My Mr. Wrong

By Nurinnalphaa

1.3K 68 22

Namira Lyana sudah berputus asa dengan pencarian Mr. Right. Berkali-kali dipergunakan oleh orang yang diperca... More

Kata-kata Penulis (setelah lama hiatus)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16

Bab 12

23 3 0
By Nurinnalphaa

Seorang lelaki usia pertengahan berpakaian kemas dengan sut dan tali leher berjalan dengan pembantunya menuju bilik mesyuarat Syarikat Herrlick Group.

"Hari ni Dalila nak convince shareholder untuk sokong anak dia, si budak mentah tu untuk jadi CEO syarikat. Huh! Dia ingat semudah tu je ke aku akan biarkan?" ujar seorang lelaki bernama Zain kepada pembantunya di sebelah.

Di kaunter receptionist, Hadrey Mifzan datang membawa sebuah fail bersamanya.

"Ya, encik cari siapa?" soal receptionist.

"Saya nak jumpa Hadrey Mikhail," jawab Hadrey Mifzan.

"Siapa budak tu?" Encik Zain yang kebetulan berada di situ ingin tahu.

"Kenapa? Encik Zain kenal ke?" tanya pembantunya.

"Tak. Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni. Tapi muka dia macam familiar," tutur Encik Zain lagi seraya berjalan menuju Hadrey Mifzan.

"Ya, cari siapa?" Pantas Encik Zain bertindak menyoal Hadrey Mifzan.

"Saya cari Encik Hadrey Mikhail." Jawapan kali ini Hadrey Mifzan menambah perkataan 'encik' pada nama abangnya.

"Kamu ni siapa?" Encik Zain ingin tahu lebih mendalam. Sambil bertanya wajah Hadrey Mifzan diamati. Cuba mengingat wajah itu mirip siapa.

"Saya... driver dia," jawab Hadrey Mifzan dengan penipuan.

"Driver?" Zain mempersoalkan seakan kurang yakin.

"Ya, saya nak hantar fail ni, Encik Mikhail tertinggal kat rumah."

*

"Abang, kenapa ni nampak kalut je? Cari apa tu?" tanya Puan Sri Dalila melihat anaknya mencari-cari sesuatu.

"File presentation. Tadi ada abang letak dalam beg ni," jawab Hadrey Mikhail gusar.

"File presentation? Abang tertinggal ke? Meeting dah nak start ni!" Puan Sri Dalila turut berjangkit risau sesudah mengetahui puncanya.

Hadrey Mikhail masih tercari-cari di dalam beg bimbitnya.

"Encik Mikhail, ni ada driver encik datang hantar fail ni tadi. Katanya encik tertinggal kat rumah." Receptionist datang membawa fail tersebut kepada Hadrey Mikhail.

"Driver?" Hadrey Mikhail dan Puan Sri Dalila berpandangan.

*

Hadrey Mikhail membuat pembentangan perancangan projek tahunan kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Pembentangan itu nampak berhasil meyakinkan mereka semua akan kebolehannya untuk menerajui syarikat selepas ini.

Usai mesyuarat, semua Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham beransur meninggalkan ruangan mesyuarat.

"Dia ingat dia ada anak lelaki satu-satunya, yang acah perform, dia akan dapat sokongan semua shareholder ke? Huh!" Masih saja Encik Zain tidak berpuas hati dengan Hadrey Mikhail dan ibunya, Puan Sri Dalila.

"Tapi nampaknya macam majoriti pemegang saham dah kat side dia orang sekarang ni Encik Zain?" ujar Iqbal, pembantu peribadi Encik Zain.

"Awal lagi Iqbal. Masih banyak ruang lagi untuk menyelit kat mana-mana. Kau jangan risau. Ni Zain lah! Kalau plan A aku gagal, aku masih ada plan B. Sampai plan Z pun aku adalah!" Yakin Encik Zain yakin dengan kebolehan dan helahnya.

Mereka berdua sama-sama ketawa lalu bergerak keluar ruangan mesyuarat. Hanya tinggal mereka berdua saja di situ sebagai orang terakhir yang keluar.

*

Di sebuah clubhouse milik salah seorang rakan Edry, dia dan seberapa orang rakannya sedang minum sambil lepak-lepak.

"Edry, ada seorang awek nak jumpa kau tu." Seorang kawan Edry yang baru muncul menepuk bahunya sambil menyampaikan pesanan.

"Awek?" soal Edry. Keningnya terangkat sebelah.

"Asal muka kau terkejut macam tu? Macam tak biasa pula awek cun cari..." Rakan Edry masih berseloroh dengan sindiran nakal. Kawan-kawan yang ikut berseloroh.

Edry masih duduk di tempatnya. Diam berfikir.

"Hey, come on fast! Awek tu kata dia tunggu kat luar tu. Kau tak nak, aku rembat kang..." Rakan-rakan Edry lain di situ ketawa sesama mereka dengan usikan nakal kawan mereka.

Edry berjalan keluar tanpa sepatah kata. Senyum pun tidak.

*

"Edry cerita kat Mira yang dia pernah cuba bunuh diri?" tanya Kak Syuhada agak terkejut.

"A'ah kak. Sebenarnya hari tu Edry selamatkan Mira masa Mira nak bunuh diri. Masa tulah Edry bagi tahu," terang Namira.

"Ya, betullah tu. Edry pernah cuba bunuh diri sekali waktu umur dia 14. Akaklah orang yang selamatkan dia masa tu. Lepas selamatkan dia, akak bawa dia tinggal kat rumah anak yatim ni. Akak tanya dia pasal family dia tapi dia tak nak cakap. Sampailah lepas dah beberapa hari Edry duduk sini, ada yang datang cari dia. Assistant Tan Sri Faizul, datang time tu. Tapi Edry tak nak ikut dia, sampailah Tan Sri Faizul sendiri yang datang pujuk dia." Suara Kak Syuhada kedengaran terketar di hujung ayatnya. Sebak teringatkan peristiwa lalu.

"Akak tahu apa yang jadi kat mak dia? Dia kata dia nak bunuh diri lepas mak dia meninggal," tanya Namira lagi.

"Akak tahu mak dia meninggal sebab sakit Leukimia. Mak Edry isteri kedua Tan Sri Faizul. Itu jelah yang akak tahu."

Namira tersentak. Betullah sangkaannya. Ada sesuatu yang tak kena tentang keluarga Edry.

'Jadi Edry bukan anak kandung Puan Sri. Patutlah gambar dia langsung tak ada dalam gambar family dia orang.' Hati Namira mula sebak setelah mengetahui kisah sebenar hidup Edry. Rasa bersalah dia kerana telah menuduh Edry macam-macam.

'I'm sorry Edry!' getus hatinya hiba.

"Mira? Awak buat apa kat sini?" Teguran Edry menghentikan lamunan Namira yang khayal teringatkan perbualannya dengan Kak Syuhada malam semalam. Mata sayunya diarahkan pada lelaki yang memanggilnya itu.

"Saya nak jumpa awaklah. Saya ikut awak pergi sini sebab ada sesuatu yang nak cakap kat awak yang saya nak cakap secara private." Namira cuba mengukir senyum. Tak ingin terlihat sedih di depan Edry.

"Apa dia tu?" Edry ingin tahu.

"Saya tahu... yang awak bukan anak kandung Puan Sri Dalila. Sebab tu awak tak boleh nak bagi tahu family awak pasal kita kan? Sebab arwah ayah awak nak kahwinkan saya dengan abang awak?" Namira berterus-terang dengan soalannya.

"Mana awak dapat tahu pasal semua ni?" Dahi Edry berubah berkerut.

"Saya tanya Kak Syu. Sebenarnya saya rasa nak marah sangat kat awak. Saya rasa awak tipu saya. Sebenarnya semalam tu saya dah nak balik Cameron. Saya nak buat macam semua ni tak pernah jadi dah. Saya nak abaikan perjodohan ni, maksu saya dan lupakan awak. Tapi tiba-tiba saya terfikir sesuatu. Tentang gambar awak yang tak ada dalam album gambar family awak. Lepas tu saya teringat pasal awak cakap awak pernah nak bunuh diri masa mak awak meninggal. Sebab tulah saya terfikir Kak Syu. Cuma dia orang yang rapat and dah kenal awak lama, yang sama tahu." Namira menjelaskan situasinya.

"Namira... Saya minta maaf buat awak rasa tertipu. Saya pun terkejut lepas tahu yang awak bakal tunang abang saya. Saya tak tahu nak buat apa. Sebelum arwah ayah meninggal, dia tinggalkan dua pesanan. Dia nak abang kahwin dengan anak kawan dia dan nak saya tinggal dengan family."

"Jadi selama ni awak tak pernah tinggal dengan family awak?"

"Tak. Sejak mak saya meninggal, saya tinggal dengan keluarga angkat saya kat New Jersey, lepas tu saya ikut dia orang pindah kat Jerman."

"Jadi awak tak pernah jumpa family awak ke sebelum ni?" Kali ini Namira ingin tahu lebih lanjut daripada mulut Edry sendiri.

"Pernah sekali 14 tahun lepas tapi sekali je. Lepas tu sekali lepas ayah meninggal bulan lepas."

"Awak rasa family awak tak boleh terima ke kalau kita bagi tahu pasal kita?" tanya Namira lembut.

Edry diam. Pandangan matanya dikalih ke tanah.

"Namira... What if I am not the best for you?" Edry bertanya dengan wajah serius.

"What? Apa awak cakap ni Edry?"

"Walaupun saya belum betul-betul rapat dengan abang saya, tapi saya tahu dia baik. Dia selalu dengar cakap ayah. Arwah ayah saya dengan arwah ayah awak nak kau orang kahwin."

"Okay look Edry. Saya tak datang sini untuk awak pujuk saya kahwin dengan abang awak. Tapi saya datang untuk nego dengan awak. Awak suka challenge kan? At least that was Edry that I used to know that time on cruise." Kata-kata Namira ini sedikit mengelirukan Edry.

"Challenge? Huh..." Akhirnya Edry ketawa sedikit.

"Saya tahu awak akan cuba buat saya nak kahwin dengan abang awak sebab family awak, tapi saya pula akan buat awak ubah fikiran. Saya akan buat awak mengaku tentang kita kat family awak." Namira mengungkapkan dengan senyuman.

"Apa... apa maksud awak?" Keliru. Kening dikerut sedikit.

"I don't want to call this bet or deal, but I named it challenge. Macam saya cakap, saya akan buat awak ubah fikiran. Kalau saya berjaya buat awak ubah fikiran dalam tempoh ni, awak kena setuju untuk bagi tahu family awak tentang kita. Kalau awak pula berjaya buat saya sukakan abang awak, saya akan terima dia. Macam mana saya nak buat, macam mana awak nak buat, that's up to our way and thinking. So, do you accept my challenge Mr. Hadrey Mifzan a.k.a Edry Stone?"

"I don't know you have this side of you too Namira. Okay, challenge accepted. But you know Edry Stone never lose right?" Edry menerima positif cabaran Namira.

Akhirnya Namira berjaya mengukir senyuman semula pada wajah manis Edry. Seperti mana yang diharapkannya.

"Yes I know. That's Edry Stone that I know! You also need to know that Namira Lyana will never let you win!" Namira ingin membakar semangat pantang kalah Edry semula.

Edry dan Namira sama-sama ketawa. Namira berjanji pada dirinya sendiri, dia akan buat keluarga Edry sedar yang Edry juga adalah anak Tan Sri Faizul. Edry juga layak mendapat hak yang sama dengan abangnya. Dan dia juga berjanji akan mengembalikan senyuman dan kegembiraan buat Edry seperti apa yang telah Edry lakukan buatnya.

"By the way Edry, kenapa awak cakap nama awak Hadrey Faizul instead of Hadrey Mifzan? Awak saja ke nak confusekan saya? Sebab tu saya syak awak dah tahu pasal perjodohan ni and saja nak kenakan saya tau," luah Namira.

"Oh, yang tu... Sebenarnya saya tak berapa suka nama Mifzan tu. So I introduced myself as Hadrey Faizul. That's it," jawab Edry sambil sengih.

"Kenapa tak suka? Sedap apa nama Mifzan tu. I like that name..."

"Because you like me? Hahaha...," seloroh Edry.

"Ih, perasan!" Namira ikut ketawa.

"Ha, by the way Namira. You should practice calling me Izan. Awak tak boleh panggil saya Edry depan family saya, don't you?" Edry menyatakan permintaannya.

"What if I still want to call you Edry in front of your family?" Sengaja Namira tak bersetuju. Ingin mengusik Edry.

"No, you shouldn't. Awak cakap takkan kantoikan kita kan?" Edry membesarkan matanya sedikit.

"Saya akan kantoikan tapi bukan directly macam tu, no worries." Namira ketawa sendiri kerana berjaya membuat Edry cuak.

"Wow, that's scary... Hahaha..." Edry ikut ketawa. Nampaknya persetujuan berjaya disepakati antara mereka berdua. Siapakah yang akan memenangi cabaran ini? Hadrey Mifzan atau Namira Lyana?

Continue Reading