DEAR KAYYISA

By azyvrins

325K 16.5K 840

[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan... More

Dear Kayyisa
∘°∘1∘°∘
∘°∘2∘°∘
∘°∘3∘°∘
∘°∘4∘°∘
∘°∘5∘°∘
∘°∘6∘°∘
∘°∘7∘°∘
∘°∘8∘°∘
∘°∘9∘°∘
∘°∘10∘°∘
∘°∘11∘°∘
∘°∘12∘°∘
∘°∘13∘°∘
∘°∘14∘°∘
∘°∘15∘°∘
∘°∘16∘°∘
∘°∘17∘°∘
∘°∘18∘°∘
∘°∘19∘°∘
∘°∘20∘°∘
∘°∘21∘°∘
∘°∘22∘°∘
∘°∘23∘°∘
∘°∘24∘°∘
∘°∘25∘°∘
∘°∘26∘°∘
∘°∘27∘°∘
∘°∘28∘°∘
∘°∘29∘°∘
∘°∘30∘°∘
∘°∘31∘°∘
∘°∘32∘°∘
∘°∘33∘°∘
∘°∘34∘°∘
∘°∘35∘°∘
∘°∘36∘°∘
∘°∘37∘°∘
∘°∘38∘°∘
∘°∘39∘°∘
∘°∘40∘°∘
∘°∘41∘°∘
∘°∘42∘°∘
∘°∘43∘°∘
∘°∘45∘°∘
∘°∘46∘°∘
∘°∘47∘°∘
∘°∘48∘°∘
∘°∘49∘°∘
∘°∘50∘°∘
∘°∘51∘°∘
∘°∘52∘°∘
∘°∘53∘°∘
∘°∘54∘°∘
∘°∘55∘°∘
∘°∘56∘°∘
∘°∘57∘°∘
∘°∘58∘°∘

∘°∘44∘°∘

3.2K 188 11
By azyvrins

HANA memandu balik menuju ke mansion milik mereka, akhirnya hari ini dia dapat bertemu kembali dengan suaminya setelah tamat tempoh denda yang dikenakan.

Senyuman manis terukir sebaik sahaja melihat suaminya sedang menunggu di depan pintu utama. Kereta diparkirkan di garaj, lalu enjin dimatikan.

"Sayang!!!"

Dia menjerit kuat sebelum berlari mendekati isterinya yang baru sahaja tiba. Ini baru dua malam tak tidur dengan isteri dah macam apa perangai. Hana mendepakan luas tangannya.

"I miss you so much, sayang. I miss you so bad.." bisiknya sambil menyembamkan wajah di leher Hana yang berlapikkan tudung.

"Kita masuk dalam rumah dulu abang, tak elok kat luar ni. Kalau rindu sangat pun, at least pakailah baju kalau nak keluar. Ini tak berbaju ni, nak tunjuk abs tu dekat siapa? Dekat jiran?" Hana memandang abs suaminya yang terdedah.

"Abang rindukan Hana. Abang rindukan isteri abang ni. Rindu sangat-sangat," luahnya manja. Hidungnya digeselkan di puncak hidung isterinya.

"You're mine, husband. Jangan berani-berani nak tunjuk abs tu kat orang lain, walaupun aurat lelaki hanyalah dari pusat ke lutut. Faham ke tak?" ujarnya. Ziyyad mengangguk laju.

Dia punya rindu dah tak boleh bawa bincang dah. Tanpa membalas bicara isterinya, Ziyyad terus mendukung Hana menuju masuk ke dalam rumah. Tubuh genit isterinya diletakkan atas permaidani.

"Sayang.. abang tak nak pisah lagi dengan sayang. Tak rela nak hidup seorang diri. Abang nak solat jemaah dengan sayang. Buat semua benda dengan sayang." adunya manja. Dia sedang berbaring di atas riba isterinya.

Manja kali dia!

"Eleh abang cakap macam sayang ni pergi jauh sangat. Macam sayang dah tak balik ke pangkuan abang. Baru dua hari, dah macam orang hilang bini. Kalau betul-betul sayang tinggalkan abang nanti, macam mana?" soalnya, alis kening diangkat berulang kali.

Ziyyad mengerutkan dahinya sebelum bangkit dari pembaringan. Tubuh disandarkan pada sofa. Hana menyandarkan kepalanya pada bahu Ziyyad.

"Sayang ada niat nak tinggalkan abang ke? Kenapa? Sebab abang ni pernah jadi pembunuh? Sebab abang ni bukan orang baik? Sebab abang ni banyak dosa?" soalnya berulang kali, pandangan matanya bertukar redup.

Lengan Ziyyad dia paut erat. Pipi suaminya dikucup sekilas, namun Ziyyad langsung tidak tersenyum. Dia seperti kecewa dengan bicara isterinya.

"Abang.. listen to me first. Sayang tak pernah ada niat nak tinggalkan abang tapi ajal, jodoh dan rezeki tu ditangan Tuhan. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu. Andai sayang yang pergi dulu, halalkan makan minum sayang ya?" tanpa sedar air matanya menitik membasahi pipi.

"Sayang.. can we just don't talk about this anymore?" pintanya dengan mata yang sudah berlinang dengan air mata. Hana mengangguk faham.

Kitonyo manjo!

"Sayang.. abang rindu sayang. I miss you scent. You really drives me crazy, Hana Kayyisa." bisiknya dengan suara serak basahnya. Senyuman manis automatik tergaris pada wajah cantiknya.

"Am I really drives you crazy, abang?" soal Hana, beserta satu senyuman tipis. Dia kalih pandangan memandang suaminya.

Handsome sungguh!

Ziyyad pantas menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Ubun-ubun Hana diusap lembut. Tudung yang dipakai gadis itu dibuka. Dia melabuhkan kucupan hangat di dahi licin isterinya.

"Boleh tak petang ni kita dating? I want to bring you to special place." ajaknya, seraya menggomol pipi gebu isterinya.

Hana menjungkitkan alis keningnya memandang Ziyyad. Ada sahaja tempat istimewa yang dia ingin bawa. Hana sengaja mengukir senyuman tanpa membalas bicara suaminya.

"Sayang... boleh ke tak?"

Terkekek Hana melihat telatah comel suaminya, manja betul! Rambut Ziyyad dia usap lalu dikusutkan. Pandangannya jatuh pada abs suaminya.

"Yes, abang. You can bring me anywhere that you want. I will always by your side." balasnya, kepala dijatuhkan pada bahu Ziyyad.

"Sayang tunggu sini kejap tau, abang nak masak. Nanti abang panggil kalau dah siap." ujarnya, sempat dia mengenyitkan mata pada Hana. Hana memberikan flying kiss buat Ziyyad.

Ziyyad terus mengatur langkah menuju ke dapur, dia ingin memasak untuk isterinya. Sesekali dia lirikkan pandangan memandang Hana yang sedang berbaring atas sofa. Ralit sangat tengok IPad tu.

Sedang ralit dia menggaul rata nasi goreng di dalam kuali terasa ada tangan melingkar erat dipinggangnya. Mata dia kalih memandang tangan isterinya.

"Abang.." panggilnya meleret.

Ubun-ubun Hana diusap lembut, dia biarkan saja tangan itu memeluk pinggangnya. Sesekali dia mengucup dahi licin isterinya.

"Jom makan," ajaknya. Pinggang Hana dipaut erat menuju ke ruang makan. Hana melabuhkan punggung atas riba suaminya. Ziyyad terus memeluk erat pinggang Hana.

Manja kali dia!

"Nak abang suap?"

Hana angguk laju. Pantas Ziyyad menyuapkan nasi ke dalam mulut isterinya. Sisa nasi di tepi bibir dibersihkan menggunakan ibu jarinya.

"Lepas ni teman abang workout boleh?" ajaknya, Hana mengerutkan dahinya.

"Workout? Workout kat mana abang?" polos betul soalannya, membuatkan Ziyyad melirik senyuman nakal.

"Kat bilik," jawabnya ringkas, sebelum tawa pecah di ruang udara. Wajah Hana terasa membahang bagaikan baru keluar dari sauna. Ziyyad usap pipi gebu isterinya lalu menghadiahkan kucupan di dahi licin itu.

Love language: kiss of affirmation!

"Taklah, abang gurau je. Teman abang workout dekat gym. Ada dekat aras tiga." jelasnya lalu puncak hidung dia geselkan di hidung isterinya.

Hana mengangguk faham. Mulutnya ralit mengunyah makanan. Sumpah sedap masakan suaminya!

"Abang.. kalau sayang teman abang workout, sayang dapat apa?" dia tersengih memandang suaminya. Ziyyad cuit puncak hidung isterinya.

"Nanti lepas workout, just claim anything that you want. I will buy it for you." lembut nadanya menerpa ke pelupuk pendengaran Hana. Gadis itu menarik senyuman manis.

"Sayang gurau jelah, tak ada apa pun nak minta. Orang teman abang workout ni ikhlas, tak harapkan balasan pun." ujarnya, senyuman digaris manis.

"Even if you don't ask for a gift, I will still give it to you. Anything for my beloved wife." Ziyyad menarik senyuman manis, lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Hana.

Kucupan hangat dihadiahkan di dahi licin isterinya. Usai sahaja makan, Hana beralih dari riba suaminya. Dia pandang Ziyyad yang sibuk mencuci pinggan.

Ziyyad perasan yang dirinya diperhatikan namun dia saja membiarkan. Langkah kaki diatur mendekati Hana sebelum dia rendahkan tubuhnya agar sama tinggi dengan isterinya.

Cup!

"Abang.. why do you loved kissing my forehead?" Ziyyad menjungkitkan alis keningnya apabila mendengar soalan Hana.

"Because it is my love language towards you. I will put you as my priority. Only you deserved to be the owner of my heart. I don't want anyone else, only you."

Senyuman manis diukir semanis gula. Sungguh bicara Ziyyad tidak mampu dia balas. Ada sahaja bicara suaminya yang mampu membuat dirinya jatuh tergolek-golek atas lantai.

"I love you smiles, sayang."

Tangan kekarnya mencuit pipi gebu isterinya, sekali lagi dia mengucup dahi licin Hana. Semakin mekar bunga senyum di bibir Hana.

"Seperti selipar di masjid, kamu mencuri hatiku dan sekarang ia hilang selamanya." bisiknya lembut menerpa ke halwa telinga isterinya.

Detak jantung Hana berdegup pantas. Tangan kecilnya mencuit hidung suaminya. Comel! Ziyyad melutut sambil melangut memandang isterinya. Dia ukir senyuman manis hingga dimplesnya muncul.

"Jika air wudhuk menemanimu ketika solat, izinkan aku menemanimu sepanjang hayat."

Hana terasa bagaikan terkena panahan cinta suaminya. Sejak bila suaminya belajar pickupline ni?! Romantik betul. Sungguh tidak mampu dia berkata. Bicara Ziyyad cukup membuatkan hatinya cair.

"Come, baby. Teman abang workout." bisiknya di cuping telinga Hana. Lantas dia mendukung tubuh genit itu menuju ke aras tiga.

Anak tangga didaki satu demi satu, sengaja menggunakan tangga walaupun ada lift. Supaya dia boleh bermanja dengan isterinya lebih lama. Hana menyembamkan wajahnya di dada bidang Ziyyad.

Pintu bilik dikuak luas, tubuh Hana dia letakkan atas yoga mat yang terbentang atas lantai. Hana hanya perhatikan saja tingkah suaminya.

"First of all, abang nak push up dulu. You just stay still, and watch me okay? I will kiss your forehead everytime I move." jelasnya.

Ziyyad mengatur langkah lalu membuka singlet yang membaluti tubuhnya. Dia mendekati Hana lalu membuat aksi seperti plank. Lalu perlahan-lahan dia push up sambil mengucup dahi Hana.

"Abang sayang Hana tak?"

"I love you, sayang. No one can replace your place in my heart." kucupan dihadiahkan pada dahi licin isterinya. Hana sudah tersenyum malu-malu.

Dia bangkit dari melakukan push up tersebut, punggung dilabuhkan sebelah Hana. Dada bidangnya sudah lencun dengan peluh. Hana bangkit lalu duduk menyandar di belakang tubuh Ziyyad.

"Abang nak peluk,"

Permintaan suaminya dia abaikan saja, matanya ralit memandang segenap inci ruang gym tersebut. Ziyyad membaringkan tubuh Hana lalu menindih tubuh genit itu.

"I want to hug you,"

Hana bangkit lalu memeluk suaminya, tubuh yang basah lencun dengan peluh itu dia abaikan saja. Karang tak bagi peluk, mengada-ngada macam budak-budak.

"Abang tengok.. baju Hana dah basah dengan peluh abang. Hana dah mandi ni.." adunya manja, pandangannya jatuh memandang t-shirt putih yang basah dengan peluh Ziyyad.

Terkekek Ziyyad melihat reaksi isterinya, sebelum bibirnya melirik senyuman nakal. Pinggang Hana dia paut mendekati dirinya.

"Kita mandi sama-samalah, apa salahnya mandi dengan suami? Menyenangkan hati suami tu besar pahalanya," bicaranya lembut. Hana ambil kesempatan untuk mencuit sixpack Ziyyad yang terdedah.

"Suka sangat ambil kesempatan dalam kesempitan." bibir dicebikkan, wajahnya berubah cemberut apabila Ziyyad mengucup bibirnya sekilas.

Ubun-ubun Hana dia usap lembut, rambut isterinya dia ikat dengan getah rambut. Tangan kekarnya ralit mengikat rambut isterinya. Serabai macam tu dah macam pontianak. Ghisau..

"Come, we need to bath. Nanti sayang tak selesa," ajaknya, tubuh genit isterinya dicempung kemas menuju ke bilik mereka.

Dia letakkan tubuh genit itu di dalam bathtub yang terisi air suam. Usai sahaja membersihkan diri, Hana menyarungkan pijamas rona navy blue. Dia duduk di birai katil.

"Abang tak pakai baju ke?"

Dia mengatur langkah mendekati isterinya, tubuh direndahkan menyamai ketinggian Hana. Senyuman nakal dia lirik segaris.

"Suka sangat tanya soalan ni kan? Abang memang malas nak pakai baju, rimas. Lagipun kejap lagi abang nak pergi office. Ada meeting nak attend." jawabnya seraya mengucup dahi Hana.

"Meeting?"

Ziyyad angguk laju, dia perasan riak wajah isterinya berubah mendung. Tak suka kena tinggal lah tu! Omelnya sendiri. Hana teringat janji suaminya tadi. Kata nak ajak dating tapi alih-alih dia pergi meeting pula!

"Abang janji meeting tu sekejap je, tak lama." pujuknya lembut, mahu tidak mahu Hana angguk kepalanya mengizinkan suaminya pergi. Ziyyad mengatur langkah mendekati closet.

Suit hitam dia ambil lalu disarungkan ke tubuhnya. Dia mendekati Hana bersama necktie yang dipegang kemas.

"Pakaikan abang tie boleh?" pintanya. Hana bangkit dari duduknya lalu mendekati Ziyyad. Necktie yang berada di pegangan suaminya diambil lembut.

Ziyyad menarik pinggang isterinya mendekati dirinya. Sisi pinggang itu dia urut perlahan. Hana bagaikan terbuai dengan belaian Ziyyad. Kaki dijengketkan agar tingginya sama dengan suaminya.

Cup!

"Thanks for the kiss, baby." bisiknya dengan suara serak basahnya. Wajah Hana yang memerah menahan malu dibiarkan saja. Malu-malu kucing pula!

"Abang pergi office dulu, jangan buat hal dekat rumah. Dan, jangan keluar rumah sama sekali. Tunggu abang balik. Faham sayang?" ujarnya lembut, ubun-ubun isterinya diusap sejenak.

"Faham, boss!" jawab Hana teruja, mata dikenyitkan pada suaminya. Dia melayangkan flying kiss lalu Ziyyad terus menangkapnya.

Ziyyad mengatur langkah menjauhi Hana, pintu bilik dikuak luas. Kunci motorsikal yang terletak atas kabinet diambil. Enjin Kawasaki Ninja itu dihidupkan lalu terus motorsikal itu memecut laju membelah jalan.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Malam menjelma, jam pada dinding yang tilik sekilas. Dah pukul 10 malam, dan kelibat suaminya belum kelihatan. Hana membaringkan tubuhnya atas katil. Cardigan diambil apabila rasa sejuk menerpa dirinya.

Klak!

Kedengaran pintu utama dibuka namun tidak kedengaran langsung suara Ziyyad. Hana mengatur langkah menuju ke bawah.

Lampu dapur yang asalnya dimatikan tiba-tiba terpasang. Mungkin benar suaminya sudah balik dari meeting. Langkah kaki diatur menuju ke ruang dapur. Ada segelas jus oren atas meja dapur.

"Drink it, I want to go to the toilet first. I love you, darling."

- Your husband

Kerutan terhasil pada dahi mulusnya. Selalunya Ziyyad akan sertakan perkataan 'handsome' tiap kali dia tulis surat. Namun begitu, senyuman tetap digariskan dengan manis sebelum jus oren tadi diminum sehingga habis. Seseorang mengukir senyuman sinis di sebalik dinding.

Hana mengatur langkah menuju ke ruang tamu, menunggu suaminya selesai dari tandas. Matanya tertancap pada kelibat hitam yang mendekati dirinya.

"Do you miss me, darling? Tonight I will make sure you will become mine." ujarnya, dia melabuhkan punggung di sebelah Hana. Hana mengengsot menjauhkan dirinya dari lelaki itu.

Kusyen dibalingkan pada lelaki itu. Namun Ezzan hanya mengukirkan senyuman sinis. Sebentar lagi ubat tidur yang diletakkan dalam air tadi akan bertindak ke atas Hana. Saat itu dia akan pastikan Hana menjadi miliknya yang seutuhnya.

"Ka-Kau! Kau buat apa kat sini?" Hana berterusan menjauhkan dirinya dari Ezzan. Ezzan mendekati Hana dengan senyuman sinis yang terukir di wajahnya.

"Aku datang sini untuk jadikan kau milik aku. Milik aku selama-lamanya!" bentaknya kuat, langkahnya makin dekat dengan Hana. Pergelangan tangan Hana dicengkam kuat hingga Hana mengaduh sakit.

"Aku dah ada suami! Aku milik dia! Kau boleh pergi mampus!" jerkah Hana kuat, membuatkan Ezzan berang.

PANG! PANG! PANG!

Dia terus menindih tubuh genit itu sebelum menampar pipi Hana berulang kali. Bibir Hana pecah dek kerana tamparan yang kuat.

Ezzan mengoyakkan pijamas yang dipakai Hana sehingga bahu mulus gadis itu terdedah. Hana merasakan kepalanya berpusing. Pemandangannya mulai kabur.

"Lepaskan ak—"

Bicaranya tidak sempat habis apabila ubat tidur itu menguasai dirinya. Ezzan mengukir senyuman sinis. Pipi Hana dia elus lembut. Kini, gadis itu jatuh ke dalam tangannya.

Dia bangkit dari menindih tubuh Hana lalu didukung kemas tubuh itu dan diletakkan atas permaidani. Baru sahaja dia ingin membuka butang pijamas yang dipakai Hana, terasa kolar bajunya ditarik kuat.

"Kau buat apa dengan isteri aku sial?! Kau memang nak mati!" jerkah Ziyyad kuat, tubuh Ezzan ditarik lalu dihempaskan atas lantai.

BUK! BUK! BUK!

Dia menumbuk wajah itu berulang kali sehingga Ezzan terkulai lemah atas lantai marmar.

Ziyyad mengatur langkah mendekati isterinya, pipi Hana lebam dek kerana ditampar berulang kali. Bibir isterinya pecah. Dia tidak akan mampu maafkan dirinya sekiranya dia terlewat sesaat tadi.

"UGH!"

Terasa ada benda tajam yang menikam sisi perutnya, Ziyyad palingkan kepala memandang Ezzan. Glock 19 yang berada di dalam kocek dikeluarkan lalu dia tembak tepat ke arah betis lelaki itu.

Darah yang keluar dari sisi perutnya dia abaikan walaupun rasa sakit kian menyengat. Bibirnya mulai pucat.

"Da-Datang mansion aku. Sekarang!"

Badan disandarkan ke sofa, dia perhatikan Ezzan yang berlumuran darah di atas lantai. Kepala Hana dia letakkan atas ribaannya.

"Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang merayu," rintihnya. Dia mengusap wajah pucat isterinya.

Zayyad yang baru tiba terus mendekati adiknya, matanya tertancap pada baju Ziyyad yang sudah basah dengan darah. Tubuh Ziyyad dia papah menuju ke kereta.

"To-Tolong.. dukung Hana." pintanya, nada kian tersekat.

Zayyad meletakkan tubuh Ziyyad di seat kereta dengan berhati-hati sebelum melangkah mendekati Hana. Tubuh genit itu dia cempung kemas masuk ke dalam kereta.

Lamborghini Aventador itu memecut laju membelah jalan. Ziyyad mengusap wajah isterinya, dia membelai lembut wajah itu. Tolong, jangan apa-apa perkara buruk jadi pada isterinya. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu.

"Sepatutnya kau lain kali nak buat apa-apa bagitahu aku. Nasib dia tak tembak kau sampai mati. Kalau tak gagal plan kita," marahnya pada Ezzan. Segera dia papah lelaki itu menuju ke arah kereta Vios yang berada di belakang mansion Ziyyad.

"Aku ingat dia akan balik lambat sikit. Kalau dia lambat tadi, Hana dah jadi milik aku. Bila aku sentuh dia, mesti Ziyyad akan ceraikan punya. Lelaki mana yang nak bekas orang lain kan?" ujarnya. Perempuan tadi menjegilkan matanya ke arah Ezzan.

"Kau sindir aku ke apa?" jelingnya tajam. Butang start ditekan lantas dia memandu laju menuju ke kawasan rumah mereka.

"Aku tak kata aku cakap pasal kau. Asal? Kau terasa ke? Nak terasa buat apa. Kau memang bekas orang pun. Bekas aku," sinis nadanya menyindir gadis di sebelahnya. Si dia hanya mendengus perlahan.

"Tapi kau jangan risau. Aku akan pastikan Ziyyad jadi milik kau dan Hana jadi milik aku. Tak kisahlah apa cara sekalipun." tekad nadanya. Dia tidak peduli lagi.

"Tak perlu berjanji. Aku yakin yang Ziyyad akan jadi milik aku." yakin dia bersuara. Lantas, mereka tertawa suka. Namun disudut hatinya, dia merasakan yang dirinya sudah keterlaluan.

"Aku terpaksa buat semua ni, Ziyyad. Maafkan aku," ujarnya perlahan. Dia tersenyum kembali ke arah Ezzan. Dia tidak mahu menampakkan sangat rasa bersalahnya.

TIBA sahaja di hospital, Zayyad mengatur langkah laju mendekati Anne. Anne dan Irfan mengatur langkah mengikut Zayyad menuju ke keretanya. Beberapa orang nurse menolak strecher mendekati kawasan kereta Zayyad.

"Doa yang baik-baik untuk diorang, Zayyad. Insha-Allah tak ada perkara buruk jadi." jelas Irfan, bahu Zayyad ditepuk sekilas.

Strectcher ditolak menuju ke ruang kecemasan. Zayyad melabuhkan punggung di kerusi menunggu, rambut diramas ke belakang. Dia keluar tanpa mengkhabarkan isterinya.

"Mama.. Ziyyad dengan Hana cedera. Ziyyad admit ICU." luluh hatinya memberitahu Tengku Farah tentang keadaan Ziyyad dan Hana.

Telefon yang dipegang Tengku Farah serta merta terlepas dari pegangan. Tuan Raiz yang sedar perkara itu terus mendekati isterinya. Dia mengambil telefon yang sudah terjatuh di lantai lantas melihat nama pemanggil.

"Kenapa call Zayyad?" soalnya, dia perhatikan Tengku Farah yang menangis teresak-esak di atas sofa.

"Kejap lagi papa dengan mama sampai. Send location hospital sekarang." arahnya setelah mengetahui berita yang disampaikan oleh Zayyad. Tuan Raiz mendekati Tengku Farah lalu menggenggam erat tangan itu.

"Ikut papa, kita pergi hospital. Mama kena kuat, tak boleh sedih macam ni. Anak dan menantu mama tu kuat, Insha-Allah diorang selamat." jelas Tuan Raiz memujuk Tengku Farah.

Akhirnya Tengku Farah akur, mereka terus mengatur langkah menuju ke Nissan GTR milik suaminya. Nissan GTR itu memecut laju membelah jalan.

Tengku Farah dan Tuan Raiz tiba di hospital lalu terus mendekati Zayyad yang duduk di depan wad kecemasan. Zayyad memeluk erat tubuh Tengku Farah. Tengku Farah mengusap belakang tubuh Zayyad.

Dia tahu, betapa rapatnya hubungan Zayyad dan Ziyyad. Zayyad terlalu menyayangi Ziyyad. Sebab itulah apabila Ziyyad demam dia hanya inginkan Zayyad yang menjaga dirinya. Zayyad menyeka lembut air mata Tengku Farah.

"Zayyad jangan nangis.. nanti mama nangis juga.." pujuk Tengku Farah lembut, belakang tubuh Zayyad diusap berulang kali.

"Abang taknak hilang Ziyyad mama.. Kita sayang dia sangat-sangat." adunya manja, makin erat pelukan Tengku Farah. Tuan Raiz hanya menyaksikan saja drama anak sulungnya.

Dia mendekati Tengku Farah lalu melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Tengku Farah menyandarkan kepalanya di bahu Tuan Raiz. Tuan Raiz segera menyeka air mata yang berlinang di pipi isterinya.

Beberapa jam kemudian, akhirnya kelibat doktor mulai kelihatan keluar dari wad Ziyyad dan Hana. Anne dan Irfan melangkah mendekati Tengku Farah.

"Macam mana keadaan mereka berdua, Anne?" soal Tengku Farah. Anne menundukkan wajahnya sebelum memandang Irfan bersilih ganti. Dia mengangkat wajahnya memandang Tengku Farah.

"Alhamdulillah, keadaan mereka berdua selamat. Tapi, puan Hana masih berada dalam pantauan kami kerana dia belum sedarkan diri kerana kesan dos ubat tidur. Luka yang dialami Ziyyad tidak terlalu dalam dan masih boleh dirawat. Buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan melawat pesakit." jelas Anne panjang lebar.

Tengku Farah hanya mengukir senyuman manis, dia bersyukur kerana keadaan anak menantunya baik-baik saja. Mereka terus balik ke rumah masing-masing begitu juga dengan Zayyad.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Happy reading!

Continue Reading

You'll Also Like

38.2K 2K 40
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
298K 15.1K 37
"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "...
148K 5.3K 31
დ Royal Black Mafia :𝔖𝔢𝔯𝔦𝔢𝔰 1 ꨄ︎[ 𝓢𝓮𝓪𝓼𝓸𝓷 1 ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫 . ᴛᴇɴɢᴋᴜ ᴀᴢʀᴀɴ ᴜϙᴀᴇʟ || ʜᴀʏᴅᴇɴᴀ ᴍᴀʀɪꜱꜱᴀ • ...