ALTAF'S SAVIOUR

Da starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan bacaโ—๏ธ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... Altro

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 1
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 2
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 3
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 4
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 5
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 6
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 7
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 8
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 9
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 10
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 11
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 12
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 13
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 14
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 15
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 16
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 17
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 18
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 19
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 20
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 21
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 22
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 23
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 24
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 25
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 26
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 27
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 28
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 29
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 30
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 31
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 32
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 33
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 34
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 35
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 36
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 37
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 38
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 39
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 40
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 42
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 43
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 44
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 45
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 46
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 47
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 48
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 49
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 50
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 51
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 52
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 53
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 54
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 55
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 56
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 57
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 58
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 59
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 60
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 61
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 62
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 63
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 64
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 65
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 66
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 67
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 68
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 69

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 41

12.4K 1.1K 263
Da starryglossie

Altaf menolak daun pintu bilik tidur Eima. Senyum hambar tercalit di bibir melihat tubuh genit si isteri yang termenung di hadapan cermin.

Usai menutup daun pintu, kaki panjangnya melangkah ke arah Eima. Altaf berdiri di belakang tubuh Eima yang sedang terduduk di atas kerusi berhadapan meja solek.

Altaf pandang wajah isteri melalui pantulan cermin. Wajah itu agak sugul, sembap dan juga suram. Tetapi Eima tetap cantik.

"Eima..." Gemersik suara maskulin itu menerjah halwa pendengaran Eima. Dadanya juga terasa dilingkar oleh jemari kasar itu. Hingga Eima sedikit tersentak.

Eima menunduk melihat lengan Altaf yang sudah menyilang di dada. Angkat kepala, pandangannya berlaga dengan iris hitam pekat milik Altaf.

"Abang." Eima pusing tubuh dan menghadap si suami. Lengan menjalar di pinggang itu sebelum wajah disembamkan ke perut Altaf.

"Perut abang keras..." Eima tekan kuat wajahnya ke abdomen lelaki itu. Berketak-ketak.

Altaf senyum tipis. Rambut Eima yang jatuh mengurai dia elus berulang kali.

"Lawyer ayah dah sampai." Beritahu Altaf separa bisikan.

Mendengarkan itu, tubuh Eima kaku. Darah panas menyerbu pantas ke segenap inci tubuh. Eima takut.

"Eima tak nak keluar." Adunya sembari menekan wajah disebalik tubuh si suami.

Eima pernah lalui kejadian seperti ini. Selepas arwah emak meninggal. Hari itu, merupakan titik permulaan hubungan Eima dan adik-beradiknya sekeruh ini. Abang Edrees bencikannya. Dan mandat Eima sebagai seorang kakak kepada Elyas dan Ebrahem telah gugur.

Dan Eima benci. Eima tidak suka.

Altaf buang nafas lemah. Tubuh Eima ditolak lembut sebelum Altaf jatuh melutut di hadapan si isteri. Kedua belah tangan Eima dipehaa, Altaf tindih.

"I know my wife alone is strong enough to face what will come. But still, I'm here. Abang akan ada dengan Eima." Pujuk Altaf bersama tatapan redup. Jemarinya diangkat dan dibawa menyentuh pipi Eima. Ibu jarinya mula bergerak mengusap.

"I'm your good sidekick, ain't I?"

Eima tertawa. Pipi Altaf turut disentuh. Punca kekuatannya.

"Sidekick? Tapi Zaril cakap abang wonder pet Eima." Dandan nama Zaril terpalit sama.

"Sidekick, wonder pet—name it. I can be anything you want. Abang milik Eima." Jemari halus Eima yang kesejukan, Altaf raih dan dibawa ke bibir. Kucupan kasih Altaf hadiahkan di atas kekura itu.

"Thank you, abang... Sebab selalu ada." Bisik Eima.

Altaf hanya senyum tipis sebagai balasan. Tubuh diangkat sebelum lipbalm yang terdapat di atas meja solek digapainya. Bibir Eima yang agak kering, Altaf elus dengan lipbalm itu.

"Pandainya abang..." Tawa Eima pecah.

"Abang selalu nampak Eima buat macam ni." Jawab Altaf sembari bawah bibir Eima diusap dengan ibu jarinya. Menghilangkan sisa comot.

Altaf gapai tudung sarung milik Eima yang disangkutkan di sebelah wanita itu.

"Eima buat." Dapat membaca perlakuan si suami yang seakan mahu membantu memakaikan tudung buatnya, Eima menghalang.

Altaf sekadar menurut. Selang beberapa saat, Eima sudah berdiri di hadapan Altaf sambil melangutkan kepala dan memandang ke arahnya dengan senyuman yang teramat cantik.

"Cantiknya awak sayang..."

Tidak sangka mendapat pujian yang agak mengejut daripada Altaf, Eima sekadar tersenyum malu. Lagian bila mata helang itu menikam lembut iris hitam bundar miliknya.

Eima menunduk. Tubuh genitnya hanya tersarung jubah hitam yang turut dipadankan dengan tudung sarung yang senada dengannya. Wajah pun hanya dicalit lipbalm oleh Altaf sebentar tadi. Celah mana cantiknya?

"Abang jangan mula lagi. Jantung Eima masih belum bersedia. Dah lama dia tahan rindu nak jumpa pemilik dia. Abang pula, belum apa-apa dah buat hal." Sambil membebel, sempat Eima menyisipkan jemari runcingnya ke celah jemari kasar milik Altaf. Erat dan kemas.

Altaf sejak semalam lagi. Suka buat jantung Eima bekerja lebih masa!

Tidak mahu mendengar suara si suami, lekas Eima pimpin tubuh sasa itu keluar dari bilik tidur mereka.

Altaf hanya menekur belakang kepala Eima. Senyuman kelat terlakar di bibir. Semoga Eima baik-baik sahaja.






Diam. Hening dan bening suasana ruang tamu itu selepas kepulangan Tuan Fattah— Peguam Encik Zain yang telah dilantik untuk menguruskan hal hartanya itu.

Elyas dan Ebrahem mula berpandangan antara satu sama lain. Sekejap anak mata masing-masing turut melirik ke arah Eima dan Edrees yang duduk bertentangan.

Tiga pasang mata melekat ke arah Eima yang sudah bangun berdiri.

"Eima masuk dulu."

"Duduk, Nur Eima."

Suara keras Edrees yang selamba melontarkan arahan, cukup menggetarkan seluruh tubuh milik Eima. Liur diteguk berulang kali sementelah sisi jubahnya digenggam erat.

"Hal kita masih belum selesai." Tajam anak mata Edrees melorot belakang tubuh Eima yang menggelentar kecil itu.

"Hal apa?" Meskipun gugup, tetap Eima menyoal. Dia lebih pada tahu tentang hal yang disebut oleh si abang, tetapi Eima tidak mahu buruk sangka. Dia yakin, Edrees tidak sekejam yang dia fikirkan.

"Hal kita." Tekan Edrees. Perlahan tetapi cukup untuk pendengaran tiga beradik itu.

Altaf yang berada di anjung rumah mula melangkah masuk ke dalam rumah, tetapi pergelangan tangannya dilelar oleh seseorang. Pusing tubuh, wajah si sahabat menghiasi retina mata.

"Bagi mereka adik-beradik masa. Banyak benda yang dorang perlu bincangkan. Kau pun dengar tadi, kan?" Zaril mencelah.

"Aku tak sedap hati." Altaf rentap perlahan pegangan itu.

Dia dengar. Lebih pada dengar. Dan sejujurnya Altaf juga terkejut dengan cara pembahagian harta itu. Sesuai dengan hukum faraid, masing-masing tiga beradik itu telah mendapat bahagian yang telah ditetapkan. Tetapi ada satu hal yang mengejutkannya. Hibah.

Hibah yang bernilai hampir satu juta Encik Zain telah berikan kepada satu-satu anak perempuannya, Eima.

Altaf sendiri melihat wajah tiga beradik itu bila Tuan Fattah menyebutkan hal berkaitan tadi. Terkejut, terbungkam dan tergamam. Hanya isterinya yang memaparkan wajah tidak beriak. Bagai tidak berminat langsung.

"Macam mana ayah boleh hibahkan kepada kau tanah itu?" Suara Edrees celah gigi. Tajam bak belati anak mata helangnya memandang belakang tubuh Eima.

Eima kerdip kelopak mata laju. Bibir bawahnya diketap. Sejujurnya inilah ketakutan  Eima. Eima tahu perihal tanah yang bernilai sebanyak ini. Eima cuma terkejut ayah hibahkan untuknya. Bukankah ayah mahu wakafkan tanah itu?

Kenapa ayah ubah fikiran?

"Jawab aku Eima." Suaranya masih tertahan. Edrees cuba untuk tidak memberontak.

"Eima rasa ay—"

"Kalau kau nak aku naik angin, kau mengelak." Cabar Edrees. Dia cukup kenal adiknya ini.

Eima balikkan tubuh dan menghadap Edrees.

"Abang. Boleh tak kita bincang hal ini lain kali? Ayah baru je pergi—"

"Tambah nama aku dalam geran tanah itu." Cantas Edrees sembari tubuhnya dibangunkan.

"Abang!" Terlucut sebaris gelaran itu dibibir Eima. Tidak sengaja meninggikan suara, Zaril, Altaf dan juga Engku Maleeka yang berada di luar rumah tertumpu kepadanya.

Edrees menapak menuju ke arah Eima yang masih tercegat berdiri. Diamati wajah terkejut satu-satunya adik perempuannya itu. Sekejap, senyumannya menyinis.

"Kenapa? Cukup baik aku minta kau tambah nama, bukan tukar penama." Bisiknya dihadapan wajah itu.

Eima lepaskan segugus keluhan berat.

"Eima minta maaf, abang. Tapi Eima tak nak." Eima tekad.

Ini bahagian ayah. Bukan Eima. Walaupun ayah sudah hibahkan untuknya, Eima tahu apa yang perlu dia lakukan.

Eima melangkah dan menuju ke arah bilik tidurnya. Eima masih penat. Dan dia tiada daya untuk bertikam lidah dengan Edrees buat masa sekarang. Lagipula, baru beberapa hari ayah pergi meninggalkan mereka empat beradik. Sekurang-kurangnya, biarlah ayah dapat pergi dengan tenang.

Tersentak Eima saat lengan atasnya dicengkam kuat oleh seseorang. Tidak tersengaja, Eima mendesis perlahan. Wajah bengis milik Edrees dipandang.

"Kau memang meminta, Nur Eima."

"Edrees!" Seruan keras Altaf mengejutkan Eima dan Edrees. Kaki panjangnya turut melangkah ke arah dua figura itu dengan anak mata yang memaku ke arah cengkaman Edrees.

"Semaklah!" Bentak Edrees sebelum tubuh Eima diheret masuk ke dalam sebuah bilik. Pintu dihempas kasar lalu dia bertindak mengunci pintu itu.

"Shit!" Gumam Altaf bawah nafas. Pintu dihentak dengan genggaman tangannya. Dia hanya terlambat beberapa saat.

Edrees kembali menghadap Eima yang sedang mendesis kesakitan.

"Tambah nama aku. Nanti kita bahagikan sama rata." Edrees ulang kembali arahannya sebentar tadi.

"Eima dah cakap yang Eima tak akan buat." Eima berdegil. Kaki ingin melangkah keluar dan menuju ke arah pintu tetapi tubuhnya dibalikkan kasar dan lehernya dicengkam kemas oleh si abang.

Dum!

Kuat bunyi belakang tubuh Eima berlaga ke dinding kayu itu. Sehingga Eima mendesis perlahan.

"Abang Edrees." Eima sentuh lengan lelaki itu yang masih mencengkam lehernya. Mujur tidak kuat mana.

"Kenapa kau degil ini Eima? Susah sangat ke apa yang aku suruh buat? Kalau kau rasa susah, aku sendiri akan upah orang settlekan hal ini. Aku hanya perlu persetujuan kau. Jangan merumitkan keadaan boleh tak?"  Suara Edrees masih tertahan. Waima anak mata, berapi menatap wajah Eima yang agak pucat lesi itu.

"Edrees. Buka pintu ini!" Suara Altaf memetir dari luar. Bahunya merempuh kuat pintu bilik itu. Sehabis tenaga dia guna. Berkali-kali.

Edrees memakukan pandangan pada pintu kayu yang agak bergegar. Sudah tahu gerangan mana yang sibuk duk menolak pintu itu. Pasti Altaf.

Merasakan cengkaman si abang kian melonggar, Eima tolak tubuh sasa itu sehingga Edrees mundur beberapa tapak kebelakang. Agak tercungap Eima mencuri nafas. Tekaknya mula terasa gatal dek kerana cekikan lelaki itu yang agak kuat.

"Itu hak ayah. Eima tak akan benarkan abang sentuh hak ayah walaupun sesen."

"Hak ayah? Kau bodoh ke, Eima? Terang-terangan ayah hibahkan tanah itu untuk kau. Dan sekarang kau nak lari dari masalah, kau babitkan nama lelaki tua yang dah tak ada?!" Jerkah Edrees. Tanpa sedar, hilang gelaran hormatnya buat si ayah yang selama ini meniti di bibir.

"Edrees!" Tersentak Eima mendengar si abang bahasakan satu-satunya ayah mereka sebegitu. Ya Tuhan. Kenapa dengan Edrees ini?

"Abang jangan melampau. Itu ayah abang. Ayah yang dah besarkan abang. Yang dah bersusah payah hanya untuk kesenangan kita sekeluarga." Eima mencerun tajam ke arah lelaki itu.

Eima tidak peduli jika Edrees tidak hormatkan dia sebagai seorang adik, tetapi Eima tidak akan diamkan diri jika arwah ayahnya dihina. Eima tidak akan biarkan. Walhal itu abangnya sendiri.

"Kau yang mula dulu. Kau buat aku hilang sabar, perempuan!" Edrees melulu ke arah Eima. Bagai dirasuk, tinggi tapak tangannya diangkat lalu hinggap di pipi kanan wanita itu.

Pang!

Eima sentuh pipinya yang terasa pijar dek tamparan si abang. Panas dan berair tubir matanya. Terlalu pedih dan menyengat.

Kuat bunyi tapak tangan Edrees berlanggar dengan kulit pipi Eima, sehingga seluruh penghuni rumah itu terdiam. Engku Maleeka dan Zaril yang turut berada di luar pintu bilik itu sudah bimbang. Lagi-lagi bila melihat wajah tegang milik Altaf.

"Altaf."

Altaf tolak kasar tangan Zaril dibahunya. Pantas langkah garangnya berlalu ke arah luar rumah. Elyas dan Ebrahem hanya memerhati. Sedikit gentar dengan perubahan sikap lelaki itu.

Eima tertawa sinis. Penuh kepura-puraan. Wajah bengis si abang dia pandang lama. Senyuman kelat terukir di bibir. Ini masuk kali kedua Edrees naik tangan padanya.

"Abang. Eima cuma tak nak abang ambil hak ayah. Kalau abang nak ambil bahagian Eima sekalipun, abang ambik lah. Eima akan bagi. Semua. Tapi bukan hak ayah." Ulang Eima. Dia penat dan lelah. Sejak dulu, abangnya terlalu gilakan harta.

Utamakan harta lebih pada keluarga sendiri. Dan Eima tidak suka. Kerana itu bukan ajaran arwah emak dan ayah. Abang dan adik-adiknya jauh terpesong. Dan Eima tidak tahu dimana silap dan punca ini semua berlaku.

Edrees mendecak bebal. "Harta kau? Aku tak hamaklah perempuan!" Herdiknya pula.

Terang-terangan mengundang tawa Eima. Edrees memang pendusta.

"Abang ingat Eima bodoh ke? Eima tahu apa yang abang buat. Bahagian Eima dalam stesen minyak tu, dah hampir setahun Eima tak dapat. Bila Eima cek buku lajer, masih tertulis yang duit masuk ke akaun Eima." Luah Eima lemah.

Dia tahu semuanya. Wang sepatutnya masuk ke dalam akaun Eima telah disalurkan ke akaun Elyas dan Ebrahem. Masing-masing dapat separuh. Sehingga Eima persoalkan, apa hak yang dua manusia ada? Begitu pun masih mahu berdalih?

Edrees telan liur kelat. Sedikit terkejut dengan fakta yang diludahkan Eima. Berkerut seribu dahinya. Peluh mula merinik perlahan melalui celah ubun-ubun.

Eima buang nafas lemah. Tangan yang masih setia di pipi, dia jatuhkan ke sisi.

"Selama ini bila abang dan adik-adik ambil hak Eima, sikitpun Eima tak hairan. Eima tak kesah langsung. Bagi Eima, tak ada ruginya kalau Eima senangkan adik-beradik Eima sendiri."

Lagipula, wang dan harta boleh dicari. Eima masih punya tenaga dan kudrat untuk tanggung diri sendiri. Tetapi adik-beradiknya tiada galang ganti. Eima sayangkan mereka lebih pada nyawa Eima sendiri.

Katakan Eima bodoh, katakan Eima lemah. Tetapi Eima tidak akan biarkan darah dagingnya merempat kesusahan. Eima lebih rela dia hilang segalanya daripada melihat kesusahan keluarga sendiri.

"Tapi sekarang bila Eima pertahankan hak ayah kita sendiri, abang boleh naik tangan pada Eima? Eima diam tak bermakna Eima lemah, abang. Eima dah penat bertikam lidah. Kita masing-masing dah besar. Abang sendiri boleh fikir mana baik dan buruk untuk kita semua. Dan abang rasa berebut harta sesama adik beradik hingga hubungan kita boleh sekeruh ini, benda yang baik ke, abang?" Lirih Eima mengungkap.

Tanpa setitis air mata yang jatuh menyembah bumi. Apa guna lagi Eima menangis? Mungkin air mata Eima bertukar menjadi darah sekalipun, abangnya tak akan hairan. Edrees tak akan pandang. Edrees telah buta. Buta hati.

"Abang bayangkan kalau suatu hari nanti, anak-anak abang berebut harta hingga abaikan abang sendiri. Tergamak ke abang hadap anak-anak yang abang dah besarkan dengan penuh kasih tapi boleh lesap dan hancur hanya kerana harta duniawi?"

Eima harap kata-katanya dapat membuka mata hati si abang. Eima tahu abangnya itu keras. Sungguh keras. Tapi Eima berharap, sedikit sebanyak kata-katanya dapat lembutkan hati si abang.

"Tolong beringat yang kifarah itu wujud. Apa yang abang sedang buat sekarang, abang sendiri yang akan hadap akibatnya nanti. Dan Eima tekad. Eima tak akan izinkan abang sentuh hak ayah. Ambillah segala hak Eima sebagai ganti. Eima halalkan. Eima akan uruskan segalanya nanti. Tapi Eima mohon, jangan ganggu hak ayah."

Saat Eima ingin keluar daripada bilik itu, bahunya dicengkam kuat oleh si abang.

"Kau sejak dulu macam ni. Kau hanya tahu menghukum dan menilai aku. Sedangkan apa yang aku buat hanya untuk keluarga kita. Untuk kesen—"

"Untuk keluarga kita atau keluarga Engku Tashmir?" Eima mencelah. Nyata kata-kata Eima telah mencuri kosa kata Edrees.

Jatuh tangannya ke sisi saat mendengar suara sinis si adik.

"Eima tak tahu apa yang dia telah buat pada abang. Eima tak tahu apa yang orang tua itu dah hasut abang sampai abang Eima jadi macam ini. Eima sendiri dah kata pada abang, he's sick!"

"Kau jangan nak kurang ajar, Nur Eima!" 

Serentak itu, tubuh Eima ditolak sehingga wanita itu jatuh terjelopok ke lantai kayu. Meskipun sakit seluruh tubuh akibat perbuatan si abang, tidak setanding dengan luka yang Edrees lakarkan di hati.

"Abang marah Eima bila Eima hina orang tua itu, tapi kenapa abang boleh diam setiap kali Engku Tashmir hina keluarga kita? Abang seolah mengiyakan semua hinaan dia!" Tidak tertahan, Eima genggam erat kolar baju Edrees. Segala ketidakpuasan hatinya diluahkan disitu.

"Apa orang tua itu dah buat pada abang? Apa yang dia dah buat sampaikan semua telunjuk dia abang ikut? Abang menantu atau orang suruhan dia?!"

"Sial!" Saat tangannya ingin menyentuh Eima buat kali kedua, pergelangan tangannya dicengkam kemas oleh seseorang.

Tersentak Eima pandang si suami yang muncul disebalik tingkap terbuka itu. Eima sendiri nampak dengan matanya yang Altaf panjat dan lompat masuk ke dalam bilik ini.

Altaf pandang wajah Eima. Terlepas dengusan terpandangkan pipi kanan Eima yang merah menyala itu.

Altaf tolak tangan Eima sebelum kolar baju Edrees dia cengkam kuat. Dengan mudah, Altaf angkat tubuh sasa itu supaya berdiri. Bengis wajahnya menghadap Edrees yang berkerut hairan dengan kemunculannya yang agak tiba-tiba itu.

"Kau memang bangsat!"

Dush!

Satu tumbukan Altaf layangkan di tulang pipi lelaki itu hingga belakang tubuh Edrees berlaga kuat dengan meja solek yang terdapat di hujung bilik.

Habis jatuh segala perkakas yang sudah tersusun elok di atas meja itu.

"Abang." Saat kaki panjang Altaf ingin melulu ke arah Edrees yang kelemahan, tubuh sasanya dipeluk erat oleh Eima.

Ganas dada Altaf berombak memandang Edrees yang masih mampu tersenyum mengejek ke arahnya.

Lengan Eima yang menjalar di perut Altaf sentuh dan ingin meleraikan pelukan, tetapi Eima menghalang.

"Abang, please don't. Eima tak nak abang sakit..." Eima mula teresak perlahan. Jujur, Eima ketakutan. Lagian dengan perubahan Altaf.

Mendengarkan tawaan sinis Edrees menerjah halwa telinga, bagai mengapi-apikan diri Altaf. Sungguh Edrees benar-benar buat dia hilang sabar.

Tidak tertahan, Altaf sentap kuat lengan Eima sehingga pelukan itu terlerai. Pergelangan tangan halus si isteri Altaf cengkam lembut dan dibawa ke arah pintu yang terkunci dari dalam itu.

Eima fikir Altaf sudah tenang dan mahu bawanya ke dalam bilik, tapi sangkaan Eima meleset kala Altaf menolak tubuhnya keluar daripada bilik dan meninggalkan Altaf dan Edrees berduaan.

"Abang. Ab— abang nak buat apa?" Eima tahan pintu yang mahu ditutup oleh Altaf dengan lengannya.

Mendapat panahan mata helang daripada lelaki itu, Eima makin gerun. Tak sedap hati. Altaf akan apa-apakan Edrees?

"Ab—"

"Don't. Get. In. My. Way, Nur Eima. I've had enough!" Suara Altaf celah gigi. Terketap-ketap rahangnya menahan amarah.

Bungkam dengan perubahan si suami, Eima jatuhkan tangan. Terhinjut batang tubuhnya saat Altaf menghempas kuat pintu bilik itu.

Prang!

Selang beberapa saat, tersentak Eima apabila halwa telinga menyapa bunyi perkakas yang pecah dari dalam bilik.

Eima genggam pemegang pintu. Sebelah lagi mengetuk kuat disitu.

"Abang. Buka pintu ini. Abang!" Eima separa menjerit. Bimbang, gusar dan debar. Lagi-lagi bila tidak berhenti bunyi yang datang daripada dalam bilik itu.

Lekas Eima pusing menghadap Zaril.

"Ril. Tolong aku. Buka pintu ni. Altaf dengan abang Edrees..." Wajah Eima mula lencun. Dia ketakutan. Apa yang jadi?

"Aku tak nak masuk campur Eima." Zaril mengundur beberapa tapak kebelakang. Dia sudah tahu apa yang akan berlaku bila melihat pandangan Altaf tadi. Dan sedikitpun dia tiada niat untuk masuk campur.

"Akak..." Eima beralih pada Engku Maleeka pula. Wanita itu hanya kaku dihadapan pintu. Sepertinya, Engku Khadija juga jelas terkejut.

Di dalam bilik pula, tajam anak mata Altaf menganalisa setiap inci wajah Edrees yang sudah bersandar lemah ke almari. Jelas di hujung mata lelaki itu mula lebam.

Edrees kesat hujung bibirnya yang terasa basah. Melihat kekuranya yang tercalit cecair kemerahan, Edrees melepaskan tawa.

"Kau jangan menyibuk boleh tak? Ini hal aku adik-beradik!" Jerkah Edrees.

"Kau tampar isteri aku, Edrees. You hurt my wife! Twice. Ini kali kedua kau sentuh Eima!" Tekan Altaf.

Jika tadi dia tidak halang Edrees, mungkin lebih teruk Edrees kerjakan isteri dia.

"Aku cuma ajar adik aku sendiri." Berani Edrees menjawab.

Altaf mendecak. Ajar? Sampai naik tangan? Memang melampau.

Altaf duduk mencangkung di hadapan lelaki itu.

"Kau bukan ajar dia Edrees. Kau sakiti dia. Kau sakitkan manusia yang paling sayang dan ambil kesah tentang kau. And you should be ashamed!" Suara Altaf naik seoktaf.

"Kau diam. You know nothing!" Hembur Edrees di hadapan wajah tampan itu.

Sinis sebelah juring bibir Altaf terangkat. Kepalanya turut jatuh sekali bersama gelengan.

"Damn it. Kau memang bodoh, Edrees." Gumamnya dibawah nafas.

Angkat wajah, iris hitamnya bersatu dengan anak mata Edrees yang kemerahan. Rambut lebatnya disebak kebelakang.

"I hate that I envy you, Edrees. Kenapa aku perlu cemburu dengan jahanam seperti kau?"

Edrees berkerut hairan. Cemburu?

"Aku cemburu dengan kau. Kau ada seseorang yang masih boleh dipanggil sebagai keluarga. You have someone who always puts you first, no matter what. Eima, she's willing to sacrifice the world for you. She once told me you were a good person. Eima pernah merayu pada aku supaya tak bencikan kau!"

"She's a pure soul, Edrees. Kau tak sepatutnya sakitkan wanita seikhlas Eima. Dia ikhlas berjuang demi kau, Elyas dan Ebrahem. Dia cuma harapkan kasih sayang dan perhatian kau sebagai balasan. Tapi apa yang kau dah buat? You hurt her! You shattered her into pieces!" Bentak Altaf dihujung ayat. Tidak tertahan, satu tumbukan terlepas di pintu almari. Tepat disisi kepala Edrees.

Altaf hela nafas berat. Tubuh dibangunkan dan anak mata kembali menekur wajah Edrees dengan riak yang sukar ditafsir.

"In the end, hurting a good person will only hurt you even more when you realise there are not many genuine people nowadays. And by the time you realise it, it will be too late. I'll make sure she is not there for you anymore." Rendah Altaf menutur, tetapi dia benar-benar maksudkannya.

Edrees akan menyesal. Altaf akan pastikan Edrees melutut dan merayu memohon keampunan daripada Eima.

"Aku akan bawa Eima pergi daripada hidup kau. I won't let you hurt her again. Just so you know, I don't tolerate a person who hurts the woman I love." Ujar Altaf perlahan.

Pintu bilik itu dibuka dari arah dalam. Selang beberapa saat, wajah si isteri yang sudah basah kelencunan itu menghiasi retina mata.

"Abang!" Eima menerpa dan memeluk tubuh tegap milik Altaf. Kepala dilangut tinggi sebelum setiap inci wajah tampan si suami dibelek. Bimbang jika ada kesan calar dan luka.

"Abang okey?" Sayup-sayup kedengaran suara wanita itu. Agak gementar jemari halusnya menyentuh wajah kebengisan Altaf. Tidak pernah Altaf beriak sebegini dengannya. Altaf yang dia kenal, sangat tenang dan sabar.

Altaf lepaskan segugus keluhan. Sedikit kesal dengan Eima yang masih cakna akannya. Walhal, wanita itu sepatutnya lebih bimbangkan diri sendiri.

Tidak menjawab soalan si isteri, Altaf sisipkan jemari mereka bersama. Tubuh Eima ingin dipimpin ke arah bilik mereka, tetapi Eima masih keras dan kaku di hadapan pintu.

Toleh kebelakang, Altaf lihat Eima yang sedang memandang ke arah Edrees yang lunyai dikerjakan olehnya.

Engku Maleeka sudah duduk mencangkung di hadapan si suami itu.

"Abang Edrees..." Suara Eima lebih pada diri sendiri.

Altaf hilang sabar. Ditarik paksa Eima supaya membantuti langkahnya. Lebih-lebih lagi bila dia sendiri dapat melihat air mata Eima yang jatuh akibat daripada perbuatannya itu.

"Abang. Eima nak tengok abang Edrees." Eima tahan Altaf daripada terus mengheretnya itu.

Altaf raup wajah beserta nafas yang kedengaran berat dan pasrah. Sekejap, dia kerling Elyas dan Ebrahem yang berdiri di ruang tamu.

Saat anak mata mereka bersabung, lekas sahaja sepasang kembar itu melarikan pandangan. Agak gerun dengan aura suami Eima yang berubah sepantas halilintar itu.

"Pergi tengok abang kau. Tolong Maleeka."

Mendapat arahan keras daripada abang ipar, pantas langkah mereka menuju ke arah bilik itu.

"Eima ikut abang. Kita balik KL."






Tbc...

Maaf semua lambat update. Maaf juga kalau banyak kurang dan typo. Terima kasih sudi baca Altaf lagi 🫶🏻❤️

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

385K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
Hunky Man Da ุญ

Storie d'amore

126K 425 4
โ๐’…๐’†๐’”๐’•๐’Š๐’๐’š ๐’•๐’‰๐’‚๐’• ๐’‰๐’‚๐’” ๐’…๐’†๐’•๐’†๐’“๐’Ž๐’Š๐’๐’†๐’… ๐’‚๐’ƒ๐’๐’–๐’• ๐’๐’–๐’“ ๐’๐’๐’—๐’† ๐’”๐’•๐’๐’“๐’šโž ๐Ÿ“Œ Complete || Sperated Version ๐Ÿ“Œ known as The Destiny...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...