Buih di Awangan ✓

By hanzerry

3.4K 595 249

𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘋𝘈, 2022 "Sumpah... kalau nak masuk aliran Sains tulen, kau kena kuat mental dan fizi... More

1 : Depan Aku Budak Baru
2 : Angkara Homework
3 : Budak Form Three
4 : Adam Muammar Nurathir
5 : Kena Reject Add Maths
6 : Raya Punya Cerita
7 : Surat Kiriman Dia
8 : Main-main Je?
9 : Buih Di Awangan
10 : H.e.n.s.e.m
11 : Science Stream
12 : Taman Herba
13 : Kantoi di Surau
:: Tips Exam ::
14 : Tahfiz Asrama
15 : Calon Pengawas
16 : Follow Ke Tak?
17 : Tidur Awal dan Pengawas
18 : Watikah Perlantikan
19 : Balik Kampung
20 : Mentor Mentee Add Maths
21 : Keychain Bunga Matahari
22 : Cari gf(x)
23 : Tolong Ambil Nama
24 : "Pandai Pilih Crush"
25 : Lelaki Melayu Terakhir
26 : Adma Tengah Tahun
27 : Out of Blue
28 : Hari Keempat
29 : Sampai Bila?
30 : He's The One
31 : Janji Dia Tu
32 : Debt Paid Off
33 : Kebenaran Itu Pahit
34 : That's The Ending
35 : Science Stream Kerana?
36 : Team Budak Belakang
37 : Suka Tengok Someone
38 : Big Boss Kelas Satu
39 : Bunga Fitnah
40 : Layan Macam Stranger?
41 : Lam Alif Hamzah Ya
42 : Kak Hamzah
43 : Rafiq and the Gang
44 : Bukti Depan Mata
45 : Sticky Notes
46 : Cry-baby Emo
47 : Brownies Manis
49 : Tak Betul
50 : Secret Admirer
51 : Stalk
52 : Senyuman Yang Mengasyikkan
53 : Jodoh Itu Rahsia
54 : The Sketches
55 : Mask dan Lesung Pipit
56 : Move On Sayang
57 : His Best Plans
58 : Waffle Coklat
59 : Kasih Ke Tunang
60 ; Classmate Abang Suka
61 ; Kebenaran Itu Pahit, Pahit
62 ; Pura-pura
63 ; Untuk Jujur, Susahkah?
64 ; Janji dan Janji
65 ; The Moment Finally Comes
66 ; SPM Results Day
QnA : urgent !
spin off BDA

67 : Epilog

74 7 6
By hanzerry

nama chapter ni Epilog ehh, bukan chapter ni yang epilog. faham ke 🤣



enam puloh tujoh



4 tahun berlalu

Kenapa macam pernah tengok je muka cashier kat depan tu?

Dirinya malas melayan pertanyaan itu. Ibu jarinya ligat menggerakkan jari dari atas skrin turun ke bawah. Matanya membaca setiap mesej yang lama yang masih tersimpan di dalam cloud chatnya. Memori lama menyinggah ingatan. Bosan. Ada masa. Sedang berdiri dalam barisan. Itu dijadikan alasan untuk melayan telefon sementara menunggu gilirannya untuk memesan makanan.

Seminit kemudian, dia mengangkat wajah. Orang di hadapannya maju ke depan sehingga tiba di hadapan kaunter. Dia pun sama beranjak ke depan. Apabila orang di hadapannya pula memesan order, dia kembali menatap telefon di tangan. Menunggu masa.

Tiga minit berlalu, orang di hadapannya keluar dari barisan dengan sebungkus plastik yang berisi kotak kek besar. Sempat dilihat riak wajah pemuda itu senyum melebar. Mungkin tak sabar datang ke majlis yang memerlukan dia membawa kek yang sebiji terus tu.

Tiba ke gilirannya, Adma bergerak ke depan. Di seberang kaunter, seorang gadis mengenakan baju dan apron yang sama-sama berwarna hitam. Sepasang warna dengan shawl terlitup elok di kepalanya. Gadis yang berketinggian paras telinga Adma sedang melepaskan sentuhan terakhir pada butang mesin wang. Setelah itu, dia mengangkat muka. Memandang Adma, jejaka berT-shirt lengan pendek, berwarna biru muda.

"Yes, sir? Have you decide your choice?" Gadis itu menarik senyum. Sekadar mengikut protokol kerjanya. Memaniskan wajah. Melayan pelanggan dengan baik. Iyalah... takkan la nak pasang muka masam macam kedondong yang dicecah dengan sambal tu.

Adma merenung beberapa biji kek yang terletak dalam kaca kaunter di hadapannya. Ada kek yang masih betul-betul sebiji, ada yang sudah tinggal suku, setengah, tiga per empat... Hm... mana satu kek budak tu mintak ni?

"Chocolate with tiramisu. A slice, please." Kalau wajahnya ditutup mask, pasti dia akan tersengih sendiri. Apahal aku pun terbawa-bawa sekali nak speaking ni? Hm. Terbawa habit la pulak sejak balik bercuti ni.

"That's all? Ada nak tambah lagi?" Gadis itu menyoal setelah siap memotong sekeping kek coklat tiramisu dan memasukkannya ke dalam kotak kecil. Ceh... gara-gara SPM dulu Inggeris B, terus dia rasa nak speaking aje kerja.

"Erm... Bungkus yang flavour strawberi sekali tu boleh? A slice."

Gadis itu mengangguk. Dia memotong kek strawberi dan buat macam apa dia buat kat kek tiramisu tadi. "Ada lagi?"

"Nope. Tu je. Total?"

"Kejap." Gadis itu menekan punat-punat nombor di mesin wang. Membuat kerja apa yang patut. Tiga saat kemudian, digit nombor yang ada 2 angka perpuluhan terpampang di skrin di depan Adma. RM20.10. That's the total.

Adma menghulurkan wang ringgit mengikut jumlah yang ditunjuk. Saat dia mengambil plastik yang berisi kotak kek di dalamnya, matanya melekat ke arah tag nama yang terpasang di tudung wanita itu.

Serius nama tu membuatkan dia rasa dia dah macam korek otak sendiri. Dia menatap wajah wanita itu. Tapi tak lama sebab baru saja dia mengangkat wajah, dia rasa masa terhenti sekejap apabila melihat wanita itu turut memandangnya.

"Ad... ma? Kau?"

Eh? Ingat aku? Eh eh tak... kenal aku?

"Adma ke ni? Adam Muammar kan." Membulat besar mata gadis itu. Tak percaya.

Adma perlahan mengangguk. Dia rasa betullah ni orangnya. Nama sama. Muka pun... walaupun ada berubah sedikit tapi dia masih lagi dapat mengenalpasti siapa. Dia ingat sebab... gadis itu antara rakannya yang banyak berjasa. Adma hanya berdiam, menunggu apa lagi yang nak dikatakan gadis itu selepas ni.

Tapi dia mengalah. Akalnya terfikir sesuatu. Sengih menyeringai wajah. Teringat pada adiknya. Dan disebabkan adiknyalah, lelaki itu menurunkan tahap egonya untuk bertanya soalan.

"Ainiy Nadia? STAPS?"

"Aa... ha'ah." Ainiy gelabah sesaat. Ya Rabbi. Betul-betullah Adma tu rupanya. Segan? Of course! Malu? Adalah sikit, tapi 'benda' tu dah berlalu ya, Niy. Ainiy tersenyum sendiri. Empat tahun lepas...

Macam segar je memori di ingatan.

Dan oleh sebab itulah, mereka kekal sebagai kawan sehinggalah sekarang. Ainiy tak pernah nak meluahkan perasaan dia yang sebenar-benarnya empat tahun lalu. Elok je masa tu sebelum SPM.

"Lama tak jumpa weh." Adma bagaikan tak berubah. Menegur Ainiy sama seperti gayanya menegur geng dia, kawan-kawan baik dia di sekolah. Adma dengan orang yang dipercayai, itulah dia. Berani aje menunjukkan sisi dia yang ramai tak tahu.

Ainiy tersenyum kecil. "Kau apply mana?" Tamat je sekolah hari tu, terus terputus hubungan. Iftagram Adma pun dah tak dapat dikesan dah.

"Kalau cakap ni takut riak pulak." Adma gelak.

"Eh takdenya."

"Aku cuti sekarang. Nanti baru pergi sana balik."

"Hm? Pergi mana? Aku dengar kau ambik medic. Betul ke?"

"Uh-hum?"

"Uish... bakal doktor la kau ni."

"Aamiin."

"Cakaplah. Kau apply ke mana?"

Adma senyum segaris. "UK. Kau cari la sendiri universiti mana." Automatik Ainiy menggeruk wajah. Ek eleh... nama universiti pun nak berahsia ke? "Kau pulak kat mana sekarang?"

"Malaysia. Tekalah sendiri universiti mana."

Adma rolling eyes. Kena bagi paku buah keras balik pulak. Malas dia nak melayan lagi, terus dia tanya soalan baru. "Kitaorang ada buat group ex-STAPS batch 06. Kau tak ada dalam tu kan? May I have your number?"

Ek? Ni cara halus ke apa ni? Ainiy mengumam sendiri. Tapi... dahlah Ainiy. Lupakan benda tu. Dah lama berlalu kan?

"01234444478888888. Aku beri untuk add je tau. Jangan mesej, jangan call kalau tak ada keperluan." Jaga ikhtilat. Itu pegangan yang menjadi prinsip Ainiy. Lagipun... dia tak nak benda beberapa tahun lalu berlaku lagi.

"Okay. Thanks."

🫧

Adma membuka pintu pemandu kereta Axiv itu. Setelah masuk ke perut kereta, plastik kek diberi ke orang sebelah. Sengih masih di wajah.

"Nah, Idna."

Remaja berumur 19 tahun yang dihulur plastik itu memasang muka pelik. Apa kena abang aku ni? "Eh kenapa kau panggil aku Idna? Macam tiber."

Luar habit betul.

"Malas nak panggil nama sebenar. Guna nickname la err. Kan, Idna?"

"Janggal, gila!" Idna menumbuk perlahan bahu abangnya. Dah bagus kena panggil Haq, tiba-tiba dipanggil Idna. Ketawa mereka pecah. Nasib baik abang dia tak gelakkan dia pasal dia dapat idea nama Idna tu dari Adma. Hehe. Long name to be short. Niceee.

Tiba-tiba mata Idna mengecil. Rasanya kawan-kawan kat STAPS dulu aje yang panggil dia Idna...

"Mana kau tahu orang panggil aku Idna?" Idna menyoal pelik.

"Nama kau semua orang pun tahu."

"Bukan. Maksud aku macam mana kau tahu?"

"Oh." Adma memandang cermin kereta di antara dia dan Idna. Dia tersengih. "By accident."

"Hah?" Idna tak faham.

"Hahahaha. Sebab Kak Ainiy kau tu la. Dia kerja sana tadi."

Makin berkerut dahi Idna. "Yang STAPS tu ke..."

Adma jongket bahu. Saja main-main. "Entah."

Pandangan Idna ke Adma tiba-tiba tajam. Kenapa tiba-tiba ungkit hal dulu? Dia tahu ke? Ke Kak Ezyan ada beritahu? Satu-satunya yang tahu aku pernah suka Kak Ainiy tu kakak je. Tu pun dia marah habis bila dapat tahu aku beri surat kat Kak Ainiy sebelum aku pindah.

Nasib baik aku tak jadi confess kat surat aku pada Kak Ainiy hari tu.

"Apa maksud kau?" Betul Idna tak faham.

Adma mengangkat kening. Dah kau tinggal surat yang kau tak jadi bagi Kak Ainiy tu kat bilik aku mestilah aku baca. ...yang suka akak tu bukan kawan saya, tapi saya... Tak silap macam tu lah bunyi ayat Haq dalam kertas tu empat tahun lepas. Yang mana dia dengan adiknya berbalas kata sebab dia tak setuju Idna nak masuk kelas sains semata-mata nak ikut orang yang dia suka.

"Takde. Saja gurau. Baik kau jaga baik kek tu sebelum hancuss." Walaupun nada Adma dah tak macam orang bergurau lagi, bibir dia masih menguntum senyum. Entah ada maksud tersirat ke tak, Idna pun tak tahu.

Idna hanya tersengih kelat. Hampir pucat dibuatnya tiba-tiba Adma sebut nama tu... Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Macam mana dia tahu?

Rasa cringe dengan apa dia buat empat tahun lepas. Tapi tu dulu. Sekarang... aku rasa aku dah tersuka orang lain...

Antara Idna sedar tak sedar, Adma memasang enjin kereta dan kereta itu berada dalam mode mengundur. Kereta itu terus meluncur laju apabila tiba di jalan besar, menuju ke sekolah SHOOW. Idna ada kelas dengan junior dia waktu cuti semestar ni.

Dan antara sedar tak sedar juga, telinga dia mula memerah dengan pandangan matanya masih melekat pada pemandangan di luar jendela kereta.


FINALLY BDA DAH TAMAT !! Alhamdulillah

Maaf kalau endingnya macam ni je HEHEHEHE. cadangnya nanti nak sambung lagi kisah Ainiy masa dia dah besar. tapi tak janji tauuu.

Kalau ada rezeki, in shaa Allah , H sambung.

Thank you for all the supports.

Nanti H akan publish satu lagi part in BDA for the dedication. Hopefully BLOWERS (yalls) akan baca part tu :3

once again, thank you so much for supporting me. tanpa anda, siapalah BDA untuk banyak dibaca hihihihi. semoga anda murah rezeki selalu, aamiin Allahuma aamiin. doakan H jugak <3

Continue Reading

You'll Also Like

186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.
1.4M 46.5K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
2.9K 416 29
"Home should be an anchor, a port in a storm, a refuge, a happy place in which to dwell, a place where we are loved and where we can love." - Marvin...
34K 4.7K 31
[ A 1ST POETRY , ISLAMIC ] Panggilan-Nya seakan membuai segenap alam, Perasaanku dihimpit penyesalan. Penyesalan yang membawaku kepada tuhan, Lalu ma...