C | ๐‚๐”๐๐ˆ๐ƒ

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C41

1.9K 270 113
By leimonadd

NIAT nak masuk ke dalam rumah secara sembunyi terbantut bila lihat Habeeba masih rancak menonton televisyen di ruang tamu. Tak jadi terus terjengket-jengket kaki sendiri. Sudahnya, sengih kekok sahaja Nufa ukirkan buat Habeeba yang sudah memandangnya kehairanan sendiri.

"Lambat kau balik. Overtime ke?" Tegur Habeeba sambil memandang jam di dinding. Jarum pendek sudah mahu ke angka 12, baru Nufa sampai ke rumah.

Nufa hanya sengih sahaja. Pintu dikunci dan Habeeba yang ada di ruang tamu dihampiri. Labuhkan duduk di sofa dahulu sebelum selamba tangan mengambil gelas Habeeba yang berisi suku jus epal. 

Habeeba hanya memerhati. Tangan masih setia bawa masuk kerepek pisang masuk ke dalam mulut. Mata pula tak sudah-sudah memandang Nufa yang masih belum menjawab pertanyaannya tadi.

"Overtime?" Habeeba kembali bertanya, inginkan kepastian. Bukan apa. Jarang si Nufa ni pulang lewat dari dobi. Kalau pulang lewat pun, pasti dia dimaklumkan terlebih dahulu. Ini, tiada pesan apa-apa, tahu-tahu terjengket-jengket masuk rumah sendiri serupa pencuri.

Nufa hanya kemam bibir sebelum dia mengangguk perlahan. Betul lah dia overtime, cuma bukan di dobi. Hehehe. Tak menipu kan kalau begitu?

"Banyak nampak kain baju kau kena handle sampai tak boleh nak tunggu esok." Habeeba dah memerli. Bau-bau curiga tu dah muncul. Lagi-lagi bila Nufa seakan-akan pasif menjawab pertanyaannya.

Kebiasaan Nufa bila pulang dari  kerja, mulut kecil itu pasti bising bak bertih jagung. Tak berhenti menceritakan hari sendiri di tempat kerja walau tiada siapa yang meminta. Habeeba kadang-kadang terpaksa melarikan diri nak elak dengar celoteh harian Nufa. Dan tiba-tiba balik lewat hari ini tanpa 'mesin bertih jagung'. Mana dia tak curiga?

Nufa hanya sengih. "Lebih kurang macam tu lah." Acuh tak acuh sahaja Nufa membalas. Tangan dah tergaru-garu dahi sendiri.

'Alah, Nufa. Tak boleh kekok lagi ke kau ni?' Kutuk Nufa sendiri. Makin nak mengutuk diri bila lihat pandangan curiga yang dilemparkan Habeeba kepada dirinya.

Habeeba mengunyah perlahan. Nufa tak lepas dari pandangan matanya. Sah ada sesuatu yang Nufa sorokkan daripadanya. Jika tidak, takde lah cangung semacam setiap gerak-geri kawannya itu.

Nufa buat-buat tak nampak sahaja dengan pandangan mata Habeeba. Telefon yang berdeting sekali tanda ada pesanan WhatsApp yang masuk, berjaya menyelamatkan Nufa untuk terus beriak kekok. 

Gelas diletakkan di atas meja dan telefon dibawa keluar daripoket telefon. Lihat nama Sayf yang tertera, terus tetingkap perbualannya bersama Sayf dibuka. Lelaki itu dah malas nak menaip gamaknya sampai habis dispam mesej suara. Tengok durasi pesanan suara itu, Nufa yakin yang Sayf hanya menjerit sahaja.

Nufa sengih. Pesanan suara yang paling panjang durasinya dimainkan. Skip yang pendek-pendek sebab dah faham dengan Sayf.

Sayf Dude
▶️ ----------------------

"Orang dating Cameron dah balik ke tu?! Kemahen dating sampai lupa nak me---"

Terpejam mata Nufa dengan jari laju menekan punat suara. Hilang suara Sayf disebabkan volume yang sudah diperlahankan. Bibir dikemam sebelum kepala diangkat. Cuba untuk tidak bertembung empat mata dengan Habeeba, namun gagal.

Bersama senyum sinis, Habeeba pandang Nufa. Kunyahan kerepek pisang jadi makin laju daripada kunyahan tadi. 

"Oh... overtime." Omel Habeeba perlahan seraya punggung dah diangkat mahu labuhkan duduk di sebelah Nufa.

Nufa hanya sengih sahaja. Kantoi busuk macam tu je dengan Habeeba. Semua sebab kepoh sepupu gadis itu sendiri merangkap kawan baik kepochinya.

Ya. Kita ada Sayf Hakim. Takkan tenang ya dunia kamu jika ada Sayf Hakim di dalamnya.

"Sampai Cameron ya kau cuci baju?" Habeeba teruskan memerli lagi. Dia sudah makin merapat kepada Nufa, buat Nufa tak selesa di tempat sendiri.

Menjadi sepupu Sayf, Habeeba tak kurang kepohnya juga. Tahu yang Nufa pasti akan melarikan diri, laju sahaja tangan dan kakinya mengunci tangan dan kaki Nufa. Habis menjerit Nufa dek kerana perbuatannya itu.

"Ain Habeeba!!!" Menjerit Nufa sambil tawa besar dilepaskan. Sah tak boleh terlepas selagi Habeeba tak tahu cerita dari A sampai Z.

"Cerita cepat!!!"

Dan Nufa hanya mampu pasrah sahaja. Sama aje kepochi dua sepupu ini. Bezanya cara sahaja. Huh!

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SAKIT mata Nufa melihat senyuman yang terukir di bibir Habeeba. Bukan senyuman manis tahu, itu senyuman menyakat. Sepanjang dia bercerita tentang harinya hari ini seperti yang dipinta Habeeba, langsung tak lekang senyum dari bibir Habeeba. Yakin semua tahu senyuman apa itu.

"Omo, omo, jinjja!" Habeeba berbahasa asing seketika. Bahu Nufa entah kali ke berapa menjadi sasaran tumbukan manjanya.

"Apa jadah kau ni?" Komen Nufa selamba sebelum dia tolak Habeeba menjauh daripadanya. Lenguh dikurung tangan dan kaki oleh Habeeba.

Nufa menjeling bila lihat Habeeba dah menggeletis landing di sofa. Atas bawah, atas bawah memandang Habeeba sambil tangan laju membuka tudung yang melilit kepalanya. Baru ada peluang nak lepaskan kepala sendiri daripada terus dibungkus. 

Habeeba pandang Nufa sambil sengih gedik.

"Aku nak jumpa lah mamat poyo tu. Macam hensem aje." Kerepek pisang dibawa masuk ke dalam mulut. Kunyahan jadi laju tiba-tiba.

Nufa hanya diam. Habeeba yang seperti sudah tangkap angau dengan Nadhif dek penceritaannya tadi dipandang tanpa suara. Dahi dah berkerut habis. Pelik dengan Habeeba.

"Aku cerita perangai dia tadi boleh kau kata dia hensem? Kau ni betul ke tak? Mamat kerek macam tu kau kata macam hensem?" Garu kepala Nufa dibuatnya.

Habeeba mencebik kecil sebelum dia sengih kembali. Muka tu memang tunjuk habis yang gadis itu sedang membayangkan rupa Nadhif dalam kepala. Bahaya kedudukan Nadhif sekaramg! Bahaya!

"Kalau kat kau, memang lah dia tak hensem. Tapi aku yang dengar ni, dia semacam hensem tau walau poyo-poyo macam kau cakap tu. Siapa nama dia tadi?"

Nufa terdiam. Habeeba dipandang. Macam tangkap angau minah ini.

"Siapa nama dia tadi Nufa?" Habeeba bertanya sekali lagi bila Nufa diam tidak memberi sebarang jawapan.

"Nadhif." Telan air liur Nufa selepas itu bila lihat Habeeba dah tersenyum manis dan mengangguk kecil.

"Nadhif. Nadhif. Nama pun hensem." Komen Habeeba buat Nufa tak tahu nak beriak apa. Sudahnya dia lihat sahaja Habeeba yang ceria mengulang sebut nama NAdhif berkali-kali. Serupa itu lah kesukaannya.

"Yang kau beria sebut nama dia kenapa? Bukan sedap pun." Entah kenapa Nufa rasa jengkel tiba-tiba. Bukan dengan Habeeba, tapi dengan Nadhif. Kok namanya dosebut terus oleh gadis lain.

Habeeba mencebik.

"Kau jeles ke?"

Terhambur terus gelak Nufa. Punggung juga dah diangkat mahu beredar dari situ. Nak tunjuk yang sesungguhnya, soalan Habeeba tadi langsung tak ada dalam kamus hidupnya. Jeles? Dengan Nadhif? Pfft! Tunggu Malaysia hujan emas dulu baru dia akan jeles dengan lelaki itu.

Habeeba hanya diam sahaja malihat Nufa yang dah berlalu pergi dari situ. Mencebik seketika, telefon terus diambil. Ada informasi yang perlu dia cari. Dan pasti, sumber yang sangat dipercayai kala ini seorang sahaja. Siapa lagi kalau bukan Sayf Hakim.

"Nadhif eh?" 

Di dalam bilik, Nufa sudah selesai ketawa. Tudung yang berada di tangan dilemparkan terus ke dalam bakul baju kotor di sebelah tandas. Begitu juga dengan anak tudung dan stokin yang sudah dibuka. Sudah itu, Nufa duduk diam sendiri di atas katil.

Berfikir. Riak Habeeba tadi masuk dalam kepala. Entah kenapa sekarang baru rasa tak senang bila kepala ulang tayang semula reaksi Habeeba tika dia bercerita tentang Nadhif tadi.

Kepala digaru perlahan. Tanda dirinya sedang dilanda kerunsingan.

"Nampak hensem ke mamat tu dalam cerita aku tadi?" Soal Nufa kehairanan.

"Aku rasa dia nampak jahat dan kerek tahap giga dalam cerita tadi." Kepala digaru lagi.

Pintu yang tertutup rapat dipandang. Ingat semula senyuman Habeeba tadi. Nampak manis sungguh.

"Macam suka aje minah tu." Omel Nufa perlahan. Tak sedar yang bibir dah memuncung sendiri seperti gaya tak berpuas hati. Sampai lah bila lihat wajah sendiri di cermin, baru Nufa perasan yang dia sedang memuncung.

Bibir dikemam dan kerut di dahi dihilangkan. Senyum diukir dan jelas nampak cangung di situ.

"Apa kau buat ni Nufa? Kalau Beeb suka pun, dah kenapa?" Soal Nufa sendiri sambil menggeleng perlahan.

Bangun dari katil, Nufa mahu ke bilik air. Ada badan yang perlu dibersihkan dan disegarkan setelah satu hari dilalui dengan drama tanpa henti. 

Langkah kaki dibawa menuju ke almari baju. Mahu ambil baju tidur yang membangkutkan moodnya hari ini. Baru sahaja kaki mahu melangkah masuk ke dalam bilik air, telefon kuat berdering minta diangkat. Melencong terus kaki dari mahu ke bilik air, ke katil yang baru sahaja ditinggalkan tadi.

Melihat skrin telefon, nombor tidak dikenali muncul. Tapi, Nufa tahu nombor siapa itu.

Sejak akhir-akhir ini, nombor yang tidak disimpan masuk ke dalam kontak itu memang rajin muncul di aplikasi WhatsAppnya.

Malas-malas, panggilan dijawab. Namun, bukan Nufa yang bersuara dahulu. Itu rule wajib dalam hidupnya. Bukan dia yang mulakan perbualan. Jika mahu lanjutkan bual, sila lah bersuara terlebih dahulu ya.

"Hello." 

Nufa diam sahaja. Tak punya hati mahu balas sama.

"Finally, you jawab pun telefon I Nufa. You pergi mana satu hari ni? Dobi pun you tak balik tadi kan?"

Nufa jadi jelek sendiri.

"Dah jadi ex, nak jadi stalker pula ke?" Bidas Nufa geram. Sebab itu kadang malas nak menjawab panggilan Mifzal. Kalau diangkat, jadi lain. Kalau tak diangkat pun jadi lain.

"I dah kata I nak baiki kan hubungan kita ni? Tapi, you yang tak nak." Mudah sahaja balasan Mifzal. Buat Nufa rasa jelek dua kali ganda.

"Apa Ayesha tak cukup bagi kasih sayang ke sampai kau nak cari aku semula ni Mifzal?" Pelipis diurut perlahan. Pening menghadap perangai gamon si Mifzal Hafiy ni.

"Dah break tu, break aje lah. Yang kau sibuk ganggu hidup aku kenapa?" Sambung Nufa lagi.

Dengar Mifzal mengeluh di talian sana. Itu lah... masa kita sibuk sayang dia separuh nyawa, gatal cari perempuan lain. Bila kita dah bahagia dengan hidup kita, dia sibuk menagih nak masuk balik dalam hidup kita. Gila! Kecelaruan identiti sungguh!'

"Nufa, please..."

Mata dipejam rapat. Entah apa lagi kebohongan yang dia perlu cipta supaya Mifzal terus berhenti daripada menganggu hidupnya. Dia cuma mahu gembira. Itu sahaja! Itu pun lelaki ini susah nak faham. Huh!

"Apa lagi? Aku dah ada pengganti kau lah, Mifzal." Pasrah, ayat itu yang terpacul keluar dari mulutnya. Sambil itu dalam kepala wajah Nadhif yang muncul.

Sedar, Nufa laju menggeleng. Kepala diketuk perlahan bila bayang wajah Nadhif masih belum mahu pergi.

'Apasal aku terbayang dia pula ni?'

"Heh." Sinis gelak Mifzal buat Nufa kembali ke alam nyata. Jelas lelaki itu seperti tidak percaya dengan apa yang dia tutur sebentar tadi.

"Apa heh? Tak percaya?" Nufa jadi panas sendiri.

"Ada ke lelaki yang nak you selain I Nufa?" Pejam mata dek geram Nufa dengar kata-kata Mifzal. Nyata lelaki itu seperti memperlekehkan dirinya.

"Eh, hello. Kau ingat aku tak laku ke?" 

"Yes. I aje yang betul-betul sayangkan you dan boleh terima you. Lelaki lain mana boleh, Nufa. I seorang aje."

"Siapa kata? Siapa kata kau seorang aje?" Jadi makin panas bila dirinya direndah-rendahkan sebegitu rupa oleh Mifzal. Mentang-mentang lah selepas hubungan bersama lelaki itu dia tidak punya lelaki lain selain Sayf. Tambah lagi bila Mifzal sendiri dengan mudah dapat menggantikan tempatnya dalam hidup lelaki ini.

Ini! Tak! Boleh! Jadi!

"You nak kata siapa mahu dekat you? Sayf, si lembut tu?

Bila Sayf yang masuk dalam perbualan ini, Nufa jadi makin geram. Sesedap rasa aje lelaki buaya gila talak ini kutuk-kutuk Sayf. Tak dinafikan Sayf sedikit lembut, tapi tak lembut sangat okey! jika dibandingkan dengan Mifzal, gentleman seperti Sayf lah yang menang dan mendahului. Mifzal? Bila ada masa sahaja. Huh!

"Apasal? Kau trigged ke kalau aku dengan Sayf?"

"Heh." Mifzal gelak sinis lagi.

"Kalau dengan si lembut tu, jelas-jelas you tak laku, Nufa. Balik dekat I lah sayang. I treat you better than before."

Jijik riak wajah Nufa dengar kata-kata buaya Mifzal. Bercakap macam Ayesha tak pernah wujud di antara mereka pula. Dasar bendera merah ini. Terpaling merah. Kasihan lah Nufa kepada Ayesha. 

Mr. Man konon. Mr. Mangkuk Hayun ada lah!

"Dasar buaya. Aku ada abang buah lah!" Terus Nufa matikan panggilan dengan dada yang naik turun menahan marah. 

Telefon dicampak ke tepi. Tidak dia pedulikan detingan demi detingan notifikasi WhatsApp yang masuk. Kerling dari jauh sahaja dah nampak ayat trigged bekas kekasihnya. Sibuk bertanya siapa 'abang buah' yang dijeritkan tadi.

Geram sendiri, rambut diraup kasar.

"Dah kenapa abang buah pula kau ni, Nufa?!" Mahu jadi gila kalau Mifzal termakan kebohongannya tadi. Takkan lah nak rekrut Nadhif lagi? Penat lah dia melayan kerenah poyo lelaki itu semata-mata mahu berlakon depan Mifzal.

Gue capek!

Sedang Nufa runsing sendiri, telefon sekali lagi berdering minta diangkat. Tak lain lah tu kalau disusul panggilan telefon selepas spam mesej di WhatsApp tidak dibalas. mifzal Hafiy, bekas kekasih gila talak.

Dengan geram, panggilan diangkat.

"Apa lagi? Apa lagi? Kau nak aku bawa abang buah aku belasah kau ke?" Soal Nufa geram. Geram dengan Mifzal satu. Geram dengan kelantangan dia berkata-kata pun ya. Nak kelentong apa kalau Mifzal kata nak? Haih, Nufa Huwainaa!

"Ha? Tak berani?" Provok tak mahu kalah bila pemanggil sana diam tidak bersuara.

"Ehem. Marah siapa ni kakak dobi?

Terkelip-kelip mata Nufa dengar suara yang jelas-jelas bukan suara Mifzal. Suara yang ini, lebih menarik. Sinis yang mendebarkan. Malas yang menarik.

"Huh? Siapa ni?" Nufa blur. Dijauhkan sedikit telefon dari telinga, mahu lihat nombor yang tidak disimpan itu. 

"Ini bukan nombor Mifzal ni." Omel Nufa perlahan seraya telefon kembali dilekapkan rapat ke telinga.

"Bekas kekasih kau ganggu kau lagi?"

"Siapa ni?" Dada dah berdebar. Apasal dia rasa ini macam Nadhif eh? Kenapa otak dia lambat sangat cerna suara lelaki itu, jika ya? Walhal nak sehari suntuk mereka bersama. Terpisah pun baru dua jam setengah.

"Abang buah kau lah." 

Dang! Memang wajah Nadhif aje yang muncul dalam kepala sekarang ini. Muka dah berona merah. Eee! Jelas lah lelaki itu turut sama menggunakan nama baharu yang diberikan tadi buat lelaki itu. Semua sebab Mifzal lah ni! 

"Kakak dobi nak abang buah belasah abang polo?

Tergelak kecil Nufa di situ. Malu-malu pun, terhibur sekejap dengan gurauan Nadhif.

"Abang polo kau panggil dia?" 

"Dah dia suka pakai baju polo. Dia ganggu kau lagi ke?" Soal Nadhif.

"Yang kau sibuk kenapa?"

"Kau ada abang buah lain ke nak belasah abang polo?"

"Takde."

"Bagus. Aku pun takkan bagi ada abang buah lain dalam hidup kau."

"Huh?" Merona merah pipi Nufa dengar kata-kata malas lagi selamba Nadhif.

Nadhif diam. Tak rasa mahu bersuara. Lebih selesa dengar nafas Nufa yang macam tak keruan di talian sana. Tanpa sedar, bibir dah menyenget tersengih.

"Kau bila nak save nombor aku?" Soal Nadhif.

"Kau nak, kau save lah sendiri." Berani Nufa berkata. Tahu benda itu ,ustahil dilakukan Nadhif. Senyum sinis terukir di bibir. Nadhif lemah!

Diam antara mereka kembali. Dan itu membosankan Nufa. Dah habis layan Mifzal, nak kena layan Nadhif pula. Lepas ni siapa pula? Sayf Hakim? Sungguh lah. Lelaki yang dia kenal semua tak normal. Semua boleh buat darah tinggi naik melangit.

"Dah lah. Bye." Dan terus Nufa matikan panggilan. Tak peduli dah Nadhif mahu teruskan paggilan ataupun tidak. Badan dia dah terlalu penat ni. Dia mahu mandi.

Kaki mahu bergerak ke bilik air. Namun, detingan sekali tanda WhatsApp masuk mematikan langkahnya. Entah untuk kali ke berapa tergendala langkah kakinya ini.

Daripada Nadhif. Dan berkerut dahinya bila lihat pesanan suara yang dihantar lelaki itu. Berdurasi 2 saat. Agaknya memang dah merancang dengan Sayf agaknya lelaki ini mahu hantar pesanan suara sahaja. 

Biasa lah. Member dah kawtim sekali.

Dimainkan pesanan suara itu namun tiada bunyi yangkeluar. Tepuk dahi, Nufa lupa yang dia perlahankan volume suara tadi. Terus punat volume ditekan, dan menaik tinggi volume suara. Sekali lagi, [esanan suara itu dimainkan Nufa.

+601137122338
"Night, kakak dobi." 

Berdebar dada Nufa dengar suara kantuk Nadhif. 

"Diam tadi, dia tidur ke?" Soal Nufa perlahan.

Ting!

Voice message yang baharu.

+6011-37122338
▶️ "Malam, Huwainaa."

Suara kantuk yang baharu. Dan dang! Nufa terus rebah ke katil dengan dada yang makin menggila berdebar.

Apa benda mamat ni? Tiba-tiba jadi rutin tidur eh wish dia good night bagai? Kyaaa! Jengkel tapi kenapa pipi ini merah eh?

Menggeleng, Nufa terus melangkah maju ke bilik air. Panas lain macam dia ni. Nak kena mandi cepat. Semua sebab seketul Nadhif Hamza. Dasar abang buah poyo!

*Wah dah boleh update HUHUHU. Kita start enjin doluuuu

Continue Reading

You'll Also Like

483K 24.3K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
60.2K 4.1K 84
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
593K 29.3K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...