Sugar Love [C]

qeination รกltal

257K 16.9K 1.3K

โ†ณ *๐๐จ๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐ฏ๐จ๐ฅ ๐Ÿ* เผ‰โ€งโ‚Šหšโœง [Spin-off Magnetic Love] Fadhil | Afia Selepas lima tahun menet... Tรถbb

SL : 1
SL : 2
SL : 3
SL : 4
SL : 5
SL : 6
SL : 7
SL : 8
SL : 9
SL : 10
SL : 11
SL : 12
SL : 13
SL : 14
SL : 15
SL : 16
SL : 17
SL : 18
SL : 19
SL : 20
SL : 21
SL : 22
SL : 23
SL : 24
SL : 25
SL : 26
SL : 27
SL : 28
SL : 29
SL : 30
SL : 31
SL : 32
SL : 33
SL : 34
SL : 35
SL : 36
SL : 37
SL : 38
SL : 39
SL : 40
SL : 41
SL : 42
SL : 43
SL : 44
SL : 45
SL : 46
SL : 48
SL : 49
SL : 50
SL : 51
SL : 52
SL : 53
SL : 54
SL : 55
SL : 56
SL : 57
SL : 58
SL : 59
SL : Epilog
E-book [Adam x Nadhirah]

SL : 47

3.7K 282 22
qeination รกltal

Sejak Afia disahkan mengandung, Fadhil berubah lebih tegas terhadap isterinya. Segala kerja rumah Fadhil melarang Afia untuk melakukannya. Mahu memasak juga tidak dibenarkan sama sekali. Semuanya diserahkan pada Fadhil seorang.

Malah, sekejap Afia mahu mendukung Hez sekejap pun dilarang juga. Alamatnya, dia hanya duduk dan hanya memerhati Fadhil buat kerja rumah.

"Fad, dahlah tu. Dah kemaslah. Mehlah sini duduk sebelah saya." Pelawa Afia. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk. Penat dia tengok Fadhil tak putus-putus vakuum satu rumah. Kalau boleh hari-hari dia nak vakuum.

Fadhil matikan suis alat vakuum. Langkah diatur ke arah Afia lalu punggung dilabubkan di sisinya. Kaki Afia yang berlunjur ke lantai mula bersila di atas sofa menghadap Fadhil yang sedang susah-payah mencari nafas kembali. Penat mengemas rumah.

"Alololo... kesian suami saya. Sampai berpeluh-peluh dia kemas rumah." Peluh yang menitik di tepi dahi Fadhil dilap dengan jarinya. Fadhil tersengih. Naik turun dadanya, kepenatan. Macam baru selesai berlari marathon. Padahal, kemas rumah aje.

"Itulah... saya nak tolong, awak tak kasi."

"Tak payah. Kerja kau sekarang duduk diam-diam dan makan banyak-banyak." Laju Fadhil memintas. Panggilan aku-kau masih sebati dalam dirinya. Sukar untuk ditukar.

Afia cebikkan bibir.

"Nanti gemuklah saya..."

"Gemuk bukan sebarang gemuk, kan gemuk berisi namanya."

"Nanti awak dah tak sayang saya..."

Fadhil menoleh. Berkerut dahinya menatap Afia.

"Siapa cakap?"

Afia tidak menjawab. Wajah ditundukkan.

"Walaupun fizikal kau berubah. Perasaan aku sama ajelah..." Balas Fadhil, lembut. Lalu, kepala sengaja dilentokkan pada bahu Afia.

"Malam ni kita tidur berdua eh... kalau ada Hez, Hez asyik peluk kau aje." Afia tertawa kecil. Hez pula sejak berita mengandungnya sudah sampai ke pengetahuan Hez, dialah yang paling bahagia sekali. Nak dapat adik katakan. Tak sabar mahu jadi abang katanya.

Setiap malam asyik dipeluknya Afia bagai enggan dilepaskan. Menurut Hez, dia mahu rasa dekat dengan adik barunya. Langsung tidak memberi peluang kepada Fadhil untuk memeluk Afia walau sedikit. Biasanya, Hez berada di tengah-tengah di antara mereka, buatkan Fadhil sukar ingin mengambil kesempatan.

"Hari tu mengata saya yang saya cemburu dengan Hez. Sekarang awak pula yang cemburukan Hez..." Afia juihkan bibir.

"Ala, aku manalah tahu dia gembira sangat nak dapat adik baru. Kalau aku tahu macam ni reaksi dia, aku tak nak bagitahu dia. Biarkan kau bersalin dulu, baru aku bagitahu dia..."

"Hei!! Apa cakap macam tu..." Lengan Fadhil ditepuk manja. Buang tabiat ke apa suaminya ini. Fadhil hanya diam.

Kepala yang berada di atas bahu Afia, diselesakan. Masing-masing diam, melayan perasaan.

"Awak tak rindu Izaan dengan Lixin?"

Fadhil tergamam. Kepala yang mendarat di bahu Afia diangkat. Wajah Afia dipandang.

"Kenapa tanya?"

"Dia orang selalu chat saya, tanya pasal awak. Kenapa awak tak balas Whatsapp dia orang? Dia orang berdua risaukan awak."

Fadhil garu pipi.

"Aku bukan sengaja nak pulaukan dia orang. Cumanya... kalau aku balas chat dia orang... nanti aku nangis."

Kelopak mata Afia dikecilkan memandang Fadhil. Aneh-aneh ajelah suaminya. Ada ke alasan macan tu?

"Kenapa pulak awak nak nangis? Lagi satu... salah ke kalau awak nangis?"

"Salah tu memang tak salah. Yang salahnya bila aku nangis depan dia orang."

"Kenapa?"

"Tak gentle la. Seumur hidup aku, aku tak pernah nangis depan dia orang. Dia orang je yang banyak nangis depan aku. Tapi dulu-dululah. Masa zaman belajar," senyuman nipis mula menghiasi wajah Fadhil setiap kali terkenangkan zaman belajarnya.

Kalau boleh, dia mahu putarkan masa kembali ke sewaktu mereka sama-sama belajar dahulu. Walaupun masa belajar agak tertekan, tapi perkara itulah tertekan yang membahagiakan. Sekarang, kalau tertekan, itu semua tertekan yang... memeritkan.

"Afia..."

"Huh?" Terkebil-kebil Afia pandang Fadhil. Tiba-tiba namanya diseru.

"Jom ambil gambar..." Berkerut dahi Afia memandang wajah tanpa riak Fadhil.

"Sekarang? Guna phone awak?" Polos Afia menyoal.

"Bukan... ambil gambar kahwinlah. Kita mana ada gambar kahwin dulu. Kahwin pun tergesa-gesa. So, kali ini kita buat photoshoot besar-besaran. Jomlah!" Bersungguh-sungguh Fadhil mengajak. Matanya bersinar-sinar. Afia diam. Ragu-ragu pula ingin bersetuju.

"Hadiah sempena kau mengandung. Nanti kau gantunglah gambar kahwin kita kat bilik." Tambah Fadhil lagi.

"Awak ada duit ke? Awak kan dah tak ada kerja... saya pun apatah lagi... dah lama tak kerja sejak kahwin dengan awak." Itulah yang dia risaukan dengan permintaan Fadhil. Kalau tak ada duit, macam mana?

"Kenapa semua orang tanya aku soalan yang sama? Mestilah aku ada duit." Keluh Fadhil.

"Mana awak dapat duit?" Tanya Afia lagi. Nadanya serius buatkan Fadhil lepaskan keluhan lagi.

"Dulu aku hidup berdua dengan Hez aje. Gaji pun lebih dari cukup. Separuh duit gaji aku tu aku simpan terus dalam bank, tak pernah keluarkan. Bila terdesak je baru aku keluarkan." Terang Fadhil. Entah berapa kali dia perlu jelaskan hal yang sama.

"Berapa gaji awak?"

Alis kening Fadhil terangkat.

"Tak pernah-pernah tanya... sekarang kenapa tanya? Tak cukup ke nafkah yang aku bagi setiap bulan tu?"

"Eh..." Afia terkujat. Duduknya mula tidak senang.

"Salah soalan. Lupakan ajelah..." Terkulat-kulat dia dibuatnya. Belakang tengkuk digaru. Suasana berubah janggal. Fadhil hanya tertawa kecil melihat gelagat isterinya.

***

"Papa, kenapa sekarang papa yang masak? Kenapa bukan mama?" Polos Hez menyoal Fadhil yang sedang menggaul kuah spaghetti di atas dapur gas. Kakinya juga dijengketkan sehingga mata melepasi kaunter kabinet itu.

"Mama kan mengandung, mama tak boleh penat-penat. Jadi, mulai sekarang, papalah yang masak. Kenapa Hez tanya? Papa masak tak sedap ke?" Sengaja dia ingin mengusik anaknya dengan melemparkan soalan cepumas itu.

"Taklah. Papa dengan mama... dua-dua masak sedap. Tapi..." Fadhil tundukkan kepala memandang anaknya yang di paras pinggangnya. Menanti Hez menyambung bicaranya.

"Uncle Adam masak lagi sedap!! Hez sampai tambah-tambah masa tinggal kat rumah atok dengan nenek." Bersungguh-sungguh Hez bercerita. Masih terasa keenakan masakan ayam masak kurma oleh Pak cik Adamnya.

Fadhil tertawa kecil, "uncle Adam masak memanglah sedap. Tak ada siapa yang boleh lawan. Sebab tu papa suruh dia sambung belajar."

"Kalau tak sambung belajar, masakan kita tak sedap ke papa?"

Sekali lagi, Fadhil lepaskan tawa kecil. Kepalanya menggeleng kecil. Aduhai, anak.

Gas api ditutup lalu dia bengkokkan lutut menghadap Hez yang masih terkebil-kebil memandangnya.

"Bukanlah, Hez sayang. Papa nak suruh dia tuntut ilmu banyak-banyak. Biar masakan dia lebih sedap. Sayanglah kalau ada bakat tapi diluaskan lagi. Nanti Hez doakan uncle Adam dapat buka restoran tau..."

"Oteyy, papa!" Hez senyum, menampakkan gigi atasnya.

Fadhil ikut senyum, "Hez tolong panggilkan..."

"Amboi..."

Belum sempat Fadhil ingin meghabiskan bicaranya, ada satu suara yang lebih pantas memintas bicaranya. Segera Fadhil bangkit. Kelihatan Afia sedang menapak ke arah mereka berdua.

"Baru nak suruh Hez panggil kau..." Ujar Fadhil.

"Saya lapar. Bau masakan awak sampai bilik. Sebab tu saya keluar bilik." Balas Afia sambil mengusap-usap perut sendiri. Bau aroma spaghetti buatkan perutnya meragam minta diisi.

"Okey-okey... dah boleh makan dah ni. Jom, makan. Hez duduk dekat meja makan dulu..."

Hez jatuhkan kepala. Segera dia menapak ke meja makan. Fadhil pula mencapai mangkuk besar lalu diletakkan di sebelah kuali. Dengan penuh berhati-hati dia sendukkan kuah spaghetti ke dalam mangkuk besar itu.

"Dengan Hez boleh pula awak bersayang-sayang..." Kata Afia tiba-tiba.

"Hei... cemburu lagi?" Fadhil tertawa halus.

"Hmmm..." Afia tidak menjawab. Kakinya terus dibawa ke meja makan. Namun belum sempat dia ingin menjauh, Fadhil pantas merangkul pinggangnya lalu ditarik merapat ke arahnya. Tepi tubuh mereka saling bersentuhan.

"Kuat merajuk dan kuat cemburu... itulah kau lepas mengandung ni." Omel Fadhil. Selesai dia pindahkan kuah spaghetti ke dalam mangkuk, tubuhnya berpusing menghadap Afia yang masih cemberut.

"Marah ke ni?" Soal Fadhil lembut. Rambut Afia diselitkan ke telinga. Lalu tangan dibawa ke perut Afia yang sudah membuncit.

"Nanti baby ikut merajuk pulak. Susah nanti aku nak pujuk dua-dua."

"Dah tu, tak payahlah pujuk." Bentak Afia. Fadhil gelak.

"Maisarah, nanti dah tiba masanya aku bersayang-sayanglah dengan kau."

"Jangan panggil saya Maisarah. Tak ada siapa pun boleh panggil saya Maisarah."

"Dulu Hez panggil kau Mai, okay aje. Kau tak marah pun..." Kali ini nada Fadhil pula yang seakan-akan merajuk.

"Tu sebab saya sendiri yang suruh."

"So, aku tak boleh panggil kau Maisarah?"

Afia geleng, "awak dah panggil Hez sayang. Jadi, awak dah tak boleh panggil saya Maisarah." Afia silangkan tangan.

Wajah Fadhil mula menghiasi senyuman. Terhibur dengan gelagat Afia ini. Dulu tak ada pula macam ni...

"Mengada kan kau ni..." Hidung Afia dicuit.

"Papa... mama... bila nak habis? Hez nak makan." Sayu sahaja suara Hez mencelah perbualan mereka berdua. Serentak mereka berdua berpaling ke arah Hez yang sudah memegang sudu dan garfu.

"Oh! Okey. Jom makan, Hez SAYANG!" Perkataan 'sayang' sengaja ditekankan. Mangkuk yang berisi kuah spaghetti dibawa ke meja makan. Sempat matanya mengerling ke arah Afia. Terus Afia menghadiahkan jelingan maut buatkan Fadhil gelak halus.

Geli-geliman betul dua orang ni sejak bahagia👄
Korang yang baca ni, okey tak? 😭

Olvasรกs folytatรกsa

You'll Also Like

258K 16.9K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1M 39.7K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
350K 12.4K 87
~๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersat...
1.3M 37.1K 61
4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak diha...