BAB 45

3.2K 108 6
                                    

Tumbler kedap panas nya itu di bawa keluar daripada pantri tingkat pejabatnya itu.

Setelah keluar daripada lift tadi. Dia tidak langsung pergi ke biliknhya. Melainkan dia melencong ke pantri sebentar untuk membuat air serta mengambil beberapa biskut untuk di jadikan sampingan melapit perut.

Sudah menjadi tabiatnya mungkin. Apabila terlalu fokus berkerja cepat sahaja dia berasa lapar.

Dengan adanya biskut serta air kosong pun sudah boleh buat dia kenyang sementara masuk waktu makan.

Dia berjalan melalui bahagian luar pejabatnya. Terlihat masing-masing sedang duduk bersama-sama seakan bergosipkan sesuatu.

Serta merta muncul kerutan di dahi Ayriana. Terasa ingin tahu membuak-buak. Tapi dia tahan sahaja terkenangkan kerja masih banyak di tundakkan.

Langsung sahaja dia berjalan dan melalui meja Aza. Terlihat gadis itu tenang membuat kerjanya tidak seperti perkerja-perkerja yang lain di sana.

Tiba-tiba dia mahu mengetahui. "Aza." panggil Ayriana mendekati kepada meja gadis tersebut.

Cepat-cepat Aza mengangkat wajah kepada Ayriana. Gadis mesra tersebut selalu buat dia selesa berbual bersahaja.

"Ye cik Ayriana. Kenapa?" soal Aza.

Perkerjaannya yang tidak terlalu sibuk itu memneri ruang untuk Ayriana berbicara santai dengannya.

Nasib Dafril yang sudah uruskan. Kalau tidak sibuknya nak makan pun tak sempat!

Kiri kanan Ayriana menoleh melihat sekeliling mereka. Kosong! Clear. Takut pula tiba-tiba muncul Tengku Erman. Lelaki itukan penuh dengan kejutan!

"Saya nak tanya sikit." nyatanya.

Aza mengangguk tanda membenarkan gadis itu bertanya.

"Apa yang diorang dekat sana gosipkan tu? Ada hal apa-apa ke? Meriah semacam." ungkap Ayriana.

Aza yang mendengar sekadar tertawa kecil tapi tiba-tiba mukanya menunjukkan reaksi menyampah.

"Itu mesti sebab orang yang datang jumpa Tengku tadi lah tu. Cik Ayriana tak payah ambil tahulah. Benda tu selalu jadi bahan gosip dekat sini." balas Aza. Seakan sudah masak dengan gosip tentang seseorang tersebut.

Bercakap tentang orang yang bertemu dengan Tnegku Erman. Ayriana teringatkan apa yang terjadi di hadapan lift sebentar tadi.

"Perempuan yang ada dengan Tengku Erman ke?" nyata Ayriana.

Entah mengapa tiba-tiba reaksi Aza seakan terkejut. Seakan di baru bertemu dengan perihal yang asing.

"Dia nampak muka cik tak?" soal Aza.

Dengan perasaan pelik perlahan-lahan Ayriana mengeleng. "Tak kot. Sebab masa saya bertembung dengan diorang perempuan tu ada dekat belakang Tengku Erman. Dan terus ja saya tunduk keluar daripada lift." balas dia selambar.

Tanpa dia tahu itu memberi kelegaan kepada Aza. Tanpa sedar gadis itu melepaskan nafas lega. Lega yang teramat!

"Baguslah." spontan keluar daripada mulut Aza.

Tapi cepat-cepat dia belitkan kata membalas. "Itu kawan Tengku Erman. Biasalah kawan kenalan daripada keluarga." balas Aza.

Memang itu kenyataannya. Kawan kenalan daripada kenalan keluarga antara dua keluarga tersebut.

Walaupun Tengku Erman tidak langsung sukakan wanita tersebut. Tapi wanita tersebut tetap mahukan Tengku Erman...

Ayriana mengangguk faham. "Oh...I see." seketika mereka hilang kata.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now