C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C69

2.3K 299 94
By leimonadd

DUDUK yang baru sahaja mahu berlabuh di atas sofa langsung terbantut bila telinga menangkap suara Halwa memanggilnya. Menoleh, ada Halwa yang mendekat dengan bantal kecil di tangan.

Dahi berkerut namun tetap juga duduk dilabuhkan. Tangan juga dah capai remote control TV yang ada di atas meja kopi. Malam ni ada bola.

"Abang," Halwa memanggil. Bersendeng dia di tepi sofa.

Nadhif hanya hmm tanpa butir. Punat-punat remote control ditekan untuk mencari siaran.

Halwa pandang sama TV yang dah berubah-ubah siarannya. Kemudian pandang Nadhif yang jelas tak minat langsung dengan kehadirannya.

Oh. Takpe. Halwa tahu macam mana nak tarik minat dan perhatian si abang.

"Kakak Nufa merajuk dengan abang ke?"

Tersentak terus Nadhif bila dengar soalan itu. Jari yang laju menekan tadi ikut sama terhenti. Telan liur, Halwa dipandang dengan wajah bersahaja.

Wajib cover ya. Malu lah. Baru 6 hari kahwin, dah merajuk-merajuk bagai. Tapi, ehem. Itu lah yang sedang terjadi.

"Mana ada." Datar nada Nadhif. Kemudian pandang televisyen pula, pura-pura tenang.

Hati berdoa terus supaya Halwa menerima jawapannya.

Alah. Bukan Nufa merajuk betul pun. Cuma main lari-lari kerana malu. Macam tempoh hari, sewaktu mereka baru 6 hari berlakon bercinta.

Nadhif tak salahkan Nufa. Dan Nadhif juga tak salahkan dirinya. Buat apa nak rasa bersalah jika apa yang terjadi di pondok tengah hari tadi adalah halal? Dia lelaki dan Nufa perempuan. Dia suami dan Nufa isteri. Sah-sah adegan manja seperti tadi akan berlaku. Dan paling penting, halal!

Tapi, nak buat macam mana. Perempuan dan malu itu saling melazimi. Dan Nadhif biarkan sahaja Nufa habis malu. Lagipun, lari-lari Nufa pun, matanya masih menatap wajah manis itu. Suara merdu itu pun dapat didengar. Namun tuan punya badan tak dapat disentuh lah. Kan lari?

"Kalau takde, kenapa macam satu hari ni Kakak Nufa menempel aje dengan Awa?" Pincing mata Halwa memandang Nadhif.

Nadhif masih lagi berlagak tenang. Ya. Sejelas itu larian Nufa daripadanya. Tak mahu merapat langsung!

Sekilas Nadhif memandang Halwa.

"Biar lah. Lepas ni, tak dapat dah kakak Awa tu menempel dengan Awa. Abang pastikan dia akan menempel dengan abang aje." Selamba Nadhif membalas kata.

Halwa langsung beriak geli.

"Eee, geli!"

"Biar lah." Bibir ternaik sinis. "Isteri abang."

Fakta yang satu itu buat mata Halwa menjuling ke atas. Tak boleh nak lawan. Nufa memang kepunyaan abangnya. Dan Halwa doa sampai bila-bila.

"Okey lah. Memandangkan abang tak kesah Kakak Nufa menempel dengan Awa, malam ni kira aci lah Kakak Nufa tidur dengan Awa." Halwa senyum senget. Kening juga diangkat beberapa kali.

Laju kepala menoleh kepada Halwa yang dah tutup mulut sembunyikan tawa. Suka bila dapat mengenakan dirinya.

"Eh, takde!" Nadhif tak bersetuju.

Halwa mencebik kecil. "Apa pula. Tadi kata biar."

Bersandar pada sofa, kepala menggeleng lagi. Tak cukup itu, jari telunjuk pun ikut digoyangkan sekali. Memang benar-benar tidak bersetuju.

"Eleh. Tak boleh dah. Kakak Nufa memang dah tidur dalam bilik Awa dah pun." Halwa memberitahu. Bantal kecil dipeluk dan kaki terus mahu melangkah pergi.

Namun, baru beberapa tapak, Nadhif terlebih dahulu memintasnya. Ternganga kecil mulut Halwa sebelum langkah kaki laju mengekori Nadhif.

"Eh eh, abang!" Sembunyi gelak.

Nadhif laju menuju ke bilik Halwa. Bila sampai, pintu bilik diketuk tiga kali sebelum tombol dipulas perlahan.

Halwa peluk tubuh.

"Biar lah. Kakak dah tidur." Halwa memberitahu malas-malas.

Nadhif menoleh pandang Halwa. Mencebik bibir jadinya.

"Tidur, tak tidur, Nufa tidur dengan abang." Perlahan balasan Nadhif, namun cukup tekad.

Halwa julingkan mata ke atas. Menyampah. Macam dia seorang aje ada isteri.

"Abang bukan tak biasa tidur sorang." Halwa sengaja menyakat lagi.

Kaki yang baru nak masuk, terhenti di hadapan pintu. Halwa dikerling tanpa riak.

"And so do you. Abang memang biasa tidur sorang, tapi abang tak biasa takde bantal peluk. Faham?"

Terus Halwa tutup telinga. Terlompat-lompat kecil badan, tunjuk geli dengan apa yang dia baru sahaja dengar tadi. Wajah dah sedikit memerah.

"Eee! Cerita dalam kelambu tak payah cerita. Ambil aje lah! Ambil, bawa lari Kakak Nufa tu. Eee!"

Bahu Nadhif Halwa tepuk sebelum kuat dia menolak, suruh si abang masuk dengan segera. Tujuan nak menyakat sahaja, tapi lain pula jadinya. Si abang pun, tak tahu malu!

"Eleh. Baru cakap macam tu dah geli. Tak tahu lah abang, Awa dengan suami Awa macam mana nanti." Tergeleng-geleng Nadhif.

Halwa dah menjauh, tak mahu dengar dan tak mahu balas. Tahu dia akan malu besar dan kalah dengan balasan Nadhif.

Take a note! Halwa seorang yang sangat pemalu. Terima kasih.

"Cepat lah ambil kakak." Halwa pasrah. Nadhif dijeling tanda tak puas hati.

Langsung Nadhif angkat ibu jari. Pintu bilik Halwa dibuka luas perlahan-lahan. Kaki juga melangkah masuk penuh cermat.

"Assalamualaikum." Seakan berbisik, Nadhif mengucapkan salam.

Bilik Halwa sangat malam. Hanya ada lampu meja sebagai sumber cahaya. Juga laptop di atas katil, masih memainkan entah melayarkan apa. Tapi, apa yang Nadhif pasti, layaran itu buat Nufa elok lena di hadapan laptop.

Berhenti seketika, Nufa yang lelap itu dipandang. Meniarap tubuh kecil itu di hadapan laptop bersama tangan elok menjadi alas pipi.

Tersenyum, Nufa terlihat comel di mata Nadhif. Jelas pipi Nufa gebu. Macam pau!

Halwa mengintai. Tanpa paksa, bibir tarik senyum. Suka bila lihat Nadhif yang diam memerhati Nufa.

Kan dah kata. Nufa tak buat apa-apa pun, abangnya boleh senyum sampai ke telinga.

"Abang, cepat lah!" Laju Halwa menyuruh. Suka, suka juga. Tapi dia mahu masuk bilik dan sambung layan movie yang masih terpasang di laptop.

Nadhif tersentak sedikit. Laju mengangguk dan katil dihampiri.

Kini, jelas wajah Nufa pada pandangannya. Tangan perlahan-lahan menyelitkan rambut yang sedikit menutupi wajah polos itu.

Nadhif senyum lagi. Sempat dia usap perlahan pipi Nufa. Nak kucup, tapi hanya untuk simpanan sendiri lah. Malu bila ada Halwa.

'Malu konon. Tengah hari tadi bukan main! Langsung tak takut kantoi dek Nourin.' Hati menyindir diri. Tapi Nadhif buat rilek sahaja.

Kalau Nourin nampak lagi bagus rasanya. Hahaha!

"Cepat lah, abang. Nak bergula, bersusu pekat manis bukan kat bilik Awa ya. Bilik abang ada, pergi buat kat bilik abang." Tak tahan dah dengan apa yang dia lihat, Halwa bersuara juga.

Guna lah rule hormat orang single. Haih.

Nadhif julingkan mata. Selendang Nufa yang sudah bergulung di sisi gadis itu diambil dan dibawa menutup kepala Nufa. Penuh berhati-hati, tak mahu lena Nufa terganggu.

Sudah itu, tangan perlahan-lahan menyauk pelipat kaki Nufa. Bila lihat Nufa sedikit bergerak, Nadhif berhenti. Ditatap sahaja wajah Nufa sehingga kerut itu hilang.

Halwa pejam mata. Alah alah, abang ni! Bukan main sekarang! Dulu bukan main suka buat Nufa berkerut. Sekarang, langsung tak boleh!

Lihat Nufa dah kembali lena, tangan satu lagi menyauk penuh cermat di bawah tengkuk Nufa. Perlahan-lahan kemudian tubuh itu dicempung.

Persis mencempung bayi, asal Nufa bergeral sedikit, Nadhif langsung membatu. Tak mahu gerakannya mengganggu Nufa. Dan bila Nufa diam, wajah itu ditatap.

"Dah, cepat." Halwa menghalau.

Nadhif julingkan mata. Dibetulkan Nufa dalam cempungannya dahulu sebelum perlahan kaki mengambil langkah. Mata masih tetap menatap raut lena Nufa.

"Okey, bye!" Nadhif berbisik perlahan saat melewati Halwa dan terus dia keluar dari bilik Halwa, lurus menuju ke bilik tidurnya.

Tak mahu gopoh, langkah diatur cermat. Sekejap-sekejap mata memandang lantai dan wajah Nufa bergilir. Dan pasti, setiap pandangan pada wajah Nufa menghantar senyum di wajahnya.

"Malu juga ni kalau dia tahu." Bicara Nadhif sendiri.

Kepala menggeleng-geleng. Tercuit dengan malu Nufa. Baru kiss, dah lari setengah hari. Haih lah isteri kita ni.

Sedang Nadhif begitu, tiba-tiba mata Nufa tercelik-celik perlahan. Badan juga seperti sudah mahu bergegak bebas dalam cempungan Nadhif.

Nadhif berhenti. Dibetulkan semula cempungannya dan lurus mata kuyu Nufa tepat kepadanya. Dahi pula berkerut habis.

Nufa mamai.

Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Itu sahaja dah buat Nadhif senyum lagi.

"Kenapa ni?" Serak-serak suara Nufa menyoal.

"Kau terlelap dalam bilik Awa tadi."

Nufa bawa tangan meraup wajah.

"Hmm. Nak jalan sendiri." Baru habis mamai, Nufa sedar dia dalam cempungan Nadhif. Sambil tu mata melilau tangkap jika ada mata lain yang melihat. Tapi, hanya ada mereka berdua sahaja.

Nadhif atur langkah semula.

"Tak payah. Nak sampai dah." Balas Nadhif.

Nufa hanya diam. Pasrah. Kalau bergelut, jatuh nanti. Dia juga yang sakit punggung nanti.

"Pegang betul-betul. Jatuh nanti." Arahan Nadhif terima jelingan Nufa. Namun, Nadhif hanya jongketkan sebelah kening.

Tanpa banyak bantah juga, tangan Nufa naik memeluk leher Nadhif. Dan di kesempatan itu, Nadhif terus memeluk tubuh Nufa. Dari mencempung, terus Nufa didukung Nadhif.

Terkejut, laju tangan Nufa memukul belakang bahu Nadhif sekali. Buat Nadhif lepaskan tawa kecil.

"Main-main lah dia ni. Nak turun lah." Pinta Nufa. Kaki dah terjuntai mahu pijak lantai.

"Tak payah. Nak sampai dah."

"Itu aje lah yang diulang-ulang. Jalan kalah kura-kura!" Tempelak Nufa menyampah.

Nadhif senyum senget. Wajah sedikit menoleh untuk berbisik di telinga Nufa.

"Ganti setengah hari. Siapa suruh main lari-lari. Nak jadi boo-chak wife pula?"

Terus memerah wajah Nufa. Terus terlayar adegan manis mereka di pondok kebun tadi.

"Ish!" Langsung Nufa sorokkan wajah di bahu Nadhif.

Pejam mata Nadhif jadinya. Sambil bibir senyum melebar. Tercuit lagi dengan malu Nufa.

Biarkan Nufa, Nadhif lajukan langkah. Takut pula kalau terkantoi bergula-gula tengah rumah dengan Haji Ghazali dan Hajah Fazila yang pulang dari surau.

Sampai di bilik, Nufa diletakkan di atas katil sebelum laju Nadhif menutup pintu bilik. Menoleh, Nufa yang dah menggeliat kecil di katil dipandang.

"Terima kasih." Ucap Nufa tanpa pandang Nadhif. Malu.

Nadhif senyum. Selendang Nufa disangkut pada penyangkut sebelum ruang kosong di sebelah Nufa diambil. Tunduk wajah mencari wajah Nufa.

"Kasih diterima." Perlahan Nadhif ucap.

Angkat wajah, Nufa pandang Nadhif sekilas sambil senyum. Malu belum habis.

"Boleh tak ni nak ganti setengah hari, boo-chak wife?" Soal Nadhif. Lebih kepada mahu menyakat sebenarnya.

Nufa jeling Nadhif lagi. Orang baru aje bangun tidur. Baru aje duduk. Dah nak cari gaduh. Sebab tu tak boleh berhoney moon tau.

"Nak tidur." Malas melayan, Nufa terus tarik bantal.

Baru nak rebahkan tubuh, tangannya dah digenggam lembut oleh Nadhif. Tertoleh Nufa memandang lelaki itu.

"Nak masa kau sikit boleh?"

Nufa telan liur. Wajah dah sedikit menghangat. Tiba-tiba berdebar.

"Kenapa?"

Nadhif senyum. Sebelum mula kata, Nadhif bangun ambilkan botol air dan cawan di atas meja. Nufa tak sedar kut suara tu serak semacam.

Tuangkan air dalam cawan, Nadhif beri cawan itu kepada Nufa kemudiannya.

"Minum." Arahan Nadhif dipatuhi Nufa.

Nadhif diam.

"Tu lah. Tak cakap lagi dengan suami, kan dah serak suara tu." Nufa kembali disakat kembali. Dan buat sekian kalinya dia dijeling tajam.

"Ada juga yang kena simbah air nanti." Beku nada Nufa. Sumpah tak suka dengan Nadhif. Pantang ada peluang!

Angkat tangan tanda menyerah, satu tangan ambil cawan Nufa dan isinya dihabiskan.

Berdebar terus Nufa. Abang! Saya berdebar ni!

Cawan diletak ke tepi. Begitu juga botol. Kemudian, Nadhif selesakan duduk di sebelah Nufa. Kaki dibawa lipat bersila.

Pandang Nufa, tangan Nufa disentuh dan digenggam lembut.

Tambah berdebar Nufa. Payah liur yang tersekat ditelan.

"Apa ni?" Soal Nufa. Konon tenang. Tak tahu lah wajah tunjuk tenang atau sebaliknya.

Nadhif senyum perlahan.

"Kau nak cakap apa-apa dengan aku?" Soal Nadhif.

Nufa geleng. Dahi dah berkerut. Apa pula perangai Nadhif ni? Halwa tak cakap pula tentang ini.

"Sure?"

Nufa angguk.

"Kalau macam tu, boleh aku tahu kenapa kau main sorok-sorok, main lari-lari dengan aku?" Soal Nadhif lembut. Wajah Nufa tak lepas ditatapnya.

Setengah hari Nufa dekat tapi jauh. Hati dah pandai rindu

Telan liur, Nufa tundukkan wajah. Tapi kembali memandang hadapan bila Nadhif menolak sedikit dagunya ke atas.

"Jangan tunduk. Aku tak puas tengok kau hari ni."

Naik mendadak terus degup jantung Nufa.

Halwa! Ni perangai abang kau yang mana pulak ni?! Takde briefing pun semalam!

Terkelip-kelip mata Nufa tentang pandangan redup Nadhif.

"Bagitahu aku. Ada sesuatu yang aku buat, yang kau tak suka?"

Nufa kemam bibir. Mata dah melilau tak mahu pandang Nadhif. Pipi dah merah. Malu!

Nadhif sengaja! Tahu dah apa puncanya! Tapi sengaja nak bagi dia pula yang mulakan!

"Hmm, Huwainaa?"

Tak cukup dengan intonasi lembut itu, Nadhif bertindak menguis rambut yang menutup wajah Nufa.

Dang!

Memang target nak bagi jantung lari keluar ke macam mana?

"Takde." Pendek balasan Nufa. Oh! Jangan expect dia mahu bicara panjang lebar kalau dah malu begini.

Nadhif angguk mengerti. Tangan Nufa digenggam erat.

"Kalau macam tu, biar aku yang cakap."

Mata yang melilau tanpa arah tadi dah pandang Nadhif. Wajah lelaki itu tenang.

Dia tenang. Yang kita ni... debar tak habis! Tak aci betul.

"Aku minta maaf, Huwainaa."

Nufa telan liur.

"Kau ada buat salah ke?" Soal Nufa. Entah mana dapat berani nak tanya.

Nadhif senyum senget. Merapat dia kepada Nufa. Lutut bertemu lutut dan suka dia bila lihat mata Nufa sedikit membulat. Bibir pun dah bergetar.

Nervous ke kak?

"Ada." Kening terjongket. "Ke takde?"

Nadhif main tarik tali. Sengaja.

Sambil jeling, sambil Nufa senyum sinis.

"Ada ya, Encik Nadhif Hamza bin Ghazali." Satu persatu nama Nadhif disebut. Garang.

Nadhif tak takut, bahkan dia terhibur pula.

'Minah ni tak tahu ke dia kalau garang auto comel?'

"Ya, ada Puan Nufa Huwainaa binti Ahmad Noor."

Nufa mengangguk puas hati.

"Aku minta maaf atas apa yang jadi di pondok siang tadi." Nadhif ucap maaf. Ibu jari bergerak mengelus tangan Nufa.

Nufa diam. Wajah dah menghangat bila buat sekian kalinya adegan manis itu terlayar dalam kepala.

"Aku janji, aku tak buat dah. Aku janji aku tak buat apa yang kau tak suka dah." Nadhif menyambung. Wajah Nufa yang menunduk dicari.

"Jadi, aku minta maaf ya? Kau macam biasa semula dengan aku, boleh?" Pinta Nadhif.

Nufa gigit bibir. Tambah malu.

Diam antara mereka. Nadhif hanya beri Nufa ruang untuk memaafkannya. Namun, pada masa yang sama dada laju berdebar bila comel jemari Nufa bermain dengan jemarinya.

Sekejap hujung jarinya dicubit gadis itu. Dan sekejap kukunya diketuk perlahan oleh jari runcing Nufa.

Pejam mata lah kita tahan comel dia.

"Ish."

Nadhif pandang Nufa. Berkerut-kerut dahi cuba tangkap kata-kata tak berbutir Nufa. Langsung dia tak dengar apa yang diomelkan Nufa. Tapi pipi dah merah dah tu.

"Hah? Tak dengar lah!" Nadhif minta ulang. Jari menolak lembut dagu Nufa, minta gadis itu memandangnya semula.

Terkebil-kebil lihat wajah Nufa yang dah merah habis.

"Eh, muka kau merah ni! Ken---"

Pap!

"Ah! Sakit lah!" Laju tangan Nadhif mengusap lengan yang baru sahaja mendapat pukulan Nufa.

"Jangan lah tegur! Orang malu tau tak?"

"Lah, dah kenapa?" Hairan, Nadhif menyoal.

"Kau lah! Pergi minta maaf kenapa? Aku bukan jauh dari kau sebab aku tak suka! Aku malu tahu tak? Kau tiba-tiba aje kiss aku. Lepas tu tak dengar bila aku bagitahu ada Nourin! Malu lah kalau Nourin nampak kita kiss! Malu tahu tak?" Laju Nufa meluah apa yang terbuku dalam hati sejak tengah hari tadi.

"It's not like I hate it! Aku cuma malu! Kau first kut!" Tangan dah naik menekup wajah. Badan pun dah tertunduk ke bawah, rapat menekup pada katil.

Nadhif terkedu. Nufa dipandang.

"Lah! Aku pun first!"

Nufa terus duduk tegak. Nadhif dipandang geram.

"Kau lelaki!"

"Apa lelaki tak boleh malu ke?"

"Tak boleh!"

Terdiam terus Nadhif. Terkelip-kelip laju mata memandang Nufa. Memang merah betul wajah itu.

Tenang, Nadhif tarik nafas dan lepas. Botol air diambil, dibuka penutupnya dan diserahkan kepada Nufa.

"Minum dulu. Muka kau merah sangat." Beritahu Nadhif tanpa memandang Nufa.

"Muka kau pun."

Laju Nadhif pandang Nufa. Gadis itu dah minum air dahulu sebelum botol diserahkan kepadanya.

Terkebil-kebil. Muka masing-masing jadi makin merah.

"Kau memang nak kena serang ke?" Tertahan-tahan suara Nadhif bertanya. Atas bawah, atas bawah Nufa dipandang.

"Tak nak!" Laju Nufa menjauh. Bantal diambil dan dipeluk erat. Jadi penghalang sekejap.

Nadhif menoleh. Wajah diraup beberapa kali, cuba untuk neutralkan diri semula. Kalau tak, habis tiga hari tiga malam pula Nufa main sorok-sorok dengannya.

Buat kedu kalinya, diam kembali menguasai mereka.

"Nadhif." Setelah lima minit, Nufa bersuara dahulu. Itu pun bila dah sedikit tenang.

Nadhif menoleh pandang Nufa dengan ekor mata.

"Nak McFlurry Oreo."

Jatuh rahang Nadhif dengar keinginan Nufa. Atas bawah, atas bawah gadis itu dipandang. Tapi Nufa selamba aje dengan muka yang dah kurang merah itu.

"Boleh tak?" Tiba-tiba suara Nufa kedengaran manja pada pendengaran Nadhif.

Nadhif tunduk dan raup wajah. Bibir dan ukir senyum senget. Sekali lagi, tercuit dia dengan personaliti Nufa. Terhibur.

Nufa dipandang. Tangan naik mengusap kepala itu lembut.

"Boleh, isteri kita. Boleh."

Dan Nufa senyum. Yeay! Boleh ganti setengah hari!

*Ni okey ke?

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 75.5K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
672K 25.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
651K 72.4K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020