C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

223K 27.3K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C66

2.2K 271 102
By leimonadd

KELELAHAN, Nufa rebahkan badan ke atas katil. Tak peduli dengan persalinan sanding yang masih tersarung di tubuh. Majlis ditinggalkan seketika. Alasannya nak buat persiapan Asar, tapi Asar lagi 20 minit. Bagi dia lepaskan lelah seketika.

Tetamu? Biar lah Nadhif yang melayan. Lagipun yang ada sekarang ini pun kawan-kawan Nadhif. Lelaki, dan Nufa tak mahu ambil tahu siapa. Lagi mahu lari ada lah!

Boleh pula di depan kawan-kawan, Nadhif makin eratkan genggaman tangan. Dan makin mengada! Macam memang nak tayang dirinya sebagai isteri pun ada! Melampau benar! Merah pipi bila ingat semula.

"Gedik betul." Pipi yang dah hangat disentuh beberapa kali.

"Dah, dah! Lelap kejap jom, Nufa." Ajak diri sendiri, Nufa mula tarik bantal merapat.

Baru sahaja nak rebahkan kepala, pintu bilik kedengaran dibuka. Terus mata tertumpu di situ dan... chak! Ada Nadhif yang sedikit mengintai ke dalam.

Senyum tawar Nufa jadinya. Makin tawar bila Nadhif masuk ke dalam bilik dan tutup pintu.

"Kawan-kawan kau dah balik?" Soal Nufa seraya rebahkan kepala di atas bantal. Menoleh kemudiannya pandang Nadhif yang berdiri di hujung katil.

Macam biasa. Wajah tanpa riak itu kekal ada walau mata tepat memandangnya lembut.

'Suami... cuba senyum. Kat depan bukan main sengih.' Omel Nufa tidak puas hati.

"Hmm?" Nufa gumam bila Nadhif tidak memberk jawapan.

Menggeleng kecil, Nadhif beri jawapan. "Belum."

Nufa mengangguk mengerti. Kemudian diam sambil pandang Nadhif yang dah mula tanggalkan tanjak di kepala.

"Kata nak solat. Apasal terbaring kat sini pulak?" Tanya Nadhif. Tanjak diletakkan di atas meja sebelum dia kembali berdiri di hujung katil. Mata pandang Nufa.

Menjemput betul yang seorang ini. Selamba yang amat! Tahan diri Nadhif dibuatnya.

Nufa menggeliat kecil tanpa perasan Nadhif yang dah alih pandang daripadanya. Bila mengiring pandang arah Nadhif, lelaki itu cekak pinggang sambil usap wajah.

Hairan namun Nufa buat tidak endah. Biasa lah Nadhif. Memang hobi suka buat perkara yang Nufa malas nak fikir dalam-dalam.

"Kejap lah. Azan tak lagi. Nak lelap sepuluh minit. Penat lah kahwin." Adu Nufa, natural manja.

Terhenti terus tangan Nadhif yang ingin membuka butang baju melayu. Nufa yang dah mula lelapkan mata dipandang dengan senyuman kecil.

"Comel sungguh lah gedik-gedik macam ni." Sedikit sinis Nadhif lontarkan bicara. Buat mata Nufa yang terpejam tadi kembali terbuka.

Tajam mata memandang Nadhif yang dah senyum senget.

"Nak abang urutkan?" Soal Nadhif, antara serius dan bergurau. Rasanya lebih kepada bergurau kerana elok tawa halus mengiringi kata-katanya tadi.

"Euwwww!!!" Laju Nufa bangun dari pembaringan. Tangan dah naik menutup telinga dan muka dah pasang riak jelek. Serong pandangannya kepada Nadhif.

Lihat riak jelek Nufa, Nadhif hamburkan lagi tawa. Tawa besar sambil kepala menggeleng kecil. Suka bila dapat mengusik Nufa.

Seketika Nufa terkaku sejenak. Riak jelek tadi beransur hilang diganti dengan riak kedu. Sambil tu mata tak lepas pandang wajah tawa Nadhif.

Aduh. Apasal mamat ni tiba-tiba kacak pula?

Habis tawa, Nufa dipandang. Ssnyum senget bila mata bulat itu terkelip-kelip memandangnya.

"Kata nak tidur, Huwainaa sayang. Yang tengok aku lagi kenapa? Nak abang dodoikan pula ke?" Nadhif mengusik lagi.

Berkerut geli terus wajah Nufa. Telinga rapat ditutup kembali. Tajam mana memandang Nadhif.

"G.I.L.A! Gila!" Selamba Nufa gilakan Nadhif, buat tawa besar Nadhif meletus lagi.

"Gilakan kau, My Huwainaa." Perlahan Nadhif menutur. Tahu Nufa tak dengar sebab gadis itu hah sambil turunkan tangan mahu dengar semula.

"Apa kau cakap?" Nufa minta ulang.

Nadhif senyum senget. Rambut diraup ke belakang seraya kepala digeleng kecil.

"Malas aku nak mengulang." Kata Nadhif mudah.

Nufa mencebik dan kembali berbaring. Badan dihadapkan ke arah Nadhif yang sedang membuka butang baju melayunya. Takde rasa mahu menolong. Biar Nadhif buat sendiri.

Nadhif pula sambil buka butang baju sambil pandang Nufa. Sembunyi senyum dia jadinya lihat mata Nufa yang tumpu pada tangannya.

Selesai, Nadhif buka pula simpulan samping. Pun sama, dia pandang Nufa, dan Nufa pandang tangannya.

Lorot jatuh samping, tangan Nadhif ambil dan sangkutkannya di kerusi. Pandang Nufa, gadis itu masih lagi memandangnya.

'Aih, lain macam dia ni.' Bisik hati Nadhif.

Tapi, apa nak hairan. Nufa lebih selamba daripada dia yang lelaki ini. Bila kita yang lelaki ini buka langkah dulu baru dia tahu malu.

Berdiri semula di hujung katil, Nadhif cekak pinggang. Nufa dipandang dan kening diangkat sedikit tanda bertanya apa dalam isyarat.

Nufa hanya geleng. Pandang Nadhif mahu datangkan lelap. Tup tup, lelap tak berkunjung, segar pula datang. Macam itu aje Nadhif hilangkan rasa ingin tidurnya.

"Tak nak tidur?" Soal Nadhif lembut.

Nufa geleng. Tangan dibawa melapik pipi kanannya. Nadhif dipandang kembali.

"Kalau macam tu, pergi lah cuci make-up dan buka tudung apa semua." Cadang Nadhif.

Nufa julingkan mata ke atas dan mengeluh kecil.

"Malaaasss." Panjang suara comel Nufa.

Nadhif pejam mata. Sekali lagi si Nufa Huwainaa ni.

Nak mengelak, terus Nufa pejam mata. Pura-pura tidur. Nadhif yang melihat terus geleng kecil.

Seketika, sunyi antara mereka. Masing-masing tenang. Namun seketika cuma tenang itu bila Nufa rasa bahagian katil atas kepalanya tiba-tiba ke bawah, tanda ada yang mengambil tempat di situ.

Buka mata, terkedu langsung Nufa bila wajah Nadhif betul-betul selari dengan wajahnya. Dada mula berdebar halus lihat wajah tanpa senyum itu.

Tapi, Nufa kekalkan tenang.

"Kenapa ni?" Soal Nufa.

Nadhif geleng kecil. Tanpa suara tiba-tiba tangan menyentuh kepala Nufa yang masih berbalut selendang. Kejung Nufa di situ dengan mata yang membulat pandang Nadhif.

"Hei, hei! Apa ni?" Laju tangan Nufa betgerak menepis sentuhan Nadhif. Namun, Nadhif lagi pantas menangkap tangan Nufa lalu diletakkan tangan itu kembali di sisi gadis itu.

"Serabut aku tengok kau yang malas ni. Duduk diam-diam." Arah Nadhif tanpa nada.

Nufa hanya mencebik. Mata dijulingkan sebelum tangan memeluk tubuh. Nadhif dipandang lurus kemudiannya.

Buat-buat berani kononnya. Tapi jantung dah berdup-dap laju. Tambah pula Nadhif lontarkan pandangan lembut bersama senyum halusnya.

Menunduk, rambut lembut Nadhif jatuh ke hadapan juga. Urgh! Tahan rasa Nufa nak melarikan jemarinya di celahan rambut itu.

Nadhif diam. Tangan mula bergerak mencari jarum peniti yang tersemat kemas di tudung Nufa. Bila jumpa, ditariknya keluar penuh cermat.

"Sikit aje jarum-jarum ni." Omel Nadhif perlahan.

"Kalau banyak kenapa?" Tanya Nufa, juga perlahan.

Memang. Memang rahsia sangat pun perbualan mereka sampai hampir-hampir berbisik begini.

Nadhif pandang Nufa. Senyum halus, kepala Nufa diusap perlahan.

Nufa telan liur.

"Kalau banyak, bagus sikit. Boleh lah centerkan kau punya otak ni. Lembab semacam aje." Dari usapan, Nadhif mula mengurut-urut kepela Nufa, sedikit kasar.

Geram, langsung tangan Nadhif dipukul. Tak peduli dengan hiss Nadhif.

Nadhif gelak sahaja. Selesai cabut jarum peniti, tangan Nadhif bergerak bukakan balutan selendang pula. Penuh berhati-hati. Kepala Nufa juga diangkat lembut bila perlu.

Mendapat layanan begitu, Nufa senang hati. Senyum cuba disimpan kemas tapi kalah bila Nadhif mengusap kepalanya sebaik sahaja selendang dibuka dari kepala.

"Sekejap macam ni pun malas." Bebel Nadhif dengan kepala tergeleng-geleng.

Habis dah senyum Nufa. Nadhif dijeling.

"Biar lah."

Nadhif julingkan mata ke atas. Ikut kamu lah isteri. Asal kamu bahagia.

Anak tudung Nadhif bukakan dengan cermat dan bila berjaya, terus jemarinya lari membetulkan rambut Nufa.

Lurus lagi Nufa pandang atas, tepat kepada Nadhif. Lelaki itu tidak memandangnya malah seperti fokus pula membelai rambutnya.

Ini seram.

"Dah." Perlahan, Nufa sebut. Sekaligus menarik perhatian Nadhif kepadanya.

Lurus mereka memandang sesama sendiri. Tangan Nadhif masih membelai rambut Nufa perlahan.

"Dah." Lembut Nadhif membalas.

Nufa telan liur. Okey. Dada dah berdebar halus semula.

Nadhif yang pandang Nufa juga tanpa sedar dah telan liur sendiri. Anak rambut Nufa yang mengganggu terus diselit ke tepi. Penuh wajah Nufa kini dalam tatapan matanya.

Nufa angkat kening. "Kenapa?"

Nadhif geleng kecil. Tangan dah beralih tempat. Dari rambut Nufa ke pipi Nufa. Diusap lembut pipi itu dengan kedua-dua ibu jarinya. Kiri dan kanan.

Dug dug dug dug.

"Cantik." Bisik Nadhif perlahan.

Nufa kemam bibir. Pipi dah terasa hangat. Terasa ikhlas ya pujian itu.

"Tahu." Balas Nufa sedikit bangga semata untuk menutup rasa segan yang dah menguasai.

Nadhif terus tersenyum senget. Perlahan jari cubit pipi Nufa. Buat Nufa sengih juga.

"Dah bangun. Solat. Nak azan dah." Nufa menyedarkan. Terus dia mahu bangun dari pembaringan namun tangan Nadhif menahan bahunya, buat Nufa terbaring semula.

"Tak sudah lagi." Nadhif memberitahu tanpa nada.

Berkerut dahi Nufa. "Apa nya? Kan dah si---"

Terus terhenti kata-kata Nufa bila Nadhif rapatkan wajah. Mata membulat lalu terpejam rapat bila Nadhif labuhkan bibir di dahinya. Lama.

Sumpah. Nak meletup dada Nufa menahan debar. Tangan dah genggan erat cadar katil, kumpul kekuatan di situ.

Nadhif menjarak. Muka tiada reaksi namun lembut mata menatap Nufa. Nak sesak nafas Nufa dibuatnya.

"Dah." Kata Nadhif seraya menepuk bahu Nufa. Perlahan kemudiannya dia membantu Nufa untuk duduk.

Terima tanpa bantahan, Nufa duduk kaku di situ. Menoleh kepala pandang Nadhif yang dah buka baju melayu songket dari tubuh.

Nadhif menoleh sama. Senyum kecil, tangan naik mengusap lembut kepala Nufa.

"Solat, sayang."

Bum! Meletup!

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"SINI kejap," Ajakan Nadhif menghentikan tangan Nufa yang baru mahu menyenduk nasi minyak ke dalam pinggan. Nadhif dipandang kehairanan.

"Nak pergi mana?" Soal Nufa. Pinggan diletak semula di tempatnya dan selepas itu elok tangannya masuk dalam genggaman tangan Nadhif.

"Jumpa kawan." Balas Nadhif. Nufa ditarik perlahan mengikutinya.

Saing langkah, Nufa hanya mengekori sehinggalah sampai di sebuah meja, tangan yang digenggam Nadhif tadi terlepas dan dibawa memeluk lengan lelaki itu pula. Terkebil-kebil Nufa pandang Nadhif. Nak tunjuk terlebih mesra pula kenapa?

"Ha, ini lah isterinya." Suara Hajah Fazila menarik Nufa untuk pandang hadapan.

Di meja itu, ada Haji Ghazal, Hajah Fazila dan Halwa. Kemudian ada sebuah keluarga yang Nufa langsung tidak kenal.

Nadhif senyum pandang Nufa.

"Nufa Huwainaa, ma." Nadhif perkenalkan.

Terjongket sedikit kening Nufa bila dengar gelaran yang Nadhif gunakan kepada wanita berusia di hadapan mereka.

Tersenyum manis, wanita yang mengenakan sepersalinan berwarna biru itu dipandang sebelum tangan dihulur untuk bersalaman.

Tunduk menyalam, Nufa sedikit tersentak apabila tangannya dilepaskan terlebih dahulu sebelum sempat Nufa mencium tangan itu.

Sedikit kekok senyuman Nufa. Kekok juga gerak-gerinya namun Nadhif lebih cepat menariknya lembut, kembali di sisi lelaki itu.

Nufa pandang Nadhif dan terus lelaki itu memeluk bahunya. Seolah-olah mengerti apa yang Nufa rasa kini.

Nufa pandang depan semula.

"Nufa," Hajah Fazila memanggil. "Ini kawan baik mak, Mama Hafizah. Ni anak-anaknya semua ni kawan Adep dan Awa masa kecil lah semua ni."

Nufa mengangguk kecil.

"Dah lama sangat kenal ni. Adep dengan Nourin ni, dulu kecil-kecil selalu main pondok-pondok." Mama Hafizah bersuara kemudiannya. Seorang gadis cantik di sebelahnya ditepuk perlahan.

Tersenyum semua, mungkin mengenang semula memori suatu masa dahulu.

"Dulu berjiran ni. Cuma bila Abah Rosdi kena uruskan ladang arwah ayahnya di Kelantan, semua pindah sana. Jarang dah lah berjumpa." Haji Ghazali pula buka cerita.

Nufa hanya mengangguk kecil. Mengerti.

"Nufa dah lama ke kenal Adep? Tahun lepas raya, katanya Adep tiada siapa-siapa. Macam mana pula kurang setahun dah kahwin pula ni?" Mama Hafizah bertanya. Dikerling Nourin yang menunduk di sisinya.

Nufa kemam bibir.

"Takde lah lama mana. Tiga bulan juga." Nufa membalas perlahan. Tangan naik garu dahi, sedikit tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila dia dapat tangkap senyum sinis Mama Hafizah dan Nourin.

Kenapa?

"Lah, tiga bulan aje dah kahwin. Adep dengan Nourin lama dah. Awa dengan Rafaiq juga. Dah lama kenal." Balasan Mama Hafizah buat Nufa tidak selesa. Bahkan Nufa perasan, semua yang ada di meja itu juga kurang selesa.

"Dah jodoh." Abah Rosdi membalas tenang. Senyum dilontarkan kepada Nufa. Seakan memujuk.

Nadhif pandang Nufa sekilas.

"Betul lah tu. Tak berjodoh lah Nourin ni dengan Adep. Takpe, Awa ada kan dengan Rafaiq." Mama Hafizah membalas bersama tawa kecil di akhirnya. Mahu beri gambaran bahawa dia hanya bergurau.

Tapi, rasanya tiada yang rasa itu gurauan.

Halwa pandang Rafaiq yang dah berkerut memandang Mama Hafizah sebelum mata jatuh pada Nufa.

Sengih kekok gadis itu.

"Tak kut. Rafaiq mesti ada pilihan sendiri dah kan? Kan Paiq?" Halwa bertanya Rafaiq. Walau kekok habis, cuba dia berlagak selamba.

"Haah. Mama ni, apa pula nak dipadan-padankan macam tu. Kan kami kawan dari kecil." Rafaiq pula membalas. Tergeleng-geleng kepalanya.

Mama Hafizah mencebik sedikit.

"Mama gurau aje lah." Mama Hafizah membalas, sedikit suram.

Rafaiq hanya geleng. Halwa dipandang kemudiannya.

"Jom, Awa. Aku lapar lah. Ada makanan apa?" Laju kemudiannya Rafaiq mengajak Halwa keluar dengan caranya sendiri.

Halwa yang nampak peluang itu tanpa kata terus bersetuju dan melarikan diri.

"Haah, mari lah makan. Datang jauh-jauh takkan nak sembang aje. Isi perut dulu. Lagipun katanya malam nak tidur rumah sebelah kan?" Ajak Haji Ghazali, sekali gus menutup terus topik kekok tadi.

Abah Rosdi bangun. "Haah. Rumah aku tu kosongkan?"

Haji Ghazali senyum. "Kosong tu. Nasib baik kau bagitahu awal nak balik dua tiga hari sini. Aku dah tak terima tempahan apa-apa dah."

Nufa kerut dahi. Tak berapa faham.

"Rumah lama abah tu dibuat homestay." Nadhif yang tiba-tiba berbisik di telinganya buat Nufa mengangguk faham.

"Mama makan lah. Nourin pun." Nadhif mempelawa.

Mama Hafizah hanya tersenyum sebelum langkah Hajah Fazila diekori. Tinggal Nourin sahaja di meja itu.

Nufa pandang Nourin. Kurang senang sedikit dengan pandangan Nourin kepada Nadhif.

"Makan, Nourin." Nufa pula mempelawa.

Nourin hanya senyum tawar sahaja.

"Nanti kita sembang panjang ya, Abang Adep. Lama tak sembang." Sempat Nourin lempar kata sebelum dia berlalu dari situ.

Pergi sahaja Nourin, langsung Nufa rasa bahunya ditarik lembut, lebih rapat kepada Nadhif. Dongak kepala memandang Nadhif.

"Jangan salah faham ya." Kata Nadhif lembut. Dapat dia rasa Nufa yang kurang senang.

Nufa diam. Nadhif mengerdip mata sekali.

"Kawan je, Huwainaa. Kawan."

Jongket bahu, Nufa lepaskan pelukan Nadhif di bahunya.

"Nak makan. Lapar." Beritahu Nufa tanpa nada.

Baru nak berlalu, tangannya rasa digenggam. Oleh Nadhif semestinya.

Menoleh, Nadhif sudah merapat ke sisinya.

"Makan dengan aku ya?"

"Tadi dah janji nak duduk sekali dengan Sayf."

Nadhif mengerti. Kepala diangguk kecil.

"Aku duduk sekali ya?"

Nufa menggeleng.

"Kau temanlah tetamu kau tu. Nanti dah habis makan aku datang." Balas Nufa laju dan tanpa sempat Nadhif mahu membalas, Nufa dah angkat kaki berlalu terlebih dahulu.

Dari kejauhan, sempat dia tangkap Nourin yang sedang memandangnya. Dan sumpah Nufa tak sedap hati bila lihat senyuman sinis di bibir gadis itu.

*I'M BACKKKK

Continue Reading

You'll Also Like

1M 86.8K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...
846K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
22.2K 2.1K 15
'True love doesn't exists' Mencari cinta yang sudah tidak lagi wujud? Mengapa? C.I.N.T.A? Dia, lelaki yang tidak percaya akan cinta. Dunianya hanya...
1.6M 75.5K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...