My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

🤍 BAB 1

211 13 7
By liayurina

Lapan tahun kemudian…

Irisnya berwarna hazel meneliti setiap tajuk novel yang tersusun rapi di rak. Tiada satu pun tajuk yang menarik perhatiannya untuk dibeli. Dia mengorak melangkah ke bahagian rak novel fiksyen Bahasa Inggeris. Seperti tadi, dia meneliti semua tajuk novel sehinggalah satu novel berukuran tebal berjaya menawan hatinya.

A Dance with Dragons.” Perlahan suara Mikhael membaca tajuk novel yang telah berjaya membuat dirinya tertarik. Rekaan fantasi dan warna kulit novel yang menarik adalah penyebab dia tertarik pada novel itu.

Cermin mata berbingkai nipis dan bulat dipakainya dibetulkan sebelum dia terpaksa mencangkung kerana novel itu terletak di bahagian bawah dari rak. Mikhael membelek novel itu dengan lebih jelas. Setelah beberapa saat membelek, dia mengambil novel itu untuk berdiri sambil membaca sinopsis pendek pada belakang kulit novel tersebut.

Sedang leka membaca, dia terasa getaran panjang di poket kanan jeansnya. Membuatkan Mikhael menyeluk poketnya untuk mengeluarkan telefon pintarnya jenama Iphone 13 pro max berwarna putih yang sedang berdering menandakan seseorang menelefonnya.

Airpod yang sememangnya telah di bluetooth dan ada di kedua-dua lubang telinganya dapat mendengar suara si pemanggil tanpa menekap telefon di telinga.

“Assalamualaikum Mika.”

“Waalaikumussalam mummy… Why are you calling me? Do you miss me?” Mikhael menjawab. Rupa-rupanya mummynya menelefon dari Perth menggunakan aplikasi panggilan Whatsapp. Kalau menggunakan panggilan kredit biasa, habis melambung bil roaming mummynya itu.

Of course, I do. Saja mummy call. Mika sihat ke? Tengah buat apa?” kata Puan Maria sambil tersenyum kecil. Menanti khabar anak terunanya membuat dia rasa gembira walaupun berjauhan di antara benua.

Alhamdulillah I’m  fine. How about you? Mika sekarang kat kedai buku. Saja nak cuci mata sebab esok Mika dah start kerja. Daddy dengan Ayla ada ke?”

Alhamdulillah mummy okay. Daddy kat office. Ayla… Heheh, do you want know about Ayla? There’s something I need to tell you. She will…”

What?” soal Mikhael apabila mummynya berhenti dihujung kata. Lagi membuat dia terkejut dia terdengar suara jeritan yang dia kenali didalam taliannya. Mujur novel tebal ditangannya tidak terjatuh kerana hampir terkejut dengan bunyi jeritan yang separa nyaring itu.

Mummy, let me tell him!” Itu yang didengar oleh Mikhael didalam talian panggilan.
Bunyi  ketawa Puan Mariatul Qibtiyah juga kedengaran.

“She will get married, soon.” tutur Puan Maria, senada.

Seriously, Ayla? What a surprise…”

“Hello, sunshine.”

Mikhael tersenyum siapa lagi memanggilnya sunshine kalau tidak bukannya kakak kembarnya, Mikayla yang mesra dipanggil Ayla. Kemungkinan kembarnya itu sudah mengambil telefon mummynya untuk bercakap dengannya.

“Ops, sorry! Assalamualaikum, my sunshine!”

Waalaikumussalam. Are you serious, Ayla?”

Yes… But, mummy so dangerous.  Kalau boleh satu dunia nak bagi tahu Ayla nak kahwin,” balas Mikayla di dalam talian panggilan.

Mikhael hanya tersengih. Mummynya memang begitu. Semasa dia lulus dan tamat phD pada lapan bulan yang lalu mummynya paling gembira dan teruja. Sempat mengadakan majlis kesyukuran dan mengajak jiran-jiran yang terdekat untuk menyambut kesyukuran kerana pelajarannya diperingkat tinggi itu telah tamat. Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal dan berkerja di Malaysia. Keluarganya menyetujui hal itu kerana sekian lama dia tidak pulang ke tanah kelahiran sendiri.

“I’m speechless but congratulations. Siapalah lelaki nasib malang dapat Ayla? Dah lah pemalas. Lepas tu…”

“Shine!” pintas Mikayla dengan suara jeritan kecil dihujung talian.

Mikhael memejam matanya tatkala menahan bunyi jeritan kembarnya di talian. Sudahlah dia memakai airpod di kedua-dua telinga. Mendengar jeritan kembarnya yang nyaring itu, boleh menyebabkan dia akan memakai alat bantuan pendengaran. Natijah dia memakai airpod.

“Shine sama je dengan mummy…” suara Mikayla berubah mendatar. Membuat Mikhael ketawa dengan nada yang perlahan. Takut menganggu orang disekitarnya yang sedang khusyuk mencari buku.

“Alah, merajuk pula dia. Tapi Ayla nak kahwin bila? Kalau masa terdekat, I’m truly sorry… Shine tak boleh balik Perth. Kena tunggu cuti.”

“It’s okay, my sunshine. Ayla faham. Lagipun akad nikah dulu. Majlis pun bila-bila pun boleh buat. Tak pun tunggu shine balik sini.”

Mikhael hanya mendengar dengan hati yang berasa bersalah. Dalam waktu terdekat ni dia tidak mampu pulang ke Perth dengan sebab dia sudah bermula kerja esok.

Iris hazelnya jatuh memandang novel ditangannya. Dia teringat dia masih belum membayar novel itu.

“Sorry again, Ayla. Sekejap, shine nak pergi bayar novel.” Sewaktu Mikhael membalas dia sudah mula mengorak langkah ke kaunter bayaran yang terletak di tepi pintu masuk kedai POPULAR.

Dalam langkahnya, entah manusia mana tiba-tiba sahaja melanggar bahunya. Boleh tahan kuat juga rasanya.

“Eh, sorry! Tak sengaja.”

“Oh, it’s fine.” jawab Mikhael seraya memandang empu suara yang telah melanggar bahunya itu. Seorang perempuan bertudung bawal soft grey dan memakai sweatshirt berwarna steel blue. Pelik, jalan bukan punya luas lagi boleh pula nak terlanggar. Mata hazelnya memandang perempuan itu yang tidak menujukkan sebarang riak. Kemungkinan perempuan itu tidak dapat melihat wajah penuhnya dek terselindung dengan baseball cap dipakainya di kepala. Kalau dia tengok, tak tahu lah nak kata apa. Sedangkan kucing yang melihatnya pun turut mengiau. Sebab terlampau kacak.

“Err... okay.” Perempuan itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda maaf sebelum terus menyambung langkah setelah bersuara kepada Mikhael.

“Kenapa tu, shine?” Suara Mikayla menyapa pendengaran Mikhael. Terlupa dia panggilan tadi itu masih tidak dimatikan lagi. Keberangkalian kembarnya mendengar juga bicaranya dengan perempuan itu.

“I’ll text you, Ayla. Assalamualaikum, bye! Sampaikan salam dekat mummy.”

“Okey, okey! Take care, shine. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan.

Mikhael menoleh ke belakang mencari figura perempuan yang telah melanggarnya tadi. Dari jauh penglihatannya, perempuan itu sedang leka melihat buku-buku di rak.
Bibirnya mengukir senyuman kecil.

****

“BALIK lah weh! Aku dah penat ni. Esok dah lah ada kelas.”

“Alah, kejap lah…” Ayu Shafinas membalas sambil tangannya pantas menyeluk ke dalam sling bagnya untuk mengeluarkan dompet.
Hanna mengeluh dan memandang ke arah Ayu. Kalau tak bukan orang depannya ini seorang manusia, memang dah lama dia heret Si Ayu ke tempat parkir kereta. 

Jam digital ditangannya ditilik sekali lagi. Menunjukkan pukul 4.00 PM. Tinggal beberapa minit lagi azan asar akan masuk.
“Kau nak pergi mana lagi, Ayu? Haih, patut tadi aku tinggal kau. Tapi tu lah aku nak balik naik apa? Naik teksi? Habis duit aku.” Secara tak langsung, dirinya membebel kepada sahabatnya. Sudah lah dari pukul 12 tengah hari tadi membeli belahnya. Zuhur tadi mujur sempat singgah solat sebentar diruang solat yang terdapat di sini.

Ayu mendecit. “Tak payah mengada nak naik teksi kau tunggu aku jap. Aku nak pergi Watsons. Maskara aku dah habis.”

“Eh, eh! Tolong beli concealer untuk aku sekali,” sempat Hanna memesan kepada Ayu yang sudah membuka langkah masuk ke Watsons itu. Lagipun dia terasa malas untuk masuk ke dalam. Tambahan kakinya sudah tidak berdaya mampu berdiri dek mengikut nafsu Ayu yang hantu membeli belah itu.

“Okey!”

Suara Ayu menyahut, tanda dengar pesanan Hanna.

Kemudian Hanna berjalan menuju ke bangku yang tidak jauh dari Watsons lalu melabuhkan punggungnya untuk duduk. Telefon pintar jenama Samsung S10e yang berada dalam pegangnya di tekan pada button sisi telefon. Usai sahaja memasuki nombor kata kunci, terpapar lah skrin gambar wajah arwah ayahnya yang telah disetkan di home screen.

Redup matanya merenung wajah tegas ayahnya yang lengkap dengan berpakaian uniform polis. Disudut hatinya dia amat merindui ayahnya yang telah pergi meninggalkanya sekeluarga. Bukan sahaja ayahnya, tetapi abang sulungnya,  Fahri Amsyar turut pergi bersama ayahnya. Dan semestinya tidak akan ada lagi figura serta suara yang sentiasa menegur dan memberi nasihat kepadanya.

Tujuh tahun yang lalu. Mengingatkan kembali apa yang terjadi membuatnya dirinya serik. Dia sedaya upaya untuk tidak mengingatinya. Namun peristiwa itu hadir secara tidak terduga terlayar pada dfikiran dikala waktu tenang.
Siapa yang tidak sedih, hari ulang tahun kelahiran sendiri tetapi diganti dengan air mata melihat insan tersayang sudah tiada selamanya di dunia. Sungguh amat sukar untuk melupakan bahkan setiap kali teringat, ia akan menambah lagi rasa kesedihan tiada berganti itu di hati.

“Oi, Farah! Jom kita ba…”

Tidak jadi Ayu menyambung katanya tatkala melihat Hanna seperti menahan tangis. Ketika itu dia baru sedar kenapa sahabatnya jadi seperti itu. Melihat home screen telefon sahabatnya yang terpapar. Namun paparan itu menjadi gelap tatkala Hanna pantas menekan punat di tepi telefonnnya kerana sedar Ayu sudah kembali.

“Hanna Farahin yang aku kenal, dia seorang yang kuat. Dia punya kuat tu, sepuluh ekor bapak buaya pun dia boleh teranjang. Lepas tu  kan, dia suka gelak, dia periang, dia suka tidur dalam kelas, dia suka makan tapi tak nak gemuk, dia suka…”

“Kau perli aku ke kau nak pujuk aku sebenarnya ni?”

Ayu tersengih. Spontan dia membalas sindiran sahabatnya. “Alo,  sayang… Aku tau kau kuat. Kau sendiri kata kau benci menangis dan tak boleh tengok orang menagis. Kau tengok Puteri menangis pun kau dah meluat kan? Tapi bukan meluat je rasa nak bagi penampor. Sikit-sikit menangis.”

Hanna mengeluh. Baginya menangis itu hanya buang tenaga dan mendapat lelah tapi hakikatnya pada masa yang sama melegakan hati yang dilanda duka dan lara.

“Aku tahu… but thanks ingatkan aku,” jawab Hanna. Senyuman ceria palsu diukir.  Dia tidak mahu Ayu merisaukan tentangnya.

“Don’t mention it, buddy. Dah jom kita balik. Tadi bukan main kau membebel kat aku nak balik.”
Kali ini, Hanna benar-benar senyum kerana tangan Ayu lembut mengusap-usap kepalanya yang berlapikkan tudung. Tidak tumpah seorang ibu yang memujuk seorang anaknya yang menangis dan merajuk.

“Cepat Farah sayang! Aku tinggal kau nanti.”
Hanna mencebik bibir lalu pantas dia mengangkat punggungnya dari duduk. Kakinya mula mengikuti langkah Ayu sedang berjalan menghampiri pintu utama Queensbay Mall ini.

“Sekejap. Aku parking kereta aku mana eh” Langkah Ayu terhenti. Dia memusing tubuhnya belakang melihat Hanna juga terhenti.

“Pulak… Kereta kau sendiri pun boleh lupa? Kau parking kat luar bukan dalam basement sini.”
Ayu menghela nafas berat. “Terpaksa kita berjalan jauh.”

“Tahu tak pe,” sindir Hanna. Mereka berdua bertolak dari kampus dan sampai sahaja di Quensbay Mall ini tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan kenderaan dalam basement. Terpaksa Ayu memarkir kenderaannya diluar. Tambahan Si Ayu tidak menyukai sesak menjadi punca utama dia memarkir kereta diluar.

Mereka berdua menyambung langkah kembali. Mahu tak mahu terpaksa kena berjalan. Reda jelah!

Sampai sahaja di kereta, Ayu bergerak ke pintu kereta miliknya di bahagian pemandu.

“Kau letak barang kat seat belakang. Aku malas nak buka but,” kata Ayu sambil tangannya menyeluk beg silangnya mengeluarkan kunci kereta. Kemudian ibu jarinya menekan punat pada kunci untuk membuka kereta yang telah dikuncinya.

Tanpa membuang masa, Hanna terus membuka pintu belakang penumpang. Kepalanya ditunduk sedikit sebelum kedua-dua tangannya penuh dengan barangan membeli-belah Ayu itu diletakkan penuh elok dan tersusun di atas kerusi duduk. Sudah menjadi kebiasaan apabila keluar pergi membeli-belah dengan Ayu dirinya menjadi mangsa memegang barangan. Bukan Ayu membulinya, hanya untuk berhati-hati supaya Ayu tidak menghilangkan barangan beli belah. Sahabatnya itu amat cuai sekali. Teringat kisah lalu, beg tangan jenama LV dibeli Ayu terus lesap dek kecuaian sendiri sahabatnya. Menangis tak berlirik dan berlagu sampai kesudahannya.

“Hanna Farahin!”

Hanna mengangkat kepala tatkala mendengar suara Ayu tiba-tiba menjerit memanggil nama penuhnya.

Mata Hanna buntang. Jelas anak matanya melihat Ayu sedang bergelut daripada dua orang lelaki bertopeng muka melalui cermin kereta di pintu pemandu.

“Hoi!” Hanna menjerit lalu pantas kakinya berlari ke arah Ayu telah mula dibawa oleh  dua orang lelaki bertopeng muka itu. Dia mengerahkan tenaganya kuat untuk berlari sepantas mungkin.

Sampai sahaja mendekati, satu tumbukan serta tendangan kuat diberikan oleh Hanna kepada dua orang lelaki itu.

“Kurang ajar. Lepaskan kawan aku, bodoh!” Menggunakan ilmu silat telah dipelajarinya semasa bangku sekolah menegah, anggota tubuhnya segera bertindak mengelak daripada  diserang seorang lelaki sebelum kakinya memberi tendangan sembilan puluh darjah.
Satu lelaki telah ditumpasnya, seorang lagi…
Kali ini mata Hanna lebih meluas. Seorang lelaki lagi berada dengan Ayu bersama sebilah pisau begitu tepat berada di leher putih Ayu yang tidak bertudung.

“Kau dekat dia mati,” ujar lelaki bertopeng muka itu dengan suara bengis.

“Apa ni bro? Main pisau-pisau pula. Tak jantan lah macam ni.” Apa lagi yang perlu dilakukannya? Melihat pisau itu membuat dirinya lebih gerun melihat hantu atau manusia bertopengkan kain muka seperti dua orang lelaki ini. Tetapi jika dia bertindak menyerang lelaki itu, kemungkinan nyawa Ayu akan…

“Fa…, to...to...long… A..aku t…tak nak… ma…ti awal...” suara Ayu tenggelam timbul serta menahan diri daripada menahan nafasnya. Kerana dia mula merasa tajam pisau itu mula menekan kulitnya.

“Diam!” Lelaki yang memegang pisau itu menjerkah. “Kau keluarkan suara kau, memang mati!” Dihujung bicaranya dia hanya ketawa sinis. Perkataan mati ditekan oleh suara lelaki itu tanda memberi amaran kepada Ayu.

“Kau nak apa dengan kawan aku? Duit? Aku boleh bagi…”

“Duit tu apa? Makanan ke?” celah lelaki itu disusuli ketawa terbahak-bahak. Gayanya macam orang terlepas dari wad gila. Bodohnya tak boleh bawa bincang. Ibarat otak seseorang itu jatuh, bila nak kutip balik lari pula otak itu. Kesian kawan tu. Haih.

“Habis tu kau nak apa?”

Baru sahaja lelaki itu ingin bersuara, bunyi tumbukan bersama selang seli tendangan berada di belakangnya. Pantas Hanna menoleh kepalanya kebelakang.

Orang yang telah ditumpasnya tadi sedang berlawan bersama seorang lelaki berhoodie kelabu dan memakai baseball cap warna hitam turut membalas serangan.

Dengan pantas juga, Hanna meluru ke arah lelaki yang bersama Ayu. Dia menempis kuat tangan lelaki itu sehingga pisau ditangan lelaki itu jatuh ke atas jalan tar tidak berturap. Kemudian tangannya laju mengambil pisau itu lalu dia berlari sedikit untuk membaling jauh ke arah sebatang pokok besar yang tidak jauh darinya. Apabila dia sedar lelaki itu dengan berang mahu menarik sweatshirt dipakainya pantas dia memberi lesingan tangan kirinya. Namun lelaki itu pantas mengelak sebelum menangkap pergelangan tangan kanan Hanna.

Buk! Buk! Buk!

Segalanya berubah apabila lelaki berhoodie kelabu tadi memberi satu tumbukan padu kepada lelaki itu. Tepat mengena muka lelaki itu yang berselindung dengan topeng muka.

“Woi!” Satu jerkahan kuat bergema. Rupanya seorang pengawal keselamatan mahu ke arah mereka berdua yang sedang berlawan.

Sepantas kilat lelaki bertopeng muka bersama lelaki berhoodie kelabu itu berlari laju sambil dikejar pengawal keselamatan. Seorang lagi yang tadi telah ditumpas oleh lelaki hoodie itu turut berlari meninggalkan kawasan ini.

Hanna melihat Ayu yang terduduk lemah di atas jalan tar. Pantas dia menghampiri ke arah Ayu yang cuba untuk bangun.

“Ayu, kau okey?” soal Hanna, risau.

Perlahan-lahan dia membantu Ayu berdiri.
“Aku okey lah. Jangan risau,” jujur Ayu. Tetapi dia cuma rasa pedih di lehernya akibat kesan torehan pisau dari lelaki bertopeng muka tadi.

“Tak… kau tak okey sebenarnya,” tergeleng-geleng kepala Hanna melihat sedikit darah mula keluar dari leher Ayu. Kedua-dua matanya terpejam rapat. Sungguh dia tidak mampu hendak memandang. Dirinya kini dirundung perasaan takut, resah dan gelisah. Tambahan keadaannya sekelilingnya seakan-akan berputar dan rasa tubuh badannya ingin rebah.

Ayu melihat mata Hanna yang memandang pada lehernya cepat-cepat menarik kolar baju yang dipakainya lalu mengelap berkali-kali sehingga tidak lagi kelihatan darah. Dia maklum Hanna menghidap fobia darah sejak berlakunya satu peristiwa tidak dijangka dilalui oleh sahabatnya itu. Sehingga sekarang Hanna tidak dapat mampu mengatasi apabila melihat darah walaupun hanya sekecil luka. Mulalah dia akan menggelabah seperti anak ayam kehilangan ibunya.

“Dah, dah. Tak ada darah.”

“Keluar lagilah darah tu weh! Jom pergi klinik Kalau biar lama-lama nanti kuman masuk.” Hanna memegang tangan Ayu supaya untuk mengikutnya pergi ke tempat kereta kembali. Nampaknya mereka berdua telah jauh dari tempat letak kereta angkara dua orang manusia tak berguna itu.

“Lain kali jerit kuat-kuat minta tolong. Jangan berlagak kuat sangat nak berlawan. Nasib baik aku nampak mamat-mamat tak guna tu. Kalau tak, kau orang berdua dah jadi arwah kena tikam.”

Satu suara garau menyapa gegendang telinga Hanna dan Ayu menyebabkan mereka berdua menoleh ke arah suara itu.
Mamat hoodie hitam itu. Ternyata dia masih ada di sini.

“Felix!” Satu nama terpacul dari mulut Ayu secara tidak terduga. Hanna yang melihat reaksi Ayu terkejut itu hanya mampu berkerut dahi. Dah siapa pula lah Felix ni?

“Kau kenal dia ke, Ayu?”

“Tak… tapi muka dia macam Lee Felix StrayKids. Cuba kau tengok betul-betul.”

Hanna memandang ke arah wajah lelaki itu tetapi dengan selamba lelaki itu terus mengorak langkah meninggalkan Hanna dan Ayu di situ tanpa sebarang kata.

“Terus blah je? Tadi bukan main perli-perli orang tadi.  Memang wujud ke orang macam dia tu dalam dunia ni? Berlagak. Tak luak pun muka macam Felix. Felix original lebih elok dari dia.” Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Hanna berang. Perli-perli orang terus blah? Itu bukan namanya berlagak?

Bukan berlagak, tapi annoying! Tak ada common sense langsung.

“Dah lah tu weh. At least dia dah selamatkan kita. Alhamdulillah. Kalau dia tak datang aku rasa kau pun tak sedar orang yang kau belasah tu, sedar balik terus belasah kau,” pujuk Ayu dengan nada lembut. Badan belakang Hanna diusapnya perlahan bagi meredakan sakit hati sahabatnya itu.

“Ceh, aku boleh lah belasah mamat-mamat tak guna tu sampai pengsan. Cuma kesilapan teknikal je tadi. Tak tahu lah pula mamat tak guna tu nak serang aku balik.”

Ayu hanya menggeleng kepala melihat Hanna masih terkumat-kamit menyumpah seranah. Macam ni sampai mati pun tak balik kampus!

















Continue Reading

You'll Also Like

377K 13.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
53.5K 5.3K 27
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...