C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] Еще

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C47

1.8K 267 74
leimonadd

BONET kereta ditutup. Numair yanh sedang rancak berbual dengan Haji Noor di pangkin dipandang. Dahi mula digaru perlahan seiring dengan dada yang sudah berdebar halus.

Ada hajat sebenarnya Nufa terhadap Numair. Tapi, itu lah. Antara mahu suarakan dan takut. Numair kadang tidak dapat ditebak. Jika kena, tertunailah hajatnya. Kalau tak, mahu dijelingnya tajam.

Uih, perit!

"Tanya aje lah Nufa. Kalau dapat, dapat. Kalau tak, pandai-pandai lah kau." Omel Nufa sendiri. Dada ditepuk perlahan.

Dua lelaki di pangkin itu dihampiri dan tarik senyum kecil Nufa bila kehadirannya disedari Numair. Numair ikut senyum kecil.

'Okey. Macam boleh ni.' Bisik Nufa dalam hati.

"Dah siap dah?" Soal Haji Noor.

Nufa mengangguk kecil. "Dah. Adik dah letak semua barang adik dalam kereta."

Haji Noor mengangguk kecil.

"Kalau dah, gerak sekarang lah. Takde lah sampai lewat sangat nanti." Bicara Numair buat Nufa geabah dalam diam.

Haji Noor mengangguk kecil. Nufa yang seperti tidak senang itu dipandangnya. Berkerut dahi. Walau tak jelas, Haji Noor tahu ada sesuatu yang terjadi.

"Err..."

Numair diam. Nufa dipandang dan kening dijongket sekali.

Lihat riak wajah Numair, Nufa rasa signal okey tadi terpadam laju. Mula lah kata-kata tersekat di kerongkong.

"Adik..." Telan liur, Haji Noor dipandang sekilas. Nak minta bantuan, rasanya di abah tak tahu.

"Ha!" Haji Noor menepuk tangan. Terus dua pasang mata tertumpu kepadanya.

"Kenapa, bah?" Soal Numair. Atas bawah, kiri kanan dilihatnya. Mana tahu ada sesuatu yang boleh menjadi jawapan kepada soalannya tadi.

"Allah. Adik tak pergi rumah Sayf? Kata semalam maknya ada nak kirimkan barang kan?"

Terus terlepas nafas lega Nufa. Laju kepalanya terangguk-angguk mengiakan. Sumpah! Nufa nampak wajah Haji Noor bercahaya sangat sekarang.

Oh. Abah adalah malaikat kiriman tuhan!

"Haah. Semalam abah tak dapat nak hantar. Jadi, adik tak sempat nak pergi rumah Sayf." Jelas satu persatu butir kata Nufa.

Numair pandang Nufa yang sudah menyengih itu.

"Hmm. Nak pergi sekarang lah ni?"

Kepala mengangguk laju sebagai jawapan soalan Numair.

"Mari lah angah hantarkan." Numair tawarkan diri. Kunci kereta yang ada di sisi dicapai.

"Eh, takpe!" Nufa laju menghalang.

Dahi Haji Noor berkerut.

"Adik nak pergi naik apa kalau tak angah hantar?" Soal Haji Noor.

Nufa senyum. "Adik jalan kaki aje lah. Tak jauh pun."

Numair berdecit kecil. Kepala Nufa diluku perlahan. Tak peduli dengan aduh Nufa.

"Angah..." Namun teguran Haji Noor buat Numair tersenyum kecil.

Nufa dipandang atas bawah.

"Tak sedar kaki pendek kau ni. Rumah Sayf tu bukan dekat. Naik kereta, lima minit dah sampai. Kalau kau berjalan kaki ke sana, mahu nak sepuluh minit. Ulang-alik dah dua puluh minit. Tambah lagi kau sembang huu-haa dengan mak dia. Dah setengah jam." Laju Numair membebel. Tangab dah mencekak pinggang.

Nufa julingkan mata. Bangga lah tu dengan kiraan matematik tu?

"Alah, biar aje lah adik jalan kaki ke sana. Sambil tu, boleh abah siapkan sikit bekal nak dibawa balik." Haji Noor datang membela Nufa.

Bahu Numair ditepuk perlahan sambil kepala mengangguk sedikit. Mulut pula tak berhenti kata "tak apa."

Numair urut pelipis kepala. Haji Noor yang memujuk dan Nufa yang dah senyum kemenangan itu dipandang silih berganti.

"Abah dan adik berpakat ya?" Soal Numair kurang berpuas hati.

Bergabung tawa Nufa dan Haji Noor.

"Yalah. Pergi lah cepat. Tapi kalau lambat sangat, angah angkut kau ya."

Nufa angguk dan tangan dibawa menabik di dahi

"Aye, aye, tuan!" Kaki dihentak dua kali sebelum laju Nufa beredar dari situ. Tak mahu berlengah lagi. Lambat dia pergi, lambat pula mereka bergerak pulang.

Numair hanya menggeleng sahaja lihat larian kecil Nufa. Haji Noor dipandang kemudiannya.

"Abah nak bekal kan apa?" Menyengih Numair di akhir kata, buat Haji Noor melepaskan desis kecil.

"Tadi macam tak nak. Mari lah bantu abah di dapur." Ajak Haji Noor. Terus dia menuju masuk ke dalam rumah dengan celoteh Numair di sisinya.

DAHI yang sedikit berpeluh dilap dengan hujung lengan baju. Tangan dah naik perlahan mengipas wajahnya. Ingatkan berjalan pagi-pagi begini sejuk. Bahang juga rupanya.

Menoleh ke belakang, Nufa tahu dia sudah berjalan jauh dari rumah. Lihat jam, mungkin tiga minit nanti nampak lah simpang nak masuk rumah Sayf.

Keluarkan telefon, Nufa rakamkan video pendek. Setelah itu dihantarnya kepada Sayf.

Update dalam kurungan cari pasal. Macam biasa.

You
Kau baik-baik eh dengan aku. Aku otw ambil kiriman untuk kau tau!

Send!

Berhenti sekejap, Nufa ambil pula gambar langit yang mulai mencerah. Nak update di WhatsApp status dan IG Story. Bukan selalu dia flex balik kampung.

Ting!

Pesanan Sayf masuk.

Sayf Dude
Baik tuan puteri. Hamba sangat terhutang budi.

Mengekek ketawa Nufa membaca balasan Sayf. Telefon disimpan kembali dalam poket.

Kaki mulai melangkah lagi. Dan langkah kaki jadi makin laju bila mata mula nampak simpang rumah Sayf.

Masuk ke dalam simpang rumah Sayf, Nufa helakan nafas lega. Lega keraba sudah sampai dan lega juga kerana lihat mak Sayf, Mak Hasnah sudah ada di pangkin. Menunggunya mungkin.

"Assalamualaikum, Mak Hasnah!"

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SETELAH hampir lima belas minit bertukar dan bersembang pendek dengan Mak Hasnah, Nufa minta pamit dahulu. Itu pun sebab telefonnya yang dah berdeting beberapa kali. Mak Hasnah perasan agaknya.

"Terima kasih ya, Nufa. Nanti kirim salam sayang Mak Hasnah kepada Sayf."  Ujar Mak Hasnah saat Nufa menyalam tangan tua itu.

Nufa mengangguk.

"Sama-sama. Baik, Mak Hasnah. In shaa Allah Nufa sampaikan. Mak Hasnah pun, terima kasih bagi bekal buat Nufa." Plastik oren yang menjadi miliknya diangkat sedikit.

Berat tak berat, macam sama rata aje pemberian Mak Hasnah buatnya dan Sayf.

"Yalah. Elok-elok jalan." Pesan Mak Hasnah. Tangan naik melambai perlahan bila Nufa mulai beredar dari pangkin.

"Baik, Mak Hasnah. Assalamualaikum!" Pamit Nufa tanpa menoleh lagi.

Dengan senang hati, Nufa beredar dari situ. Beg Eco yang dijinjit mula disangkut pada bahu. Tangan satu lagi erat menggenggam plastik yang berisi bekal buatnya daripada Mak Hasnah.

Terlalu gembira agaknya, Nufa mula menyanyi kecil. Langkah kaki pun ikut sama dengan nyanyiannya. Sedikit terjengket-jengket.

"Dah macam Bujang Lapok pula kau ni, Nufa." Nufa gelak sendiri dengan perlakuannya.

Tiba-tiba, telinga menangkap deringan telefon dari poket. Tak berlama, telefon dibawa keluar dari poket dan skrin dipandang.

Kaki mati langkah. Terpasung atas tanah.

+6011-3712238
Calling

Oh. Nombor itu sudah tidak asing bagi Nufa. Tak save pun takpe.

Dada dah berdebar. Namun, jari tetap juga menggesek ikon hijau untuk menjawab panggilan itu.

Tarik nafas dan hembus perlahan, telefon dilekapkan di telinga. Cuba tenang, kaki ambil langkah kembali. Mata pula melilau mencari punat ketenangannya.

"Hmm." Nufa berdeham menegur dahulu.

Langit dipandang. Ya. Itu punat tenangnya. Langit yang sudah tidak segan untuk keluarkan warna terangnya.

"Hmm." Nadhif di talian sana ikut mengajuk.

Nufa menjulingkan mata. Awal-awal dah menjengkelkan. Hilang dah debaran tadi.

"Nak apa?"

"Takde apa."

Dahi Nufa berkerut.

"Kalau takde apa, bazir duit call ni kenapa? Dah kaya sangat?" Sarkastik soalan Nufa.

"Takde lah kaya, tapi boleh lah."

Nufa senyum sinis. Tak poyo tak sah.

"Lepas lah nak buat masuk meminang anak dara orang."

Kaki Nufa terhenti, tak mahu melangkah. Dada berdebar laju. Hati rasa macam-macam perasaan. Tak tahu mana yang mendominasi.

"Oh." Balas Nufa pendek.

Liur ditelan dan nafa ditarik dan dihembus perlahan. Detak jantung cuba dineutralkan kembali.

"Kalau dah ada anak dara orang nak dipinang, sibuk call aku kenapa? Nak jadikan aku salah seorang ahli rombongan meminang?" Jengkel suara Nufa.

Yalah. Pagi-pagi mood baiknya dirosakkan. Menyesal pula dia jawab panggilan lelaki ini tadi.

"Emm, lebih kurang lah." Nadhif hanya melayan sahaja.

Nufa mencebik sedikit. Berdecit, matanya dijulingkan. Nafas pun dilepaskan berat. Rasa jengkel.

"Betul-betul lah. Nak apa call ni?" Soal Nufa. Suara dah lemau.

"Takde apa. Saje." Tanpa nada Nadhif membalas.

Langkah kaki Nufa mati sekali lagi. Penat jadi dua kali ganda tiba-tiba. Semua sebab Nadhif.

"Pagi lagi kau nak cari pasal ni. Dah lah bye." Nufa minta pamit tapi suara Nadhif menghentikan tangannya dari bergerak.

"Kejap lah, Huwainaa."

Pejam mata, Nufa tarik nafas dalam-dalam.

'Apa lah jampi lelaki ni. Asal sebut Huwainaa, terus berdebar dada aku.'

"Aku nak kena cepat lah."

"Cepat ke mana?" Soal Nadhif perlahan. Nadanya tenang sahaja.

Nufa telan liur.

"Aku dari rumah Sayf. Mak dia ada kirim barang. Ni nak balik semula ke rumah abah aku." Jawab Nufa. Pasrah. Kaki dah kembali melangkah semula.

"Oh, rumah abah."

Nufa gigit bibir bawah. Entah kenapa rasa malu bila dengar gumam kecil Nadhif.

'Jantung. Behave!'

"Kau jalan kaki ke? Lelah semacam aje bunyi."

"Haah."

"Tu lah. Lain kali jangan selalu makan malam-malam. Kan dah penat bila kena jalan jauh-jauh. Tu tandanya dah debab lah tu." Keselambaan Nadhif yang menutur kata tanpa bertapis buat darah Nufa naik ke kepala.

Takde dah nak berdebar bagai. Rasa berderau itu ya. Kalau Nadhif di hadapannya, memang tulang kering lelaki itu menjadi sasaran sepakannya.

Biadab!

"Eh, kau elok sikit ya! Mana ada aku selalu makan malam-malam!" Bidas Nufa geram. Tak peduli dah kalau suara dia naik tinggi mana.

Orang kampung! Tengok ni! Ada pembulian dalam talian!

Nufa tangkap tawa kecil Nadhif. Buat Nufa makin geram.

"Mana lah aku tahu kau tak buat." Tanpa rasa bersalah, Nadhif beri jawapan.

"Kalau tak tau, jangan main lontar kata aje!" Nufa tak mahu kalah. Laju dia membalas.

"Dan, kau pun selalu lah kena update kat aku apa yang kau buat atau tak buat. Biar aku tak main lontar kata aje." Lembut bicara Nadhif.

"Erk." Mati kata Nufa. Dada berdebar semula.

Nadhif diam di talian sana.

"Dah lah tak dapat update. Nombor aku pun belum tentu simpan lagi."

Terjongket kening Nufa dengar nada berjauh hati Nadhif. Jadi jengkel tiba-tiba. Tapi, entah kenapa perut rasa memulas kecil juga.

"Kau tengah mengorat aku kan?" Dengan yakin Nufa bertanya.

Nufa dengar gelak besar Nadhif. Terus terkedu Nufa sendiri. Mata terkebil-kebil. Dalam kepala terbayang terus wajah Nadhif yang sedang hamburkan tawa.

Dimple smile. Pasti ada!

"Kelakar ke?" Nufa buat-buat garang.

"Kelakar, Una."

Sekali lagi Nufa terkedu. Tangan naik menutup sebelum tanpa tahan jeritan geli dilepaskan.

Pipi dah hangat dek nickname yang dia dengar tadi.

"Siapa Una?" Geli nada Nufa bertanya.

"Arnab kat sini." Nakal Nadhif menjawab sambil gelak kecil.

Nufa kegelian sendiri.

"Kau ni mabuk ketum ke perangai lain macam ni? Eee, geli lah Nadhif Hamza. Geli!"

Nadhif ketawa lagi.

"Apa-apa aje lah. Bye. Aku nak siap-siap pergi kedai. Sembang dengan kau, makin lambat aku." Nadhif tiba-tiba membebel kecil.

Nufa cekak pinggang. Gaya tak puas hati.

"Ada aku suruh call ke?"

"Takde."

"So, then? Salah siapa kat sini? Aku?" Tak puas hati Nufa bertanya.

"Tak. Salah rindu."

Nufa terkedu. Allah. Dah berapa kali dia kena serang tiba-tiba dengan Nadhif.

"Bye, Huwainaa."

Dan talian mati. Tinggal Nufa sendiri dengan bunyi tut... tut... tut... di telinga.

Nufa telan liur. Kaki mula mengatur langkah kembali. Pandangan dibuang kosong ke hadapan. Sepanjang perjalanan ke rumah, Nufa diam. Otaknya kosong.

"Eh, sampai dah. Tepat-tepat!" Dan suara Afrina menyedarkannya.

Pandang sekeliling, Nufa baru perasan yang dia sudah betul-betul di pangkin. Sambil duduk pula tu. Sumpah Nufa tak perasan langsung.

"Kenapa muka merah ni?"

"Hah?" Perlahan Nufa bersuara. Dibiarkan sahaja tangan Afrina menyentuh wajahnya.

Afrina menggeleng tanpa tahu apa-apa.

"Naik atas dulu lah duduk bawah kipas. Hilangkan panas dulu." Pesanan Afrina Nufa terima dengan anggukan kecil.

Bila Afrina beredar, terus Nufa tutup wajah dengan kedua tangannya. Memang rasa hangat. Dan Nufa baru rasa degup jantungnya yang sedang menggila sekarang.

Semua sebab Nadhif! Tak suka!

*Lambat sedikit tapi okey kan? ♡

Продолжить чтение

Вам также понравится

THE TENGKU'S 2 pony22

Любовные романы

114K 6.5K 53
[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +
CINTA SEBENAR MIKAEL [C] hello

Любовные романы

217K 14.1K 48
[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang t...
C | 𝐁𝐅𝐅 lemon dah tua 🍋

Подростковая литература

682K 64.6K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
941K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...