The Untold Stories (Vol 2)

Bởi akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB Xem Thêm

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

1st baby moment

2.2K 224 56
Bởi akuorgbiasa

"Kalau abang nak pergi, pergilah. Tak apa je. Ica duduk rumah jelah," ujar Q sambil melipat baju-baju kecil yang baru diangkat dari sidaian. Hari ini, usia kandungannya menginjak ke usia 38 minggu. Jadi dia dah mula berkemas-kemas pakaian dan barang-barang bayi yang bakal dilahirkan. Memandangkan tubuhnya comel, terasa sarat benar membawa kandungan. Terkadang, bergerak banyak pun buat dia mengah.

"Icayang tak nak pergi, abang pun tak naklah."

"Lah, kenapa pulak? Pergi jelah. Tak baik. Orang jemput tu."

"Tapi nanti abang kesepian."

Q berdecit. Penumbuk diangkat. "Nak?"

Har ketawa. "Abang risau tinggal baby dekat rumah sorang-sorang. Kang nak terberanak ke apa. Macam mana?"

"Sorang-sorang apa pulak? Daddy kan ada. Adoi. Lagipun, baru 38weeks lah! Awal lagi. Lek lu..."

"Okey, abang rephrase. Risau nak tinggal Icayang dekat bilik sorang-sorang..."

Q ketawa. "Sengal tak abihla laki aku ni. Adoi!"

Har sengih. "Sengal, tapi menawankan? Abang ramai peminat tau?"

Q sengetkan bibir. "Sianlah peminat abang tu. Tak berapa nampak agaknya. Apa bemda tah nak diminat dekat mamat poyo ni."

"Eleh..., sembang! Bukan dia pun gilakan kita ke? Sampai kerat-kerat tangan sebab tak dapat kahwin dengan kita."

"Seriuslah dia ni! Nak kena siku aku ke..." Q hampiri suaminya dengan lengan yang dah dibengkokkan dengan tujuan menyiku si suami yang mengejeknya tadi.

"Ha, meh, meh! Bawa datang! Mana siku besar dia tu!" Har mengusik lagi.

Q akhirnya tertawa dan memukul lengan Har. Terus sahaja tubuhnya ditarik ke pelukan.

"Ei, budak pendek ni. Ada hati nak siku kita lak.."

Q tolak tubuh Har dan mendongak memandang suaminya itu.

"Ica serius. Kalau abang nak pergi, Ica okey. Pergilah..."

"Kalau baby tak nak ikut, abang malas."

"Tapi ni kan majlis kahwin Kak Yana dengan Fauzan."

"So?"

"Apa pulak kata kak Yana nanti, abang tak pergi."

Har sengih. "Sukati dialah nak kata apa. Abang pergi sorang-sorang lagi awkward. Kita duduk rumah jelah. Okey?"

Q pandang lama wajah itu dan mengeluh. Kemudian menggeleng. "Kita pergi sama-sama. Okey?"

"Serius? Baby nak ikut?"

Q angguk. Dia tarik nafas panjang. "Sebab Ica tak nak orang ingat abang tak moved on. Tak boleh lupakan kekasih lama!"

Har gelak besar. "Ke situ pula dia? Silap sikit eh. Abang yang reject dia tau! Jauh dah abang jalan tinggalkan memori silam. Abang dah buntingkan baby pun!"

"Yang tu tak perlu sebutlah, ngok!"

Sekali lagi Har dipukul Q.

"So, nak pergi?"

Q angguk. "Nak pakai baju mana? Ica iron..."

"Tak payah. Bumil duduk diam-diam. Main IG. Abang gosok.."

Q sengih. Diusap perut yang memboyot. Nafas ditarik panjang.

Haih, kalau bukan mamat ni punya pasal, tak kuasa aku nak keluar dengan perut besar ni!

********

"Thank you so much, sudi datang Q, Har. Happy sangat dapat jumpa korang hari ni..."

Q mengukir senyum. Memandang Har di sisi.

"Sama-sama. Kami pun berterima kasih sudi jemput, ujar Har.

Har hulurkan salam pada Fauzan. "So,  congrats again, bro! Semoga bahagia hingga ke syurga, hendaknya, inshaAllah."

Fauzan gelak kecil. Salam disambut. "Aamin..."

"Gerak dulu! Assalamualaikum!"

Har lantas meraih tangan Q dan berjalan meninggalkan pasangan mempelai itu. Malah doorgift dan beg tangan Q juga diambilnya. Selamba menggantung tali beg tangan itu ke lehernya. Kemudian mengajuk cara Q berjalan terkedek-kedek mengusik isterinya itu. Namun Q hanya tertawa dan memukul lengan Har manja.

Yana tertawa perlahan. "Har, Har. Sengal tak sudah!"

"Aik, puji lebih nampak!" Orang di sebelah pula bersuara.

"Eh, mana ada puji! Abang ni.. Yana cakap je. Nakal tu, nampak! Dia ajuk Q..."

Fauzan sengih. "Saje je. Usik sayang."

Yana berdecit. "Jangan bimbang. I'm over him. And sooo into my husband, right now."

Fauzan tunduk segan. "Hish! Blushing lah abang!"

Yana ketawa. "Dah, jom!"

Mereka berdua pula berpimpinan tangan menghampiri tetamu lain.

*********

Q cuba baring menelentang. Namun keadaan itu buat dia lagi tak selesa. Lantas dia terkial-kial duduk.

Har di sisi sedang lena tidur. Penat sangat nampaknya.

Q tarik nafas panjang.

Aihh... kenapa rasa tak selesa ni... Perut terasa kerap keras hingga dia rasa nafas pun terganggu.

Dia bangkit ingin meneguk air barang segelas dua. Namun baru dua langkah dia menuju ke meja di mana botol air terletak, terasa seperti dia terkencing. Ada cecair suam yang entah apa keluar.

"Eh seriuslah! Takkan aku terpee-pee! Tak ada rasa pun..." Omelnya perlahan.

Dia lantas cuba menunduk sedikit melihat.

Dan ketika itu dia rasa tegangan kuat di perut.

"Auwww...." terlepas suara Q.

"Ha, ha, ha?" Har terus terduduk dalam keadaan mamai dan terkejut.

"Baby?" Tegurnya apabila melihat Q terpacak di tengah bilik yang dingin.

"Abang..." ujar Q memegang perut.

Har terus mendapatkan Q. "Why? Why?"

Q genggam lengan Har sekuat hati menahan sakit yang dia rasa.

"Auw, auw... sakit Icayang.."

Dua minit kemudian, rasa sakit hilang.

Q pandang Har. "Abang.."

"Yes, yes..."

"I think we need to go to the hospital!"

Har buntangkan mata sepetnya. Telan air liur.

"It's time..." bisik Q.

"Mak.. maksud Icayang.. time.. maksud...err... " Har garu kepala. Cuak.

"Baby dah nak keluar!!"

"Okey! Okey! Baby ril... maksud abang, baby Icayang relax. Bukan baby yang dalam perut tau. Baby..eh... Icayang tarik nafas... Relax...."

"Cepatlah abang!!! Nak relax apa! Kang terberanak kang!!!"

"Okey! Abang cepat! Abang cepat! Jom, jom!"

Dia tarik tangan Q menuju ke pintu.

"Tudung!!"

"Oh, tudung! Right!" Dia berjalan keliling bilik mencari tudung isterinya.

Jumpa tudung sarung yang sering dipakai Q, disarungkan ke kepala isterinya itu. Lalu ditarik sekali lagi tangan itu.

"Beg, beg! Beg baby..."

"Oh, beg..."

Sekali lagi Har berjalan tawaf bilik mengambil beg bayi yang dah dikemas Q.

"Okey, jom!"

"Abang!! Beg Ica la sekali..."

Har tepuk dahi.

"Eh, biar orang buat sendiri jelah!"

Lantas terkedek-kedek Q berjalan ingin mengambil beg tangan yang tersimpan semua dokumen kandungannya.

Namun Har terus pula berlari anak mencapai beg tangan isterinya. "Okey, abang dah ambik! Jom, jom!"

Kali ini barulah mereka bersama-sama menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja pintu terbuka, "Daddy!!!!" Har terus menjerit sehingga terhinggut bahu Q dek terkejut.

"Terkejut aku, bongokkkk!"

Har sengih tanpa rasa bersalah dan terus melaung sekali lagi.

Ketika mereka dah hampir tiba ke tingkat bawah, barulah pintu bilik daddy terbuka.

"Har?"

"Har nak bawa Qalisya pergi hospital. Nak beranak. Bye..."

Dani terkebil-kebil. Heh?

"Beranak?"

"Ya!! Dia kata dah time! Bye!!" Balas Har sambil memapah Q ke pintu utama.

"Apa benda abang ni jerit-jerit gitu je kat daddy!" Marah Q pula.

Q lantas berhenti. Dia tarik nafas yang terasa mengah. "Daddy, kami pergi hospital dulu, ya? Ica rasa baby dah nak keluar. Ica dah rasa sakit..."

Dani lantas berlari ke tingkat bawah rumah. "Eh, daddy ikut! Daddy ikut! Let me drive!"

"Macam ni?" Soal Har melihat daddyny hanya dengan pagoda dan kain pelikat.

"Eh, astaghfirullah! Sekejap! Masuk kereta dulu. Lisya tunggu sekejap ya. Bagi daddy 5 minit. No, 3 minit! Okey? Jangan beranak dulu..." ujar Dani sambil kembali berlari memanjat tangga.

Dalam dia menahan rasa gementar dan keras perut, dan sakit yang mulai terasa,  Q tergelak.

Aduhai. Anak, bapak, sama je!

*********

5 jam berlalu,

Q merengek sambil air mata mengalir melalui hujung mata.

"Sabar, Icayang.. Sabar..."

"Sakit abang.... sakit..."

"Pegang tangan abang kuat-kuat okey? Picit sini tak apa.."

Q terus merengek. Sakitnya tak tahu nak kata. Kontraksi dah semakin kerap dan langsung tak berhenti.

"Abang panggil nurse eh?"

Tanpa menunggu jawapan Q, Har dah lebih dulu memicit butang hijau itu.

Tak lama seorang jururawat masuk. "Ya, encik?"

"Saya rasa dia sakit sangat dah ni. Tak ada gap dah ni, nurse. Boleh check tak apa-apa yang patut?"

Jururawat itu senyum. "Baik, saya check apa-apa yang patut, ya?"

Dan dia kenakan sarung tangan dan menegakkan dua kaki Q.

"Wah, sikit je lagi ni. Dah nak beranak dah. Saya akan call doktor sekarang. Puan, bersedia ya. Bila-bila masa je puan akan lahirkan baby."

"Berapa minit agak-agaknya, nurse?"

"Tak pasti. Boleh jadi lagi 5 minit. Boleh jadi, lagi setengah jam jugak. Saya prepare dulu." Dia lantas bergegas keluar memanggil kawan-kawannya.

"Sikit lagi, Icayang. Sikit je lagi. Tahan eh? Baby abang kuat. Both of you..."

Q tak menyahut. Terlalu sibuk menahan sakit yang teramat.

Kala itu, perut Har pula terasa memulas.

Dia berdecit. Kau seriuslah perut. Time ni laaaa..

Namun makin dia cuba tak endahkan, makin perutnya memulas makin kuat.

Kala itu tiga orang jururawat masuk.

Har ketap bibir. "Icayang, abang pergi toilet sekejap. Nanti abang balik. Kejap je. Okey?"

Entahkan Q dengar atau tidak, Har tak pasti.

"Cik nurse, jaga isteri saya kejap. Saya nak memerut. Perut tak bagi kerjasama!" Dan dia terus berlalu pergi. Laju dia berlari menuju tandas terdekat. Berpeluh dahi dek menahan. Pada Har, dia sudahkan urusan melabur di tandas itu dengan masa paling pantas. Pada Har, dia bakal sempat tiba ke labor room itu sebelum doktor tiba dan Q melahirkan.

Pasti sempat.

Usai urusan, dia berlari semula ke bilik tadi.

"Uwek... uwekk... uwekkk..."

Har tercengang.

"Encik! Sini! Strong boy encik dah lahir!" Ujar doktor sakit puan yang memang bertanggungjawab memeriksa Q selama tempoh mengandung.

Har berjalan lemah. Dia hampiri Q yang kelihatan keletihan. Merah padam wajah isterinya. Basah wajahnya entahkan dek air mata, ataupun peluh. Har sendiri tak tahu.

"Icayang..."

Q buka mata. Dia ukir senyum dalam esakannya.

"Hontou ni gomenasai..." bisiknya dan mencium dahi Q lama. Menitik air mata jantannya.

Kesiannya. Kesian bini aku, bertarung melahirkan zuriat aku sendirian. Boleh pulak masa tu jugak nak memerut...

"It's okay, abang. You're here now.." bisik Q.

"Encik? Boleh azankan baby..." ujar jururawat.

Har tegakkan badan kembali. Dia palingkan wajah sedikit mengesat air mata. Lalu terketar tangan menyambut bayi yang dihulurkan.

Spontan, air matanya jatuh kembali bersama senyuman lebar.

"Assalamualaikum, little one... Ini papa..." ucapnya perlahan. Dia cium wajah bulat itu berkali-kali.

"Abang azankan, ya?"

Q senyum. Angguk.

Har tarik nafas panjang. Mengalih badan menghadap kiblat dan dia mulai azan. Diiring air mata syahdu.

Syukur lillah. Anak sulung yang dinanti, selamat dilahirkan ketika papa memerut. Aduhai.....

************

"HAHAHAAHAHAHAHA"

"Diamlah bodoh! Ini hospital, bangang! Aku pukul jugak dia ni kang! Ish!" Geram Har melihat An yang gelak berdekah. Siap dah nak melurut dah duduknya ke lantai dek galak ketawa.

Memang mintak penyepak. Tak guna punya adik!

Dani hanya tersengih-sengih sambil menggendong cucu terbarunya itu.

"Masalahnya kelakar! Kan, my?" Ujar An masih ketawa. Sampai berair mata sepetnya menggelakkan abang kembarnya itu.

"Sorry, Har. Tapi memang agaklah rare lah cerita awak ni. Aduhai..."

Har berdecit. Laki bini sama! Eloklah tu!

Q sengih. "Tak apalah. Macam tak sangka juga elok lepas abang keluar tu, terus keluar pulak budak ni. Doc pun kelam-kabut juga sebab sampai-sampai je, kepala memang dah nak keluar dah."

"Okeylah tu, Har. Terlepas tengok baby keluar sebab memerut, better daripada kau pulak yang memerut dalam labor room. Satu hal pulak kena cuci kau punya hasil labor sekali..."

"Diam ah!!"

An ketawa lagi.

"Har nervous la tu! Ikut daddy. Daddy pun macam tu. Masa mummy nak bersalin dulu pun, daddy yang ulang-alik toilet..."

"Ha, kan daddy! Nervous. Kau apa tau?"

An mencebik. "Yalah tu... Tapi benda ni memang lama lah akan jadi bahan, Har. Hadaplah eh..."

"Tak baik... Aib abang kau tau..."

An ketawa lagi. "Papa Har sengal dah jadi papa lah, Adam, Ain!"

Har sengih memandang Adam dan Ain, si kembar yang menginjak setahun dua bulan itu elok duduk di dalam stroller.

"Har, jom! Cafe!" Ajak An sambil berdiri.

"Ke mana pulak, daddy ni!" Bebel Dira.

"Turun kejap. Har belum makan tu..."

Har memandang Q meminta persetujuan. Q angguk.

"Nak apa-apa?" Soal Har.

"Espresso. Double shot," balas Q.

"Ni ha, espresso!" Har balas dengan penumbuk.

Q gelak kecil.

"Abang beli hot choc eh?"

Q sekadar angguk.

Kemudian dua beradik itu keluar daripada wad di mana Q ditempatkan.

An naikkan tangan ke bahu abangnya.

"Congrats, my bro! Dah jadi bapak orang budak sengal ni..."

Har ketawa. Dia turut naikkan tangan ke bahu adiknya. "Thanks, my bro! Sengal asalkan handsome, tak jadi hal!"

Mereka berdua ketawa. Masih dalam keadaan memeluk bahu masing-masing untuk seketika.

"Eh, muka sama!" Ada suara menegur.

Dua beradik itu hanya senyum. Pelukan dilepaskan, namun masih berjalan beriringan.

Sepi tanpa bicara. Yang penting, bersama.

Tak kira apa status mereka. Suami, bapa, mahupun datuk.

An ada untuk Har. Dan Har ada untuk An. Selamanya...

💘💘💘💘💘💘

Nah, hadiah!

Selamat hujung minggu! 😊😊

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

302K 5.9K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.
2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
Dendam Eafy ✔️ Bởi aish

Tiểu Thuyết Chung

849K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.