OG| A True Love (Slow Update)

By xMrs_HU

9.3K 679 25

πŸ„ΊπŸ„°πŸ…πŸ…ˆπŸ„° πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…πŸ…ƒπŸ„°πŸ„ΌπŸ„° πŸ…‡πŸ„ΌπŸ…πŸ…‚_πŸ„·πŸ…„ 'π‘†π‘ŠπΈπΈπ‘‡ πΆπ‘‚π‘ˆπ‘ƒπΏπΈ-1~ LA NOSTRA STORIA D'AMORE NON HA FINE. Put... More

ATLπŸ₯€
LxA 1πŸ₯€
LxA 2πŸ₯€
LxA 3πŸ₯€
LxA 4πŸ₯€
LxA 5πŸ₯€
LxA 6πŸ₯€
LxA 7πŸ₯€
LxA 8πŸ₯€
LxA 9πŸ₯€
LxA 10 πŸ₯€
LxA 11πŸ₯€
LxA 12πŸ₯€
LxA 13πŸ₯€
LxA 14πŸ₯€
LxA 15πŸ₯€
LxA 16πŸ₯€
LxA 17πŸ₯€
LxA 18πŸ₯€
LxA 19πŸ₯€
LxA 20πŸ₯€
LxA 21πŸ₯€
LxA 22πŸ₯€
LxA 23πŸ₯€
LxA 24πŸ₯€
LxA 25πŸ₯€
LxA 26πŸ₯€
LxA 27πŸ₯€
LxA 28πŸ₯€
LxA 29πŸ₯€
LxA 30πŸ₯€
LxA 31πŸ₯€
LxA 32πŸ₯€
LxA 33πŸ₯€
LxA 34πŸ₯€
LxA 35πŸ₯€
LxA 36πŸ₯€
LxA 37πŸ₯€
LxA 38πŸ₯€
LxA 39πŸ₯€
LxA 40πŸ₯€
LxA 41πŸ₯€
LxA 42πŸ₯€

LxA 43πŸ₯€

101 6 4
By xMrs_HU

Pakk...

"Dolcezza!?"

Terkedu... Terkejut..

Badan Liliana mula bergetar halus, birai mata mulai membasah sebelum dengan perlahan-lahan mengalir mengikut lekuk pipi. Barang di tangannya juga sudah jatuh menyembah bumi. Wajah itu.. wajah yang amat dia kenali. Wajah yang amat dia rindui selama ini. Wajah yang sentiasa cantik walaupun umur semakin meningkat... Tiada perubahan sama sekali di wajah itu.

"U..u..umi.." tatkala mau menuturkan ayat itu bibirnya bergetar halus. Wanita yang berada di depannya juga sama terkejut.

Wanita itu tidak berkelip mata melihat gerangan dihadapan nya ini. Wajah dan sosok tubuh yang amatlah rindui dan sayangi. Melihatkan wajah cantik bersih gadis itu fikirannya kembali kepada beberapa tahun yang lalu. Masih segar difikirannya gadis itu teresak-esak akibat dia meninggalkan gadis itu bersama bapa dan abang-abang nya dahulu.

"U..umi lu..lupa Lana ke?" Liliana bersuara perlahan dengan tenaga yang masih ada. Mengapa umi nya berdiam sahaja?

Tidak tunggu lama wanita separuh usia itu menarik tubuh halus gadis itu masuk ke dalam pelukan. Pelukan diperkemaskan. Air mata yang kian mengalir itu kembali lebat. Liliana terus membalas pelukan itu dengan erat juga. Liliana dan wanita yang digelar umi itu menangis teresak-esak di dalam sesama pelukan. Luna Az-Zahra berasa bersyukur dapat dipertemukan kembali tapi pada masa yang sama perasaan bersalah akibat meninggalkan gadis ini dahulu juga ada.

"U..umi tipu La..Lana. Umi kata n.. nak cari Lana dengan a.. abang-abang balik."

"Tapi u..umi tak ca.. cari pun, umi jahat!" Dengan susahnya Liliana menuturkan kata-kata itu. Dia kesal, sedih dan rasa ditipu apabila janji umi nya waktu tika dulu tidak ditunaikan. Wanita separuh usia itu tidak berhenti mengusap belakang badannya yang terhincut-hincut itu.

"Umi minta maaf sayang.. umi tau umi salah, maafkan umi. Maaf." Balas puan Luna lemah. Sayu hati sang ibu apabila melihat keadaan anaknya seperti ini.

Han's Andrey, Elvien Allen dan Ryu Cleon yang melihat keadaan itu juga turut sedih. Tidak pernah mereka melihat Liliana serapuh ini. Gadis itu sentiasa menayangkan wajah cerianya tapi kali ini, sungguh jauh berbeza seperti dia menghamburkan segala keperitan dan kesakitan yang sudah lama dia pendam dalam hatinya. Hampir aja air mata Han's Andrey mau menitis akibat melihat isterinya seperti itu. Kalau boleh dia mahu peluk dan tenangkan tapi dia kena faham situasi sekarang.

"Maafkan umi Lana, maafkan umi sebab dah buat Lana kecewa." Kata puan Luna di dalam hatinya.

"Owh, jadi kamu lah ye menantu umi?"

"Ye umi, saya suami kepada Adel. Han's Andrey. Panggil Rey je umi." Balas Han's Andrey lembut. Selepas sahaja isterinya sakit kepala akibat terlampau lama menangis bersama umi nya tadi. Mereka semua terus masuk ke dalam rumah, dapat dilihat begitu ramai saudara mara keluarga isterinya ini. Dan sekarang sesi soal siasat oleh mentua yang asli. Bukan yang fake kat Malaysia tu.

"Yang lagi dua orang ni pula siapa?" Tanya puan Luna lemah lembut. Dia sudah tau jejaka-jejaka di depannya ini kerana anak teruna nya sorang memberitahu dulu. Sengaja dia mau tanya kembali. Tangannya tidak lepas mengelus lembut rambut sedikit hitam sedikit putih milik anak perempuannya itu. Liliana Radella.

Ryu dan Elvien berpandangan sesama sebelum mengukir senyuman manis untuk wanita separuh usia itu. Rasa sedikit canggung pula apabila banyak mata memerhati mereka.

"Saya Ryu Cleon aunty, panggil Ryu je."

"Saya Elvien Allen. Boleh panggil Elvien atau Vien je aunty."

Berkerut dahi Han's Andrey. Haih asal kemain lemah lembut, sopan santun je ni? Kalau tak perangai macam minta kena campak dalam laut aje.

"Tak usahlah ber aunty-aunty bagai, panggil je umi." Sopan puan Luna memberitahu. Ryu dan Elvien hanya mengangguk kecil sambil menarik satu senyuman manis.

"Umi.." Panggil Liliana manja. Puan Luna terus mengalihkan pandangan ke arah anak perempuannya yang seorang ini.

"Kenapa sayang umi ni? Lapar ke? Nak umi masak lauk kegemaran Lana?" Tanya puan Luna lembut tapi hanya gelengang dari gadis itu dia dapat.

"Mana abang Ahan? Mana Nene?" Tanya Liliana, mana abang kesayangan nya ini. Dia mau peluk jejaka itu puas-puas dan mana nenek dia juga? Puan Luna yang mendengar hanya tersenyum nipis. Sudah dia agak itu soalan yang akan keluar dari mulut itu.

"Ahan dia keluar kejap kata ada urusan, kalau Nene macam biasalah dengan kekasih hati dia kat belakang tu." Faham sangat dengan perkataan 'kekasih hati' itu. Liliana hanya mengangguk faham sebelum menutup mata untuk menikmati belaian lembut dari umi nya itu.

Mereka mula bertukar-tukar cerita dan bermacam lagi sebelum ada satu suara lembut menyapa mereka. Pada mulanya Ryu masih malas untuk melihat gerangan itu tapi selepas dia merasakan sesuatu dia mula melihat gerangan itu.

"Kak Lana!!" Liliana mula membuka mata sebelum dia tersenyum lebar sampai menayangkan gigi putihnya itu. Dia mula duduk dari perbaringan.

"Ameraa." Dia mula memeluk gadis itu sebelum belaga pipi. Rindunya dia pada gadis seorang ini. Sepupu kegemaran dia dan sekepala dengan nya walaupun berbeza umur hanya setahun tapi gadis ini cukup matang.

"Bila kak Lana sampai, kenapa tak cakap kat Mira pun? Ni kenapa mata bengkak ni hah!?" Pelbagai soalan di tujukan kepada Liliana. Dia masih tidak perasan akan kehadiran lagi tiga jejaka di belakang nya itu. Rindu sangat dekat kakak sedara dia ni terus tak tengok kiri kanan.

"Kak Lana saja nak surprise korang semua tapi tak tau pulak kak Lana kena suprise balik sampai keluar air mata ni. Sebab tu bengkak hehe." Balas Liliana tenang. Rasa tidak percaya apa yang dia rasakan saat ini masih ada tapi ini realiti bukan lah mimpi. Dia patut bersyukur dapat di pertemukan kembali dengan ibu kandungnya ini.

Gadis bernama Amera Sophie itu hanya mengangguk faham. Dia faham maksud kakak sedara nya itu. Pasti gadis itu menangis terharu akibat berjumpa kembali dengan ibu kandungnya itu. Kalau dia pun pasti akan menangis juga kalau berada di tempat kakak sedara nya itu. Ryu Cleon yang melihat gadis itu tidak berkelip mata. Jantung nya berdetak kencang. Dia ingat wajah jelita gadis itu. Wajah yang buatkan dia terkadang angau.

Elvien yang perasan akan sahabat nya itu tenung gadis yang bernama Amera itu terus berkerut hairan. Mengapa sahabat nya sorang ini? Asal tenung anak dara orang macam tu. Tak boleh jadi ni. Elvien Allen sudah berkali-kali mencuit sahabat nya itu tapi masih tiada sebarang respon. Akhirnya dia terpaksa menggunakan teknik yang lama dia pendam. Nafas ditarik sebelum di hembus perlahan-lahan.

1...

2...

3.

Papp..

"Aduh!! Woii sakit lah gila, apahal kau ni pukul aku, nak ajak minifiesto ke hah!!" Marah Ryu Cleon sambil mengusapkan kepalanya itu.. ayoo boleh benjol kepala dia kalau kena hempuk macam ni tiap hari. Elvien Allen menjeling tajam kearah Ryu Cleon. Eh dia nak marah kita pula.

"Yang kau ni dah kenapa? Yang pergi tenung anak dara orang macam nak makan tu asal? Kau jangan macam-macam eh aku bagi tau mama papa kau yang kau gatal." Ujar Elvien memberi amaran.

Andrey, Liliana, Ameera dan puan Luna hanya memerhati sahaja. Malas mereka mau masuk campur biarlah mereka berdua selesaikan dengan cara mereka sendiri. Han's Andrey sudah menahan geram. Dah agak dah pasti perangai acah sopan santun mereka itu kejap aje. Sedang bising di ruang tamu kedengaran lagi satu suara dari arah belakang Liliana. Liliana yang kenal akan suara itu terus pusing belakang sebelum tersenyum gembira.

"Nene!!" Liliana berlari anak mendapatkan nenek nya itu. Liza Ruhainie yang baru masuk ke dalam ruang tamu yang agak besar itu terus terperanjat akibat pelukan kejutan dari cucu kesayangan nya itu. Dada di elus perlahan sebelum..

Pakk..

"Nenee!! Sakitlah." Terjerit kecil Liliana apabila belakang badannya menjadi mangsa pukulan nenek nya itu. Apa salah dia sampai kena dera ni.

"Bir dahaki sefere önce merhaba de, seni nasıl sevmediğim konusunda şaka yapmıyorum. Bende ne tür bir kalp ağrısı yarattı?" Marah puan Liza kepada cucunya itu. Liliana tersengih seperti kerang busuk.
Translate: Lain kali bagi salam dulu, ni tak main redah je macam mana aku tak hempuk kamu. buatnya aku sakit jantung macam mana?

Kalau neneknya sudah membebel dalam bahasa ibunda dia memang dah tak boleh nak buat apa dah. Maksudnya memang dia marah betul-betul tak tipulah.

"I'm sorry Nene hehe.." Aku kembali memeluk tubuh tua itu erat. Haih umur dah 70an tapi jiwa macam anak muda. Puan Liza mengelus lembut rambut sedikit putih cucunya itu. Persis seperti dia ada anak-anak nya yang lain. Ye mereka keturunan albino. Katanya ini salah satu penyakit tapi alhamdulillah tiada apa-apa terjadi, cumanya..

"Pstt.. pst. Tu ke Nene Liana?"

"Aku rasa yelah kot." Balas Ryu sambil berbisik juga.

"Patutlah cucu cantik rupanya genetik dari nenek dia, kan."

Elvien mengangguk setuju. Puan Liza yang terperasan akan kedatangan lagi tiga makhluk itu terus menolak cucunya jauh. Hampir sahaja Liliana ingin terjatuh akibat tolakan dari nenek nya itu. Puan Liza datang menghampiri anak perempuannya dan duduk berhadapan dengan tiga jejaka tampan itu. Dia mula memandang tajam ketiga-tiga jejaka itu. Mana satu ye agaknya cucu menantu aku? Tiga-tiga hensem ni tak akan lah cucu aku tu kahwin tiga?

"Mana satu cucu menantu aku?" Soal puan Liza tegas. Bahasa melayu nya masih ada sedikit pelat. Ryu dan Elvien terkebil-kebil sebentar sebelum memandang Han's Andrey yang sedang memerhatikan isterinya itu.

"Saya nek, saya suami kepada cucu Nene, Han's Andrey. Panggil je Rey." Sopan Han's Andrey bertutur. Satu senyuman manis di tayangkan.

"Owhh, yang lagi dua ni pula siapa? Suami cucu aku juga ke?" Puan Luna yang sedang menikmati air teh hangat itu terus tersedak mendengar soalan yang keluar dari mulut mak nya.

"Apa mak cakap macam tu. Tak kan lah anak Una nak kahwin sampai tiga." Puan Luna menggeleng kepala nya perlahan melihat maknya tersenyum tidak bersalah itu.

"Manalah tau yang cucu aku tu tak tau nak buat pilihan sebab tiga-tiga hensem sangat tu sampai kahwin tiga terus."

Ryu dan Elvien tersenyum kekok mendengar jawapan tersebut. Liliana kembali datang ke sofa tersebut dan mengambil tempat disebelah umi nya dan berbaring kembali. Masih ingin melepaskan rasa rindu.

"Umi, nene, kami tinggal sini selama seminggu tau. Lepas tu baru balik ke Malaysia semula." Terang Liliana sambil menutup matanya, menikmati belaian kasih dari sang ibu yang sudah lama terpisah.

"Tinggallah berapa lama pun kamu semua nak, kami tak kesah. Lagi ramai lagi bagus." Kata puan Luna tenang.

"Betul, betul!! Kalau kak Lana tinggal sini lama-lama boleh kita pergi shopping macam dulu lagi." Sampuk Amera pula, sudah lama mereka tidak keluar sama-sama dan menghabiskan duit.

Liliana mengangguk setuju sambil tersenyum suka. Yeayy shopping

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Dari lepas makan malam bersama hinggalah habis makan malam, Ryu Cleon tidak berhenti dan jemu memandang wajah jelita gadis itu, haihh indahnya ciptaan mu Ya Allah. Ryu melihat gadis itu gelak ketawa bersama Liliana, tidak tau apa yang diborak kan oleh mereka sampai lebar sekali senyuman mereka.

Elvien yang memerhati dari tadi itu hanya geleng kepala. Haih kalau dah angau memang susah kan? Elvien datang menghampiri Ryu yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Dia menepuk bahu Ryu beberapa kali sebelum Ryu tersedar dari dunianya.

"Haihh, angau nampak bang?" Elvien ketawa kecil apabila melihat wajah cemberut Ryu. Dia mengambil tempat disebelah Ryu Cleon.

"Hmm, nak buat macam mana, dah dia cantik, manis, sopan senang cerita idaman aku lah. Mana aku tak angau."

"Aikk, macam mana kau tau dia idaman kau?" Wow awal lah dah jadi idaman hati si Ryu Cleon ni.

"Sebenarnya... Aku dah nampak dia beberapa hari yang lepas masa kita lepak kat cafe dulu. Sengaja aku tak cakap kat kau."

"Auchh, sampai hati you tak cakap pasal ni kat I." Elvien memegang dadanya, acah-acah tersakiti. Ryu menjeling menyampah.

Seketika mereka lihat kedua-dua gadis itu sudah keluar dari kawasan dapur. Liliana dan Amera datang menghampiri kedua-dua jejaka itu.

"Ryu, Elvien mana An?" Tanya Liliana kepada sahabat suaminya merangkap sahabatnya juga.

"Owhh mamat beku tu naik atas tadi, katanya nak ambil barang." Terang Ryu kepada Liliana. Liliana mengangguk faham sebelum dia dan Amera duduk bertentangan dengan kedua-dua itu.

"Akak tau tak, sepanjang akak tak ada kat sini. Banyak gila berubah. Kalau akak nak tau, masa first aunty Una datang sini dengan Lyan. Kami semua terkejut tau." Ujar Amera panjang lebar. Liliana memasang muka penuh minat ingin mendengar.

"Ye ke? Lepastu apa jadi?" Tanya Liliana ingin tau.

"Aunty terang kan semua dari a-z. Memang kami semua tak sangka langsung lagi-lagi nene, masa tu nene sedih betul sebab dapat tau hubungan rumahtangga aunty hancur."

Liliana mengangguk-angguk. Faham sebelum ada satu soalan yang terngiang dalam benak fikirannya. "Tapi, bukan ke beberapa tahun lepas akak ada balik sini. Mana umi dengan Ahan pergi?"

"Erk, yang tu Mera tak tau. Sebab sehari sebelum akak sampai dulu mereka kata mereka nak pergi buat beberapa hari akak tinggal kat sini. Mereka macam nak menyorok dari akak." Terang Amera jujur. Liliana hanya diam sahaja sehinggalah dia mendengar suara yang tidak asing baginya.

"Dolcezza? Are you ok? Hm. Kenapa abang tengok muka sayang macam penat je ni? Kalau nak rehat kita boleh masuk tidur dah." Tegur Han's Andrey dan mengambil tempat disebelah isterinya. Tidak lupa juga puan Luna dan puan Liza mengambil tempat di sofa yang kosong sekali.

"Tak adalah, Adel tak nak tidur lagi kalau Ahan tak balik lagi, Adel nak tunggu dia." Tegas Liliana berkata. Matanya memang sudah penat tapi dia masih berkeras tidak mahu tidur lagi.

"Haih anak umi ni, umi nampak kamu dah mengantuk dah tu, jumpa Ahan esok je ye? Umi rasa dia balik lambat lagi." Pujuk puan Luna lembut.

"Tak nak, Lana nak tunggu Ahan. Lana rindu dia, Lana nak peluk dia kalau dia dah balik. Mesti dia rindukan Lana juga, umi." Kata Liliana perlahan. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu sang suami.

"Haih degil betul kamu ni ye, ikut perangai siapalah agaknya." Kata puan Liza sambil menggeleng kepala.

"Ikut perangai umi lah." Kata Liliana bangga. Puan Luna memandang nya berkedip-kedip.

"Ehh umi pula kena, umi baik tau."

Kesemua yang berada disitu gelak ketawa. Seketika mereka terdengar pintu utama rumah dibuka dan mendengar suara garau seseorang memberi salam. Liliana dengan cepat mengalihkan pandangan sebelum dia bersambung mata dengan jejaka itu.

Diam. Suasana di ruang tamu itu terasa sedikit canggung. Liliana merasakan seperti pernah lihat wajah itu. Liliana bangun dari tempat duduknya dan datang mendekati kearah jejaka tersebut. Jejaka itu hanya diam membatu sahaja.

"K.. Kenapa macam pernah nampak muka awak ni?" Awak siapa? Salah rumah ke? K..ke a..awak abang saya?" Tanya Liliana bertubi-tubi.

"Erkk."

"Itu Ahan lah, adik. Tak akan abang sendiri tak kenal kut." Kata puan Luna bagi pihak anak lelakinya itu. Liliana terkedu. Liliana cuba memerah otak nya itu. Dia pasti dia pernah lihat wajah ini sebelum ni. Bau minyak wangi pada badan jejaka ini juga dia pernah bau. Sebelum dia pandang wajah jejaka itu tidak percaya.

"Tak akan lah.."

"Sorry adik, abang minta maaf sebab tak jujur dengan pertemuan kita dulu, maaf sebab Ahan tak tahan adik masa kita jumpa buat kali pertama dulu." Dengan itu Lyan Raihan terus memeluk Liliana. Liliana masih terkaku. Dia masih tidak percaya jejaka didepan nya ini ialah abang kandungnya, jejaka yang pernah dia langgar beberapa bulan yang lalu. Kilang air mata Liliana kembali beroperasi.

"Sampai hati kan Ahan buat Lana macam ni, kenapa masa tu Ahan tak peluk Lana, kenapa Ahan biarkan Lana pergi masa tu?" Kata Liliana tahan sebak. Dia turut membalas pelukan itu erat. Air mata nya mengalir sedikit.

"Ahan minta maaf, Ahan tak rasa masa tu sesuai untuk Ahan terus terang kat Lana. I'm sorry my little princess." Air mata Lyan mengalir sambil dia mencium tepi kepala adiknya itu.

"I hate you Ahan!! La.. Lana tak suka A..Ahan. Umi dengan A.. Ahan jahat, buat Lana tertunggu-tunggu!" Luah Liliana kembali.

Lyan merungkai pelukan, dia mengesat air mata pada gadis itu dengan ibu jarinya. Liliana masih sedikit teresak. Sebelum.

Papp..

"Auchh.. s..sak..kit lah dikk!!" Tersungkur Lyan apabila perutnya ditendang oleh adiknya itu. Senak oiii.

"Tu balasan sebab atas Ahan buat adik menangis, Lana masih tak puas hati dengan Ahan!" Kata Liliana garang, dia mengesat hidung nya apabila dia merasakan hingus nya mau keluar.

Andrey, Ryu, Elvien dan Amera menutup mata ketika Liliana menendang abdomen jejaka itu. Dapat mereka rasakan senak itu sampai ke sini. Jangan dibuat main dengan gadis itu.

"Tapi apa pun Lana rindukan Ahan." Liliana melutut dan kembali memeluk abangnya erat. Lyan membalas dengan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang perutnya yang ditendang tadi.

"Ahan pun rindu little princess Ahan ni." Lyan mencium ubun-ubun adiknya itu.

"Ahan minta maaf dik.. maaf buat adik tertunggu-tunggu dengan kehadiran kami.. maaf sayang."

Yang lain hanya memerhati, hati puan Luna terasa gembira, tapi pada masa yang sama dia merasakan sedih. Gembira mereka dapat dipertemukan kembali, sedih kerana membuat anak perempuan menanti kehadiran nya.
Puan Luna mengelap sedikit juring matanya apabila terasa ada yang mengalir keluar dari tubir mata.

"Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana engkau memberi kesempatan untuk kami berjumpa lagi." Ucap puan Luna dalam hatinya.



Maafkan saya kalau chapter untuk kali ni sedikit panjang dan kurang best. And jgn lupa vote yee tanda awak semua baca cerita saya ni..🐌 Luvee semua hihi.
Jika ada kesalahan sila tegur ok jgn malu jgn segan hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 46.1K 70
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...
1.5M 47.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
3M 268K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
45K 3K 41
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...