BAB 49

2.9K 126 8
                                    

Bang! Bang!

Dua das tembakkan di lepaskan memenuhi ruang sebuah gudang kosong yang sudahpun terbengkalai

Dan itu, tidak langsung membuatkan Ayriana berhenti daripada pada berlari dan sekali lagi menyembunyikan diri.

"Gila...diorang ini memang gila." cakap dia sendirian. Dengan empat lelaki tidak guna tersebut.

Semasa mereka sama-sama berlawan antara satu sama lain. Tiba-tiba telinganya terdengar satu bunyi tembakkan ke atas udara.

Saat dia melihat, rupa-rupanya ada seorang lagi daripada mereka yang datang membawa senjata menghadapi dia.

Lelaki ke empat tersebut tersenyum sinis apabila Ayriana sikit demi sedikit mula berundur.

Gila kau! Pistol tu!

Nasib sahaja di saat lelaki keempat tersebut menurun kan arahan untuk menangkapnya sambil mengacukan pistol kepadanya.

"Tangkap dia! Aku tak ada masa nak main-main dah dengan perempuan ini." ujar lelaki tersebut.

Ayriana menjengkelkan mata kepada mereka semua. Okey sekarang ini memang masanya untuk dia lari atau meyerah sahaja?

'No! Kau gila! Lari! Jangan menyerah pada diorang!!!' terasa dirinya menyerkah diri sendiri dengan sangat lantang.

Jadi dia mengikuti kata hatinya. Selangkah dia ambil dan terus berlari laju meninggalkan mereka.

Kerana itu, makin lama makin laju dia kuatkan ayunan kakinya berlari dia harus cepat dan selamatkan diri. Dia harus selamat!

Ada sebuah lorong gelap dia mengambil keberanian untuk masuk ke lorong tersebut.

Dalam samar-samar dia melihat ada sebuah tempat yang terbiar terletak tidak jauh daripada tempat dia berlari kini.

Dia ada idea

Di sebalik itu, telinga dia masih boleh mendengar jerkahan daripada lelaki-lelaki tidak guna tersebut.

"Cari dia sampai dapat! Jangan bagi dia terlepas."

"Mana kau nak sembunyi perempuan! Kau tak akan terlepas!" kata suara tersebut.

Dia tahu itu suara daripada lelaki yang melepaskan tembakkan sebentar tadi.

"Kau pun jangan harap dapat kan aku. Aku tak akan biarkan jantan tak guna macam korang dapat gunakan aku!" ujar Ayriana melepaskan geramnya.

Kaki makin pantas melangkah dengan otakkan pantas memikirkan rancangan.

*****************************

"Mana si adik ni. Aduh..." Puan Salwah mengeluh sendirian. Kiri kanan. Kiri kanan. Wanita itu berjalan ulang-alik di tengah-tengah ruang tamu luas tersebut.

Sungguh dia risau. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Tapi Ayriana masih tidak munculkan diri.

"Assalamualaikum. Ibu. Af balik dah." ucap Afril.

Balik dengan beg hitam sandangnya tersebut. Pintu di tutup rapat sebelum stokin di tanggalkan daripada kaki.

Puan Salwah mendekat. "Af. Adik ada call tak? Bagitahu apa-apa?" soalnya. Wajah tua itu jelas kerisauan.

Afril mengerutkan dahi dengan soalan ibunya itu. "Aik. Tak ada pula. Kenapa ibu? Adik tak balik lagi ke?" soal Afril.

Puan Salwah pantas mengelengkan kepala. "Tak. Dah pukul 9 lebih ni Af. Ibu risaulah dengan budak tu. Tak balik-balik lagi ni." ujar nya.

Afril melepaskan nafas. Dan tersenyum kecil. "Alah. Mungkin adik ada kerja dekat office dia lagi kut. Itu yang tak sampai lagi. Ataupun dia pergi keluar makan dengan kawan-kawan office dia. Itu yang lambatnya itu. Ibu tak payah risaukan budak itu sangat. Diakan selalu macam itu. Lambat bagitahu." ujar Afril.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now