C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

נכתב על ידי leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] עוד

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C77

2.5K 290 123
נכתב על ידי leimonadd

BOT sudah berhenti di jeti. Penuh berhati-hati Nadhif lompat turun dari bot. Beg pakaian diletak di atas lantai kayu, begitu juga dengan plastik-plastik buah tangan buat keluarga dan teman-teman. Pusing tubuh, tangan dihulur untuk bantu Nufa keluar dari bot.

Lihat huluran tangan Nadhif, Nufa terus senyum lebar. Erat dia genggam tangan itu sebelum penuh berhati-hati dia lompat turun dari bot.

Nadhif dan Nufa saling membalas tatapan dan senyuman selepas itu.

"Jom?" Ajak Nadhif. Nufa hanya angguk sahaja dan tunggu Nadhif angkat beg pakaian serta plastik-plastik tadi.

Berdiri tegak, Nadhif terus buka sediki lengannya. Nufa dipandang dan kepala diangguk beberapa kali, menyuruh dan memberi izin untuk Nufa memeluk lengannya.

"Mengada nya." Nufa menggeleng perlahan. Namun tetap juga tangannya naik memeluk erat lengan Nadhif.

"Abang mengada dengan Huwainaa aje." Balas Nadhif selamba sebelum mereka orak langkah bersama.

Nufa hanya julingkan mata ke atas bersama senyuman tertempel di bibir.

Dah tak kekok lelaki itu membahasakan dirinya abang. Nufa pun takde rasa geli-geleman atau apa-apa rasa yang seangkatan dengannya. Malah, hati rasa berbunga kembang. Suka!

"Lepas ni kita balik rumah mak ayah terus?" Soal Nufa. Tangan naik meneduh mata bila terik matahari menyilaukannya.

Mengangguk, Nadhif terus cabut topi kepala dan disauk lembut topi itu di kepala Nufa. Buat Nufa tersenyum dan mendongak suka pandang Nadhif.

"Huwainaa ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Nadhif. Mata dah melilau cari keretanya bila masing-masing tiba dia tempat parkir.

Nufa diam. Mata ikut sama mencari kereta Nadhif. Dan bila dia jumpa, terus lurus jari menunjuk ke satu arah. Tangan jatuh genggam tangan Nadhif dan lelaki itu ditarik mengikut langkahnya.

Nadhif hanya menurut. Bila sampai di kereta, kunci dibawa keluar dan punat unlock ditekan.

Nufa hanya tunggu sahaja Nadhif masukkan semua barang ke dalam bonet. Takde apa yang dia perlu tolong kalau ada sebuah beg dan dua buah plastik besar warna putih. Nadhif pun tak nampak macam beri dia ruang untuk membantu.

"Dah." Bonet ditutup Nadhif dan Nufa dipandang. "Jom masuk."

Nufa angguk dan mula bolos masuk dalam kereta. Rasa bahang kereta buat Nufa menepuk perlahan kerusi kereta.

"Panas?" Nadhif menyoal bila lihat Nufa tak sudah-sudah menepuk kerusi. Tangan bergerak menyentuh kerusi Nufa. Memang panas!

"Kerusi abang tak panas sangat pun." Hairan Nadhif.

Nufa julingkan mata. Nak kata buta, Nadhif celik. Sah-sah lah tak panas kalau bahagian kerusi Nadhif itu berada bawah teduhan bayang. Tidak seperti tempatnya.

"Memang lah. B punya tempatkan bawah bayang-bayang. Waina punya direct matahari ni," omel Nufa tak puas hati. Menjeling dia bila Nadhif tayang sengih.

"Okey lah, okey. Tak nampak." Nadhif ucap maaf. Kemeja tropikanya dibuka dan dilipat kemas. Usai itu, terus dia letak lipatan kemeja itu di kerusi Nufa.

Nufa labuhkan duduk. Pintu ditutup dan tali pinggang dipasang. Nadhif yang sabar menunggunya dipandang.

Geleng kepala, tangan Nufa bergerak buka kaca mata hitam yang dipakai Nadhif.

"Mana nak nampak kalau semua benda hitam." Kaca mata hitam ditunjuk dan dipakai kemudiannya.

Tukar, topi pula disauk di kepala Nadhif.

Nadhif senyum sahaja. Terangguk-angguk sahaja kepalanya, membenarkan apa yang dikata Nufa.

"Boleh gerak? Huwainaa nak pergi mana-mana tak?" Soal Nadhif. Gear dah ditolak turun. Sebelum pedal minyak dipandang, Nufa dipandang.

Nufa angguk.

"Waina rasa nak makan celup tepung boleh tak? Tengok orang makan kat IG macam sedap aje. Kita pergi boleh tak, b?" Soal Nufa.

Nadhif senyum. Kepala Nufa diusap perlahan seraya kepalanya mengangguk beberapa kali.

"Boleh, sayang. Lepas tu abang nak pergi cari keropok lah. Mak dah pesan banyak kali tak henti-henti." Beritahu Nadhif. Pedal minyak ditekan dan kereta mula meninggalkan perkarangan jeti.

"Haah. Along dengan angah pun ada minta sekali. Kita singgah rumah abah dulu sebelum balik boleh?" Pinta Nufa lagi.

Nadhif dipandang penuh rasa bersalah. Tak selesa nak minta itu ini sebenarnya. Rasa menyusahkan Nadhif, tapi Nadhif sahaja yang dia punya sekarang.

Terlepas tawa kecil Nadhif. Tangan Nufa ditarik masuk dalam genggaman tangan.

"Kita memang nak balik, My Huwainaa. Huwainaa tak minta pun abang bawa." Terus kucupan dilabuhkan di belakang tapak tangan Nufa.

Nufa senyum. Tangan Nadhif digenggam erat.

"Thank you and sorry sebab minta macam-macam." Tersengih Nufa di akhir kata. Sekadar menutup rasa bersalah yang menguasai tinggi.

Sekilas Nadhif pandang Nufa. Tak bersuara, hanya kucupan dilabuhkan beberapa kali di tangan Nufa. Tak cukup di belakang tangan, tapak tangan Nufa juga dikucup berkali-kali dan lama.

Nufa hanya diam memerhati. Tahu Nadhif memujuk dalam diam.

"Sayang jangan kata sorry please. Abang ni lagi suka kalau Huwainaa minta macam-macam. Abang rasa abang diperlukan Huwainaa setiap masa dan abang nak itu selamanya. Even kita dah tua mereput sekali pun, you can rely on me seberapa banyak yang Huwainaa nak." Pujuk Nadhif. Lembut namun tegas dan penuh meyakinkan.

Nufa senyum. Bahagia dengan Nadhif.

"So, minta aje. Selagi Tuhan bagi izin untuk abang tunaikan semua keinginan Huwainaa, abang buat. Abang sentiasa akan buat." Tangan Nufa, Nadhif genggam erat lebih meyakinkan lagi.

Senyum Nufa memang melebar. Kalau tadi Nadhif mengucup tangannya, kali ini Nufa tanpa segan silu pula melakukan yang sama.

Nadhif tertawa kecil. Dicuit hidung Nufa sebelum tangan memegang erat stereng kereta.

"Now, mana celup tepung yang sedap sangat, yang Huwainaa nak makan tu?"

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

PEMANDANGAN pantai dipandang. Senyum lebar dia. Memang seronok bila keinginannya tercapai. Makan celup tepung sambil pandang pantai. Dan semestinya ditemani suami tersayang. Dua ratus peratus untuk itu.

Nadhif pandang Nufa yang tak sudah-sudah tersenyum bila mata jatuh pada laut.

"Suka?" Soal Nadhif. Hujung jarinya mula bergerak menyentuh hujung jari Nufa. Elok bermain dengan hujung jemari Nufa dalam diam.

Nufa angguk sahaja bersungguh.

"Lagi suka kalau cepat sikit makanan sampai." Kata Nufa.

Nadhif tergelak. "Kalau bab makan, memang bagi kat sayang lah. Tak boleh nak sabar!"

Nufa tarik senyum senget.

"Mesti. Apa-apa pun, makanan nombor satu. B pun boleh kalah tau kalau lawan dengan makanan." Sakat Nufa. Suka bila lihat Nadhif julingkan mata ke atas.

"Ye lah. Tapi abang rasa abang boleh kalahkan makanan kalau abang bagi Huwainaa makanan. Betul tak?"

Nufa buat-buat berfikir. Dan sengaja dia jongket bahu sedikit. Acuh tak acuh aje.

"Boleh lah."  Dan Nadhif senyum halus.

Ikut Nufa lah. Yang penting dia ada dalam list bahagia Nufa sama.

Diam-diam, Nadhif lurus memandang Nufa. Ralit dia memandang Nufa tanpa bosan. Tak berkalih sedikit pun. Bila Nufa sedikit dan wajah itu tidak dapat dilihat mata, Nadhif sulamkan jemari mereka di atas meja sebelum tangan menarik sikit Nufa, meminta perhatian.

"Tak bosan ke pandang Waina, b?" Soal Nufa. Muka dah berbahang malu sebenarnya.

Nadhif memang tak reti nak cover bahagia. Tak perasan gamaknya anak-anak gadis di meja sebelah ini dah seronok berbisik-bisik sambil pandang le arah mereka. Tersenyum-senyum pula tu.

"Takkan pernah." Balas Nadhif lembut. Senyuman terukir.

Nufa kemam bibir. Malu.

"Sayang tahu tak warna kuning buat sayang hard to not look? Maknanya memang wajib kena tengok!" Nadhif tiba-tiba memberitahu.

Kening Nufa sedikit terjongket dan Nadhif mengangguk mengiyakan.

"Huwainaa glowing lebih tau kalau Huwainaa pakai kuning. Yellow really suits you, sayang." Puji Nadhif tanpa segan silu.

Nufa dah malu. Tak pernah pula dia tahu kuning sesuai dengannya. Dia ingatkan warna ungu.

"Waina ingat Waina sesuai dengan purple."

Nadhif ketuk meja sekali. Kepala terangguk-angguk kecil seperti mengiyakan juga kata-kata Nufa.

"In purple, sayang nampak manis dan ayu. Memang cair habis lah!" Nadhif memuji lagi.

"Tapi, bukan dalam fesyen budak emo sayang lah. Itu memang nampak budak emo." Tambah Nadhif tanpa lapik. Tak peduli dengan Nufa dah menganga kecil.

"Excuse me?" Jemari yang saling bertaut dah dilepaskan. Cekak pinggang dia menghadap Nadhif.

Nadhif beriak biasa sahaja.

"Abang cakap benda betul. Lepas ni boleh lah tukar wardrobe, Huwainaa. Abang beli baju-baju gadis melayu. Baju-baju budak emo Huwainaa tu boleh bagi kat Awa. Biar Awa pakai kat rumah." Panjang lebar Nadhif memberi cadangan.

"B!"

Nadhif dah ketawa lihat monyok Nufa. Tapi tak rasa bersalah. Rasa suka ada lah.

"What? Abang nak yang terbaik buat isteri abang. There's no way Huwainaa pakai fesyen muda remaja." Nadhif peluk tubuh.

Nufa julingkan mata ke atas. Dia peluk tubuh sama pandang Nadhif.

"Huwainaa hak abang. Abang nak jaga apa yang jadi milik abang. Sayang, you're diamond. Mesti lah abang kena jaga betul-betul." Manis mulut Nadhif berbicara. Tangan dah dihulur ke hadapan, meminta tangan Nufa kembali.

Nufa diam. "But still, tak payah lah kutuk fesyen Waina. Macam lah fesyen b tu bagus sangat."

Kening Nadhif terjongket.

"Apa? Fesyen abang okey eh."

Nufa gelak sinis.

"B, you need to change your wardrobe too. Ain't no way b pakai t-shirt sleeveless b. Nak tunjuk otot tu kat siapa?" Kening Nufa terjongket di akhir kata.

Nadhif sembunyi senyum. Eh, suka lah Nufa bunyi jeles macam ni.

"Tunjuk kat buah tembikai abang lah." Meleret suara Nadhif. Kenyitan mata dihantar kepada Nufa.

Kegelian Nufa jadinya. Tak berdebar langsung.

"No, no. Nak pakai, pakai kat rumah aje. Kalau tak nak, buang aje." Tegas nada Nufa.

Nadhif senyum senget.

"Abang ada idea lagi bernas."

Nufa gerakkan kepala sedikit, tanya apa dalam isyarat.

"Abang bagi kat sayang."

Berkerut dahi Nufa. "Buat apa?"

"Buat baju tidur lah." Laju sahaja Nadhif membalas.

Nufa julingkan mata. Tak dapat faedah untuk diri langsung idea yang konon bernas itu.

"Sakai." Selamba Nufa mengutuk perlahan dan itu undang tawa besar Nadhif.

Bahagia sangat tu, bang. Sorok sikit. Menggelupur dah gadis-gadis meja sebelah ini.

Mahu teruskan lagi perbualan, namun pelayan sudah datang hantar pesanan mereka. Hilang terus kerutan di dahi Nufa, diganti dengan senyum lebar yang menghiasi wajah Nufa.

Nufa menepuk tangan beberapa kali. Baru nak cuit makanan, Nadhif memanggil.

"Sayang."

Kamera telefon Nadhif dah terarah kepada Nufa. Laju Nufa angkat dua jari sambil tambah senyum lebar.

"Sayang b!"

Dan klik! Memori terakam lagi. Dan mereka syukur untuk itu.

*Okey habis dah fasa manis-manis.

המשך קריאה

You'll Also Like

1.2M 66K 30
♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai pa...
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.5M 307K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...