C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU

By IntanFarhanim4

442K 16.4K 1K

Menceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh... More

FULL SIPNOPSIS
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
BAB 103
BAB 104
BAB 105
BAB 106 [ENDING]
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 57

2.7K 131 9
By IntanFarhanim4

3 hari kemudian...

Kenderaan makin lama makin laju dia pandu. Tidak kira mana-mana kereta yang menghalang jalannya di selit sesuka hatinya.

Biarlah setiap pemandu yang dia lewati mahu memarahi dia mahu memaki hamun dia.

Hatinya lebih rasa sakit yang tidak terkarang sekarang. "Biadab betul! Sanggup buat dekat ibu aku macam itu!"

pedal minyak di tekan lebih kuat dan kenderaan berdesup laju membelah jalan raya yang sedikit longgar tersebut.

Sekitar 6.45 petang baru sahaja dia balik daripada kerja terlihat rumah sudah berantakkan dengan pelbagai barang yang jatuh sana sini.

Tidak kira lagi dengan keadaan ibu yang ada beberapa calar balar di wajah.

"Ya allah! Ibu. Apa dah jadi ni? Kenapa rumah kita jadi macam ini? Ibu..." wajah si ibu dibelek sana sini.

Ya allah..sakitnya hati aku melihatnya.

"Ibu tak apa-apa" balas ibu seakan mahu mengelak.

Wajah wanita tersebut berpaling untuk menyusun semua barang-barangan yang jatuh di atas lantai rumah ini.

"Ibu! Boleh tak sekarang ibu jangan mengelak. Bagitahu Ay sekarang! Apa dah jadi ni?! siapa yang datang tadi?" soal dia.

Dia percaya ada seseorang yang datang kerumah ini. Mana tidaknya rumah ini akan berselerak habis.

Tambahan hari ini abangnya pergi ke sabah kerana menyertai operasi mengenai satu kes polis.

"Ibu." panggil Ayriana lagi. Kali ini, dia mendekati dan berbicara dengan lembut kepada ibunya.

"Ibu..please. Bagitahu Ayriana. Siapa punya kerja ni?" lembut dia menyoal.

Dia tidak boleh terlalu memaksa ibunya. Jadi jalan yang terbaik dia harus berlembut dalam berbicara dengan ibu.

Pelahan-lahan puan Salwah memandang kepadanya. Mata yang mulai berkaca membuatkan hati Ayriana jadi tidak kuat.

"Dah..Dahlia dengan anak dia datang tadi." jawab Puan Salwah.

"Diorang datang kata yang kamu curang sebab itulah punca kamu berdua putus tunang." beritahu Puan Salwah asbab sebenarnya dua manusia tersebut datang kerumah.

"Ya allah ibu. Kan Ay dah pernah cakap. Ay tak pernah curang pun masa kitorang bertunang! Kamal yang ada perempuan lain! Siap kahwin lagi. Ibu sendiri nampak kan!" dia mulai baran. Sungguh sanggup menabur fitnah kepada dia!

"Ibu tahu. Ibu tahu Ayriana. Anak ibu tak akan buat macam itu. Ibu dah berkeras cakap yang Ay tak akan buat macam itu. Tapi Ay tengoklah apa dia orang buat." gumang ibu.

Yang dia tidak buta. Dia boleh nampak keadaan rumah ini sekarang. Memang dua beranak itu berani-beraninya membuat hal di rumahnya!

Setelah ibu berkata bergitu bergegas-gegas Ayriana memandu kereta keluar daripada perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya.

Kini dia sedang memandu dengan had kadar kelajuan yang paling maksimum. Lagi-lagi jalan mulai lengang lagi memudahkan pemanduaannya.

"Tak guna! Sanggup korang buat macam itu dekat ibu aku!" hendik dia sendirian sakit marahnya pedal minyak di tekan makin kencang kereta di

Jalan raya lalui tanpa halangan sehinggalah sampai di perkarangan rumah.

Setelah enjin kereta di matikan terus sahaja dia keluar daripada perut kereta dan bergegas jalan menuju ke pintu utama rumah.

Tapi tidak sampai di hadapan pintu utama rumah pun. Dia sudah di 'tunggu' oleh dua orang yang sudah membuat onar di rumahnya!

"Aku dah agak. Mesti kau akan datang ke sini." ujar puan Dahlia. Dengan gaya senyuman yang menjengkelkan dia itu.

"Apa yang mak cik buat dekat rumah ibu saya. Apa kena mengena ibu dengan hal saya?!" jerkah Ayriana.

Tiada budi perketi kalau dengan wanita ini! Memang patut di jerkah sesuka hati masuk ke rumah orang dan membuat onar.

"Kami cuma datang melawat..salah ke?" kali ini Aireen menyelet di antara mereka. Sama gaya, memang emak dengan anak sama sahaja. Menyakitkan hati!

Dengan hati yang makin panas dia mendekati. "Lawat apa kau cakap? Lawat apa?! kalau sampai rumah aku berselerak! Ibu aku cedera! Lawat apa!" hendik dia.

Sehinggakan semua orang yang berada dekat dengan mereka mulai menjenggah melihat kepada mereka. Tapi satupun tidak berani untuk menghalang.

"Hei! Tak payah dah jerkah-jerkah lah! Pekak telinga lah aku perempuan sundal!" balas Puan Dahlia balik.

Makin menjadi-jadi. "Ya perempuan sundal tu mak cik! Datang dalam keluarga kitorang. Rampas ayah! Buat fitnah dekat ibu! Itu bukan perempuan sundal ke!"

Pang!

Satu tamparan dia terima daripada Aireen kepada dia. Ayriana tetap koyak dengan senyum kalau orang lain melihat pasti fikir di orang gila!

Kesah apa?! dia memang mahu jadi orang gila sekarang!

"Ini sebab kau hina mama aku!" jerkah Aireen yang sudah tidak ada kesabaran.

Bukannya dia menangis. Malahan. Dia ketawa kecil.

"Kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap. Kau dengan mak kau sama ja! Kau ingat aku tak tahu. Selama ni kau ada rancang nak rampas Kamal daripada aku kan! Sebab apa kau suka kan dia?!" jerkah dia.

Dia menghampiri. Lebih dekat dengan mata yang di jeling tajam kepada Aireen.

"But..so sad. Kamal tak pandang pun kau sama sekali.." ucap dia dalam berbisik tapi masih dapat di dengari mereka bertiga.

Sekali lagi Aireen mengangkat tangan cuba untuk menampar dia tapi cepat-cepat Ayriana menghalang tangan gadis tersebut serta merta dia menolak tubuh tinggi lampai kakak tirinya itu dengan sekuat hati!

"Ah!!!!" Aireen menjerit saat terjatuh terduduk di atas lantai halaman rumah tersebut.

Serta merta tubuh Ayriana pula yang di tolak. Tapi nasib baiklah dia dapat seimbangkan tubuhnya daripada jatuh.

"Biadab kau kan!"

Ayriana berpaling. Makin dia koyakkan senyuman sinisnya. "Saya tak akan biadab kalau mak cik dengan anak mak cik ni tak buat hal dengan ibu saya. Itu dah mencabar saya sendiri!" balas dia.

Nasib baiklah perkarang ini tidak di ketahui lagi oleh along di sebabkan abang sulungnya itu ada kerja di luar negeri menguruskan beberapa kes di sabar sana.

Dan dia pun, tidak berancang untuk memberitahu along soal ini terutama ini permintaan ibu mereka sendiri.

"Biadab!" telihat puan Dahlia melihat sekeliling tempat dia berdiri dan berjalan kearah satu kayu yang tersadai di tepi laman rumah tersebut.

Setelah mendapatkan terus sahaja wanita tersebut mendekati kepada dia.

Sekali libasan dia dapat menghalang dan serta merta kayu tersebut jatuh dengan sekali gerakkan pantasnya.

"Tak guna!"

"Mama! Aireen dapat tangan dia cepat!" tangan dia terkunci kerana Aireen mengilas lengannya ke belakang.

Dengan sepantas tangan Puan Dahlia pantas menampar pipi kanan Ayriana sehinggakan wajahnya berpaling ke kiri.

Terasa pejalnya tidak lagi kebar pipi kirinya pula mendapat habuan yang sama. Kepalanya beralih ke kiri dan setelah itu tubuhnya di tolak kasar oleh Aireen.

Hampir sahaja tersungkur ke tanah laman rumah tersebut nasib baik dia dapat menahan daripada terjatuh.

"Kitorang datang sebabkan nak tanya sahaja. Jantan yang ada dalam gambar tu. Mesti itu jantan yang kau curang kan! Tapi ibu kau tak mengaku nak sangat lindung anak tak tahu malu macam kau ni!" hendik Puan Dahlia.

Tidak ada takut-takutnya. Dengan Ayriana yang sudah mulai terbakar dengan rasa amarahnya.

"Tulah. Kesian sangat dengan kamal. Sebab dapat perempuan tak guna macam kau. Nasib baiklah sekarang dia dah kahwin dengan perempuan lain. Kalau tak kena tanggung dosa sebab curang belakang suami!" kali ini Aireen menghendik.

Dada turun naik tidak puas hati. Ke gilaan apa yang dia tengah dengar sekarang ini?

"Apa ya korang merepek ni! Jantan mana! Sepanjang aku kenal. Aku bercinta sampai bertunang dengan Kamal. Tak pernahlah sekali aku nak curang belakang dia!" balas Ayriana membela diri.

Yang memang seharusnya dia membela diri. Kerana itu bukan salahnya itu fitnah!

"So..kau nak cakap kitorang menipu? Fitnah kau? Hei! Kitorang ada buktilah! Kau dengan sorang jantan." ujar Aireen.

Puan Dahlia menghampir dan melemparkan beberapa kepingan gambar ke hadapan wajah Ayriana.

Jatuh ke atas lantai. Lambat-lambat dia mengambil beberapa kepingan gambar tersebut.

Seketika dia terkaku. Ini...ini...

"Dah kenal siapa dalam gambar tu?" soal Aireen serta merta di rampas kepingan gambar yang Ayriana ambil tersebut.

"Itu hanya client projek aku sahaja! Tak ada apa-apapun! Gamabar-gambar tu! Semua itu sebab aku terpaksa kerja dengan dia selama sebulan!" perjelas Ayriana.

Semua gambar yang di lihatnya adalah gambar dia bersama dengan Tengku Erman.

Dan semua di ambil dengan sudut kemera yang cukup memberi orang akan salah faham apabila melihatnya.

"Kerja ke? Scandal? Ke kau dah tidur dengan dia." kenyataan Aireen yang melampau itu membuat api kemarahan dalam diri Ayriana meningkat.

Tidak berfikir terus sahaja Ayriana menerkam Aireen bahu kedua-dua di cengkam kuat.

"Lepaslah! Lepas! Sakit! Ah! Aha!" jerkah Aireen.

"Kenapa kau nak kena firnah aku sampai macam itu. Aku tak pernah tidur dengan sesiapalah!" jerkah Ayriana.

"Lepaskan anak aku." Puan Dahlia menyerang menarik Ayirana tanpa sempat dia menahan sisi tubuhnya di pukul dengan kayu sehingga terjatuh ke tanah.

Rasa sakit mulai meresap ke dalam tubuhnya. Bertapa kejamnya dua beranak ini.

"Jadi kau nak cakap. Gambar-gambar ni ada segaja orang ambil? Ini nasib baik ayah kau tak tahu lagitau. Aku yakin bila gambar ni dapat pada dia. Nak anggap kau anak pun tak dah!" hendik Puan Dahlia.

Ayriana cuba untuk bangun semula. Tapi sekali lagi dia di serang oleh Puan Dahlia dengan kayu yang di hanyunkan ke atas badannya.

Sekali lagi dia terjerumus jatuh ke bawah. Terasa ada cecair merah keluar daripada bibirnya saat dia batuk.

"Mengaku sahaja lah Ayriana! Mengaku yang kau ni memang curang! Tak payah nak jadi mangsa padahal semua itu punya datang daripada kau!" hendik Puan Dahlia lagi.

Aireen hanya berdiri dan tersenyum dengan lebarnya melihat Ayriana terseksa bergitu.

"Sa-saya...dah kata. Bukan saya!" balas Ayriana. Dia sekali lagi cuba bangun.

Saat wajah berpaling dahulu sekali lagi Aireen menyerang dia kali ini wanita tersebut mencengkam leher kecilnya itu.

"Pergi mampus! Perempuan sundal!" jerkah Aireen.

Tangannya menjadi liar menampar-nampar dan juga mencapai apa-apa tapi semuanya terlambat apabila Puan Dahlia berkerja sama membantu dengan mengunci lengannya.

"Mampus kau! Mampus!" jerkah Aireen makin lantang.

Dan itu, makin menguatkan cengkaman di lehernya. Mulutnya terbuka luas-luas dengan harapan dia dapat menghirup oksigen.

Makin di cengkam kuatnya membuatkan Ayriana hilang daya untuk bernafas.

Sehingga ada seseorang yang tiba-tiba datang. Dalam samar-samar matanya yang mulai berair tersebut di dapat melihat ada seseorang pantas menghampiri mereka.

Sesaat. "Kau siapa?!" kedengaran soalan daripada Aireen.

Tapi seseorang tersebut tidak menjawab terus sahaja menarik tangan Aireen yang masih mengcekek Ayriana.

Apabila terlepas terus sahaja tubuh Aireen di tolak kasar sehinggakan tersungkur kebelakang.

Terlepas daripada cengkekkan Aireen tubuh Ayriana serta merta longlai ingin jatuh tapi pantas di tahan oleh orang yang membantunya itu.

"Kau okey?"

"Teng-tengku Erman?" suara tersebut sudah sebati dengan dia. Tidak mungkin dia salah mendengar.

"Ye aku." jawab Tengku Erman lembut.

"Tengku..buat apa dekat sini?" soal Ayriana.

Tapi tidak langsung di balas lelaki tersebut. "Kau boleh jalan."

Kedua-dua bahu Ayriana di genggam lelaki tersebut.

"Hoi! Kau siapa ha! Macam mana kau masuk ke sini?!" soal Puan Dahlia. Tidak puas hati.

Dahlah masuk tanpa izin. Siapa pun tak kenal.

Tidak memperdulikan dua beranak tersebut Tengku Erman lebih pentingkan Ayriana sekarang.

Keadaan gadis tersebut yang separuh sedar sungguh membuat dia risau.

Apatahlagi apabila dia melihat segalanya yang terjadi. Dipukul dengan batang kayu. Dua manusia itu memang kejam dengan gadis seperti Ayriana!

"Jom. Aku bawa kau pergi hospital." ujar Tengku Erman.

Gadis itu, dia papahnya. Tapi belum lagi dia sempat untuk membawa Ayriana pergi meninggalkan rumah tersebut.

Aireen mendekati dan menarik lengan Ayriana sehinggakan Ayriana jatuh keatas tanah laman rumah tersebut.

"Ayriana!" Tengku Erman cuba untuk mendapatkan Ayriana. Tapi terhalang dek dua beranak tersebut.

"Kau tak boleh bawa dia. Dia tak akan pergi mana-mana!" jerkah Aireen. Lebih kasar menarik lengan Ayriana sehinggakan gadis itu sedikit di seret.

Namun cepat Tengku Erman bertindak menghalang. "Lepaskan Ayriana!" jerkah semula dia kepada Aireen.

"Hei! Kau siapa nak tengking-tengking anak aku!" jerkah Puan Dahlia semula.

Tengku Erman tidak menjawab malah dia sekali lagi mendekati Ayriana membantu gadis tersebut untuk bangun semula.

Tapi tetap dua beranak itu berkasar dengan mereka berdua. Apatahlagi kepada Ayriana di tarik gadis itu hingga terseret sekali lagi.

"Kau siapa?! tak payah masuk campur dekat sini! Ini hal keluarga kami. Kau orang luar keluar sekarang!" hendik Puan Dahlia.

Aireen mencelah. "Ma! Aireen tahu. Ini mesti jantan yang dalam gambar tu! Ini lah lelaki yang curang dengan si Ayriana ni!" jerkah Aireen.

Ayriana mengelengkan kepala. Ya allah! Fitnah! Aku tak pernah sesekali nak curang dengan sesiapa! Lagi-lagi dengan Tengku Erman siapa dia!

"Oh...kau lah jantan tu! Nak tunjuk hero eh datang sini!" ucap Puan Dahlia. Jelas tidak puas hati.

"Siapa pun saya. Itu tak penting. Sekarang ni korang berdua dah cedera kan dia! Get off on her!" hendik Tengku Erman semula.

Lelaki itu, berpaling kepala Ayriana medekati gadis tersebut. Sungguh hatinya tidak tahan melihat keadaan Ayriana sekarang.

Apatahlagi ada beberapa tompok darah di cardigan putih milik gadis tersebut.

"Ayriana. Bangan. Aku bawa kau pergi hospital." ulang dia sekali lagi.

Namun sekali lagi juga dua beranak itu menghalang.

"She not going anywhere!" jerkah Aireen setelah itu dua beranak itu bertindak.

Aireen menyeret Ayriana, manakala Puan Dahlia menolak Tengku Erman agar keluar daripada rumah.

"Kau bukan siapa-siapa dengan dia! Keluar sekarang! Keluar!" jerkah Puan Dahlia lantang bagaikan halilintar!

Ruang halaman rumah mulai kecoh sehinggalah mereka mendengar satu suara yang mencelah.

"Sebab dia bakal suami Ayriana." terkaku. Itulah apa yang terjadi kepada mereka yang mendengar suara tersebut.

Semua mata melihat kepada satu suara yang mengatakan itu.

'Ya allah...apalagi benda yang akan terjadi lepas ini ya allah?' rintih dia di dalam hati.

Continue Reading

You'll Also Like

564K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
267K 14.3K 53
NOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat...
189K 6.4K 80
Edward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...