"Kakak dah kata! Ibu dan abah tak ada hak nak tentukan hidup kakak! Tolonglah berhenti desak kakak macam ni!"
Puan Nadhirah menarik dalam nafasnya menerima jerkahan sebegitu kurang ajar daripada anak sendiri. Sungguh, kalau Nedine di hadapannya, silap makan penampar anak sulungnya itu.
"Ibu dan abah dah terima Syed dah pun. Kakak je yang belum. Baik! Ibu dan abah akan tunggu kakak balik. Sampai saja kakak dekat airport, status kakak berubah kepada tunang orang. Faham?"
Bibir merah yang tercalit sedikit warna gincu itu, diketap kuat. "Ibu dan abah kenapa sebenarnya?" Lemah. Lemah dia menyoal itu.
Telefon di dalam tangan Puan Nadhirah mula diambil oleh Encik Safwan pula. Kini, dia ialah pemanggil utama.
"Kami cuma nak Nedine bahagia. Tak terpesong, tak salah pilih. Itu aje! Susah sangat ke?"
Merah wajah Encik Safwan saat dia membicarakan itu kepada anaknya. Makin lama, Nedine makin runsing dengan sikap ikut kepala sendiri ibu bapanya ini.
"Bahagia? Nak kakak bahagia tapi macam ni? Rasanya ibu dengan abah yang silap. Maafkan kakak."
Panggilan tamat. Tamat seusai dia sendiri yang menekan butang tutup di permukaan skrin telefon. Rimas, serabut, semak. Semua rasa itu bercampur-baur.
Kalau boleh, dia nak saja baling telefonnya biar pecah mencium permukaan dinding. Kalau bukan kerana telefon ini hadiah daripada Essac akibat kes dia sesat di belakang ceruk bangunan bulan lepas dan telefonnya berkecai, memang dah lama telefon di tangannya sekarang, berkecai lagi atas sebab yang sama.
Ibu dan abahnya.
Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Dia bersandar lelah di kepala katil. Buat penat saja dia seterika baju dress elegan ini bagai, kononnya teruja hendak hadir ke penutupan pameran lukisan sesi akhir bagi musim sejuk di galeri Essac.
Akhirnya? Panggilan dari ibu dan abah dah rosakkannya segalanya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu oleh seseorang dari luar sana, buat dia melepaskan keluhan kecil. Walaupun hati sedang dilanda gundah-gulana, dia tetap berpura mengukir senyum di bibir merahnya.
Daun pintu dikuak lembut. "Ye Dura?" Dia menyoal rakannya yang kelihatan sangat manis di dalam gaun panjang berwarna rose gold itu. Padan sekali dengan warna kulit Dura yang putih melepak.
"Jomlah gerak, tak sabar ni." Wajahnya teruja sungguh saat mengajak rakannya yang masih berada di dalam bilik tidur itu. Nedine senyum padanya. Dia angguk kepala.
"Jom.." Disebalik kepuraannya itu, masih terselit sedikit aura murung di dalam diri. Sejujurnya, dia tidak mahu sesiapa perasankan hal ini. Jadi, dia perlu terus berpura baik.
•••••••••••••••••••••••
Sekeliling begitu indah dihiasi dengan potret-potret menarik bertemakan musim sejuk. Potret-potret lukisan ini, menjadi tumpuan setiap para pengunjung yang hadir. Kalau ikutkan jumlah pengunjung pada hari ini, mungkin lebih daripada jangkaan.
Terkenal juga galeri lukisan milik Essac ini ya? Don't judge book by its cover lah katakan. Walaupun pemilik galeri ini cumalah seorang pelajar universiti, dia tetap meraih untung yang sangat tinggi kerana bijak menggunakan bakat semulajadi.
Sesungguhnya, Nedine kagum. Seperti selalu, setiap lukisan yang dilukis oleh si bekas kekasih, akan menjadi tumpuan yang tidak lepas dipandang mata. Indah. Cantik. Menarik. Semuanya mampu didefinisikan dengan hanya, sebuah hasil karya lukisan seorang Essac Damien.
"It's seems like someone is really enjoying my art huh?" Bisikan halus yang bergema menusuk tepat ke dalam telinga, buatkan dia yang leka menilik satu per satu lukisan istimewa yang tergantung di setiap sudut tertentu akhirnya mengorak senyum di bibir manisnya.
"Well, I guess I am." Dia melirik ke arah jejaka itu menggunakan ekor mata. Tindakan Nedine buat hati Essac mula berbunga manja.
"Really?"
Bekas teman wanitanya itu ditilik lagi. Dia tersenyum saat Nedine mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya tadi. "If you said so, then... Should we dance?"
Tepat-tepat saat pelawaan Essac menghentam sistem pendengarannya, bunyi muzik tenang mula berdendang memenuhi kawasan galeri. Rasanya, ini sebahagian daripada rancangan-rancangan istimewa Essac dan Ghaze untuk malam penutupan pameran khas musim salji ini.
Lagu 'Mistletoe' oleh Justin Bieber mula kedengaran buatkan semua para pengunjung yang hadir juga sangat menikmati suasana ini.
Nedine rapatkan bibirnya pada telinga Essac. "There's too many people here. Sorry but no."
Nedine jelas-jelas tunjuk yang dia masih lagi jual mahal. Bekas teman lelakinya yang berdiri tidak jauh itu, menggeleng. Tak mahu ya? Ok, baik!
Bekas teman wanitanya yang konon berpura sibuk dengan lukisan-lukisan bertemakan musim sejuk pada dinding, tersentak teruk. Lagi-lagi apabila lengan mulusnya yang terlilit kemas gelang tangan hadiah daripada Essac sewaktu hari lahirnya bulan lalu, ditarik lembut oleh jejaka itu.
"Kenapa ni?!"
••••••••••••••••••••••••
Saat kaki galah Essac menghayun langkah besar membawa terus kaki panjang Nedine berjalan laju mengikuti rentaknya.
Terkebil-kebil wanita itu. Elok-elok berada di sudut pameran lukisan, naik pula tangga, terus sampai ke studio milik Essac. Disangkakan, destinasi Essac ialah studio itu, namun, tidak jugak.
Dia makin pelik saat Essac bawa dia ke tingkat tiga bangunan galeri lukisan ini. "K...kemana kita nak pergi?" Agak keliru dia bertanya.
"You tak nak menari dengan I sebab ramai orang kan? Now, it's just us. Just you and me dear.."
Tangan mulus Nedinena mula diletakkan di atas bahunya.. perlahan masing-masing mengoyak senyuman. "Open your heels... Nanti tersadung." Sengaja Essac memerli.
Namun, Nedine menolak untuk menari. Kasut tumit tingginya sudah pun ditanggalkan. Dia bersama jugak Essac mula berpijak di atas sebuah karpet yang terbentang luas di dalam bilik ini.
Egonya Nedine, buatkan Essac sebal. Dia mendekati heels wanita itu yang tersusun kemas di kawasan tidak terbentangnya karpet.
Melihat tingkah laku jejaka itu yang sudah pun mengambil kasutnya untuk dibawa pergi, dia tidak senang duduk. Ish Essac ni!
"Essac! pulangkan lah heels I!" Bebelan Nedine, buatkan dia geli hati. Melihat wajah bekas kekasihnya yang sudah masam mencuka diusik begitu, buatkan dia makin suka.
"Not until you agree to dance with me!" Ugutan mula dibuat seraya dia terus meninggikan ketinggiannya dengan berjengket agar Nedine tidak mampu mencapai heels miliknya yang berada dalam tangan Essac.
"Essac!"
Lidah merah dijelirkan pada bekas teman wanitanya itu. Dia masih sakan mengusik. "Menari dulu dengan I!" Desaknya.
Nedine geleng.
"Nak juga!" Pujuknya lagi.
Nedine geleng dan terus menggeleng lagi.
"Please..." kali ini, dia mengelipkan mata coklat uniknya beberapa kali. Konon comel lah tu! Seperti selalu, tektik anak-anak buahnya, akan berjaya.
"Ish! Sibuk lah nak menari bagai! You nak menari apa?"
Dia mendekati jejaka itu saat hati mula perlahan-lahan bersetuju. Dia bukan tidak suka menari, tetapi tidak suka Essac! Eh, yeke tak suka?
Ya! Tak suka bila Essac lebih-lebih dan mengambil kesempatan.
Lagu 'Snowman' dipasang jejaka itu. Dengan gaya konon gentleman, dia menundukkan separuh badannya lalu menghulurkan tangan pada Nedine yang sudah terduduk di karpet mewah di atas permukaan lantai bilik itu.
Sebaik dapat kembali heelsnya saat dia mula setuju tadi, dia terus duduk di karpet itu.
"Just one dance dear... " Sudah dipelawa begitu, dia setuju saja.
"Just ONE!" Perkataan 'one' itu sengaja ditekankan. Essac menghulum senyum manis padanya. Dia angguk.
"Satu lagu je." Janjinya yakin. Walaupun sebenarnya, dua sudah siapkan lima buah lagu romantis untuk dia dan Nedine menari bersama. Dia sudah tekad, malam ini, walau apa cara sekalipun, dia akan buat Nedine jatuh hati dengannya kembali. Dia perlu buat. Kalau tidak, habis saja lagi dua bulan, Nedine cinta hatinya, akan jadi milik lelaki lain.
Usaha atau melepas? Sudah tentu dia akan cuba. Lagi-lagi selepas bercakap dengan anak-anak buahnya petang tadi.
Throwback...
BERSAMBUNG...