukan tangannya. Di genggamannya ada sebuah buku.

Mata Elfira membutang, tangannya pantas mencapai buku itu. "Alhamdulilah, it's mine! Thank you sangat,"

Elfira memeluk buku itu, seakan memeluk seseorang. "Akhirnya jumpa juga!" Elfira mengerang kecil, bahagia.

Zayn tersenyum tipis, menikmati pemandangan manis di depan mata. Saat Elfira menatapnya, serta-merta dia menyembunyikan senyuman itu.

Elfira menatap Zayn dengan berbagai perasaan.

"Awak buka ke buku ni?"

Zayn geleng.

"Betul?"

Zayn angguk. Elfira ketawa kecil sebelum bertanya,

"Pelajar baru ke?" Soal Elfira.

Zayn mengangguk.

"Lepas itu buat apa kat sini?" Elfira pantas menutup mulutnya apabila tersedar. "Maaf! Maksudnya, kenapa ada kat blok ni? Cari kelas mana?"

Zayn berfikir sejenak. "Katanya kelas aku kat sini,"

"Kelas mana?"

"5IQ."

Elfira ternganga. "What?!"

Elfira tersenyum ke arahnya sebelum berpaling seberang, reaksinya berubah serta-merta. "Kenapa dia kena jadi classmate aku!"

"Hm?" Zayn bergumam, membuat Elfira kembali melihatnya.

"Hehe, tak adalah. Kalau macam tu, saya pergi ke kelas dulu." Elfira mengelak, padahal 5IQ itu kelasnya!

Tak boleh, nanti kalau dia masuk bersama Zayn, nanti ada gosip! Kelasnya tak pernah lenggang dari gosip sekolah. Segalanya tahu, banyak kabel be like.

Zayn angguk sambil menatap Elfira naik tangga semula, ingin kembali ke kelasnya.

Tak sempat Elfira menghabiskan anak tangga, Zayn bertanya, "Kelas kau di sini juga?"

Tubuh Elfira mengeras. Dia sontak ketawa kecil. "Y.. ya.. s.. saya kena pergi dulu, tata!"

Elfira berjalan laju, memegang erat diary nya di dalam dakapan.

"Aku ikut!" Zayn mengatur langkah laju untuk menyamai rentak kaki Elfira.

Kakinya yang panjang hanya memerlukan beberapa langkah saja untuk menyamai langkah perempuan pendek itu.

"Jangan!" Elfira jerit kecil tanpa memandang lelaki itu. Tujuannya hanya ingin mengelak daripada lelaki ini. Dan segera sampai ke kelas!

Elfira berjalan semakin laju, dan Zayn turut sama.

"Berhenti!" Arah Elfira dan berhenti melangkah selepas beberapa minit mereka menyaingi kaki. Zayn turut serta.

Zayn menatap Elfira penuh lekat dengan tanda tanya, dan Elfira juga begitu.

Mata mereka bertemu untuk beberapa saat. Sehingga lah..

"Elfira, bagusnya kamu!" Suara Cikgu Nurul menyapa mereka berdua yang bagai dilamun cinta.

"Belum sempat cikgu panggil, kamu dah tolong bawakkan Zayn." Puji Cikgu Nurul dengan senyuman. Kelas masih keliru dengan apa yang terjadi.

Mereka berpaling ke tepi, mendapati keberadaan Cikgu Nurul dan err.. Syiraz, Zuhaira, Amir, Shahrul, Danial, Ayuni, Dahlia dan murid sekelas mereka.

Elfira baru menyedari, dia berhenti di hadapan kelas 5IQ, tepat di pintu keluar masuk!

Elfira menghembus nafas lelah sebelum namanya dipanggil sekali lagi, oleh suara garau lebih kurang seperti milik Zayn, dan lebih halus serta lembut.

"Fir," Suara yang datang daripada luar kelas. Apabila Elfira melihatnya, dia masih memikul beg sekolah. Ryan baru datang pada jam sebegini.

Ryan berlari ke arahnya dengan senyuman yang unik.

"Kau kena hukum ke? Datang lewat juga?" Soal Ryan, matanya menatap Elfira dengan tatapan tulus.

Malangnya, Elfira tak menyedari itu.

"Kau datang lambat lagi?!" Bisik Elfira keras.

Ryan tersenyum, memindahkan pandangan kepada lelaki di hadapan mereka berdua. Ryan sedar, lelaki itu sedang menatap mereka berdua.

"Siapa ni?" Ryan bertanya, kepada Elfira.

Tapi, bukan Elfira yang menjawab. Melainkan Cikgu Nurul, guru kelas mereka sekaligus cikgu kimia.

"Pelajar baru, Zayn Ezrin."

"Ya Allah kamu datang lambat lagi?!" Cikgu Nurul meninggikan suaranya sedikit, membuat Ryan menggaru lehernya yang tak gatal.

"Maaf, cikgu. Sebabnya.. macam biasa.. hehe..,"

Cikgu Nurul hanya menggeleng, pasrah dengan rutin anak muridnya. Asyik bangun lewat saja!

"Sebab mood cikgu baik, kamu tak dikenakan hukuman hari ini,"

Ryan ketawa bahagia.

"Tapi esok hukuman dua kali ganda."

Ryan ternganga mendengar sambungan ayat itu. Ini harapan palsu!

Cikgu mempelawa mereka bertiga masuk, sebelum memperkenalkan Zayn kepada murid kelas 5IQ.

"Wah! Budak baru jarang masuk kelas ni, kau memang bertuah bang!" Jerit Amir.

Kelas mereka memerlukan murid yang betul-betul mampu berkomunikasi dalam semua subjek, terlebih subjek sains. Dalam kata mudah, budak yang bijak saja menduduki kelas ini.

"Woohoo, ada geng baru!" Shahrul menyelutuk.

"Zayn boleh duduk di belakang sekali, berjiran dengan Ryan." Arah Cikgu Nurul.

Zayn angguk sebelum mengikuti Ryan, berjalan ke meja mereka.

Zuhaira menatap Zayn dengan tatapan menyeramkan. Dia benar-benar jatuh dalam pesona Zayn.

"Jaga mata tu sikit," Tegur Ayuni.

Memandangkan meja mereka berdua bersebelahan. Memang sentiasa bergaduh!

"Excuse me?!" Zuhaira menyelutuk.

"Bukan ke kau suka Syiraz, nak suka Zayn pula?" Ujar Ayuni, bersama jelingan maut.

"Ikut aku lah! Nak dua ke tiga ke sepuluh ke!"

"Tamak."

"Apa?!"

"Hei, sudah wanita-wanitaku." Amir mencelah. Mejanya pula berada di belakang meja Ayuni.

"Siapa wanita kau?!" Ujar Ayuni dan Zuhaira serentak. Amir terkejut dan menggeleng.

"Tak, tak.."

"Aku dah kata jangan ganggu perempuan yang sedang adu mulut!" Danial memukul bahu Amir. Mejanya bersebelahan dengan meja Amir. Amir meringis sakit.

"Dah cukup kaki aku jadi mangsa Ayuni, kau nak kaitkan bahu aku pula!" Amir menyentuh rambutnya frustasi.

Sedangkan Zayn dan Ryan, mereka meletakkan beg serentak di atas kerusi mereka. Kemudian mereka duduk, mencipta keadaan hening.

Di hadapan mereka ada Elfira dan Dahlia. Elfira di baris Zayn dan Dahlia sebaliknya.

Dahlia memusingkan badannya ke belakang, menatap Ryan. "Akhirnya kau ada jiran juga,"

Ryan menjeling. "Kata je lah kau nak jadi jiran budak baru ni."

"Kalau kau bagi, hihi.." ujar Dahlia perlahan.

Dahlia menatap Zayn sekilas sedangkan lelaki itu berpura-pura tidak mendengar dengan membereskan buku-bukunya. Dia mementingkan kebersihan dan kekemasan.

"Gatal!" Ryan menyelutuk. Dahlia gelak kecil dan berkata itu hanya gurauan.

Elfira pula sibuk mengoyak kertas yang bertulis di diary nya. Dia tak mahu lagi menyimpan benda ini, cukuplah apa yang sudah terjadi!

"Kenapa koyak?" Soal Zayn membuat Elfira berhenti seketika.

"Saja, rasa tak penting."

Dahlia memusingkan badannya semula, dia menatap tangan Elfira yang kuat mengoyak helaian itu. Dia merangkul bahu Elfira sebelum berkata, "Sabar ya, El. Tak semuanya indah." Kemudian disahut dengan anggukan Elfira.

Adegan itu makin menimbulkan kekeliruan Zayn, termasuk Ryan yang baru datang sekolah. Apa yang ada dalam buku itu?

Tanpa sesiapa pun sedar, Syiraz melihat apa yang Elfira lakukan. Daripada helaian pertama sehingga helaian terakhir. Elfira berjaya mengoyak itu semua, dengan eksperisi yang kesal dan sukar dibaca.

Semudah itukah Elfira membuang tulisan tentangnya?

"Sanggup dia koyak semata-mata taknak bagi kau baca, agaknya apalah yang dia tulis ya?" Bisik Danial, yang mana tempat duduknya di sebelah Syiraz.

Syiraz hanya bungkam sambil melihat Elfira mencarik-carik kertas bertulisan itu.

"Aku tak kisah," Ujar Syiraz dengan nada yang dingin.

Seiring berjalannya waktu, Syiraz tak dapat fokus terhadap apa yang cikgu ajar. Fikirannya penuh dengan tulisan Elfira di dalam mesej kelmarin.

Sejujurnya, Elfira amat berbakat dalam menulis. Ayat itu menyentuh hati lelakinya.

"Oke, murid-murid boleh rehat semua." Ujar cikgu tatkala masa pembelajaran habis. Syiraz tersedar dan menutup serta mengemas buku-bukunya.

"YEAYYY!"

"Makanan!!!!"

"Jom, Mir! Aku nak makan Maggie!"

"Elfira!"

Satu-satunya jeritan itu menarik perhatian Syiraz. Ia berpaling. Menatap Dahlia dan Ayuni yang sedang menghampiri Elfira di tong sampah sudut belakang kelas.

Mereka bertiga mengobrol dengan suara perlahan. Syiraz tak dapat dengar.

"Kau serius nak buang? Taknak simpan sorok elok-elok kat rumah. Mereka nampak macam tak ingat dah, El." Ayuni berkata.

"Betul tu, kau menyesal nanti. Bukan mudah nak tulis macam tu. Semua tulisan tu jelas menggambarkan perasaan kau." Tambah Dahlia.

"Uni, Lia, aku rasa kena buang. Aku malu sangat sampai eiii aku rasa tak boleh baca balik apa yang aku tulis! Aku rasa nak pukul diri sendiri!" Ujar Elfira.

Dahlia dan Ayuni hanya mampu bersetuju. Ada baiknya Elfira menghapus perasaan itu.

"Berdamailah, tulisanku." Elfira berkata sebelum membuang serpihan-serpihan kertas itu ke dalam tong sampah.

Itu disaksikan oleh Syiraz.

Elfira terlihat menghembus nafas lelah. Kemudian mereka bertiga keluar daripada kelas dan hanya menyisakan Syiraz saja di ruangan kelas itu. Semuanya sudah turun rehat.

Selepas membereskan buku-bukunya, Syiraz segera berganjak ke ruang belakang kelas, menghampiri tong sampah. Dia melihat banyak kertas kesan koyak di dalam tong sampah itu.

Semuanya penuh dengan tulisan. Bahkan ada namanya.

Syiraz memandang kiri dan kanan sebelum menunduk, mengutip kertas-kertas tersebut, dan meletakkan kesemuanya ke dalam poket coat.

Bahkan dia tak menyisakan sedikit pun kertas berisi tulisan Elfira di dalam tong sampah.

"Ha, buat apa tu!"

Syiraz terkejut. Tubuhnya terasa kaku. Cepat-cepat dia menetralkan gerak tubuh, agar tak disyaki.

Ryan tersenyum sinis. "Kenapa kau tak rehat lagi?"

Di sebelahnya ada murid baru, Zayn.

"Oh, aku.. nak buang sampah."

"Hm? Tak pernah kau buang sampah selama ni.."

"Saja, aku bosan. Aku taknak makan."

"Em, something fishy here, tapi tak apa. Aku ada belikan roti. Kau nak?" Tangan Ryan terhulur, ada roti di genggamannya.

"Tak apa, aku tak lapar."

Syiraz menatap Zayn. "Hai, Zayn."

"Hai," Zayn tersenyum.

"Dia ketua pengawas sekolah kita," Ujar Ryan.

Zayn angguk faham. "Tahu."

"Tahu?"

Zayn bungkam. Syiraz juga.

Ryan melihat kecanggungan yang terjadi di antara Syiraz dan Zayn. Mereka menatap satu sama lain, dengan tatapan.. seperti saling mengenali.

Ryan menghayati mereka berdua. Dia rasanya seperti orang ketiga.

"Aku duduk dulu," Zayn menamatkan tatapan itu, dan pergi ke mejanya.

Sedangkan Ryan masih dilanda perasaan keliru.

"Ryan,"

Ryan memandang Syiraz dengan senyuman nipis. "Hm?"

Senyuman Ryan itu makin menerbitkan rasa bersalahnya, Syiraz berasa dirinya gagal menjadi seorang kawan.

"Kau marah aku?"

Soalan itu membuat Ryan seribu bungkam.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

המשך קריאה

You'll Also Like

119K 12.1K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
86 59 50
Semua didalam buku ini saya ambil dari sumber-sumber tertentu. #Free Palestine 🇵🇸 #Save Gaza 🇵🇸 #All eyes on Rafah 🇵🇸