C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C68

2.3K 298 98
By leimonadd

NUFA baru sudah menanak nasi. Tangan yang basah dilap dengan tisu. Sambil itu melilau mata mencari kerja lagi. Mana tahu ada kerja mudah-mudah yang dia boleh bantu untuk masak tengah hari ini.

Halwa yang elok menghiris bawang di sebelah Nourin yang sedang memotong kobis dihampiri.

Oh. Kenapa Nourin ada? Kalau pagi tadi terjoin, kali ini memang berniat untuk join. Sekali lagi mereka akan makan tengah hari bersama. Cuma semuanya akan disediakan di rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila.

Erat sangat kan hubungan kekeluargaan ini? Dan Nufa suka akan itu. Cuma tak suka bila bau-bau hangit dihidu. Hehehe.

"Ada apa-apa lagi yang akak boleh bantu, Halwa?" Soal Nufa. Mata melilau pandang meja yang penuh dengan bahan masakan.

Halwa senyum seraya menghulurkan sebuah bakul rotan kepadanya. Menerimanya, dahi Nufa berkerut.

"Nufa boleh ke kebun? Petik sayur-sayur sikit." Suara Hajah Fazila kedengaran memberi jawapan.

Pandang Halwa, Halwa angguk.

"Kebun kat mana mak?" Tangan naik garu leher sendiri sambil bibir tarik senyum kekok. Dah masuk tiga hari, belum dia tahu koordinat kebun keluarga Nadhif. Teruk betul lah.

Nourin yang mendengar soalan Nufa, terus letak pisau. Bersedia untuk wakilkan diri.

"Biar Nourin pergi. Nufa boleh sambung potong kobis ni." Kerusi dah ditolak namun separuh sahaja bila Halwa menghalangnya.

Pandang Halwa, gadis itu senyum kecil seraya menggeleng kecil.

"Takpe lah, Kak Rin. Biar Awa hantar Kakak Nufa ke kebun." Halwa letak pisau. Laju kaki melangkah ke sinki untuk basuh tangan.

Nufa hanya senyum kecil sahaja. Nourin yang dah tarik muka masam dipandang sekilas.

"Nufa tahu ke nak petik sayur apa?" Mama Hafizah yang sedari tadi menjadi pemerhati mula bersuara.

Hajah Fazila senyum kekok.

"Haah. Nufa tahu? Dapat beza kan tak daun sup dengan daun ketumbar?" Nourin pula bertanya.

Terkebil-kebil Nufa dengan soalan yang diajukan dua beranak itu. Seketika, mula dia rasa diri ini terlalu kerdil di sini. Rasa nak lari kerana terlalu malu.

Halwa jeling sahaja Mama Hafizah dan Nourin yang menyerang Nufa terang-terangan. Jelas mahu menjatuhkan dan menekan titik lemah Nufa yang satu itu.

Hajah Fazila tepuk perlahan bahu Nufa, memujuk.

"Takpe. Adep ada di kebun." Lembut Hajah Fazila memberitahu.

Halwa angguk. Lengan Nufa laju dipeluk sebelum ditarik untuk Nufa langkahnya beredar dari situ.

Nourin gigit bibir.

"Biar lah Nourin pergi ambil."

"Takpe, Kak Rin. Sekejap aje ni." Halwa laju memintas dan melambai kecil.

"Cepat kak pakai selipar." Bisik Halwa di telinga Nufa. Mata dah menjeling sekilas ke arah Nourin yang dah makin masam mukanya. Tak puas hati semestinya.

Nufa tanpa banyak kata hanya menurut. Dan laju mereka beredar di situ bila selipar masing-masing dah tersarung di kaki.

Menoleh ke belakang, Halwa melepaskan omelan yang tidak berbutir. Tapi nadanya seakan tidak puas hati pun ada.

Nufa tergelak halus.

"Dah kenapa pula Halwa ni?" Soal Nufa.

Halwa pandang Nufa. Muka jelas tunjuk tidak puas hati.

"Ya Allah, Awa rasa serba salah tapi sumpah, tak suka lah dengan perangai Kak Rin sekarang." Halwa mula mengadu.

Nufa hanya lepaskan tawa kecil. Bakul rotan di tangan diayunkan ke hadapan dan ke belakang. Tenang.

Halwa kerut dahi.

"Kakak Nufa tak rasa ke apa yang Awa rasa? Tak nampak apa yang Awa nampak?" Soal Halwa kehairanan. Tenang sangat si kakak ipar.

Semalam sahaja Nourin dah nampak lain macam. Pagi tadi pula jelas pula niat perilakunya. Tadi pula dah berani-berani tarik muka tak puas hati dengan Nufa.

Senyum kecil, Nufa mengangguk.

"Buta sangat kalau akak tak rasa dan nampak. Mesti lah rasa, mesti lah nampak." Jawab Nufa bersahaja.

Angkat bahu, Nufa hanya mencebik kecil.

"Tapi, nak buat macam mana. Dia punya rasa, biar dia handle sendiri lah." Mudah balasan Nufa. Tak mahu perpanjangkan, melainkan bila jelas pihak satu juga naik sama melayan lebih-lebih.

Halwa ternganga kecil.

"Kakak Nufa! Serious ke ni? Tenang semacam ni. Kakak tak sayang abang Awa ke?"

Tersedak sendiri Nufa dengan soalan yang dilontarkan Halwa. Terbatuk-batuk sampai berair mata. Halwa dipandang atas bawah kemudiannya.

"Apa Awa tanya macam tu?" Malu Nufa jadinya. Sama lurus ke tujuan si adik ini. Sebiji macam si abang.

Halwa peluk tubuh. "Yalah. Tenang sangat kakak ni."

Nufa tersenyum kecil. Tangan naik memeluk bahu Halwa.

"Tenang lah. Akak cuma letak Nourin tu macam Sayf. Sayf kan kawan baik akak dan abang Awa tak pernah nak kata apa-apa pun. So, akak nak buat macam tu juga untuk Nourin dan abang Awa."

Halwa terangguk-angguk faham. Tapi tak lama selepas itu dahi dah berkerut.

"Tapi, beza. Abang Sayf beza gila dengan Kak Rin."

Halwa dipandang.

"Apa yang bezanya?"

Juling mata ke atas, tangan Nufa di bahunya dipegang.

"Abang Sayf tu memang sekadar niat berkawan. Takde niat tersirat mahu mengorat ke apa. Tapi Kak Rin ni memang jelas-jelas macam nak ganggu abang dengan kakak." Panjang lebar Halwa menyatakan beza dua orang itu.

Nufa gelak kecil.

"Betul lah tu."

"Dan kakak still tenang?" Hairan Halwa dengan tenang Nufa. Lain macam sungguh!

Nufa mencebik dalam senyum.

"Selagi abang Awa tak buat perangai, akak tak nak cepat melatah. Easy." Kening diangkat dua tiga kali kepada Halwa.

Tersenyum Halwa jadinya. Tangan ditepuk perlahan menyatakan kekaguman buat Nufa.

"Cool, cool."

Nufa hanya sengih dan angkat dua jari, tunjuk peace.

"Awa rasa, abang memang tak akan buat perangai."

Nufa kerling Halwa. "Yakin?"

Halwa mengangguk bersungguh.

"Kakak berdiri aje pun, dia boleh senyum sampai ke telinga. Lagi kalau kakak mengorat dia sungguh-sungguh. Macam masa makan tadi. Uih, merenyam walau dapat tiga suap aje." Halwa ulang tayang semula momen manis Nufa dan Nadhif sewaktu sarapan tadi.

Lepas tawa Nufa.

"Itu dia gedik."

Halwa geleng sambil tersenyum.

"Itu memang manja dia lah, kakak. Lepas ni lagi lah teruk. Awa pesan awal-awal ni. Kakak sedia aje lah untuk apa-apa kemungkinan." Bahu Nufa ditepuk perlahan.

Juling mata ke atas Nufa jadinya.

"Lambat lagi ke kita nak sampai ni?" Soal Nufa, langsung menukar topik. Tidak mahu jika hubungannya dan Nadhif yang menjadi topik bualan.

Halwa mencebik dalam diam, perasan yang Nufa laju sahaja menukar topik.

"Tu kat depan itu aje." Telunjuk Halwa lurus terarah satu kawasan menghijau.

Beberapa langkah, dan mereka sampai. Buat seketika Nufa ternganga melihat indah ciptaan hijau. Ya Allah! Seronoknya punya kebun sendiri begini.

"Ini kebun, dan itu abang." Halwa menyenggol lengan Nufa, menarik perhatian kakak iparnya buat seketika. Nadhif yang sibuk berkerja di tengah kebun dipandang.

Ikut sama memandang, Nufa perasan Nadhif dalam sepersalinan kerjanya.

Topi mengkuang di kepala. Tuala Good Morning di bahu. Baju t-shirt yang lengannya sudah disnsing sampai ke bahu, jelas menampakkan otot lengannya. Seluar jeans hitam yang sudah lusuh. Sarung tangan kain yang dah cemar dek tanah. Kasut boot getah warna kuning.

"Abang!" Halwa melambai dan mula berlari anak menuju kepada Nadhif.

Nufa setia berdiri melihat Nadhif dari jauh. Tanpa sedar bibir dah naik mengukir senyum apabila kaki mula melangkah maju ke hadapan. 

"Sangat abang buah."

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"OKEY! Dah sudah dah ni." Ucap Halwa gembira sambil tangan meletakkan sebiji labu ke dalam bakul rotan. Tangan kemudiannya ditepuk kuat untuk hilangkan tanah yang melekat.

Nufa tarik senyum. Terus kepala Halwa diusap perlahan.

Halwa menyengih.

"Awa pergi hantar kat rumah eh. Bye!"

Dahi Nufa berkerut. Laju tangan menghalang Halwa untuk berlalu.

"Eh, saing sama lah."

Halwa senyum dan menggeleng kecil. Pelik Nufa dengan perlakuan Halwa. Makin pelik bila Halwa merapat seakan mahu berbisik sesuatu.

"Kakak Nufa dating lah dengan abang. Dari tadi tinggal dia. Tu, dia kat pondok tu. Nampak aje macam tengah rehat, tapi sebenarnya tengah tunggu kakak tau!" Halwa menjuih ke pondok dalam kebun sayuran itu.

Nufa memandang pondok. Ada Nadhif yang sedang berbaring dengan topi menutup wajah di situ.

"Eh, tak payah lah. Kan kita tengah sibuk masa tadi." Nufa langsung menolak cadangan Halwa.

Berdecit Halwa dengan balasan Nufa.

"Alah, semua faham lah! Akak baru kahwin kut. Normal lah kalau jadi chipsmore, sekejap ada sekejap takde." Panjanh balasan Halwa, memujuk Nufa untuk terus tetap di kebun bersama Nadhif.

Nufa pandang Halwa atas bawah, atas bawah. Eh budak baru cukup umur ni. Bercakap macam dah sepuluh tahun kahwin!

Halwa sengih sahaja, faham dengan pandangan Nufa terhadapnya.

"Alah, pergi aje lah. Tadi kakak dah halang abang nak tolong. Elok abang patuh."

Nufa diam. Memang ada Nadhif tawar diri tadi, tapi dia memang menolak. Katanya mahu belajar daripada Halwa sahaja nama-nama sayur.

Tapi, sudahnya Halwa tak ajar pun. Cheesecake sungguh!

Halwa merapat bersama senyum nakal.

"Lagipun, bila lagi nak berdua sahaja. Kalau kat rumah, ramai orang. Kat sini abang dengan kakak aje. Masa ni lah boleh bercintan-cintun!"

Jatuh rahang Nufa dan itu letuskan tawa Halwa.

"Merepek sangat kau ni, Awa." Kepala Nufa tergeleng-geleng. Boleh tahan nakal juga Halwa ni. Ini pun lepas lima hari baru terserlah perangainya. Sebiji Nadhif.

Dengan tawa yang berbaki, Halwa menolak Nufa dengan bahunya. Terjuih-juih bibir menyuruh pergi kepada Nadhif.

Pasrah, Nufa bersetuju sahaja. Juling mata ke atas bila lihat tarian berjaya Halwa.

"Suka eh?"

Halwa angguk laju.

"Suka gila! Bye! Balik petang pun takpe. Makan aje kasih sayang sampai kenyang!" Sempat Halwa menyakat sebelum dia beredar pergi.

Urut pelipis Nufa jadinya dengan kenakalan Halwa. Ada-ada sahaja. Agaknya berguru dengan Sayf tak?

Malas mahu fikir, kaki dibawa menuju ke pondok tempat Nadhif beristirehat.

Perlahan langkah diambil bila dia makin hampir. Terjengah-jengah juga kepala untuk pastikan keadaan Nadhif. Betul-betul tidur atau pura-pura sahaja.

Yakin kehadirannya tidak disedari Nadhif, cermat dan penuh diam Nufa panjat pondok.

Nadhif dikerling dan lelaki itu masih sama. Berbaring tidak berkutik sedikit pun. Sedikit sebanyak, Nufa lega sendiri.

Biar lah Nadhif berehat. Pasti lelaki itu penat berkerja.

Pandang sekeliling, hati dihambat rasa tenang. Pemandangan hijau dan bau sayur-sayuran yang segar, terpejam mata Nufa menghayati. Makin menghayati bila telinga tangkap bunyi dedaun yang berlanggaran saat angin bertiup perlahan.

Buka mata, Nufa tersenyum senang. Mata masih melilau memandang sekeliling. Sesekali terdongak memandang langit yang cantik membiru.

Nufa tarik nafas dalam-dalam kemudian dia hembus perlahan. Senyum sekali lagi. Kaki yang terjuntai ke bawah menghayun sendiri, tanda tuan badan senang hati.

Lama berdiam, akhirnya Nufa menoleh untuk melihat Nadhif. Terkejut seketika bila toleh sahaja, mata kuyu Nadhif dah tumpu kepadanya. Tiada lagi topi mengkuang yang menutup wajah itu.

Nufa masih di kedudukan yang sama, langsung tidak berganjak menghampiri Nadhif. Kaki masih berayun senang.

"Hai." Sapa Nufa bersahaja.

Nadhif senyum senget. Wajah diraup pantas sebelum Nufa dipandang semula.

"Hai."

"Seronok tidur?" Soal Nufa.

Angguk kecil, Nadhif depakan tangan luas-luas.

"Seronok. Nak join?" Tanya Nadhif. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk perlahan.

Nufa senyum senget.

"Terima kasih aje lah. Kotor." Nufa menolak.

Nadhif tanpa kata terus bentangkan tuala yang dia jadikan alas kepala di sisi. Tuala itu masih bersih. Jadi dia punya hujjah kukuh jika Nufa menolak.

"Dah." Nadhif tepuk tuala. Senyum senget, bersedia untuk memaksa andai Nufa menolak.

Lihat tuala bersih yang terbentang, Nufa senyum kecil. Tanpa suara, dia terus merapat dan baringkan tubuh. Tangan elok letak di atas perut.

Nadhif terkaku. Terkelip laju mata memandang Nufa yang dah selamba lihat sekeliling.

"Oh, macam tu je?" Nadhif bersuara. Badan dah mengiring menghadap Nufa. Kepala juga dah menongkat kepala.

Nufa menoleh.

"Hah?"

"Senang pula kau serah diri. Ingatkan nak gaduh mulut dulu." Kata Nadhif. Tangan naik mengusap pipi Nufa yang ada kesan tanah.

Nufa julingkan mata ke atas.

"Memang suka cari gaduh ke?" Serong Nufa pandang Nadhif.

Nadhif senyum senget. "Dengan kau, semua benda aku suka."

Nufa mencebik.

"Patut lah suka sakitkan hati orang." Omel kecil Nufa ditangkap Nadhif.

"Haah. Suka."

Tajam mata Nufa pandang Nadhif. Memang jelas dan nyata ya dia punya suka tu. Rasa nak robek-robek aje mulut yang tarik senyum sinis itu.

Lepas tawa kecil, Nadhif ikut berbaring di sebelah Nufa. Selamba kemudiannya dia angkat tangan Nufa.

Kerut pelik Nufa lihat tangannya yang dah terangkat selari dengan wajah mereka. Namun kerutan langsung hilang bila perlahan Nadhif menyilangkan jemari mereka bersama.

Gulp. Dada dah berdebar halus.

Nadhif menoleh sekilas kepada Nufa.

"Kan dah terpujuk ni?"

Nufa menoleh pandang Nadhif. Dahi berkerut. Perbualan mana pula yang lelaki ini tiba-tiba sambung?

Nadhif senyum.

"Aku sakitkan hati kau pun, ni aku pandai pujuk. Dah terpujuk kan ni?"

Juling ke atas mata Nufa. Lah, mamat ni dan dia punya konfiden. Sama-sama mencanak tinggi!

"Banyak lah kau."

Nadhif senyum. Tangan mereka dijatuhkan antara mereka. Selesa baring bersebelahan dengan jemari yang saling bertaut erat.

Diam mereka menikmati suasana nyaman ini.

"Huwainaa." Nadhif pecahkan bisu.

"Hmm."

"Nak honeymoon tak?"

Jeda.

"Tak nak."

Dahi Nadhif berkerut.

"Lah kenapa?"

Nufa pejam mata. "Saje."

"Habis tu, kalau mak, ayah, abah tanya nak jawab apa?"

Menoleh, Nadhif yang sudah sedia memandangnya risau dipandang.

"Jawab lah apa-apa. Cakap tak dapat cuti ke."

Pap!

Selamba Nadhif memukul perlahan dahi Nufa. Berdesis pedih Nufa jadinya. Tangan naik usap dahi sambil mata mencerlung tajam memandang Nadhif.

"Hah. Ini lah sebab aku tak nak honeymoon. Elok-elok tadi, tiba-tiba nak ajak bergaduh." Rungut Nufa tidak puas hati.

Tangan yang digenggam Nadhif mahu dilepaskan namun makin erat pula tautan jemari Nadhif. Malah lelaki itu makin menarik, buat badannya makin merapat dengan lelaki itu.

Nufa jeling Nadhif tajam-tajam.

"Nyamuk, tembikaiku sayang. Ni..." Nadhif angkat tangan, tunjuk tapak tangannya yang ada kesan darah.

Jelingan tajam Nufa dah berkurang.

"Bagi lah tahu awal-awal." Tidak puas hati Nufa mengomel dengan suara manjanya.

Nadhif senyum kecil. Alah sayang manja dia ni.

"Sorry, sorry."

Angkat kepala Nufa, Nadhif labuhkan lengan sebelum kepala Nufa diletakkan kembali. Biar lengannya menjadi alas kepala gadis itu. Tangan satu lagi mula mengusap lembut dahi yang dipukul tadi.

Nufa bungkam sendiri. Dah dua kali dah dia begini dengan Nadhif. Masih belum biasa.

"Serious lah tak nak honeymoon ni?" Nadhif sambung topik bual.

Nufa menggeleng kecil.

"Kau nak ke?"

Jeda.

"Tak nak juga lah."

"Lah. Kenapa? Kalau kau nak pergi, kau pergi lah. Tapi aku duduk dalam hotel."

Nadhif mencebik. Kali ini memang rasa nak pukul dahi Nufa. Bukan sebab nyamuk. Gadis ini punya balasan lah... tak sedar macam nak cari gaduh juga.

"Buat apa. Aku nak pergi tempat yang ada kau aje. Kalau takde kau, aku tak nak pergi." Beritahu Nadhif bersahaja. Tapi Nufa dah mula segan.

"Kalau kau duduk dalam hotel, dalam hotel lah. Lagi aku suka." Miang Nadhif sambung kata.

Pap!

Kali ini tangan Nufa pula melekat di dahi Nadhif. Tergelak Nufa bila Nadhif berkerut menahan pedih.

"Apa kau ni?"

Nufa tawa besar. Tapak tangan yang kosong ditunjuk kepada Nadhif.

"Takde nyamuk, abang buahku sayang." Kemudian Nufa gelak besar.

Nadhif terdiam seketika. Wajah tawa Nufa dipandang. Dibiarkan sahaja rasa pedih di dahinya.

Lihat Nadhif yang tidak membalas apa-apa, Nufa buka mata. Mati perlahan-lahan tawanya bila lihat pandangan Nadhif kepadanya.

Bergerak-gerak halkum menelan liur.

"A---apa?"

"Sekali lagi. Apa tadi kau panggil?"

Muka Nufa mula meruap hangat. Segan.

"Gurau aje."

"Takde." Nadhif pegang cermat dua tangan Nufa. Badan dah naik sedikit, tinggi daripada kedudukan Nufa yang berbaring.

"Ulang semula."

Nufa berdecit tak puas hati. Muka makin rasa hangat.

"Tadi aku punya, aku tak minta kau ulang pun."

"Tembikaiku sayang." Laju Nadhif ulang. Namun nadanya tetap lembut, malah pandangan mata redupnya juga tepat pada dua mata Nufa.

Nufa telan liur.

"Tak nak lah." Nufa cuba lepaskan pegangan tangan, namun gagal.

Nadhif geleng perlahan. Bahkan sengaja dia tunduk makin merapat dengan Nufa.

"Nadhiiifff." Meleret nada manja Nufa. Natural.

Nadhif senyum senget. "Lambat, makin dekat ni."

Tak puas hati, Nufa pejam mata rapat-rapat. Oh, Tuhan. Nufa pasrah aje.

"Abang buahku sayang. Da---"

Dan masing-masing diam melawan debaran di dada yang makin menggila. Lepaskan tangan Nufa, Nadhif lekapkan dua tangan Nufa di dadanya.

Mata makin terpejam. Masing-masing bagai dipukau. Sampai lah...

"Abang Adep!" Suara Nourin kedengaran.

Nadhif menjauh daripada Nufa. Terkebil-kebil masing menatap sesama sendiri sambil dada berombak mengejar nafas yang putus tadi.

"Abang Adep." Suara Nourin terulang sekali lagi.

Nufa malu. Mahu menolak Nadhif menjauh tapi Nadhif menghalang. Kemas tangannya dalam genggaman Nadhif.

"Apa ni? Lepas lah! Nourin datang!" Dalam malu, Nufa berbisik geram.

Nadhif pandang Nufa. Wajah kembali mahu merapat namun tangan Nufa yang menekan dadanya menghalang. Terus mata naik menatap mata Nufa.

"Nourin, Nadhif!" Nufa memberi amaran. Belum waras lagi ke mamat ni? Masih dihanyut perasaan?

Tangan Nufa Nadhif genggam. Wajah merapat dan bibir Nufa dipandang. Kunci sasaran sekali lagi dan itu paksa Nufa pejamkan mata.

"Biar."

Pasrah, kembali mereka dibuai rasa tadi.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

NOURIN pulang ke dapur dengan muka yang berkerut tanda tidak puas hati. Duduk kembali dilabuhkan di sisi Halwa.

Halwa mengerling.

"Mana Kakak Nufa?"

Nourin diam tanpa suara. Kangkung kembali disiang.

"Takde pun Nufa dengan Abang Adep kat kebun. Awa kata ada." Tercebik Nourin melepaskan kata.

Halwa hanya senyum. Hajah Fazila juga.

"Biar lah. Kan mereka baru kahwin. Dating lah tu." Balas Hajah Fazila mudah.

Mama Hafizah julingkan mata. Baru mahu bersuara, Nufa muncul di depan pintu dapur. Berseorangan tanpa ada Nadhif bersama.

Nourin yang nampak Nufa mula menjengah-jengah sama.

"Mana Abang Adep?" Laju Nourin menyoal.

Nufa bersahaja masuk ke dapur. Nourin disapa dengan senyum kecil. Halw juga begitu.

"Abang Adep? Takde ke kat kebun?" Soal Nufa.

Nourin pandang serong kepada Nufa.

"Takkan Nufa tak jumpa dia di kebun?" Soal Nourin, curiga.

Nufa menggeleng dengan dahi yang berkerut.

"Nufa bukan dari kebun. Nufa pergi berjalan sekejap tadi. Ralit tengok kolam ikan dekat tepi kebun tu. Tak ingat masa. Nadhif ada di kebun?" Lancar ayat Nufa.

Tak tipu. Lepas dia lari dari Nadhif tadi, memang dia berhenti di kolam ikan.

Teringat Nadhif dan apa yang jadi antara mereka, buat pipi Nufa hangat tiba-tiba.

"Ye ke?" Nourin masih curiga.

Halwa mengerling Nufa.

"Betul lah tu, Kak Rin. Kakak Nufa, naik lah atas berehat. Merah sangat dah muka tu." Halwa bersuara.

Terus tiga pasang mata ikut sama memandang wajah Nufa.

Nufa senyum kecil sahaja. Tanpa kata terus dia bersetuju. Bagus juga. Dia mahu cuci muka. Sebab Nadhif, wajahnya menghangat begini.

"Nufa masuk dulu lah sekejap. Nanti Nufa datang balik."

Halwa dan Hajah Fazila mengangguk kecil. Hanya Nourin dan Mama Hafizah sahaja yang diam-diam sembunyikan masam.

Dalam bilik, Nufa terus tekup wajah dengan bantal. Rasa nak menjerit.

Angkat wajah, bibir yang masih rasa hangat disentuh. Malu lagi dia, buat wajah kembali ditekup bantal.

Tuhan! Macam mana dia nak hadap Nadhif Hamza selepas ini?!

*HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA APA YINIIIIII

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
145K 10.2K 43
"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?"...
312K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
123K 14.1K 34
"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 �...