NOAH'S || C

By cik_farah

195K 8.7K 127

πŸ„ΊπŸ„°πŸ…πŸ…ˆπŸ„° πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…πŸ…ƒπŸ„°πŸ„ΌπŸ„° by cik_farahβ™‘ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
FAIQ || FEYA
FAIQ || FEYA
FAIQ || FEYA

BAB 7

4.1K 194 0
By cik_farah

Faiq terbangun apabila terdengar ruangan rumahnya bising dengar suara jeritan. Memandangkan dia tidur di banglo dua tingkat miliknya, jadi hanya dia ada di rumah itu.

Langkahnya menuruni anak tangga ke ruang tamu. 

"Beruk dua ekor ni rupanya," kata Faiq sebaik saja langkahnya di anak tangga terakhir.
Penampakan Mika dan Hanif sedang bermain game di televisyennya itu. Faiq melangkah je sofa di belakang kawannya itu. Badannya dijatuhkan kuat. Muka Faiq disembamkan pada bantal sofa itu. 

"Selamat pagi bro," ucap Mika. Faiq hanya diam tidak menjawab. Dia memusingkan kepalanya menghadap skrin tv itu. 

"Kau orang asal datang sini pagi-pagi?" soal Faiq malas. Matanya masih kuyu menahan kantuk.

"Takut kau mati bunuh diri sebab Feya tak maafkan," kata Mika selamba. 

Pakk! 

Kepalanya dipukul sekali oleh Faiq dari belakang. Mika mengusap-usap kepalanya. Asyik-asyik aku je kena pukul. Fenarttlah gini. 

Faiq bangun menuju ke dapur meninggalkan Mika dan Hanif. Mencari apa yang boleh di makan. Tudung saji di atas meja itu di angkat Faiq. Ada nasi goreng ayam. 

"Tu ibu aku kirim. Dia kirim salam sekali," jerit Hanif dari ruang tamu. Peka saja telinganya mendengar tudung saji itu di buka. Faiq mengambil pinggan dan cawan. 

Nasi goreng di pinggan bersama air nescafe itu dihidangkan di hadapannya. Dia mencapai telefon di dalam poket seluar pendeknya itu. 

Ruangan chat bersama Feya di buka. 

Feya🤍

Selamat pagi, feya. 

Kau sihat? 

Double tick

Sibuk kot? Faiq cuba positif memikirkan Feya. Hatinya belum tenang selagi Feya tidak membalas mesejnya.

Makanan yang dihidang itu belum di sentuh. Risau ke cik abang oii. 

Ting!!

Laju tangan Faiq membuka mesej dari Feya. 

Feya🤍

Selamat pagi juga. 
Saya sihat. 

Tersenyum lebar Faiq dibuatnya. Kuat penangan Feya sampai Faiq angau di buatnya.

Makanan di hadapannya itu di sentuh masuk ke mulut. Faiq makan sambil tersenyum. Tangan kirinya ralit bermain telefon melihat berita terkini di media sosial

Ding! Dong! 

Loceng rumah Faiq berbunyi. Faiq yang tengah makan itu terhenti. Dia melangkah ke arah tingkap besar rumahnya. Langsir diselak sedikit. 

Perempuan ni lagi. Mana dia tahu rumah aku? Mama. Mesti mama bagitahu. 

"Mika. Hanif. Stop kejap," arah Faiq berbisik. Mika dan Hanif yang baru habis game itu terus mematikan tv. 

Mereka berdua mendekati Faiq yang macam kura-kura melihat ke luar tingkap. Kepala mereka berdua turut menjenguk sedikit ke luar. 

"Bala datang rupanya," kata Mika selamba.

"Tu bukan bala. Malapetaka mat," jawab Faiq. 

"Asal dia datang sini?" soal Hanif. Faiq hanya angkat bahu tidak tahu. 

"Kau berdua parkir motor dekat mana?"

"Macam biasa dekat belakang,"jawab Mika. 

"Bagus. Mesti dia ingat aku tak ada dekat rumah sebab kereta aku satu dah kena rembat dengan Fayza."

Mereka bertiga kembali ke ruang tamu secara senyap-senyap. Tak nak bagi bunyi. Faiq Noah pula kembali ke dapur. Makanannya belum habis lagi. 

Telefonnya bergetar. Panggilan masuk dari Ilana. Disebabkan telefonnya disenyapkan, jadi ringtonenya tidak kedengaran. Selamat. 

Makanan di hadapannya itu dihabiskan. Bunyi loceng dan telefonnya sudah kembali senyap.
Dah balik agaknya perempuan tu.

Feya yang sedang duduk bersila di atas sofa itu melihat abinya segak berpakaian formal. Dibantu umi Feya dipakaikan tali leher. 

"Abi kacak-kacak macam ni nak pergi mana?" soal Feya. Dia masih lagi terpinga-pinga melihat abinya kacak bergaya. Jarang sekali abi berpakaian begini. 

Abi dan umi Feya hanya ketawa kecil mendengar soal Feya.

"Syarikat abi kena bekerjasama dengan syarikat Dato Noah Alias. Dino's Holding. Jadi, abi nak pergi mesyuarat dengan dia hari ni."

Feya angguk mengiyakan. Dino's Holding? Macam pernah dengar. 

Abinya yang sudah siap itu menghulurkan tangan kepada umi Feya dan Feya. Kekura tangan abinya dikucup sekali. 

"Abi pergi dulu. Jaga umi untuk abi. Assalamualaikum," pamit abi Feya. Feya angkat tangan tabik di kepala. 

Setelah abinya keluar ditemani umi, dia sambung melihat kartun kegemarannya, Spongebob Squarepants.

Umi Feya yang baru masuk pintu menggeleng kepala melihat Feya menonton kartun. 

"Dah besar-besar pun tengok kartun lagi?"

"Baru 24 umi," jawab Feya sambil tersengih. 

"Pagi tadi budak yang tolong kamu tu datang hantar kuih. Siapa namanya?" soal umi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. 

"Faiq Noah."

Umi Feya angguk kepala langsung melangkah ke dapur. Feya berkerut dahi melihat uminya tersenyum riang. Rupanya kuih-muih banyak di dapur adalah pemberian Faiq Noah kepada keluarganya. 

Baik betul Faiq Noah terhadap keluarganya. Nak ambil hati anak, kenalah ambil hati maknya dulu. Ye tak? Barulah hubungan senang direstu.

"Terima kasih Encik Firdaus atas kerjasama anda dengan syarikat saya," ujar Dato Noah Alias sambil menjabat tangan Encik Firdaus.

Encik Firdaus senyum seraya angguk kepala. 

"Mari kita ke bilik saya. Mungkin ada cerita-cerita yang nak dikongsikan," ajak Dato Noah Alias. Encik Firdaus hanya ikut langkah Dato Noah Alias, kawan baiknya itu.

Encik Firdaus duduk di kerusi yang berhadapan dengan meja Dato Noah Alias. Meja yang kemas dan teratur itu menarik perhatian Encik Firdaus. Ada juga beberapa bingkai gambar ahli keluarga Dato Noah Alias. 

Dato Noah Alias yang sedang mengemas sedikit mejanya itu tersenyum melihat Encik Firdaus memerhatikan mejanya.

"Anak-anak kau ke ni?" soal Encik Firdaus sambil memegang satu bingkai gambar tiga orang kanak-kanak. 

"Haah. Dua lelaki satu perempuan. Sulung tu CEO Fina's Holding. Dah nak kahwin dah. Nanti aku bagi kad kahwinnya. Yang kecil sekali perempuan, tengah sambung kejuruteraan awam," terang Dato Noah. 

Encik Firdaus diam mengangguk kepala. Dato Noah Alias cerita hanya dua saja, yang lagi seorang ni mana? 

"Lagi seorang ni?"

"Ouh tertinggal. Tu nombor dua, kerja dengan aku. Umur dah 27 tapi belum bersedia nak ganti tempat aku," sambung Dato Noah Alias. 

Bingkai gambar anak-anak Dato Noah Alias diletakkan semula di tempat asalnya. Dato Noah Alias sudah bersandar pada kerusi miliknya. 

"Anak kau pula, Firdaus?"

"Macam tu lah Alias. Anak aku masih dua orang. Anak yang bongsu ambil SPM tahu ni. Sulung tu pula, duduk rumah teman uminya. Umur dah 24. Aku suruh kerja tak mahu. Malu katanya," kata Encik Firdaus sambil menggelengkan kepalanya. 

Dato Noah Alias ketawa kecil mendengar cerita Encik Firdaus. 

"Biasalah anak perempuan. Tu maksudnya kau berjaya didik anak kau dengan betul dalam Islam. Aku cemburu tengok kau dengan isteri kau dalam hal rumah tangga," puji Dato Noah Alias. 

"Kau apa kurangnya?"

Mereka berdua ketawa bersama. 

Andai Encik Firdaus tahu perangai isteri Dato Noah Alias, Datin Dee dengan sikap memaksa anak-anak tentu dia juga tidak setuju. 

Encik Firdaus dan Puan Zahira lebih suka bersikap terbuka dengan pilihan anak-anak mereka sendiri. Kerana itu merupakan masa depan mereka. Encik Firdaus dan Puan Zahira tidak suka memaksa anak-anaknya kerana yang menempuh itu bukan mereka berdua. 

Encik Firdaus dan Dato Noah Alias berbual bersama sehingga waktu rehat pejabat. Dato Noah Alias terlbih dahulu mengajak Encik Firdaus untuk makan bersama dia sebuah restoran terdekat.

Encik Firdaus setuju dengan cadangan Dato Noah Alias.

Dato Noah Alias dan Encik Firdaus itu berjalan sambil gelak ketawa di hadapan meja Mika, Hanif dan Faiq. Lehernya dipanjang untuk melihat bos dan kawannya itu. Hanya mata saja melepas papan halang meja mereka. Muka mereka berkerut pelik. Jarang bos mereka gelak tawa begini.

"Faiq, bapak kau ada salah makan apa-apa ke pagi tadi?" soal Mika hairan.

"Mana aku tahu. Aku kan makan nasi goreng ayam ibu Hanif. Kau jangan nak buat cerita pasal bapak aku eh," jawab Faiq bercampur sedikit amaran pada Mika. Hanif pula kembali duduk seperti biasa.

Mika dan Faiq turun duduk semula ke kerusi. Faiq kembali tenung ke arah komputernya. Begitu juga Hanif. Mika hanya diam bersandar pada kerusi empuknya itu.

"Faiq. Aku terngok Feya tu kan lawa je. Kalau dapat jadi bini aku, mesti anak-anak aku cantik ikut dia," kata Mika sambil melihat siling kosong pejabatnya itu. Berangan lah tu.

Faiq yang sedang menaip itu terhenti mendengar ayat Mika. Bibir bawahnya digigit geram. Hanif yang nampak perubahan pada Faiq itu cuba menenangkan kawannya itu.

Mika pula masih tersenyum berangan sambil memusing-musingkan kerusinya.

"Kau pernah rasa kena tumbuk tak, Nik Mika bin Nik Zainal," soal Faiq lembut dalam nada geram. Tangannya dikepal erat.

Mika yang berangan itu melihat wajah Faiq yang sudah bertukar jadi singa. Wajah dingin Faiq membuatkan Mika senyum ketakutan.

Kedua tangan Mika dirapatkan tanda maaf. Kepalanya ditunduk beberapa kali.

"Kau ni pahal nak suka Feya?" soal Hanif dari belakang Faiq.

Mika laju menggelengkan kepala. Takut kena marah dengan member. Member kalau marah lain macam auranya. Tak nak tak nak. Silap-silap masuk hospital kaki gantung bersimen.





to be continued~

thank you guys

Continue Reading

You'll Also Like

96.6K 3.7K 13
RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa...
601K 35K 45
[ π‘π‘œπ‘šπ‘π‘™π‘’π‘‘π‘’ ] π™Ίπ™°πšπšˆπ™° π™Ώπ™΄πšπšƒπ™°π™Όπ™° Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...
598K 38.7K 105
"If there's one thing I am sure of,I am sure that you have always belong with me" "I want you to love me and only me" Hanya kerana kejadian pada mala...
88.1K 3.3K 68
QAYISH ILYAZ | QASEH ARNUHA Q's series vol 3 Hubungan yang sudah lama terjalin dan memutik kembali cinta yang pernah ada tanpa dipinta. Sebuah kisah...