C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C62

2.4K 300 92
By leimonadd

USAI mengaminkan bacaan doa, Nufa terus bergerak ke sisi kanannya. Ada Hajah Fazila yang sudah menahan sebak di sebelahnya. Dengan senyum manis, sopan Nufa tunduk menyalam tangan tua itu. Tangan ibu baharunya. Tangan ibu tumpang kasihnya.

Lama, Nufa mula dihurung rasa sebak. Tiba-tiba menggebu rindu kepada arwah mak. Bila jabatan tangan terlerai, terus Nufa rasa badannya ditarik masuk dalam satu pelukan. Erat dan hangat, buat rasa rindu itu makin menggebu. Buat rasa sebak itu lagi merajai. Sama, pelukan itu dibalas sama erat juga bersama mata yang sudah bergenang.

"Izinkan Nufa tumpang kasih mak ya?" Bisikan menjadi perantara permintaan.

Hajah Fazila hanya mengangguk dan memeluk erat tubuh si menantu. Bila pelukan terlerai, pipi Nufa diusap penuh kasih. Sesekali tersenyum kecil dan melempar tawa halus.

Nadhif hanya melihat dari jauh. Nufa yang sedaya upaya menahan tangis itu dilihat.

"Adep," Bahu ditepuk, buat kepala menoleh dari arah Nufa. Sayf dipandang. Ada juga Naufal dan Numair. Masing-masing seperti lihat juga apa yang dilihatnya tadi.

"Dia rindu arwah mak tu." Tanpa diminta, Numair bersuara.

Naufal dan Sayf hanya senyum kecil.

"Terima kasih bagi Nufa rasa hangat pelukan ibu sekali lagi." Naufal pula menyambung kata. Bahu adik iparnya itu ditepuk perlahan.

Nadhif hanya senyum sahaja. Dan senyum kecil tadi jadi melebar bila Sayf erat memeluk tubuhnya. Nak tergelak dan akhirnya tawa dilepaskan penuh bila Naufal dan Numair ikut sama melontar tubuh memeluknya.

"Hei! Hei! Korang ni!" Suara Haikal kedengaran dan terus empat pasang mata memandnag ke arah lelaki itu yang segak dengan sepersalinan baju melayu berwarna baby blue.

"Tak ajak pun!" Dan jadi makin riuh bila Haikal ikut sama masuk dalam brotherly hug itu. Masing-masing melepas tawa kecil.

Haji Noor yang melihat terus menggeleng kecil. Alih pandangan, teringin mahu lihat reaksi yang lain. Dan saat matanya jatuh pada wajah Nufa yang jelas terlihat geli-geleman itu buat tawanya pecah juga kecil. Moga-moga jurugambar rakam detik-detik ini semua. Nanti boleh tunjuk ke cucu-cicitnya yang lain.

Hahaha!

Menggeleng kecil Nufa lihat lelaki-lelaki yang masih seronok bergurau senda di ruang tengah sana.

"Kakak Nufa jeles ke?" Soalan Halwa Nufa balas laju dengan gelengan laju.

"Takde masa!"

Habeeba yang melihat hanya kuntum senyum. "Memang lah, sebab you got all the time. Kan?"

Dengar usikan Habeeba, mengekek ketawa terus Halwa dan Warda. Afrina juga.

"Bukan setakat peluk, main lambung-lambung pun boleh!" Warda menambah 'perasa'. Dan perasa itu cukup buat wajah Nufa hangat sendiri. Oh, pasti merah pipi!

"Eee!" Tayang muka geli, Nufa sambung kata lagi. "Merepek kau orang ini. Sudah lah, aku nak pergi makan kemudian layan tetamu."

Bersahaja, Nufa dah sedia untuk beredar dari situ. Namun riuh suara bridesmaid yang menghalang buat dia pandang tiga gadis tadi dengan penuh hairan.

"Kenapa? Aku dah lapar ni." Adu Nufa, namun akur juga dengan tangan-tangan yang menyuruhnya untuk duduk semula di pelamin mini. Sambil tu, dahi penuh berkerut.

"Kau ni... tu!" Habeeba menjuih ke satu arah, buat Nufa menoleh.

Ada Nadhif yang dah bergerak menghampirinya. Mata lelaki itu tidak lepas memandang ke arahnya, namun secalit senyum pun tak kelihatan. Terus Nufa mencebik kecil. Punya lah pemurah senyuman masa peluk geng-geng lelaki dia. Nak jumpa kita, kedekut tahi hidung masin!

Merapat kepada Halwa, berbisik Nufa untuk bertanya.

"Kenapa abang Awa nak datang sini?"

Atas bawah, atas bawah Halwa lihat kakak iparnya. Tiba-tiba rasa tangan ini ringan aje nak luku kepala si kakak. Tahu yang Nufa ini selamba sahaja, tapi ini macam terlalu selamba pula. Dah kat majlis sendiri, dah lepas akad, takkan nak berjoget pula selepas itu.

Ayoyo!

"Blur kau simpan dalam-dalam." Setepek kena bila Nadhif elok labuhkan duduk di sebelah Nufa.

Dari jauh lihat Nufa tadi pun dia tahu yang Nufa sedang keliru. Tambah lagi judging face Halwa, makin dia yakin yang Nufa dah lupa sekejap mereka di mana. Seronok sangat bersembang entah apa-apa. Bila pipi merah, lupa semua benda dengan mudah. Luku depan pak aji nanti baru tahu.

Jeling geram Nufa dengar ayat Nadhif.

Nadhif hanya senyum kecil lihat wajah masam itu.

"Hari akad sendiri pun nak masam-masam ke, Huwainaa?" Bisik Nadhif perlahan. Wajah tunduk sedikit cari Nufa yang menunduk sorok segan. Baru sedar gamaknya mereka ini masih lagi dalam majlis akad sendiri.

Senyum lagi Nadhif. Tak cukup itu, mata terpejam rapat. Eh, dah halal-halal begini nampak extra comel pula si Nufa Huwainaa ni. Dah lah manis lain macam hari ini. Ini baru nikah, sanding nanti tak tahu lah. Dia memang tak pernah lihat Nufa dalam sepersalinan nikah mahupun sanding mereka. Konon nak kejutan.

Dan ya, di sini dia terkejut. Nak jatuh rahang lihat Nufa melangkah ke pelamin mini tadi. Cantik, manis, ayu... semua ada lah. Dah duduk sebelah-sebelah begini, makin cantik, makin manis dan makin ayu. Wangi pun ya. Nasib baik dah halal, takde lah rasa haram jadah sangat. Hahaha!

"Sudah-sudah tenung tu. Nah cincin." Tegur Hajah Fazila. Kotak cincin diberikan kepada Nadhif dan Nadhif menyambut.

Merah muka Nufa. Aduh mak mertua. Saya tahu anak mak tenung saya, tapi jangan dijelaskan sebegitu rupa. Makin merah pipi ni. Jantung pun sikit lagi nak meletup.

"Tak nak tengok aku ke, Huwainaa?" Soalan Nadhif lagi bikin malu.

Nadhif senyum kecil. Cincin dah dibawa keluar dari kotak, tapi nak menyakat sikit lagi.

"Penat-penat aku pujuk tadi, takkan nak bagi aku tengok flower crown kau aje kut." Bisik Nadhif.

Nufa pejam mata. Malu campur geram. Lelaki ini memang suka throwback benda-benda yang memalukan kan? Diam-diam buat simpanan sendiri tak boleh ke?

"Nak pergi makan lah macam ni." Dan terus kepala Nufa terangkat dengar sebaris ayat itu.

Dah boleh pergi makan? Boleh skip pembatalan air sembahyang ya? Solat sunat sama-sama takde pun tak apa ke?

Macam-macam soalan muncul sebab keliru, namun mati langsung persoalan itu bila lihat senyum senget Nadhif. Terus Nufa tahu Nadhif sengaja. Sengaja dia angkat kepala pandang lelaki itu. Yang diri ni pun, kenapa lah bengap sangat? Haih la.

Kesian Nadhif dapat isteri kurang cakna. Atau lebih mudah, blur. Tapi, nak buat macam mana. Benda dah akad, enjoy aje lah ya. Hahaha!

"Tembikai madu manis." Spontan Nadhif memuji dengan gayanya sendiri.

Terkelip-kelip mata Nufa menerimanya. Nak butterfly, dah rasa dah dalam perut. Nak tergelak, tapi macam nak berkerut pelik juga. Boleh pula nama timangannya guna nama buah pula. Antara manis dan kelakar, Nufa pilih untuk jadikan ia sesuatu yang kelakar.

Pandang Nadhif, baru Nufa dapat lihat lelaki ini betul-betul. Teringat pula pada rasa ingin melihat Nadhif tadi. Dan bila dah lihat Nadhif, Nufa tak tipu. Nadhif memang kacak. Lebih kacak dari apa yang fikirannya bayangkan.

Bertembung pandang dengan Nadhif, Nufa tahu dirinya tertangkap menilik lelaki itu. Makin yakin dengan rasa itu bila lihat senyum senget Nadhif. Buat Nufa julingkan mata terus. Sambil itu fikir ayat nak tutup malu.

"Ingatkan hari ni pun nak pakai topi." Nufa berjaya fikir ayat. Lurus jari telunjuk menunjuk kepada songkok hitam di kepala Nadhif. Saham jadi makin kacak. Nasib baik dah jadi hak miliknya. Hahaha!

Nadhif hanya beriak kosong sahaja. Jari telunjuk Nufa yang cantik berukir inai dipandang. Dada dah berdebar, namun Nadhif tak mahu ambil tahu. Tanpa kata, terus tangannya naik menyentuh hujung jari Nufa sebelum digenggam erat jari itu.

Lihat Nufa, jelas gadis itu terkedu seketika. Sambil itu pipi merah.

Perlahan-lahan tangan Nufa dijatuhkan sebelum lembut tangan itu diletakkan di atas tapak tangannya. Nadhif simpan senyum bila dadanya terasa berdebar halus.

"Ni muat tak nak sarung cincin kau ni?" Soal Nadhif, bergurau untuk tutup gugup.

Terus mata Nufa tajam terarah kepada Nadhif. Buat Nadhif lepaskan tawa kecil.

"Okey-okey. My Huwainaa kurus." Dalam tawa, Nadhif memujuk ringkas.

Nufa hanya diam. Dilihat tangannya yang elok ada atas telapak tangan Nadhif. Dan bila lihat Nadhif sarungkan cincin di jari manisnya, Nufa senyum kecil. Sebak tiba-tiba tapi pada masa yang sama rasa bahagi itu menyusup perlahan-lahan.

"There you go." Bisik Nadhif halus sambil mengintai wajah Nufa.

Naik terus bibir tersenyum bila lihat wajah manis itu tersenyum.

"Can I get my salam now, sayang?"

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SESI bergambar buat Nufa termangu sendiri. Baru nak suap masuk karipap seketul dua ke dalam mulut, Warda dan Habeeba dah bising membebel kepadanya. Selepas itu sibuk tangan masing-masing menata rias dirinya semula. Walhal Nufa terlalu yakin yang tiada apa pun yang berubah. Dia bukan menangis beria pun tadi. Gusti dengan Nadhif pun tidak.

"Kau ni... dari tadi tak nak makan tau! Orang sibuk dengan majlis, kau sibuk dengan makan pula." Tak berhenti dirinya dibebeli Warda.

"Cuba lah ingatkan diri. Kau punya majlis jauh lagi nak sampai ke penghujung tahu tak? Makan aje fikir." Giliran Habeeba pula.

Halwa yang melihat hanya simpan senyum. Seronok bila lihat kakak iparnya terkulat-kulat menerima marah sayang Warda dan Habeeba.

"Dah ke belum? Nak sangat kan aku bergambar dengan suami aku. Korang lambat-lambat pula." Sudahnya, geram juga Nufa membalas. 

Hampir lima belas minit, akhirnya Nufa selesai. Diiring dirinya menuju ke luar rumah. Nak sarung kasut pun orang pakaikan. Sudahnya Nufa tak tengok kakinya, tapi lihat Nadhif yang seronok bersembang dengan Sayf. 

Sayf tawar diri jadi photographer. Tengok sahaja kamera DSLR di tangan lelaki itu. Oh, Nufa dah mula rasa penat walau belum mula pun lagi sesi bergambar halal bersama Nadhif. Dapat bayang pose-pose yang diminta Sayf. Normal ke luar alam. Haih!

"Tenung-tenung pulak." bahu disenggul perlahan oleh Habeeba, buat Nufa menoleh.

"Pergi lari peluk dia ketat-ketat." Habeeba sambung lagi.

Geli geleman terus Nufa. Menggeleng perlahan, kaki diatur menghampiri dua lelaki itu.

Perasan dengan kehadiran Nufa, terus terhenti borak dua lelaki itu. Nufa tak peduli sangat, tapi yang Nufa peduli bila lihat Sayf yang tak berhenti angkat-angkat kening kepadanya. Kemudian sekejap-sekejap kerling Nadhif. Entah apa yang nak diberitahu pun tak pasti.

"Apa hal kau ni? Gila?" Selamba Nufa bertanya. 

Nadhif hanya memerhati sambil simpan senyum. Pantang bertemu dua manusia ini. Nadhif kena belajar-belajar terima hakikat yang satu. Pun begitu, dia tahu Nufa reti menjaga batas. 

"Haah. Gila tak percaya. Dulu benci, sekarang bukan main! Duduk sebelah-sebelah pun tak rasa nak bercakar. Awww! Sangat manis, Nunu!" Sayf dah terlompat-lompat kecil. Serupa lelaki lembut!

Berkerut geli Nufa jadinya. Mendongak pandang Nadhif, hilang terus kerutan Nufa. Terkelip-kelip mata bila lihat Nadhif memandang kepadanya lembut sambil tersenyum kecil. 

Sayf angkat tangan tutup mulut. Nak menjerit, tapi tahan. Impian mahu lihat dua orang ini bersama menjadi! Dan untuk itu dia perlu rakam momen ini.

Klik!

Tersentak Nufa dan Nadhif. Sayf yang lihat skrin kamera dipandang.

"Okey! Next pose!"

Nufa dan Nadhif berpandangan sesama sendiri.

Okey... Belum mula lagi tapi dah rasa penat. Moga-moga Sayf suruh yang normal-normal aje.

*HAI HAI HAI HAI!

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 136K 94
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...
45.5K 4.3K 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rat...
237K 1.2K 1
Mikael Nukman menikahi Farah Dareena bukan atas rasa cinta namun disebabkan wajah Farah yang menyerupai kekasihnya. Dengan cara ini saja dia dapat me...
133K 5.4K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.