NADINE SOFEA

Von sayamelur

231K 19.8K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... Mehr

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

24 - NADINE SOFEA

4.8K 407 31
Von sayamelur

"Cantiknya, aunty!" suara Daisy kedengaran penuh teruja melihat pantulan wajahnya di cermin kecil.

Kegembiraan di wajah Daisy itu mengundang tawa kecil di bibir Nadine.

"Pandai aunty buat rambut Daisy. Cantik." sengih Daisy menunjukkan giginya yang baru hilang satu tempoh hari.

"Sini, aunty nak ambil gambar Daisy." Nadine mengatur posisi Daisy supaya mudah untuk dia mengambil foto anak kecil comel itu.

"Nice!" puji Nadine bersama senyuman melihat gambar-gambar yang telah ditangkap.

Daisy sememangnya comel. Nadine tak hairan pun. Semua kerabat diraja keturunan Emmerson memang memiliki paras rupa yang sempurna. Lihat sajalah wajah kacak Harlem. Sehingga sekarang wajah itu masih mampu membuatkan jantungnya berdebar.

"Daisy happy sangat sebab sekarang Daisy dah ada kawan. Aunty lah kawan Daisy." sengih Daisy lagi. Lengan Nadine dipeluk erat.

Tawa kecil meletus melihat telatah comel Daisy. Walaupun baru 3 hari Nadine tinggal di rumah agam milik keluarga Harlem ini, hubungannya bersama Daisy sudah begitu akrab.

Seharian Nadine memang banyak menghabiskan masa bersama Daisy saja. Semua orang sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Apatah lagi Harlem. Dia hanya dapat melihat lelaki itu waktu mereka bersarapan bersama di meja makan dan apabila Harlem menggantikan pakaian di dalam bilik tidur sebelum dia tidur di bilik yang lain.

Rasanya kali terakhir Nadine bercakap dengan Harlem pun sewaktu di hari perkahwinan mereka. Nadine lebih banyak mendengar suara Harlem berbual dengan orang lain berbanding dia.

Dah nama pun kahwin paksa kan? Begitu lah kejadiannya.

Tapi nasib baik ada Daisy yang menghiburkan hari-harinya. Jadi Nadine tak terlalu bosan duduk terperap di dalam rumah ini.

"Esok aunty dandan rambut Daisy lagi nak?" soal Nadine mengundang keterujaan Daisy.

"Nak, nak!" Daisy bertepuk tangan.

"Daisy tak sabar nak tunjuk dekat daddy, atuk dengan uncle rambut cantik Daisy ni." rambut tocang dua itu tak henti-henti digayakan di hadapan cermin.

"Che Puan Nadine." suara makcik Suri pembantu rumah tiba-tiba mencelah perbualan mereka.

"Tengku Mazhar ajak Cik Puan dengan Tengku Daisy minum petang di taman. Dia dah tunggu di sana." makcik Suri menyampaikan pesanan.

"Baik." Nadine angguk faham.

"Jom, kita tunjuk rambut Daisy dekat atuk nak?" ajak Nadine meraih tangan kecil Daisy.

"Jom!"

Nadine dan Daisy berjalan beriringan menuju ke taman. Usai tiba di sana, Nadine menyedari kehadiran Harlem bersama Lilia juga turut berada di situ.

Melihat keakraban mereka berdua seakan mengembalikan memori 10 tahun yang lepas. Pemandangan ini lah yang Nadine sering lihat dari jauh dan pada akhirnya ia berjaya menyakitkan hati Nadine sendiri.

Tak sangka perasaan itu masih sama seperti dulu malah rasanya lebih sakit lagi.

Lihatlah betapa gembiranya Harlem bila berada di sisi Lilia. Dahulu, dia antara  yang beruntung kerana dapat menikmati senyuman mahal Harlem. Tapi kini tidak lagi. Malah hanya benci yang Nadine dapat.

"Daddy!" Daisy berlari mendapatkan Hardy di situ.

Hardy lantas membawa tubuh Daisy ke dalam pelukannya.

"Daddy, daddy. Tengok rambut Daisy. Cantik kan?" Daisy meneleng kepala ke kiri dan kanan.

"Cantiknya anak daddy. Siapa buat rambut Daisy ni?" rambut tocang dua Daisy di sentuh.

"Aunty Cantik yang buat." Daisy menunding ke arah Nadine yang menghampiri mereka di situ.

Harlem turut memandang ke arah Nadine. Sempat mata mereka bertentangan sebelum Harlem membuang fokus pada cawan di hadapannya.

"Come join us, Nadine." pelawa Tengku Mazhar.

Nadine angguk dan mengambil tempat di sebelah bapa mertuanya.

"Kenapa aunty duduk sini? Aunty duduklah sebelah uncle." beritahu Daisy selamba membuatkan Nadine tidak jadi duduk.

Semua orang di situ automatik melihat kerusi yang di duduki Lilia di sebelah Harlem.

"Daisy, biarlah aunty Nad nak duduk situ." Hardy bersuara meredakan suasana kekok.

Terasa membahang wajah Lilia kerana telah dipermalukan oleh anak kecil di hadapan semua orang.

Kurang ajar punya budak!

"Tapi aunty dengan uncle kan dah kahwin. Aunty dengan uncle mesti duduk sama." jawab Daisy lancang.

Tengku Mazhar di tepi hanya tersengih lucu.

Suasana menjadi bertambah kekok. Nadine pula yang rasa serba salah.

"N-nad, awak duduk lah sini." Lilia perlahan berdiri dan sedaya upaya memaniskan muka.

Di dalam hati, sumpah seranah berbakul-bakul dihamburkan pada Daisy si mulut becok itu.

"No, takpe. S-saya okay je duduk sini." tolak Nadine.

"Pergilah, Nad. Memang Nadine pun yang patut duduk di situ. Seorang isteri mesti selalu berada di sisi suami." nasihat Tengku Mazhar itu makin membuatkan hati Lilia semakin panas.

Datuk dengan cucu dua kali lima saja! Menyakitkan hati.

Dengan berat hati, Nadine terpaksa menurut dan menuju ke kerusi kosong di sebelah Harlem yang telah ditinggalkan Lilia tadi.

Nadine bertambah canggung setelah merebahkan punggung di sebelah Harlem.

Menyesal pula dia datang ke sini.

Ting!

Bunyi mesej masuk menarik perhatian Nadine untuk melihat dada skrin telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

Nama Ezra tertera di situ.

Belum sempat tangan Nadine mahu menggapai, telefon bimbitnya lantas terjatuh di atas rumput akibat terkena siku Harlem.

Nadine mencuri pandang Harlem di sebelah sebelum mahu mengambil telefon bimbitnya yang jatuh.

"Ayah, malam ni Harlem dengan Nadine terus pindah rumah Harlem kut." beritahu Harlem menghentikan pergerakan Nadine.

Telefon bimbit tidak jadi diambil.

Pindah rumah Harlem?

"Aih, awalnya. Hari tu kata nak duduk sini dua tiga minggu lagi." balas Tengku Mazhar hairan.

Lilia di sebelah sudah tidak senang duduk.

Harlem dan Nadine tinggal berdua di dalam satu rumah yang sama?!

No way!

"Tak nak tunggu esok ke? Macam rushing je nak pindah malam ni terus." sampuk Hardy pula.

"Harlem dah lama beli rumah tu tapi Harlem jarang ke sana. Alang-alang dah ada Nadine, so bolehlah tinggal situ."

"Esok aku kena pergi site dengan Kai. Site tu pun dekat dengan rumah aku tu. So malam ni kiranya aku nak terus tidur sana. Tak jauh sangat nak drive esok." jawab Harlem.

"Tapi Harlem, uncle kan tak sihat sekarang? Takpe ke kalau you tinggal jauh dari dia?" Lilia sengaja mencelah.

"Tak apa, Lia. Isteri uncle kan ada? Hardy pun ada di sini. Tak usah risau fasal uncle. Harlem dengan uncle pun memang dah bincang fasal Harlem nak pindah rumah." Tengku Mazhar membalas bagi pihak Harlem.

Lilia mengetap rahang menahan marah.

Apa yang dia hadap sangat dengan Nadine tu jadi isteri Harlem?

"Kemas semua baju awak. Pukul 7 kita gerak balik rumah." arah Harlem.

Kening Nadine di angkat tinggi mendengar perkataan 'awak' itu. Depan bapak dia kan? Bukan main lagi macam malaikat sampai tahu ber'awak' dengan kita.

Puih!

Menyampah.






































* * * * *

Tubuh dibaringkan di atas katil yang empuk setelah selesai mengemas semua pakaiannya ke dalam almari. Nadine memerhati siling di atas.

Nampaknya, di sinilah dia bakal menghabiskan hari-harinya sepanjang 3 bulan nanti. Dan rezekinya juga kerana dapat menikmati sekejap bilik tidur yang selesa dan luas ini. Bilik tidur di rumah Dato' Akhbar pun tak seluas ini.

Nadine tiba-tiba bangun pula setelah teringat sesuatu. Telefon bimbit di sebelah diambil mahu melihat jam. Sebentar tadi Ezra menelefonnya untuk meminta tolong agar dia menjadi penyanyi di kelab milik lelaki itu malam ini kerana penyanyi asal tidak dapat hadir.

Kaki menuruni katil bersaiz queen untuk menemui Harlem. Rasanya tadi lelaki itu berada di tingkat bawah.

Dia harus memberitahu Harlem juga walaupun Nadine tahu Harlem tak ambil kisah pun tentang dirinya.

Anak tangga dijejak satu persatu sehingga membawa diri ke dapur. Kelihatan Harlem sedang menghadap laptop di meja bar dapur bersama secawan kopi di tangan.

"Saya nak keluar sekejap." beritahu Nadine.

"Pergi mana?" soal Harlem masih fokus ke arah laptop.

Nadine terdiam sejenak. Tak tahu kenapa dia rasa gugup pula mahu berterus terang untuk menemui Ezra.

Ah, Nadine. Dia bukan kisah pun.

"Saya nak jumpa Ez-"

"Aku tak benarkan. Masuk bilik kau sekarang." pintas Harlem. Nada suaranya keras.

"Tapi saya dah janji nak tolong Ezra malam ni."

"Syarat ketiga perkahwinan kita. Kau tak boleh keluar rumah lepas pukul 8 malam. Don't ask me why. Sekarang masuk bilik kau semula. Aku tak ada mood nak bertekak dengan kau malam ni." bagaikan diktator Harlem mengemukakan syarat itu.

"Kenapa awak sibuk sangat nak atur kehidupan saya? Syarat awak tu tak masuk akal langsung. You hate me right? So kenapa awak nak kisah saya nak keluar sampai pukul berapa sekali pun?" bentak Nadine tidak puas hati.

Harlem tak adil!

"Sedar sikit yang kau tu dah jadi isteri orang. Isteri aku. Aku nak jaga nama keluarga aku sendiri. Perempuan macam kau tu bukan boleh percaya." bidas Harlem menunding Nadine. Sinis saja nada suaranya.

Wajah Nadine berubah merah menahan marah.

"Perempuan macam saya?" Nadine mendecit sinis.

"Apa masalah awak dengan perempuan macam saya? Hah?" mata Nadine berkaca.

"Kalau awak rasa saya akan memalukan keluarga awak, kenapa awak paksa saya kahwin dengan awak hari tu? Kenapa nak seksa hidup saya lagi? Tak cukup ke awak dah benci saya, awak pernah halau saya, hina ayah saya? Apa lagi yang awak nak dari saya? Nak saya mati baru awak puas hati?" Nadine meluahkan segala-galanya.

Harlem diam sejenak. Matanya lama menatap wajah Nadine yang sudah basah dengan air mata.

"Masuk bilik kau sekarang. Dan aku taknak kau sebut nama Ezra depan aku lagi." suara Harlem berubah rendah.

Luahan Nadine tadi langsung tidak diendahkan. Harlem kembali menghadap laptop seakan tiada apa yang berlaku.

Esakan kecil kedengaran di bibir Nadine. Tanpa bicara, Nadine terus menghayunkan langkah pergi dari situ. Bercakap dengan Harlem hanya satu perbuatan yang sia-sia.

Penatnya jika mereka harus begini setiap hari.

Masa, tolonglah pantas berlalu.










































































































* * * * *

Hampir dua jam Nadine mengurungkan diri di dalam bilik tidur selepas bertekak dengan Harlem tadi, perut mula berkeroncong minta diisi. Padahal sebelum mereka pulang ke sini tadi, Nadine sudah makan di rumah keluarga Harlem.

"Cepatnya perut ni lapar. Perut gajah ke apa?" gumam Nadine sendiri.

Setelah berkira-kira, Nadine mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah mencari makanan di dapur.

Semoga saja Harlem tidak berada di dapur lagi pada masa ini. Nadine malas mahu berhadapan dengan lelaki itu dulu.

Suasana dapur yang sedikit malap itu melegakan hati Nadine.

Yes! Harlem dah tidur kut.

Nadine menguak pintu peti ais namun hampa saja yang Nadine dapat. Tak ada sedikitpun makanan. Yang ada cuma beberapa botol air mineral dan tin kopi jenama French Toast.

Giliran rak kabinet putih pula dibuka dan pemandangannya juga masih sama seperti tadi. Kosong. Muncung bibir Nadine dibuatnya.

Haih!

Nadine melangkah ke meja bar lalu merebahkan kepalanya di situ.

"Lapoooo." gumam Nadine.

Telefon bimbit diambil dari poket seluar dan jari menekan aplikasi foodpanda.

Jam ini banyak gerai makanan yang masih buka. Air liur ditelan menjamah gambar makanan yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.

"Nak makan nasi gorenglah." sengih Nadine sendiri.

Baru saja Nadine berniat mahu membuat pesanan, pergerakan jarinya terhenti seketika.

Nanti tak memasal pula keluar 'syarat perkahwinan kita' yang keempat. Tak boleh order foodpanda lepas pukul sekian sekian. Harlem tu bukan boleh diduga orangnya.

Telefon bimbit lantas di baling di atas meja. Nadine jadi lemah semula.

Tidurlah. Bukan rezeki kut dia dapat makan malam ini.

Nadine mula bergerak menuju ke bilik tidur semula dan merebahkan tubuh di atas katil usai tiba di situ.

30 minit berlalu dan Nadine cuba memejamkan mata namun tidak berjaya. Beginilah Nadine. Kalau lapar mesti susah nak melelapkan mata.

Ting!

Bunyi loceng dari tingkat bawah tiba-tiba berbunyi. Nadine segera bangun.

Ting!

Bunyi loceng kedengaran lagi. Siapa pula yang datang malam-malam begini? Perasaan takut tiba-tiba menjengah.

Notifikasi mesej yang masuk memeranjatkan Nadine yang masih dalam ketakutan.

Nombor telefon yang tidak dikenali terpampang pada skrin telefon bimbitnya.

Cik Puan, ini saya Gary.

Tolong buka pintu boleh?

Saya ada dekat luar ni.

Nak bagi barang.

Gary?

Dari mana pula lelaki itu dapat nombor telefonnya?

2 minit Nadine hanya duduk di atas katil itu sebelum mengambil keputusan untuk turun ke bawah semula. Mungkin betul itu Gary. Kasihan pula kalau Nadine biarkan saja lelaki itu menunggu lama-lama di luar.

Sebaik tiba di muka pintu, Nadine sempat mengambil payung yang terletak di tepi pintu sebagai perisai keselamatan. Mana lah tahukan. Sebagai langkah berjaga-jaga saja.

Pintu rumah di buka perlahan dan Nadine menilik di sebalik celahan pintu terlebih dahulu.

Ya, memang Gary.

Nadine menghembus nafas lega. Pintu dikuak besar.

"Ada apa ni, Gary? Awak nak jumpa Harlem ke?" soal Nadine hairan.

"Saya nak hantar makanan untuk Cik Puan. Tengku kata Cik Puan lapar. Kebetulan tadi saya keluar makan dengan kawan dekat area sini. Itu yang dia suruh saya belikan sekali untuk Cik Puan."

Nadine tercengang seketika.

"Oh o-okay, thanks." bungkusan makanan di tangan Gary itu disambut.

"Saya balik dulu, Cik Puan. Selamat menjamu selera." Gary tunduk sebentar sebelum melangkah pergi.

Nadine menutup dan mengunci pintu. Bungkusan makanan berisi nasi goreng seafood yang masih panas itu diperhati penuh hairan.

Macam mana Harlem tahu yang dia sedang lapar?






-end of chapter 24-

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

348K 28.8K 69
❤️‍🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dan...
6.9K 932 6
Armani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya...
10.4K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...
37.1K 1.8K 34
"Kau..." Khaleel memandang tepat ke dalam anak mata perempuan itu. Perempuan itu mula memeluk tubuh, menutup lurah dadanya yang kelihatan dalam baju...