Gangster Hot Suami Aku

By ishackxzz_2345

14.5K 658 64

Merlina kazandra seorang yang cantik,peramah.. Sopan santun.. Pandai siapa sahaja yang tidak suka dengan gadi... More

PROMOTE
caracter
Prolog
✨part 1✨
✨Part 2✨
✨Part 3✨
✨Part 4✨
✨Part 5✨
✨Part 6✨
✨PART 7✨
✨Part 8✨
✨PART 9✨
✨PART 10✨
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
Part 37
PART 38
Part 39
PART 40
PART 42
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
PART 50
PART 51
PART 52

PART 41

101 6 0
By ishackxzz_2345

Merlina yang sedang memasak di dapur dipandang Izz.Keningnya terangkat sedikit.Semenjak balik sahaja dari sekolah merlina hanya berdiam diri dan kerap mengurungkan dirinya di dalam biliknya sahaja.Ditanya sepatah sepatah lah dijawabnya.

Kepala milik merlina masih lagi kosong,tiada benda yang difikirkannya sekarang.Walaupun dia sedang memasak namun otaknya terbang ke tempat lain.Diikutkan hatinya malas dia hendak memasak namun diingatkan pesan Datin aminah tanggungjawabnya sebagai isteri perlu dijalankan.Walaupun isteri di atas kertas?!.

"Betul ke apa yang aku dengar tadi?"soalnya didalam hati.

"Aww!"pisau yang patutnya menghiris bawang menghiris jari kecil miliknya itu.Pekat darah yang mengalir dari jari milik merlina itu.

"Ya allah merlina! kau buat apa sampai jari berdarah ni?!"Soal Izz terkejut.Cepat cepat diambil jari merlina di bawa ke singki untuk dibasuh.Merlina yang masih terkejut mengikuti sahaja apa yang izz lakukan.

"Kau tunggu sekejap aku ambik first aid"katanya lalu pergi ke tempat yang meletakkan first aid.Merlina memerhati jarinya yang luka tersebut.Boleh tahan luka dia.Kini Izz kembali dengan kotak first aid di tangan.

"Kau buat kerja macam mana sampai boleh berdarah ni merlina? kenapa tak potong je terus jari ni?"bebelnya sambil leka mengubati luka jari di milik merlina.

"Auww slow lah sikit izz pedih lah!"Marah merlina apabila lukanya sedikit ditekan izz.

"Ish jangan lah bergerak memang lah sakit,tahan sikit!"Kata izz geram dia dengan merlina ni.Dengan penuh hati hati izz mengubati luka milik merlina.Merlina memandang izz yang sedang mengubati lukanya itu.

Izz miliknya! walaupun hati lelaki itu tiada lagi padanya dia harus menambatkan hati lelaki itu!.Itu tekadnya!.Dia mempunyai hak sebagai isteri.

"Okey done!"kata izz selepas siap mengubati luka di jari merlina.Ditilik tilik jari milik merlina itu.Kini ubat ubatan yang digunakan oleh izz itu disimpan ke dalam kotak first aid itu semula.

"Terima kasih Izz"kata merlina sambil tersenyum.Izz hanya mengumam sahaja.Merlina tersenyum seketika.Kata kata izz yang berjalan di ingatannya cuba diusir.Dia perlu rebut hati milik izz sebelum ada manusia lain yang ambil hati suaminya itu.

"Engkau ni dah kenapa pandang aku macam nak makan?"soal izz.Merlina yang tersedar dari pandangan nya itu terus cepat cepat melarikan pandangannya ke tempat lain.Merah mukanya.

"Aku tau aku handsome lelaki pilihan ramai tapi jangan pandang aku macam nak makan"kata izz.Rambutnya diraup kebelakang.Merlina pula sudah menjeling.Perasan betul manusia ni ! ingat dia handsome sangat . Eh tapi difikirkan balik memang handsome suami dia kan ehek!

Hidangan yang tersedia di atas meja dipandang penuh berselera oleh izz.Bukan calang calang isterinya ini !. Kalah mamanya bila masak.

"Nah makan lah sedap tau aku masak!. Ni aku masak favourite kau! Tomyum seafood! Khas untuk kau!"Kata merlina sambil tersenyum riang.Makin tidak keruan izz dibuatnya.Lauk favourite wei depan mata siapa je tak suka?

Tanpa menunngu lama izz mencedok nasi ke dalam pinggan lalu mengambil tomyum tersebut.Disuap sahaja nasi itu kedalam mulut.Mukanya tercengang seketika.Matanya memandang merlina.Merlina pula sudah tersenyum sambil mengangkat kening memandang izz yang sedang memandangnya itu.

"Sedap tak? sama macam mama masak?"soal merlina sambil tersenyum riang.Dagu ditongkatkan di atas meja tersebut.Tengok husband makan pun kenyang dah.

"Erm boleh lah sedap"kata izz acuh tak acuh padahal dalam hati sudah memuji masakkan milik merlina.Merlina pula sudah berdecit.

"Kalau sedap tu cakap je la!"kata merlina didalam hati.Dijelingnya izz.

Suasana di dalam kelas 5 A Sains tekun mendengar kan apa yang dikatakan oleh Madam Farhana.Tidak sedikit pun yang tertingal apa yang dikatakan oleh madam farhana.

"So memandang awak semua akan menduduki SPM tidak lama lagi.Saya akan beri awak aktiviti didalam modul,dan juga sebagai menambah markah SPM awak semua,saya akan memberikan tugas asigment yang akan awak buat secara berpasangan ya?"kata madam farhana lagi.

"Pasangan pasangan yang akan saya tentukan adalah muktamad ya!. Tiada pertukaran. Dan pasangan awak ini juga lah yang akan menentukan markah awak nanti.understand class?"Kata madam farhana lagi.Semua murid di dalam kelas itu mengangguk setuju.

"Baiklah pasangan yang saya cakap ni sila pergi ke partner awak yer..supaya nanti senang untak saya bagi bab bab tajuk yang akan awak dan pasangan awak buat"kata madam farhana lagi.Kini madam menentukan pasangan kelas 5 A sains itu sehingga tamat waktu kelasnya.

Jam loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tiba.Kelas 5 A Sains pula sudah kosong kini hanya tinggal merlina sahaja di dalam kelas itu.Perutnya tidak terasa hendak makan.Buku teks Biologi dikeluarkan untuk diulang kaji.Dia perlu bersedia bagi menduduki SPM.

"Kau tak keluar makan ke?"soal seseorang lelaku berada di hadapan merlina.Merlina yang melihat lelaki tersebut terus menjeling tajam.Apa mamat ni buat dekat kelas aku?

"Syaziq kau nak apa ni? aku tak ada masa nak layan kau lah!"Kata merlina lagi.Mata dituju balik ke buku teks biologinya itu.Sakit matanya melihat lelaki dihadapannya ini.

"Aku tau at least pergilah makan dulu"kata syaziq lembut.Namun merlina menjelingnya tajam.

"Masalah kau ke aku tak makan? Ada susahkan hidup kau ke?"Kata kata merlina membuatkan syaziq tersenyum sinis.Tangan merlina cuba dipegang.

"Hei?! apa ni syaziq lepaskan tangan aku lah!"Kata merlina Sambil cuba melepaskan tangannya yang dipegang oleh syaziq itu.Namun makin kuat pegangan syaziq di tangannya.

"Merlina aku dah bel-"Adegan pegangan tangan syaziq dan isterinya dipandang.Matanya tajam menikam anak mata merlina dan syaziw bersilih ganti.

"Oh patut kau tak nak keluar makan eh menggatal rupanya dengan jantan ni"Kata Izz membuat kan merlina menggelengkan kepalanya.Kini matanya tertuju kepada syaziq musuh ketatnya yang kini sedang tersenyum sinis.

"Sayang kan syaziq dah pesan pergi makan kenapa degil hmm?"kata kata syaziq mula manaikkan berang izz.Syaziq pula sudah tersenyum kemenangan.Merlina pula sudah tergeleng geleng kepalanya dari tadi..

"Ish lepas lah syaziq apa masalah kau ni ha?!"Tangan yang dipegang syaziq direntap kasar oleh merlina.Bodoh punye lelaki!.Perbuatan yang lagi membuatkan dia membenci lelaki tersebut!.Belum sempat merlina ingin mengejar izz.Izz pula sudah pergi meninggalkan merlina dengan lelaki itu.

Tajam merlina memandang syaziq,Kelihatan lelaki itu senang dengan adegan yang dilakukan dinhadapan musuhnya itu.Puas hatinya namun tidak bagi merlina.Dipandang tajam lelaki itu Turun naik nafasnya menandakan dia marah dengan lelaki tersebut.

PANG

Satu lempangan selamat mendarat di pipi milik syaziq.Syaziq memegang pipinya yang baru sahaja ditampar oleh merlina tadi.Merlina pula memandangnya sunggguh tajam.

"Aku benci kau Muhd Syaziq Aiman! Disebab kan kau hidup aku musnah?! kau tak habis habis lagi nak rosakkan hidup aku?! nak porak perandakan hidup aku ha?!"Tengking merlina.Panas hatinya melihat muka syaziq!.

"Merlina -"belum sempat lagi syaziq membalas merlina segera membidas.

"Kau ingat sebaik apa pun kau buat dekat aku..aku tak akan lupa apa yang kau dah pernah buat dekat aku syaziq!. kau lelaki dayus!"kata merlina lalu membuka langkah keluar dari kelas tersebut meninggalkan syaziq sendirian.Syazia pula sudah tersenyun sinis sambil memegang pipi yang baru ditampar merlina tadi.

"Kau makin nakal merlina! i like it..makin kuat aku nak dapatkan kau"kata syaziq sendirian.Lalu pergi meninggalkan kelas tersebut.

"Mana kau ni izz?"kata merlina.Dicari izz satu sekolah.Mana lelaki itu pergi?.

"Ish lah di-"terhenti seketika dia apabila ternampak sosok tubuh yang sangat dia kenali.Izz dengan balqiz!.

"Sayang you ni kenapa ha?"soal balqiz dibiarkan sepi.Izz pula melayan perasaan.

"Hey sayang you ada masalah apa ni?"soal balqiz lagi sambil rambut izz dibelai belai.Izz pula hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan balqiz..

"I serabut lah balqiz"Balas izz.Balqiz pula sudah tersenyum riang.

"Apa yang you stress kan ni?"soalnya lagi.Kali ini dia sudah pindah ke atas peha izz untuk duduk.Fuh minah ni.

"I-uhh never mind."katanya lagi.nafas berat dihela.Dia cemburu apabila melihat adegan tersebut? Ceh tidak akan lah!.Mati hidup balik dia tak akan cemburu!.

Cup

Balqiz memberi kucupan di pipi izz.Lalu balqiz tersenyum turut diikuti izz.

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 6 namun merlina masih lagi tidak munculkan dirinya di rumah.
Tiba tiba pintu diruang tamu itu terbuka.Kini merlina yang masuk ke dalam rumah itu.

"Baru ingat jalan balik rumah?"soal izz kedengaran sedikit kasar.Merlina pula hanya mampu terdiam.Malas mahu bergaduh dengan izz.

"Kau pergi mana tadi?"soal izz lagi.

"Aku keluar sekejap tadi pergi study lah"kata merlina.Izz pula sudah tergelak sinis.

"Keluar pergi study ke keluar pergi study benda lain dengan jantan tadi?"soal izz sambil tersenyum sinis.Merlina pula hanya berdiam diri.

"Aku naik dulu aku penat"kata merlina lalu membawa kaki menaiki anak tangga.Dia penat.

"Oh penat eh? Oh ye lah penat sebav pergi menggatal dengan jantan tu kan?"kata izz lagi.Namun merlina mengendahkannya.Izz dari bawah sudah tersenyum sinis.

Sebaik sahaja merlina memasuki biliknya terus dia rebah ke atas katil.Air matanya deras mengalir di tubir mata.Hatinya sakit apabila difitnah izz sebegitu rupa.Murah sangatkah dirinya ini?!.

Cadarnya digengam erat.Air matanya kian deras mengalir.Sudah hampir genap setahun mendirikan rumah tangga bersama izz namun apa yang dia dapat? Derita adalah.Bahagia? hMmp bahagia yang dibuat buat.

"Tak apa merlina sekarang kau fokus SPM merlina! You can do it!"Katanya lagi.Cuba memberi kata kata semangat untuk dirinya.Walaupun hatinya sedang retak tetapi dia tetap kene kuat demi masa depannya.

Merlina yang sedang berjalan itu diremluh seseorang sehingga membuatkan dirinya terjatuh.Dipandang manusia yang merempuhnya tadi.Nafas dihela kasar.

"Ops sorry sengaja terlanggar"Kata balqiz sambil tergelak sinis.Merlina segera bangun dari duduknya.Dipandang balqiz dengan tajam.

"Tak puas hati? " soal balqiz lagi.Namun merlina hanya mendiamkan diri sahaja.Benci dia melihat gadia dihapannya ini.Merlina ingin pergi namun balqiz menghalangnya.

"Apa lagi kau nak ni balqiz aku ada banyak lagi lah kerja nak buat"Kata merlina.Balqiz pula sudah tersenyum sinis.

"Kau tau tak aku benci dengan kau merlina?!"Soal Balqiz secara tiba tiba.Merlina pula sudah mengerutkan keningnya.

"Apa masalah kau ni? mental ke tetiba nak jerit jerit ni?"soal merlina pula.Balqiz yang melihat itu segera menampar merlina.

"Apa masalah kau ni ha perempuan?!"marah merlina..ingin membalas balik tamparan itu namun ada tangan yang menghalangnya.

"Kau jangan sesekali sentuh tangan kau yang jijik tu dekat balqiz merlina!"kata izz membuatkan merlina terpaku.

"Masalahnya dia yang-"Merlina ingin berkata kata namun

BUSH

Habis basah muka milik merlina apabila disiram air oleh izz.Diraup air di mukanya.Jelas terpapar muka milik izz dan merlina sudah tersenyum sinis terhadapnya.

"Memang patut kau dapat macam tu! perempuan murah!"Kata izz lagi bersama senyuman sinisnya.Jelas terukir senyuman  mengejek di muka milik balqiz

"Jom sayang pergi jijik i tengok muka perempuan murah ni"kata balqiz sambil memeluk lengan milik izz.

"Jom i pun jijik tengok perempuan murah ni!"kata izz lalu pergi meninggalkan Merlina yang basah itu.Merlina ingin menangis sahaja namun ditahan.
Besar betul salahnya sehingga izz berkelakuan begitu terhadapnya.

"Ya allah merlina kau okey tak ni ?!"soal syazira terkejut apabila melihat keadaan sahabatnya basah begini.Melihat merlina yang memandang seperti ingin menangis segera dia mendapatkan sahabatnya itu.Dipeluknya sahabatnya itu.

"Shh shh dah dah aku ada dengan kau jangan menangis okey"Pujuk syazira lagi.Belakang badan merlina diusap usap.Sedih dia melihat keadaan merlina begini.

"Jom kita pergi bilik rehat"kata syazira merlina pula hanya mengikut sahaja.Tidak banyak bicara dia hanya membuntuti langkah syazira.

"Kau susuk sini dulu"arah syazira lalu pergi ke arah ward robe . Alexzendra Highschool menyediakan bilik rehat disediakan ward robe murid murid sendiri.Setiap murid di sekolah itu mempunyai bilik rehat mereka sendiri dan mempunyai kelebgkapan khas murid tersebut jika berlaku kecemasan .

"Macam mana kau boleh jadi macam ni merlina?"soal syazira lagi.Kelihatan muka milik merlina betul betul sembab mata miliknya juga bengkak akibat menangis.Melihat keadaan merlina yang begitu dia tidak mahu menganggu gadis tersebut dan mengambil keputusan untuk membiarkan gadis itu berehat.

"Okey now kau rehat okey"kata syazira kepada merlina.Merlina pula hanya mendiamkan diri sambil membaringkan dirinya di bilik rehatnya itu.Matanya memandang syiling kosong itu.Fikiran nya kosong.

"Malam ni kita keluar izz please i dah lama tak keluar dengan you"Kata balqiz dengan gediknya.Izz pula sudah terangguk angguk sambil tersenyum

"Everything for my love"kata izz sambil mengusap rambut milik balqiz.Balqiz pula sudah bersinar sinar matanya.Mendapat lagi apa yang aku nak malam ni.

"Aww thank you sayang love you!"kata balqiz dengan aksi gedik nya . Tidak segan silu dia memeluk izz dan mengucup izz.Tanpa disedari ada satu mata yang mereka.

"Aku kecewa dengan sikap kau izz .."kata seseorang itu lalu pergi meninggalkan mereka dengan senyuman sinis.Izz lelaki yang jahat!.

.BERSAMBUNG.

Continue Reading

You'll Also Like

142K 6.3K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
59.6K 6K 29
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
69.5K 3.8K 62
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
60.5K 3.9K 51
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...