NAMPAK

By butirstar

43 1 1

Kisah seorang perempuan bernama Sofia yang hijabnya terbuka. bagi Sofia, ianya satu kelebihan yang bukan semu... More

Prolog
Bahagian 1 - 1
Bahagian 1 - 3
Bahagian 1 - 4

Bahagian 1 - 2

2 0 0
By butirstar


Pak Long dan ayah aku turun dari rumah. Yang lain semuanya la sibuk nak ikut tapi Nenek tepuk-tepuk lantai dengan kuat.

"Jangan nak mengada-ngada nak pergi jugak. Maghrib dah ni. Karang korang pulak kena sorok!" Nenek menjegilkan mata ke arah kami semua.

Mata Nenek lagi menakutkan dari hantu maka kami terpaksa akur. Aku ni memang nak sangat ikut ayah aku pergi cari Syariman tapi apakan daya. Karang tak pasal-pasal kena cubit dengan Nenek.

Tak lama kemudian, Pak Long dengan Ayah balik semula.

"Ha, jumpa tak si budak Syariman tu?" tanya Mak Long.

"Belum. Dah puas azan tapi tak jumpa. Tempat terakhir budak lain nampak dia dekat pokok pisang sana tu," jawab Ayah. "Imam suruh ke masjid, buat solat hajat. Lepas tu sambung balik cari dia. Rasanya dekat kawasan ni je ni."

Maka Nenek, Pak Long dan Ayah ke masjid. Mak dengan Mak Long duduk rumah, jaga kami semua. Nanti ada yang turun merayau pulak. Aku dengan sepupu-sepupu aku, Fatima dengan Hasanah berborak-borak dalam bilik, bercerita tentang Syariman yang hilang. Sedang rancak berborak, kami dengar suara-suara orang yang balik dari masjid. Apa lagi, kami bertiga buka tingkap.

Ramai yang sedang mencari Syariman. Imam laungkan azan dekat pokok pisang. Beberapa kali jugak la dia azan.

"Dah jumpa! Dalam reban ayam!"

Ramai pergi ke reban ayam termasuk adik-adik aku. Aku dengan yang lain menjengah dekat tingkap. Nak keluar tapi nanti kena marah. Baik jengah dari dalam bilik je. Aku tak berapa nampak Syariman masa tu tapi bila mata aku menghala ke pokok pisang yang tak jauh dari situ, ada seorang perempuan berambut panjang, berpakaian lusuh dan berwajah yang menakutkan berdiri dekat situ dengan pandangan yang bengis. Lepas tu, dia terus hilang.

Aku tahu Fatima dengan Hasanah tak nampak perempuan hantu tu. Aku seorang saja yang nampak tapi aku tak beritahu mereka apa yang aku nampak tadi. Aku diam je. Kalau aku beritahu, sama ada mereka tak percaya atau mereka akan jadi takut.

Esoknya kecoh kisah Syariman kena sorok hantu. Kami pergi rumah Pak Zaid untuk melawat Syariman. Dengar kata masa orang jumpa dia dekat reban ayam tu, baju dia dah koyak-koyak. Dia memang dalam ketakutan. Bila dia dah okey sikit, Pak Zaid tanya la apa jadi. Dia cakap ada perempuan panggil dia. Bila dia datang dekat, muka perempuan tu menjadi hodoh lalu peluk dia. Tiba-tiba dia dah ada dalam reban ayam. Dia nampak orang sedang panggil nama dia. Dia cuba menyahut tapi orang tak dengar sahutan dia. Puas dia menjerit sampai serak suaranya.

Nasib baik Syariman dijumpai semula. Kalau tak, memang bermalam dalam reban ayam tu la jawabnya. Sejak dari peristiwa tu, semua dah tak berani main sorok-sorok waktu petang dan semua dah mula takut nak lalu dekat pokok pisang terutamanya waktu senja. Budak-budak lelaki pakat main layang-layang atau main basikal, ronda-ronda kampung. Memang tak ada langsung aktiviti main sorok-sorok walaupun waktu pagi. Main dalam rumah je, lagi selamat.

Hampir seminggu lebih aku ada dekat kampung. Mak dan Ayah dah balik ke rumah semula sebab mereka kerja. Aku memang seronok duduk kat kampung sebab aku boleh main dengan Fatima dan Hasanah. Kalau kat rumah, aku main dengan jiran-jiran tapi Mak aku tak suka aku main kat luar lama-lama. Dia suruh aku tolong dia masak atau kemas rumah. Sebab tu aku kalau boleh nak keluar dari rumah tu. Asyik aku je yang buat kerja. Tapi aku tak suka duduk asrama. Aku tak boleh tinggalkan benda yang aku sayang – TV.

Musim hujan dah pun bermula. Setiap petang kami terpaksa duduk dalam rumah sebab hujan. Nenek dan Mak Long tak bagi kami turun rumah, main dengan kawan-kawan. Aku dengan yang lain main batu seremban tapi lama-lama bosan. Kadang-kadang kami tengok TV, kadang-kadang kami main dalam bilik je, main Mak-Mak. Nak pergi ke pondok, memang tak boleh la musim macam ni.

Hujan semakin lebat dan rasanya boleh banjir kampung aku ni. Nenek cakap kawasan ni tanah agak tinggi. Lagipun semua rumah-rumah dekat sini tiangnya tinggi. Kalau banjir pun, air tak naik sampai ke atas rumah. Aku duduk tepi tingkap, menikmati hujan. Fatima baring atas katil, membaca novel manakala Hasanah melukis komik. Dia memang pandai melukis.

"Kita nak main apa ye? Bosan la," aku mengeluh. "Nak main dekat luar, nanti Nenek marah."

"Hmmm, entah la, Fia. Ima pun rasa bosan jugak ni," jawab Fatima.

Kami diam buat sementara. Lepas tu, Hasanah bersuara. "Kita main congkak nak tak? Aku rasa ada papan congkak kat bawah ni," Hasanah menyelak kain cadar lalu menjenguk ke bawah katil. "Ha! Ada!"

Hasanah menarik papan congkak dari bawah katil. Aku turun dari tingkap. Best jugak main congkak. Dah lama tak main.

Fatima menutup novelnya dan campak ke tepi katil. "Cuba tengok tabung guli ada tak?"

Aku dengan Hasanah jenguk ke bawah katil sekali lagi. Tak nampak pun tabung guli. Aku pun masuk bawah katil, kot-kot ada tabung guli tu.

"Jumpa! Jumpa!" aku hampir terhantuk kepala sebab teruja. Tabung tu ada dekat hujung katil. Aku terpaksa masuk ke dalam lagi nak ambil tabung tu. Habis berdebu dan bersawang rambut aku. Aku bersin beberapa kali sebab habuk masuk dalam hidung bila aku kebas rambut.

"Jom kita main congkak!"

"Eh kejap, kejap. Kita main congkak Siam nak?" Hasanah memberi idea. "Lagi best tau dari congkak biasa."

"Congkak Siam? Main macam mana?" tanyaku.

Hasanah pun ajar la aku cara main congkak Siam. Aku mana pernah main. Biasa main congkak biasa je. Congkak Siam ni lain sikit. Kita tikam sebelah walaupun lubang kita sendiri. Masa tikam tu, baru letak guli dalam 'ibu' atau 'rumah'. Masa main tu, tak boleh letak dalam 'rumah' lagi. Bila dah tikam baru letak.

Jadi kami pun main congkak Siam di tengah-tengah rumah sebab ruang dekat situ lebih luas dan selesa. Rumah Nenek ni agak luas kalau bukan Hari Raya. Kami gilir-gilir bermain memandangkan kami bertiga je. Yang lelaki main silat-silat. Berkejaran ke sana ke mari dengan pakai kain pelikat sebagai topeng. Aku pelik, mereka ni main silat-silat ke, main ninja-ninja.

Ah, tak kisah la. Janji mereka tak kacau aku dan yang lain main congkak. Kami main dari pagi sehingga la ke tengahari. Itu pun kami berhenti untuk makan dan solat. Lepas tu, kami sambung main lagi. Seronok main congkak Siam ni. Memang ralit. Dah menang pun masih lagi nak sambung main.

Hujan masih renyai-renyai dekat luar. Adik-adik aku dah tak nampak batang hidung. Mungkin dah tidur agaknya. Kalau tak, mesti mereka bising-bising. Azan Asar berkumandang ketika aku sedang bermain dengan Fatima. Lah, dah petang rupanya.

"Hei, dah la tu main congkak. Dari pagi tadi tak berhenti main. Lepas solat nanti, main benda lain pulak. Simpan congkak tu," tegur Pak Long. Nampak garang semacam je Pak Long hari ni. Mungkin mood tak berapa baik sebab dia tak boleh keluar lepak dekat kedai seperti biasa.

"Kejap la, Abah. Ni last. Janji. Lepas tu kami simpan," Hasanah tersengih seperti kerang busuk.

"Dah, lepas ni kena berhenti main. Ingat tu!" Pak Long sekali lagi bagi amaran.

Lepas habis main, kami simpan congkak bawah katil semula. Kalau tak kena marah dengan Pak Long tadi, aku rasa kami boleh main sampai malam. Dah solat Asar, barulah aku rasa tangan aku ni lenguh. Mula la aku rasa mengantuk sebab dari tadi asyik main congkak.

Kami bertiga terlelap buat sementara. Dengan cuaca yang sejuk, seronok pulak dapat tidur. Harap-harap dapat la tidur lama sikit. Tapi harapan kami punah bila Nenek mengetuk pintu bilik bagai nak roboh. Semua orang terpisat-pisat bangun dan membuka pintu. Nenek menyuruh kami bertiga tolong dia masak dekat dapur. Aku terpandang ke arah jam di dinding.

Dah pukul 6.30!

Sebelum tidur, kami pasang kelambu seperti biasa. Aku suka tidur dalam kelambu. Rasa macam tidur dalam khemah. Kami bertiga tidur awal sebab letih bermain congkak tadi masih belum hilang.

Sedang aku seronok dibuai mimpi, aku terasa seperti badan aku digoncang dengan kuat. Aku membuka mata lalu terpandang Hasanah sedang mengejutkan aku dari tidur.

"Kau nak apa ni? Aku nak tidur la," aku bangun lalu menggosok-gosok mata sambil menguap.

"Fia, teman aku pergi tandas kejap. Aku takut la nak pergi sorang-sorang," pujuk Hasanah.

"Laa, kan tandas kat dapur je. Mak Long dengan Pak Long tidur kat depan TV je. Nak takut buat apa?" aku merungut. Susah la dengan orang yang penakut ni.

"Memang la diaorang tidur kat situ. Tapi ruang tengah tu gelap. Aku tak berani. Lagipun hujan lebat ni. Seram! Jom la temankan aku. Kejap je," Hasanah merapatkan dua telapak tangan dan memandangkan aku dengan wajah yang sedih.

"Alah! Yelah, yelah! Kejap je tau! Kalau kau lama-lama dalam tandas, aku tinggal je kau sorang-sorang."

Hasanah gembira lalu memelukku. Aku tau dia tak dapat kejut Fatima. Minah tu kalau dah tidur nyenyak, bom meletup pun dia tak sedar lagi. Kami berdua keluar dari bilik. Hujan makin lebat dan menghentam atap zink. Bunyi macam zink kena tembak.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik, aku ternampak ada dua orang perempuan berpakaian seperti orang istana di tengah rumah.

Dan mereka sedang bermain congkak!

Continue Reading

You'll Also Like

86.2K 1.4K 14
[KARYA PERTAMA] [ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢 Ada ka...
22K 304 36
〔 fourth story 〕 kisah tentang seorang budak perempuan yang bernama hira, hira adalah keluarga dari broken home, hira juga adalah pengawas, hira sang...
438K 36.1K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
13.8K 417 58
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...