DEAR KAYYISA

By azyvrins

325K 16.5K 840

[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan... More

Dear Kayyisa
∘°∘1∘°∘
∘°∘2∘°∘
∘°∘3∘°∘
∘°∘4∘°∘
∘°∘5∘°∘
∘°∘6∘°∘
∘°∘7∘°∘
∘°∘8∘°∘
∘°∘9∘°∘
∘°∘10∘°∘
∘°∘11∘°∘
∘°∘12∘°∘
∘°∘13∘°∘
∘°∘14∘°∘
∘°∘15∘°∘
∘°∘16∘°∘
∘°∘17∘°∘
∘°∘18∘°∘
∘°∘19∘°∘
∘°∘20∘°∘
∘°∘21∘°∘
∘°∘22∘°∘
∘°∘23∘°∘
∘°∘24∘°∘
∘°∘25∘°∘
∘°∘26∘°∘
∘°∘27∘°∘
∘°∘28∘°∘
∘°∘29∘°∘
∘°∘30∘°∘
∘°∘31∘°∘
∘°∘32∘°∘
∘°∘33∘°∘
∘°∘34∘°∘
∘°∘35∘°∘
∘°∘36∘°∘
∘°∘37∘°∘
∘°∘38∘°∘
∘°∘39∘°∘
∘°∘40∘°∘
∘°∘42∘°∘
∘°∘43∘°∘
∘°∘44∘°∘
∘°∘45∘°∘
∘°∘46∘°∘
∘°∘47∘°∘
∘°∘48∘°∘
∘°∘49∘°∘
∘°∘50∘°∘
∘°∘51∘°∘
∘°∘52∘°∘
∘°∘53∘°∘
∘°∘54∘°∘
∘°∘55∘°∘
∘°∘56∘°∘
∘°∘57∘°∘
∘°∘58∘°∘

∘°∘41∘°∘

4.6K 228 14
By azyvrins

HARI berganti hari, Hana hanya termenung di birai tingkap menanti kepulangan suaminya. Sepatutnya hari ini, Ziyyad akan balik ke Malaysia. Namun belum ada berita lagi tentang kepulangan suaminya.

Sepanjang tiga hari, dia langsung tidak dapat menghubungi Ziyyad. Semuanya tidak terjawab malah panggilan juga tidak sampai.

"Bila abang nak call Hana? Hana call abang tapi abang tak jawab. Hana rindukan abang.." ujarnya lemah, bahunya mengendur. Air mata yang bertakung di tubir mata akhirnya tumpah.

Langkah kaki diatur menuju ke dapur, kelihatan kelibat Kak Nad sedang sediakan makan malam. Dia langsung tidak berselera hendak makan.

"Kak Nad baliklah ya lepas ni? Nanti gelap sangat susah nak memandu. Jangan risau pasal Hana, kita okay sendiri dekat rumah." jelasnya, dia tidak mahu Kak Nad merisaukan dirinya.

"Tapi Puan Muda.."

Hana mengangguk laju menandakan yang dia okay bersendirian. Dia mengatur langkah naik ke bilik lalu mengurungkan dirinya. Lemah seluruh tubuhnya tidak berdaya.

Tubuh dibaringkan di atas katil, sesekali dia mengerling ke arah IPhone miliknya. Langsung tiada mesej mahupun call, barangkali Ziyyad sibuk sangat dengan kerjanya. Dia letakkan kembali telefonnya di atas bedside table.

Comforter ditarik menutup tubuhnya. Matanya mulai memberat, dan kantuk menguasai dirinya. Perlahan-lahan mata terkatup rapat lalu dengkuran halus terbit dari bibirnya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Ziyyad mengurut pelipis dahinya, sepatutnya hari ni dia balik ke Malaysia tapi tiba-tiba flight delay pula. Private jet miliknya sengaja tidak digunakan. Dia menyesal pula tak tumpang sekali Raf naik private jet milik jejaka itu.

"I miss my wife so much,"

Telefonnya rosak kerana salahnya juga sebab letak dengan hujung meja. Tak pasal-pasal jatuh pecah ke lantai. Tapi sepatutnya selamat telefonnya namun ada pula bala yang sengaja memijak telefonnya.

Gadis itu mengikutinya ke Itali hanya sebab ingin mendekati Ziyyad. Dia sengaja gunakan nama ayahnya untuk membuat appointment dengan Ziyyad.

IPad dibuka sekilas, dia mengucapkan rasa syukur apabila ada penerbangan ke Malaysia jam 6 pagi. Tak apa, demi isterinya dia sanggup tak tidur di airport. Lagipun sekarang dah pukul 3 pagi.

Apabila mendengar pengumuman kapal terbang, laju dia melangkah ke balai berlepas. Luggage ditarik laju. Dia sudah tidak sabar ingin menemui isteri kesayangannya. Rindu kian menggebu-gebu.

Belakang tubuh disandarkan pada kerusi kapal terbang, IPad miliknya dibuka sekilas. Dalam IPad ini tiada aplikasi whatsapp atau aplikasi lain kerana ianya IPad baru. Yang baru dibeli setelah telefonnya pecah. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu.

HANA tersedar dari lenanya apabila alarm berdering kuat, langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dia ada kuliah hari ni.

Usai membersihkan diri selama 15 minit, dia menunaikan solat subuh. Doanya dilangitkan pada sang Pencipta agar suaminya baik-baik saja.

Hana mengatur langkah menuju ke dapur lalu membancuh susu panas. Hanya itu saja yang dia akan sarapan jika tiadanya Ziyyad. Bukan kerana malas hendak masak tapi dia tidak biasa makan makanan berat di waktu pagi.

Sepanjang berada di dewan kuliah, dia fokus kepada bicara pensyarahnya. Sesekali ingatannya terbang memikirkan sang suami tapi dia hanya mampu tersenyum.

Usai tamat saja kuliahnya, Rayna sengaja mengajak Hana lepak sekejap di kafe. Hana keluarkan sesuatu dari totebag miliknya. Souvenir yang dia beli untuk Rayna tempoh hari di Bangkok. Baru harini dia teringat hendak membawanya.

"Ray.. nah souvenir from Bangkok." ujar Hana, paperbag itu dia serahkan pada Rayna. Bukan main souvenir dia ni. Louis Vuitton yang dijadikan souvenir.

"Mahal ni, Hana. Aku tahulah suami kau tu poket tebal tapi dia tak marah ke kau guna duit dia banyak-banyak ni?" tegur Rayna, matanya tunak memandang ke arah Hana.

"Tak.. dia tak marah pun. Dia sendiri yang suruh aku belikan untuk kau. Dah dia yang nak sangat belanja, aku terima jelah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari." sempat lagi dia bagi peribahasa. Rayna menggeleng dengan telatah Hana.

Jus orange itu dia hirup, matanya diliarkan memandang ke seluruh kawasan kafe tersebut. Rayna sibuk mengetik mesej kepada seseorang.

"Ray.. aku nak pergi tandas kejap. Lepas tu aku terus balik ikut teksi. Nanti Azim yang ambil kau kan?" Rayna angguk laju. Dia mengukir senyuman manis sebelum mengetik pesan pada seseorang.

"Dia pergi tandas, baik kau pergi sekarang. Dia nak naik teksi lepas tu."

Mesej tersebut dihantar pada seseorang. Rayna mengatur langkah menuju ke Jaguar XF milik suaminya, Azim. Punggung dilabuhkan di seat sebelum Jaguar XF itu meluncur laju membelah jalan.

Hana keluar dari tandas lalu mengemaskan tudungnya, namun langkahnya terhenti apabila ada seseorang memeluknya dari belakang. Pelukan itu terlalu erat.

"Lepaslah!" bentak Hana, dia cuba untuk menyiku perut orang tersebut namun dia tidak berjaya apabila pelukan semakin kuat. Wangian Atlantis by Blu Atlas menusuk ke rongga hidungnya.

"I miss you so much, baby.." bisiknya di cuping telinga Hana yang berlapikkan tudung. Hana terkedu untuk beberapa saat. Wangian dan suara ni.. bukankah pemiliknya adalah suaminya sendiri? Pelukan semakin dieratkan.

Seseorang itu memusingkan tubuh Hana agar berhadapan dengannya. Mask hitam yang menutup sebahagian wajahnya dibuka sebelum hoodie diturunkan.

"Abang.."

Menitis air mata Hana apabila melihat kelibat suaminya berada di depan mata. Sungguh dia rindukan suaminya. Jemari Ziyyad naik mengesat air mata isterinya.

"Don't cry, sayang. I'm here with you,"

Hana memeluk erat tubuh suaminya, sungguh dia rindukan wangian itu. Dia rindu hendak dibelai manja oleh suaminya. Rindu dengan kata-kata pujukan sang suami yang selalu menceriakan hari-harinya.

"Kenapa.. kenapa abang tak call Hana? Hana rindu abang.. Hana call banyak kali tapi.. abang tak jawab." adunya manja, tersebek-sebek bibirnya menahan tangis.

Hoodie yang dipakai oleh Ziyyad dibasahi dengan mutiara jernihnya. Begitu juga dengan hingusnya. Tapi tak apa, sebagai suami yang baik hati dia harus pasrah. Dagu Hana dia angkat sedikit agar menatap wajahnya.

"Don't cry, sayang. Let me bring you to somewhere that special for my beloved wife." pujuknya, air mata Hana diseka lembut. Hingus yang meleleh dilap dengan tisu.

"Kita nak kemana abang? I want to spend time with you, abang. I miss you so damn much." ulas bibir merahnya, membuatkan Ziyyad menarik senyuman nakal. Ini baru tiga hari kena tinggal!

"We will spend more time in Johor. In my exclusive suite, my darling." bisiknya dengan suara serak basahnya. Hana hanya angguk laju, dia rindu sangat dengan suaminya!

Hidung mancung itu dicuit sekilas. Kucupan hangat dilabuhkan di dahi licin isterinya. Pinggang Hana dia paut erat, lalu dibawa menuju ke Kawasaki Ninja yang terparkir kemas di parking. Helmet disarungkan di kepala isterinya.

"Hug me tightly, my wife."

Pinggang suaminya dia paut erat sebaik saja dirinya dinaikkan di atas motorbike berkuasa tinggi itu. Senyuman manis terukir di bibirnya tanpa dia pinta.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

TIBA saja di destinasi yang ingin dituju, Ziyyad memarkir motorbike miliknya di hadapan hotel miliknya. Kayy's Hotel, sengaja dia memilih nama isterinya sebagai nama hotel yang sudah siap dibina beberapa bulan selepas.

"Sayang.. sayang masuk hotel kejap ya? Abang ada nak beli barang. Ni kad akses," ujar Ziyyad, ubun-ubun Hana dia usap sekilas. Helmet dibuka dari kepala isterinya.

"Tapi.. Hana tak tahu mana satu bilik kita." adunya manja, padahal ada kad akses di tangannya. Dia sengaja, tidak mahu pisah dengan suaminya walaupun sesaat.

"Don't worry, my staff will go to you, my wife. You just sit at the waiting room, and they will serve you. You're the owner of this hotel, sayang." Hana mengerutkan dahi mulusnya. Pemilik hotel?

Dia menganggap yang Ziyyad hanya bergurau saja, padahal hotel itu milik suaminya. Pemergian Ziyyad dia hantar melalui ekor mata saja. Kelibat jejaka itu terus hilang dari pandangan.

Hana mengatur langkah menuju ke waiting room, punggung dihenyakkan di atas sofa baldu. Dia menggagau handbag Dior miliknya, lalu mengambil IPhonenya. Aplikasi Instagram dibuka, lalu dia mengambil gambar segenap inci ruang hotel tersebut.

"Puan Muda Hana? Is it you right?" soal salah seorang lelaki yang mungkin salah seorang penghuni hotel ini juga. Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Hana angguk saja sebagai balasan.

"Finally, I can meet with the owner of this hotel. Dah lama saya nak jumpa dengan pemilik hotel ni, tapi Ziyyad tu tak pernah nak tunjuk bini dia. Berahsia sangat," ujar Raf. Hana mengerutkan dahinya, alis diangkat sedikit.

"Pardon? Owner of this hotel? No.. I'm not the owner, but I'm just his wife." jelas Hana, makin keliru dirinya apabila Raf ketawa halus.

Raf melabuhkan punggung di salah satu sofa yang sedikit jauh dari Hana. Ini kalau Ziyyad nampak dia dekat-dekat dengan Hana silap haribulan dia jadi makanan ChaCha.

"Yes, you're the owner. Puan Muda Hana, You memang pemilik sah hotel ni. This hotel was built before you guys married. And, it is built special for you." jelas Raf, makin pening Hana dibuatnya. Dah kenapa Ziyyad nak bina hotel atas nama dia?

Kelibat Ziyyad menyapa sistem penglihatannya, laju saja jejaka itu mendekati Hana. Punggung dilabuhkan di ruang kosong sebelah isterinya. Pinggang Hana dia paut erat. Dia yakin isterinya tertanya-tanya.

"Explain to me, abang." sedikit tegas nadanya, dia memandang tajam ke arah Ziyyad. Raf segera melarikan diri, risau dia juga terkena tempias.

Ziyyad menarik nafas sedalam-dalamnya, sambil menatap anak mata isterinya. Senyuman nakal digariskan pada wajah tampannya. Hana jungkit alis keningnya, dah buat salah pun berani nak menggatal? Dengusnya.

"I will explain it at our room, darling." senyuman nakal dilirikkan pada bibirnya. Hana mencubit kuat sisi pinggang suaminya.

Tanpa sebarang amaran, tubuh Hana dia dukung kemas menuju ke bilik mereka. Hana hanya perhatikan nombor bilik mereka, 908. Kad akses diimbas pada alat pengimbas sebelum pintu terbuka dengan sendirinya.

Tubuh kecil Hana dia letakkan di atas katil, lalu dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Pinggang ramping itu dia paut erat.

"I'm doing all of this with reason, and the reason is I want to make my wife happy. I want my wife always smile the whole day. Because, I really obsessed with your smiles." jelasnya, sambil merenung anak mata milik isterinya.

Hana mengeluh berat, bukannya dia tidak suka dengan semua pemberian suaminya. Tetapi, sudah hampir beratus ribu Ziyyad belanjakan atas dirinya. Dia segan untuk menerima semua itu.

"Tapi abang.."

Jari telunjuk Ziyyad melekap di bibir isterinya, menghalang isterinya dari meneruskan bicaranya. Ziyyad ukir senyuman manis, semanis gula. Hanya untuk kesayangannya.

"No buts, I'm willingly doing this because I love you. This is part of my love language. After this, please receive everything that I gave to you include my heart. No objection, sayang." lembut bicaranya menerpa ke halwa telinga Hana.

Senyuman manis automatik terukir di bibir merahnya tanpa di pinta. Pipi gebu itu dicuit sekilas oleh Ziyyad. Geram sungguh dia dengan pipi gebu isterinya. Makin comel!

"Dah, pergi basuh muka tu dulu. Abang nak bawa pergi Desaru kejap. I want to spend time with my beloved wife." arahnya, Hana angguk laju. Dia mengatur langkah menuju ke kamar mandi, untuk membersihkan wajah terlebih dahulu.

Usai membasuh wajah, dia keluar dari kamar mandi. Kelihatan suaminya sedang duduk di birai katil sambil memegang IPad. Nasiblah waktu honeymoon tu, dia tak sibuk dengan kerja. Kalau tak, dah kena sepak.

Hana lingkarkan tangannya di leher suaminya, matanya mengerling ke arah skrin IPad. Rupanya tengah buat proposal. Ziyyad tarik pinggang isterinya agar duduk atas ribanya. Tangannya naik memaut pinggang ramping itu.

"Abang ada beli bawal tu, pergi ganti dulu. Tudung ni dah basah. Ganti dengan baju sekali, semua abang ada beli." Hana menjegilkan matanya memandang Ziyyad.

Tubuh Hana dia tarik ke dalam pelukannya, tangannya naik mengurut sisi pinggang isterinya. Wangian yang terhasil dari rambut isterinya membuatkan dia lemas. Makin rapat wajahnya dengan Hana hingga dahi mereka bertemu.

"Jangan nak mengada," Hana ambil paperbag tersebut sebelum berlari masuk ke dalam kamar mandi. Kalau dia berlama-lama disana, karang kena ngap.

Senyuman nakal dia ukir apabila melihat wajah gelabah isterinya. Usik sikit dah menggelabah. Hana keluar dari kamar mandi dengan pakaian lengkap. Ziyyad mengukir senyum, dia gemar melihat isterinya memakai baju warna pastel.

"Cantiknya warna dress ni, Hana suka." beritahunya, makin manis wajahnya dihiasi dengan senyuman cantiknya.

"Mestilah cantik, suami siapa yang pilihkan? It is me, husband to Hana Kayyisa. My beloved wife," balasnya seraya tersenyum. Pipi Hana dia elus lembut, dia calitkan lipbalm berjenama Dior di bibir isterinya.

Tanpa dipinta, Hana melabuhkan ciuman di dahi suaminya. Bukan kerana hadiah yang diberikan tetapi kerana kasih sayang yang dicurahkan.

"Let's go, princess Hana." ajaknya, tubuh direndahkan sedikit. Tangan dia hulur kepada Hana, lalu si isteri sambut huluran tersebut. Kaki dimasukkan ke dalam flat heels.

Kalau pakai heels tiga inci, mahu tergolek dirinya nanti! Dia lebih gemar memakai sneakers daripada memakai heels mahupun flat heels. Namun, semua yang jenis kasut disediakan oleh suaminya hanyalah flat shoes dan heels sahaja.

Dengan berhati-hati dia letakkan tubuh isterinya di atas motorbike, menyesuaikan kedudukan gadis itu. Dia duduk secara mengiring atas motorbike suaminya. Pinggang Ziyyad dia paut erat, seerat yang mungkin.

Motorsikal berkuasa tinggi itu akhirnya memecut laju membelah jalan raya. Sesekali, Ziyyad usap tangan isterinya yang berada di pinggangnya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

TIBA sahaja di destinasi yang diinginkan, motorsikal dia parkirkan di parking. Tubuh genit isterinya diturunkan dari motorsikalnya. Helmet dibuka, lalu diletakkan atas motornya. Tudung Hana dia kemaskan sedikit.

Dior Riviera Desaru, Johor.

Iris mata amber itu tunak memandang ke seluruh kawasan Dior Riviera tersebut. IPhone dikeluarkan dari handbag Dior miliknya. Seluruh kawasan dirakam dengan telefonnya. Tersenyum manis Hana, melihat segenap kawasan itu.

All of them in pink colour!

Ziyyad memaut pinggang isterinya membawa Hana ke Cafe Dior yang terletak di tepi kolam. Hana melabuhkan punggung di kerusi yang ada di kafe tersebut. Ziyyad keluarkan IPhone miliknya dari dalam poket.

"Come here wife, we take some selfies first. I'm going to put it in my Instagram stories." ajaknya, Hana angkat punggung mendekati suaminya.

Dia mengukir senyuman manis seraya melentokkan kepala di bahu Ziyyad. Pipi Ziyyad dia kucup sekilas dan Ziyyad sempat menangkap gambar tersebut. Senyuman manis isterinya memang membuat dia gila.

You really drives me crazy, wifey.

TING!

Notifikasi Instagram berbunyi, Hana keluarkan Iphone miliknya. @/ziyyadmaleeq mention you in Instagram story. Hana terus tekan butang 'add to my story' lalu dia tekan butang post. Sempat dia baca kapsyen yang ditulis oleh suaminya.

"Bring my wife to Dior Riviera, Desaru for a date because I miss my wife so much!"

Tersengih-sengih Hana dibuatnya, pipi gebu itu dia cuit sekilas. Ziyyad mengangkat tangannya, memanggil waiter. Waiter itu mendekati mereka lalu menyerahkan kad menu berwarna pink.

"Gives me coconut fresh juices two and cornfed chicken with burnt corn, fondant sweet potato, Vizcaina. Two," ujarnya, menu kembali diserahkan pada waiter itu.

"Total all of them are RM656," jelas waiter tersebut, black card dikeluarkan dari dompet miliknya lalu diserahkan pada waiter itu. Sekali imbas saja, semuanya sudah dibayar secara dalam talian.

Suami poket tebal!

Hana mengerling sekilas ke arah suaminya, gila betul punya suami. Omelnya sendiri. Sekali menu yang dipesan dengan harga yang cukup mencekik darah.

Selang beberapa minit, akhirnya makanan yang dipesan tiba. Hana menikmati makanan yang dipesan suaminya dengan berselera. Namun hanya sedikit saja dimakannya, selebihnya Ziyyad yang makan. Dia lebih tertarik dengan air kelapa tersebut.

"Lepas ni kita terus balik KL ke, abang?" soal Hana, air kelapa dicicip sedikit. Sedap! Memang fresh, dengan buahnya sekali. Bukan dalam cup!

"Yes, because tomorrow I've meeting and you've class. Am I right, my dear?" hanya anggukan menjadi balasan. Ziyyad menghabiskan makanan yang dipesannya, tidak dapat tidak terpaksa juga dia habiskan. Membazir nanti!

Ziyyad membawa Hana menuju ke pantai yang ada di Dior Riviera itu. Hana melabuhkan punggung di atas kerusi pink, lalu dia memakai sunglasses. Tanpa dia sedari, Ziyyad ralit menangkap gambarnya dari pelbagai angle.

"Love, look at here. I'm going to picture you." arahnya, Hana mengalihkan pandangan memandang suaminya. Namun senyuman langsung tidak terukir dibibirnya apabila ramai mata yang memandang ke arah Ziyyad.

"He looks so handsome, but maybe that girl is her sister. We still have chance to get know him." ujar salah seorang perempuan yang ada di kawasan pantai tersebut.

Hana menggenggam erat tangannya hingga membentuk buku lima. Berdesing telinganya apabila mendengar bicara gadis muda itu. Dia ni nampak muda sangat ke nak jadi isteri Ziyyad?

Ziyyad perasan perubahan wajah isterinya, segera dia berpaling ke arah kawasan yang dilihat oleh isterinya dari tadi. Patutlah..

"Sayang.."

Serta merta Hana mengukir senyuman manis, Ziyyad pantas menekan butang kamera. Hana mengalihkan pandangan pada gadis muda itu, sunglasses diturunkan sedikit.

Segera mereka menjauh dari kawasan pantai apabila direnung tajam oleh Hana. Kedua gadis itu mengatur langkah ke kerusi lain sebelum kawannya yang satu lagi terpelecok jatuh.

"Auch!"

"Lain kali jangan nak menggatal dengan suami orang, kan dah mendapat. Kau dengar sendiri kan lelaki tu panggil isteri dia sayang? Tak nampak cincin dekat jari lelaki tu ke?" geram dia bersuara, Sya hanya memandang ke arah temannya.

"Aku manalah tahu yang dia dah kahwin, mata aku nampak wajah handsome dia je tak nampak pun cincin tu." bidasnya, kaki diurut sekilas. Tak pasal-pasal terjelepok jatuh.

"Sudahlah, Balqis. Kau ni, dalam dunia ni banyak lagi lelaki single. Tak payah kau nak jadi penyondol rosakkan masjid orang. Buang masa je semua tu," bebel Sya, membuatkan Balqis menundukkan wajahnya memandang pasir pantai.

Ada betulnya juga bicara Sya, daripada dia terhegeh-hegeh nak kan suami orang baik dia cari lelaki single. Kalau tak pun duda ke, tapi duda kaya. Balqis mengukir senyuman manis.

"Yelah.. mulai esok aku buka borang cari lelaki single. Kalau tak kita cari duda nak? Duda kaya! Hahaha!" sengaja dia bergurau, tawa pecah di ruang udara.

Sya mengukir senyuman manis, bersyukur sebab dia tahu temannya ini sudah mempunyai pilihan hati. Dan pilihan hatinya semestinya yang masih single. Dia tak hamak pun nak bermadu. Karang dapat madu garang, tak pasal-pasal jadi maid dalam rumah. Taknak!

Nauzubillahiminzalik.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Setelah sekian lama tak update, here you go! Drop your votes and comments for this chapter <3

Continue Reading

You'll Also Like

298K 15.1K 37
"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "...
2.9K 175 30
Tengku Ayden Zaffrael x Aisha Aireen "Her smile make me melt" Zaffrael seorang ceo di sebuah syarikat Megah Holdings.Syarikat keluarga nya sendiri Gi...
255K 12.8K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
121K 5.1K 23
Perjodohan ? Cinta pandang pertama ? Cinta sejati ? Semua berkaitan cinta tidak pernah dipercayai oleh seorang gadis bernama Rose setelah melihat k...