C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C88

1.8K 230 21
By leimonadd

KERJA Nufa buat masa ini sudah selesai. Lihat Warda yang diam bermain telefon di sisi buat Nufa bosan sendiri. Afrina pula memang dah lama tak masuk kerja kerana sudah sarat mengandung. Tinggal tunggu hari.

Dalam diam, Nufa mengeluh kecil.

"Kau kenapa?" Mungkin Warda dengar keluhannya, itu yang si gadis bertanya. Sebagai jawapan, Nufa geleng sambil senyum kecil sahaja.

"Aku nak per-"

"Nak pergi kat suami kau? Pergi lah. Aku tak peduli. Pergi, pergi! Memang kau seorang aje yang tempat kerja dekat dengan suami kau." Warda memotong laju ayat Nufa. Sambil itu tolak-tolak perlahan bahu Nufa.

Berkerut dahi Nufa sebelum dia tepis kuat tolakan Warda. Mengekek kecil gadis itu dibuatnya. Lagi tambah kerut di dahi Nufa.

"Kau merepek apa ni?" Soal Nufa.

Warda hanya julingkan mata ke atas. Telefon diletak atas meja kaunter seraya bibir menjuih ke pintu hadapan.

Sekilas Nufa pandang pintu. Tiada siapa pun. Elok pula tu pintu kaca itu tertutup. Dobi ni pun kosong aje. Cuma ada mereka berdua sahaja.

"Apa?" Nufa tak faham.

Warda julingkan mata ke atas sekali lagi.

"Sejak-sejak lepas kahwin ni, blur tu memang mencanak naik sampai ke bulan ya?" Sindir Warda dalam gurauan.

Nufa hanya geleng kecil.

"Kau nak pergi jumpa Nadhif kan? Pergi lah. Biarkan aku menyendiri di sini." Warda buat ayat sedih. Siap olok-olok lap hujung mata dengan jari lagi.

Drama Queen!

Nufa bangun malas nak layan drama murahan Warda.

"Betul lah orang tua kata, jangan menyampuk. Kan dah ke lain." Nufa tolak kerusi dan bawa langkah kaki masuk ke dalam bilik staf.

"Eh, kau nak ke mana? Pintu kat sana!" Lurus jari Warda tunjuk pintu premis #OhMyDobi.

"Aku tak kata aku nak pergi jumpa Nadhif." Mudah Nufa cakap.

"Tadi kata nak jumpa Nadhif." Warda garu dahi. Pelik dengan Nufa.

"Bila masa? Yang cakap tu kau. Aku baru cakap nak per. Perkataan pergi pun tak habis lagi kau dah menyampuk buat kesimpulan sendiri." Malas-malas Nufa bebel panjang lebar dengan gaya cekak pinggang.

Penat melayan Warda ni kadang. Tabah sungguh Putra.

Dengar bebelan kecil Nufa, Warda jadi sengih sendiri. Terangguk-angguk dia dengan tangan rapat bersama.

"Dah tu kau nak buat apa dalam bilik staff tu?" Soal Warda.

Hairan lah. Bilik staff tu tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuma ada satu almari untuk letak barang-barang mereka. Kemudian ada tilam nipis dan beberapa biji bantal. Itu sahaja. Kosong!

Tak bersuara, Nufa langsung buat gaya tidur. Tangan dirapatkan sebelum dibawa hampir ke telinga. Kepala disengetkan sedikit dengan mata tertutup.

Warda angguk. Mengerti. Tengok jam pun, memang masa-masa pencernaan perut.

"Okey. Selamat berehat." Ucap Warda sambil angkat ibu jari. Kemudian pusing tubuh keb hadapan dan sambung main telefon.

Nufa senyum hambar sebelum masuk ke dalam bilik staff.

Suis kipas dibuka sebelum langsir dibuka luas. Tak mahu buka lampu biar ruang sedikit malap. Senang dia berlayar ke alam mimpi nanti.

Mulut yang sudah menganga besar dek menguap Nufa tutup. Malas-malas Nufa pergi ke tilam. Kibas sedikit tilam sebelum badan direbahkan di situ.

Ambil kedudukan selesa sekejap. Tudung dibiar sahaja tidak dibuka. Tak peduli. Kalau kedut, sterika kan ada. Susah apa.

Rebahkan kepala di atas bantal, kantuk mula datang menjengah. Buat mata Nufa separa terkatup.

"Mengantuknya ya Allah..." meleret perlahan suara Nufa sambil mata makin lama makin terkatup.

Sunyi bilik itu. Hanya kedengaran bunyi kipas sahaja. Lagi lah buat mata Nufa makin terkatup dan wassalam. Tutup sepenuhnya mata Nufa.

Tarik dan hela nafas Nufa tenang sahaja. Sesekali matanya terbuka sedikit dan terkatup lama.

Dada berombak perlahan. Mata dah tak terbuka. Nufa memang sudah tidur. Nak masuk alam mimpi sahaja jika punya rezeki.

Kring kring! Kring kring!

"Hah!" Terkejut Nufa bila sunyi bilik tadi diganggu oleh kuat nada dering telefonnya. Membulat mata dengan riak wajah yang sedikit terkejut.

"Astaghfirullahal azim!" Dada Nufa urut perlahan sebelum tangan meraba sekelilung mencari telefonnya.

Dah jumpa, geram Nufa lihat nama yang tertera di skrin. Geram-geram pun, ia beransung hilang bila sedar Nadhif yang menelefon.

Tersenyum kecil Nufa dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Apasal dia video call pulak ni?" Tergelak kecil Nufa.

Panggilan video itu diterima. Nufa tunjuk separuh sahaja muka bila panggilan video itu bersambung. Biar Nadhif hanya nampak mata dan dahinya sahaja.

"Aik. Huwainaa dah balik rumah ke?" Soalan pertama diajukan Nadhif bila lihat Nufa.

Nufa sengih dalam kantuk.

Nadhif dengan sarung tangan kainnya dan bangku. Di sekeliling ada kotak-kotak buah. Suami kita tengah kerja, geng!

"Mana ada." Balas Nufa. Kantoi tidur ni aebab suara serak dan malasnya.

"Tidur ke, tembikai?" Soal Nadhif. Ada senyum senget di bibir itu. Badan pula dah membongkok. Seolah-olah memperhatikan Nufa betul-betul!

Nufa gelak halus.

"Ngantuk lah." Adu Nufa manja. Mata ditutup dengan tangan.

"Aduh, sayang! Jangan lah tutup mata cantik tu. Dah lah muka penuh tak mahu tunjuk, mata pula ditutup! Jangan, yang! Abang jentik dahi satgi." Panjang kata-kata Nadhif.

Alihkan tangan, Nufa tunjuk dia julingkan mata ke atas. Menyampah sangat. Bebel gitu je pun. Debar tu dah rasa!

"Bising lah." Omel Nufa perlahan.

"Abang diam betul-betul nanti kang. Merana Huwainaa nanti!" Ugut Nadhif.

Nufa mencebik dalam senyum. Takutnya kita dengan ugutan dia tu.

"B diam dan teman Waina tidur boleh?" Sakat Nufa. Mana boleh kalau tak menyakat.

Hari ni belum lagi sakat-menyakat. Ada Mifzal dan Nourin yang bagi potong mood.

Nadhif julingkan mata. Badan dah beralih daripada telefon sedikit. Sambung buat kerja dan Nufa dapat tangkap Nadhif yang mencebik kecil.

"Pendek sangat cebik tu. Panjangkan lagi macam air terjun, b!" Nufa tak berhenti lagi menyakat. Kali ini dengan pakej ketawa kecil sekali.

Eh. Kalau begini, hilang dah mengantuk!

"Huwainaa..." meleret panjang terus suara Nadhif. Tapi perlahan sahaja sambil angkat telefon rapat. Memang muka dia sahaja penuh skrin telefon.

Nufa terus hambur gelak. Alah, manjanya abang buah ni. Rasa nak hempuk-hempuk!

"Gedik. Mengada." Kutuk Nufa selamba.

Nadhif dah letak semula telefon. Kembali ke posisi sedang berkerja semula. Bibir pun dah senyum senget.

Memang sah gedik dan mengada tadi.

"Serius lah. Huwainaa kat mana?" Tanya Nadhif biasa. Takde dah rengek mengada tadi.

Nufa senyum. Kamera telefon terus ditukar ke kamera belakag. Bergerak telefon tunjuk sekeliling.

"Meh Waina review bilik staff kat #OhMyDobi." Ceria suara Nufa gamit Nadhif untuk senyum sama.

Tak hiraukan kerja-kerja, Nadhif tekun lihat apa yang ditunjukkan Nufa.

"Kat situ almari. Dan sudah." Pendek pengenalan Nufa buat senyum Nadhif pudar langsung.

"Hah? Itu aje?" Soal Nadhif. Hairan sedikit. Biar betul?

Nufa gelak kecil. Thumbs-up ditunjuk.

"Ada almari dengan tilam dan bantal." Kata Nufa. Kamera masih di mode belakang.

Nadhif senyum.

"Review lah tilam tu."

"Malas lah. Waina tengah tidur atas tilam ni. Biasa aje. Tak tebal sangat, tak nipis sangat."

"Sebab Huwainaa tengah tidur atas tilam tu lah abang minta Huwainaa review." Selamba tapi nakal. Tengok senyum senget Nadhif pun Nufa tahu.

"Gatal!" Kutukan Nufa gamit tawa besar Nadhif.

"Hesy! Jangan hensem sangat gelak tu. Nanti orang lain tengok, tak pasal-pasal kecewa." Marah Nufa perlahan.

"Kenapa pula kecewa?" Soal Nadhif. Dahi berkerut.

"Yalah. Si gelak tu dah ada isteri." Balas Nufa selamba.

"Mana isteri? Isteri pun video call tak nak tunjuk muka. Maleh aku." Selamba juga Nadhif balas. Campur menyakat sama.

Nufa gigit bibir bawah.

"Biar lah tak tengok muka."

"Masalahnya abang rindu. Kerja dari tadi asyik ingat Huwainaa aje. Tak boleh fokus!" Laju Nadhif balas. Jujur. Bukan ayat penyedap hati.

Nufa cebik dan diam.

"Ni call, dapat tengok dinding aje. Kahwin dengan dinding lah kalau gini." Nadhif menyakat.

Nufa cebik lagi.

"Eleh. Sebelum kahwin okey aje." Omel Nufa. Tak puas hati sikit.

Nadhif senyum.

"Cik puan isteri tersayang oi. Kalau cik puan isteri tersayang tahu abang sebelum kahwin macam mana, cik puan isteri tersayang mesti tak percaya." Nadhif senyum. Sarkastik!

Nufa terumpan untuk dengar lagi.

"Apa?"

"Sama lah gini. Tak boleh fokus. Sebab tu tiba-tiba ada kat sana buat-buat basuh baju. Gigih abang bawa baju dari rumah tau. Padahal baju dah basuh dah." Cerita Nadhif.

Nufa dah ternganga kecil. Langsung kamera ditukar ke mode kamera hadapan. Muncul lah mata dan dahinya sekali lagi untuk tatapan Nadhif.

"B tipu!" Nufa tak percaya.

Nadhif gelak sambil geleng kecil.

"Tak tipu!" Nadhif ketawa di hujungnya. Sambil tu angkat tangan hingga paras bahu gaya orang berikrar.

"Gila membazir!" Nufa masih lagi tidak percaya.

Nadhif cebik dan jongketkan bahu sekilas.

"Well. Sebab perasaan masa tu menggilakan abang." Berkias Nadhif beritahu. Nufa yang dengar langsung mencebik.

Mahal sungguh lah ucap kata 'mahal kita' si Nadhif ni. Bila dapat dengar pun tak tahu lah.

"Masa tu je lah. Sekarang video call je. Faham." Nufa buat-buat jauh hati.

Nadhif senyum.

"Sayang. Kalau rasa tu dah bagi kita kenyang, abang tak kesah untuk menempel sebelah sayang dua puluh empat jam sepanjang hidup abang. Abang dengan rela hati. Huwainaa rimas pun abang takkan jauh!"

Nufa senyum kecil. Sedikit terhibur.

"Kena tahan sikit lah. Kalau tak, tak berjalan kerja-kerja kat sini." Nadhif pujuk diri sendiri.

Nufa senyum dan angguk faham. Nadhif pincing mata sahaja lihat Nufa. Masih lagi mata dan dahi sahaja yang jadi tatapan.

"Sebab tu kena tunjuk muka full, honeydew. Abang rindu." Pinta Nadhif lembut. Sambil tu tunjuk tembikai susu di dalam kotak.

Nufa tergelak. Manja aje gelaknya, buat rindu Nadhif makin membuak. Parah betul lah kondisi diri bila dah kahwin dengan Nufa ni. Macam belum cukup mengubati apa yang sebelum kahwin aje.

"Biar lah. Tahan sikit." Sengaja Nufa nak seksa Nadhif. Nak tengok effort lelaki itu.

Cewah!

"Kenapa?" Jatuh bahu terus Nadhif dengar balasan Nufa.

Nufa senyum.

"Biar terkumpul rindu lalu di akhir hari, ia terungkai semua bersama." Lembut dan manis sahaja balasan Nufa. Dan ketahuilah! Sesungguhnya wajah Nufa dah memerah sendiri dengan ucapannya tadi.

Oh! So not Nufa Huwainaa yerrr!!!

Nadhif ternganga kecil. Terkaku lalu terkelu. Tak sangka Nufa nak bermadah sedemikian rupa.

"Bye, b. I empat you!" Dan langsung Nufa matikan panggilan.

Campak telefon ke tepi, Nufa terus meniarap. Wajah rapat ke bantal. Tangan tutup telinga. Kaki dan terpukul-pukul laju ke tilam.

"Aaaahhhh!" Malu Nufa lepaskan jeritan dalam bantal.

I empat you! Alah bodohnya! Entah Nadhif faham ke tidak.

Ting!

Notifikasi WhatsApp masuk. Laju tangan capai telefon semula dan WhatsApp dibuka.

Dada berdebar halus.

Huwainaa Punya
Apa sayang cakap tadi? Abang tak faham.

Pudar terus senyum. Telefon dicampak ke tepi.

"Benci lah! Dasar mamat poyo beku!" Omel Nufa tak puas hati.

Ting!

Bunyi sekali lagi telefon. Tajam Nufa pandang ia. Tapi, tetap juga telefon ditarik merapat.

Nadhif hantar gambar pada view once.

Tekan, menganga langsung Nufa. Terduduk terus dia daripada berbaring tadi.

Ada gambarnya dengan muka beriak hodoh di situ. Dan semestinya bukan sahaja dirinya ada dalam gambar. Bahkan Sayf dan Habeeba juga.

Mata ke bawah pandang pesan yang ditulis Nadhif di situ.

"Tapi, abang faham yang sebelum tu. Nanti abang tuntut ganjaran bersabar abang tunggu tembikai sayang separuh hari ni.


"Eee! Apa kena mengena dengan gambar hodoh aku tu!" Geram Nufa jadinya.

Laju jari bergerak atas papan kekunci di skrin telefon.

You
B dapat mana gambar tu hah?!

Ting!

Huwainaa Punya
Siapa-siapa aje lah. Tak dapat tengok yang cantik, yang pelik macam ni pun okey lah.

You
EEEE😤😡

Huwainaa Punya
Abang ada banyak ni. Nak tengok?

Sakatan Nadhif langsung buat Nufa geram.

"Tak lain tak bukan, kerja Sayf ni!" Geram Nufa belum pudar. Langsung tetingkap bualnya dan Sayf dibuka.

You
AKU SEBARKAN GAMBAR AIB KAU KAT WARDA DAN HALWA! PADAN MUKA

Senang-senang aje gambarnya disebarkan. Malu tau!

Sayf Dude
Hah? Apa salah aku 😢😭

Campak telefon ke tepi, Nufa baring semula. Bantal dipeluk erar.

Ah! Tak nak fikir! Kumpul tenaga dulu sebelum nak balas dendam.

Siap Nadhif! Tunggu! Biasaaa diaaa tuuu!

Continue Reading

You'll Also Like

593K 29.3K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...
682K 64.6K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
123K 14.1K 34
"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 �...
217K 14.1K 48
[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang t...