DEAR KAYYISA

By azyvrins

323K 16.4K 840

[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan... More

Dear Kayyisa
∘°∘1∘°∘
∘°∘2∘°∘
∘°∘3∘°∘
∘°∘4∘°∘
∘°∘6∘°∘
∘°∘7∘°∘
∘°∘8∘°∘
∘°∘9∘°∘
∘°∘10∘°∘
∘°∘11∘°∘
∘°∘12∘°∘
∘°∘13∘°∘
∘°∘14∘°∘
∘°∘15∘°∘
∘°∘16∘°∘
∘°∘17∘°∘
∘°∘18∘°∘
∘°∘19∘°∘
∘°∘20∘°∘
∘°∘21∘°∘
∘°∘22∘°∘
∘°∘23∘°∘
∘°∘24∘°∘
∘°∘25∘°∘
∘°∘26∘°∘
∘°∘27∘°∘
∘°∘28∘°∘
∘°∘29∘°∘
∘°∘30∘°∘
∘°∘31∘°∘
∘°∘32∘°∘
∘°∘33∘°∘
∘°∘34∘°∘
∘°∘35∘°∘
∘°∘36∘°∘
∘°∘37∘°∘
∘°∘38∘°∘
∘°∘39∘°∘
∘°∘40∘°∘
∘°∘41∘°∘
∘°∘42∘°∘
∘°∘43∘°∘
∘°∘44∘°∘
∘°∘45∘°∘
∘°∘46∘°∘
∘°∘47∘°∘
∘°∘48∘°∘
∘°∘49∘°∘
∘°∘50∘°∘
∘°∘51∘°∘
∘°∘52∘°∘
∘°∘53∘°∘
∘°∘54∘°∘
∘°∘55∘°∘
∘°∘56∘°∘
∘°∘57∘°∘
∘°∘58∘°∘

∘°∘5∘°∘

7.1K 384 24
By azyvrins

HANA terbangun dari tidurnya apabila penggera di atas bedside table berbunyi kuat. Butang pada atas penggera ditekan sebelum dia mengorak langkah menuju ke kamar mandi. Hari ini, jadualnya agak padat kerana Hana ada kelas sampai petang.

Dress berwarna pink cair diambil sebelum disarungkan pada tubuhnya. Bawal berwarna putih menjadi pilihan Hana pada hari ini.

Usai sahaja menikmati makanan, totebag dan beg galas diambil. Langkah kaki diatur laju menuju ke stesen bas. Hana melabuhkan punggung di bastop. Hari ini Hana dan ahli kumpulannya ada group discussion di library.

"Hana! Hari ini Rayna nak ajak Hana dating boleh? Hehe—" ajak Rayna seraya senyuman manis dipatri kemas pada wajah kacukan itu. Hana mengangkat wajah memandang Rayna.

Penat berjalan masih tersisa. Dia tidak dapat naik bas kerana terlewat walhal rasanya dia dah paling awal sampai tadi.

"Nak pergi mana Rayna? Hana kerja malam ni. Kalau sekejap bolehlah," jelas Hana sebelum punggung dilabuhkan di ruang kosong sebelah Rayna.

"Rayna nak bawa Hana pergi funfair. Azim pun ada sekali. Hana tau tak? Azim nak naik kuda yang berpusing-pusing tu. Haha—" terletus tawa dari bibir mungil Hana tatkala mendengar bicara Rayna. Hana menggeleng kepalanya berulang kali. Terasa sebu perutnya.

"Bolehlah, tapi kejap je tau. Hana kerja jam 7 macam tu sebab kafe buka lewat sikit hari ni." balas Hana ringkas.

Buku yang berada di atas meja diselak satu demi satu. Laptop dibuka sebelum notifikasi email dari Ziyyad muncul lagi. Hana mengabaikan sahaja notifikasi tersebut kerana dia perlu menyiapkan assignment yang diberi Madam Qaira.

Dada buku dipandang penuh minat apabila bahagian pengiraan muncul. Kalkulator saintifik dikeluarkan dari dalam boxpensel.

"Hana.. boleh ajar Rayna buat ni? Rayna paling tak retilah kira-kira ni—" adu Rayna seraya mengurut pangkal hidungnya. Bab pengiraan memang dia lemah tapi kalau part presentation boleh dapat fullmark!

"Boleh Rayna.. meh sini Hana ajar." balas Hana lembut. Satu demi satu Hana tunjukkan cara pengiraan. Sedikit pun tiada yang tertinggal. Mujurlah Rayna mudah memahami tiap ajarannya jika tidak terpaksa dia buat siaran ulangan.

Usai sahaja selesai group discussion bersama Rayna, dia mengatur langkah ke kafe uni dengan Rayna. Ice lemon tea dipesan sebelum langkah kaki diatur menuju ke meja.

"Lepas dah grad nanti apa plan Hana?" soal Rayna ingin tahu. Hana mengangkat wajahnya memandang Rayna.

"Hana pun tak pasti lagi, mungkin Hana cuba cari kerja dekat mana-mana syarikat." balas Hana pendek.

Hana kembali ke rumah sewanya setelah selesai menikmati minuman di kafe. Petang nanti, Rayna akan menjemputnya. Walaupun Hana bertekad nak naik bas tetapi Rayna memaksanya agar mengikut dirinya. Mahu tidak mahu terpaksa dia turuti.

Langkah kaki diatur kemas menuju ke kamar mandi. Dia sempat mengecas laptop terlebih dahulu sebelum mandi. Usai membersihkan diri selama 15 minit, sepasang blouse hitam digapai lantas disarungkan ke tubuh.

TING TONG!

"Hana, dah siap? Kalau dah jom gerak—" ajak Rayna. Spek mata yang tersarung kemas di wajah dibetulkan.

"Kejap lagi, Ray. Hana nak pakai stoking dulu. Ray tunggu kejap ya? Nanti dah siap Hana keluar," balas Hana ringkas. Stoking diambil lalu disarungkan ke kakinya.

Hana mengatur langkah menuju ke kereta Rayna setelah selesai mengunci pintu rumah dan juga pagar. Pintu kereta dikuak luas sebelum punggung dihenyakkan di ruang kosong sebelah Rayna.

Tanpa mereka berdua sedari ada seseorang yang mengikuti mereka. Tiba sahaja di kawasan funfair tersebut, Rayna memarkirkan kereta jenis mini cooper itu di kawasan parkir. Tangan Hana dipegang erat menuju ke kaunter tiket.

"Hana tak gayat kan?" soal Rayna. Hana balas dengan gelengan. Hanya ada sesuatu yang dia takutkan, iaitu kegelapan.

Hana mengikuti langkah Rayna menuju ke kawasan funfair tersebut. Langkah kaki diatur masuk dan duduk di dalam tempat duduk yang disediakan.

"Hana.. Hana ada boyfriend tak?" soal Rayna sambil tangannya ralit merakam detik-detik di atas funfair tersebut. Terasa riang hatinya apabila Hana memenuhi ajakannya.

"Tak ada, Hana ni bukannya cantik mana pun nak ada boyfriend. Lagipun Hana nak fokus dekat study Hana. Nanti dah grad baru fikir pasal boyfriend apa semua tu," balas Hana panjang.

Selesai saja pusingan tamat, Hana meminta diri pada Rayna untuk ke tandas sekejap. Langkah kaki diatur laju menuju ke tandas.

"Eh apa ni?! Lepaslah—" bentak Hana apabila merasa ada tangan menarik dirinya ke satu kawasan yang sunyi dan terlindung dari tatapan umum.

"Long time I don't see you, sweetheart." bisik Elhan tepat di cuping telinga Hana. Meremang bulu roma Hana tatkala mendengar bicara Elhan. Bagaimana lelaki ini boleh ada disini? Dengusnya.

"Lepaskan sayalah!" bentak Hana lagi. Tangannya cuba menolak tubuh Elhan dari menindih tubuhnya. Elhan bagai hilang kawalan. Bauan arak menusuk tajam ke rongga hidung Hana.

Tudung Hana direntap kasar dari kepalanya sehingga aurat gadis itu terpampang pada Elhan. Wangian rambut Hana membuatkan Elhan semakin sukar mengawal dirinya. Pengaruh air kencing syaitan itu sudah mendominasi dirinya.

"Tolong, jangan buat Hana macam ni.. tolong Elhan—" ronta Hana. Elhan semakin rakus mengucup pipi Hana berulang kali.

Hana tidak mampu melawan. Tangannya diikat kuat dengan tudung yang direntap tadi. Baju pada bahagian bahu Hana direntap kuat sehingga terdedah bahu mulus miliknya.

"Ini yang kau dapat bila kau tolak aku, Hana. Tak pernah ada seorang perempuan pun tolak aku," bisik Elhan dengan penuh sensual. Hana merasa jijik.
Dia merasa jijik dengan setiap sentuhan yang diberikan oleh Elhan.

"Saya bukan perempuan murahlah! Awak ingat saya ni sama macam perempuan yang awak tidur tu?!" bentak Hana kuat. Kepalanya dihantuk pada kepala Elhan sehingga jejaka itu terundur ke belakang.

PANG!

PANG!

PANG!

Terteleng kepala Hana ke sisi apabila menerima tamparan berulang kali dari Elhan. Pipinya terasa pijar. Cecair darah pekat mengalir dari hujung bibirnya.

"Itu yang kau dapat bila kau cuba lawan aku!" jerkah Elhan kuat. Tamparan yang diberikan membuatkan tubuh Hana lemah. Terasa takdir tidak menyebelahi dirinya.

BUK!

BUK!

"Apa yang kau buat ni syaitan?!" jerkah Ziyyad kuat. Penumbuknya berulang kali dilayangkan pada wajah Elhan. Wajahnya berpaling pada Hana yang terbaring lemah di lantai dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

"You touch her again, I will make sure you never see the daylight again. Mark my words, boy." dingin nada itu menyampaikan pesanannya. Pesanan yang cukup menakutkan.

"Hana.. Hana.. bangun Hana.. jangan tinggalkan aku.." pinta Ziyyad seraya tangannya menampar lembut pipi Hana. Namun, usahanya sia-sia. Hana langsung tidak sedarkan diri. Blazer pada tubuhnya ditanggalkan sebelum disarungkan pada tubuh Hana.

Tanpa sebarang amaran, Ziyyad mencempung kemas tubuh Hana gaya bridal carry menuju ke Mercedes AMG A45 yang terparkir tidak jauh dari kawasan funfair tersebut. Pintu kereta dikuak luas sebelum tubuh Hana diletakkan di atas seat.

"Anne!"

Anne yang sedang sibuk berbincang dengan nurse meluru laju ke arah Ziyyad tatkala melihat Hana berada di dalam dakapan jejaka itu. Strecher disorong laju ke arah Ziyyad sebelum tubuh Hana dipindahkan.

"Tolong, Anne. Tolong—" pinta Ziyyad. Dia tidak dapat bayangkan jika dia terlewat tadi. Melihat keadaan Hana sudah cukup membuatkan hatinya hancur. Bibir gadis itu pecah dek kerana ditampar berulang kali.

Ziyyad duduk di ruang menunggu sementara Hana berada dalam wad. Hatinya gusar kerana risau apa-apa berlaku pada Hana.

Usai saja merawat Hana, Anne merenung seketika wajah cantik Hana. Kelihatan gadis itu nyenyak tidur. Dia risau perkara yang terjadi akan membuatkan Hana trauma.

"Macam mana keadaan dia? Is everything okay? She is fine right—" soal Ziyyad membuatkan Anne kaku di posisinya. Kalau macam ni ajak jelah si Hana tu kahwin!

"She is fine, but after I heard all your stories the one thing I can hope is.. I hope she's not having any trauma." balas Anne ringkas. Stetoskop di leher dikemaskan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Ziyyad.

"Anne— kejap!"

Panggilan dari Ziyyad membuatkan langkah Anne terhenti. Ziyyad menghulurkan sebuah paperbag kepada Anne. Dia meminjam tudung Tengku Farah untuk diberikan pada Hana. Mujur Tengku Farah tidak menyoalnya.

"Tolong pakaikan Hana tudung. Aku taknak orang lain nampak aurat dia. Memang aku dah nampak tapi, cukuplah sekali." bicara Ziyyad lembut. Anne menyambut huluran tersebut.

"Lagi sekali selepas dia sah jadi isteri aku kelak," bisik hatinya sendiri. Kata-kata itu hanya mampu terluah di hati bukannya di bibir.

Langkah kaki Anne atur menuju wad yang menempatkan Hana. Sehelai tudung sarung dikeluarkan dari paperbag tersebut. Anne menyarungkan tudung tersebut pada kepala Hana.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

"A-Anne.." panggil Hana tersekat-sekat. Dadanya terasa sesak apabila peristiwa tadi menghimpit memorinya. Anne pantas berpaling.

"T-tolong Hana.. Hana nak balik.. Hana tak suka hospital.. please.. Anne—" pinta Hana berulang kali. Anne kaku untuk seketika. Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di kerusi sebelah Hana.

"Hana.. Hana belum boleh balik lagi.. keadaan Hana masih belum sembuh. Air dalam Iv Drip tu pun belum habis lagi.." tegur Anne. Hana merenung sayu Iv Drip yang terletak kemas di tangannya. Juring mata mulai basah.

Anne keluar dari bilik Hana dan sosok tubuh Ziyyad menyapa sistem penglihatannya. Ziyyad pantas ke arah Anne.

"Boleh aku masuk tengok dia?"

"Pergilah.. dari tadi dia kata nak balik. Aku dah cuba pujuk tapi kau fahamlah. Dia tak suka bau hospital—"

Ziyyad mengangguk faham sebelum tangan menolak pintu wad Hana. Langkah kaki diatur masuk ke wad Hana. Kelihatan gadis itu sedang menangis. Pipi Hana yang bengkak membuatkan hati Ziyyad sakit.

"Kau okay? Kenapa muka kau monyok je ni hm?" soal Ziyyad. Hana pandang kosong wajah Ziyyad. Pandangannya dialih pada tempat lain.

"Hantar saya balik, Ziyyad. Saya taknak duduk hospital ni, saya dah sembuhlah." balas Hana langsung tidak menjawab soalan Ziyyad. Mata kelabu itu merenung tajam ke arah Hana.

"Kau belum sembuh, Hana. Tubuh kau kekurangan air. Anne tak bagi kau balik selagi air dalam Iv Drip tu tak habis," bidas Ziyyad. Hana mengeluh lemah. Dia risau Rayna mencari kelibatnya. Jari jemari diramas kasar.

Hana mendiamkan diri setelah mendengar bicara Ziyyad. Menyedari diam Hana, membuatkan Ziyyad risau.

"Ziyyad, macam mana kalau Rayna cari saya? Nanti mesti dia risau pasal saya—" bicara Hana. Nadanya kedengaran cukup risau. Pasti gadis itu sedang mencari keberadaannya.

"Jangan risau pasal dia, aku dah minta Azim bagitahu tentang kau pada dia. Sekarang ni aku nak kau rehat. Kalau kau nak discharged esok, kau kena rehat. Faham, My Hana?" panjang lebar suara itu memberi nasihat.

"Cop-cop! Mana awak kenal Azim?" soal Hana ingin tahu. Dirinya diselubungi tanda tanya apabila mendengar nama Azim terbit dari bibir Ziyyad.

"Adalah," balas Ziyyad berahsia. Langkah kaki diatur keluar dari wad Hana. Hana mencebikkan bibirnya tatkala mendengar balasan Ziyyad. Tak sporting langsung! Benci!

"Tapi.. saya dah taknak susahkan awak, Ziyyad. Dah banyak kali awak tolong saya.." luahnya. Entah mengapa, Ziyyad selalu ada ketika dirinya berada dalam bahaya.

"Ingat, Hana Kayyisa. Kau tak pernah pun susahkan aku. Aku sendiri yang nak tolong kau dan aku tak rasa terbeban pun bila tolong kau." jelasnya. Hana mulai merasa pelik. Bukan main lagi ayat lelaki ni. Macam ayat buaya..

"Cuba awak bayangkan. Kalaulah tiba-tiba nanti girlfriend awak nampak kita berdua ni kat hospital? Nanti apa dia cakap?" dahi Ziyyad berkerut mendengar bicara Hana. Sejak bila lagi dia bagitahu yang dia ada girlfriend ni? Gumamnya.

"Pernah ke aku cakap yang aku ni dah ada girlfriend?" soalan berbalas soalan. Hana keliru. Tak mungkinlah..

"Takkanlah lelaki handsome macam awak ni tak ada girlfriend? Mustahil—" makin bingung Ziyyad. Macam-macam dah benda merapu keluar dari mulut Hana ni.

"Kalau tak ada, aku nak cakap apa? Girlfriend aku cumalah mama. Mama adalah wanita terindah dalam hidup aku." kepala digeleng-geleng. Sukar nak percaya kenyataan yang baru keluar dari mulut Ziyyad.

"Saya takut.. macam mana kalau mama awak tahu awak ni berkawan dengan saya? Saya ni anak yatim piatu. Mesti mama awak nak awak berkawan dengan orang yang setaraf dengan awak je," makin dilayan, makin merapu pula. Pening Ziyyad nak fikir jawapan.

"Kau tak kenal lagi mama aku macam mana. Mama aku bukan orang macam tu. Lagipun, kalau kau jadi menantu mama aku, confirm mama bagi kau layanan first class punya." laju kepala Hana berpusing melihat Ziyyad. Dia ni dah kenapa ungkit pasal menantu pula? Dengusnya.

"Awak taknak balik ke? Baik awak balik. Saya dah malas nak layan perangai awak ni." halaunya. Ziyyad hanya tersenyum manis. Sempat dia melambai ke arah Hana sebelum keluar.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Happy reading, lovelies! Maaf atas segala kekurangan dan kehambaran :)

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 50.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
858K 34.8K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
297K 15.1K 37
"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "...
10.8K 1.1K 19
[Ongoing] 3rd Romance Alvin Dayren | Lyvia Alessa Suka? Cinta? Perasaan itu tidak pernah terasa dilubuk hatinya. Langsung tidak tertarik untuk meng...