DEAR KAYYISA

By azyvrins

325K 16.5K 840

[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan... More

Dear Kayyisa
∘°∘1∘°∘
∘°∘2∘°∘
∘°∘3∘°∘
∘°∘4∘°∘
∘°∘5∘°∘
∘°∘6∘°∘
∘°∘7∘°∘
∘°∘8∘°∘
∘°∘10∘°∘
∘°∘11∘°∘
∘°∘12∘°∘
∘°∘13∘°∘
∘°∘14∘°∘
∘°∘15∘°∘
∘°∘16∘°∘
∘°∘17∘°∘
∘°∘18∘°∘
∘°∘19∘°∘
∘°∘20∘°∘
∘°∘21∘°∘
∘°∘22∘°∘
∘°∘23∘°∘
∘°∘24∘°∘
∘°∘25∘°∘
∘°∘26∘°∘
∘°∘27∘°∘
∘°∘28∘°∘
∘°∘29∘°∘
∘°∘30∘°∘
∘°∘31∘°∘
∘°∘32∘°∘
∘°∘33∘°∘
∘°∘34∘°∘
∘°∘35∘°∘
∘°∘36∘°∘
∘°∘37∘°∘
∘°∘38∘°∘
∘°∘39∘°∘
∘°∘40∘°∘
∘°∘41∘°∘
∘°∘42∘°∘
∘°∘43∘°∘
∘°∘44∘°∘
∘°∘45∘°∘
∘°∘46∘°∘
∘°∘47∘°∘
∘°∘48∘°∘
∘°∘49∘°∘
∘°∘50∘°∘
∘°∘51∘°∘
∘°∘52∘°∘
∘°∘53∘°∘
∘°∘54∘°∘
∘°∘55∘°∘
∘°∘56∘°∘
∘°∘57∘°∘
∘°∘58∘°∘

∘°∘9∘°∘

6.7K 363 10
By azyvrins

HANA hanya termenung di dalam teksi tersebut. Dari tadi mindanya ligat memikirkan tentang Ziyyad. Benarlah, Ziyyad memang bukan tercipta untuk dirinya. Ralit Hana membuang pandang ke tingkap. Kenapa jalan ni lain?

"Pakcik.. ini bukan alamat rumah saya. Kan saya dah bagi alamat saya tadi? Pakcik nak bawa saya pergi mana ni? Berhentikan kereta ni sekarang!" sergah Hana. Tangannya dililitkan pada leher lelaki yang digelar 'pakcik' tersebut.

"Kau taknak berhentikan kereta ni ke?! Aku suruh berhentikan sekarang!" bentak Hana. Tangannya masih kuat mencekik leher lelaki itu.

"Le-lepas! Aku cuma buat arahan aku!" bentaknya. Hana menghentak kuat kepala lelaki itu pada dashboard tatkala teksi diberhentikan. Tali yang ada di dalam laci kereta diambil sebelum diikat pada kedua tangan dan kaki lelaki tadi.

Segala kelengkapan ada di dalam laci kereta tersebut. Gam dilekatkan pada mulut lelaki tadi. Senjata seperti pistol, pisau dan kayu diambil lantas dibuang di seat belakang. Handphone milik lelaki tadi dibuang di luar tingkap. Termasuklah earbud yang terletak kemas di telinganya.

Pecah.

"Kau nak culik aku sangatkan?! Alang-alang menyeluk pekasam biar aku yang culik kau pula! Jom, enjoy!" laung Hana cukup teruja. Pedal minyak ditekan kuat. Kelajuan kereta melebihi 200 km/jam. Lelaki disebelahnya menggeleng-geleng melihat gaya gadis yang diculiknya.

"Kenapalah dia suruh aku culik kau? Aku tak sanggup hadap perempuan gila ni." bisiknya sendiri.

Sesekali mata mengerling ke arah gadis yang sudah menculik dirinya. Hana menjeling lelaki di sebelahnya. Ini kali pertama dia bertindak berani seperti ini.

"Apa pandang-pandang? Dah tak sabar nak jumpa Tuhan?" sedas soalan itu dilontarkan pada lelaki di sebelahnya. Lelaki tadi menggeleng laju. Dia lebih rela ditembak mati oleh tuannya daripada dibawa ke alam lain oleh gadis ini.

Hana memandu laju menuju ke kafe milik Aryan. Dia pasti Ziyyad ada di sana. Gam pada mulut lelaki disebelahnya dibuka sebelum ubat tidur dimasukkan ke dalam mulut lelaki itu secara paksa. Nombor Aryan didail.

"Tuan Muda, sini kejap. Ada orang nak jumpa hehe—" menyeringai wajah Hana memandang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sudah bergetar seluruh tulang rusuknya. Kepala digeleng laju sebelum dia pengsan di seatnya.

[⋆✿⋆]

ARYAN dan Ziyyad keluar dari kafe dan menuju ke sebuah teksi yang terparkir kemas di hadapan kafe itu. Hana keluar dari kereta lantas mengelap keringat pada dahinya. Seronok berlumba tadi! Dengus hatinya.

"He's trying to kidnap me, so what are we going to do?" soal Hana pada kedua-dua jejaka di hadapannya. Dalam diam Ziyyad mengukir senyuman tipis. That's my girl.

"Macam mana benda ni boleh jadi? Kejap otak aku tak faham. Jammed pula rasanya—" soal Aryan pada Hana. Hana yang dia kenal bukanlah Hana yang kini berdiri di hadapannya. Ini dah lain betul ni. Takkanlah dia bermimpi.

"I know everything, aku dah minta Hana letak alat tu dekat dalam kereta ni. Dan.. aku juga yang suruh Hana bertindak macam tu. Aku tahu dia takut masa tu but we don't have any choice." balas Ziyyad. Hana mengangguk sebelum senyuman manis ditarik pada wajahnya.

FLASHBACK

"Hana.. relax.. don't nervous and just follow what I say. You don't have to be afraid because i'm here with you." ujar Ziyyad di dalam earbud yang dipakai Hana.

Hana memakai earbud tersebut sewaktu berada di dalam kereta Aryan lagi. Sebab dia tahu, ada yang ikut dia masa dia hantar Ziyyad dekat rumah. Semua ini sudah dirancang teliti oleh mereka.

"Dalam laci depan tu, ada banyak alat tau. Bawah seat ni dekat kaki kau ada tali. Kau kena pertahankan diri kau. Nanti bawa dia pergi kafe Aryan." arah Ziyyad. Earbud masih kemas di telinganya. Dia dalam perjalanan menuju ke kafe Aryan.

Diam seribu bahasa, Hana tahu dia tidak mampu melakukan semua ini. Tetapi kata-kata Ziyyad seakan-akan memprovok dirinya. Mujurlah Hana pernah belajar taekwondo sewaktu zaman sekolah menengah dulu.

"Jangan takut, sayang. Aku ada untuk kau. Dia takkan berani apa-apa kau bila dia tahu aku ada dengan kau. He's coward but you're not." pujuk Ziyyad lagi.

Hana mendiamkan diri mendengar bicara Ziyyad. Terasa dirinya yang ketakutan dipenuhi semangat berani Ziyyad. Matanya tertancap pada tali yang dimaksudkan oleh Ziyyad.

"That's my girl," puji Ziyyad apabila mendengar suara Hana membentak lelaki yang cuba menculiknya. Senyuman nipis ditarik pada bibirnya apabila mendengar bicara Hana. Maleeq 2.0 kiranya?

END FLASHBACK

"Tak takut ke tadi?" soal Aryan polos memandang Hana. Keringat yang membasahi wajah Hana itu menambahkan lagi kecantikkan wajah Hana. Tisu dihulur oleh Ziyyad buat Hana.

"Lap peluh kau tu, sayang." bisik Ziyyad tepat di cuping telinga Hana. Meremang bulu roma Hana mendengar bicara Ziyyad.

"Takut tu memang ada tapi Ziyyad dah provok saya buat macam tu, nak tak nak kena buat jugalah. Lagipun saya kena selamatkan diri saya. Takkan saya nak serahkan diri saya macam tu?" bidas Hana.

Aryan yang mendengarkan bicara Hana cukup untuk membuatkan dia terkelu. Rupanya gadis lembut seperti Hana mempunyai sisi ganasnya juga. Ziyyad meletakkan tangannya di atas kerusi milik Hana.

"Hey, buat apa ni?" bisik Hana pada cuping telinga Ziyyad. Sungguh dekat jarak mereka ketika ini.

"Tak adalah, cuma practice macam mana nak jadi suami yang sweet untuk kau." tukas Ziyyad. Riak wajah cuba dineutral sebaik mungkin.

"Saya tak perlukan suami yang sweet, cukup seorang suami yang boleh bimbing saya ke syurga Allah." balas Hana tanpa segan silu.

Sentap.

Ziyyad terkedu dengan balasan Hana. Balasan gadis itu membuatkan dia menarik tangannya jauh dari Hana. Kerusi disasarkan jauh sedikit. Terasa rohnya bagai terkeluar sesaat.

"Aku mungkin tak mampu jadi suami yang baik untuk kau, tapi aku akan cuba. Aku akan cuba berubah untuk kau," tegas Ziyyad. Iris mata kelabu itu mencerlung tajam ke arah Hana. Dia serius! Serius mahu menghalalkan gadis ini.

"Awak.. kalau awak nak berubah, jangan berubah sebab saya. Tapi berubah sebab Allah. Allah tu Maha Pengampun. Saya yakin awak boleh berubah. Mungkin kehadiran saya ni akan membantu awak kan?" ikhlas Hana bersuara seraya matanya membalas tatapan Ziyyad.

"Korang berdua ni pergilah kahwin, tak payah nak sweet-sweet depan aku. Aku ni single, calon pun tak ada. Awal betul kena kebas," tegur Aryan.

Dia pernah menyimpan rasa pada Anne tetapi hatinya hancur apabila menerima kad jemputan nikah dari Anne. Wuih, pedih sampai ke ulu hati. Bukan itu saja, pada Rayna juga. Tetapi dia disakiti lagi sekali apabila melihat betapa mesranya Rayna dengan Azim. Hana juga pernah termasuk dalam wishlist-nya.

Pedih.

"Nanti adalah tu, Tuan Muda. Jangan risau pasal jodoh. Allah tu dah tetapkan lama dah siapa jodoh kita. Antara dua, sama ada berjodoh dengan kematian atau manusia. Maka, sentiasalah perbaiki diri." lembut bicara itu menyusuri bibir merah Hana.

Terkedu.

Sentap.

Terkebil-kebil Ziyyad dan Aryan memandang Hana. Hana merasa hairan apabila melihat kedua-dua jejaka memandangnya tidak berkelip. Salahkah apa yang dia cakap tadi? Omel Hana.

"Awak berdua dah kenapa pandang saya macam tu? Baju saya terbalik ke? Atau ada comot dekat muka ni?" tegur Hana. Ziyyad dan Aryan berpandangan antara satu sama lain.

"..."

"Tak adalah, cuma aku rasa aku macam tak layak untuk gadis sebaik kau. Kau baik, Hana. Aku tak mampu untuk bimbing kau sebab diri aku sendiri pun tunggang langgang." luah Ziyyad. Pandangan ditundukkan menekur bumi.

"Saya ni tak baik, Ziyyad. Allah dah tutup aib saya. Awak boleh berubah, perlahan-lahan. Saya yakin awak boleh bimbing saya ke syurga-Nya." betapa yakinnya Hana dengan Ziyyad. Ziyyad memandang ke arah Hana sebelum pandangannya bersilih ganti dengan Aryan.

"Okaylah, saya balik rumah dulu. Jaga diri, Ziyyad." ucap Hana ringkas. Langkah kaki diatur keluar dari kafe tersebut. Laju saja Hana menghayunkan langkahnya apabila merasa dirinya seperti diekori.

Pintu gril dan pagar dikunci rapat. Hana masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung di sofa. Tudung dibuka dari kepala sebelum pandangannya mulai kabur. Terlalu banyak tenaga yang dia gunakan harini.

"APA yang susah sangat kau nak buat kerja ni?! Aku dah suruh kau ikut dia kan?! Kenapa tak ikut?! Sekarang ni budak kita ada pada manusia tak guna tu!" bentaknya kuat. Semua barang di atas meja dilemparkan ke tepi.

Anak buahnya hanya mampu menundukkan pandangan menekur bumi. Langsung tidak berani mengangkat kepala memandang bos besar. Jika melawan, dijamin nyawa melayang.

"Aku suruh kau culik budak tu! Itu pun susah. Kau faham tak aku nak dia rasa apa erti kehilangan?! Biar dia tahu sakitnya hati aku bila isteri aku mati!" jerkahnya lagi. Tajam pandangannya memandang kesemua anak buahnya.

Edoardo.

"Baby.. apa You marah-marah ni? You tu dah tua nanti kalau kena serangan jantung macam mana? Relakslah, diorang takkan dapat lari jauh punya." ujar si gadis muda dengan nada memujuknya. Selena duduk di atas riba Edoardo.

Kesemua anak buahnya hanya mampu memandang Selena. Bukannya mereka tidak tahu apa tujuan Selena mendekati lelaki tua nak mampus ni. Pandangan ditundukkan ke lantai apabila mata Edoardo mencerlung tajam ke arah mereka. Semua gadis muda yang mendekati Edoardo hanyalah kerana harta.

Kalau bukan sebab dendam dan harta tak adanya dia mahu menggatal dengan lelaki tua tak sedar diri ni. Tapi sebab dia tahu lelaki ni ketua kongsi gelap, dan memiliki banyak kelab mewah. Lumayan! Dan dia ada matlamat terpendam. Matlamat yang harus berjaya!

Edoardo sudah berumur 55 tahun hanya tinggal menghitung hari untuk mati sahaja. Pinggang Selena diusap lembut. Selena bijak mengawal amarahnya. Sebab itulah Selena sentiasa mendapat 10k setiap hari.

"I benci dengan budak mentah tu, ingatkan kalau aku dah bunuh bapak dia semua syarikat tu akan jatuh ke tangan aku rupanya tidak. Budak tu punca isteri I mati." tukas Edoardo sambil tangannya ligat mengusap peha Selena. Selena hanya meneutralkan wajahnya, jijik dengan sentuhan itu.

Tetapi dia terpaksa, ada dendam yang perlu dilunaskan. Nyawa seseorang perlu ditebus kembali.

Isteri Edoardo, Thea Awrisya disahkan meninggal dunia setelah dilanggar oleh seseorang yang berdendam kepada Edoardo. Edoardo menyalahkan Raiz Wilhelm kerana keretanya ada disana pada ketika itu. Sedangkan Raiz hanya bertemu dengan klien di kawasan tersebut.

Sejak dari itu, Edoardo menyimpan dendam kepada keluarga Raiz Wilhelm. Brek kereta Raiz juga dipotong olehnya. Dia sendiri yang ingin menyaksikan Raiz mati ditangannya. Tetapi, dendamnya belum terlunas selagi syarikat RW tidak jatuh ke tangannya.

"Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa, Maleeq. Hutang nyawa dibayar dengan nyawa. Budak hingusan! Kau buat aku haus dengan darah!" bentaknya kuat namun tangan masih setia di pinggang Selena.

Selena hanya mampu mendiamkan diri mendengar bicara lelaki tua itu. Dia tidak sabar menunggu Ziyyad menamatkan nyawa lelaki tua tak sedar diri ni. Jika bukan Ziyyad, dia sendiri akan maju demi menamatkan nyawa lelaki durjana.

"Kau tunggu aku dah kebas duit kau nanti, lepas tu aku bunuh kau. Sebab kau dengan isteri kau layaknya sama-sama mati! Kau pembunuh. Jadi isteri kau juga aku bunuh," bisik hati Selena. Dia tekad mahu membalas dendam kepada Edoardo.

Selena menyimpan tekad ini demi menebus nyawa kandungannya yang digugurkan oleh Edoardo seminggu sebelum arwah suaminya dijemput Ilahi. Dia merupakan personal assistant kepada Edoardo sebelum ini. Oleh kerana Edoardo inginkan Selena, dia sanggup membunuh bayi dalam kandungan wanita itu.

Bukan hanya kandungannya, tetapi Edoardo juga membunuh suaminya. Suaminya terkorban dalam kemalangan bersama Raiz Wilhelm. Suaminya merupakan seorang driver kepada Raiz Wilhelm. Itulah tujuan asalnya mendekati Edoardo. Sayangnya lelaki tua nak mampus itu tak sedar lagi apa niatnya.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Kesian Selena kan? The devil once an angel! Apa-apa pun tetapkan vote dan komen! Love you, lovelies!

Continue Reading

You'll Also Like

112K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
611K 31.6K 66
𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 ; 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧...
77K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...