C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C87

2K 233 72
By leimonadd

MAKANAN sudah siap terhidang di atas meja. Serentak Nufa dan Nadhif mengucapkan terima kasih kepada pelayan. Dan selepas itu mereka tatap sesama sendiri sambil tersenyum manis.

"Cukup, Huwainaa?" Soal Nadhif. Mangkuk nasi ditarik rapat kepadanya sebelum nasi disenduk ke pinggan.

Nufa angkat ibu jari. Tanda puas hati. Di hadapan mereka sekarang ada banyak lauk. Ada Tom Yam Khung. Ada Telur Bistik. Ada Kangkung Goreng Belacan. Ada Ayam Halia. Ada Udang Tepung.

"Cukup. Kalau tak cukup, Waina tambah order boleh?" Pinta Nufa sambil tersengih suka.

Nadhif angguk sekali. Pinggan yang diisi nasi putih dihulur kepada Nufa dan Nufa dengan gembira mengambilnya.

"Boleh, Huwainaa. Jus tembikai Huwainaa tu nak tambah lagi?" Soal Nadhif. Memuncung bibir tunjuk jus tembikai yang berbaki separuh gelas.

"Nanti lah." Kata Nufa pendek. Dia mula menyenduk kuah Tom Yam Khung ke dalam mangkuk. Kemudian beri kepada Nadhif.

Nadhif suka.

"Kenapa Mifzal datang tadi?" Soal Nadhif.

Baru nak bertanya. Dalam kereta tadi, mereka lebih banyak bincangkan mahu makan tengah hari di mana. Dan serba sedikit Nufa cerita perangai lepas rindu Sayf kepada Nadhif. Manakala Nadhif pula cerita perngai Haikal kepada Nufa.

Nufa baru nak suap masuk ke dalam mulut. Terhenti sekejap perlakuannya. Juling mata ke atas tanda menyampah bila nama Mifzal tiba-tiba muncul.

"B. Waina nak makan tau." Tanpa nada Nufa balas kata. Tak menjawab soalan langsung.

Nadhif gelak halus.

"Okey, okey. Tapi saje lah abang nak tahu. Sebelum ni dia ada datang juga ke masa Huwainaa takde?" Soal Nadhif. Tak peduli walau Nufa jelas tunjuk menyampah.

Nufa jongketkan bahu. Nasi disuap masuk dalam mulut. Kunyah dan telan dulu sebelum bak menjawab soalan Nadhif.

"Warda kata takde pun. Tepat-tepat pula ya dia datang. Macam tahu aje Waina masuk kerja." Beritahu Nufa.

Nadhif yang dengar hanya diam. Tak berkelip dia memandang Nufa sebelum dia nampak Nufa terkaku. Kemudian laju Nufa angkat wajah memandangnya.

"Ke dia memang tahu Waina masuk kerja hari ni? Dia stalk Waina ke?" Terkejut Nufa bila memikirkan kemungkinan itu.

Nadhif hanya senyum senget sahaja dan menggeleng perlahan.

"Kalau dia stalk Huwainaa, takde lah dia terkejut bila abang tunjuk kad nikah kita tadi. Kebetulan dia datang tu. Haikal pun bagitahu takde pula dia nampak Mifzal tu sepanjang kita takde." Beritahu Nadhif. Tapi, dalam hati risau juga.

Nufa dah jadi lega sikit. Kuah Tom Yam dihirup perlahan.

"Jadi? Kenapa dia datang tadi?" Nadhif ingin tahu. Dia cuma dengar bahagian akhir-akhir aje tadi. Tu pun dah cukup buat hatinya panas.

Nufa mencebik.

"Macam biasa lah. Ajak get back lah. Apa lagi kerja yang dia nak buat kat situ?"

Nadhif angguk, mengerti.

"Kemain hebat penangan isteri abang ni. Bekas kekasih datang tak putus asa nak jalin hubungan semula." Usik Nadhif.

Nufa lepaskan tawa kecil. Kening diangkat sekali dua. Bangga pula.

"Amboi. Bangga sangat tu. Jangan nak gembira sangat ya. Ingat. Awak jadi rebutan seribu orang pun, awak tu mutlak milik abang tau." Nadhif beri amaran dalam gurau.

Nufa senyum senget.

"Tengok lah macam mana." Selamba Nufa balas. Sambil tu buat macam sedang berfikir.

Nadhif dah letak sudu garfu atas pinggan. Kaki di bawah meja dah sepak perlahan kasut Nufa. Buat Nufa pecahkan tawa. Rapat tangan menutup mulut.

Kelakar!

"Main-main pulak." Rajuk Nadhif.

"Waina tahu lah. Gila ke apa nak curang dengan abang buah ni? Dah lah kerek, poyo pula tu. Selalu berlagak hensem. Mana nak dapat suami macam ni?" Sakat Nufa lagi. Suka pula lihat wajah rajuk Nadhif.

Hodoh sungguh!

Nadhif dah julingkan mata ke atas. Mula lah semangat luar tu datang. Asal nak membahan suami, memang lain macam semangatnya.

"Sewel sungguh." Omel Nadhif bawah nafas.

Nufa makin bantai gelak. Tak habis makan kalau macam ni.

"Betul kan? B memang poyo, memang kerek. Suka kutuk style orang macam dia lah makhluk paling hensem atas muka bumi ni." Sambung Nufa. Tak peduli walau wajah Nadhif dah cemberut sekalipun.

Nadhif diam. Kecik besar, kecik besar aje dia pandang Nufa sekarang ini.

"Tapi..." panjang leret tapi Nufa buat kening Nadhif terangkat. Isteri nak masuk part memuji kan?

Nufa perasan yang Nadhif seakan menunggu. Macam tahu-tahu aje dia mahu puji. Lagi lah Nufa semangat nak menyakat.

"Nak buat macam mana? Dah terkahwin. Hadap aje lah." Pasrah suara Nufa sambung kata. Kepala pun geleng perlahan untuk mantapkan lakonan.

Nadhif geram. Patah hati sungguh dengan Nufa Huwainaa ni.

"Haah. Abang pun kena hadap aje lah perempuan gedik, perempuan mengada, perempuan kerek macam Huwainaa ni." Balas Nadhif geram.

Nufa tahan tawa daripada terburai. Meja ditepuk beberapa kali. Nadhif yang melihat hanya geleng sahaja.

"Makan cepat." Arah Nadhif sambil jeling halus kepada Nufa.

Nufa sengih dan angguk sahaja.

Diam mereka menikmati makanan. Tapi, sekejap cuma sebelum Nadhif timbulkan soalan.

"Tapi kalau Haikal yang tolong Huwainaa, Huwainaa nak kahwin dengan dia ke?"

Nak tersedak Nufa dengar soalan Nadhif. Buat dia terbatuk. Nadhif cepat-cepat hulurkan Jus Tembikai kepada Nufa.

"Apa b ni?" Tisu Nufa lekapkan di mulut. Mencerlung matanya memandang Nadhif.

Nadhif beriak selamba.

"Abang tanya aje." Tenang aje Nadhif balas kata.

"Tanya pun soalan merepek." Geram nada Nufa.

"Macam abang cakap tadi. Abang tanya aje." Sengih tak ikhlas di hujung kata.

Nufa julingkan mata. Tu bukan bertanya. Tapi, sengaja cari topik gadih manja.

"Sepatutnya soalan-soalan macam ni Waina yang tanya tau. Kenapa b pula tanya? Jarang lah jumpa lelaki macam b ni." Tergeleng kecil Nufa.

Nadhif diam. Tak tahu nak anggap itu pujian atau perlian.

"So?"

Nufa gelengkan kepala. Nak juga tahu tu!

"At the first place, kenapa pula Waina nak minta tolong Haikal? Dia duduk sebatu jauh pun boleh ajak perang tau." Jawab Nufa.

"Lagi satu, Mifzal memang tak akan percaya kalau Haikal yang jadi kekasih Waina." Tambah Nufa.

Dahi Nadhif berkerut.

"Kenapa pula?"

Senyum malas Nufa sebelum dia buka mulut beritahu.

"How was your day yang Mifzal tanya memang tak lepas daripada nama Haikal. Haikal itu... Haikal ini... Eee! Memang sebelum b, Haikal tu lah yang paling menyakitkan hati." Nufa julingkan mata, menyampah.

Nadhif angguk.

"Maknanya, lepas abang muncul nama abang lah selalu muncul dalam how was your day?" Kemam bibir Nadhif jadinya. Tahan diri daripada tersenyum suka.

Atas bawah, atas bawah Nufa pandang Nadhif.

"Nak Anugerah Lelaki Paling Annoying ke?" Sinis Nufa menyoal.

Nadhif terus lepaskan tawa. Keluar terus lesung pipit cantiknya, gamit Nufa menoleh ke kiri dan ke kanan.

Orang nampak nanti, boleh cair tau! Masa ni juga lah dia nak hensem luar alam. Tumbuk kang!

"Selagi anugerah tu ada kena mengena dengan sayang, annoying pun annoying lah." Suka Nadhif membalas, buat Nufa tahan senyum daripada mekar.

Angau!

"Lagi satu. Yang nak tolong ni kan sebenarnya b yang offer. Bukan Waina yang minta." Sambung Nufa.

Kening Nadhif langsung terangkat. Jus oren disedut perlahan. Basahkan tekak dulu sebelum nak menjawan pertuduhan yang satu ini.

Gelas jus ditolak tepi.

"Hello. Molek sikit bercakap. Yang selalu datang macam minta tolong tu, Huwainaa ya. Seorang Nufa Huwainaa." Tekan Nadhif.

Nufa geleng, nyata tidak bersetuju.

"Bila masa pulak?" Tak puas hati.

Nadhif senyum senget.

"Huwainaa ni memang dah bahagia sangat dengan abang gamaknya. Lupa eh semua benda lepas kahwin." Sindir Nadhif.

"Hello. Perangai kerek Nadhif Hamza tersemat kemas ya dalam kepala. Kalau boleh ditulis, berkajang-kajang tau pasal annoying b tu." Nufa tak mahu kalah. Dia balas juga sindiran Nadhif.

Geram Nadhif. Kecil-kecil cili padi sungguh lah.

"Abang pun boleh tulis berkajang momen tusuk hati Huwainaa ke abang tau!"

"Momen tusuk hati apa benda?" Soal Nufa kurang faham. Momen menyakitkan hati ke? Next level sungguh penggunaan kata Nadhif.

Nadhif senyum.

"Momen tusuk hati lah. Setiap kali Huwainaa datang menyorok kat belakang abang, setiap kali tu hati abang kena tusuk. Kena panah supaya jatuh cinta. Mereng betul!" Balas Nadhif selamba.

Nufa dah terdiam.

"Hah?"

Nadhif angguk.

"Berapa banyak kali Huwainaa tusuk hati abang. Selamba aje bagi abang rasa nak jadi hero Huwainaa. Setiap kali Mifzal datang, Huwainaa menyorok. Tahu tak nak lemah lutut ni bila Huwainaa menyorok belakang abang?" Nadhif menyoal dalam geram.

Memang geram. Tak pasal-pasal! Niat Nufa yang nak menyorok tu buat hatinya salah taksir. Dah lah minat pandang pertama! Lepas tu, macam durian runtuh Nufa hantar perasaan.

Nufa terkelu. Tak tahu nak balas apa.

"Tak tahu kan? Haaa." Jari telunjuk bergoyang-goyang di hadapan Nufa.

"Ish. Diam lah." Malu Nufa. Ditepisnya jari Nadhif sebelum kembali dia menjamah makanan.

Nadhif mencebik dalam senyuman. Suka bila Nufa malu-malu begini.

"Jadi, jangan salahkan abang lah kalau kerja abang nak sakitkan hati Huwainaa aje."

Nufa tak faham.

"Kenapa pula macam tu? Kata suka?" Tanya Nufa.

Nadhif senyum senget.

"Ingatkan kerek-kerek macam tu buat perasaan tu hilang. Rupanya tidak. Lagipun, abang memang tak reti mengorat. Macam tu lah jadinya bila nak mengorat." Sengig Nadhif beritahu.

Tak biasa dengan perempuan kata kan. Memang tak reti benda-benda ni semua. Sebab tu dia kata Nufa beruntung dapat bercinta dengannya. Hahaha!

Nufa mencebik.

"Mengorat macam nak cari gaduh!" Perli Nufa.

Nadhif hanya mengangguk. Langsung tidak menafikan. Memang betul pun. Buat apa nak marah kan?

"Sekarang tak macam tu kan?"

Nufa hanya julingkan mata. Bibir senyum. Memang betul. Sekarang Nadhif tak macam dulu. Mengorat Nadhif bikin lutut lemah. Dada berdebar. Perut digeletek. Sampai nak pengsan kadang-kadang.

"Perasan." Komen Nufa sepatah.

Makanan dijamah semula. Masing-masing senyum bila teringat memori-memori lama.

"Lepas makan, Huwainaa ada nak pergi mana-mana?" Soal Nadhif.

Nufa diam. Berfikir seketika.

"Kalau nak pergi Family Mart boleh?" Pinta Nufa. Sengih di hujung kata tanda memujuk. Mana tahu kalau tak sengih, tak dapat.

Nadhif buat-buat terkejut. Dan itu undang sepakan Nufa di bawah meja. Terhambur langsung gelak kecilnya.

"Makan lagi? Gendut sungguh lah!" Geleng kepala Nadhif, tambah menyakat.

Nufa dah tarik muka tak puas hati. Mai datang perangai bully dia tu.

"Tak bo—"

"Takde pun abang kata tak boleh." Laju Nadhif pintas kata-kata Nufa. Baik dia potong sebelum habis ayat rajuk tu. Nanti nak pujuk, satu hal pula.

Nufa langsung senyum dan ucap terima kasih perlahan.

"Sama-sama. Untuk Huwainaa, Family Mart kat Jepun sana pun abang boleh bawa kan." Perli Nadhif dalam senyum manis.

Memang menyakitkan hati. Nufa hanya mampu julingkan mata ke atas sahaja. Pasrah.

Nasib badan. Siapa suruh setuju nak kahwin kan? Hadap aje lah sampai tua.

Sedang mereka makan, tiba-tiba telinga masing-masing menangkap satu suara sayup-sayup memanggil mereka berdua.

Cari punya cari, mata masing-masing lurus pandang pintu masuk kedai makan itu. Kemudian, masing-masing menyesal.

Nourin yang dah lambai dan makin mara ke arah meja, buat kepala makin tunduk.

Allah! Bala lepas Mifzal datang pulak!

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

MEJA sebelah dipenuhi dengan kawan-kawan Nourin. Ada kawan-kawan Nourin aje lah. Yang Nourin pula dah selamba duduk sekali di sebelah Nadhif.

Panas hati Nufa jadinya. Kecil besar, kecil besar aje Nourin di matanya sekarang.

"Abang Adep nak tambah nasi lagi?" Soal Nourin dengan suara mendayunya. Bikin Nufa urut pelipis.

Pening sungguh yang mendengar. Apa lagi Nadhif yang kena hadap.

Nadhif menggeleng. Laju dia habiskan suapan makanan sebelum bangun dia menuju ke tandas. Rasa makanan tak dapat nak dihadam sempurna.

"Abang Adep!" Panggil Nourin. Niat nak mengekori tapi Nadhif dah berdesup pergi dahulu.

Nufa malas-malas habiskan Tom Yam Khung. Kawan-kawan Nourin yang nyata rasa kekok di meja sebelah, Nufa hantar sebuah senyuman hambar.

"Tak nak ambil semula ke kawan korang ni?" Tanya Nufa selamba.

Gelak kekok kawan-kawan Nourin sebelum masing-masing menggamit Nourin duduk bersama mereka semula.

Nourin menggeleng. Tajam mata pandang Nufa.

"Biar lah Nourin nak duduk mana-mana pun. Abang Adep tak cakap apa-apa pun." Lurus Nourin nyatakan ketidakpuasan hatinya.

Nufa hanya senyum menyampah.

"Kalau Nadhif cakap pun, belum tentu kau dengar. Bebal semacam." Hebat Nufa membalas dengan selamba.

"What?!" Nourin geram.

Nufa senyum sahaja sambil sambung habiskan makanan. Walau selera dah lama mati, tak baik membazir.

"Bukan main Nufa depan Abang Adep. Pijak semut pun tak mati. Bila depan Abang Adep, senyap aje." Sengaja Nourin berkias tuduh Nufa talam dua muka.

Senyum sinis diukir.

"Boleh je aku nak cakap apa-apa. Tapi, Abang Adep a.k.a suami aku tu yang halang. Dia tahu dah perangai isteri dia ni macam mana. Yang dia tak tahu tu mungkin perangai kau yang kuat caras hak orang ni."

"Eh, biadap!" Suara Nourin dah meninggi. Meja dipukul kuat, menarik beberapa pandangan mata ke arah mereka.

Kawan-kawan Nourin dah cuak. Masing-masing bangun menghalang Nourin daripada buat sesuatu yang gila.

Nufa tetap santai. Buat apa nak melenting. Bukan dia yang salah di sini.

"Aku tak biadap kalau kau tak mula." Balas Nufa selamba.

"Aku pun takkan biadap lah kalau kau tak masuk campur dalam hidup Abang Adep. Perampas!" Nourin tak mahu kalah.

"Bila masa pulak. Memangnya Nadhif angkat kau sebagai kekasih dia ke sebelum ni?" Nufa sengaja simbahkan minyak ke api.

Ingat Nufa nak diam? Cukup lah dia pernah lalui perkara yang sama dahulu. Ayesha datang menyerang dulu cukup mengajarnya untuk pertahankan diri sendiri.

"I'm his girl bestfriend!" Nourin hentak meja sekali lagi. Mengamuk sungguh.

Kawan-kawan Nourin dah malu sungguh. Masing-masing dah tak senang duduk.

"Nourin, dah lah tu. Malu orang tengok!" Sempat Nufa tangkap suara mereka menghalang.

Nourin tepis pegangan kawannya pada lengannya.

Nufa diam. Sedut Jus Tembikai sampai habis, Nufa langsung berdiri selepas itu. Tisu diambil dan mulut dilap. Senyum, beg disangkut pada bahu.

"And I'm his wife." Tenang Nufa balas. Sempat dia tersenyum manis sebelum dia berlalu dari situ.

Tadi nampak Nadhif di kaunter pembayaran. Biar lah lelaki itu selesaikan pembayaran. Dia tunggu di luar.

Agaknya begini lah yang Nadhif rasa tiap kali Mifzal datang mengganggu. Sakit juga eh.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"SAYANG!" Panggilan itu buat Nufa angkat pandangan daripada telefonnya. Nampak Nadhif yang dah melangkah laju kepadanya buat Nufa senyum kecil.

"Sayang." Berdiri di hadapan Nufa, Nadhif sedikit tercungap. Wajahnya jelas risau.

Nufa diam. Tanpa kata, terus dia peluk tubuh Nadhif, beritahu dia okey sahaja. Ada lah terkesan juga tadi, tapi dia sudah okey sekarang.

Nadhif rasa lega terus bila Nufa memeluknya. Erat tubuh Nufa dipeluk sampai wajahnya tersembam di leher Nufa.

"Abang minta maaf." Bisik Nadhif perlahan dalam pelukan itu.

Nufa mengangguk. Belakang tubuh Nadhif ditepuk perlahan sebelum lembut dia menolak tubuh Nadhif menjauh.

Nadhif tilik wajah Nufa setelah pelukan terlerai. Diam dia membaca air muka Nufa.

"Waina okey je lah. Tak payah pandang macam tu." Pipi Nadhif, Nufa tolak lembut.

Nadhif senyum kecil. Tangan Nufa ditarik masuk dalam genggaman sebelum dia tarik Nufa menuju ke kereta.

Masuk sahaja kereta, laju Nadhif pasang penghawa dingin. Kemudian, tubuh menyenget menghadap Nufa. Tidak lupa dia beri tisu untuk Nufa guna lap peluh di dahi.

"Abang minta maaf sebab bagi Huwainaa tunggu abang panas-panas macam tu." Ucap Nadhif. Tangan disatukan rapat ke dada.

Nufa menggeleng sambil senyum.

"Waina tunggu aje pun. Berdiri. Bukan buat poco-poco." Sengaja Nufa bergurau. Nak hilangkan rasa bersalah Nadhif.

Nadhif senyum.

"Kenapa b lama?" Soal Nufa. Tunduk dia memandang jemari sendiri.

Nadhif tarik nafas dan hembusnya perlahan. Tangan Nufa digenggamnya erat.

"Abang bagitahu Nourin. Abang tak suka apa yang dia buat hari ni." Jujur Nadhif beritahu.

"Abang beritahu lagi, abang tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan. Abang dah ada wanita abang sendiri dan abang nak dia faham betul-betul." Sambung Nadhif lagi.

Diam seketika, Nadhif helakan nafas.

"Abang tahu sayang bagitahu sayang tak kesah kalau Nourin teruskan hubungan kawan dengan abang sebab dia kawan abang dari kecil kan?"

Nufa angkat wajah. Sekali dia mengangguk, membenarkan.

Memang dia tak mahu cemburu. Cukup lah sekali masa berbulan madu tempoh hari.

"Tapi, abang yang mula rasa tak selesa. Abang tak kesah kalau Nourin tahu jaga batas. Tapi sekarang, Nourin dah lepasi batas tu. Abang tak boleh." Nadhif menggeleng kecil.

Nufa diam sahaja dengar luahan Nadhif.

"Abang takut kalau abang tak buat sesuatu, Nourin akan buat sesuatu yang abang tak boleh nak kawal dah nanti. Jadi, baik abang cegah daripada sekarang." Nadhif teruskan kata.

"Jadi, b nak buat apa?" Soal Nadhif setelah lama dia diamkan diri.

"Abang nak putuska—"

"B." Nufa geleng. "Tak perlu lah sampai putus. Dia kawan b dari kecil kut. Nanti apa pula mama kata." Nufa menghalang.

"Tapi..."

Nufa geleng.

"Cukup lah b nasihatkan dia supaya dia jaga batas. Selebihnya kita pun jaga batas kita." Cadang Nufa.

"Tak nak lah sebab b kahwin dengan Waina, hubungan baik b dengan orang-orang dalam hidup b terjejas." Tambah Nufa lagi.

"Tapi..."

Nufa geleng sekali lagi.

"B chill aje. For me, selagi Waina reti kawal tangan kaki semua, maknanya Waina okey lah tu. Kalau dah sampai keluar bunga-bunga silat tu, baru kita fikir plan B." Senyum Nufa. Tangan Nadhif diusapnya perlahan. Memujuk dalam diam.

Nadhif masih belum puas hati.

Senyum Nufa lihat gelisah Nadhif. Lama dia tunduk cium tangan Nadhif kemudiannya. Tambahkan lagi pujukan.

Itu, buat Nadhif ketawa kecil. Satu tangan mengusap lembut kepala Nufa. Resahnya beransur pergi.

Masing-masing mula rasa tenang. Namun, tidak bagi Nourin yang melihat dari jauh.

Huh! Nufa si perampas!

Continue Reading

You'll Also Like

145K 10.2K 43
"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?"...
123K 14.1K 34
"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 �...
672K 25.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...